2 3 GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN DI SYARIKAT ACE SPAN SDN BHD 1. Pengenalan Dari sudut pengurusan strategik membawa pengertian,seseorang pengurus menggunakan beberapa strategi yang berkesan dalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik yang sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa perkara penting dalam sesebuah organisasi termasuk misi sesebuah organisasi, objektif perancangan, program strategi, dan kaedah yang digunakan bagimana mencapai matlamat tersebut. Strategi yang berkesan dan sesuai bagi sesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Sekiranya percaturan strategi yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati kesesuainya pemakaiannya menyebabkan berlaku kerugian, pembaziran kemunduran sesebuah organisasi. Perancangan strategik pula merupakan satu proses perancangan jangkamasa panjang yang mana organisasi akan menentukan misi dan objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk mencapai misi yang ditetapkan (Muhamad Ali Embi 2003). Ia juga dilihat sebagai suatu penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan sesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan analisis peluang- peluang dan ancaman-ancaman yang boleh memberi risiko kepada organisasi.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN BAGI
PEGAWAI DAN KAKITANGAN DI SYARIKAT ACE SPAN SDN BHD
1. Pengenalan
Dari sudut pengurusan strategik membawa pengertian,seseorang pengurus
menggunakan beberapa strategi yang berkesan dalam menguruskan organisasi dan
mencari cara dan teknik yang sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa
perkara penting dalam sesebuah organisasi termasuk misi sesebuah organisasi, objektif
perancangan, program strategi, dan kaedah yang digunakan bagimana mencapai
matlamat tersebut. Strategi yang berkesan dan sesuai bagi sesuatu masalah akan dapat
membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Sekiranya percaturan
strategi yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati kesesuainya pemakaiannya
menyebabkan berlaku kerugian, pembaziran kemunduran sesebuah organisasi.
Perancangan strategik pula merupakan satu proses perancangan jangkamasa
panjang yang mana organisasi akan menentukan misi dan objektif dengan sumber-
sumber yang dimiliki untuk mencapai misi yang ditetapkan (Muhamad Ali Embi 2003). Ia
juga dilihat sebagai suatu penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan
kekuatan sesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan analisis peluang-
peluang dan ancaman-ancaman yang boleh memberi risiko kepada organisasi.
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
2. MATLAMAT
Syarikat Ace Span Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang berteraskan
minyak mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Justeru itu pihak syarikat beranggapan
bahawa kaedah pengurusan strategik ini perlu diterapkan pada setiap pekerja. Syarikat
juga mengambil berat isu yang berkaitan dengan pekerja di mana kes-kes berkaitan
dengan pemulihan kerja, pertikaian perusahaan dan rundingan damai merupakan teras
kepada syarikat ini dengan mengamalkan kaedah pengurusan strategik.
Sebagimana termaklum, apa jua aktiviti perniagaan hari ini tidak terlepas dari
persaingan. Pengurusan strategik menitikberatkan akan kepentingan bersaing
berasaskan kepada kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang perlu dikenal
pasti secara sistematik.
Selaras dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun
Abdul Razak untuk memampankan organisasi dan agensi swasta di Malaysia melalui
program 1Malaysia Menjana Transformasi dan Program Transformasi, Syarikat ini
bercadang untuk mengadakan Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja
Berpasukan bagi Pegawai dan Kakitangan di Syarikat Ace Span Sdn Bhd ini.
Kursus ini memberi pengetahuan asas berkaitan perancangan strategik dalam
syarikat Peserta akan didedahkan mengenai tugas, peranan serta fungsi pengurus di
sesebuah organisasi . Dalam kursus ini peserta akan diberi penerangan mengenai
amalan terkini dalam perancangan strategik, kemahiran pengurusan, peranan dan
fungsi pengurus dan perancangan strategik dalam pengurusan syarikat.
Diakhir kursus ini peserta akan berkeupayaan untuk:
Menjelaskan konsep pengurusan strategik
Membentuk pernyataan visi dan misi yang betul
Membuat analisis dalaman dan luaran syarikat
Membentuk objektif jangka panjang
Menjana, menilai dan memilih strategi dan
Mengimplimen pengurusan
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
3. OBJEKTIF
Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja Berpasukan ini dirangka untuk
memberi manfaat kepada peserta dengan;
3.1 Meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka tentang konsep dan
kepentingan budaya kerja cemerlang di tempat kerja dan pengamalan konsep
pengurusan strategik.
3.2 Membolehkan para pekerja mengenalpasti punca-punca konflik dalam
organisasi:
3.3 Menggunakan kemahiran yang diperolehi melalui kursus ini untuk bekerja
sebagai satu kumpulan:
3.4 Memberi kesedaran kepada pekerja untuk boleh membandingkan faedah kerja
berkumpulan dengan kaedah bekerja secara individu:
3.5 Menggunakan kaedah komunikasi dengan betul.
3.6 Membina kenyakinan pekerja untuk menyelesaikan masalah sendiri dengan cara
yang tepat dan betul:
3.7 Mengaplikasikan kemahiran atau pengetahuan yang diterima dan
menggunakannya ketika melakukan tugasan harian setiap hari.
3.8 Membantu peserta membuat anjakan paradigma serta menjadi individu yang
lebih berfikiran terbuka dan koperatif;
3.9 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-
rakan sepasukan;
3.10 Meningkatkan tahap kepercayaan dan saling hormat menghormati sesama ahli
pasukan;
3.11 Memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesai masalah secara
berpasukan di tempat kerja; dan
3.12 Membantu meningkatkan motivasi, keyakinan dan iltizam diri dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
4. KAEDAH YANG DIGUNAKAN
4.1 Senamseni
Semua peserta yang telah mendaftar akan mengikuti acara senamrobik.
Senamrobik ini akan diadakan pada setiap hari sepanjang dua hari
program ini dijalankan. Melalui senamrobik dilihat semangat kerja
berkumpulan akan dapat dipupuk melalui pergerakan yang sama
dikalangan peserta. Keboleh upayaan menerima arahan dari seorang
jurulatih. Melalui kaedah ini sedikit sebanyak membantu dan memupuk
semangat kerja berkumpulan di kalangan peserta.
4.2 Ceramah
Sesi ceramah berkaitan dengan peranan pengurusan, peranan ketua
pasukan dan juga ahli pasukan akan disampaikan kepada para peserta
sepanjang dua hari program ini berlangsung. Sebanyak lima tajuk utama
berkaitan dengan pengurusan strategik disampaikan kepada para
peserta. Melalui kaedah ceramah ini peserta perlu memberi perhatian
dan tumpuan terhadap ceramah yang diberikan kerana penceramah akan
memberi tumpuan bagaimana untuk melaksanakan kerja berkumpulan
dengan lebih berkesan.
4.3 Permainan
Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan akan diketuai oleh seorang fasilitator. Di antara permainan
yang akan dijalankan ialah:-
a) Bowling menggunakan kelapa
b) Sepak raga bulatan
c) Lambungan kasih
d) Kaki kuda (menggunakan tempurung kelapa)
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Melalui kaedah ini para peserta akan lebih dinilai akan semangat kerja
berkumpulan di kalangan mereka, melalui kaedah ini semangat kerja
berkumpulan dituntut dari setiap peserta, melalui permainan yang
dijalankan mata bagi setiap kumpulan dikutip berdasarkan semangat
berkumpulan di kalangan mereka, sekiranya kerja berkumpulan dan
kerjasama dikalangan mereka baik bermakna mereka akan memperolehi
mata tertinggi. Bagi memupuk lagi semangat berkumpulan mereka, setiap
kumpulan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan setiap kumpulan
akan dibahagikan dan setiap kumpulan akan terdiri dari pegawai dan
kakitangan.
4.4 Tayangan Video
Para peserta akan dipertontonkan dengan tayangan video berkenaan
dengan semangat kerja berpasukan dan pentingnya bekerjasama dalam
sesebuah pasukan. Beberapa video atau cerita-cerita yang mempunyai
nilai kerja berkumpulan akan diambil dan ditayangkan kepada para
peserta, para peserta akan diminta untuk menganalisis cerita tersebut
dan membuat pembentangan serta membuat ulasan dari cerita
berkenaan.
4.5 Kajian Kes
Para peserta akan didedahkan dengan kajian kes dimana para peserta
diminta untuk membuat analisa dan rujukan kes yang dikenalpasti. Selain
itu, para peserta dikehendaki menyediakan analisis tentang keburukan
dan kebaikan kerja berkumpulan.
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
5. KEPERLUAN PERALATAN
5.1 Disediakan oleh Urusetia
a. Kertas A4
b. Fail latihan
c. Bahan bacaan
d. Tanda nama
e. Pen/pensil
f. Buku program
g. Sijil penyertaan
h. Pengangkutan
5.2 Disediakan oleh Kem/Felda Residence
a. Kerusi/meja beserta susunan
b. Hawa dingin
c. Lampu
d. Bilik penginapan
e. Makan dan minuman para peserta
f. Skrin
g. OHP
h. Projektor filem LCD
i. Flip chart
j. Peralatan elektrik (microphone)
k. Segala peralatan untuk permainan (kelapa, tempurung dan lain-lain)
l. Peti rawatan kecemasan
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
6. BUTIRAN PENGANJURAN KURSUS
6.1 Tajuk : Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja
Berpasukan bagi Pegawai dan Kakitangan di
Syarikat Ace Span Sdn Bhd
6.2 Tarikh : 12 hingga 13 September 2012
6.3 Peserta : 30 orang pegawai dan kakitangan Syarikat
6.4 Tempat : Felda Residence Trolak di Sungkai, Perak
7. PENGISIAN
7.1 ELEMEN-ELEMEN DALM PERANCANGAN STRATEGIK
Perancangan strategik mempunyai beberapa elemen penting bagi memastikan
perncangan yang dibuat bertepatan dengankehendak dan objektif sesebuah organisasi.
Kepincangan salah satu elemen dalam perancangan strategik akan menganggu
perjalanan perancangan ini (Zainal Abidin 1998). Sekiranya perancangan strategik tidak
dapat dilaksanakan maka risiko yangbakal dihadapi oleh seseorang pengurus akan
menjadi bertambahbesar. Bahkan ia mungkin menyebabkan berlaku kemerosotandalam
sesebuah organisasi. Antara elemen-elemen yang wujuddalam perancangan strategik
ini ialah:
7.1.1 Misi
Setiap organisasi mempunyai misi tersendiri, penetapan misi sesebuah
organisasi akan membantu memandu halatuju sesebuah organisasi. Pencapaian
misi yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi menunjukkan bahawa organisasi
tersebut telah berjaya dan berada dilandasan yang diharapkan.
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Prinsip Dalam Pernyataan Misi
Terdapat beberapa prinsip yang harus diteliti dalam membuat peryataan
misi. Antaranya prinsip tersebut ialah mengenal pasti Kekuatan, Kelemahan,
Ancaman dan Peluang (KLAP) dalam sesebuah organisasi. Pengurus perlu
menilai beberapa faktor yang berkaitan dengan KLAP agar pernyataan misi
sesebuah organisasi bertepatan dengan objektif organisasi tersebut.Selain itu,
pernyataan tersebut mestilah mudah difahami oleh semua orang dan tidak terlalu
umum dan tidak terlalu spesifik.
Sekiranya pengurus menggunakan bahasa yang sukar difahami dikhuatiri
objektif organisasi tersebut tidak akan tercapai kerana misi yang dinyatakan tidak
jelas dan mengelirukan. Megikut kajian ahli-ahli pengurusan, 25 patah perkataan
merupakan bilangan perkataan yang idealdan mudah diingat oleh para pekerja
dalammenyatakan misi sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, pernyataan
misi haruslah ringkas, padatdan mudah diingati.
Selain itu juga, perrnyataan misi ini mestilah melibatkan Pengurus besar
sesebuah organisasi. Ini kerana, penglibatan Pengurus Besar dalam pernyataan
misi akan membantu melicinkan proses membuat keputusan dan akan
memudahkansokongan terhadap perancangan yang dilakukandalam sesebuah
organisasi.
Kepentingan Misi
Misi mempunyai peranan yang tersendiri dalamsesebuah organisasi.
Antaranya ialah, misi sebagaiagen yang mengawal perjalanan sesebuah organisasi
di mana halatuju sesebuah organisasi akan mengikutkehendak misi yang telah
ditetapkan.Selain itu, peranan misi ialah sebagai rujukanuntuk menentukan
sumber yang diperlukan bagimenggerakkan jentera sesebuah organisasi
danpengagihan sumber manusia boleh dilaksanakanberdasarkan keperluan misi
sesebuah organisasi.Dengan cara ini pengagihan sumber manusia akan memenuhi
keperluan sesebuah unit dan dapatmengelakkan pembaziran sumber manusia.
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Misi yang dinyatakan juga akan mempengaruhicara seseorang pengurus
mengeksploitasi peluang-peluang yang wujud di persekitarannya.
Kecekapanpengurus menggunakan kelebihan ini, akanmemberikan kelebihan
berbanding pengurus lain yangkurang berkemampuan dalam bidang ini.
Kelebihanini bukan sahaja menjamin suatu pengurusan yangbaik bahkan akan
membantu meningkatkanproduktiviti sesebuah organisasi.
7.1.2 Nilai Strategi
Nilai strategi merupakan salah satu elemen yang penting dalam
perancangan strategik.Ianyadilaksanakan oleh ahli strategi di dalam
sesebuahorganisasi. Setiap strategi yang dirancang akanmengandungi nilai-nilai
yang berbezaberdasarkanbeberapakriteriaberikut:
a)Minat
b)Pendidikan
c)Pergaulan
d)Kematangan
e)kemasyarakan
Pada kelazimannya, tidak semua ahli dalam organisasi terlibat dalam
penentuan strategi sesebuahorganisasi. Ahli strategi yang terlibat
dalamperbincangan menentukan halatuju organisasi ialahseperti yang
disenaraikan di bawah:
a)Pengurus Besar CEO
b)Ahli Lembaga Pengarah
c)Usahawan
d)Perancang Korporat
e)Pengurus Unit Strategi
f)Pengurus
g)Perunding
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
7.1.3 Kelulusan Dan Kebenaran
Sebelum sesuatu perancangan dapat diaplikasikan dalam sesebuah
organisasi, persetujuan untuk mengunakan strategi tersebut mestilah diperolehi
daripada Pengurus Besar. Ini kerana perlaksanaan strategi tersebut akan
melibatkan semua ahli yang terdapat di dalam sesebuah organisasi samada dari
ahli bawahan sehingga kepentadbiran.
Sekiranya strategi yang dirancang dipersetujui, maka pengurus akan
menggunakan pendekatan yang terbaik untuk menyediakan satu pasukan kerja
yang memiliki matlamat bagi mencapai segala objektif yang di gariskan.Pengurus
akan membuat pengarahan kepada penggunaan strategi tertentu seterusnya
membuat pengawalan kepada ahlinya agar sentiasa mematuhi peraturan dan
kehendak organisasi bagi memastikan segala objektif sesebuah organisasi dapat
dicapai dengan jayanya(Abd Aziz 2003).
7.2 PERANAN PENGURUSAN STRATEGIK DALAM ORGANISASI
7.2.1 Kemahiran Perlaksanaan Strategi
Dalam perlaksanaan strategi terdapat beberapakemahiran yang perlu diketahui
iaitu:
a) Kemahiran Inetraksi
Pengurus harus bijak menggunakan kemahiranini bagi
berinteraksi semasa menjalankan aktivitipengurusan.Ia bukan sahaja
kemahiranmempengaruhi para pekerja untuk melaksanakantugas
pengarahan serta pengawalan bahkan iamelibatkan interaksi dalaman
seperti keupayaanmemahami situasi dan perasaan pekerja dan
mampumengadakan muzakarah sesama ahli demi kebaikanorganisasi.
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
b) Kemahiran Pengagihan
Kemahiran ini merujuk kepada kebolehanseseorag pengurus untuk
membuat jadual tugas danpembahagian masa, wang, dan sumber lain
dengancekap. Dengan kemahiran ini pengurus dapatmengelakkan
pembaziran tenaga yang berlebeihan diunit lain dan dapat menyalurkan
lebihan tersebut keunit yang lain.
C) Kemahiran Mengorganisasi
Kemahiran ini memberikan kelebihan kepadapengurus untuk
mengatur ahli dalaman dalamorganisasi. Pengorganisasian yang cekap
akanmengelakkan kecelaruan dalam menjalankantugas dan memberikan
panduan serta diskripsitugas yang jelas kepada para pekerja. Pengurus
yang memeliki kempat-empat kemahiran iniakan mampu mengendalikan
sesebuahorganisasi dengan cemerlang dan mampumengatasi segala
masalah yang dihadapi
8. ATURCARA PROGRAM DAN ANGGARAN KOS PENGANJURAN KURSUS
8.1 Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja Berpasukan
dicadangkan diadakan pada 12 hingga 13 September 2012. Aturcara
program bagi kursus ini adalah seperti di lampiran A.
8.2 Kursus ini akan dihadiri oleh 40 orang peserta di kalangan pegawai dan juga
kakitangan di Syarikat Ace Span Sdn Bhd. Senarai nama kesemua pegawai dan
kakitangan yang terlibat dalam kursus ini boleh dilihat di Lampiran B.
8.3 Syarikat bercadang untuk mengadakan kursus ini di Felda Residence Trolak,
Sungkai, Perak. Bayaran kepada pengendali kem adalah termasuk bayaran
penginapan, makan, jurulatih, ceramah dan bayaran pengunaan tapak aktiviti di
sana. Anggaran keseluruhan bayaran kepada pengendali kem dan bayaran
perbelanjaan adalah seperti di Lampiran C.
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
8.4 Bayaran makan dan penginapan yang dikenakan oleh pihak pengendali kem
adalah lebih rendah daripada kelayakan yang sepatutnya diterima oleh pegawai
berdasarkan kelayakan di dalam Peraturan Syarikat. Perbezaan kos yang ketara
ini boleh dilihat di Lampiran D.
8.5 Amatlah ditekankan bahawa kursus ini sangat mengutamakan pengeluaran kos
yang lebih rendah dari yang sepatutnya dikeluarkan. Perbelanjaan kursus ini
akan menggunapakai Peruntukan Pembangunan Modal Insan di bawah
Perbelanjaan Mengurus Syarikat yang masih mencukupi.
9. JANGKAAN IMPAK KURSUS
a) Peserta akan lebih bermotivasi serta mempunyai jati diri serta mengetahui tentang
pengurusan strategik dalam melaksanakan tugas.
b) Semangat kerja sepasukan dapat dibentuk di kalangan peserta dalam usaha
membangunkan kecermelangan dalam syarikat.
c) Sebagai satu instrument untuk memberi peluang kepada anggota untuk memenuhi
keperluan menghadiri kursus dalam tempoh perkhidmatan.
10. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, pengurusan strategik didefinasikan sebagai suatu
proses yang di ambil dalam setiap organisasi serta sistem yang didirikan di dalamnya.
Pengurusan strategik ini sangat berguna kepada para pengurus untuk menentukan
halatuju organisasi berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi untuk
jangka masa yang panjang. Sesebuah organisasi yang cemerlang mempunyai
satusistem pengurusan yang sistematik. Selain itu juga perancanganstrategik yang
dilakukan dalam setiap organisasi menjadikan organisasi tersebut lebih teguh dan
mempunyai kredebeliti yangsangat tinggi samada dari segi produktiviti, cara bakerja,
cara menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Seharusnya setiap organisasi mengetahui dan mendalamisistem perancangan
strategik kearah pengurusan organisasi yanglebih strategik dan lebih berkesan.
Walaupun pengunaan pengurusan strategik di negara kita sudah meluas kerana telah
dibuktikan dengan peningkatan produktiviti sesebuah organisasi,namun masih terdapat
organisasi yang masih belum mencapai tahap yang cemerlang dari sudut
pengurusannya.Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang pengurus
untuk memastikan memiliki kriteria lengkap untukmenjadi seorang pengurus yang hebat
dengan mendalami ilmupengurusan terutamanya ilmu pengurusan strategik agar
produktiviti sesebuah organisasi sentiasa di tahap yang membanggakan.
Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja Berpasukan ini dirancang
untuk diadakan kerana ianya mempunyai banyak faedah bukan sahaja kepada peserta
kursus itu sendiri malah kepada rakan-rakan sekerja yang merupakan satu pasukan di
dalam syarikat. Kursus ini diharapkan agar dapat memberi peluang kepada ahli dalam
organisasi bebas memberikan pandangan dan bersuara dalam memberikan pandangan
dalam sesebuah aktiviti. Hal ini adalah penting untuk memupuk semangat kerjasama
yang kukuh dan berpanjangan diantara rakan sekerja selain dapat memperkukuhkan
lagi hubungan sedia ada di antara mereka.
23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
BIBLIOGRAFI
Zainal Abidin Mohamed (1998).Pengurusan Strategik .UtusanPublications & Distributors
Sdn Bhd.
Dr. Ahmad Atory Hussain (1996).Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam Dan Swasta.
Utusan Publications & DistributorsSdn Bhd.
Lukman Z. Mohamad dan Azmi abdul manaf (2003).Globalisasi di Malaysia .
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Muhamad Ali Embi,(2003).Konsep Asas Pengurusan Sumber Manusia.(Penggunaan konsep) .
Utusan Publications & DistributorsSdn Bhd.
Mumtaz Began Hj Abd Kadir, Norasiken Bakar, Norhayati Ismail,(2002).
Kualiti DalamPengurusan Sumber Manusia .PenerbitanFajar Bakti Sdn. Bhd
Noraini Ahmad (2004).Budaya Kerja Cemerlang .UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd.
Ab. Aziz Yusof (2003).Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi .Pearson Malaysia Sdn. Bhd.