Pendahuluan
Perkataan atau istilah sejarah itu sendiri mempunyai sejarah dan
pengertiannya yang tersendiri. Ditinjau daripada sudut
epistemology, Kamus Dewan, sejarah bererti sastera lama,
asal-usul(keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-banar berlaku
pada waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo;
tawarikh.[footnoteRef:1] Manakala A. Marwick menyebut sejarah yang
bermaksud keseluruhan masa lalu manusia seperti sebenarnya berlaku.
R.G. Collingwood mentakrifkan sejarah sebagai suatu penyelidikan
peristiwa yang telah berlaku di zaman lepas atau sezaman dengan
penulis. Istilah penyelidikan berdasarkan disiplin sejarah ialah
penyiasatan secara ilmiah dan berhati-hati terhadap semua sumber
utama dan kedua yang diperoleh, diusahakan bukan dengan matlamat
membuat buku semata-mata tetapi demi memperkembangkan pengetahuan
manusia dalam sesebuah kawasan tertentu. Perkembangan penyelidikan
sejarah di Barat bermula dari zaman klasik, zaman pertengahan,
zaman kesedaran, zaman romantik dan berakhir dengan zaman moden.
[1: Kamus Dewan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka,1996, m.s
1208.]
ZAMAN KLASIK
Pensejarahan atau historiografi ini telah dikaji dan ditulis
oleh sejarawan barat sejak abad ke-5 s.m iaitu pada zaman Yunani
dan Rom. Sejarawan moden Hans Meyerhoff cuba menafikan kewujudan
historiografi yang dilabelkan sebagai falsafah sejarah pada zaman
klasik dan zaman pertengahan, walaupun sejarah mula ditulis oleh
tokoh-tokoh falsafah pada abad ke-2 zaman tersebut kerana
masyarakat Greek pada masa itu kurang memahami kepentingan sejarah
dan kesrdaran yang tidak begitu mendalam tentang
sejarah.[footnoteRef:2] Oleh itu sejarah bolehlah dikatakan bermula
sejak wujudnya manusia di dunia ini tatpi ianya mula ditulis pada
abad ke-2 sebelum masihi. [2: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan
Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002, m.s
69.]
Sejarawan pertama dalam bidang penulisan ialah Herodotus yang
dilahirkan sekitar tahun 484 425 s.m, di wilayah Halicarnassus,
empat tahun selepas berlakunya Perang Salamis di wilayah itu.
Herodotus adalah seorang ahli sejarah terkenal di zaman Greek.
Beliau diberi gelaran Bapa Sejarah dan Antropologi kerana
sumbangannya menulis peristiwa lampau secara kronologi. Beliau
telah menulis karya yang bertajuk Histories yang membawa maksud
penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa-peristiwa
lalu.[footnoteRef:3] Herodotus menulis sejarah peperangan Parsi dan
Greek dalam sembilan buah buku. Tulisannya bersandarkan fakta dan
tidak dimasukkan langsung unsure rekaan. [3: Sivachandralingam
Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd, 1996,
m.s 20.]
Herodotus telah mengumpul banyak maklumat dengan mengembara ke
negara-negara luar terutama negira yang terlibat dengan Perang
Parsi seperti Babylonia, Mesir, Phonesia, Syria, Libya dan Parsi
sendiri. Pengembaraan yang dilakukan olh Herodotus ini adalah untuk
menyelidik dan mencari maklumat bertulis serta menemubual
saksi-saksi yang terlibat dengan Perang Parsi di samping melihat
sendiri tempat-tempat berlakunya pertempuran dengan meninjau
kehidupan dan budaya negara-negara terlibat. Namun tarikh yang
tepat terntang pengembaraannya tidak dapat dinyatakan dengan jelas
tetapi dianggarkan berlaku sekitar beliau berusia lingkungan dua
atau tiga puluh tahun.
Beliau turut menulis dan menceritakan hasil penyelidikannya
kepada masyarakatnya. Pengaruh unsure sastera yang cukup kuat pada
masa itu telh digunakan oleh Herodotus dalam membuat rujukan
terutamanya dengan menggunakan karya Homer dalam tajuk Illiad dan
Odyssey.[footnoteRef:4] Di samping itu, beliau turut memasukkan
unsure ketentuan dalam penulisannya kerana beliau menganggap
dewa-dewi atau tuhan berperanan dalam proses pergerakan sejarah.
Misalnya, Herodotus mengaitkan peristiwa kematian seratus orang
kanak-kanak akibat serangan penyakit sebagai petanda awal yang
telah diturunkan oleh tuhan sebelum negeri Chios ditakluk oleh
Miletus dan Lesbos. [4: Sivachandralingam Sundara Raja, , Tamadun
Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd, 1996, m.s 20. ]
Motif penulisan Herodotus ialah hanya mengesan punca-punca
persengketaan sehingga membawa kepada meletusnya peperangan dan
memberitahu penbaca tentang kebenaran kisah yang menimpa negaranya
di samping memaparkan kehandalan panglima-panglima perangnya. Karya
Herodotus diterima oleh sejarawan sebagai satu karya pensejarahan
kerana tujuan penulisannya brteraskan kesedarannya untuk
memberitahu rakyat tentang sejarah sebenar Perang Parsi.
Tema tulisannya pula meliputi adat resam yang ganjil di Mesir,
binatang ganjil, penduduk yang ganjil di Amerika Utara, sejarah
awal orang Barber, Assyria, Parsi serta adat pengebumian raja-raja
Seythia. Sumbangan penting Herodotus kepada ahli sejarah moden
ialah penegasan betapa pentingnya unsure kajian dalam penulisan.
Contohnya, Perang Parsi abad ke-5 s.m ditulis berasaskan
sumber-sumber seperti babad, kesan-kesan peninggalan lama dan
temuramah dengan saksi-saksi yang masih hidup. Satu-satunya
kelemahan Herodotus adalah sikapnya yang terlalu terikat dengan
konsep takdir. Misalnya, dia percaya peritiwa yang berlaku dalam
Perang Parsi ditakdirkan oleh tuhan dan bukan disebabkan oleh
factor lain.
Selain itu, sejarawan yang terkenal selain Herodotus pada zaman
klasik juga ialah Thucydides. Thycydides dilahirkan sekitar tahun
456 396 s.m dan merupakan pengikut Herodotus yang menulis karya
tentang Perang Peloponesia(Peloponesia War), beliau memuatkan
tentang asal-usul perang tersebut, pertempuran dan perundingan
damai, kesengsaraan rakyat jelata dan wabak pus yang menimpa Athens
sehingga mengakibatkan ramai rakyat Athens meninggal
dunia.[footnoteRef:5] Beliau adalah ahli sejarah yan mempelopori
penulisan yang bersifat kritis dan saintifik terhadap sejarah dan
cuba menolak sejarah yang berbentuk mitos dan lagenda seperti yang
ditulis oleh Herodotus. Dia menggunakan system kronologi dalam
penyusunan maklumat. Segala ciri ini dapat diperhatikan dalam hasil
tulisannya tentang Perang Peloponese. Thucydides berhasrat untuk
memaparkan kebenaran sesuatu peristiwa yang telah berlaku itu agar
tidak melakukan kesilapan seperti Herodotus. Beliua mengaitkan
peristiwa sejarah dengan sebab musabab rasional yang bersifat
sekukar dan menolak konsep ketakdiran tuhan. Beliau hanya memilih
tema-tema tertentu sahaja dalam penulisan sejarahnya sendiri
seiring dengan topik perbincangan sejarah yang ditulisnya. [5:
Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar
Bakti Sdn Bhd, 1996, m.s 20.]
Thucydides yang berasal daripada golongan keturunan bangsawan
dan merupakan seorang ahli politik yang menulis sejarah
Peloponesian War ketika konflik antara Athens dan Sparta berlaku.
Thucydides amat menitikberatkan tema peperangan dan perjuangan
serta asal-usul pergolakan perang saudara di kalangan orang Yunani
sendiri iaitu antara Liga Dellos dan Liga
Peloponesia.[footnoteRef:6] [6: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah
Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002, m.s
72-73.]
Thucydides mendapatkan maklumat dengan menghubungi rakan-rakan
tentera dan pemimpin-pemimpin Athens tentang sesuatu strategi dan
taktik peperangan dengan menggunakan kedudukannya. Beliau juga
menemubual saksi-saksi termasuk saksi pihak lawan yang terlibat
dalam perang bagi mengukuhkan lagi kedudukannya. Thucydides
dianggap sebagai pengasas sejarah berbentuk kritis dan saintifik
tetapi beliau masih kurang dalam membuat analisis secara mendalam
tentang sebab musabab sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam
penulisannya, beliau lebih bersikap rasional dan sejarah digunakan
oleh beliau untuk membina warganegara yang sempurna. Thucydides
mempersembahkan sejarah sebagai panduan untuk menyedarkan
warganegara dan untuk pembangunan Negara yang konstruktif.
Herodotus dan Thucydides telah melahirkan ramai pengikut seperti
Polybius, Julius Caesar, Xenophon, Gaius Sallustius dan lain-lain
lagi yang masih lagi terpengaruh dengan gaya dan cara penulisan
kedua-dua sejarawan ini tetapi mereka tidak berminat melihat
nilai-nilai pagmatik sejarah sebagai tujuan utama daam sesuatu
peristiwa sejarah yang dikajinya.
Persamaan yang jelas diantara Herodotus dan Thucydides ialah
mereka telah membawa perubahan yang besar pada kurun ke-5 tetapi
pencapaiannya bertentangan dengan aliran pemikiran orang Yunani
yang wujud pada ketika itu. Manakala gaya penulisan mereka tidak
banyak bezanya. Gaya penulisan Herodotus adalah mudah, spontan dan
meyakinkan sedangkan Thucydides adalah kasar dan memualkan mengikut
pendapat R.G. Collingwood.[footnoteRef:7] Thucydides bukanlah
pengganti Herodotus dalam bidang pemikiran sejarah tetapi beliau
hanya mengambil pemikiran sejarah Herodotus dengan tujuan-tujuan
yang antisejarah.[footnoteRef:8] [7: R.G. Collingwood, Idea
Sejarah, Terjemahan, Mohd yusof Ibrahim, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 198520.] [8: R.G. Collingwood, Idea Sejarah,
Terjemahan, Mohd Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1985, m.s 20.]
ZAMAN PERTENGAHAN
Antara faktor kebangkitan pensejarahan Kristian ialah peristiwa
Maharaja Constantine yang memeluk agama Kristian pada tahun 313
Masihi.Sebelum tahun 313 Masihi,kedudukan Kristian di Rom tidak
terjamin kerana pihak berkuasa yang beragama pagan menjalankan
dasar penindasan terhadap para penganut agama Kristian.Ini berlaku
kerana tentangan orang Kristian terhadap amalan-amalan pagan.Tetapi
apabila Maharaja Constantine memeluk agama Kristian,maka berlakulah
perkembangan yang pesat dalam agama ini.Kepercayaan kepada konsep
millennium dalam Kristian yang sedia ada,mereka mula bertumpu
kepada kegemilangan masa depan yang dijanjikan.[footnoteRef:9]
Namun selepas hampir ratusan tahun,zaman gemilang itu tidak juga
wujud.Ini mendorong mereka untuk beralih kepada hal ehwal keduniaan
dan bermulalah juga kepada sejarah masa lampau.Pada kurun ke 3
& 4 Masihi,berlaku persaingan hebat antara tokoh-tokoh pagan
dengan Kristian,masing-masing cuba untuk mencari pengaruh hingga
tuduh-menuduh.Untuk membela diri,lalu dikaji sejarah awal Rom dan
didapati yang sebelum kedatangan pun Rom pernah diserang.Ini
mengalakkan kajian sejarah. [9: Abdul Rahman Hj. Abdullah, Wacana
Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur ; Utusan
Publications & Distributors, 2000, m.s 21]
Pada zaman ini,masyarakat Eropah telah dikongkong oleh gereja
yang mendominasi pentadbiran kerajaan berdasarkan agama dan mereka
cuba mempertahankan ideologi-ideologi tradisi.Mereka lebih
cenderung untuk percaya daripada memeriksa sesuatu perkara yang
berlaku.Pada zaman ini,pensejarahan telah mengorak langkah ke
hadapan dengan kewujudan beberapa idea tentang penilaian sejarah
dan kesedaran tentang realiti sejarah.Sejarawan Kristian awal telah
menghubungkaitkan peristiwa masa lalu dengan masa depan berbekalkan
kitab Bible sebagai sumber utama bagi
pensejarahan[footnoteRef:10].Sejarah dianggap penting oleh
sejarawan pada zaman itu memandangkan sejarah satu bidang yang
mempunyai kepentingan agama dan rohani.Antara sejarawan yang
terkenal ialah St.Augustine.Beliau merupakan seorang paderi
terkenal pada Zaman Pertengahan.Beliau telah karya bertajuk City of
God sekitar tahun 413-426.Pada tahun tersebut,empayar Rom mula
menghadapi keruntuhan akibat ditawan oleh Alaric iaitu raja suku
kaum Goth dari Jerman. [10: Ibid , m.s 22]
ST.AUGUSTINE ( 354-430 Masihi )
Beliau dilahirkan di Tagasta,Afrika Utara.Bapanya, Patrius,orang
pagan,ibunya,Monica,seorang Kristian yang taat.Namun kedua-duanya
tetap mengambil serius dalam soal pelajaran anak mereka.Dari segi
sumbangannya,sebenarnya sejarawan kini tidaklah menganggapnya
sebagai sejarawan[footnoteRef:11].Ini kerana dia tidak menghasilkan
sebarang kajian sejarah seperti Africanus dan Eusibius.Kebanyakkan
karyanya ialah dalam bidang teologi dan falsafah.Namun ada juga
yang memilihnya kerana sumbangannya dalam persoalan
sejarah,khususnya tentang soal agen yang menentukan perjalanan dan
kejadian sejarah. Menurut pengakuannya sendiri dalam The
Confesions,dia tidaklah bermula sebagai seorang tokoh
Kristian.Malah sebaliknya,riwayatnya penuh dengan gelombang
perubahan dalam pegangan dan amalan hidupnya.Pada zaman awalnya,dia
tidak tertarik kepada falsafah Cicero.Namun,dia juga membaca
kitab-kitab suci Kristian,tetapi bosan dengan bacaan
tersebut.Selama 10 tahun beliau mempelajari dan menganut fahaman
Manichaean yang merupakan gabungan Mazda,Buddha,Kristian dan
gnostik.Beliau menyelar golongan yang menyembah banyak tuhan lain
termasuk maharajanya. [11: Abdul Rahmah Hj Abdullah, Wacana
Falsafah Sejarah Perspektif Dan Timur, Kuala Lumpur; Utusan
Publications Dan Distributors, 2000, m.s 21.]
Kemudian dia meninggalkan Manichaean dan menjadi seorang
Skeptis.Beliau tertarik kepada ajaran Plotinus apabila berhijrah ke
Rom.Selepas bertemu dengan St.Ambrose,biskop Milan,dia mempelajari
Kristian dengan serius.Sebenarnya, St.Augustin tidaklah menulis
sebuah karya pun tentang sejarah.Sebaliknya, beliau menulis
karya-karya tentang agama Kristian,yang bersumberkan kitab
Injil,sedangkan yang lain kurang jelas walaupun ada disebut
nama-nama ahli sejarah sebelumnya.Selepas The Confessions,
satu-satunya karya St.Augustine yang teragung ialah The City of
God[footnoteRef:12].Tujuannya menulis karya tersebut adalah untuk
mempertahankan agama Kristian daripada cabaran golongan pagan yang
mendakwa kejatuhan Rom berpunca daripada pengetepian pagan dan
penerimaan Kristian.Karyanya telah muncul sebagai sebuah karya yang
berpengaruh pada zaman ini.Ia bukan sahaja muncul sebagai
teologi,bahkan sebagai karya falsafah sejarah dan politik. [12:
Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat
dan Timur, KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pusataka, 2000, m.s
22.]
Dari segi kandungannya,karya ini mengenai persoalan manusia yang
menghadapi 2 jenis kecintaan iaitu cinta kepada Tuhan dan cinta
kepada kuasa.Cinta kepada Tuhan digelar sebagai kota Tuhan manakala
ci89o67ynta kepada kuasa dikenali kota Dunia.Sebenarnya, kedua-dua
kecintaan ini sentiasa berkonflik dalam diri manusia.Ia tidak wujud
secara distriktif,malah bercampur baur antara satu sama lain.Karya
berbentuk epik Kristian ini telah dapat bertahan sehingga
pertengahan abad 17.Daripada karya mereka ini,maka telah dapat
dibuktikan bahawa wujud penulisan sejarah pada Zaman
Pertengahan.
AFRICANUS ( 180-250 MASIHI )
Beliau dianggap mempelopori penulisan sejarah dengan
karyanya,Chronographic. Kandungannya ialah catatan kejadian penting
dalam perjuangan Kristian.Dari segi sumber kajiannya,beliau
menggunakan pelbagai sumber seperti Greek,Latin,Yahudi dan
pagan.Ciri-ciri penulisannya bercorak universal iaitu meliputi
semua bangsa dan tempat,konsep periodisasi yakni bermula dari zaman
gelap sebelum masihi hingga zaman cerah dan konsep ramalan,iaitu
Jesus diramalkan akan datang semula.[footnoteRef:13] [13: Abdul
Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan
Timur, Kuala Lumpur ; Utusan Publications & Distributors,2000,
m.s 24]
EUSIBIUS ( 262-340 MASIHI )
Eusibius dilahirkan di Palestin dan terdidik dalam keluarga
Kristian yang alim dan menjadi bishop di tempat kelahirannya.
Penglibatannya dalam sejarah adalah kerana dasar Maharaja
Constintine yang menempatkan Kristian secara terhormat.Dari segi
kaedahnya,beliau membuat kerjanya dengan cara mengumpul bahan-bahan
tertulis dalam bahasa Greek,Latin,Yahudi,Kristian dan
pagan.[footnoteRef:14]Oleh itu dia melawat tempat-tempat penting di
Asia Barat hingga berjaya mengumpul banyak dokumen,terutama tentang
kegiatan gereja.Jenis-jenis karyanya ialah berbentuk babad yang
menjelaskan sistem kronologi di kalangan orang Yahudi,Greek,Rom dan
Kristian yakni berbeza antara satu sama lain.Ia juga mencatatkan
peristiwa penting dalam sejarah kuno seperti Assyria,Mesir dan
Greek.Karyanya juga mengenai sejarah gereja yang menggalurkan
kejadian penting dalam sejarah awal gereja sejak awal seperti asal
usul gereja,struktur organisasi dan sebagainya.Bagi Eusibius,
unsure agama adalah penting dan asas dalam perkembangan peristiwa
sejarah.Tuhan wujud dalam karya-karyanya sebagai pelakon penting
yang menentukan perjalanan sejarah dan memberi kesan kepada nasib
manusia. [14: Ibid, m.s 25]
Dalam konteks ketuhanan ini,Eusibius melihat beberapa hal dalam
sejarah lebih bersifat divine nature.
CIRI-CIRI PENULISAN KRISTIAN
Menurut Collingwood,terdapat 4 ciri iaitu universal yakni
memandang sejarah sebagai meliputi sejagat,bukan dari sudut
bangsa,negara dan golongan,providential yakni kejadian sejarah yang
disebabkan oleh Tuhan yang mempunyai tujuan tertentu dan rumpun ke
arah tujuan ini.Periodisation ialah pembahagian masa kepada zaman
yang berasingan yakni tiap-tiap satunya mempunyai kesatuan dan
perbezaan tertentu.[footnoteRef:15]Millenium iaitu sejarah akan
bergerak maju ke satu kemuncak apabila zaman millennium menamatkan
sejarah di dunia ini [15: Abdul Rahman Hj Abdullah , Wacana
Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur, Kuala Lumpur; Utusan
Publications & Distributors, 2002, m.s 19.]
ZAMAN KESEDARAN
Sejarawan moden pada zaman kesedaran bermula pada akhir abad ke-
17 dan awal abad ke 18. Zaman kesedaran atau dikenali juga sebagai
zaman Aufklarung. Pada zaman ini sejarawan cuba menghapuskan
sejarah berbentuk teologi yang telah ditulis oleh St. Augustine dan
membawa era baru dalam bidang pemikiran sejarah di bumi Eropah.
Golongan ini menggelarkan diri mereka sebagai golongan Philosophes
dan memperkenalkan penulisan sejarah dengan menggunakan pendekatan
baru kerana mahu bebas daripada kepercayaan karut seperti yang
dicanangkan oleh golongan beragama kristian. [footnoteRef:16] [16:
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur;
2002, m.s 76. ]
Tokoh-tokoh falsafah pada zaman ini mengatakan abad ke-18 adalah
sebagai era kemajuan selepas menghadapi zaman kegelapan pada zaman
pertengahan dan berhasrat menentang golongan yang mempunyai
autoriti dalam bidang agama tradisi kerana mengongkong masyarakat
daripada terus maju ke hadapan. Sejarawan Carl Becker, menganggap
zaman kesedaran merupakan penerus bagi zaman pertengahan dan zaman
pembaharuan(Renaissance). Melalui bukunya The Heavenly City of The
Fighteenth Century Philosophes yang menghapuskan Bandar Syurga
(Heavenly City) yang dibina oleh St. Agustine tetapi membinanya
semula dengan menggunakan bahan-bahan terkini. Mengikut beliau,
terdapat penerusan pemikiran sejarah apabila golongan Philosophes
masih lagi bergantung kepada karya St. Augustine walaupun mereka
cuba menghapuskan City of God.
Kenyataan Becker yang terlalu umum dan menyeluruh tanpa
mengemukakan bukti-bukti yang cukup lengkap tetapi ditentang oleh
Peter Gay. Gay mendakwa zaman kesedaran berbeza dengan zaman
sebelumnya dari segi idea dan pemikiran. Golongan Philosophes
terlalu yakin dengan penggunaan akal saintifik terutamanya idea
Newton sehingga melahirkan fahaman Newtonisme.[footnoteRef:17]
Golongan ini cuba bertindak menentang fahaman kristian(pemikiran
tradisional ) kerana penggunaan akal saintifik lebih mudah diterima
dan dipercayai tetapi masih terdapat penerusan yang masih digunakan
antaranya bahasa, budaya, kehidupah harian dan sebagainya.
Penulisan sejarah peringkat ini telah berubah berbeza dengan
fahaman teologi yang dibentuk oleh St. Augustine. Golongan ini
menburuk-burukkan tulisan St. Augustine dengan mengatakan bahawa
agama kristian mendatangkan kecelakaan dan golongan paderi
merupakan golongan yang menggunakan kuasa mereka untuk menentang
masyarakat. [17: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan,
Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002 m.s 77.]
Akibat timbulnya krisis antara golongan modenis
secular(philosophes) dengan golongan tradisional gereja sekitar
abad ke-17 di England dan Perancis telah mewujudkan penentangan
golongan philosophes. Antaranya ialah Voltaire yang begitu kuat
menentang gereja dan pensejarahannya yang berbentuk luar biasa.
Beliau cuba memperkenalkan sejarah berbentuk secular yang
menggambarkan kehidupan rakyat, sains, kesenian dan politik agar
mereka bebas daripada belenggu gereja. Di samping itu, golongan ini
juga cuba memperkenalkan konsep hak bagi manusia dan cuba
memperbaiki pelbagai konsep pendudukan yang berbentuk rasional bagi
faedah generasi seterusnya kerana mahu membebaskan pemikiran
manusia daripada kepercayaan karut yang tidak berfaedah.
Menurut R.G. Collingwood, golongan ini tidak memberikan
pandangan sejarah yang sebenarnya dan beliau tidak mengiktiraf
perubahan besar yang dilakukan oleh Voltaire. Collingwood percaya
golongan itu cuba menjejaki kaedah yang telah diperkenalkan oleh
Mabillon, Tillemont dan Bollandist.
Golongan Encyclopedie, pada abad ke-18 turut menerima idea
kemajuan ini terutamanya Condercet (1743-1794). Beliau adalah
pengikut Voltaire yang setia dan menjadi antara pemikir utama pada
zaman kesedaran dan merupakan seorang pemimpin yang kuat menentang
perlembagaan baru kumpulan Jacobins dan pernah ditahan dan
dipenjarakan pada tahun 1794. Beliau percaya pada idea kemajuan
dengan melihat sendiri penjajahan, perhambaan, dan ketidakadilan
antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Melalui karyanya yang
bertajuk Sketch For A Historical Picture of The Progress of The
Human Mind (1795), Condercet menbahagikan zaman kepada sepuluh
bahagian. Tiga zaman pertama bermula sejak masyarakat primitive,
zaman pertanian, dan zaman penciptaan penulisan abjad di Greek.
Zaman keempat meliputi sejarah pemikiran Greek dan pembahagian
sains kepada pelbagai komponen. Zaman kelima, zaman kebangkitan
agama kristian yang membawa kepada kejatuhan sains. Zaman keenam,
sains telah jatuh sehingga zaman perang salib. Zaman ketujuh,
persediaan minda manusia kepada revolusi dan kelapan membuka era
penciptaan percetakan. Zaman kesembilan bermula dengan Descartes
dan berakhir sehinnga terbentuknya republik sains di Perancis dan
zaman kesepuluh, kehidupan untuk masyarakat yang akan
datang.[footnoteRef:18] [18: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan
Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002, m.s
80.]
Zaman kesedaran telah memberi pelbagai sumbangan dalam bentuk
perkembangan bidang penyelidikan sejarah dan penulisan sejarah
pemikiran. Zaman ini telah memperkenalkan pelbagai pendekatan moden
dalam penyelidikan sejarah, melalui penulisan sejarah, golongan
Philosophes seperti Voltaire dan Condorcet telah menimbulkan
kesedaran terhadap wujudnya sejarah masa lalu dan ciri-ciri sejarah
dengan menunjukkan zaman yang berbeza bagi memperbaiki keadaan
masyarakat demi kebaikan generasi akan seterusnya. Manakala dari
segi pemikiran sejarah pula, golongan ini mempunyai pengertiannya
yang tersendiri dalam konteks memperbaiki serta membangunkan
kehidupan dan pemikiran masyarakat serta mementingkan sejarah
dengan memperkenalkan pembelajaran sejarah menerusi pendekatan
moden dan dikenali sebagai idea kemajuan.
ZAMAN ROMANTIK ( ABAD 19 )
Pada zaman ini,satu kumpulan penyair Jerman,golongan pengarang
drama dan pengkritik cuba menyerang kumpulan philosophes yang
dianggap tidak beragama dan sekular.Berikutan daripada itu,golongan
yang menganggap diri mereka sebagai gerakan Romantik ini menuduh
idea kemajuan yang dibawa oleh golongan philosophes menyebabkan
berlakunya Revolusi Perancis.[footnoteRef:19] [19: Micheal Bently,
Modern Historiography An Introduction, New York, Routledge Taylor
& Franciss Group, 2005, m.s 25.]
JOHANN GOTTFRIED HERDER
Beliau merupakan antara sejarawan awal yang menentang pendekatan
sejarah pada Zaman Kesedaran.Karya Herder telah cuba mengkritik
sikap dan idea kemajuan golongan philosophes terutamanya yang cuba
memisahkan ajaran dan falsafah sejarah yang dibawa oleh
St.Augustine.Bagi Herder,sejarah pada setiap zaman mempunyai
keunikkannya dari segi ciri,corak,bentuk dan
sebagainya.[footnoteRef:20]Sebagai seorang penganut agama
Kristian,Herder terpaksa memberi pertimbangan wajar terhadap
sesetengah aspek agama dan fahaman skolastik yang telah menyumbang
kepada kemajuan sejarah.Dengan penerimaan elemen agama dalam
karyanya,ini tidak bermakna Herder cenderung untuk mengikuti
sejarah teologi Augustine tetapi beliau cuba menulis semula proses
perkembangan manusia menerusi pendekatan agama.Walaupun pada
peringkat awalnya Herder lebih cenderung kepada falsafah keagamaan
Augustine,namun beliau tidak menafikan kepentingan sains dan
empirikal.Herder seolah-olah telah mengiakan idea kemajuan dalam
sejarah iaitu dengan mengembangkan konsep baru iaitu konsep
kemajuan manusia dan sejarah dalam bentuk yang berbeza
sedikit.[footnoteRef:21] [20: Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana
Falsafah Sejarah Perspektif Barat & Timur, Kuala Lumpur ;
Utusan Publications & Distributors, 2000, m.s 28] [21: Ibid,
m.s 27]
Penulisan beliau agak puitis kerana sedikit sebanyak telah
terpengaruh dengan Ossian dan Shakespeare.Melalui pendekatan
sastera sejarah yang dilakukannya itu boleh dikatakan bahawa Herder
cuba memperkenalkan idea yang pernah dikemukakan oleh sejarawan
zaman Greek seperti Thucydides.[footnoteRef:22] [22: Ibid, 30]
G.WILHELM FRIEDRICK HEGEL
Beliau telah membina satu system falsafah sejarah dan
menghasilkan banyak karya yang berasaskan falsafah seperti
Philosophy of History. Melalui karya ini,Hegel telah menjadi
pemikir sejarah yang terkenal.Hegel telah memperkenalkan teori
dialektik iaitu satu teori falsafah sejarah yang berasaskan satu
system logic yang baru dalam Philosophy of History.Hegel telah
membahagikan teori ini kepada 3 peringkat perkembangan dan dikenali
sebagai triad(pergerakkan 3 serangkai).Baginya, perkembangan triad
yang berlaku secara dialektik ini akan bermula pada peringkat tesis
iaitu peringkat permulaan,bergerak kepada antitesis iaitu peringkat
pertentangan dan seterusnya sintesis yakni peringkat
perdamaian.Beliau turut membuat analogi dalam proses perkembangan
sejarah Eropah dan tesis itu dikenali sebagai peringkat manusia
yang masih dalam keadaan daif.Kemudian lahir pula antitesis dan
peringkat ini wujud pada zaman Yunani-Romawi purba.Akhirnya, muncul
sintesis iaitu perdamaian, pengiktirafan,bakat dan kepentingan
masyarakat diambil kira.[footnoteRef:23] [23: M.C Lemon,
Philosopphy of History, New York, Routledge Taylor & Francis
Group, 2003, m.s 225]
Dalam karyanya ini,Hegel cuba membahagikan sejarah Jerman kepada
3 zaman. Zaman pertama dimulai dengan sebelum dan selepas
Charlemangne,zaman kedua bermula dari Charlemangne hingga zaman
pemulihan dan zaman ketiga dikenali sebagai kerajaan Bapa,kerajaan
Anak dan kerajaan Roh al Kudus. R.G Collingwood cuba menyatakan
bahawa Hegel seperti cuba memperkenalkan satu kaedah dalam sejarah
iaitu kaedah kritikan terhadap sumber sejarah.Kaedah ini terbahagi
kepada kritikan bersifat luaran dan dalaman.Kritikan terhadap
pengkajian bersifat luaran dapat dilihat apabila beliau menuntut
agar sejarawan berusaha mengkaji dokumen sejarah serta bahan-bahan
yang menjadi bukti sejarah secara empirical.Melalui pengkajian
ini,seseorang sejarawan akan menentukan kesahihan sesuatu fakta
tentang peristiwa yang telah berlaku dengan
sebenar-benarnya.Kemudian sejarawan harus mengkaji sejarah dari
sudut dalaman dengan melihat pemikiran yang telah terjalin antara
satu sama lain dengan hubungan yang logik.[footnoteRef:24] [24:
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah & Pensejarahan, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, m.s 33]
ZAMAN MODEN
Di Eropah atau di dunia barat itu secara amnya,kewujudan sejarah
sebagai satu bidang ilmu pengkajian hanya bermula pada awal kurun
ke 19.Ini kerana timbulnya kesedaran di kalangan sejarawan tentang
pelbagai kelemahan di dalam karya-karya sejarah yang dihasilkan
sebelum itu.Kesedaran tersebut telah mendorong para sejarawan
Eropah pada awal kurun ke 9 berusaha mengikisnya.Melalui usaha
inilah sejarah sebagai satu disiplin akademik yang sebenarnya telah
dapat dilahirkan. Usaha ini amat giat dilakukan terutamanya di
kalangan sejarawan Jerman.Antara yang paling awal ialah Barthold
G.Niebuhr ( 1776-1831) yang mendahului Leopold Von Ranke
(1975-1886) dalam mencetuskan apa yang dikatakan oleh Marwick
sebagai revolusi Berlin tentang kajian sejarah.Walaubagaimanapun,
tokoh yang dianggap telah menjadikan sejarah sebagai satu disiplin
akademik di barat ialah Leopold Von Ranke,seorang ahli fakir
sejarah.[footnoteRef:25] [25: Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah dan
Kaedah Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka,2001, m.s 67]
Awal abad 18,berlaku satu transformasi yang amat ketara di
universiti-universiti Jerman.Sebelum abad 18, kebanyakkan
universiti hanya berfungsi sebagai institusi pengajian sahaja.Namun
kemudiannya,telah berubah dengan memberi penekanan dari segi
latihan pegawai-pegawai bagi persiapan masa depan.Oleh itu kesan
daripada fahaman zaman Romantik,maka sejarah telah mula
diketengahkan dalam bidang intelektual.Ini telah menyebabkan ramai
di kalangan sejarawan mula melakukan penyelidikan dengan
menggunakan kaedah moden dan kemudiannya mengambil idea baru bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi.[footnoteRef:26]Mereka telah
membahagikan sejarah ini kepada pelbagai bidang dan menekankan
fakta serta bukti yang bersifat objektif.Ini berlaku pada awal abad
19.Ketika inilah sejarawan ingin membuat perubahan di
universiti-universiti Jerman yang semakin kurang berfungsi pada
abad sebelumnya. [26: Peter Lambert, Making History, New York,
Routledge Taylor & Francis Group, 2004, 180]
Kemunculan kajian sejarah moden yang menjadikannya sebagai satu
disiplin akademik ialah pada abad 19.Kemunculannya telah bermula di
Jabatan Sejarah,Universiti Gottingen dan merupakan universiti
pertama yang memperkenalkan bidang pengajian sejarah di
Jerman.Penekanan terhadap bukti yang kukuh dan asas sejarah telah
dimulakan di universiti ini bagi memenuhi keperluan sejarah sebagai
disiplin akademik yang baru.Ini juga termasuk asas pengkaedahan
yang telah mendapat tempat bagi membentuk struktur
historiografi.[footnoteRef:27]Profesor Christoph Gatterer telah
merangka kaedah dan matlamat disiplin sejarah yang
seterusnya.Beliau memainkan peranan yang penting dalam
merangkanya.Pada abad 18,Universiti Gottingen telah menjadi sebuah
universiti yang terunggul bagi pengkajian sejarah di Jerman. [27:
Ibid, m.s 200]
Sejarawan di universiti ini telah diberi latihan oleh Gatterer
dan August Ludwig Schlozer.Mereka telah menggabungkan satu bidang
yang luas antara bidang falsafah sejarah dengan kemahiran teknikal
golongan terpelajar dan juga tokoh yang terlatih dalam kritikan
sumber. Kemahiran tentang kritikan sumber amat penting kerana
melalui kaedah ini ia akan membolehkan kita memahami dan menilai
kebenaran sesuatu fakta samada ia bersifat objektif atau tidak.Ilmu
Bantu sejarah seperti diplomatik,geneologi,geografi dan pengajian
terhadap dokumen turut diasimilasikan oleh sejarawan dalam memberi
latihan kepada pelajar sejarah.Penekanan pada bidang filologi dan
sains baru iaitu statistic juga diberi perhatian oleh sejarawan
Gottingen selain memfokuskan kepada latihan
teknikal.[footnoteRef:28] [28: Micheal Bently, Modern History, New
York, Routledge Taylor & Francis Group, 2005, m.s 36]
Selepas Universiti Gottingen,muncul Universiti Berlin yang
melakukan usaha yang sama.Universiti telah memperkenalkan orientasi
sejarah baru yang bersifat saintifik.Institusi yang berada di bawah
Wilhelm Von Humboldt ini melatih pegawai kerajaan disamping
membentuk fakulti untuk mengajar penyelidikan.Humboldt telah
menyepadukan kenyataan Herder tentang sejarah masyarakat dengan
sejarah bahasa.Dalam pada itu,Georg Barthold Niebuhr merupakan
tokoh yang berpengaruh selain Humboldt pada 1776-1831.Semasa
menjadi pengajar bagi Sejarah Rom Klasik,sesi pembelajaran adalah
melalui syarahan.Ia mendapat sambutan bukan saja pelajar malah
rakannya,pegawai kerajaan dan tentera.Ini telah menjadikan beliau
sebagai pengasas pensejarahan moden.Ini disebabkan penglibatannya
dalam pengajian sejarah.Beliau memperkenalkan sejarah Rom yang
bukan saja mendiskusikan sejarah politik Rom,malah membuat kritikan
dan penyelidikan mendalam berdasarkan sumber primer.Kaedah filologi
turut digunakannya untuk dikaitkan dengan kritikan terhadap
kesalahan dalam sejarah.[footnoteRef:29]Idea yang telah diutarakan
oleh Herder dengan gabungan aspek penulisan masa lalu yang
diperkenalkan oleh Voltaire,Montesquieu dan St.Augustine cenderung
diikuti oleh tokoh-tokoh sejarawan dari Universiti Berlin.Kesan
daripada usaha yang dilakukan oleh tokoh sejarawan inilah yang
telah membawa kepda perkembangan dalam bidang pensejarahan dunia
barat sehingga sejarah menjadi satu disiplin ilmu moden. [29: Ibid,
m.s 40]
LEOPOLD VON RANKE
Ranke telah menimbulkan satu tradisi pensejarahan yang sangat
kuat pengaruhnya.Teori pensejarahan beliau yang sangat mengagumkan
para sejarawan sezaman ialah bahawa sejarah haruslah dikaji seperti
sebenarnya berlaku.Teori ini terbentuk daripada pandangan dan
kaedah kajiannya yang kritis terhadap sejarah yang dinamakan
qualimkritik iaitu usaha dan penilaian kritis terhadap sumber
sejarah.Beliau mengkehendaki agar setiap peristiwa sejarah itu
dikaji dengan teliti.Oleh sebab sejarah dianggap penting,maka
seharusnya ia benar dan yang lebih penting ialah penulisan kembali
mengenainya haruslah berdasarkan sumber serta kaedah yang dianggap
benar. Lantas penulisan sejarah Ranke sentiasa panjang dan
terperinci bagi percubaan beliau merealisasikan teori sejarahnya
melalui kaedah yang kritis itu. Konsep sepertinya sebenarnya
berlaku yang dikemukakannya adalah konsep yang terpenting pada
kurun tersebut.Dari satu segi,ia merupakan satu yang menakjubkan
serta menepati sifat dan ilmu sejarah.[footnoteRef:30] [30: Mohd
Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah dan Kaedah Penyelidikan Sejarah, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, m.s 80]
Oleh itu,secara sedar konsep Ranke ini telah membawa kepada
perkembangan yang seterusnya dalam ilmu sejarah dan
pensejarahan.Sejarawan yang terpengaruh dengan konsep beliau muncul
untuk memperkembangkannya. Secara keseluruhannya,mereka dikenali
sebagai golongan positivist dalam sejarah. Lantas, sesuatu hasil
kajian sejarah adalah saintifik dan analisis menyeluruh serta
kesimpulannya adalah objektif. Mereka bergerak selangkah daripada
Ranke dengan mengatakan bahawa penulisan sejarah yang saintifik
akan dilakukan dalam sedikit masa lagi.[footnoteRef:31] Pada awal
kurun ke 20,salah seorang pengikutnya,iaitu J.B Bury dengan penuh
keyakinan mengatakan bahawa sejarah adalah sains,tidak kurang dan
tidak lebih. [31: Micheal Bently, Modern Historiography an
Introduction, New York, Routledge Taylor & Francis Group, 2005,
m.s 40]
Dalam buku yang diterbitkannya,Ranke mempunyai pendekatan yang
tersendiri khususnya pada bahagian pendahuluan
bukunya.Pertama,Ranke menekankan kepada objektiviti sebagai tugas
utama yang harus ada pada seseorang sejarawan.Ia adalah untuk
menggambarkan kejadian as it actually happened dan mengesan dengan
tepat apa yang sebenarnya berlaku secara jujur tanpa dihiasi unsure
keindahan agar menjadi lebih menarik tanpa memutarbelitkan fakta
yang sebenar.Selain itu,beliau menekankan unsur penyatuan dan
kepelbagaian .Pada beliau,kesatuan membawa erti menghubungkan dua
perkara yang berbeza menjadi satu penyeluruhan.Unsur kepelbagaian
pula ialah seperti kisah seorang tokoh masyarakat,bangsa dan negara
yang masing-masing dipandang sebagai entiti dengan strukturnya
sendiri.Jadi beliau mengatakan bahawa tugas sejarawan ialah
mengesan dengan jujur agar unsur perbezaannya dapat dijelaskan
seperti pendekatan idiografik.Ranke juga menggunakan pendekatan
dengan mengutamakan sumber kerajaan saja.[footnoteRef:32]Ini kerana
ia mengandungi maklumat yang dianggap tepat dan benar.Sejak tahun
1830,kearajaan Eropah telah membuka arkib dengan dokumennya yang
dulunya rahsia,hingga Ranke mengambil kesempatan dengan melawat
arkib tersebut untuk menjadikan penulisannya berwibawa. Ranke telah
menolak konsep Hegel, supreme spirit yang menguasai sejarah sejagat
kerana ia tidak dapat dibuktikan secara empirikal,malah dianggap
abstrak atau spekulatif sahaja. [32: Ibid, m.s 41]
Mengenai penilaian dalam perkembangan penyelidikan oleh Ranke
ini iaitu dari segi pokok persoalannya, penulisan Ranke bersifat
politik.Ini mencerminkan kepercayaannya bahawa segala-galanya dalam
sejarah adalah dikuasai oleh politik.Dalam karyanya hanya struktur
negara,pembentukkan dan pelaksanaan dasar dan hubungan politik
sahaja yang diutamakan.Dari segi sebab,tumpuannya adalah kepada
aspek politik.Beliau mengetepikan faktor ekonomi.Semasa beliau
menulis tentang revolusi England,Ranke hanya menekankan konflik
puak politik dan agama tapi mengabaikan kepentingan ekonomi. Konsep
tentang kaedah yang kritis dalam penyelidikan untuk menilai dan
mengkaji sumber-sumber sejarah memang masih boleh digunakan.Pada
peringkat ini,sumbangan ilmu sejarah dan pensejarahan secara amnya
dari segi kaedah telah dirumuskan oleh Jacques Barzun dan Henry
F.Graff seperti berikut iaitu dari ilmu sejarah itulah yang berasal
dari zaman antiquarian dunia telah mengambil kaedah nota
kaki,rujukan,bibliografi dan sebagainya menjadi pengetahuan
umum.Dari kajian sejarah para sejarawan terhadap teks-teks
sejarahlah para penulis secara amnya telah belajar menapis
bukti.
ABAD RENAISANS
Dari suatu segi,perkembangan dalam jangka masa ini tidak banyak
menukar corak pengajian sejarah.Perkara yang terjadi ialah
penyisihan pendekatan sejarawan pada zaman Pertengahan.Pada abad
Renaisans ini,sejarawan cuba untuk memulihkan kaedah-kaedah yang
telah dipakai oleh sejarawan Greek-Rom.Renaisans merupakan
kelahiran semula iaitu apabila para sejarawan ingin kembali kepada
kaedah yang digunapakai oleh sejarawan zaman klasik,sebaliknya
lebih mirip kepada kaedah yang berasaskan kepercayaan dan
mengetepikan rasionalisme.
Menjelang abad 15 dan 16,abad Renaisans melahirkan sarjana
Humanis yang tidak lagi terkongkong oleh pemikiran sejarawan
Kristian yang dianggap sempit kerana lebih mengutamakan persoalan
ketuhanan.Ia merupakan titik tolak kepada suatu pendekatan baru
dalam sejarah yang bersifat saintifik.Antara ciri perubahan yang
terdapat dalam pensejarahan abad ini ialah bukti.Sejarawan
Renaisans tidak lagi bergantung kepada kitab suci tetapi kepada
dokumen kerajaan dan swasta.[footnoteRef:33] [33: Abdul Rahman
Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur,
Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors, 2000, m.s
56]
MARXISME DAN TEORI SEJARAH KEBENDAAN
Dalam pensejarahan moden ini,Marx banyak dipengaruhi secara
langsung dari luar.Pertamanya ialah pengaruh dari Darwin.Ia dapat
dikesan dalam surat yang dibuat dengan pengakuan oleh Marx kepada
Lassalle pada bulan Januari 1861.Konsep Marx tentang the history of
all hitherto existing society is the history of class struggle
tersebut ialah pengaruh Darwinisme tentang struggle for the
fittest. Begitu juga dengan pengaruh Hegel.
Terdapat 3 konsep sejarah kebendaan Marx dalam pensejarahan
moden ini.Pertamanya,asas perubahan sejarah.Perkara yang
menentukannya ialah ekonomi,yakni lapisan bawah yang akan
menentukan lapisan atas.Lapisan bawah ini bererti ekonomi sedangkan
lapisan atas merupakan institusi agama,social dan
kebudayaan.Keduanya ialah cara perubahan sejarah yang melalui
proses dialektika.Marx telah mengubah dialektika Hegel kepada
bentuk konkrit.Ketiganya ialah terhadap perubahan
sejarah.Berasaskan faktor ekonomi sebagai faktor penggerak sejarah
yang bercorak materialistic,wujudlah proses perkembangan sejarah
yang melalui proses secara bertahap-tahap iaitu bermula dengan
masyarakat primitif,diikuti feudalisme,kapitalisme,sosialisme dan
komunisme.[footnoteRef:34] [34: Ibid, m.s 57]
TRADISI PENSEJARAHAN MARXIST
Antara ciri-ciri pensejarahan Marxist yang pertama ialah pokok
persoalan..Ia tidak menekankan soal-soal politik seperti
sebelumnya.Sebaliknya ia bersifat luas iatu menyentuh soal-soal
sosial dan ekonomi.Keduanya,dari segi penyebaban.Ia menekankan
faktor ekonomi yang menentukan perjalanan sejarah.Pengadilan moral
merupakan cirri yang ketiga.Memandangkan pensejarahan Marxist
bersifat propaganda kepada ideologi ini,biasanya ia tidak dapat
mengelakkan dirinya daripada mengadili sesuatu yang tidak mendukung
ideologi ini.Pensejarahan Marxist lebih ke arah suatu millennium
iaitu masyarakat komunis.Walaupun pensejarahan Marxist tidak
menyebutnya secara eksplisit,namun secara implisitnya ia sentiasa
menjadikan bentuk masyarakat ini sebagai masyarakat ideal.
FAKTOR PERKEMBANGAN KAEDAH DAN TEKNIK BARU
Proses penyelidikan yang menekankan penggunaan sumber primer
seperti manuskrip dan cetakan serta sumber sekunder seperti buku
telah diperkenalkan.Kaedah ini memberi keutamaan dari segi
pemilihan,penyusunan dan penganalisisan bahan sejarah.Penyelidikan
menggunakan kaedah saintifik yang lebih sistematik seperti
penyelidikan arkeologi juga penting dalam menghasilkan karya
sejarah kerana ia membawa kepada penghasilan sesuatu penulisan yang
objektif.Melaluinya sesuatu bahan yang ditemui di tapak peninggalan
sesebuah kerajaan samada dalam bentuk seni arca atau inskripsi akan
diketahui dari segi asal usulnya untuk mengukuhkan bukti
kewujudannya berdasarkan penyelidikan yang dibuat.
Maklumat-maklumat tersebut akan digunakan untuk merekonstruksi
sejarah dan kebudayaan sesebuah kerajaan.Oleh itu,setiap peristiwa
yang berlaku diperkukuhkan melalui maklumat penyelidikan
arkeologi.[footnoteRef:35] [35: Micheal Bently, Modern
Historiography an Introduction, New York, Routledge Taylor &
Francis Group, 2005, m.s 40]
Penggunaan kaedah kuantifikasi agak kurang digunakan pada hari
ini.Ia merupakan kaedah baru dalam metodologi sejarah terutamanya
dalam sejarah ekonomi.Ia menggunakan statistic pengukuran,rajah dan
angka-angka dalam penulisan sejarah.Kaedah ini akan melahirkan
sejarah berbentuk kuantitatif.
KESIMPULAN
Bidang sejarah pada abad 19 dan 20 telah menjadi bertambah kukuh
sebagai suatu disiplin ilmu yang bersifat autonomi di dunia
barat.Aspek yang membezakan karya-karya sejarah pada kedua-dua abad
itu ialah cara sejarah itu ditulis.Pada abad 20,sejarawan cuba
memperluaskan skop penulisan sejarah yang berbeza sedikit daripada
sebelumnya yang lebih kepada aspek ekonomi dan politik.Kesedaran
terhadap pentingnya penggunaan kaedah-kaedah dalam penyelidika
sejarah telah menyebabkan banyak aspek dalam pensejarahan
tradisional terputus.Ini mungkin berlaku disebabkan sejarawan
menganggap disiplin sejarah perlu berdiri sendiri tanpa dikaitkan
dengan unsur-unsur mitos dan legenda.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Hj Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif
Barat Dan Timur, Kuala Lumpur; Utusan Publications Dan
Doistributors,2000.
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002.
Kamus Dewan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996.
M.C. Lemon, Philosopphy Of History, New York; Routledge Taylor
& Francis Group, 2003.
Michael Bently, Modern History, New York; Routledge Taylor &
Francis Group, 2005.
Michael Bently, Modern Historiography An Introduction, New York;
Routledge Taylor & Francis group, 2005.
Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah dan Kaedah Penyelidikan
Sejarah, Kuala Lumpur; Dewan bahasa Dan Pustaka, 2001.
Peter Lambert, Making History, New York; Routledge & Francis
Group, 2004.
R. G. Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan, Mohd Yusof Ibrahim,
Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1985.
Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar
Bakti Sdn Bhd, 1996.