BICARA PENGETUA. BIODATA GURU NAMA : 1 Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Buku Pengurusan Sekolah ini menyediakan maklumat yang sangat berguna kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Kandungannya meliputi aspek pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, sukan, takwim sekolah hinggalah kepada perkara-perkara umum yang diperlukan oleh seluruh warga sekolah ini. Salam Sejahtera. Saya berharap Buku Pengurusan SMK Hamzah besar ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Sama-samalah kita bertekad untuk menjadikan SMK Hamzah Besar menjadi sebahagian daripada organisasi menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan melalui pengurusan yang cekap, pantas dan bijaksana. Bagi memenuhi hasrat ini semua warga sekolah perlulah mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi, bekerja dengan semangat kerjasama, semangat sepasukan, tolong- menolong dan hormat-menghormati mengikut semangat 1 Malaysia. Buku ini juga disediakan dengan mengambil kira keperluan Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Perkara ini adalah sejajar dengan misi sekolah iaitu “Pembinaan Modal Insan Menerusi Pendidikan Berkualiti” dan Visi Sekolah “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”. Perkongsian misi dan visi sekolah amatlah penting kepada warga sekolah, demi memastikan hala tuju sekolah dapat difahami, dihayati dan dijelmakan sehingga membentuk kebitaraan dan perwatakan sekolah. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Buku Panduan Pengurusan SMK Hamzah Tahun 2013. Buku ini dihasilkan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah dalam melaksanakan tugas seharian di samping dapat melicinkan pentadbiran serta meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sekolah. Guru-guru & staf sokongan yang dihormati, Wassalam (HJ CHE HASYIM B. CHE PA) Pengetua SMK Hamzah, 18500 Machang Kelantan. Sekian, terima kasih.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BICARA PENGETUA.
BIODATA GURU
NAMA :
Angka Pejabat : No.Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir: Jawatan&Gred :
Jantina : Keturunan: Agama :
Alamat Rumah :
1
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,
Buku Pengurusan Sekolah ini menyediakan maklumat yang sangat berguna kepadaguru-guru dan kakitangan sekolah. Kandungannya meliputi aspek pengurusan danpentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, sukan, takwim sekolah hinggalahkepada perkara-perkara umum yang diperlukan oleh seluruh warga sekolah ini.
Salam Sejahtera.
Saya berharap Buku Pengurusan SMK Hamzah besar ini dapat dimanfaatkan oleh semuaguru dan kakitangan sekolah. Sama-samalah kita bertekad untuk menjadikan SMK HamzahBesar menjadi sebahagian daripada organisasi menyumbang kepada kecemerlanganpendidikan melalui pengurusan yang cekap, pantas dan bijaksana.
Bagi memenuhi hasrat ini semua warga sekolah perlulah mempunyai keazaman dansemangat yang tinggi, bekerja dengan semangat kerjasama, semangat sepasukan, tolong-menolong dan hormat-menghormati mengikut semangat 1 Malaysia.
Buku ini juga disediakan dengan mengambil kira keperluan Falsafah PendidikanNegara, Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Perkara ini adalah sejajar dengan misisekolah iaitu “Pembinaan Modal Insan Menerusi Pendidikan Berkualiti” dan Visi Sekolah“Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”. Perkongsian misi dan visi sekolah amatlahpenting kepada warga sekolah, demi memastikan hala tuju sekolah dapat difahami, dihayatidan dijelmakan sehingga membentuk kebitaraan dan perwatakan sekolah.
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasakesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Buku PanduanPengurusan SMK Hamzah Tahun 2013. Buku ini dihasilkan untuk dijadikan sebagaipanduan dan rujukan kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah dalam melaksanakantugas seharian di samping dapat melicinkan pentadbiran serta meningkatkan tahapkecekapan pengurusan sekolah.
Guru-guru & staf sokongan yang dihormati,
Wassalam
(HJ CHE HASYIM B. CHE PA)PengetuaSMK Hamzah,18500 Machang Kelantan.
Sekian, terima kasih.
No. Telefon (R) : No.Telefon Tangan :
E.mail :
Kelulusan Akademik Tertinggi & Tahun :
Maktab/Universiti :
Opsyen Major : Minor :
Tarikh Lantikan : Tarikh Pengesahan :
Pengalaman Mengajar:
Bil Nama Sekolah M/Pel. Diajar Tahun
Kelas Mengajar Sekarang
Bil M/Pelajaran Diajar Tingkatan/Kelas
Pengalaman Menjawat Tugas Dalam Panitia Dan Ko Akademik.
Bil Nama Sekolah Panitia/Koakademik Tugas
2
Jawatan Sekarang
Bil Panitia /Koakademik Jawatan
Pengalaman Memeriksa Kertas / Pembina Item
Bil Kategori Peperiksaan Awam (PMR/SPM/STPM) Mata Pelajaran Tahun
3
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH.
1. NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HAMZAH.
2. KOD SEKOLAH: DEE 2191.
3. LOKASI : BANDAR4. DAERAH PENTADBIRAN : JAJAHAN MACHANG.5. PPD : PEJABAT PELAJARAN DAERAH MACHANG.6. JENIS BANTUAN : PCG :PER KAPITA GRANT.7. GRED : A.8. LUAS KAWASAN :9. NAMA PENGETUA : CHE HASYIM B CHE PA.10. SESI PERSEKOLAHA : 2 SESI ( PAGI DAN PETANG )11. BILANGAN GURU : 151 ORANG.
: LELAKI :: PEREMPUAN :
12. ENROLMEN PELAJAR : 1912 ORANG.13. TINGKATAN TERTINGGI : PRA U SENIOR.14. BERASRAMA : LELAKi :
: PEREMPUAN :15. EMAIL SEKOLAH :16. WEBSITE SEKOLAH :
1.1: Membimbing dan mengajar para pelajar dengan penuh keikhlasan dan amanah.
1.2: Menunjukkan satu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi
teladan yang baik kepada pelajar.
1.3: Menggunakan sepenuh daya kreatif dan kepakaran untuk menarik minat dan mendorong para pelajar untuk belajar dengan tekun dan berkesan.
1.4: Elakkan dari menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan,
menyentuh asal keturunan dan agama seseorang atau kumpulan pelajar.
1.5: Mengutamakan kebajikan dan kepentingan pelajar-pelajar.
1.6: Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, agama dan keturunan.
1.7: Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan
dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
mencapai mutu yang tinggi.
1.8: Merahsiakan segala maklumat pelajar kecuali kepada mereka yang berhak.
1.9: Memastikan para pelajar membawa buku teks masing-masing semasa pembelajaran dijalankan.
1.10: Memberi latihan termasuk kerja-kerja rumahdan memeriksa serta memulangkan dalam
jangkamasa yang sesuai.
1.11: Menghabiskan sukatan pelajaran, rancangan penggalan dan mingguan seperti yang telah
ditetapkan dalam mesyuarat panitia.
1.12: Pengajaran hendaklah sentiasa menepati isi pelajaran TANPA memesongkan kepada
perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan sesuatu pelajaran.
1.13: Sepanjang masa pengajaran, guru-guru hendaklah menyampaikan pelajaran dalam keadaan
BERDIRI dan menggunakan Bahasa Melayu (bukan loghat daerah ).
1.14: Penggunaan Bahasa Inggeris adalah diWAJIBkan bagi guru-guru subjek Bahasa Inggeris, Sains
dan Matematik pada kelas tertentu sahaja.
1.15: Kelas Jadual Ganti adalah wajib dan sama seperti kelas biasa.9
TATACARA GURU SMK HAMZAH
1.16: Mengadakan ujian-ujian bulanan, penggalan dan seumpamanya termasuk menggubal
soalan dan memeriksanya.
1.17: Memastikan pencapaian mata pelajaran yang diajar selaras dengan target yang telah
diperakukan oleh pihak sekolah.
2. KEHADIRAN KE SEKOLAH
2.1: Sesi pagi : 7.30 pagi loceng pertama dibunyikan manakala 1.05 tengah hari loceng pertama sesi petang dibunyikan.
2.2: Sebaik sahaja loceng dibunyikan, guru-buru mesti hadir ke kelas masing- masing untuk sama-sama menghormati Lagu Kebangsaan, Selamat Sultan, Lagu Sekolah dan mengaminkan Doa Sekolah. Bagi sesi petang, lagu dimainkan sebelum waktu pulang.
2.3: Menandatangani Buku Kehadiran Harian / LOGIN (berkomputer) sebaik sahaja tiba di sekolah bagi membolehkan guru bertugas menyemak dan seterusnya menyerahkan kepada guru jadual waktu untuk dibuat jadual ganti sekiranya ada guru yang bercuti / sakit (tidak hadir)
2.4: Guru-guru yang tidak hadir bertugas kerana sakit atau sesuatu sebab dikehendaki
menghubungi Pengetua / Penyelia Petang samada secara lisan atau telefon. Surat
kenyataan sakit / sijil sakit hendaklah diserahkan seberapa segera kepada
Pengetua.
2.5: Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan
kecuali dengan tujuan penting yang tidak boleh dielakkan. Jika terpaksa,
kebenaran hendaklah diperolehi dahuu daripada Pengetua / Penolong Kanan /
Penyelia Petang dan mestilah mencatatkan nama dalam buku kenyataan keluar masuk
kakitangan sekolah.
2.6: Kehadiran ke sebarang kegiatan kokurikulum dan acara-acara sekolah yang lain hendaklah
tepat pada masa yang ditetapkan.
3. GURU TINGKATAN
10
3.1: Mengamalkan sepanjang masa prinsip-prinsip yang termaktub dalam profesion perguruan serta Rukun Negara.
3.2: Menyiapkan serta mengemaskini Jadual Kedatangan Pelajar termasuk menulis nama pelajar bagi bulan Disember.
3.3: Menandakan sendiri kehadiran pelajar di dalam Jadual Kedatangan Pelajar.
3.4: Membuat ’penutupan’ Jadual Kedatangan Pelajar setiap hujung bulan.
3.5: Membentuk AJK Kelas bagi menyelaraskan kerja-kerja menyusun serta melengkapkan kelasnya, terutama giliran bertugas harian dan papan kenyataan.
3.6: Membuat kutipan yuran seperti yang diarahkan dan mengeluarkan resit-resit rasmi. Semua kutipan mestilah diserahkan kepada kerani sekolah dengan segera.
3.7: Menghubungi Pengetua / Penolong Kanan / Penyelia Petang untuk menjemput ibubapa / penjaga ke sekolah jika terdapat masalah ketidak hadiran / disiplin pelajar
3.8: Membuat laporan tentang pelajar-pelajar miskinkepada Guru Tabung Kebajikan Murid / Biasiswa untuk tindakan selanjutnya.
3.9: Menggunakan pengaruh dan kebijaksanaan bagi membentuk sikap dan peribadi yang baik di kalangan pelajar jagaan setiap masa.
3.10: Menyiapkan markah / keputusan ujian / peperiksaan diagnostik / penggal (samada dalam buku Rekod Kemajuan atau slip helaian markah) sebagaimana arahan dan tarikh yang tertulis dalam takwim sekolah.
3.11: Melengkapkan borang-borang data / Kad 001 dan 002.
3.12: Membantu Penyelaras Tingkatan dan Setiausaha Peperiksaan dalam persediaan peperiksaan, pengisian markah dan data atau sehubungan dengannya.
3.13: Mengedarkan buku SPBT kepada yang layak dan memulangkannya kembali pada hujung tahun serta mengemaskini borang buku teks dan diserahkan kepada guru SPBT.
3.14: Menjadi penyelaras kepada sebarang kegiatan kebajikan dan seumpamanya bagi kelas berkenaan.
3.15: Memastikan pelajar-pelajar sentiasa berpakaian kemas, patuh kepada peraturan sekolah dan berkelakuan baik.
3.16: Memastikan kelas dan kawasan di bawah jagaan kelasnya sentiasa bersih.
4. KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
4.1: Memanggil mesyuarat ahli-ahli jawatankuasa bagi menyelaraskan sukatan / rancangan tahunan / ujian / strategi / latihan / aktiviti dan sebagainya.
4.2: Menyelaraskan kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran seta memberi nasihat / pengajaran kepada guru-guru yang belum berpengalaman.
4.3: Mengambil tahu dan memberitahu guru-guru mata pelajaran mengenai sebarang perubahan dalam sukatan pelajaran serta pekeliling yang berkaitan.
4.4: Menyemak kerja-kerja dari semasa ke semasa dengan kerjasama guru-guru mata pelajaran.
11
4.5: Mencadangkan buku-buku naskah guru dan buku-buku lain / majalah untuk pelajar-pelajar / rujukan dan alat bantu mengajar.
4.6: Mengemaskini buku stok panitia masing-masing.
5. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR.
5.1 Buku Persediaan Mengajar adalah merupakan dokumen yang menunjukkan kerja-kerja seorang guru, Buku ini hendaklah dijaga dengan baik, dibalut dan jangan sekali-kali dihilangkan.
5.2 Sila penuhkan semua butir-butir yang dikehendaki, dibahagian depan dan belakang.
5.3 Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disalin sepenuhnya, sama ada ditulis tangan atau ditaip dan ditampalkan.
5.4 Rancangan Pelajaran
5.4.1 Rancangan pelajaran yang merupakan pecahan sukatanb pelajaran hendaklah disusun mengikut Penggal dan Tajuk dari yang senang kepada yang susah. (tidak semestinya mengikut sususnan dalam Sukatan Pelajaran) Pastikan penyelarasan telah dibuat dengan Panitia mata pelajaran berhubung dengan pecahan tahunan yang lalu, kerana perubahan perlu diadakan.
5.4.2 Rancangan pelajaran ini hendaklah sama bagi semua kelas dalam Tingkatan yang sama.
5.4.3 Semua ruangan di bahagian Rancangan Pelajaran ini hendaklah dilengkapkan, iaitu Isi Pelajaran objektif Aktiviti, Alat bantuan Mengajar.
5.4.4 Pecahan Sukatan Pelajaran ini hendaklah dibuat sepenuhnya kalau ada kelas yang terlalu lemah, tidak sempat dihabiskan, maka catatan mestilah dibuat.
5.5 Rancangan Harian
5.5.1 Rancangan kerja harian adalah merupakan petikan daripda Rancangan Mingguan yang ditulis lebih terperinci lagi yang mengandungi maklumat-maklumat seperti yang dikehendaki oleh kualiati sekolah.
5.5.2 Rancangan harian ini adalah merupakan rancangan bagi sesuatu kelas berkenaan. Oleh itu sekiranya guru tidak dapat hadir, misalnya kena menghadiri kursus, guru hendaklah menulis rancangan yang sepatutnya diajar di kelas tersebut, bukannya mencatatkan bahawa guru menghadiri kursus. Dengan ini guru penganti akan dapat menyambung tugas guru di-kelas berkenaan.
5.5.3 Rancangan Harian hendaklah ditulis pada baris yang sama bagi kelas yang sama pada setiap muka. Satu garisan hendaklah dibuat bagai memisahkan antara satu kelas dengan kelas yang lain.
5.5.4 Buku persediaan Mengajar hendaklah diserahkan kepada Pejabat pada tiap-tiap hari Khamis (atau hari persekolah yang akhir dalam minggu/penggal itu) untuk disemak.
12
Sebelum diserah, pastikan rancangan bagi hari persekolahan berikutnya telah disiapkan.
6. JADUAL KEDATANGAN
6.1 Jadual Kedatangan hendaklah diisi dengan lengkap.
6.2 Kedatangan murid hendaklah ditanda setiap hari mengikut panduan yang terdapat di -dalamnya.
6.3 Jadual kedatangan hendaklah dihantar ke Pejabat sebelum jam 9.00 pagi setiap hari.
7. PENGAJARAN
Seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan daripada pengajaran yang bercorak rencana (distation). Pengajaran yang baik adalah yang bercorak penerangan yang lebih luas. Begitu juga elakkan daripada menyuruh murid-murid membaca buku teks dalam kelas secara bergilir-gilir.
7.2 Sebaik-baiknya elakkan dari duduk di atas kerusi (apa tah lagi duduk di atas meja) semasa mengajar, kecuali oleh sebab tertentu.
7.3 Elakkan daripada menyuruh murid-murid menyalin di papan hitam atau merencanakan nota kepada murid-murid lain, sedangkan guru duduk di kerusi atau keluar meninggal kelas.
7.4 Pelajaran yang bercorak penglibatan bersama, iaitu murid-murid turut melibatkan diri, adalah mustahak untuk menimbulkan minat mereka. Murid-murid diminta membuat catatan dan catatan murid hendaklah disemak oleh guru dari semasa ke semasa.
7.5 Guru-guru hendaklah menggunakan lebih daripada satu kaedah mengajar agar pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Banyakkan menggunakan alat-alat bantuan mengajar, jangan terhad kepada ‘chalk and talk’ sahaja.
7.6 Guru-guru adalah dininta supaya masuk ke kelas makmal tepat pada waktu, walaupun kadang-kadang ada ‘hot-interesting’ topik di Bilik Guru atau di Bilik Pejabat masing-masing.
7.7 Semasa di makmal, guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama-sama dengan murid untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka melalui praktikal. Murid-murid janganlah ditinggalkan melakukan praktikal. Murid murid janganlah ditinggalkan melakukan praktikal tanpa diawasi oleh guru. Sekiranya sesuatu terjadi, guru berkenaan adalah bertanggungjawab.
13
7.8 Di dalam hal-hal tertentu, kalau guru terpaksa meninggalkan bilik kelas/ makmal, maka hendaklah dipinta seorang rakan yang lain menjaganya. Bilik kelas/ makmal (murid-murid) tidak sekali-kali boleh ditinggalkan kecuali di dalam hal-hal tertentu.
8. KERJA-KERJA BERTULIS DAN BUKU RAMPAIAN
8.1 Berilah latihan kerja bertulis sebanyak mana yang sesuai mengikut keadaan. Bagi pelajaran biasa, kerja-kerja bertulis yang berbentuk karangan hendaklah tidak kurang dari 2 kali sebulan, di samping latihan-latihan lain. Tiap-tiap kerja bertulis ini mestilah diperiksa/dilihat.
8.2 Semua kerja-kerja bertulis ini hendaklah dibuat di dalam buku-buku rampaian/buku khas.
8.3 Semua kerja-kerja bertulis ini hendaklah dipulangkan kepada murid-murid selepas diperiksa dengan agak segera. Janganlah dibiarkan berdebu atau hilang di bilik guru.
8.4 Berilah soalan ujian dan juga peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkenaan. Stansil yang telah ditaip bolehlah diserahkan ke Pejabat untuk dicetak.
8.5 Buatlah nota-nota tambahan/alatan mengajar jika perlu bagi menambahkan kefahaman murid.
9. GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN / PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM
9.1: Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dimestikan. Guru-guru wajib menghadirinya sebagaimana yang telah ditetapkan mengikut agihan tugas.
9.2: Melaporkan setiap perjumpaan dalam borang khas yang disediakan setiap kali selesai satu-satu perjumpaan.
9.3: Memungut yuran persatuan / rumah / kelab / badan beruniform dan membelanjakannya dengan sebaik-baiknya.
9.4: Berusaha sedaya mungkin untuk mem pertingkatkan prestasi rumah / persatuan / kelab / badan beruniform yang dipertanggungjawabkan.
9.5: Bertanggungjawab sepenuhnya kepada ahli-ahli dalam melaksanakan segala aktiviti yang dijalankan di peringkat sekolah / daerah / negeri.
9.6: Menjadikan penghubung antara murid dengan ibu bapa / pihak sekolah / Jabatan Pendidikan dan lain-lain pihak yang berkaitan.
10. PEMERIKSAAN BUKU LATIHAN PELAJAR
10.1: Waktu tidak mengajar digunakan bagi memeriksa buku-buku latihan pelajar.
10.2: Pemeriksaan buku hendaklah dibuat secepat mungkin. Dakwat MERAH
digunakan dalam pemeriksaan buku pelajar.
14
10.3: Pemeriksaan hendaklah bertujuan untuk penambahbaikan dalam pengajaran agar lebih berkesan dengan adanya unsur mendidik. Oleh itu, pembetulan jawapan hendaklah dibuat.
10.4: Ketua Panitia Mata Pelajaran hendaklah mengambil buku-buku latihan / bagi sesuatu tingkatan untuk semak dan diserahkan kepada Guru Kanan / Penolong Kanan / Penyelia Petang / Pengetua sekurang- kurangnya dua kali dalam setahun.
10.5: Guru Kanan / Penolong Kanan / Penyelia Petang / Pengetua seterusnya akan memulangkan buku -buku yang telah disemak kepada guru-guru melalui Ketua Panitia.
11. PENGGUNAAN BILIK WAWASAN / BILIK APD / MAKMAL KOMPUTER
11.1: Bilik Wawasan Sekolah adalah tempat larangan kepada semua pelajar.
11.2: Guru-guru digalakkan menggunakan Bilik Wawasan untuk tujuan mesyuarat / perbincangan dan perjumpaan dengan ibubapa yang datang ke sekolah / memeriksa dan menyemak data-data
berkaitan prestasi / target / rujukan tertentu.
11.3: Patuhi peraturan Bilik Wawasan sepanjang masa. Tidak dibenarkan memindah sebarang peralatan dan bahan dari Bilik Wawasan kecuali dengan kebenaran Setiausaha Bilik Wawasan / Penyelia Petang / Penolong Kanan dan pulangkan semula dalam keadaan sempurna.
11.4: Guru-guru diarahkan menggunakan dengan berkesan Bilik APD sebagai sumber bantuan mengajar.
11.5: Tempahan penggunaan Makmal Komputer / penjadualan hendaklah melalui Penyelaras Makmal Komputer.
11.6: Jadual Penggunaan Bilik APD / TV Pendidikan / Astro hendaklah dipatuhi sepanjang masa.
11.7: Pelajar-pelajar yang memasuki Bilik APD / Makmal Komputer hendaklah berada di dalamnya sehingga rancangan selesai dan mesti disertai guru sepanjang masa.
11.9: Tidak dibenarkan apa sahaja alatan dipindahkan dari Bilik APD / Makmal Komputer kecuali dengan kebenaran guru APD / Penyelaras Makmal Komputer / Penyelia Petang / Penolong Kanan / Pengetua. Semua alatan yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan baik seperti asal.
11.10: Arahan-arahan hendaklah dipatuhi sepanjang masa. Perubahan-perubahan jika ada akan dibuat oleh guru APD / Penyelaras Makmal Komputer. Penggunaan alatan APD / Makmal Komputer hendaklah direkodkan.
11.11: Jika ada kerosakan di Bilik Wawasan / Bilik APD / Makmal Komputer hendaklah dilaporkan kepada Pengetua.
12. PERHIMPUNAN
12.1: Semua guru MESTI HADIR ke tempat perhimpunan dan berada di sana sepanjang masa perhimpunan dijalankan.
15
12.2: Memelihara tatatertib perhimpunan dan elakkan diri daripada bercakap- cakap (dengan kuat) yang boleh mengganggu perhimpunan.
12.3: Guru-guru tertentu sahaja yang boleh membuat pengumuman dalam sesuatu perhimpunan itu.
12.4: Ketua Guru Bertugas Mingguan yang bertanggungjawab membuat penyelarasan perhimpunan untuk minggu tersebut.
12.5: Menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya ( bukan loghat daerah )
13. PAKAIAN SEMASA BERTUGAS RASMI
13.1: Pakaian mesti kemas termasuk rambut seperti arahan Pekeliling Jabatan Pelajaran / Kememterian Pelajaran Malaysia.
`13.2: Sentiasa memakai baju berwarna lembut dan corak yang biasa.
13.3: Baju ’T’ tidak boleh dipakai kecuali semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan.
13.4: Baju Batik hanya boleh dipakai pada setiap hari Khamis atau pada majlis rasmi
yang dianjurkan seperti Mesyuarat Agung PIBG dan sebagainya.
13.5: Guru-guru lelaki hendaklah sentiasa memakai kemeja yang dimasukkan ke bahagian dalam seluar.
13.6: Digalakkan memakai tali leher bagi guru lelaki.
14. GURU BERTUGAS MINGGUAN
14.1: Menyelaras perhimpunan dan menyampaikan ucapan / laporan dalam
perhimpunan mingguan
14.2: Menyemak kehadiran pelajar dalam buku Rekod Kehadiran Pelajar setiap hari. Kenal pasti kelas yang belum menanda kehadiran dan mengambil inisiatif untuk melengkapkannya.
14.3: Mengurus dan menghantar pelajar yang sakit / bermasalah ke hospital atau rumah pelajar jika perlu.
14.4: Mengeluarkan surat kebenaran mendapatkan rawatan hospital kepada pelajar.
14.5: Menulis laporan dalam buku Laporan Guru Bertugas Mingguan.
14.6: Ketua Guru Bertugas Mingguan bertanggungjawab membuat penyelarasan perhimpunan untuk minggu tersebut.
1. Pastikan pelajar berada di medan perhimpunan lebih awal dan menyusun atur kedudukan pelajar dalam barisan.
2. Menyelia sistem siaraya; Mikrofon, CD lagu perhimpunan, Pemacu CD – Rujuk Unit Siaraya3. Menyediakan kerusi guru, 'rostrum' dan bendera – Rujuk Unit Pengawas4. Menyelia Pengacara Majlis dan aturcara perhimpunan – Rujuk Setiausaha Sekolah / Setiausaha PK
Petang 14.7: Menyelia dan menandatangani Buku Laporan Penyeliaan Tandas Guru dan Pelajar.
16
15. CUTI REHAT KHAS DAN KECEMASAN.
15.1. Guru dibenarkan mengambil cuti rehat khas (CRK) dengan mendapat kelulusan dari pihak pengetua.
15.2. Borang pemohonan cuti rehat khas (CRK) hendaklah dihantar kepada Pengetua,TIGA hari sebelum cuti diambil.
15.3. Ketidakhadiran ke sekolah disebabkan kes-kes kecemasan hendaklah dimaklumkan kepihak PENGETUA sahaja
melalui telefon dan TIDAK melalui individu lain.
15.4. Guru yang mengambil cuti sakit hendaklah menghantar surat /dokumen berkaitan ke pengetua.
PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2013
PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
BIL HARI KELEPASAN AM (PERSEKUTUAN/NEGERI) TARIKH HARI
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
12 Rabiulawal 1434H24 Januari 2013
Khamis
2. Tahun Baru Cina
29 Rabiulawal 1434H10 Februari 2013
Ahad
30 Rabiulawal 1434H11 Februari 2013(Hari Kedua)
Isnin
3. Hari Pekerja 20 Jamadilakhir 1434H01 Mei 2013
Rabu
4. Hari Wesak 14 Rejab 1434H24 Mei 2013
Jumaat
5. Hari Keputeraan S.P.B Yang di-Pertuan Agong
22 Rejab 1434H1 Jun 2013
Sabtu
6. Hari Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1434H26 Julai 2013
Jumaat
7. Hari Raya Puasa*
01 Syawal 1434H08 Ogos 2013
Khamis
02 Syawal 1434H09 Ogos 2013 (Hari Kedua)
Jumaat
8. Hari Kebangsaan 24 Syawal 1434H31 Ogos 2013
Sabtu
9. Hari Malaysia 10 Zulkaedah 1434H16 September 2013
Isnin
10. Hari Raya Qurban 10 Zulhijjah 1434H15 Oktober 2013
Selasa
19
DOKUMEN PENGURUSAN DAN PERANCANGAN SMKH 2013
11 Zulhijjah 1434H16 Oktober 2013 (Hari Kedua)
Rabu
11. Hari Deepavali 28 Zulhijjah 1434H02 November 2013
Sabtu
12. Awal Muharram (Maal Hijrah) 01 Muharram 1435H05 November 2013
Selasa
13.Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V
07 Muharram 1435H11 November 2013
Isnin
08 Muharram 1435H12 November 2013
Selasa
14. Hari Krismas 22 Safar 1435H25 Disember 2013
Rabu
(*) Tertakluk Kepada PerubahanPeringatan:
Bagi hari-hari kelepasan yang disenaraikan, sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat dan Sabtu) secara berturut-turut, maka hari-hari itu diganti dengan esoknya(satu hari sahaj) dan jika kemudiannya pula sedia menjadi Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan Am.
Suk.D200(01) 261/5 Jld VII (59) Bertarikh: 02 Mei 2012