PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN NORHIDAYAH BT NORDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE
BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN
NORHIDAYAH BT NORDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN
MOODLE BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NORHIDAYAH BT NORDIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
122 LRG 1 KG SAWAH RING
84700 GERSIK LEDANG
JOHOR DARUL TAKZIM
Tarikh: 6 APRIL 2009 Tarikh: 6 APRIL 2009
TIDAK TERHAD
SULIT
TERHAD
Disahkan oleh √
PM DR.HJ.SHAHAROM NOORDIN
Nama Penyelia
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
ii
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik.”
Tandatangan : __________________________________
Nama Penyelia : PM Dr.HJ.SHAHAROM BIN NOORDIN
Tarikh : __________________________________
iii
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE
BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN
NORHIDAYAH BT NORDIN
Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
iv
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : __________________________
Nama Pembangun : NORHIDAYAH BT NORDIN
Tarikh : __________________________
v
DEDIKASI
Sekalung budi buat bonda (Ramlah Bt Hussin) dan keluarga
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi
dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam
persekolahan hingga sekarang. Sudi berkongsi susah senang walau apa
jua terjadi.
Buat rakan seperjuangan Dila, Zila, Faizah, kak Wahida, Yan dan
warga 4 SPF. Semoga ukhwah yang terbina dapat dijalinkan bukan hanya
sekadar di sini, tetapi terus berkekalan buat selama-lamanya. Ucapan
terima kasih kepada atas doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan
sepanjang perkenalan ini di Universiti Teknologi Malaysia. Kalianlah
yang membakar semangat perjuagan ini…..
Terima kasih semoga kalian diberkati Allah S.W.T….
vi
PENGHARGAAN
Segala puji hanya bagi Allah kerana dengan limpah kurnia, taufik dan
hidayahNya, penulisan ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W yang menyampaikan risalah dakwahnya sehingga dapat
menegeluarkan umat ini daripada kegelapan dengan izin Allah S.W.T. Selawat dan
salam juga ke atas keluarga Nabi, para sahabat serta mereka yang mengikut sunah
Nabi sehingga ke hari kiamat.
Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya
Dr. Haji Shaharom Bin Noordin selaku pembimbing Projek Sarjana Muda (PSM)
yang sudi memberi tunjuk ajar, ilmu pengetahuan, bimbingan serta dorongan yang
berterusan sehingga PSM ini mampu disiapkan dengan sempurna hendaknya.
Akhir sekali, terima kasih dirakamkan khas untuk bonda dan sekeluarga,
segala kasih sayang, pengorbanan dan dorongan kalian amat berharga. Mudah-
mudahan usaha diberkati dan dinaungi oleh pencipta hendaknya.
vii
ABSTRAK
Bahan pembelajaran yang bermutu amat diperlukan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Oleh
itu pembangunan bahan berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang terarah kendiri. Justeru, satu
pembangunan bahan e-pembelajaran fizik bertajuk Daya dan Tekanan dibangunkan
sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini yang memerlukan lebih banyak bahan
pengajaran berbentuk elektronik. Untuk mencari suatu perisian yang sesuai
pembangun telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE.
Sistem ini dianggap sesuai dengan menggunakan pendekatan Model Pembelajaran
Konstruktif Needham Lima Fasa. Model pembangunan bahan e-pembelajaran fizik
yang bertajuk Daya dan Tekanan ini, berasaskan model ADDIE. Hasil daripada
penilaian yang telah dijalankan keseluruhan bahan e-pembelajaran fizik bertajuk Daya
dan Tekanan adalah sesuai digunakan dan memenuhi Sukatan Pelajaran Fizik KBSM
Tingkatan Empat.
viii
ABSTRACT
Good quality teaching and learning materials are very much needed to
overcome the problems of associated with teaching and learning. Hence, there is a
need to study the development of web material as an effective means for delivering
knowledge in the process of teaching and learning because this medium can support
self-directed learning. For the purpose of this project, physics e-learning materials
entitled force and pressure was developed. In the search for using an electronic
medium as effective mode to implement e-learning, this project has employed a
course management system called of MOODLE. These of physics e-learning materials
were design based on ADDIE model for development and Five Phase Needham
Constructive as model of learning. From the evaluation, the overall acceptance of the
physics e-learning materials entitled Force and Pressure was found to be suitable for
teaching and learning, Form Four Physics as if fulfils the Form Four KBSM Physics
Curriculum Specifications
ix
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI SIMBOL xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.1.1 Gambar Rajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar 5
1.1.2 Kekurangan Kaedah Penerokaan Dan Konstruktif 7
1.1.2.1 Penerokaan 8
1.1.2.2 konstruktif 9
1.1.3 Rujukan dan Pengukuhan Maklumat Sumber
Yang Disampaikan Adalah Terbatas 11
1.2 Pernyataan Masalah 12
x
1.3 Objektif Kajian 12
1.4 Kerangka konsep Projek 13
1.5 Kepentingan Kajian 15
1.6 Skop Projek 16
1.7 Batasan Projek 17
1.8 Takrifan Istilah 17
1.9 Rumusan 20
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 22
2.0 Pendahuluan 22
2.1 e-Pembelajaran 23
2.2 Ciri-Ciri e-Pembelajaran 25
2.2.1 Keluasan Pengguna 25
2.2.2 Kos Efektif 26
2.2.3 Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar 26
2.2.4 Penyebaran Serentak 27
2.3 Perisian Sumber Terbuka (OSS) 28
2.4 Sistem Pengurusan MOODLE 29
2.4.1 Ciri-Ciri dan Kelebihan MOODLE 30
2.5 Model-Model Pembangunan Perisian 31
2.5.1 Model ASSURE 31
2.5.2 Model ADDIE 36
2.5.3 Model Rapid Prototyping 39
2.5.4 Model Dick dan Carey 41
2.6 Aplikasi Model Pembelajaran Konstruktif Needham Dalam
e-Pembelajaran Fizik Tingkatan Empat Bertajuk Daya dan
Tekanan 44
2.7 Analisis Kesilapan dan Kesukaran Fizik 47
2.8 Kajian-kajian yang Berkaitan Dengan Pembinaan Bahan
e-Pembelajaran Dalam Bidang Fizik 49
xi
2.8.1 Kajian-Kajian tentang Pembinaan dan Penilaian
Bahan Pengajaran e-Pembelajaran Dalam Bidang
Fizik dalam Negara 49
2.8.2 Kajian-Kajian tentang Pembinaan dan Penilaian
Bahan Pengajaran E-pembelajaran dalam Bidang
Fizik Luar Negara 51
2.9 Rumusan 52
BAB 3 PENGKAEDAHAN 54
3.0 Pendahuluan 54
3.1 Model Pembinaan Perisian 55
3.1.1 Analisis (Analysis) 55
3.1.2 Reka Bentuk (Design) 56
3.1.3 Pembangunan (Development) 56
3.1.4 Pelaksanaann (Implementation) 57
3.1.5 Penilaian (Evaluation) 57
3.1.5.1 Skala Penilaian Bahan Pembelajaran 58
3.2 Perkakasan atau Alatan 62
3.3 Reka Bentuk Projek 63
3.3.1 Bahagian Isi kandungan 63
3.3.2 Bahagian Interaksi 64
3.3.3 Bahagian Antara Muka 67
3.4 Tatacara Pembinaan Bahan Pengajaran Di Dalam
e-Pembelajaran Fizik Tingkatan empat Bertajuk Daya dan
Tekanan 67
3.5 Rumusan 70
BAB 4 PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN FIZIK
BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN 71
xii
4.0 Pendahuluan 71
4.1 Pendaftaran Pengguna 72
4.2 Hasil Pembangunan Bahan Pembelajaran 73
4.2.1 Menu Utama Web Portal 73
4.2.2 Isi Kandungan Pembelajaran Daya dan Tekanan 74
4.2.3 Menu Utama Power Point 75
4.2.4 Lesson Core 76
4.2.4.1 Fasa Introduction 77
4.2.4.2 Fasa Basic Intelligence 78
4.2.4.3 Fasa Guided Intelligence 79
4.2.4.4 Fasa Altered Intelligence 81
4.2.4.5 Fasa Question 82
4.2.5 Learning Map 83
4.3 Modul yang Telah Disediakan Oleh Web Portal 84
4.3.1 Forum 85
4.3.2 Chat 86
4.3.3 Kuiz 87
4.3.4 Glosari 88
4.3.5 Tugasan 89
4.4 Kemudahan Lain 90
4.4.1 Motivasi 91
4.4.2 Buletin Fizik 92
4.5 Penilaian Pembangunan Bahan e-Pembelajaran 93
4.6 Rumusan 96
xiii
BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 97
5.0 Pendahuluan 97
5.1 Kesimpulan 98
5.2 Perbincangan Pembangunan Bahan e-Pembelajaran 100
5.2.1 Kelebihan Bahan e-Pembelajaran Daya
Dan Tekanan 101
5.2.1.1 Isi Kandungan Berlandaskan KBSM 101
5.2.1.2 Bahan Interaktif 103
5.2.1.3 Reka Bentuk Bahan e-Pembelajaran Daya
dan Tekanan 103
5.2.2 Masalah-Masalah yang Dihadapi Semasa
Penghasilan Pembangunan Bahan
e-Pembelajaran 104
5.2.2.1 Kepakaran Yang Terhad 104
5.2.2.2 Capaian Internet 105
5.2.2.3 Kekangan Idea 105
5.2.2.4 Bahan-Bahan Pembelajaran
dan Pengajajaran 106
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 106
5.4 Rumusan 108
RUJUKAN 109
LAMPIRAN 114
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Tafsiran Indeks 7
3.1 Skala Likert 58
3.2 Pemeringkatan Kesesuaian Bagi Setiap Aspek
Pembangunan Bahan e-Pembelajaran Fizik
Bertajuk Daya dan Tekanan 61
3.3 Pemeringkatan Kesesuaian Bagi Keseluruhan
Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Fizik
Bertajuk Daya dan Tekanan 61
3.4 Perkakasan atau Alatan 62
3.5 Penstrukturan Fasa Pembelajaran
Bagi Tajuk Tekanan Berasaskan Model
Konstruktif Needham Lima Fasa 64
4.1 Hasil Penilaian Mengikut Tiga Aspek 94
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Konsep Kajian 13
2.1 Lima Fasa Model ADDIE 36
2.2 Model Rapid Prototyping 40
2.3 Model Reka Bentuk Pengajaran Dick
dan Carey 43
2.4 Carta Alir Model Konstruktif
Needham 45
3.1 Carta Alir Interaksi dalam e-Pembelajaran 65
Fizik Tingkatan Empat Bertajuk Daya dan
Tekanan
3.2 Carta Alir Situasi dalam Lesson Core 66
3.3 Rangka Kerja Pembinaan E-pembelajaran
Fizik Bertajuk Daya dan Tekanan 68
3.4 Rangka Kerja Kajian Pembangunan
e-Pembelajaran Fizik Tingkatan Empat
Bertajuk Daya dan Tekanan
(ubahsuai Shaharom, 1994) 69
4.1 Paparan Login 72
4.2 Paparan Menu Utama Web Portal 74
4.3 Paparan Sub Topik dalam Web Portal 75
4.4 Paparan Menu Utama Power Point 76
4.5 Paparan Fasa Introduction 78
4.6 Paparan Fasa Basic Intelligence 79
4.7 Paparan Fasa Guided Intelligence 80
4.8 Paparan Fasa Altered Intelligence 81
4.9 Paparan Fasa Question 82
xvi
4.10 Paparan Learning Map 83
4.11 Ruangan Forum 86
4.12 Paparan Ruangan Chat 87
4.13 Paparan Kuiz 88
4.14 Paparan Glosari 89
4.15 Paparan Ruangan Tugasan 90
4.16 Paparan Ruangan Motivasi 91
4.17 Isi Kandungan Ruangan Motivasi 91
4.18 Paparan Ruangan Bulliten Fizik 92
4.19 Isi kandungan Di Dalam Ruangan
Bulliten Fizik 92
xvii
SENARAI SINGKAT
et al - And Others
CD - Compact Disc/cakera Padat
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MOODLE - “Modular Object Oriented Dynamic Learning
Environment”
OSS - “Open Source Software”
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
S - Sesuai
SM - Sisihan Min
SPM - Sijil Penilaian Malaysia
VR - Video Reality
xviii
SENARAI SIMBOL
___X - Min
∑ - Jumlah
n - Bilangan Ke-n
ix - Markat Subjek
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kesesuaian 115
Bahan E-Pembelajaran
Fizik Bertajuk Daya
Dan Tekanan
B Soal Selidik Terhadap Tahap 120
Kesukaran Mata Pelajaran
Fizik Tingkatan Empat
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju,
Malaysia meletak Wawasan 2020 sebagai satu misi atau pemangkin untuk mencapai
status tersebut. Menerusi cabaran keenam bagi Wawasan 2020 ialah untuk melahirkan
masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang
mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta
menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi pada masa hadapan. Menerusi
cabaran ini perkembangan dalam bidang sains dan teknologi di Malaysia berkembang
dengan pesat sekali. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai kemudahan dan
infrastruktur yang canggih dan berteknologi tinggi dengan menggunakan kepakaran
warga tempatan. Bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang saintifik ini, kita tidak
seharusnya ketinggalan dengan hanya menggunakan teknologi yang dihasilkan sahaja,
tetapi kita perlu menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi. Dengan kata
yang lain, di samping mengguna teknologi, kita perlu menghasilkannya. Bagi mencapai
hasrat ini, bidang sains dan teknologi perlu diberi perhatian khusus dalam sistem
2
pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, ini telah menimbulkan cabaran kepada
bidang pendidikan negara kita untuk melahirkan masyarakat saintifik.
Sehubungan dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah diubah
sejajar dengan era perkembangan teknologi maklumat.
Menurut Rozinah (2000:4),
“Kita mestilah melihat kepada fenomena dalam sistem pendidikan baru yang
merangkumi bagaimana fenomena itu distrukturkan, apa yang sepatutnya diajar, dan
bagaimana bahan patut diajar”.
Oleh itu beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PBK) telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi
maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.
Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam
mengubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap
maklumat dan sebagainya. Selain itu juga pelajar berpeluang untuk menentukan teknik
belajar yang bersesuaian dengan mereka dan membentuk pengetahuan berdasarkan
keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
berkesan.
3
Rentetan itu, pemilihan bahan pengajaran yang berasaskan elektronik telah
mendapat perhatian dan mempunyai pengaruh besar dalam menjayakan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) pada masa kini. Ini kerana pemilihan sesuatu
bahan pengajaran elektronik perlu mengambil kira potensi bahan tersebut untuk
disepadukan ke dalam proses pembelajaran di samping dapat membantu mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan. Empat perkara utama yang harus diberi perhatian
oleh para guru semasa memilih sesuatu bahan pengajaran ialah pertimbangan dari segi
praktikal, pelajar, isi kandungan dan guru itu sendiri (Klasek,1972).
E-Pembelajaran merupakan salah satu bahan P&P berbentuk elektronik yang
diperkenalkan, bersesuaian dan berkesan dalam menekankan penglibatan pelajar dalam
proses P&P bagi mengembangkan potensi individu pelajar. Ini dapat diperkukuhkan lagi
oleh (Rohidayah, 2004) mengenai bahan P&P yang bermutu merujuk kepada bahan-
bahan yang dibina berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam
proses P&P ke arah menggalakkan proses pemikiran pelajar semasa P&P dijalankan.
Persoalannya sekarang, adakah bahan-bahan P&P tersebut sesuai untuk
digunakan dan menepati kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas? Adakah ia mempunyai
ciri-ciri yang menepati Matlamat Kurikulum Sains iaitu kearah perkembangan ketiga-tiga
domain kognitif, psikomotor dan afektif, secara menyeluruh dan bersepadu semasa proses
P&P?
Justeru, bagi menjawab persoalan-persoalan dan menangani masalah ini, maka
bahan pengajaran berasaskan e-Pembelajaran Fizik ini merupakan satu kaedah atau
4
pendekatan yang sesuai untuk pelajar dan guru bagi melahirkan individu yang celik
teknologi dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Oleh itu, pembangun berpendapat
satu kajian harus dijalankan bertujuan untuk membangunkan bahan pengajaran e-
Pembelajaran berasaskan MOODLE Fizik tingkatan empat bertajuk Daya dan Tekanan.
1.1 Latar Belakang Masalah
Sasaran untuk melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang Fizik dan teknologi
telah diketahui umum. Oleh yang demikian, pemilihan bahan pengajaran seseorang guru
dan gaya pembelajaran pelajar adalah salah satu faktor yang menentukan kecemerlangan
pencapaian pelajar. Dalam mata pelajaran Sains khususnya, bahan pengajaran yang lebih
kreatif, menarik dan bersifat inkuiri dapat membantu pelajar meningkatkan
pencapaiannya. Oleh hal yang demikin, ianya menjadi tanggungjawab pendidik untuk
mencari pemilihan bahan pengajaran yang sesuai untuk mengajar secara berkesan. Bahan
pengajaran berdasarkan pendekatan secara tradisional seperti media bercetak sudah
tidak sesuai digunakan dan ianya menekan pelajar serta sudah dianggap ketinggalan
zaman. Pelajar mudah berasa bosan dan malas untuk mengikuti kelas yang dijalankan
kerana bahan pengajaran guru dalam bentuk bercetak adalah statik (Esah, 2003).
Tambahan pula sistem pembelajaran masa kini lebih berorientasikan kepada ‘exam
oriented’ dan ‘content oriented’ menjadikan pelajar semakin memfokuskan matlamat
belajar kepada peperiksaan semata-mata dan mengabaikan matlamat pembelajaran yang
sebenar.
5
Bahan pengajaran yang bergantung kepada media bercetak seperti buku teks dan
rujukan akan mengakibatkan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku
teks itu sahaja. Pelajar tidak mempunyai pengetahuan tambahan selain pengetahuan yang
ada di dalam buku teks sahaja. Ini menyebabkan komunikasi sehala banyak berlaku di
mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat dari buku teks
manakala pelajar pula, hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang
terkandung di dalam buku teks. Pembelajaran sebegini sememangnya boleh
mengurangkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Fizik dan seterusnya
mengkategorikan Fizik sebagai satu mata pelajaran yang sukar difahami.
Masalah dan kelemahan yang timbul dalam mempelajari subjek Fizik melalui
media bercetak. Antaranya ialah:
1.1.1 Gambar Rajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Gambar rajah adalah sesuatu yang mempunyai peranan penting dalam
menyampaikan sesuatu maklumat. Ini kerana penggunaan gambar rajah biasanya dapat
menjelaskan sesuatu konsep dengan lebih konkrit kerana kadang kala penggunaan teks di
dalam media bercetak sahaja masih tidak mencukupi untuk menerangkan sesuatu konsep
(Soo,2000). Justeru, seharusnya gambar rajah yang statik di dalam bahan pengajaran
yang bercetak tidak mampu merangsang pemikiran pelajar semasa proses P&P.
Kebanyakan gambar rajah yang terkandung di dalam buku teks dan rujukan
merupakan bahan pengajaran yang kadangkala membuatkan pelajar cepat merasa bosan.
Sebagai contoh, melalui buku teks pelajar tidak dapat melihat pergerakan zarah-zarah
pepejal, cecair dan gas apabila dikenakan tekanan terhadap sesuatu.
6
Ini dapat disokong oleh Muhammad Sam,(2001) yang telah melakukan penilaian
kuantitatif terhadap buku rujukan Fizik iaitu Bantuan Studi Lengkap Tingkatan Empat
dan lima karangan Tho Lai Hoong (2000). Beliau mendapati indeks penglibatan pelajar
untuk gambar rajah, Ig ialah 0.08. Manakala Ig yang dianalisis oleh Chan (2000) untuk
buku Petua Kejayaan SPM Fizik Tingkatan 4&5 yang dikarang oleh Loo Wan Yong
(1993) ialah 0.13. Abu Ani (2001), yang menganalisis buku Bantuan Studi Lengkap
Formula Bestari SPM Fizik (2000) karangan Tho Lai Hong pula mendapati Ig ialah 0.20.
Hasil analisis kuantitatif terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Sukses Lengkap Terkini
SPM Fizik Tingkatan 4&5 karangan Yap Huey Cheen (1997) oleh Wong (2000) pula
mendapati Ig ialah 0.25.
Merujuk kepada analisis-analisis di atas, indeks penglibatan pelajar untuk gambar
rajah diketagorikan <0.4. Nilai-nilai ini menunjukkan bahawa terlalu banyak gambar
rajah yang kurang membina pengetahuan iaitu lebih kepada penerangan sesuatu konsep
sahaja tanpa mengira penglibatan para pelajar unutuk melakukan sesuatu aktiviti atau pun
menggunakan data. Jadual 1.1 menunjukkan tafsiran indeks bagi penglibatan pelajar
terhadap faktor-faktor gambar rajah yang kurang penglibatan pelajar.
7
Jadual 1.1 : Tafsiran Indeks
Nilai Indeks Tafsiran Indeks
0 Tiada penglibatan pelajar
<0.4 Autoritarian dan kurang mencabar (hafalan dan tafsiran)
1.0 Buku yang seimbang (ideal) di antara kenyataan-kenyataan yang
tiada penglibatan pelajar dengan kenyataan-kenyataan yang
memerlukan pemikiran pelajar
>1.5 Tanpa isi kandungan. Hanya soalan. Kurang maklumat/data
Infiniti Kenyataan dan setiap gambar rajah memerlukan pelajar membuat
analisis. Tanpa isi kandungan
Sumber : Ubah suai Romey (1968)
Ini menunjukkan gambar rajah yang terdapat dalam kebanyakan bahan P&P
hanya menekankan kepada memberi maklumat sahaja tidak kepada merangsang
pemikiran pelajar dalam proses P&P.
1.1.2 Kekurangan Kaedah Penerokaan Dan Konstruktif
Di dalam sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung kepada
usaha guru dan juga pelajar. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan
ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Oleh itu guru
seharusnya menyediakan bahan pengajaran yang menarik dan berbentuk ‘hands on’
untuk menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan lebih
seronok. Melalui bahan pengajaran bercetak ianya tidak banyak mendidik pelajar
memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar tidak membuat
perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif mereka
8
sendiri yang hanya berdasarkan bahan pembelajaran bercetak yang telah disediakan
sahaja. Dengan kaedah ini, para pelajar tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran
mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, bahan
pengajaran bercetak tidak menyediakan kebolehan interaktiviti bersama rakan-rakan,
guru-guru dan kakitangan sekolah. Ini tidak membolehkan seseorang pelajar belajar
secara kendiri dan sentiasa memerlukan kehadiran guru sepanjang masa.
1.1.2.1 Penerokaan
Penerokaan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
fenomena yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran secara penerokaan berlaku apabila
konsep dan prinsip Fizik disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. Sains sebagai
penerokaan mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti
pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen.
Dalam bahan pengajaran yang bercetak, pembelajaran secara penerokaan hanya
sedikit sahaja diterapkan kerana kekurangan masa di dalam bilik darjah. Ini menyebabkan
pelajar tidak mampu berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah. Pendekatan
penerokaan ini menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Apabila masa yang
suntuk di dalam kelas, pengalaman pelajar hanya sedikit dan pengetahuan mereka juga
sedikit. Oleh itu, guru tidak banyak melibatkan murid mereka dalam penerokaan dengan
tidak banyak memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan kerana pengajaran
guru-guru hanya berlandaskan buku teks atau media bercetak yang lain sahaja. Ini kerana
jumlah pelajar yang ramai bagi sesebuah kelas, di mana guru agak sukar untuk mengajar
mengikut keperluan pelajarnya serta memenuhi tahap keupayaan. Bahan pengajaran
9
berbentuk media bercetak ini tidak sesuai dalam mata pelajaran Fizik di mana ianya
memerlukan pendekatan penerokaan dan bukannya menghafal konsep, hukum-hukum,
prinsip dan teori Fizik tanpa memahaminya atau mengaitkan dengan pengetahuan lepas
serta melihat aplikasinya.
1.1.2.2 Konstruktif
Pendekatan konstruktif boleh dihasilkan melalui aktiviti yang disediakan di dalam
sesuatu bahan pengajaran. Aktiviti yang disediakan perlu melibatkan pelajar sepenuhnya
untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pembelajaran yang berkesan
berlaku melalui tindakan, bukannya dengan cara menyerap segala maklumat secara pasif
(Roshidayah,2004). Persoalannya, adakah bahan-bahan P&P yang bercetak mengandungi
aktiviti yang melibatkan pelajar?
Berdasarkan kepada analisis Tan (2000) terhadap buku teks rujukan Impresif
SPM KBSM Fizik Tingkatan 4&5 karangan Yap Eng Keat (1994) mendapati indeks
penglibatan pelajar untuk aktiviti, Ig ialah 0.15. Muhammad Sam (2001) pula mendapati
Ig ialah 0.35 daripada analisis terhadap buku rujukan Fizik iaitu Bantuan Studi Lengkap
Fizik Tingkatan 4&5 karangan Thoi Lai Hoong (2000).
Manakala Soo (2000), telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap buku
rujukan bertajuk Bantuan Studi Lengkap SPM Ceria Fizik (1999), yang dikarang oleh
Tho Lai Hoong mendapati Ig ialah 0.5. Siti Norzihan (2001), mendapati Ig bagi buku
rujukan bertajuk Aset Peperiksaan Fizik karangan Loo Wan Yong (1999) ialah 0.19.
10
Merujuk kepada keseluruhan analisis di atas, kebanyakan indeks yang didapati
boleh diketagorikan <0.4. Ini menunjukkan aktiviti yang disediakan oleh buku tersebut
kurang memenuhi kriteria konstruktif dan tidak memupuk semangat inkuiri. Hanya
laporan Abu Ani (2001) yang menganalisis buku Bantuan Studi Lengkap Formula Bestari
SPM Fizik (2000) karangan Tho Lai Hong sahaja mendapati Ig ialah 1.0 iaitu seimbang
di antara isi kandungan dengan penglibatan pelajar.
Ini dapat disimpulkan bahan pengajaran bercetak ini, tidak banyak diterapkan
dalam pendekatan konstruktif. Sebagai contoh melalui buku teks pelajar kurang aktif
khususnya di dalam bentuk pembangunan pengetahuan mereka sendiri semasa
menyelesaikan tugas tertentu yang disediakan oleh bahan pengajaran di dalam buku teks.
Ini kerana bahan pengajaran bercetak seperti buku teks dan rujukan kurang mengandungi
pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasakan kes dan pembelajaran
berasaskan projek yang merupakan strategi pembelajaran yang sering digunakan untuk
menarik minat pelajar. Oleh itu pelajar lebih gemar menggunakan konsep hafalan
terhadap konsep dan prinsip Fizik yang diberikan di dalam buku teks tersebut. Ini
menyebabkan bahan bercetak tersebut tidak menjana kemahiran konstruk pelajar
terutama di dalam subjek Fizik. Cara sebegini sebenarnya menimbulkan banyak masalah
terutama untuk mengingati konsep yang terlalu banyak.
11
1.1.3 Rujukan dan Pengukuhan Maklumat Menerusi Sumber Yang Di Sampaikan
di Dalam Kelas Adalah Terbatas
Melalui bahan pengajaran bercetak di dalam kelas, para pelajar terkongkong
dalam suatu situasi yang sempit di mana ruang dan masa telah ditetapkan oleh pihak
sekolah, ini secara tidak langsung membawa mereka ke arah satu gaya pemikiran yang
terhad dan tidak terbuka. Hasilnya, para pelajar ini tidak dapat mengaitkan konsep yang
dipelajari di dalam kelas dengan kehidupan seharian mereka di luar kelas. Di samping itu,
melalui bahan pengajaran media bercetak, ianya tidak berupaya untuk melakukan proses
mengemaskini, menyimpan atau mendapatkan kembali, menyebar dan berkongsi
pengajaran atau maklumat dengan pantas. Sebagai contoh seseorang pelajar kehilangan
nota, beliau terpaksa menyalin semula nota dari awal hingga akhir daripada rakan
mereka. Ini menyebabkan pelajar berasa malas untuk menyalin nota, kerana mengambil
masa yang lama dan seterusnya mereka tidak mempunyai nota atau rujukan sehingga
peperiksaan berlangsung.
Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik kerana tidak diselang
selikan dengan elemen-elemen yang menghiburkan serta mampu memikat hati pelajar.
Daripada bahan pengajaran bercetak, pengajaran media bercetak, ianya tidak berupaya
untuk melakukan proses mengemaskini, menyimpan atau mendapatkan kembali,
menyebar dan berkongsi pengajaran atau maklumat dengan pantas.
12
1.2 Pernyataan Masalah
Menyedari kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Fizik, pembangun memilih
pendekatan Konstruktivisme Needham Lima Fasa sebagai satu pendekatan dalam e-
Pembelajaran yang dibangunkan kerana teori ini memberi penekanan kepada penglibatan
pelajar secara aktif. Kebanyakan pembangunan bahan pengajaran Fizik yang ada pada
hari ini tidak banyak mempunyai ciri tambahan sepertimana yang diperlukan. Ciri-ciri
tambahan tersebut merangkumi elemen-eleman multimedia yang bertujuan untuk
menerangkan konsep fizik. Selain itu juga, bahan pengajaran dan pembelajaran yang
bergantung kepada media bercetak tidak mencukupi untuk menerangkan sesuatu konsep
di dalam mata pelajaran fizik kerana ianya bersifat statik. Bagi mengatasi bahan P&P
yang kurang bermutu, maka projek tentang kesuaian bahan P&P perlu dibangunkan oleh
pembangun yang bertajuk pembangunan e-Pembelajaran Fizik tingkatan empat bertajuk
Daya dan Tekanan berasaskan perisian MOODLE adalah sesuai dengan kehendak
KBSM.
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk
beberapa oblektif kajian :
1) Membangunkan bahan e-Pembelajaran Fizik tingkatan empat yang
bertajuk Daya dan Tekanan.