Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Pengenalan Program Science@Alor Setar merupakan Program Ijazah Sarjana Muda Sains yang ditawarkan secara pesisir oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM). Program ini disasarkan kepada calon yang mempunyai kelayakan lepasan STPM, matrikulasi dan diploma atau setara serta memenuhi syarat‐syarat kemasukan ke Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) USM. Science@Alor Setar diwujudkan oleh USM untuk memenuhi beberapa objektif seperti berikut: Membolehkan pelajar‐pelajar yang sebelum ini tidak mendapat peluang meneruskan pengajian tinggi mereka oleh sebab‐sebab tertentu, mengikuti pengajian tinggi yang memungkinkan mereka memperolehi ijazah. Membawa usaha pengajian tinggi ke kawasan‐kawasan yang kurang maju daripada segi ekonomi dan ke kawasan pedalaman. Menghasilkan guna tenaga profesional yang mencukupi bagi memenuhi wawasan negara. Meningkatkan penyediaan sumber tenaga manusia yang bersifat profesional, dedikasi dan inovatif bagi memenuhi wawasan negara. Penawaran Program Program Sains yang ditawarkan menerusi program Science@Alor Setar ialah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi pada Sidang Akademik 2017/2018. Lokasi Program Buat masa sekarang, program ini dijalankan di Kampus Induk USM Pulau Pinang. Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Program Science@Alor Setar akan menjadi nukleus untuk penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang sains secara pembelajaran teradun (blended learning) iaitu gabungan kelas bertatap‐muka, sidang video, sidang web dan e‐pembelajaran. Pelajar perlu mengikuti kurikulum yang sedia ada dan memerlukan 122 unit untuk pengijazahan. Program ini merupakan program teradun menggabungkan mod pengajian secara penuh masa dan jarak jauh yang berbeza daripada program RPJJ sedia ada. Pelajar Program Science@Alor Setar perlu menghadiri kelas pada hari biasa dan juga mengikuti Sidang Video & Webex PJJ pada setiap hari Sabtu. Kelas dijalankan di dewan kuliah USM. Sistem pengajian program ini adalah berdasarkan sidang akademik. Objektif Sistem pengajian berasaskan sidang akademik yang bermula pada awal September dan berakhir pada pertengahan Ogos tahun berikut. Pelajar perlu melengkapkan komponen kursus sebagaimana berikut: Sarjana Muda Sains Teras / Major Elektif Minor Universiti JUMLAH 71 12 20 19 122 1 2 Struktur Pengajian