PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T kerana
kami panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya,
kami telah berjaya menyiapkan kerja kursus bagi matapelajaran
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3103) ini dengan
jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu bemula 24 Januari
2014 hingga 7 Mac 2014. Pada peringkat awal, semasa dah akhir
sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini disiapkan, kami telah
menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran, namun kami tetap
berfikiran positif dan tidak mudah mengalah, sebaliknya kami
menjadikan masalah dan situasi tersebut sebagai cabaran sebagai
titik tolak untuk kami berusaha dengan lebih baik lagi dalam
menjayakan pelaksanaan kerja kursus ini.
Sekalung perhargaan terima kasih dan kami coretkan buat Puan
Sarimah Binti Awang selaku pensyarah bagi matapelajaran BMM 3103
ini atas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang berterusan
sepanjang kami menjalankan kerja kursus ini. Kami pasti jika tanpa
tunjuk ajar dan bimbingan yang beliau berikan, nescaya kami tidak
akan dapat melaksanakan dan menyiapkan kerja kursus ini dengan baik
dan sempurna. Sekalung penghargaan juga kami nukilkan buat rakan
seperjuangan atas kesudian berkongsi maklumat dan bertukar pendapat
serta idea bernas untuk memantapkan lagi kerja khusus yang
dihasilkan ini..
Akhir kata, tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah
terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam
pelaksaan kerja kursus ini. Terima kasih kepada semua pihak kerana
ilmu, perngorbanan, jasa dan akhlak mampu menghasilkan sesuatu yang
baharu untuk generasi akan datang dengan izin daripada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.1.0 PENGENALAN
1.1 KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran merupakan satu proses
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta
pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran
merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan
(LPM, 2000). Pentaksiran merupakan salah satu cabang yang sangat
penting yang perlu diketahui oleh guru dalam membuat penilaian
tahap penguasaan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankannya. Secara umumnya, kita dapat mengetahui bahawa
pentaksiran merupakan satu daripada komponen yang amat penting
dalam pembelajaran. Pentaksiran dalam pembelajaran merupakan suatu
langkah membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu standard atau
piawaian yang dilakukan secara berterusan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini disokong oleh Cizek (1993)
dalam Bhasah Abu Bakar (2003) yang mengatakan bahawa pentaksiran
haruslah bermula dari peringkat akar umbi iaitu bermula dari hari
pertama persekolahan dan berterusan sehingga keputusan tentang
penggredan bagi seseorang murid dapat dilakukan (Bhasah Abu Bakar,
2003:6).
Pentaksiran ditakrifkan sebagai suatu proses mengumpul data yang
bertujuan untuk membuat penilaian terhadap seseorang individu atau
sesuatu kumpulan (Bhasah Abu Bakar, 2003:6). Secara pemahaman yang
ringkas, pentaksiran adalah suatu proses mengukur tahap kecekapan
bagi mengenal pasti sama ada tahap kecekapan dan penguasaan yang
perlu dikuasai telah dapat dikuasai atau tidak.
Menurut Conner (1991) dan Brown (1990), mereka berpendapat
bahawa pentaksiran merupakan suatu proses untuk mendapatkan
maklumat mengenai kemajuan serta pencapaian murid yang dididik.
Namun begitu, sebelum guru mendapatkan maklumat-maklumat tersebut,
guru perlulah menjalankan pengukuran. Berdasarkan dapatan inilah
barulah guru dapat mengenalpasti sejauh mana tahap penguasan dan
kemajuan muridnya. Pengukuran adalah suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana murid memiliki ciri
yang diukur dengan menggunakan instrumen. Berdasarkan keterangan
tersebut, dapat disimpulkan bahawa pengukuran adalah langkah
menentukan sejauh manakah seseorang murid itu dapat menguasai atau
memiliki ciri-ciri seperti yang ingin diukur.
Terdapat lima kaedah pentaksiran yang boleh diguna pakai oleh
guru dalam menjalankan pentaksiran. Kaedah-kaedah tersebut adalah,
kaedah Portfolio, Kaedah Pertimbangan Profesional, Kaedah
Pemerhatian, Kaedah Penulisan dan Kaedah Lisan (Tuan Jah Tuan Yusof
et al, 2012:3-4).
Pentaksiran dilakukan atas beberapa tujuan antaranya, untuk
mengukur kebertanggungjawaban, untuk tujuan pensijilan, untuk
menjalankan proses pemulihan dan untuk memberi motivasi kepada
murid (Bhasah Abu Bakar, 2003: 7-8). Dalam konteks persekolahan
pula, pentaksiran dijalankan dengan tujuan untuk mendapat gambaran
tentang prestasi murid dalam pembelajarannya. Hal ini kerana,
dengan adanya maklumat prestasi murid, guru akan dapat mengetahui
sejauh mana keberkesanan pengajarannya dan juga sejauh mana
pengusaan muridnya. Perkara ini jelas bersangkut-paut dengan tujuan
utama pentaksiran iaitu untuk mengukur kebertanggungjawaban
(keberkesanan pengajaran guru) dan juga untuk tujuan pensijilan
(tahap penguasaan murid).
Di samping itu, pentaksiran di sekolah dan bilik darjah juga
bertujuan memudahkan guru merangka rancangan pengajaran harian.
Dengan adanya pentaksiran, guru akan dapat mengenalpasti tahap
keupayaan muridnya dan maklumat inilah yang akan digunakan untuk
merangka rancangan pengajaran harian yang sesuai dengan keupayaan
murid. Dengan ini, murid akan dapat mengikuti sesi pembelajaran
dengan mudah kerana isi pelajaran sesuai dengan tahap keupayaan
kognitif mereka.
Bagi ciri pula, pentaksiran yang baik perlulah memiliki beberapa
ciri seperti kesahan skor, kebolehpercayaan skor, keobjektifan,
kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprensifan. Ciri-ciri ini
penting kerana melalui kita akan dapat membuat penghakiman dan
penggredan yang tepat serta jitu. Penerangan bagi setiap ciri
adalah seperti berikut:
Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa pentaksiran adalah suatu
proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penggredan
atau penghakiman berdasarkan pengukuran yang telah dijalankan.
Penggredan dan penghakiman ini adalah bergantung pada tahap
pencapaian murid atau seseorang yang diukur. Oleh yang demikian,
jelaslah bahawa pentaksiran merupakan suatu kompenen pendidikan
yang amat penting kerana melaluinya guru dapat mengetahui sejauh
mana tahap penguasaan murid, sejauh mana keberkesanan pengajaran,
mengetahui tahap keupayaan murid dan memudahkan guru merangka isi
pelajaran untuk diajarkan kepada murid.
1.2 KONSEP PENGUJIAN
Pengujian dari segi istilahnya diertikan sebagai perihal menguji
atau pemeriksaan. (2010:1758). Dengan bahasa mudahnya, pengujian
ini dapat diertikan sebagai suatu langkah untuk mengetahui sesuatu
melalui ujian ataupun pemeriksaan berdasarkan objektif
tertentu.
Dari segi konseptualnya, Cronbach (1970) dalam Azizi Ahmad et
al(2008), mentakrifkan pengujian sebagai suatu prosedur yang
bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu atau murid bagi membuat huraian dengan bantuan skala
bernombor, atau suatu sistem yang berkategori. Pendapat ini turut
disokong oleh Milagros (1981) yang dipetik dalam Raminah Haji
Sabran (1991) yang menyatakan ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam
keadaan yang dikawal atau ditentukan. Oleh yang demikian, dalam
bahasa lebih mudahnya, pengujian dapat diterjemahkan sebagai suatu
langkah untuk membuat huraian atau pemarkahan murid berdasarkan
perubahan tingkah laku dan perlakuan yang ditunjukkan oleh
murid.
Tuan Jah Tuan Yusof et al (2012) yang menyatakan pengujian
terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang mengkehendaki
murid memberi satu set tindak balas atau respon (Tuan Jah Tuan
Yusof et al, 2012:4). Berdasarkan maklumat dari tindak balas dan
respon inilah guru akan dapat membuat penilaian atau pengadilan
terhadap muridnya. Perkara ini turut diterangkan oleh Menurut Sax
(1989) dalam Bhasah Abu Bakar (2003), pengujian adalah satu set
tugasan yang digunapakai untuk menjalankan satu pemerhatian yang
sistematik yang mana tugasan tersebut akan dijadikan perwakilan
bagi trait pendidikan atau atribut yang dikehendaki.
Setiap perkara pasti memiliki sebab mahupun tujuannya dan
begitulah juga dengan pengujian. Antara tujuan pengujian dijalankan
adalah untuk mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai,
mengesan kemajuan yang telah diperoleh, mengesan kemahiran dan
pengusaan sedia ada murid sebelum pengajaran dan juga untuk
membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan
(Tuan Jah Tuan Yusof et al, 2012:4).
Tuntasnya, pengujian adalah satu kaedah penghakiman tingkah laku
yang dilakukan secara bersistem sama ada dalam bentuk set tugasan
ataupun melihat daripada aspek kualitatif perlakuan seseorang murid
atau individu. Penghakiman ini dilakukan berdasarkan maklumat atau
tindak balas dalam perlakuan seseorang murid itu sendiri. Hasil
atau dapatan pengujian adalah bergantung kepada perlakuan dan
tindak balas seseorang yang dinilai itu sendiri. Sebagai contoh,
jika positif perlakuannya, maka baiklah penghakiman yang dilakukan
terhadapnya dan jika sebaliknya, maka negatiflah penghakiman
terhadapnya. Maklumat daripada dapatan ini kemudiannya akan
digunakan untuk menentukan kategori atau skala penghakiman kepada
individu yang dinilai itu. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa
pengujian merupakan suatu alat ukur yang amat penting dalam
pendidikan kerana melaluinya pendidik akan dapat mengenalpasti
mengesan perubahan muridnya sesuai dengan tujuan pengujian itu
sendiri.
1.3 KONSEP PENILAIAN
Penilaian merupakan suatu konsep yang digunakan dalam pelbagai
bidang yang mempunyai matlamatnya tersendiri. Dengan adanya
penilaian, kita akan dapat membuat anggaran sama ada matlamat yang
telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Dalam erti kata
lainnya, penilaian dijadikan sebagai satu indikator atau alat ukur
untuk melihat sama ada objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai
ataupun tidak.
Selain itu, Gay (1985) yang dipetik dari Bhasah Abu Bakar (2003)
menyatakan penilaian sebagai suatu proses yang sistematik dalam
pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu
objektif itu telah tercapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan
atau keputusan dibuat. Pendapat ini turut disokong oleh Tuan Jah
Tuan Yusof et al (2012) yang menerangkan penilaian sebagai suatu
proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat
yang berguna dalam menentukan prestasi (Tuan Jah Tuan Yusof et al,
2012:5). Secara ringkasnya, penilaian dapat diterangkan sebagai
satu proses untuk mengukur, menguji serta membuat pertimbangan
tentang kebolehan atau kemahiran berdasarkan objektif yang telah
dirangka. Dalam pada itu, penilaian juga dianggap sabagai satu cara
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti
ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
Sebagai contoh, dalam pengajaran kemahiran bahasa, penguasaan
kemahiran-kemahiran tersebut merupakan satu daripada masalah yang
boleh diselesaikan melalui aktiviti penilaian.
Kesimpulannya, penilaian merupakan suatu proses yang bersistem
untuk mengetahui status objek atau murid yang dinilai. Penentuan
status ini adalah berdasarkan tahap penguasaan atau sejauh mana
objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai atau sebaliknya.
2.0 TAKSONOMI BLOOM
Istilah Taksonomi merujuk kepada kajian tentang prinsip,
peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan
persamaan dan perbezaan sifat organisma itu (2010: ). Dari sudut
pandangan sains pula, Websters New Collegiate Dictionary (1953)
pula mendefinisikan taksonomi sebagai pengelasan, lebih-lebih lagi
pengelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan mengikut perkaitan-perkaitan
semula jadi. Pengertian ini yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi
Keempat dan Kamus Webster ini adalah saling berkait kerana,
kedua-duanya mengatakan bahawa taksonomi sebagai pengelasan
organisma hidup yang terdiri daripada haiwan dan tumbuhan.
Berdasarkan kata kunci pengelasan ini dapat disimpulkan bahawa
taksonomi adalah perihal mengelaskan iaitu membuat klasifikasi
dengan pembahagian atau pengasingan berdasarkan kepada tingkatan
atau peringkat tertentu.
Bagi Taksonomi Bloom yang disediakan oleh Benjamin S. Bloom pada
tahun 1956, taksonomi ini adalah khusus untuk domain kognitif yang
berbentuk hierarki dari yang mudah kepada yang kompleks. Hierarki
ini bermula dari kemahiran mengingat hingga kepada kemahiran
membuat sesuatu penilaian (Bhasah Abu Bakar, 2003:58). Hierarki ini
jelas menunjukkan pemeringkatan peringkat-peringkat tertentu
selaras dengan pentakrifan istilah taksonomi yang diberikan oleh
Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Webster. Pemeringkatan dalam
Taksonomi Bloom semakan Aderson (2001) terdiri daripada mengingat,
memahami, mengaplikasikan, menganalisiskan, menilai dan
mencipta.
Idea pengelasan mengikut peringkat ini telah diilhamkan dalam
suatu mesyuarat tidak rasmi pada Konvensyen Persatuan Psikologi
Amerika di Boston pada tahun 1948. Susun atur pengelasan tersebut
adalah mengikut perkembangan daripada mudah kepada yang lebih
sukar. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu
mengembangkan pemikiran atau kognitif murid ke arah yang diinginkan
berdasarkan objektif pendidikan itu sendiri.
Penguasaan bagi setiap peringkat adalah bergantung pada
penguasaan peringkat sebelumnya. Sebagai contoh, sebelum seseorang
murid itu menguasai peringkat atau kemahiran mengsintesis, murid
tersebut perlulah kompeten dalam tahap sebelumnya iaitu menguasai
kemahiran menganalisis. Hal ini ditegaskan oleh Benjamin S. Bloom
dalam bukunya Taxonomy Of Educational Objectives (1956) yang
dipetik dari Noor Rohana Mansor (2009) yang menyatakan penguasaan
tingkah laku dalam setiap kategori adalah perlu sebelum menguasai
tingkah laku dalam kategori-kategori berikutnya (Noor Rohana
Mansor, 2009:51-52).
2.1 MengingatPengetahuan merujuk kepada proses mengingat
kembali. Justeru, soalan yang dibina pada peringkat ini perlulah
berfokus kepada proses mengingat. Soalan pada aras ini
mengkehendaki murid mengingat kembali fakta, istilah, teori,
definisi, hukum, tarikh, peristiwa dan mengenal idea serta strategi
untuk menyelesaikan masalah.
Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil
pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Definisikan
Padankan
Kenalpasti
Terangkan
Huraikan
Gariskan
Tuliskan
Namakan
Labelkan
Pilih
Nyatakan
2.2 MemahamiMemahami merujuk kepada kemahiran memahami sesuatu
perkara. Oleh yang demikian, soalan pada peringkat ini adalah
berfokus pada kemahiran memahami sesuatu perkara. Pada peringkat
ini murid diuji dari segi pemahamannya terhadap apa yang telah
dipelajari serta diminta memberikan alasan, pendapat atau hujah
yang menyokong jawapannya. Selain itu, murid juga diminta untuk
menterjemahkan atau menyatakan semula apa yang telah dinyatakan,
melihat penyambungan, pertalian, atau perkaitan antara
bahagian-bahagian dalam sebuah komunikasi. Disamping itu, murid
turut diminta untuk merumuskan atau membuat inferen berdasarkan
maklumat yang diberikan. Dalam bahasa mudahnya, murid perlulah
mahir menterjemah, mentafsir, merumus dan mahir dalam membuat
inferen.
Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil
pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Tukarkan
BTerangkan
Generalisasikan Anggarkan Asingkan
Ramalkan Rumuskan Bezakan Parafrasakan
2.3 MengaplikasiMengaplikasi merujuk kepada penguasaan ciri-ciri
yang terdiri daripada konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dalam
situasi khusus dan situasi am. Pada peringkat ini, murid akan diuji
dari aspek pengaplikasian atau penggunaan pengetahuan dan
kefahamannya dalam menangani situasi baharu kepada mereka. Soalan
pada peringkat ini memerlukan murid menggunakan maklumat yang telah
didapati daripada suatu situasi dan digunakan dalam situasi yang
berbeza dari apa yang telah dipelajari. Antara perkara yang boleh
diaplikasikan oleh murid adalah seperti konsep, prinsip, teori,
hukum, prosedur, generalisasi dan formula.Kata kerja atau istilah
yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada peringkat
ini adalah seperti: Tukarkan
Demonstrasikan
Pindahkan
Gunakan
Selesaikan
Operasikan
Tunjukkan
Organisasikan
Hubungkan
Kembangkan
Hasilkan
Kirakan
Modifikasikan
Sediakan
2.4 MenganalisisMenganalisis merujuk kepada daya kreativiti
untuk menganalisis sesuatu perkara. Oleh yang demikian, soalan pada
peringkat ini adalah berfokus pada cara mengenalpasti pertalian
antara idea, mencari persamaan atau perbezaan yang wujud. Murid
perlu memahami perkara yang dianalisis khususnya isu atau idea
utama yang diketengahkan kerana soalan pada peringkat ini adalah
untuk menguji kebolehan murid tentang bagaimana mereka dapat
memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan
mengenalpasti tentang hubungkait antara bahagian-bahagian
berkenaan.
Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil
pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Tunjukkan
Pecahkan
Bezakan
Gambar kisahkan
Bahagikan
Garis kasarkan
Simpulkan
Asingkan
Pilih
Kesimpulan
2.5 MenilaiMenilai merujuk kepada keupayaan untuk menggabungkan
komponen-komponen kecil kepada bentuk baharu. Sehubungan itu,
soalan pada peringkat ini lebih berfokus kepada pengumpulan unsur
serta bahagian tertentu bagi menunjukkan pola atau struktur yang
jelas dan nyata. Hal ini memerlukan murid untuk mengumpul dan
seterusnya menyatukan maklumat, pengetahuan, dan kebolehan daripada
bahagian-bahagian yang telah dipelajari kerana soalan pada aras ini
mengkehendaki murid untuk menyelesaikan masalah yang luar biasa
dengan cara yang unik atau menyatukan semula semua bahagian menjadi
sesuatu jawapan yang baharu dan unik.Kata kerja atau istilah yang
digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada peringkat ini
adalah seperti: Kategorikan
Bentukkan
Rekakan
Ciptakan
Tulis semulakan
Susunkan Rumuskan Fikirkan Formulatkan
2.6 MenciptaMencipta merujuk kepada kemahiran membuat keputusan
yang munasabah. Oleh itu, soalan pada peringkat ini memerlukan
murid membuat pertimbangan tentang nilai atau makna terhadap
sesuatu kaedah, idea atau produk yang memiliki tujuan tertentu.
Soalan yang sebegini mengkehendaki murid melakukan pertimbangan
yang wajar serta pengukuran yang tepat untuk mengenalpasti sejauh
mana penilaian yang dilakukan oleh orang lain dapat diterima atau
tidak. Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan
hasil pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Tafsirkan
Sahkan Justifikasikan Kritik Pertahankan Bezakan Rumuskan Sokong
Persamaan Selesaikan Terjemahkan
Tuntasnya, Taksonomi Bloom merupakan satu set pengelasan
kemahiran yang berteraskan domain kognitif. Kemahiran-kemahiran
tersebut dikelaskan dan disusun mengikut aras kesukarannya iaitu
dari kemahiran yang mudah kepada kemahiran yang sukar. Kemahiran
ini disusun sedemikian adalah bertujuan untuk membantu perkembangan
pemikiran murid disamping mewujudkan set pemikiran yang sistematik
dalam diri manusia amnya. Perkara ini jelas terbukti apabila murid
perlu menguasai kemahiran sebelumnya sebelum boleh berganjak kepada
kemahiran yang seterusnya.
Disamping itu, Taksonomi Bloom juga berperanan untuk memudahkan
pembinaan objektif pendidikan serta memudahkan penyediaan soalan
untuk tujuan pentaksiran, pengujian dan penilaian. Oleh itu,
jelaslah bahawa Taksonomi Bloom memiliki peranan besar dalam bidang
pentaksiran pendidikan.
3.0 DOMAIN KRATHWOHL
Domain Krathwohl merujuk kepada domain afektif yang meliputi
perasaan, sikap dan nilai dalam diri seseorang. Perasaan, sikap dan
nilai merupakan perkara yang dipelajari serta berkembang dari
semasa ke semasa serentak dengan perkembangan insan itu
sendiri.
Domain susunan David R. Krathwohl bersama-sama Benjamin S. Bloom
dan Betram B. Masia ini memberi penekanan terhadap pemikiran dan
kefahaman murid yang juga saling berkait dengan perasaan, emosi,
minat, sikap, penghargaan dan juga nilai. Meskipun domain ini
berkait dengan pemikiran dan kefahaman murid, akan tetapi tidak ada
instrumen mahupun prosedur yang benar-benar sesuai untuk mengukur
pencapaian dalam domain ini. Oleh itu, Benjamin S. Bloom et al
(1988) dalam Azizi Ahmad et al (2008) telah menyusun objektif
afektif yang berupa peringkat penguasaan bagi domain ini iaitu dari
peringkat penguasaan atau penghayatan yang paling rendah kepada
peringkat tertinggi. Peringkat-peringkat tersebut terdiri daripada
penerimaan, gerak balas, penilaian, organisasi dan perwatakan.
3.1 Penerimaan
Penerimaan merujuk kepada kesediaan murid untuk menerima sesuatu
yang ingin disampaikan. Proses penerimaan bermula dengan fasa
kesedaran terhadap rangsangan seperti lagu, irama, lirik yang yang
berkait dengan situasi kehidupan. Setelah fasa kesedaran, murid
akan menunjukkan kesediaan untuk menerima dengan tidak menjauhinya.
Seterusnya, murid akan melibatkan diri secara terkawal atau
terpilih iaitu dengan cuba membezakan setiap rangsangan yang
diterima.
3.2 Gerak Balas
Gerak balas merujuk kepada tindak balas individu atau murid
terhadap rangsangan yang diterimanya. Tindak balas ini wujud
apabila murid mempunyai motif, tujuan atau minat untuk melibatkan
diri terhadap rangsangan yang diterima. Hasil daripada tindak balas
ini, murid secara tidak langsung akan berasa puas kerana dapat
memberikan kesan terhadap sesuatu yang menjadi perangsangnya itu.
Pada peringkat ini, tindak balas yang berlaku mungkin disebabkan
adanya arahan dan lanjutan daripada itu, murid akan bertindak balas
dengan sendirinya demi kepuasan diri. Sebagai contoh, setelah
menyaksikan pertunjukkan silat, akan lahir minat dalam diri murid
dan ini akan mendorong mereka untuk menyertai silat dan akan
berlatih bersungguh-sungguh demi mencapai kepuasan.
3.3 Penilaian
Penilaian merujuk kepada keupayaan murid memahami nilai yang
dipegang oleh masyarakat. Nilai yang ditunjukkan ini bersifat
stabil serta boleh dijangka kerana nilai ini akan menjadi motivasi
luaran dan seterusnya menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang
ditunjukkan. Penilaian berlaku dengan tiga fasa, iaitu penerimaan
nilai, pemilihan nilai dan akhir sekali komitmen terhadap
nilai.
3.3.1 Penerimaan Nilai
Menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yang
seterusnya menjadi pegangan yang mempengaruhi perlakuannya.
3.3.2 Pemilihan Nilai
Memilih dan mengambil tindakan bagi mendedahkan maklumat kepada
orang lain yang menunjukkan dia berpegang pada nilai tersebut.3.3.3
Komitmen terhadap nilai
Berpegang teguh kepada kepercayaan dan mempertahankannya
daripada sebarang cabaran.
3.4 Organisasi
Organisasi merujuk kepada keupayaan murid menyusun semua nilai
yang diterimanya menjadi satu sistem yang lebih praktikal.
Penyusunan terbahagi kepada dua bentuk, iaitu
mengkonseptualisasikan nilai dan mengelola sistem nilai.
3.4.1 Mengkonseptualisasikan nilai
Melihat dan membuat pertalian antara nilai-nilai yang ada.
3.4.2 Mengelola sistem nilai
Memilih dan menyusun nilai-nilai menjadi satu sistem nilai.
3.5 Perwatakan
Perwatakan merujuk kepada kepatuhan murid terhadap sistem nilai
dan juga keralaan mereka untuk mengamalkannya sebagai satu gaya
hidup. Pada peringkat ini murid biasanya akan kekal mengamalkan
nilai yang diamalkan sehingga memperlihatkan perwatakan
berlandaskan nilai tersebut. Selain itu, mereka juga akan
memperlihatkan sistem nilai tersendiri, iaitu memiliki falsafah dan
prinsip hidup yang tersendiri.
4.0 HUBUNGKAIT DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN
KRATHWOHL DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Secara konseptualnya, kita mengetahui bahawa Toksonomi Bloom
merupakan suatu set pengelasan kemahiran untuk domain kognitif yang
berbentuk hierarki dari yang mudah kepada yang kompleks. Bagi
Domain Krathwohl pula, domain ini merujuk kepada domain afektif
memberi penekanan terhadap pemikiran dan kefahaman murid yang juga
saling berkait dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan
dan juga nilai. Sementara kemahiran berfikir aras tinggi pula
adalah kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses
pemikiran secara kritis dan kreatif. Berdasarkan konsep-konsep ini,
secara kasarnya kita dapat melihat wujudnya pertalian atau
hubungkait bagi ketiga-kiga perkara ini. Oleh itu, marilah kita
meneliti dan memperhalusi perkaitan antara domain kognitif dan
afektif dengan kemahiran berfikir aras tinggi ini.
Kita sedia maklum bahawasanya dalam Taksonomi Bloom terdapat
enam peringkat kemahiran kognitif yang mana setiapnya berbeza-beza
mengikut tahap. Tahap-tahap ini disusun dari kemahiran yang mudah
kepada kemahiran yang kompleks, iaitu bermula dari tahap
pengetahuan, kemudian kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
akhir sekali penilain. Jika diteliti satu per satu setiap kemahiran
ini, sebenarnya tahap-tahap ini adalah suatu rantaian atau urutan
proses untuk membina atau menjana kemahiran berfikir aras tinggi.
Hal ini dapat dibuktikan dengan pendapat yang dikemukakan oleh
Benjamin S. Bloom yang mengatakan bahawa penguasaan kemahiran dalam
setiap tahap adalah perlu sebelum menguasai kemahiran dalam tahap
atau kategori-kategori berikutnya. Pendapat ini jelas membuktikan
bahawa untuk ke tahap tertinggi iaitu tahap penilaian, seseorang
perlulah menguasai atau kompeten dalam tahap-tahap sebelumnya. Oleh
yang demikian, jelaslah bahawa Taksonomi Bloom dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi mempunyai hubungkait kerana tahap-tahap dalam
Taksonomi Bloom merupakan langkah-langkah untuk mencapai Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam diri seseorang.
Selain itu, Taksonomi Bloom juga boleh dijadikan panduan untuk
mengetahui tahap pemikiran seseorang sama ada berada pada aras
tinggi atau sebaliknya. Kita boleh menggunakan tahap-tahap dalam
Taksonomi Bloom bagi menilai sejauh mana kecekepan berfikir
seseorang itu. Sebagai contoh, kita boleh menilai cara berfikir
seseorang itu dengan mengajukan soalan-soalan berdasarkan
peringkat-peringkat dalam Taksonomi Bloom. Jika dia mampu menjawab
atau menyelesaikan masalah dalam tahap penilaian, maka dia layar
digelar sebagai seseorang yang memiliki Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Oleh yang demikian, jelaslah hubungkait antara Taksonomi
Bloom dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Hubungkait Domain Krathwohl dengan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi pula adalah kemahiran berfikir seseorang itu adalah
bergantung kepada tahap afektifnya. Hal ini kerana, afektif yang
terdiri daripada perasaan, sikap dan nilai dalam diri seseorang
mampu mempengaruhi cara dan tahap pemikirannya dalam satu-satu
masa. Sebagai contoh, jika seseorang murid itu tidak memiliki
perasaan untuk mengikuti pembelajaran, maka dia tidak akan dapat
mengikuti isi pelajaran dengan sebaiknya sebaliknya dia akan hilang
tumpuan dan pemikirannya tidak akan berada pada apa yang sedang
dibincangkan. Hal ini kerana, perasaan, sikap dan nilai merupakan
perkara yang dipelajari serta berkembang dari semasa ke semasa
serentak dengan perkembangan insan itu sendiri. Oleh yang demikian,
untuk menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, aspek afektif atau
Domain Krathwohl perlu diambil kira kerana afektif mampu
mempengaruhi cara berfikir seseorang itu.
Dalam pada itu, sikap atau nilai yang terdapat dalam diri juga
mempengaruhi tahap pemikiran seseorang. Pernahkah anda mendengar
pepatah yang berbunyi Jika baik tingkahnya, maka baiklah akalnya.,
pepatah ini jelas menunjukkan betapa sikap atau tingkah laku
mempengaruhi tahap kognitif seseorang. Jelaslah bahawa domain
afektif dan domain kognitif ini saling berkait bagi menjada
kemahiran berfikir aras tinggi.CONTOH SOALAN BAHASA MALAYSIATAHUN
1Kemahiran mendengar dan bertutur
Standard kandungan1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi
bahasa, iaitu
abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard pembelajaran 1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut
nama abjad dengan
betul dan tepat.
Soalan 1
Aras : Mengingat
Arahan soalan 1 :
Murid diminta mendengar rakaman berikut. Kemudian sebut huruf
tersebut dan salin abjad tersebut di tempat yang disediakan.
Soalan 2
Aras :
Memahami
Arahan soalan 2 :
Murid mendengar perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Kemudian
murid diminta untuk menyebut perkataan tersebut. Seterusnya murid
diminta menyalin perkataan tersebut di ruang yang disediakan.
Standard pembelajaran1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara
menggunakan kata ganti
nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi
tidak formal secara bertatasusila.
Contoh soalan 1
Aras : Mengaplikasikan
Arahan soalan :
Baca dialog berikut. Kemudian lakonkan semula dialong berikut.
Isikan tempat kosong yang berikut berdasarkan kata ganti diri yang
betul.
Situasi : Zaman dan Hisyam meminta izin ayahnya untuk pergi ke
perpustakaan.
Ayah
:
Zaman, ________ hendak ke mana?
Zaman
:
______ hendak ke perpustakaan ayah.
Hisyam
:
Bolehkah ________ pergi menaiki bas, Pak Cik?
Ayah
:
Berhati-hati. Selamat jalan.
Zaman
:
__________ pergi dulu. Terima kasih, ayah.
Contoh soalan 2
Aras:
Memahami Baca dialog berikut. Gariskan tempat kosong yang
berikut berdasarkan kata ganti diri yang betul.
Situasi : Di Pasar
Pembeli : berapakah harga sekilo ikan ini ?
Penjual : ( Kamu / Saya / Dia ) mahu membeli berapa kilogram
ikan?
Pembeli : ( Dia / Saya / Awak ) hendak membeli 3 kilogram
ikan.
Penjual : Baiklah. Harga sekilo ikan ini Rm 5.00. Harga untuk 3
kilogram ikan ialah Rm15.00. ( Awak / Saya / Dia ) tunggu sebentar.
Saya bungkuskan.
Pembeli : Terima kasih.
Kemahiran Membaca
Standard Kandungan 2.1 Asas membaca dengan sebutan yang
betul.
Standard Pembelajaran 2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata
terbuka dengan sebutan yang betul.
Contoh Soalan 1
Aras :
Mengingat
Arahan : Murid dikehendaki mengenal vokal a, e, i, o, dan u.
Kemudian murid diminta membunyikan vokal a, e, i, o, u, mengikut
warna yang telah ditetapkan. a merah
e pepet ungu
i hijau
o coklat
u biru
e taling kuning
Contoh Soalan 2
Aras:
Memahami
a. Arahan : Sesuaikan suku kata dengan gambar dengan suku kata
berikut.
Kemahiran Membaca
Standard Kandungan 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan
lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran 2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda
baca.
Contoh Soalan 1
Aras :
Memahami
Arahan : Baca ayat tunggal di bawah dengan betul. Pastikan anda
membaca mengikut tanda baca yang betul.
1. Emak pergi ke kedai membeli ikan.
2. Ayah sedang mencuci kereta.
3. Rahman, Kassim dan Abu sedang bermain hoki di padang.
4. Zamri tertidur semasa menyiapkan kerja sekolahnya.
5. Apakah makanan kesukaan kamu? tanya Nadia kepada Atul.
Contoh Soalan 2
Aras:
Mengalikasikan
Arahan : Baca petikan di bawah dengan betul. Pastikan anda
membaca mengikut tanda baca yang betul.
Bermain Bola
Pada setiap hari, Haziq main bola sepak . Dia main dengan kawan-
kawan. Haziq pakai kasut bola jenama Adidas. Selepas bermain, dia
minum air dan makan roti. Haziq lap kasut bola guna kain
bersih.
Kemahiran menulis
Standard kandungan3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat secara
mekanis dengan betul dan kemas.
Standard pembelajaran3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan
huruf kecil
Denga cara yang betul serta tulisan yang kemas.
Contoh soalan 1
Aras :
MengaplikasikanArahan: Tulis huruf kecil bagi huruf besar
berikut.
CONTOH : A = a1. B = _____________2. R = _____________
3. F = _____________
4. G = _____________
5. M = _____________
Contoh soalan 2
Aras :
MenciptaArahan : Tulis huruf besar bagi huruf kecil berikut.
CONTOH : a = A1. k = _____________2. q = _____________
3. y = _____________
4. j = _____________
5. e = _____________
Standard pembelajaran3.2.2 Menulis suku kata terbuka dengan cara
yang betul dan
tulisan yang kemas.
Contoh soalan 1
Aras :Mengaplikasikan
Arahan: Gabungkan suku kata terbuka di bawah, kemudian tulis
perkataan dalam ruang yang disediakan.
Contoh : bo + la = bola
1. to + pi = _____________
2. ba + ju = _____________
3. ba + ta = _____________
4. fo + to = _____________
5. bo + la = _____________
Contoh soalan 2
Aras :Menganalisis
Arahan : Pilih suku kata yang terbuka di bawah. Kemudian salin
semula perkataan berikut di ruang yang disediakan. meja
baju
belon
daun
lapan
bola
unta
feri
1.______________________
2. ______________________
3. ______________________
4._______________________
5._______________________
Seni Bahasa
Standard Kandungan4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan
menggunakan bahasa
badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
Standard Pembelajaran4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang
betul dan jelas
tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik
hibur.
Contoh Soalan 1
Aras :
Menganalisis
Arahan: Baca pernyataan di bawah berdasarkan gambar yang diberi.
Kemudian, susun semula perkataan untuk melengkapkan petikan.
Di tepi tasik ada __________.
Di dalam gelas ada ___________.
Bapa pakai _________.
Adik main _________________.
Kakak dengar __________.
Contoh soalan 2
Aras :
Mencipta
Arahan : Baca petikan berikut. Kemudian ceritakan semula petikan
cerita yang bertajuk Kemalangan Jalan Raya dengan gerak tubuh,
sebutan yang betul dan jelas. Roslan seorang budak yang nakal dan
tidak mahu mematuhi peraturan jalan raya. Pada suatu hari, Roslan
berbasikal balik ke rumah. Dia berbasikal di tengah jalan raya.
Pada ketika itu, sebuah kereta yang dipandu laju melalui jalan itu.
Pemandu itu tidak tahu Roslan ada di jalan raya tersebut. Pemandu
tersebut telah terlanggar Roslan. Pemandu kereta tersebut telah
menghantar Roslan ke hospital. Bapa dan keluarga Roslan pergi ke
hospital setelah diberitahu akan kemalangan yang menimpa Roslan.
Kedua ibu bapa dan keluarga Roslan amat bimbangkan Roslan. Roslan
sangat menyesal kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Standard Kandungan4.4. Melafazkan dan memahami puisi dengan
intonasi yang
betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard Pembelajaran 4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan
intonasi yang betul
secara didik hibur.
Contoh Soalan 1
Aras :
Mencipta
Contoh Soalan 2
Aras :
Menilai
Arahan : Baca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemudian namakan kenderaan berdasarkan pantun tersebut.
Anak ikan mati dituba,Menunggang basikal jangan berlumba.Nasihat
ibu harus diikut,Naik kapal terbang janganlah takut.Buah pisang
diatas peti,Pandu kereta berhati- hati. Namakan kenderaan yang anda
ketahui :
1.
2.
3.
Arahan : Nyanyikan lagu Pergi Ke Sekolah dengan intonasi yang
betul.
Baca dan lengkapkan jadual di bawah.
Benda dalam kelas
Benda di luar kelas
1.
1.
2.
2.
3.
3.
Tatabahasa
Standard kandungan5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata
dengan betul
mengikut konteks.
Standard Pembelajaran
5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah
dengan betul mengikut konteks.
Contoh soalan 1
Aras :
Menilai
Arahan : Isikan tempat kosong berikut dengan jawapan yang
betul.
Contoh : dan, lalu, sedang, kerana, sambil
Harimau ternampak rusa lalu mengejarnya.
1. Badan Jalil berpeluh ________________ cuaca panas.
2. Kamarul ___________ Rahim sedang bermain gasing.
3. Kakak melipat baju ____________ menonton televisyen.
Contoh soalan 2
Aras :
Mengaplikasi
Arahan : Isikan tempat kosong berikut dengan jawapan yang
betul.
Contoh : dan, lalu, sedang, kerana, sambil
Kakak sedang melipat kain sambil mendengar radio.
Klinik Hassan terletak di___________ bank________ Restoran
Muhibah.
A. sebelah.dan
B.samping. serta
C. tengah..antara
D. antaradengan
Standard kandungan5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata
dengan betul
mengikut konteks.
Standard Pembelajaran 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya
merujuk
manusia dan benda dengan betul
Contoh soalan 1
Aras :
Menilai
Arahan : Baca petikan dan bina soalan
Arahan: Berdasarkan teks di atas, bina soalan dengan
menggunakan kata tanya siapa atau apa .
1)________________________________________?
(Nama bapa )
2) ________________________________________?
(Hobi)
3) ________________________________________?
(Makanan kegemaran)
4)________________________________________?
(Cita - cita)
Contoh soalan 2
Aras :
Menilai
RUJUKAN
BUKU
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
(2012). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan
Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhasah
Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim:
Quantum Books.
Ng See Ngean. (1991). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Noor Rohana Mansor. (2009). Soalan Dan Penyoalan Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa . Cheras: Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.
Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa
Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
JURNAL
Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah. (2007). Sistem Pentaksiran
Kebangsaan-Pelengkap Kurikulum Dalam Pembentukan Moral Insan
Gemilang. Dalam Prosiding Persidangan Kurikulum Kebangsaan 2007
Tan Hui Leng. (2005). Solo Taxonomy: Teaching And Testing
Thinking. Dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid - 1
2005.
INTERNET
http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/10/taksonomi-bloom.html
http://husnanasihahakimi.blogspot.com/2012/07/tajuk-2-taksonomi-bloom-dan-domain.html
http://suberia.org/ind/?p=1330
http://syauquljazil.wordpress.com/2013/01/06/kognitif-afektif-dan-psikomotorik/
Tujuan Pengujian
Lori
Kasut
Lampu
Baju
kami
saya
kamu
topi
layang-layang
khemah
radio
straw
Pergi ke sekolah
Kupergi ke sekolah
Dengan kawan ramai-ramai
Sungguh riang sekali
Pergi sekolah setiap hari.
Kita mesti rajin belajar
Agar jadi orang berguna
Terima kasih kepada guru
Mendidik dan mengajarku.
bilik guru pejabat pensel
kapur tulis buku kantin
Nama saya Nora binti Mizi. Nama bapa saya Mizi bin Biki. Nama
ibu saya Tini binti Ali.
Makanan kegemaran saya ialah mi goreng. Saya suka minum air
bandung.
Pada masa lapang, saya suka membaca buku cerita dan menunggang
basikal.
Saya bercita-cita hendak menjadi doktor apabila dewasa
nanti.
32