Pengurusan PPKI 1. Pentadbiran Pendidikan Khas1.1 Jawatankuasa
Pendidikan Khas SekolahSekolah hendaklah menubuhkan satu
Jawatankuasa Pendidikan Khas :Penasihat:Pengetua / Guru Besar
Pengerusi:Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas
N. Pengerusi 1Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran
N. Pengerusi 2:Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
N. Pengerusi 3:Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras:Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras:Guru pendidikan khas
Setiausaha:Guru pendidikan khas
Bendahari:Guru pendidikan khas
AJK-AJK:Guru pendidikan khas
Ahli-ahli Jawatankuasa termasuk guru kelas, guru mata pelajaran,
guru kokurikulum, guru disiplin, guru stok, guru keceriaan dan guru
bertugas mingguan.
1.2 Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif
bagi tujuan menyelia pelaksanaan program inklusif di
sekolah.Penasihat:Pengetua / Guru Besar
Pengerusi:Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras:Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras:Guru pendidikan khas
Setiausaha:Guru pendidikan khas
Bendahari:Guru pendidikan khas
AJK-AJK:Guru-guru sukan
1.3 Jawatankuasa Program Inklusif
Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif
bagi tujuan menyelia pelaksanaan program inklusif di
sekolah.Penasihat:Pengetua / Guru Besar
Pengerusi:Penolong Kanan
Penyelaras:Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras:Guru pendidikan khas
Setiausaha:Guru pendidikan khas
Bendahari:Guru pendidikan khas
AJK-AJK:Guru-guru kelas aliran perdana yang terlibat
:Guru mata pelajaran yang terlibat
1.4 Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas
Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif
bagi tujuan menyelia pelaksanaan program inklusif di
sekolah.Penasihat:Pengetua / Guru Besar
Pengerusi:Penolong Kanan
Penyelaras:Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras:Guru pendidikan khas
Setiausaha:Guru pendidikan khas
Bendahari:Guru pendidikan khas
AJK-AJK:Guru-guru disiplin
1.3 Perjawatan Guru Pendidikan KhasJawatan guru pendidikan khas
adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh digunakan sebagai
guru ganti di kelas aliran perdana (Atas dasar murid ini memiliki
surat perakuan doktor, memerlukan penjagaan rapi & hendaklah
dibawah guru yang diberikan kuasa serta tanggungjawab khas).
Perkiraan perjawatan guru pendidikan khas adalah seperti
berikut: Jumlah Guru Pendidikan Khas = Bilangan Kelas X 1.5
1.4 Bilangan Kelas Pendidikan KhasPada masa ini, perkiraan
bilangan kelas pendidikan khas adalah seperti berikut:Bilangan
Kelas Pendidikan Khas = Bil Murid / 6.5 ( Perkiraan di atas adalah
tertakluk kepada pindaan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM )1.5
Mesyuarat1.5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan KhasMesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas peringkat sekolah hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun dan minit mesyuarat
hendaklah dicatat dan difailkan di dalam Fail Jawatankuasa
Pendidikan Khas. Ini bertujuan untuk memastikan pihak pentadbir dan
semua guru pendidikan khas mengambil bahagian yang aktif di dalam
hal-hal berkaitan perjalanan kelas pendidikan khas dan sentiasa
dimaklumkan dengan maklumat terkini.Mesyuarat Jawatankuasa
Pendidikan Khas hendaklah dipengerusikan oleh Penolong Kanan
Kurikulum/Guru Kanan dengan Pengetua/Guru Besar sebagai
penasihat.
1.5.2 Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa Mesyuarat
Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa perlu diadakan
sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun bagi tujuan perkongsian
maklumat dan menjalinkan hubungan baik.1.6 Perlantikan Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dilantik dari kalangan
guru-guru pendidikan khas oleh pihak pentadbir sekolah berdasarkan
kriteria-kriteria yang berikut :
Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas Daya
kepimpinan Perwatakan Komitmen atau kesungguhan Kekananan
(seniority) Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain
Sokongan dari pihak pentadbir sekolah
Cadangan nama guru pendidikan khas yang telah dilantik menjadi
Penyelaras Pendidikan Khas hendaklah dipanjangkan ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri N.Sembilan supaya surat
perlantikan yang rasmi dapat dikeluarkan.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas yang telah dilantik boleh
dilucutkan jawatannya di bawah syarat-syarat berikut:
tidak berupaya melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawabnya
dengan baik, tidak lagi dapat memenuhi kriteria perlantikan seperti
yang dinyatakan di atas, mendapat aduan bertulis daripada guru-guru
(terutamanya di kalangan guru-guru pendidikan khas), pihak
pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga pihak luar dan apabila
disiasat serta didapati aduan itu berasas.
Setelah dilucutkan jawatan, penolong penyelaras akan dilantik
untuk mengambilalih tempat tersebut.
1.7 Perlantikan Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas adalah dilantik secara
lantikan dalaman sekolah dan tidak ada surat perlantikan untuk
jawatan ini.
Calon guru pendidikan khas untuk jawatan ini juga perlu memenuhi
kriteria seperti dalam pemilihan Penyelaras Kelas Pendidikan
Khas.
Beliau juga boleh dilucutkan jawatannya sepertimana Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas.
1.8 Elaun Mengajar Kanak-Kanak Khas untuk Guru Pendidikan
KhasPentadbir Sekolah/ Penyelaras Kelas Pendidikan Khas hendaklah
memastikan semua guru pendidikan khas di bawah seliaannya
mendapatelaun mengajar kanak-kanak khas.
Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembayaran elaun tersebut
adalah :
Salinan Jadual Waktu Peribadi guru berkenaan, dan Salinan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Khas, atau Salinan Diploma Pendidikan Khas,
atau Salinan Sijil Kehadiran ke Kursus Pendedahan Pendidikan Khas,
atau Sijil-sijil berkaitan bidang pendidikan khas.
Guru pendidikan khas layak menerima elaun ini bermula dari
tarikh dia mengajar di kelas Pendidikan Khas. (Semua salinan
dokumen berkaitan hendaklah disahkan oelh Pentadbir)
2. Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Khas 2.1
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
2.11 Pentadbiran Umum1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa
Pendidikan Khas Sekolah,2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum,
Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,3. Menyediakan takwim
kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas;
merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas
pendidikan khas sepanjang tahun,4. Memberi taklimat kepada pihak
pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan
khas,5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras
bersama dengan Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan
khas,6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut
diwujudkan dan sentiasa dikemaskini :6.1. Fail Am Kelas Pendidikan
Khas Sekolah,6.2. Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,6.3. Fail
Maklumat Kelas Pendidikan Khas,6.4. Fail Mata Pelajaran,6.5. Fail
Laporan Status Program Pendidikan Khas,6.6. Fail Peribadi Murid
Pendidikan Khas,6.7. Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)6.8.
Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,6.9. Fail Program Inklusif,6.10.
Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,6.11. Fail Stok (Alatan dan
Perabot),6.12. Buku Stok6.13. Laporan Mingguan Guru Bertugas.7.
Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan
khas,8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu
bapa murid khas,9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan
guru-guru pendidikan khas,10. Merancang, melaksana dan menyelia
Program Inklusif (jika ada),11. Memastikan aktiviti kokurikulum
kelas pendidikan khas dilaksanakan,12. Memastikan semua guru dan
murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada setiap hari
(tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan
khas),13. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah
menyenaraikan nama murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke
sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Sembilan pada bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan
penempatan,14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang
akan menyambung persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke
sekolah yang berkenaan,15. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah
Menengah bertanggungjawab memastikan borang permohonan murid-murid
untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dilengkapkan dan
dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
mengikut tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,
2.1.2 Pengurusan Hal Ehwal Guru1. Mencalonkan nama guru-guru
pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas
kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan supaya
mereka dapat dihantar berkursus,2. Memastikan semua guru pendidikan
khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar kanak-kanak
cacat,3. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya
tidak disalahgunakan oleh pihak sekolah.
2.1.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid 1. Memastikan nama murid
pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar
Kemasukan Murid.2. Memastikan murid pendidikan khas yang telah
tamat tempoh percubaannya dinilai (bersama dengan semua guru
pendidikan khas) dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A
(Borang Pengesahan Penempatan) dan seterusnya dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,3. Menghantar
permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat
Pelajaran Daerah,4. Memastikan semua murid pendidikan khas yang
baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,5. Memastikan
permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan
khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh
tutup,6. Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid
pendidikan khas diuruskan dengan cekap,7. Memastikan murid
pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.8. Membantu menguruskan
permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar negeri
dan memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah barunya.9.
Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya
diberikan Sijil Berhenti Sekolah.
2.1.4 Pengurusan Data1. Memastikan data dan laporan status kelas
pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran
Daerah masing- masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap
bulan,2. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan
di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.
2.1.5 Pengurusan Stok1. Memastikan barangan yang dihantar ke
kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan diletakkan di dalam kelas pendidikan khas,2. Memastikan
Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dalam tempoh 7 hari
dari tarikh penerimaan,3. Memastikan alatan kepunyaan kelas
pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak,4.
Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.
2.1.6 Pengurusan Kewangan1. Memastikan peruntukan PCG kelas
pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun,2.
Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas
dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas
(mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),3. Membuat Anggaran
Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah
dan guru-guru pendidikan khas,4. Menyemak baki peruntukan PCG kelas
pendidikan khas dari masa ke semasa dan memaklumkan kepada semua
guru pendidikan khas,5. Menyemak status kewangan dan penyata akaun
tabung kelas pendidikan khas yang disediakan oleh bendahari
kelas.
2.1.7 Pengurusan Kelas1. Menyediakan satu peraturan untuk kelas
pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada pihak
pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,2.
Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran
dan pembelajaran,3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan
pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi,
2.1.8 Pengurusan Jadual Waktu1. Mengadakan mesyuarat dengan
guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang
sesuai dengan opsyen guru masing-masing.2. Menyerahkan sesalinan
jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran
Daerah.
2.1.9 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran1. Menyediakan
jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas
pendidikan khas dari masa ke semasa,2. Memastikan Buku Persediaan
Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada
bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini,3.
Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum
diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,4. Berhubung dengan
Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan
khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan
awam,
2.1.10 Pengurusan Diri1. Menjadi `role-model dan menunjukkan
teladan yang baik kepada semua guru pendidikan khas,2. Memainkan
peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru
pendidikan khas.
2.2 Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas1. Melaksanakan
bidang tugas dan tanggungjawab Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
sekiranya beliau tidak berada di sekolah,
2.3 Setiausaha Kelas Pendidikan Khas1. Berbincang dengan
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas atau mesyuarat Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga,2.
Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan
bersama dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum
tarikh mesyuarat,3. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap
mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail berkenaan,4.
Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail
Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,5. Menyediakan surat-surat
rasmi untuk aktiviti pendidikan khas,6. Mengumpul dan menjilidkan
laporan aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas pada akhir tahun
dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran N.Sembilan.
2.4 Bendahari Kelas Pendidikan Khas1. Mengumpul sumbangan ikhlas
daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,2. Menyediakan penyata
akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari tabung
kelas pendidikan khas,3. Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan
khas pada setiap hujung bulan,4. Membentangkan kedudukan kewangan
tabung kelas pendidikan khas dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa
Pendidikan Khas dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan
Khas.2.5 Guru Kelas Pendidikan KhasPengurusan Dokumen1. Merekod dan
mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,2.
Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan
mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang
perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,3.
Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya
sentiasa dikemaskini,4. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua
muridnya lengkap,5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti
surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan mesyuarat dan
lain-lain,
Pengurusan Hal Ehwal Murid1. Membawa semua murid pendidikan khas
di kelasnya ke perhimpunan pagi,2. Memastikan bilangan murid
pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat
(untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),3.
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan
disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya,3. Menguruskan
pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,4.
Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid
pendidikan khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,5.
Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid
akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah
Vokasional,6. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan
khas di kelasnya yang akan menduduki peperiksaan awam,7.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan
jika berlaku sebarang kesulitan,8. Menguruskan Sijil Berhenti
Sekolah murid-murid pendidikan khas,Pengurusan Data1. Melaporkan
status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan
Khas pada setiap bulan adalah tepat.
Pengurusan Kewangan1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran
murid dan mengeluarkan resit,
Pengurusan Kelas1. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas
dan ceria,2. Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,3.
Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan
mempamerkan carta tersebut,4. Menyediakan jadual bertugas kelas dan
menjaga kebersihan kelas,5. Memastikan kelasnya dibuka pada setiap
pagi dan ditutup sebelum balik.
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran1. Memastikan rekod
prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan
sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,2.
Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak
diinklusifkan dan yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan
memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan
lanjut,
2.6 Guru Mata Pelajaran1. Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia
Mata Pelajaran Sekolah,2. Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran,
Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan, Buku Kerja dan senarai
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,3. Melengkapkan Fail
Mata Pelajaran masing-masing,4. Menggubal soalan penilaian dan
menjalankan ujian penilaian,5. Menyimpan soalan-soalan dalam Fail
Mata Pelajaran untuk Bank Soalan,6. Mencatatkan prestasi murid ke
dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian dan menyerahkan
markah-markah itu kepada guru kelas,7. Mengemaskini nota dan bahan
pengajaran dan pembelajaran,8. Menyimpan minit mesyuarat panitia di
dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,9. Mengemaskini
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang
diajar,10. Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan
dan membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas pendidikan
khas.
2.7 Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas1. Merancang aktiviti
tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan,
kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan beruniform,2. Mendaftarkan
kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan
pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Guru/Penolong Kanan
Kokurikulum sekolah),3. Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan
dengan kelab seperti pendaftaran, peraturan, yuran, pakaian, masa
perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum
Pendidikan Khas,4. Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang,5. Menyediakan segala surat menyurat,
dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi
melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum,6. Menyediakan laporan
tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan;
satu salinan untuk Fail Kokurikulum Pendidikan Khas dan satu
salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Khas.
2.8 Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas1. Mengendalikan kes-kes
disiplin murid,2. Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan
Khas untuk mengadakan perjumpaan bersama guru-guru pendidikan khas
lain bagi membincang dan menyelesaikan masalah tingkahlaku murid
pendidikan khas,3. Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan
Khas dan pihak pentadbir sekolah untuk mengadakan perjumpaan dengan
ibu bapa kepada murid pendidikan khas yang menunjukkan masalah
tingkahlaku yang membimbangkan,4. Merekodkan segala maklumat dan
tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam Fail Disiplin Kelas
Pendidikan Khas.
2.9 Guru Keceriaan Kelas Pendidikan Khas1. Membentuk
Jawatankuasa Keceriaan Kelas Pendidikan Khas,2. Merancang projek
keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas,3.
Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan,4.
Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas
peringkat sekolah, daerah dan negeri,5. Melengkap dan mengemaskini
maklumat di Bilik Gerakan Pendidikan Khas.
2.10 Guru Stok Kelas Pendidikan Khas1. Mendapatkan salinan
invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti pembelian
barangan dan serahkan kepada kerani pejabat yang menguruskan akaun
kelas pendidikan khas,2. Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke
dalam Buku Stok berdasarkan maklumat di dalam salinan invois dalam
tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut,3. Menyedia
dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli
atau diterima pada Kad Stok,4. Melabel nombor siri pada alatan atau
perabot kekal yang dibeli atau diterima seperti contoh di bawah:5.
Bagi barangan atau perabot yang dibekalkan oleh Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Perak, lengkapkan Sijil Akuan Penerimaan
(SAP) bagi setiap barangan tersebut dan menyerahkannya kepada
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk dikembalikan ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,6. Satu salinan Sijil
Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan hendaklah
disimpan di dalam Fail Stok (Alatan dan Perabot),7. Mengemaskini
Fail Stok (Alatan dan Perabot),8. Memeriksa stok barangan dan
mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir tahun,9.
Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok
kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum
diserahkan kepada pejabat.
2.11 Guru Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas1. Menulis
laporan tugas harian di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan Kelas
Pendidikan Khas,2. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid
pendidikan khas yang sakit,3. Membawa murid pendidikan khas yang
sakit ke hospital (jika perlu),4. Memastikan keceriaan, keselamatan
dan kebersihan kelas pendidikan khas dalam keadaan terurus
sepanjang minggu bertugas,5. Membantu guru kelas menguruskan
murid-murid pendidikan khas semasa perhimpunan pagi.
3. Pengurusan Fail-fail Pendidikan Khas
3.1 Fail Am Kelas Pendidikan KhasPenyelaras Kelas Pendidikan
Khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya mewujudkan satu Fail
Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan untuk menyimpan
segala surat menyurat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di
sekolah.Satu salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas
pendidikan khas untuk memudahkan rujukan.3.2 Fail Jawatankuasa
Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan
Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen
berikut :
Minit mesyuarat, Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas, Kertas
Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Surat menyurat
setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Laporan Aktiviti /
Projek Kelas Pendidikan Khas, Jadual Pencerapan,
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memastikan Fail
Jawatankuasa Pendidikan Khas ini dikemaskini dari masa ke
semasa.
Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan
di kelas pendidikan khas supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah
dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan pada bila-bila masa.
3.3 Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan
Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen
berikut :
Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas, Borang Biodata Guru,
Borang Biodata Murid, Statistik Murid Pendidikan Khas, Jadual Waktu
Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru, Rekod keputusan UPSR,
PMR dan SPM Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab
mengemaskinikan Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas ini dari masa
ke semasa.Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru
Besar dan di kelas pendidikan khas supaya mudah dirujuk oleh
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak
pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah
dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada bila-bila masa.
3.4 Fail Mata Pelajaran
Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini
Fail Mata Pelajaran masing-masing. Fail ini mengandungi
dokumen-dokumen berikut :
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran, Maklumat semasa
mengenai mata pelajaran, Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
digunapakai, Jadual peperiksaan / penilaian, Soalan-soalan
peperiksaan / penilaian, Rumusan pencapaian setiap murid selepas
setiap peperiksaan / penilaian, Lain-lain dokumen semasa yang
berkaitan.
3.4 Fail Laporan Status Program Pendidikan KhasFail ini
diwujudkan untuk menyimpan sesalinan Laporan Status Program
Pendidikan Khas yang wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah
pada setiap bulan.Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab
menyedia dan mengemaskinikan Fail Laporan Status Program Pendidikan
Khas.
3.5 Fail Peribadi Murid Pendidikan KhasGuru kelas pendidikan
khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Peribadi
Murid bagi setiap anak muridnya. Fail ini memuatkan dokumen-dokumen
berikut : Surat Penempatan Murid ke Program Pendidikan Khas dari
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Salinan
Lampiran A, Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan
Kanak-Kanak Keperluan Khas ( 0 - 18 Tahun ), Salinan Borang
Pertukaran Sekolah - (jika ada), Salinan Sijil Kelahiran / Kad
Pengenalan, 3 keping gambar murid berukuran pasport, Salinan
permohonan Kad Orang Kurang Upaya, Salinan Kad Orang Kurang Upaya,
Kad atau Buku Kesihatan Murid, Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil
Penghargaan yang diterima oleh murid, Rekod Prestasi Murid,
Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid.
3.6 Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan
mengemaskinikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) bagi
setiap muridnya mengikut mata pelajaran yang diajarnya.
3.7 Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan KhasPenyelaras Kelas
Pendidikan Khas bersama dengan Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan
Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Kokurikulum
Kelas Pendidikan Khas. Kandungan Fail Kokurikulum adalah berikut :
Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas, Jadual Waktu
pelaksanaan aktiviti kokurikulum, Rekod kehadiran guru dan murid
pendidikan khas, Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum
yang dijalankan pada setiap sesi, Kertas kerja program / aktiviti
kokurikulum yang akan dilaksanakan, Salinan surat menyurat
berkaitan dengan pelaksanaan setiap kokurikulum kelas pendidikan
khas, Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah
dilaksanakan, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
3.8 Fail Program Inklusif
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam
Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan
mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi
dokumen-dokumen seperti : Jawatankuasa Program Inklusif, Kertas
kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu
guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan,
Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat
berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif, Laporan semasa
pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain
dokumen semasa yang berkaitan.
3.9 Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Disiplin
Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan
Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas. Fail ini merekodkan
tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan memerlukan
satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini
mengandungi dokumen-dokumen berikut : Jawatankuasa Disiplin Kelas
Pendidikan Khas, Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti
menghadapi masalah tingkahlaku, Catatan jenis masalah tingkahlaku,
masa dan tarikh ia berlaku, Cadangan model pengubahsuaian
tingkahlaku untuk membantu murid tersebut, Surat pemakluman kepada
ibu bapa / penjaga, Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga
berhubung dengan pelaksanaan pengubahsuaian tingkahlaku ke atas
anak mereka, Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut,
Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya
ditangani.
3.10 Fail Stok (Alatan dan Perabot)
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Stok Kelas
Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail
Stok (Alatan dan Perabot). Fail ini bertujuan untuk merekodkan
alatan dan perabot yang dibeli atau diterima daripada Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Maklumat yang perlu akan di dalam fail ini ialah :
Daftar senarai item, Maklumat setiap item yang dibeli atau
diterima iaitu tarikh penerimaan, jumlah unit dibeli atau diterima,
syarikat pembekal, harga seunit, jenama, dan lain-lain, Salinan
dokumen untuk setiap item berkenaan iaitu invois pembelian, dokumen
penghantaran oleh syarikat pembekal dan Sijil Akuan Penerimaan
(SAP).
Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah dilengkapkan bagi setiap
barangan yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan.
SAP yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dalam masa 7
hari dari tarikh penerimaan supaya Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Negeri Perak dapat mengetahui status penghantaran
barangan tersebut ke sekolah-sekolah.3.11 Buku Stok
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab mendapatkan
buku stok daripada pejabat sekolah. Guru Stok bertanggungjawab
merekod dan mengemaskinikan semua alatan pejabat atau jenis-jenis
alatan gunapakai yang dibeli menggunakan peruntukan PCG kelas
pendidikan khas ke dalam Buku Stok. Penyelaras Kelas Pendidikan
Khas bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan maklumat-maklumat
dalam Buku Stok sebelum diserah kepada pejabat sekolah pada hujung
tahun.
3.12 Laporan Mingguan Guru Bertugas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan
khas perlu menetapkan satu format laporan harian yang dipersetujui
oleh semua untuk kegunaan di sekolah masing-masing. Laporan
mingguan ini boleh direkodkan dalam buku atau helaian borang
laporan ini difailkan.
Laporan harian bertujuan mencatatkan peristiwa yang berlaku di
kelas pendidikan khas pada setiap hari sepanjang minggu berkenaan.
Antara peristiwa yang perlu dicatat di dalam laporan harian adalah
berikut : guru yang tidak hadir pada hari berkenaan, murid yang
tidak hadir pada hari berkenaan, murid-murid yang balik awal,
guru-guru yang keluar untuk tugas rasmi pada hari berkenaan, murid
yang ponteng selepas rehat, lawatan atau kunjungan dari pihak luar,
lain-lain peristiwa.
4. Pengurusan Data Pendidikan Khas
4.1 Laporan Status Program Pendidikan Khas
Laporan Status Program Pendidikan Khas hendaklah dihantar ke
Pejabat Pelajaran Daerah sebelum atau pada 10 haribulan setiap
bulan.Laporan Status Program Pendidikan Khas yang lengkap perlu
dihantar juga walaupun tidak terdapat perubahan.Salinan laporan
status program pendidikan khas bagi setiap bulan hendaklah
difailkan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan
Khas.Format Laporan Status Program Pendidikan Khas boleh didapati
dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan juga dalam disket (softcopy)
daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan.
4.2 Maklumat Guru dan Murid Pendidikan Khas
Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar ke
Pejabat Pelajaran Daerah pada bulan Januari setiap tahun. Maklumat
guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar dalam bentuk
bercetak (hardcopy) berserta dengan disket (softcopy ).Selepas itu
senarai maklumat perlu dihantar sekiranya ada perubahan pada
bilangan guru atau murid pendidikan khas.Format maklumat guru dan
murid pendidikan khas boleh didapati dalam bentuk bercetak (
hardcopy ) dan juga dalam disket ( softcopy ) daripada Pejabat
Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan.
5. Bantuan Per Kapita ( PCG ) Pendidikan Khas
5.1 Tuntutan PCG Kelas Pendidikan Khas
Tuntutan PCG bagi tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan
enrolmen murid pendidikan khas pada 30 September tahun
sebelumnya.Sekolah dibenarkan membuat tuntutan pelarasan sekali
sahaja dalam setahun dengan syarat ada pertambahan enrolmen murid
pendidikan khas sebanyak 5%.Kelas yang baru beroperasi boleh
menuntut peruntukan PCG berdasarkan enrolmen murid pendidikan khas
pada tarikh mula beroperasi.Rujuk Surat Pekeliling Kewangan semasa
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan pada setiap
tahun.
5.2 Buku Tunai PCGBagi sekolah integrasi yang mempunyai lebih
daripada satu program, setiap program hendaklah mempunyai buku
tunainya sendiri supaya segala perbelanjaan bagi setiap program
dapat diselia secara berasingan.
5.3 Penggunaan Peruntukan PCG untuk Membiayai Projek Sekolah dan
Daerah
Merujuk surat Jabatan Pelajaran N.Sembilan ________ bertarikh
______ jelas menyatakan bahawa sebarang projek yang dilaksanakan di
peringkat sekolah dan daerah hanya boleh ditampung menggunakan
peruntukan PCG bahagian LPBT sahaja.
6. Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan KhasMurid
pendidikan khas yang berdaftar di sekolah kerajaan hendaklah
membayar yuran persekolahan mengikut kadar semasa yang ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
7. Pengurusan Kelas Pendidikan Khas
7.1 Peraturan Kelas Pendidikan KhasPenyelaras Kelas Pendidikan
Khas perlu mengedarkan satu salinan peraturan kelas pendidikan khas
yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa atau
penjaga untuk supaya mereka sedia maklum dan dapat mematuhi
peraturan tersebut.
7.2 Suasana Kelas Pendidikan Khas
Sebuah kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai
item-item yang berikut : Jadual Waktu Kelas, Catatan Aktiviti
Bulanan pada papan kenyataan kelas, Carta Organisasi Kelas, Jadual
Bertugas Kelas Pendidikan Khas, Carta bergambar murid-murid
pendidikan khas, Carta-carta maklumat kelas, Carta Aliran
Pendaftaran Murid Berkeperluan Khas, Carta-carta lain yang
berkaitan.
Selain itu, guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk
menceriakan lagi kelasnya mengikut kreativiti masing-masing.
8. Pengurusan Jadual Waktu
8.1 Jadual Waktu
Jadual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas.Salinan jadual
waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan
makluman.Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah - 7.30 pagi hingga
12.30 tengahari Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Menengah - 7.30
pagi hingga 1.00 petangTempoh Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu
waktu ialah 30 minit.Masa rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih
awal bagi tujuan memudahkan murid pendidikan khas membeli makanan
dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa rehat bagi murid lain
untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid lain.Agihan
waktu yang dicadangkan :SubjekSekolah MenengahSekolah Rendah
Bahasa Melayu5 waktu6 waktu
Bahasa Inggeris5 waktu5 waktu
Matematik6 waktu6 waktu
Pendidikan Seni2 waktu2 waktu
Agama / Moral5 waktu5 waktu
Pendidikan Jasmani4 waktu4 waktu
Sosial Alam Sekitar6 waktu4 waktu
Kemahiran Hidup11 waktu8 waktu
Muzik2 waktu2 waktu
Perhimpunan2 waktu2 waktu
Jumlah48 waktu44 waktu
Salinan jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran
Daerah bagi memudahkan pegawai untuk mengatur jadual
penyeliaan.
9. Pendaftaran Masuk Murid Pendidikan Khas yang baru
9.1 Prosedur Kemasukan ke Kelas Pendidikan Khas
Murid yang dikenalpasti memerlukan pendidikan khas perlu
menjalani pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan dari pegawai
perubatan di hospital kerajaan atau pusat kesihatan kerajaan
menggunakan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK
KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN).
Borang tersebut boleh diperolehi di hospital kerajaan, pusat
kesihatan kerajaan, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Selepas menjalani pemeriksaan, borang yang telah dilengkapkan
hendaklah dihantar ke ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah.
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan kemudiannya
akan memproses borang permohonan itu dan membuat penempatan
berdasarkan laporan perubatan tersebut ke program pendidikan khas
yang sesuai.
9.2 Tempoh PercubaanMurid Pendidikan Khas yang baru akan
diberikan tempoh percubaan selama sebulan bagi menyesuaikan diri
dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas dan juga suasana
sekolah.Setelah tamat tempoh percubaan, Penyelaras Kelas Pendidikan
Khas bersama dengan semua guru pendidikan khas hendaklah membuat
laporan penilaian ke atas murid berkenaan dengan melengkapkan
Lampiran A dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Sembilan.Murid baru tersebut yang dapat menyesuaikan
diri akan meneruskan persekolahannya manakala murid yang masih
belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannya
sehingga tiga bulan bergantung kepada keadaan.Kalau murid baru
berkenaan masih lagi didapati tidak sesuai selepas dilanjutkan
tempoh percubaannya, murid itu boleh ditangguhkan persekolahannya
bagi satu tempoh tidak lebih dari 12 bulan bermula dari tarikh dia
melaporkan diri ke sekolah. Tujuan dicadangkan penangguhan ini
adalah atas sebab murid berkenaan belum lagi dapat berdikari semasa
berada di sekolah dan diharap sepanjang tempoh penangguhan itu,
murid itu dapat belajar menguruskan dirinya dengan baik. Murid
pendidikan khas yang baru hendaklah didaftarkan ke dalam Buku
Daftar Kemasukan Murid pada hari pertama dia melaporkan diri ke
sekolah tanpa mengambilkira sama ada dia akan melepasi tempoh
percubaannya atau tidak.
10. Pengurusan Pertukaran Murid Pendidikan Khas
10.1 Pertukaran Murid Pendidikan Khas Dalam Negeri
Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah di dalam
negeri hendaklah mengisi Borang Pertukaran Dalam Negeri (sebanyak
lima salinan) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah.
Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran
ke sekolah baru akan dikeluarkan.Bagi pertukaran murid pendidikan
khas dalam negeri, BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN
KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) dan Lampiran A tidak perlu
disertakan kerana murid berkenaan telah pun dinilai di sekolah lama
dan telah lulus tempoh percubaannya. Apabila berlaku pertukaran
sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain dokumen
murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.10.2 Pertukaran
Murid Pendidikan Khas Keluar Negeri
Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah ke luar negeri
hendaklah mengisi Borang Pertukaran Ke Luar Negeri ( sebanyak enam
salinan ) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas
permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke
sekolah baru akan dikeluarkan.Apabila berlaku pertukaran sekolah,
Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain dokumen murid
berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.10.3 Pertukaran dari
Kelas Aliran Perdana ke Kelas Pendidikan Khas
Murid dari kelas aliran perdana yang dikenalpasti menghadapi
masalah pembelajaran dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa
atau penjaga supaya dimasukkan ke kelas pendidikan khas perlu
menjalani pemeriksaan dan mendapat pengesahan dari pegawai
perubatan.Lima salinan Borang Pertukaran Dalam Negeri dan BORANG
PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS
(0-18 TAHUN) yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar terus ke
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak atau melalui Pejabat
Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan
arahan pertukaran ke kelas pendidikan khas akan dikeluarkan.Murid
yang baru ini akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan untuk
menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan
khas.Murid yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan
persekolahannya. Murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri
akan dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga tiga bulan atau
ditangguhkan tempoh persekolahannya selama satu tempoh tidak
melebihi 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke
sekolah.11. Pengajaran dan Pembelajaran11.1 KurikulumSetiap mata
pelajaran atau kemahiran yang diajar di kelas pendidikan khas
hendaklah memenuhi keperluan dan kemampuan murid berdasarkan
Rancangan Pengajaran Individu (RPI).Bagi murid pendidikan khas yang
berkemampuan belajar, guru hendaklah memperbanyakkan mata pelajaran
berbentuk akademik.Bagi murid pendidikan khas yang kurang kemampuan
belajar, guru hendaklah memperuntukkan lebih masa untuk
aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau vokasional.
11.2 KokurikulumWaktu kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu
kurikulum. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti kokurikulum
adalah 120 minit.Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan selepas
waktu sekolah atau pada hari Sabtu bekerja.Sekolah digalakkan
menubuhkan kelab atau persatuan dan unit beruniform untuk kelas
pendidikan khas.Segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti
direkodkan di dalam Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas.Murid
pendidikan khas yang berkemampuan hendaklah diinklusifkan ke dalam
aktiviti kokurikulum bersama dengan murid aliran perdana.
11.2 Pencerapan Pengajaran Guru Pendidikan Khas
Pencerapan ke atas pengajaran guru pendidikan khas boleh
dilakukan oleh pentadbir sekolah mengikut jadual dan oleh pegawai
di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri pada
bila-bila masa.
12. Dokumen Rasmi Pengajaran dan Pembelajaran12.1 Buku
Persediaan Mengajar Guru Pendidikan KhasSehingga kini, belum ada
Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk Guru Pendidikan
Khas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan Buku
Persediaan Mengajar sekolah masing-masing.Buku Persediaan Mengajar
Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa berada bersama
dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Butiran
harian yang perlu ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar adalah
seperti berikut : Tarikh dan Masa Kelas Tajuk Kemahiran Isi
Pelajaran Objektif Langkah Pengajaran / Aktiviti Bahan Bantu
Mengajar Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi
pengajaran dan pembelajaran )12.2 Rancangan Pengajaran Individu
(RPI)Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi
yang merekodkan perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas
bagi satu-satu kemahiran atau tajuk yang diajar.Rancangan
Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan
murid bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran
seterusnya. RPI mesti ditulis dan dikemaskinikan dari masa ke
semasa.Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku
Panduan Rancangan Pengajaran Individu terbitan Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
13. Persekolahan Murid Pendidikan KhasSeperti juga murid-murid
di aliran perdana, jumlah tempoh belajar murid-murid pendidikan
khas adalah selama sebelas tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah
dan lima tahun di sekolah menengah. Namun mereka diberi pilihan
untuk melanjutkan tempoh tersebut selama dua tahun menjadikan
tempoh belajar mereka selama tiga belas tahun. Tempoh lanjutan
belajar itu boleh diambil sama ada di peringkat persekolahan rendah
ataupun menengah ataupun kedua-duanya iaitu satu tahun di peringkat
rendah dan satu tahun lagi di peringkat menengah. Rujuk Pekeliling
KP(BS)8591/Jld.XVII(16) bertarikh 3 Disember 2002.
13.1 Sekolah RendahUmur persekolahan murid pendidikan khas
sekolah rendah bermula dari 7 tahun hingga 12 tahun. Tempoh
persekolahan boleh dilanjutkan 1 hingga 2 tahun jika murid masih
belum menguasai kemahiran dengan memuaskan dan kemahiran belajarnya
masih di tahap rendah.Murid yang tamat persekolahan peringkat
rendah akan disyorkan ke program percantuman pendidikan khas
sekolah menengah.
13.2 Sekolah MenengahUmur persekolahan murid pendidikan khas
sekolah menengah bermula dari 13 tahun hingga 17 tahun (jika murid
berkenaan tidak memilih untuk melanjutkan tempoh persekolahannya
sama ada di rendah atau menengah).Murid yang tamat persekolahan
peringkat menengah dan telah menduduki peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) boleh membuat permohonan untuk melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau
Sekolah Menengah Teknik/Vokasional. Borang permohonan yang telah
dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Sembilan tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.Walau
bagaimanapun, tawaran tempat dan tarikh kemasukan ke Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah
Teknik/Vokasional adalah tertakluk kepada pindaan semasa.Rujuk Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas untuk maklumat lanjut.
14. Peperiksaan AwamMurid-murid pendidikan khas juga berpeluang
untuk menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR. Pada kebiasaannya, mereka
akan diberikan beberapa kelonggaran syarat semasa menduduki
Peperiksaan Awam tersebut. Hubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah
masing-masing atau Unit Peperiksaan, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
untuk maklumat selanjutnya.14.1 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)Murid-murid pendidikan khas sekolah rendah yang berkemampuan
belajar hendaklah diberikan peluang untuk menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau bagaimanapun had umur untuk
menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 14 tahun
sahaja.Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan
hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7
hari selepas keputusan rasmi UPSR diumumkan.
14.2 Penilaian Menengah Rendah (PMR)Murid-murid pendidikan khas
sekolah menengah yang berkemampuan belajar hendaklah diberi peluang
untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walau
bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah
sehingga 19 tahun sahaja.Keputusan peperiksaan murid pendidikan
khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah
dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi PMR diumumkan.Calon
pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan awan perlu
mengikuti peperiksaan di bawah kelolaan sekolah untuk membolehkan
mereka membiasakan diri dengan suasana peperiksaan. Calon hanya
boleh menduduki peperiksaan UPSR dan PMR sekali sahaja. Calon yang
telah mengambil peperiksaan berkenaan semasa dia berada di kelas
aliran perdana tidak dibenarkan menduduki peperiksaan yang sama
selepas dia telah diterima memasuki kelas pendidikan khas.
15. Penilaian dan Rekod Prestasi MuridPenilaian secara `formal
dan informal hendaklah dilaksanakan bagi menilai pencapaian murid
pendidikan khas. Soalan penilaian dan pelaksanaan ujian adalah
tanggungjawab Guru Mata Pelajaran masing-masing.Penilaian perlu
dibuat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.Keputusan mesti direkodkan
dalam Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas dan disahkan oleh pihak
pentadbir sekolah.Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas mesti
diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk
ditandatangani.Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru
pendidikan khas perlu menetapkan satu format laporan prsetasi yang
dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah masing-masing.
Helaian laporan ini perlu dijilidkan untuk dijadikan satu buku.
16. Pembukaan Kelas Pendidikan yang Baru
Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak
istimewa mereka ke sekolah untuk menerima pendidikan formal.
Justeru itu, lebih banyak program integrasi pendidikan khas perlu
dibuka untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak ini.Sebelum
sesebuah kelas pendidikan khas baru itu mula beroperasi, Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan akan memastikan
segala kemudahan tempat dan keperluan asas untuk proses pengajaran
dan pembelajaran mencukupi.Guru pendidikan khas akan dihantar ke
sekolah berkenaan untuk membuat persiapan awal bagi menyediakan
kelas pendidikan khas yang bakal dibuka nanti.Satu senarai semak
telah dirangka oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan untuk membantu guru pendidikan khas tersebut.
Penasihat:Pengetua / Guru Besar
Pengerusi:Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas
N. Pengerusi 1Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran
N. Pengerusi 2:Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
N. Pengerusi 3:Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras:Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras:Guru pendidikan khas
Setiausaha:Guru pendidikan khas
Bendahari:Guru pendidikan khas
AJK-AJK:Guru pendidikan khas