Top Banner

of 13

PENGENALAN ANYAMAN

Apr 02, 2018

Download

Documents

Teha Mohd Nazir
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    1/13

    PENGENALANAnyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat

    Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan

    daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.

    Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan,

    mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

    DEFINISI ANYAMAN

    Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk

    dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh

    dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini

    biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

    Sejarah dan Perkembangan

    Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan

    Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman

    pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan.

    Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk

    menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu

    tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan,

    penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang

    diperbuat daripada pohon bemban.

    Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di

    peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang

    masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri

    Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    2/13

    JENIS-JENIS ANYAMAN

    1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-

    lain

    2. Anyaman pandan - Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,

    3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai - Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan

    lain-lain

    4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak

    dan lain-lain

    5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.

    6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul,

    bekas seba guna dan lain-lain.

    http://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk30RdPQDI/AAAAAAAABOw/rX6U_u66u54/s1600/a3.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk3v3ktG_I/AAAAAAAABOo/DXb14nwOs6s/s1600/wild08.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk30RdPQDI/AAAAAAAABOw/rX6U_u66u54/s1600/a3.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk3v3ktG_I/AAAAAAAABOo/DXb14nwOs6s/s1600/wild08.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    3/13

    ANYAMAN MENGKUANG DAN PANDAN

    Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-

    kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni

    menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat

    dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah

    tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang

    daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk

    menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda

    yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak

    semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan

    Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih

    http://2.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk33eeV_NI/AAAAAAAABO4/zKcrwZfPc-A/s1600/pa2.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk4P--z2NI/AAAAAAAABPQ/I45rGLIDeCI/s1600/pa1.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk33eeV_NI/AAAAAAAABO4/zKcrwZfPc-A/s1600/pa2.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk4P--z2NI/AAAAAAAABPQ/I45rGLIDeCI/s1600/pa1.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    4/13

    halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang

    tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang

    yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur

    atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak

    dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu

    dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-

    warni.

    Memproses Bahan

    Mengambi l , membuang du r i daun:

    Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian

    umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi

    ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan

    mengeluarkan daun-daun baru. Menetakdaun dilakukan dengan berhati-hati kerana

    pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair

    dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas

    hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya

    semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayurdi atas bara

    unggun api kecil hingga layu.

    Mejangk a, merendam ,menjemur daun:

    Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu.

    Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya.

    Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap

    mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk.

    http://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk36ekugTI/AAAAAAAABPA/s_DXx51F6pc/s1600/pa3.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    5/13

    Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua.

    Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang

    dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis

    dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu

    dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.

    Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut

    dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga

    hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-

    bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

    Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga

    bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya,

    bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakandengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa

    minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan

    celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba,

    hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan

    celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga

    kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

    Menganyam

    Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak

    hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di

    bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk

    kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman

    tudung saji.

    http://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk38Cnf5YI/AAAAAAAABPI/7EOILydcQq4/s1600/pa4.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    6/13

    Teknik mematikan anyman

    CORAK ANYAMAN

    Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyamanbiasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara

    selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan

    dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang

    dianyam iaitu:

    http://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5ua6_2EI/AAAAAAAABQA/9aDCTL12HLs/s1600/anyaman+tepi+tikar.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk43fOWV9I/AAAAAAAABPg/shg8DDS6EVc/s1600/anyaman+mengkuang+1.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk413GIxrI/AAAAAAAABPY/m8uXzhmKzYk/s1600/aktiviti+menganyam.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5ua6_2EI/AAAAAAAABQA/9aDCTL12HLs/s1600/anyaman+tepi+tikar.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk43fOWV9I/AAAAAAAABPg/shg8DDS6EVc/s1600/anyaman+mengkuang+1.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk413GIxrI/AAAAAAAABPY/m8uXzhmKzYk/s1600/aktiviti+menganyam.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5ua6_2EI/AAAAAAAABQA/9aDCTL12HLs/s1600/anyaman+tepi+tikar.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk43fOWV9I/AAAAAAAABPg/shg8DDS6EVc/s1600/anyaman+mengkuang+1.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk413GIxrI/AAAAAAAABPY/m8uXzhmKzYk/s1600/aktiviti+menganyam.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    7/13

    1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman

    warna cerah dan gelap

    2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu

    mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.

    http://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5OMGkvsI/AAAAAAAABPw/w7StihW4ob0/s1600/AnyamanKelarai.pnghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5I01-5wI/AAAAAAAABPo/TgNZN78nb8c/s1600/AnyamanIkan.pnghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5PXc2VsI/AAAAAAAABP4/JpjFvG9jKgE/s1600/pa6.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5OMGkvsI/AAAAAAAABPw/w7StihW4ob0/s1600/AnyamanKelarai.pnghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5I01-5wI/AAAAAAAABPo/TgNZN78nb8c/s1600/AnyamanIkan.pnghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5PXc2VsI/AAAAAAAABP4/JpjFvG9jKgE/s1600/pa6.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5OMGkvsI/AAAAAAAABPw/w7StihW4ob0/s1600/AnyamanKelarai.pnghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5I01-5wI/AAAAAAAABPo/TgNZN78nb8c/s1600/AnyamanIkan.pnghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk5PXc2VsI/AAAAAAAABP4/JpjFvG9jKgE/s1600/pa6.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    8/13

    3. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata

    diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan

    beras patah.

    4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang

    dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.

    5. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan

    putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan

    serong.

    6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah

    dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak

    digunakan adalah campuran merah dan biru.

    7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam

    mata sama banyak dan selari.

    8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna

    tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.

    9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini

    serta amat digemari oleh para penganyam.

    10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat.

    Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.

    11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan

    biru

    Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang

    Puan Aminah bint i Al i

    Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu

    tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh

    kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982

    beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman

    anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan

    anyaman.

  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    9/13

    Lain- lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:

    i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas

    ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau

    iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek

    iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.

    v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

    GALERI ANYAMAN DIMENSI BARU

    http://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6VX8YVrI/AAAAAAAABQQ/-zJAyLgHY7I/s1600/894501_img_0356kompres.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    10/13

    http://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6YPtxdGI/AAAAAAAABQY/Hx0t-PmoMMs/s1600/903236_img_0104edit.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6T845TxI/AAAAAAAABQI/cS1UNtt1__c/s1600/499987_klososlepen.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6YPtxdGI/AAAAAAAABQY/Hx0t-PmoMMs/s1600/903236_img_0104edit.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6T845TxI/AAAAAAAABQI/cS1UNtt1__c/s1600/499987_klososlepen.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    11/13

    http://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6gJa8EcI/AAAAAAAABQ4/c_cKE6MNWJc/s1600/anyaman_various.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6ZZcOi4I/AAAAAAAABQo/4ikbQ2eb6IA/s1600/a2.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6Y0Py3rI/AAAAAAAABQg/b4IxnSkkDhM/s1600/1733264_uncang1.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6gJa8EcI/AAAAAAAABQ4/c_cKE6MNWJc/s1600/anyaman_various.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6ZZcOi4I/AAAAAAAABQo/4ikbQ2eb6IA/s1600/a2.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6Y0Py3rI/AAAAAAAABQg/b4IxnSkkDhM/s1600/1733264_uncang1.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6gJa8EcI/AAAAAAAABQ4/c_cKE6MNWJc/s1600/anyaman_various.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6ZZcOi4I/AAAAAAAABQo/4ikbQ2eb6IA/s1600/a2.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6Y0Py3rI/AAAAAAAABQg/b4IxnSkkDhM/s1600/1733264_uncang1.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    12/13

    http://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6qa68esI/AAAAAAAABRY/Ia8COuid6ck/s1600/bakul+anyaman.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6oBxc7uI/AAAAAAAABRQ/Cv4jGpzvBwU/s1600/koleksiganu_anyaman1.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6lXGjoRI/AAAAAAAABRI/YfgYSebe-2w/s1600/p2120166.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6i5uZbxI/AAAAAAAABRA/m260z8FswHI/s1600/anyaman_various2.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6qa68esI/AAAAAAAABRY/Ia8COuid6ck/s1600/bakul+anyaman.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6oBxc7uI/AAAAAAAABRQ/Cv4jGpzvBwU/s1600/koleksiganu_anyaman1.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6lXGjoRI/AAAAAAAABRI/YfgYSebe-2w/s1600/p2120166.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6i5uZbxI/AAAAAAAABRA/m260z8FswHI/s1600/anyaman_various2.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6qa68esI/AAAAAAAABRY/Ia8COuid6ck/s1600/bakul+anyaman.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6oBxc7uI/AAAAAAAABRQ/Cv4jGpzvBwU/s1600/koleksiganu_anyaman1.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6lXGjoRI/AAAAAAAABRI/YfgYSebe-2w/s1600/p2120166.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6i5uZbxI/AAAAAAAABRA/m260z8FswHI/s1600/anyaman_various2.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6qa68esI/AAAAAAAABRY/Ia8COuid6ck/s1600/bakul+anyaman.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6oBxc7uI/AAAAAAAABRQ/Cv4jGpzvBwU/s1600/koleksiganu_anyaman1.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6lXGjoRI/AAAAAAAABRI/YfgYSebe-2w/s1600/p2120166.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_3Lbi16h8MrM/TEk6i5uZbxI/AAAAAAAABRA/m260z8FswHI/s1600/anyaman_various2.jpg
  • 7/27/2019 PENGENALAN ANYAMAN

    13/13