PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MODE KDC (BT. SEK. RENDAH) AMBILAN NOVEMBER 2009 KOHOT – 2
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)MODE KDC (BT. SEK. RENDAH)AMBILAN NOVEMBER 2009KOHOT – 2
DEFINISI
Langkah keselamatan perlu dititikberatkan
dalam pengendalian bahan biologi seperti
mikroorganisma (bakteria, virus, kulat dan
parasit), serangga dan haiwan kecil.
Pengendalian mikroorganisma
Cara pembuangan
Pensterilan radas dan bahan
Pengendalian serangga dan haiwan kecil
PENGENDALIANBAHANBIOLOGI
Kaedah Penyediaan specimen
1.1 PENGENDALIAN MIKROORGANISMA
MURID HARUSLAH BERHATI-HATI SEMASA MELAKUKAN EKPERIMEN YANG MELIBATKAN MIKROORGANISMA KERANA SETENGAH-TENGAH MIKROORGANISMA BOLEH MEMBAWA PENYAKIT.
LANGKAH-LANGKAH BERIKUT PERLU DIAMBIL:
• Balutkan sebarang luka yang terdapat di badan anda. •Jangan buka penutup ceper petri atau penyumbat tabung uji yang mengandungi bakteria atau mikroorganisma yang sedang membiak di dalamnya. •Jangan simpan ceper petri atau tabung uji yang mengandungi mikroorganisma atau bakteria di dalam peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan makanan. • Semua permukaan kerusi dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum meninggalkan makmal sains. • Jangan makan semasa menjalankan eksperimen dengan bakteria. • Basuh tangan dengan sabun yang banyak selepas eksperimen dengan mikroorganisma/ bakteria.
1.2 PENSTERILAN RADAS DAN BAHAN RADAS EKSPERIMEN (SEPERTI CEPER PETRI DAN TABUNG UJI) DAN BAHAN-BAHAN EKSPERIMEN (SEPERTI AGAR-AGAR ZAT MAKANAN DAN KAPAS) YANG DIGUNAKAN DALAM EKSPERIMEN KULTUR MIKROORGANISMA/BAKTERIA MESTLAH DISTERILKAN TERLEBIH DAHULU.
• Pensterilan boleh dilakukan seperti berikut: • Ceper petri dan tabung uji dibalut dengan kertas aluminium diletakkan
didalam ketuhar pada suhu 160ºC-170ºC selama setengah jam. • Ceper petri dan tabung uji boleh juga disterilkan dengan memanaskan
didalam periuk tekanan selama 20 minit. • Sup berzat makanan dan agar-agar zat makanan boleh diletakkan di
dalam bikar besar dan ditutup dengan kertas aluminium dan disterilkan di dalam periuk tekanan selama 20 minit.
1.3 CARA PEMBUANGAN MIKROORGANISMA / BAKTERIA YANG TERDAPAT DI DALAM KULTUR DI DALAM CEPER PETRI ATAU TABUNG UJI BOLEH MENJANGKITI MANUSIA. OLEH ITU, CEPER PETRI DAN TABUNG UJI MESTILAH DIRENDAM DALAM DISINFEKTEN SELEPAS DIGUNAKAN. CEPER PETRI DAN TABUNG UJI BOLEH DIRENDAMKAN DI DALAM: A. ALKOHOL 30%.
B. FORMALIN 2%. C. DETERGEN YANG DIGUNAKAN DIRUMAH SEPERTI ‟CHLOROX‟ 2%. LISOL JUGA BOLEH DIGUNAKAN, TETAPI IA MENINGGALKAN KESAN BERMINYAL.
Basuh tangan dengan sabun dan air yang banyak selepas memegang tabung uji dan ceper petri yang mengandungi bakteria.
Persediaan agar-agar zat makanan a. Agar-agar zat makanan boleh disediakan dengan melarutkan bahan- bahan berikut: Marmite 3.0g Pepton 10.0g Natrium klorida 5.0g Agar-agar 15g Air 1000cm³ b. Agar-agar zat makanan juga boleh disediakan dengan mendidihkan jumlah agar-agar
yang sesuai ke dalam sup berzat makanan. Agar-agar zat makanan boleh juga disediakan dengan menggunakan pil-pil nutrient/makanan yang dijual oleh pembekal saintifik.
1.4 Pengendalian serangga dan haiwan kecil Semasa menggendalikan serangga dan haiwan kecil, langkah keselamatan berikut perlu diambil: Serangga atau haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang selamat seperti sangkar atau akuarium. Pakai sarung tangan dan tutup mulut dengan ”mask” semasa menggendalikan haiwan kajian yang mungkin membawa patogen. Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah dirawat dengan bahan antiseptik dan rawatan lanjut dengan pegawai perubatan hendaklah diambil. Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang selamat seperti ditanam atau dibakar sehingga hangus.
1.5 Kaedah Penyediaan specimen Pengawetan specimen dilakukan untuk memastikan specimen berada dalam keadaan baik dalam jangka masa panjang. Dua kaedah pengawetan digunakan: A. Pengawetan Basah Contoh specimen : Tikus, katak, ular, udang, cacing, ulat, gonggok
lipan, ikan, siput, sotong, arnab, jantung, ginjal. Radas : Balang gas/botol kaca bertutup, rod kaca,
benang, kapas. Bahan kimia : Larutan formalin 4%.
CARA-CARA PENGAWETAN BASAH i. Specimen yang hendak diawet disediakan.
ii. Specimen yang masih hidup di masukkan kedalam bekas kaca untuk
dibius dengan kloroform.
iii. Specimen seperti tikus, katak, ular, udang, cacing, ulat gonggok,lipan,
ikan, siput, sotong, arnab dan organ dimasukkan kedalam botol
kaca/balang gas yang mengandungi larutan formalin 4%. Pastikan
specimen-specimen tersebut terendam sepenuhnya dalam larutan
formalin. iv. Bagi specimen yang hendak dipamerkan organ dalamannya, perlulah
dibedah terlebih dahulu dan kemudian specimen dimasukkan ke
dalam larutan formalin 4%.
B. Pengawetan Kering
Contoh : Semua jenis serangga. Radas : Bingkai kaca bertutup/kotak lutsinar, alas
polistirena, jarum peniti, pita selofan, plastik,
ketuhar, kapas, forcep Bahan : Kloroform.
CARA-CARA PENGAWETAN KERING Sediakan specimen yang hendak diawet.
Specimen yang masih hidup dimasukkan ke dalam bekas kaca untuk dibius dengan kloroform.
Tebuk permukaan polisterena mengikut saiz badan serangga.
Cucuk specimen dengan menggunakan jarum peniti pada bahagian toraks
dan kembangkan sayapnya. Pinkan sayapnya pada polisterena.
Specimen-specimen dipanaskan dalam ketuhar pada suhu 40-50ºC
selama 30 minit.
Sediakan kekunci maklumat specimen.
Pengawetan kering tumbuhan / herbarium
Contoh spesimen : Tumbuhan kecil/ bahagian tumbuhan seperti
daun, akar, bunga.
Radas : Ketuhar, surat khabar, kad manila/kad
lukisan, jarum, benang, gunting.
Bahan : Larutan anti-kulat.
*Sediakan specimen yang hendak diawet. *Bersihkan akar tumbuhan dengan air. *Gantungkan tumbuhan secara terbalik untuk menyejatkan air. *Celupkan tumbuhan dalam larutan anti-kulat dan gantungkan tumbuhan untuk mengeringkannya. *Jahit pada bahagian batang, akar, urat tengah daun dan ranting untuk melekatkan tumbuhan pada kertas tersebut. * Lapiskan specimen dengan surat khabar yang tebal. *Ikat lapisan surat khabar tadi dengan kuat dan keringkan dalam ketuhar pada suhu 50ºC selama 60 minit. *Spesimen yang telah dikeringkan, disediakan kekunci maklumat dan dibingkaikan.
PENGENDALIAN MODEL-MODEL BIOLOGI
Rajah 1: Model Biologi
Model Biologi dibuat daripada plastik dan getah perlu disimpan didalam almari berkaca supaya tidak berhabuk setelah digunakan.
Ia mesti berada dalam keadaan bersuhu bilik.
Bahagian-bahagian model mesti dipasang balik jika ditanggalkan semasa pengajaran dan pembelajaran
Rujukan SEAMEO Regional Center for Education in Science and Mathematics
(RECSAM) (1978). Laboratory Management and Techniques for schools and Colleges. Anthonian Store Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
Buku Panduan Khidmat Sokongan PPSMI. Time Systems Integrators Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
SainsTingkatan 1. Kursus Sains Fajar Bakti. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam.