PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU PELATIH (KAJIAN SOSIAL) INSTITUT PERGURUAN SARAWAK MIRI SEMASA MENJALANI PRAKTIKUM DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUJUT CORNER MIRI SARAWAK. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh manakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa mereka sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga akan melihat sejauh manakah kesesuaian ABM yang digunakan dengan tajuk yang diajar, kecerdasan dan tahap umur pelajar. Jangka masa kajian adalah minggu pertama hingga minggu ketiga praktikum. Peserta kajian adalah dua orang guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri. Alat kajian yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian dan soal selidik yang dibina berdasarkan masalah dan tinjauan mengenai Alat Bantu Mengajar (ABM) dan diperolehi serta diubahsuai dari kajian Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). Soal selidik ini akan diedarkan kepada guru pembimbing untuk mendapatkan data kajian supaya dapat menilai sejauh manakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa mereka sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. i
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU
SEMASA MENJALANI PRAKTIKUM DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUJUT
CORNER MIRI SARAWAK.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh manakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa mereka sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga akan melihat sejauh manakah kesesuaian ABM yang digunakan dengan tajuk yang diajar, kecerdasan dan tahap umur pelajar. Jangka masa kajian adalah minggu pertama hingga minggu ketiga praktikum. Peserta kajian adalah dua orang guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri. Alat kajian yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian dan soal selidik yang dibina berdasarkan masalah dan tinjauan mengenai Alat Bantu Mengajar (ABM) dan diperolehi serta diubahsuai dari kajian Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). Soal selidik ini akan diedarkan kepada guru pembimbing untuk mendapatkan data kajian supaya dapat menilai sejauh manakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa mereka sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak.
BAB 1
i
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
MASALAH KAJIAN
1.1 Pengenalan
Pada masa dahulu, guru mengajar tanpa menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM).
Pendidikan yang diberikan adalah secara lisan oleh guru kepada pelajar. Menurut Asiah
Abu Samah (1990), perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah menyebabkan
kaedah menyebar data dan ilmu pengetahuan melalui bilik darjah menjadi tidak lengkap.
Maka, guru pelatih di Malaysia telah diperkenalkan dengan penggunaan Alat Bantu
Mengajar (ABM) untuk membantu mereka mengajar dengan lebih berkesan.
Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu
guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar
memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Moldstat, J. A. (1974), penggunaan media yang sesuai perlu diintegrasikan ke
dalam program pengajaran untuk memberi kesan positif kepada pengajaran tersebut.
Ini penting kerana menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti
Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam
pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar
dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut.
Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
1
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Disamping itu, pelajar yang
pintar dapat belajar dengan sendiri menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu
membantu pelajar yang lemah. Ini akan memudahkan proses pengajaran dan pengajaran
guru di dalam kelas. Dengan menggunakan alat bantuan mengajar, guru dapat
menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik, dan berkesan. Manakala
pelajar pula dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan.
Kajian ini akan menunjukkan sejauh mana penggunaan ABM dalam proses
pengajaran guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa
menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak.
1.2 Latar Belakang
2
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Guru pelatih adalah generasi pelapis kepada warga pendidik untuk mendidik anak
bangsa negara. Mereka merupakan harapan negara untuk melahirkan generasi pelapis
negara yang berkualiti. Alat Bantuan Mengajar (ABM) adalah merupakan alat yang
sangat berguna kepada guru semasa mengajar pelajar. Tetapi terdapat ramai guru di
Malaysia yang tidak menggunakan ABM semasa mengajar. Keadaan ini telah
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas menjadi bosan dan
pelajar sukar memahami apa yang diajar lalu menyebabkan prestasi pelajar merosot.
Guru yang tidak menggunakan ABM semasa mengajar akan menimbulkan
banyak masalah kepada pelajar untuk mempelajari apa yang diajar. Menurut Mohd. Aris
bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman
(2004), A. J. Philips dari University of Taxes pada tahun 1960 telah melakukan kajian
berhubung dengan perkaitan antara ingatan dengan cara sesuatu data itu disampaikan.
Hasil kajiannya ialah:
Aktiviti Ingatan
Apa yang dibaca 10%
Apa yang didengar 20%
Apa yang dilihat 30%
Apa yang didengar dan dilihat 50%
Apa yang disebut 70%
Apa yang disebut dan dilakukan 90%
Hasil kajian ini telah menunjukkan kepentingan guru untuk mengaplikasikan
teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ABM
untuk memastikan pelajar dapat mengikuti apa yang diajar. Keadaan ini berlaku kerana
3
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
penggunaan ABM dapat memberi pelajar menggunakan lebih banyak deria untuk belajar
seperti penggunaan filem dokumentari untuk mengajar sejarah. Dengan memberi pelajar
menonton filem dokumentari, pelajar berpeluang belajar sejarah dengan lebih mudah
dan berkesan tanpa berasa bosan kerana mereka dapat melihat apa yang berlaku dan
tidak perlu mengimaginasi sejarah berdasarkan buku teks.
Oleh kerana guru pelatih merupakan generasi pelapis kepada warga pendidik
yang akan membentuk warganegara Malaysia yang berkualiti maka guru pelatih harus
diajar cara menggunakan ABM semasa praktikum. Keadaan ini penting kerana dengan
menyemaikan tabiat menggunakan ABM semasa menjalani praktikum, sudah tentu guru
pelatih akan menggunakan ABM untuk mengajar selepas mereka tamat pengajian untuk
mengajar pelajar pada masa akan datang.
Banyak kajian telah dijalankan di sekolah dan institut perguruan Malaysia
tentang ABM untuk meningkatkan penggunaan ABM di kalangan guru. Menurut kajian
yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad (2000), penggunaan ABM
seperti bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kajian yang dibuat oleh Mohd. Aris bin Othman,
Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), hanya
menekankan kepada guru pelatih KPLI (M) di Negeri Sembilan sahaja terhadap tahap
penggunaan ABM semasa praktikum. Kajian mereka hanya bertumpu kepada guru
pelatih KPLI (M) sahaja dan mengabaikan guru pelatih yang lain. Maka, kajian ini akan
meneruskan kajian mereka tetapi hanya melibatkan dua orang guru pelatih daripada dua
kursus pengajian yang berbeza tentang penggunaan ABM semasa praktikum.
4
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Persoalannya adalah mengapa masih ada ramai guru terutamanya guru-guru
pelatih tidak peka terhadap penggunaan alat-alat teknologi pendidikan di dalam proses
pendidikan mereka? Apakah sebab mereka tidak menggunakan ABM semasa mengajar
dan ABM jenis apakah yang sering digunakan? Bagaimana cara untuk meningkatkan
penggunaan ABM di kalangan guru? Maka, guru pelatih dipilih untuk dikaji kerana
mereka akan menjadi generasi pelapis pendidik. Hasil kajian ini diharapkan dapat
memberi gambaran kedudukan penggunaan ABM oleh guru-guru pelatih institut
perguruan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sewaktu menjalani praktikum. Ini
diharap data hasil kajian boleh membantu untuk meningkatkan penggunaan ABM bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara.
Kajian ini adalah berbentuk kajian lapangan yang menggunakan temu bual,
pemerhatian dan soal selidik untuk melihat sejauh manakah penggunaan ABM di
kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka sewaktu menjalani praktikum di Sekolah
Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak.
1.3 Pernyataan Masalah Kajian
5
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Walaupun sistem pendidikan sedang berkembang dengan pesat terutamanya dalam
penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), tapi masih ada guru-guru yang tidak
menggunakannya. Kajian lepas yang dijalankan mendapati ada beberapa sebab mengapa
guru tidak menggunakan ABM.
Menurut kajian yang dibuat oleh Shafie bin Mohd. Daud (1990), beban kerja
yang berlebihan mempengaruhi guru dalam menggunakan ABM. Satu faktor yang
menghalang penggunaan ABM adalah kurangnya kemahiran penggunaan di kalangan
guru. Fatimah (1980), dalam laporan kajiannya menyatakan sebilangan besar guru masih
menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kapur dan bercakap dalam proses
pengajaran mereka.
Menyedari masalah penggunaan ABM di kalangan guru, guru-guru pelatih
(Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri telah dipilih untuk melihat sejauh
manakah penggunaan ABM di kalangan mereka semasa praktikum. Kajian ini adalah
untuk melihat sejauh manakah penggunaan ABM di kalangan guru pelatih (Kajian
Sosial) dan faktor yang mempengaruhi mereka .
1.4 Kerangka Konsep
6
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Pembolehubah tidak bersandar adalah:
1. Jantina (guru pelatih lelaki dan perempuan)
2. Jumlah waktu mengajar seminggu (kurang 6 waktu, 6 hingga 10 waktu, 11
hingga 14 waktu, lebih 15 waktu)
Pembolehubah bersandar adalah:
1. Kekerapan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
2. Kemahiran pengendalian ABM
3. Kesesuaian penggunaan ABM
1. Jantina
2. Jumlah waktu mengajar seminggu
Kerangka konsep faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan guru
pelatih
1.5 Objektif Kajian
7
1. Kekerapan menggunakan ABM
2. Kemahiran mengendalikan ABM
3. Kesesuaian penggunaan ABM
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Menentukan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih
(Kajian Sosial) dalam pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum.
2. ABM yang selalu digunakan semasa guru pelatih menjalani praktikum mereka.
3. Kesesuaian ABM yang digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) dalam
pengajaran mereka dari aspek tajuk pelajaran, tahap kecerdasan, dan tahap umur
pelajar.
1.6 Soalan Kajian
Kajian ini akan menjawab persoalan berhubung dengan penggunaan Alat Bantu
Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak
Miri dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka semasa mengikuti praktikum.
Soalan kajian adalah seperti berikut:
1.6.1 Sejauh manakah kekerapan guru pelatih (Kajian Sosial) menggunakan ABM
semasa menjalani praktikum?
1.6.2 Sejauh manakah kemahiran guru pelatih (Kajian Sosial) dalam mengendalikan
alat bantu mengajar (ABM)?
1.6.3 Apakah ABM yang selalu digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) semasa
praktikum?
8
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
1.6.4 Sejauh manakah kesesuaian penggunaan ABM guru pelatih (Kajian Sosial)
dalam aspek tajuk pelajaran, tahap kecerdasan, dan tahap umur pelajar?
1.7 Kepentingan Kajian
Penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) boleh mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran guru di sekolah menjadi lebih menarik dan berkesan. Memandangkan
kajian ini dilakukan ke atas guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak
Miri semasa mereka menjalani praktikum maka diharap akan memperoleh satu
keputusan sejauh manakah guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri
menggunakan ABM kerana kajian tentang penggunaan ABM di kalangan guru pelatih
(Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa praktikum tidak pernah
dijalankan di Malaysia.
Hasil kajian ini akan memberi satu gambaran tentang penggunaan ABM di
kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri untuk dijadikan
rujukan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Perguruan Sarawak Miri untuk
mengemaskini dan meningkatkan penggunaan ABM di kalangan guru pelatih (Kajian
Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri.
Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan juga boleh menggunakan hasil kajian
ini untuk dijadikan panduan untuk mengatur strategi untuk meningkatkan mutu
pengajaran di sekolah dengan menggunakan ABM.
Akhir sekali, kajian ini akan membantu untuk memikirkan cara-cara mengubah
sikap dan keengganan guru pelatih menggunakan ABM.
9
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah di sekitar Sarawak oleh guru-guru pelatih
(Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri. Maka, hasil kajian mungkin hanya
boleh digunakan oleh Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak sahaja dan
bukannya di semua sekolah di Malaysia.
Subjek kajian adalah guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak
Miri yang menjalani praktikum mereka di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri
Sarawak. Maka, hasil kajian ini mungkin hanya boleh digunakan oleh guru-guru pelatih
Institut Perguruan Sarawak Miri sahaja dan bukannya kepada semua guru pelatih di
semua institusi perguruan Malaysia.
Dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran guru pembimbing yang
mengutip data-data semasa menyelia guru pelatih dalam praktikum di sekolah dan
jawapan yang diberikan terhadap soalan kajian yang dijawab. Jika guru pembimbing
memberi data yang tidak tepat atau palsu, kesahan keseluruhan kajian akan dipertikaikan
dan tidak boleh diterima sebagai hasil kajian kerana kebanyakan data kajian dikutip oleh
guru pembimbing selain daripada pemerhatian dan temu bual terus daripada penyelidik.
1.9 Definisi Istilah
10
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
1.9.1 Alat Bantu Mengajar (ABM)
Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu
guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar
memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Zuraidah Abd. Razak (1988), ABM adalah sebaran bahan atau alat yang
digunakan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah seperti Pusat Sumber atau dewan
sekolah untuk membantu, menyokong, dan meneguhkan serta melengkapkan pengajaran
guru.
1.9.2 Guru pelatih
Menurut Sufean Hussin (1993), guru pelatih adalah individu yang sedang
menjalani kursus latihan pendidikan guru sama di maktab perguruan ataupun universiti
untuk menjadi seorang guru yang professional.
1.9.3 Praktikum
Menurut Sufean Hussin (1993), praktikum adalah program latihan untuk menilai
tahap prestasi guru pelatih semasa mereka mengajar di sekolah.
1.9.4 Peserta Kajian
11
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Peserta kajian menurut definisi opersional adalah sama konsepnya dengan
peserta dan populasi kajian. Bezanya istilah peserta kajian digunakan khas untuk kajian
kualitatif.
1.10 Rumusan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah penggunaan Alat
Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan
Sarawak Miri dan apakah jenis ABM yang selalu digunakan semasa mereka menjalani
praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga
akan melihat kesesuaian penggunaan ABM di kalangan guru pelatih dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka dari segi tajuk pelajaran, tahap kecerdasan dan
tahap umur pelajar. Oleh kerana kajian mengenai penggunaan ABM di kalangan guru
pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri belum dijalankan maka adalah
diharapkan kajian ini dapat memberi data yang berguna mengenai penggunaan ABM di
kalangan guru pelatih Institut Perguruan Sarawak Miri yang boleh membantu
meningkatkan aplikasi penggunaan ABM di kalangan mereka.
BAB 2
12
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah penggunaan Alat
Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan
Sarawak Miri dan apakah jenis ABM yang selalu digunakan oleh mereka semasa
menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Selain itu,
kajian ini juga akan melihat kesesuaian penggunaan ABM di kalangan guru-guru pelatih
(Kajian Sosial) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dari segi tajuk
pelajaran, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar. Bab ini mengandungi literatur
berkaitan dan kajian berkaitan tentang penggunaan ABM di kalangan guru.
2.2 Literatur Berkaitan
13
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Menurut Asiah Abu Samah (1990), perkembangan sains dan teknologi yang
pesat telah menyebabkan kaedah menyebar data dan ilmu pengetahuan melalui bilik
darjah menjadi tidak lengkap.
Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu
guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar
memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah
Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar
bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki
kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut.
Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah
Asmah binti Abd. Rahman (2004), pelajar yang pintar dapat belajar dengan sendiri
menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar yang lemah.
Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah
Asmah binti Abd. Rahman (2004), A. J. Philips dari University of Taxes pada tahun
1960 telah melakukan kajian berhubung dengan perkaitan antara ingatan dengan cara
sesuatu data itu disampaikan. Hasil kajiannya ialah:
Aktiviti Ingatan
Apa yang dibaca 10%
14
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Apa yang didengar 20%
Apa yang dilihat 30%
Apa yang didengar dan dilihat 50%
Apa yang disebut 70%
Apa yang disebut dan dilakukan 90%
Hasil kajian ini telah menunjukkan kepentingan guru untuk mengaplikasikan teknologi
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ABM untuk
memastikan pelajar dapat mengikuti apa yang diajar.
Menurut Moldstat, J. A. (1974), penggunaan media yang sesuai perlu
diintegrasikan ke dalam program pengajaran untuk memberi kesan positif kepada
pengajaran tersebut.
Menurut kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad
(2000), penggunaan ABM seperti bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan
pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Menurut kajian yang dibuat oleh Shafie bin Mohd. Daud (1990), beban kerja
yang berlebihan mempengaruhi guru dalam menggunakan ABM.
Menurut Sufean Hussin (1993), guru pelatih adalah individu yang sedang
menjalani kursus latihan pendidikan guru sama di maktab perguruan ataupun universiti
untuk menjadi seorang guru yang professional.
Menurut Sufean Hussin (1993), praktikum adalah program latihan untuk menilai
tahap prestasi guru pelatih semasa mereka mengajar di sekolah.
15
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Fatimah Ali (1980), dalam laporan kajiannya menyatakan sebilangan besar guru
masih menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kapur dan bercakap dalam
proses pengajaran mereka.
Menurut Zuraidah Abd. Razak (1988), ABM adalah sebaran bahan atau alat yang
digunakan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah seperti Pusat Sumber atau dewan
sekolah untuk membantu, menyokong, dan meneguhkan serta melengkapkan pengajaran
guru.
2.3 Kajian Berkaitan
Kajian yang dijalankan oleh Zulkafi bin Tasiron (1999) adalah bertajuk “Penggunaan
Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru di Sekolah Menengah Dato’ Hj. Mohd Nor
Ahmad, Pulau Pinang”. Tujuan kajian adalah untuk menentukan tahap penggunaan
ABM di kalangan guru, menganalisis faktor yang menghalang guru dalam
menggunakan ABM, dan mengenal pasti peranan Pusat Sumber dalam membantu guru
menggunakan ABM. Kajian ini melibatkan 51 orang guru di Sekolah Menengah Dato’
Hj. Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan peratus. Hasil kajian menunjukkan guru-
guru sekolah tersebut menggunakan ABM yang berbentuk bukan elektronik dan kurang
menggunakan ABM yang berbentuk elektronik dan pusat sumber kurang memainkan
peranan sebagai sumber ABM bagi guru di sekolah tersebut.
Kajian yang dijalankan oleh Hj. Mahat bin Ibrahim (1998) adalah bertajuk
“Penggunaan Media dalam Pengajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Sekolah
16
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Rendah Daerah Batu Pahat Johor”. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau
penggunaan media dalam pengajaran Matematik di kalangan guru-guru sekolah rendah
daerah batu Pahat Johor. Data kajian dikumpul dengan menggunakan satu alat kajian
iaitu soal selidik. Seramai 47 orang guru yang mengajar matematik telah dipilih untuk
dijadikan peserta kajian. Kaedah uji dan uji semula telah digunakan untuk menentukan
kebolehpercayaan alat kajian ini. Hasil kajian menunjukkan semua peserta kajian ada
menggunakan media dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan media
elektronik kurang digunakan. Di antara masalah yang guru hadapi semasa menggunakan
media dalam pengajaran adalah mereka tidak mendapat latihan asas yang mencukupi
dan beban tugas juga merupakan satu masalah yang mereka hadapi dalam menggunakan
media.
Kajian yang dijalankan oleh Sumilah Bte Marto (1998), adalah bertajuk “Faktor-
Faktor Kekangan Penggunaan Media Elektronik di Kalangan Guru Pelatih”. Tujuan
kajian ini adalah mengenal pasti faktor-faktor yang mengekang penggunaan media
elektronik dalam pengajaran di kalangan guru-guru pelatih Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim yang sedang menjalani praktikum. Tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang penggunaan media
elektronik di kalangan guru pelatih. Data kajian dikumpul dengan menggunakan dua alat
kajian iaitu soal selidik dan temu bual. Seramai 60 orang guru pelatih Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim dipilih untuk dijadikan sampel kajian menggunakan kaedah
persampelan rawak bersistematik. Hasil kajian menunjukkan kekangan penggunaan
media elektronik adalah sikap dan minat guru pelatih yang tidak menggalakkan,
kekurangan kemudahan fizikal dan infrastruktur, kekurangan koleksi sumber media,
17
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
kurangnya pendedahan dan kemahiran dalam bidang media elektronik, kelemahan
pengurusan pusat sumber sekolah, beban tugas serta kurang bimbingan dan penyeliaan.
Kajian yang dijalankan oleh Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti
Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004) adalah bertajuk “Tahap
Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih KPLI (M) Maktab
Perguruan Raja Melewar, Sewaktu Praktikum”. Tujuan kajian adalah untuk meninjau
sejauh mana guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan 2003
Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM)
sewaktu mereka menjalani praktikum fasa 1 dan 2. Kajian ini melibatkan 70 orang guru
pelatih yang merupakan sebahagian daripada guru pelatih KPLI (M) ambilan Januari
2003 Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Alat kajian yang digunakan adalah
soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil
kajian menunjukkan tahap penggunaan ABM adalah pada tahap kadang kala.
Kajian yang dijalankan oleh Tan Siew Yin (1989) adalah bertajuk “Persepsi
Guru dan Pelajar terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Sains
Paduan”. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji persepsi guru dan pelajar di beberapa
sekolah di Melaka terhadap penggunaan media teknologi pendidikan dalam pengajaran
Sains Paduan. Kajian ini melibatkan 50 orang guru dan 50 orang pelajar. Alat kajian
yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan persepsi guru dan pelajar
terhadap penggunaan media teknologi pendidikan dalam Sains Paduan adalah baik
walaupun kurang mahir.
18
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Kajian yang dijalankan oleh Nur Dzainuddin Mohammad (1989) adalah bertajuk
“Masalah-Masalah yang Menghalang Guru-Guru Terlatih di Sekolah-Sekolah Menengah
daripada Mengunakan Alat Bantu Mengajar”. Tujuan kajian adalah untuk meninjau
masalah yang menghalang guru terlatih di sekolah menengah daripada menggunakan
ABM. Kajian ini melibatkan 60 orang guru terlatih sekolah menengah. Alat kajian yang
digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan masalah yang
menghalang adalah sikap guru dan pentadbiran sekolah yang tidak mahu menerima
pembaharuan dalam pengajaran menghalang mereka daripada mengunakan ABM.
2.4 Rumusan
19
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Kepentingan tinjauan literatur kepada kajian yang akan dijalankan adalah ianya
membantu pengkaji mengetahui subjek kajian dengan lebih mendalam supaya pengkaji
dapat pengetahuan yang mendalam mengenai kajiannya. Tinjauan telah menunjukkan
bahawa perkembangan dunia teknologi telah banyak mengubah cara pengajaran dan
pembelajaran dikalangan guru. Alat Bantu Mengajar (ABM) adalah hasil daripada
ciptaan teknologi untuk membantu guru meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan
pembelajaran agar lebih berkesan. ABM adalah sangat penting kerana dengan
menggunakannya pelajar lebih senang memahami apa yang telah diajar kerana mereka
dapat menggunakan kesemua deria mereka dan dapat melibatkan diri secara aktif. Tetapi
banyak guru masih enggan menggunakan ABM dalam sesi pengajaran mereka dan lebih
suka mengajar dengan kaedah tradisional iaitu cakap dan tulis. Banyak alasan telah
diberikan untuk tidak menggunakan ABM semasa mengajar.
Tinjauan kajian lepas akan menolong pengkaji untuk memhami cara membina
metodologi kajian dengan lebih baik dan berkesan. Tinjauan kajian lepas menunjukkan
banyak kajian telah dijalankan oleh penyelidik untuk mengenal pasti penggunaan ABM
dan masalah yang dihadapi. Sebanyak enam kajian telah dikaji dan didapati kesemuanya
menggunakan 40 hingga 60 orang sebagai sampel kajian. Kajian yang dijalankan oleh
Zulkafi bin Tasiron (1999), Hj. Mahat bin Ibrahim (1998), dan Sumilah Bte Marto
(1998) menunjukkan guru kurang menggunakan ABM berbentuk media elektronik.
Kesemua enam kajian ini menggunakan alat kajian soal selidik dan pada masa yang
sama ada juga menggunakan kaedah temu bual untuk menguatkan kesahan kajian.
Banyak faktor telah dikenalpasti sebagai punca guru tidak menggunakan ABM. Maka
metodologi kajian telah dirangka. Penggunaan alat kajian adalah menggunakan soal
20
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
selidik, pemerhatian dan temu bual. Soal selidik digunakan kerana kesemua kajian di
atas menggunakan soal selidik dan berjaya mendapat hasil kajian yang bernas. Selain
itu, pemerhatian dan temu bual akan digunakan untuk mengukuhkan lagi kesahan kajian.
Sampel kajian adalah sebanyak 2 orang akan digunakan walaupun jumlah sampel kajian
lepas menggunakan 40 hingga 60 orang kerana kajian ini merupakan kajian lapangan
dan bukannya kajian deskriptif yang dilakukan sebelum ini. Keadaan ini berlaku kerana
faktor kekangan masa yang tidak dapat dielakkan semasa menjalakkan kajian, iaitu
selama enam minggu sewaktu praktikum. Kajian lepas jelas menunjukkan kadar
penggunaan ABM dikalangan guru masih tidak memuaskan. Maka pengkaji ingin
mengkaji penggunaan ABM oleh guru-guru pelatih sebelum mereka menjadi guru yang
terlatih dan cuba mengatasi masalah yang dikenalpasti pada peringkat awal.
BAB 3
21
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri dan
apakah jenis ABM yang selalu digunakan semasa mereka menjalani praktikum di
Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga akan melihat
kesesuaian penggunaan ABM di kalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka dari segi tajuk pelajaran, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar.
Bab ini mengandungi reka bentuk kajian, tempat kajian, peserta kajian, alat kajian,
teknik pengumpulan data, dan kaedah analisis data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
22
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Kajian ini akan mengambil bentuk kajian kualitatif iaitu kajian lapangan tentang
penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) di
Institut Perguruan Sarawak Miri semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan
Pujut Corner Miri Sarawak. Pengumpulan data kajian adalah dijalankan melalui temu
bual, pemerhatian dan borang soal selidik yang diisi oleh guru pembimbing yang
menyelia guru pelatih semasa praktikum. Reka bentuk kajian lapangan ini dipilih kerana
kesemua data sampel kajian dapat dikumpul dalam satu masa bagi memudahkan
penyelidik memahami kajian yang ingin dijalankan. Selain itu, kajian lapangan juga
memberi penerangan tentang persoalan kajian serta perkaitan pembolehubah-
pembolehubah yang terdapat dalam kajian. Soal selidik dibahagi kepada dua bahagian
iaitu bahagian latar diri dan bahagian penggunaan ABM. Temu bual dan pemerhatian
akan dilakukan oleh penyelidik sendiri.
Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti kemahiran penggunaan ABM,
kekerapan mengunakan ABM, dan jenis ABM yang digunakan semasa guru pelatih
(Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa mereka menjalani praktikum di
Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Maka, kajian ini menggunakan tiga
pembolehubah bersandar dan dua pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah
bersandar adalah kemahiran menggunakan ABM, kekerapan menggunakan ABM, dan
kesesuaian penggunaan ABM semasa guru pelatih menjalani praktikum di sekolah.
Pembolehubah tidak bersandar adalah jantina dan jumlah waktu mengajar.
3.3 Tempat Kajian
23
Chin Han Wei PISMK-KPM-OUM
Tempat kajian adalah di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak, tempat
penyelidik dan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri menjalani