PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI 1.0 PENGENALAN Analisis keperluan latihan adalah satu kaedah untuk mengenalpasti keperluan sesebuah organisasi untuk mendapatkan latihan yang sepatutnya bagi memastikan organisasi tersebut dapat terus bergerak maju dan mempunyai pekerja yang mempunyai daya kerja yang tinggi. Analisis keperluan organisasi adalah suatu proses memperolehi dan memperbaiki kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi kerja (Faizah Yunus, 2003). Analisis keperluan terdiri daripada tiga bahagian iaitu analisis keperluan organisasi, analisis keperluan tugas dan analisis keperluan individu. Peningkatan prestasi merupakan cabaran kepada organisasi dalam usaha mengekalkan persaingan global (Faizah Yunus, 2003). Analisis keperluan latihan sering digunakan untuk mengenalpasti beberapa strategi intervensi seperti latihan, merekabentuk semula tugasan, dan prosedur pengambilan supaya keperluan tadi dapat dikurangkan atau dihapuskan (Faizah Yunus, 2003). Menjalankan analisis keperluan latihan adalah penting dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana, organisasi hanya akan 1 203234
30
Embed
Pengurusan Latihan Dan Organisasi-Assignment (Autosaved)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
1.0 PENGENALAN
Analisis keperluan latihan adalah satu kaedah untuk mengenalpasti keperluan sesebuah
organisasi untuk mendapatkan latihan yang sepatutnya bagi memastikan organisasi tersebut
dapat terus bergerak maju dan mempunyai pekerja yang mempunyai daya kerja yang tinggi.
Analisis keperluan organisasi adalah suatu proses memperolehi dan memperbaiki kemahiran,
pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi kerja (Faizah
Yunus, 2003).
Analisis keperluan terdiri daripada tiga bahagian iaitu analisis keperluan organisasi,
analisis keperluan tugas dan analisis keperluan individu. Peningkatan prestasi merupakan
cabaran kepada organisasi dalam usaha mengekalkan persaingan global (Faizah Yunus,
2003). Analisis keperluan latihan sering digunakan untuk mengenalpasti beberapa strategi
intervensi seperti latihan, merekabentuk semula tugasan, dan prosedur pengambilan supaya
keperluan tadi dapat dikurangkan atau dihapuskan (Faizah Yunus, 2003).
Menjalankan analisis keperluan latihan adalah penting dalam sesebuah organisasi. Hal ini
kerana, organisasi hanya akan mengendalikan program latihan yang sesuai sahaja dengan
keperluan berdasarkan tugas, organisasi dan individu. Beberapa tahun yang lepas, kerajaan
telah memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk berusaha untuk
mendapatkan anugerah sekolah berprestasi tinggi. Sekolah Menengah Sains Kuching adalah
antara sekolah yang telah dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Walau
bagaimanapun, budaya berprestasi tinggi nampaknya diamalkan hanya sementara. Selepas
dianugerahkan, nampaknya budaya yang lama kembali lagi. Justeru itu, pengkaji telah
menjalankan analisis keperluan latihan ke atas sekolah ini untuk memastikan sekolah ini
sentiasa memenuhi pra-syarat menjadi sebuah sekolah berprestasi tinggi.
1203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
2.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI
Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU) adalah sebuah sekolah berasrama penuh
yang telah dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi pada penghujung tahun 2011.
Sekolah Menengah Sains Kuching mempunyai 20 orang staf sokongan yang terdiri daripada
kerani dan penyelia asrama bergred jawatan N1 hingga N26, pemandu gred R3, pembantu
makmal C17 hingga C22, dan juruteknik FT17 dan J17. Manakala staf akedemiknya pula
terdiri daripada 47 orang yang bergred jawatan dari DGA32 sehingga gred DG54.
Walaupun telah mendapat anugerah tersebut, namun setiap sekolah harus mengekalkan
prestasi bagi memastikan anugerah tersebut masih lagi diiktiraf. Dengan itu, SAINSKU juga
tidak ketinggalan untuk mengekalkan prestasi mereka bagi mengekalkan anugerah yang
telah diterima. Prestasi yang dilihat bukan sahaja dari segi keputusan pelajar, akan tetapi dari
semua aspek termasuklah staf akademik dan staf sokongannya. Maka analisis keperluan
latihan amatlah diperlukan bagi memastikan budaya kerja berprestasi tinggi dapat
dikekalkan dalam kalangan mereka.
Sekolah berprestasi tinggi telah didefinisikan sebagai sekolah yang mempunyai etos,
watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah
ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan
nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di
persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama (Administrator, Sekolah
Berprestasi Tinggi, 2011). Matlamat dan objektif sekolah ini mempunyai persamaan dengan
definisi sekolah berprestasi tinggi iaitu mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik;
menyerlah dalam semua aspek pendidikan; mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang;
menjadi pilihan semua; sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik; dan mampu
2203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
bersaing di persada antarabangsa (Administrator, Matlamat Sekolah, 2009). Sehubungan
dengan itu, untuk memastikan matlamat ini sentiasa dicapai maka, analisis keperluan latihan
telah dilakukan ke atas semua guru dan staf sokongan di sekolah tersebut.
3.0 MATLAMAT ANALISIS KEPERLUAN
Bagi memastikan latihan yang akan dilakukan memberi impak kepada semua staf dan guru,
maka matlamat-matlamat analisis keperluan latihan telah diwujudkan. Antara matlamat yang
ingin dicapai hasil daripada analisis ini adalah:
1. Menerangkan definisi budaya berprestasi tinggi dalam kalangan peserta
2. Menyemai budaya berprestasi tinggi dalam setiap pekerjaan
3. Mendedahkan cara mengurangkan tekanan dan konflik dalam kerja
4. Mengekalkan semangat kesepasukanan dalam organisasi
5. Memastikan setiap peserta memahami sepenuhnya matlamat dan tujuan latihan
dilakukan.
4.0 OBJEKTIF ANALISIS
Objektif analisis adalah untuk menjadikan Sekolah Menengah Sains Kuching sentiasa
mengamalkan budaya berprestasi tinggi dan mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang
dalam kalangan setiap guru dan kakitangan sokongan.
3203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
5.0 TUMPUAN KAJIAN
Tumpuan kajian adalah merujuk kepada kepentingan keperluan latihan dalam organisasi
tersebut untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada mereka. Dengan pemerhatian yang
telah dijalankan ke atas organisasi ini, maka pengkaji telah menumpukan kajiannya terhadap
pencapaian matlamat dan visi organisasi, budaya kerja, sikap individu, rekabentuk tugas,
penilaian prestasi, cara penyediaan dokumentasi dan juga hubungan sesama manusia dalam
kalangan individu yang bekerja di dalam organisasi ini.
6.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti:
i) Pemerhatian
ii) Temubual
iii) Penilaian prestasi
iv) Analisis rekabentuk tugas
v) Dokumentasi dan juga;
vi) Kumpulan fokus.
7.0 ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN
Analisis keperluan latihan telah dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu analisis
keperluan latihan kepada organisasi, analisis keperluan latihan kepada tugas dan keperluan
latihan kepada individu itu sendiri. Hal ini kerana untuk memastikan latihan yang diberikan
relevan dengan keperluan organisasi, tugas dan individu maka analisis keperluan ke atas
ketiga-tiga faktor ini hendaklah dijalankan secara berasingan. Semua latihan yang diberikan
4203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
kepada pekerja hendaklah relevan dengan kerja mereka pada masa sekarang dan masa
hadapan. Latihan yang digabungkan patut menggabungkan proses pembinaan kemahiran dan
proses pembinaan kemahiran, proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan proses perubahan
sikap (Maimunah Aminuddin, 2012).
7.1 Analisis Organisasi
Analisis yang dilakukan kepada organisasi adalah melihat kepada keperluan
organisasi kini dan di masa hadapan mengikut visi, misi dan objektif organisasi (Dr.
Maniam Kaliannan, 2012). Analisis keperluan ke atas organisasi juga boleh
didefinisikan sebagai menentukan sejauh mana sesuatu latihan harus dijalankan dan
boleh dijalankan dalam sesebuah organisasi. Persekitaran luaran dan lokasi sesebuah
organisasi boleh menjadi faktor kritikal dalam menentukan sama ada sesuatu
program latihan harus dijalankan atau sebaliknya. Ini kerana kedua-dua faktor ini
dapat mempengaruhi cara pengurus organisasi merekabentuk pekerja, menyelia
pekerja dan membuat keputusan (Mumtaz Began & Abdul Kadir, 2002).
Di dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis keperluan latihan dalam
organisasi ke atas keseluruhan organisasi termasuklah berkaitan dengan matlamat
dan strategi organisasi, persekitaran luaran dan dalaman, perubahan terhadap budaya
kerja, dan juga kesan-kesan yang memberi impak kepada organisasi ini apabila
berlaku perubahan. Justeru itu, kaedah pemerhatian, kumpulan fokus dan juga
penilaian dokumentasi telah dijalankan bagi mengenalpasti perubahan yang ada
dengan penganugerahan sekolah berprestasi tinggi yang telah diberikan kepada
sekolah ini. Maka dengan itu, hasil kajian telah mendapati:
5203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
i) Masih ada dalam kalangan guru dan staf yang mula sudah lupa tentang visi
dan misi sekolah. Terutamanya guru-guru dan staf sokongan yang baru
menjadi ahli organisasi.
ii) Terdapat jurang dalam kalangan guru-guru, staf sokongan dan pelajar.
iii) Penyediaan dokumentasi masih lagi kurang memuaskan walaupun telah
mengamalkan amalan 5S.
Semua guru dan staf tidak mengira gred jawatan hendaklah memastikan bersama-
sama untuk bertanggungajwab terhadap perihal sekolah dalam memastikan supaya
keputusan pelajar sentiasa mencapai Take of Value (TOV) sekurang-kurangnya 80%
dalam peperiksaan awam. Sehubungan dengan itu, jurang di antara guru dan staf
perlu dikurangkan supaya tidak menghalang dari ahli-ahli organisasi ini untuk
bekerjasama.
Guru dan staf hendaklah mengetahui setiap matlamat, visi dan misi sekolah
supaya mereka lebih menumpukan kepada penghasilan etika kerja yang berprestasi
tinggi sejajar dengan anugerah yang telah dicapai. Mungkin ada di antara staf
sokongan dan guru-guru senior yang sudah mula yang lupa mengenai misi dan visi
sekolah. Bahkan, ada juga staf sokongan dan guru-guru baru yang masih tidak
mengetahui tentang misi, matlamat dan visi sekolah. Justeru itu, latihan dalaman
secara berterusan berkaitan dengan sekolah hendaklah dilakukan dari masa ke
semasa untuk mengukuhkan pengetahuan mereka.
6203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
7.2 Analisis Tugas
Analisis keperluan latihan terhadap tugas adalah melihat kepada perubahan dan
keperluan latihan bagi menjalankan sesuatu kerja itu (Dr. Maniam Kaliannan, 2012).
Kaedah kajian yang boleh dilakukan di dalam analisis tugas ini adalah kaedah
penilaian prestasi, analisis rekabentuk tugas, temubual, pemerhatian dan juga
kumpulan fokus.
Pengkaji mendapati hasil daripada pemerhatian dan temubual, masih banyak lagi
kekangan yang wujud dalam tugas yang mereka lakukan. Bukan sahaja dalam
kalangan guru, malahan dalam kalangan staf sokongan ada juga yang komited dan
ada juga yang tidak komited dengan kerja. Selain itu, guru-guru dan staf pula sering
mengadu melakukan tugas yang bukan dalam bidang tugas mereka. Hasil daripada
analisis rekabentuk tugas pula mendapati, terdapat jurang antara senarai tugas yang
lama dan senarai tugas yang baru. Hal ini menunjukkan para guru dan staf masih lagi
tidak dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang telah berubah kesan daripada
penganugerahan sekolah berprestasi tinggi dalam kalangan mereka.
Tugas mendidik pelajar bukan sahaja wujud dalam kalangan guru malahan
kakitangan sokongan juga boleh membantu dari masa ke semasa dalam apa jua
bidang. Guru bertindak sebagai pembimbing dan pendidik pelajar manakala
kakitangan sokongan pula membantu guru dalam mendidik dan membimbing pelajar.
Nyata di sini, kakitangan sokongan juga mempunyai kepentingan dalam mendidik
pelajar. Tanpa bantuan kakitangan sokongan maka kerja guru belum tentu lagi
selesai.
7203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Di samping itu juga tugas-tugas yang sedia ada untuk staf sokongan seperti
kerani, pembantu makmal, pembantu am rendah, penyelia asrama, pemandu dan
juruteknik, hendaklah dilaksanakan dengan amanah, jujur, dan berdedikasi. Nilai
seperti saling bantu-membantu pula, boleh mengeratkan hubungan antara guru dan
kakitangan sokongan. Dengan itu, kakitangan sokongan dan guru mampu melakukan
tugas dengan lancar. Apabila budaya hormat menghormati dapat diterapkan dalam
kalangan mereka, maka konflik secara langsung akan terhapus dan kekangan untuk
menghabiskan kerja dengan cepat dapat dikurangkan. Justeru itu, nilai saling bantu-
membantu hendaklah dikekalkan bagi membantu sekolah menjadi organisasi yang
cemerlang.
Dari segi penilaian prestasi, semua guru dan staf hendaklah mengahadirkan diri
dalam kursus berkaitan dengan budaya bekerja untuk memastikan budaya ini mampu
diterapkan dalam kalangan guru dan staf sokongan. Di samping itu juga ia akan
memantapkan lagi sikap dan cara bekerja yang sedia ada. Dengan itu, guru-guru dan
staf akan menyedari dan menyesuaikan diri mereka dengan tugas yang baru dengan
lebih komited.
7.3 Analisis Individu
Seseorang individu yang bekerja hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang kerja yang hendak dilakukannya dan juga sikap yang baik dan positif
bagi memastikan mereka mendapat kepuasan bekerja. Justeru itu, analisis individu
yang dijalankan adalah berdasarkan tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap semasa
8203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
seseorang pekerja. Kaedah untuk membuat analisis individu ini adalah dengan
membuat pemerhatian, temubual dan juga penilaian prestasi.
Hasil daripada pemerhatian dan temubual, didapati semua staf dan guru masih
lagi tidak mengambil endah berkaitan perubahan tugas setelah mendapat
penganugerahan. Mereka masih lagi merungut tentang tugas yang banyak yang
diberikan oleh Ketua Jabatan. Sikap berkira-kira dalam melakukan tugas
berkumpulan masih lagi wujud. Masih ada lagi jurang antara guru dan staf sokongan
secara tidak langsung. Didapati juga ramai yang mempunyai masalah tidak mahu
bekerjasama dengan guru atau staf sokongan yang mereka kurang berkomunikasi
ataupun bergaul.
Dari segi penilaian prestasi, guru dan staf nampaknya mempunyai fail meja yang
sempurna dan senarai tugas yang dinyatakan dalam fail meja tersebut amat relevan
dengan tugas semasa dan untuk masa akan datang. Namun, kebanyakan penilaian
prestasi untuk seorang individu yang mempunyai gred yang sama mempunyai senarai
tugas yang sama walaupun kerja yang dilakukan ada sedikit perbezaan. Hal ini
menjadikan penilaian prestasi untuk semua kakitangan agak sukar dilakukan. Justeru
itu, jelas di sini masih ada lagi kakitangan organisasi ini tidak memahami pengertian
penilaian prestasi terhadap setiap individu.
Melalui analisis individu ini, maka seharusnya pihak pengurusan latihan
organisasi ini harus membuat latihan ataupun kursus berkaitan dengan skop bidang
tugas dan kerjasama hubungan sesam manusia.
9203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
8.0 PERANCANGAN
Beberapa perancangan telah dirancang bagi memastikan latihan ini berjalan lancar dan
mengelak masalah daripada berlaku. Bagi memastikan semua keperluan lengkap, kaedah dan
peralatan serta rekabentuk latihan akan ditunjukkan seperti berikut:
I. Kaedah yang digunakan:
a) Ceramah
b) Perbincangan
c) Tayangan video
d) Tayangan ”slide”
e) Kumpulan kerja
II. Manakala peralatan yang diperlukan adalah:
a) LCD system
b) PA system
c) Komputer
d) Peralatan menulis seperti kertas, pensel, gunting, marker, pensel warna dan lain-
lain.
III. Rekabentuk bagi program Kursus Budaya Kerja Berprestasi Tinggi untuk empat hari
adalah seperti dalam jadual yang berikut:
Hari Masa Perkara Kaedah
Hari Pertama
18/10/2012
9.00 pagi Pendaftaran Peserta
10.00 pagi Kudapan
10.30 pagi Slot Pertama: Syarahan dan
10203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Perasmian Dan
Perkongsian Ketua Jabatan
- Tujuan/Objektif
kursus
- Kepentingan kursus
- Pengalaman semasa
Tayangan Slide
12.30 t/hari Makan Tengahari/
Solat/Rehat
2.30 petang Slot Kedua:
Hubungan Sesama Rakan
Sekerja
- Jurang antara guru
dan staf sokongan
- Kepentingan
hubungan manusia
- Nilai-nilai yang
perlu diamalkan
untuk membentuk
hubungan murni
sesama rakan sekerja
Syarahan dan
Tayangan Video
4.00 petang Minum Petang
4.30 petang Sesi Soal Jawab Perbincangan
11203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
5.00 petang Bersurai
12203234
Hari Masa Perkara Kaedah
Hari Kedua
19/10/2012
7.00 pagi Senamrobik
7.30 pagi Sarapan Pagi
8.30 pagi Slot Ketiga:
Transformasi Sekolah Berprestasi
Tinggi
- Budaya kerja berprestasi
tinggi
- Formula Budaya
Berprestasi Tinggi
- Minda Berprestasi Tinggi
(Prof. Madya Dr. Mohd Shatar
Shabran, 2012)
Syarahan dan
Tayangan Slide
10.00 pagi Kudapan
10.30 pagi Slot Keempat:
Bengkel: Cara Kerja Berprestasi
Tinggi
- Bekerja secara
berkumpulan
- Melakukan aktiviti yang
telah disediakan oleh
penceramah
Berkumpulan
dan
Perbincangan
12.30
tengahari
Makan Tengahari / Solat / Rehat
2.30 petang Pengurusan Stress
- Kenali stress
- Bentuk stress
- Analisis stress
- Faktor stress
- Cara mengatasi stress
Syarahan dan
tayangan slide
4.00 petang Minum petang
4.30 petang Riadah petang
- Bola sepak
- Bola tampar pantai
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
9.0 SENARAI SEMAK KURSUS
Kursus : BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
13203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Tarikh : 18-21/10/2012 Tempat: One Hotel Santubong
Bil.Peserta : 70 orang Fasilitator: Professor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran
Bahan/Tugasan Sedia TindakanMaklumat Latihan
i) Tempat
ii) Senarai Peserta
iii) Rangka Latihan
iv) Kenderaan
Telah disediakan oleh
Bahagian Jawatankuasa
Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kuching
a. Senarai nama harus
disemak semula untuk
memastikan semua
ejaan nama dan
kehadiran guru dan
staf sokongan adalah
betul.
b. Masing-masing
menggunakan
kenderaan sendiri
Makanan
i) Menu
ii) Sarapan Pagi
iii) Makan Tengahari
iv) Minum petang
Disediakan oleh pihak hotel. a. Memastikan menu
yang sesuai bagi
peserta.
Bahan Kursus
i) Bahan edaran
ii) Slide
1. Bahan edaran telah
disediakan oleh
Bahagian
Jawatankuasa Latihan
Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kuching
2. Slide pembentangan
disediakan sendiri oleh
fasilitator jemputan
a. Semak semula bahan
edaran untuk
memastikan ia
lengkap.
Alat/Bahan Bantu
i) Skrin
ii) Projektor filem
iii) LCD
1. LCD disediakan oleh
juruteknik SM Sains
Kuching
2. Lain-lain telah tersedia
a. Perlu memastikan PA
sistem dan juga lain-
lain peralatan bahan
bantu yang telah
14203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
iv) Papan putih di dewan hotel disediakan oleh pihak
hotel dapat berfungsi
dengan baik
Bilik Latihan
i) Kerusi / meja
ii) Susunan
iii) Lampu
iv) Penghawa dingin
v) Sumber elektrik
Telah terdapat di hotel a. Memastikan bilik
ataupun dewan yang
telah disediakan dalam
keadaan bersih, selesa
dan selamat.
Bahan-bahan untuk peserta
i) Fail Latihan
ii) Bahan Bacaan
iii) Pen/Pensil
iv) Kertas tulis
v) Buku program
vi) Lain-lain
1. Fail latihan, bahan
bacaan, pen, buku
program dan lain-lain
telah disediakan oleh
jawatankuasa
pengurusan latihan
dalam perkhidmatan
2. Pensil dan kertas tulis
telah disediakan oleh
pihak hotel.
a. Disemak semula untuk
memastikan
kelengkapan bahan
peserta.
10.0 LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
PERKARA BUTIRAN
a) Nama Program BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
15203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
b) Tarikh 18-21/10/2012
c) Tempat Program ONE HOTEL SANTUBONG
d) Penganjur SM SAINS KUCHING
e) Kumpulan Sasaran /
Peserta
STAF SOKONGAN DAN STAF AKADEMIK SM
SAINS KUCHING
f) Ringkasan Perjalanan
Program
(Rumusan mengikut
tentatif keseluruhan
program)
Tarikh: 18/10/2012
9.00 pagi : Pendaftaran Peserta
10.00 pagi : Kudapan
10.30 pagi : Perasmian dan Slot Pertama
(Perkongsian Ketua Jabatan)
12.30 t/hari : Makan t/hari, solat dan rehat
2.30 petang : Slot Kedua (Hubungan Sesama
Rakan Sekerja)
4.00 petang : Minum Petang
4.30 petang : Sesi Soal Jawab
5.00 petang : Bersurai
Tarikh : 19/10/2012
7.00 pagi : Senamrobik
7.30 pagi : Sarapan
8.30 pagi : Slot Ketiga (Transformasi Sekolah
Berprestasi Tinggi)
10.00 pagi : Kudapan
10.30 pagi : Bengkel: Cara Kerja Berprestasi Tinggi
12.30 t/hari : Makan t/hari, Solat, Rehat
2.30 petang : Pengurusan Stress
4.00 petang : Minum Petang
4.30 petang : Aktiviti Riadah
6.00 petang : Bersurai
Tarikh: 20/10/2012
16203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
7.00 pagi : Senamrobik
7.30 pagi : Sarapan
8.30 pagi : Thinking Tools
10.00 pagi : Kudapan
10.30 pagi : Etika Kerja Berprestasi Tinggi
12.30 t/hari : Makan T/hari, Solat, Rehat
2.30 petang : Budaya Kaizen
4.00 petang : Minum Petang
4.30 petang : Sukaneka
6.00 petang : Bersurai
Tarikh: 21/10/2012
7.00 pagi : Senamrobik
7.30 pagi : Sarapan Pagi
8.30 pagi : Muhasabbah Diri
10.00 pagi : Kudapan
10.30 pagi : Perkongsian Peserta
12.30 t/hari : Makan t/hari, solat, rehat
1.30 petang : Majlis Penutupan
2.30 petang : Bersurai
g) Masalah/kekangan yang
dihadapi
1) Tempat kursus yang agak jauh – kelewatan peserta
untuk hadir tepat pada masanya
2) Masa yang terlalu terhad
3) Dua hari kursus yang pertama adalah pada masa
hari bekerja, tidak semua peserta berada dalam
kursus tersebut
h) Kelebihan atau manfaat
program kepada peserta
1) Memberi peluang kepada para peserta untuk
mengatahui kelemahan diri masing-masing dan
memperbaikinya
2) Peserta yang terdiri daripada guru dan staf
sokongan dapat memperbaiki hubungan sesama
17203234
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
rakan sekerja
3) Memberi manfaat kepada organisasi khasnya
kepada SM Sains Kuching untuk mengekalkan
imej Sekolah Berprestasi Tinggi
4) Menghasilkan kualiti dan kuantiti kerja yang
berprestasi tinggi untuk masa yang mendatang
5) Mempelajari cara pengurusan stress supaya stress
dan konflik di tempat kerja dapat ditangani dengan
baik
6) Mempelajari cara berfikir dengan baik dengan
menggunakan peta minda
7) Memupuk semangat kerjasama dan nilai-nilai
murni dalam kerja-kerja seharian masing-masing.
i) Cadangan
penambahbaikan
1) Diadakan di tempat yang lebih dekat
2) Kursus seperti ini hendaklah dilakukan pada setiap
tahun supaya dapat mengekalkan dan
menambahbaik kualiti dan kuantiti organisasi
3) Memberi latihan yang sama kepada beberapa orang
staf dan guru yang ketinggalan semasa menjaga
sekolah pada hari pertama dan kedua kursus
11.0 KESIMPULAN
Setiap organisasi hendaklah sentiasa menjalankan analisis keperluan latihan dalam
organisasi mereka. Hal ini adalah untuk memastikan para pekerja kita sentiasa peka dengan
tugas-tugas mereka yang terkini. Kepentingan analisis keperluan latihan ini bukan sahaja
terbatas kepada kepekaan pekerja sahaja, malahan ia dapat memberikan keuntungan kepada
18203234
DISEDIAKAN UNTUK ENCIK KAMAL ARIFFIN BIN BOLHAN
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
sesebuah organisasi dengan melahirkan pekerja yang sentiasa mempunyai prestasi yang baik
dan unggul.
Berbalik dengan analisis keperluan latihan yang dijalankan di SM Sains Kuching, semua
peserta hendaklah memahami dan mengamalkan setiap ilmu pengetahuan yang dipelajari
supaya tahap knowledge, skills and attitude (KSA) dapat ditingkatkan dari masa ke semasa
mengikut perubahan yang dialami oleh organisasi tersebut.
Mumtaz Began & Abdul Kadir. (2002). Kualiti dalam Pengurusan Sumber Manusia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
19203234
Sumber: BUKU
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Prof. Madya Dr. Mohd Shatar Shabran. (2012, November). Budaya Berprestasi Tinggi. Kuching, Sarawak, Malaysia: Universiti Putra Malaysia.
A'ni Bin Hamzah. (1995). ANALISIS KEPERLUAN LATIIHAN UNTUK PEGAWAI TADBIR N3 UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA. FPP L 1995 7, 1-25.
Maimunah Aminuddin. (2012). Latihan. Menjelajah Pengurusan Sumber Manusia bersama Maimunah, 1-14.
Faizah Yunus. (2003). Analisis Keperluan Latihan. Malaysian Journal of Social Administration Volume 2, 1-19.
Dr. Maniam Kaliannan. (2012). Pengurusan Sumber Manusia. PTK 4, 1-29.
Administrator. (2009). Matlamat Sekolah. Retrieved January 5, 2012, from Sekolah Menengah Sains Kuching : http://www.sainsku.com/portal/latarbelakang/matlamat-sekolah
Administrator. (2011, February 11). Sekolah Berprestasi Tinggi. Retrieved January 5, 2013, from Portal Rasmi Bukit Martajam High School: http://www.hsbm.edu.my/index.php/the-community
20203234
Sumber: JURNAL
Sumber: LAMAN WEB
PLK-KCH GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI