Top Banner

of 29

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa .ppt

Mar 01, 2016

Download

Documents

mokhtarppg
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN BAHASA

    BERPUSATKAN GURUBERPUSATKAN MURID BERPUSATKAN BAHANBERPUSATKAN PROJEK

  • PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN BAHASABERPUSATKAN GURU

    Strategi paling lama diamalkan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran.Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses Pengajaran dan Pembelajaran.Pelajar hanya bersifat pasif.

  • BERPUSATKAN GURUHanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi.Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud.

  • BERPUSATKAN GURUKesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baharu.Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita yang mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita.

  • PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN BAHASABERPUSATKAN MURID

    Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.

  • BERPUSATKAN MURIDMasa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembela-jaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan mem-berikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran .

  • BERPUSATKAN MURIDTeknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka padaa peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

  • PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN BAHASABERASASKAN BAHANStrategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh guru untuk kegunaan pelajar.

  • BERASASKAN BAHANBahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah. Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan.

  • BERASASKAN BAHANPenggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.

  • BERASASKAN BAHANPeranan guru menjadi dominan apabila mengen-dalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

  • PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN BERASASKAN PROJEKPendekatan berasaskan projek

    Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.

  • BERPUSATKAN PROJEKDalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

  • PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA

    BERASASKAN MASALAH BERASASKAN AKTIVITI BERASASKAN SITUASIONAL BERASASKAN PERMAINAN

  • PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN BAHASABERASASKAN MASALAH

    Strategi paling lama diamalkan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran.Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses Pengajaran dan Pembelajaran.Pelajar hanya bersifat pasif.

  • BERASASKAN MASALAHDilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses penakulan yang amat tinggi.

  • BERASASKAN MASALAHAntara langkah yangperlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian (hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat, bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan.Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya.

  • SARANAN JOHN DEWEYDewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah:

    Kenal pasti masalahMurid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.

  • SARANAN JOHN DEWEYPenentuan masalahBiasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah. Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu diuji, diteliti dan ditentukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Guru membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

  • SARANAN JOHN DEWEYCadangan PenyelesaianMurid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.

  • SARANAN JOHN DEWEYPenelitian penyelesaianPenyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.

  • SARANAN JOHN DEWEYPemeriksaan kesimpulanSetelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh.Penyelesaian masalah tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyelesaian masalah yang baru hendaklah diusahakan.

  • PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN BAHASA BERASASKAN AKTIVITI

    Kita hendak buat apa ini?Itulah, semasa cikgu beri penerangan tidak mahu dengar. Sekarang bukankah susah!

  • BERASASKAN AKTIVITI

    Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

  • PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN BAHASABERASASKAN SITUASIONALPendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

  • BERASASKAN SITUASIONALGuru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran.Kemudian guru mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti oleh murid secara berulang dan mengukuhkan kemahiran pembelajaran.

  • PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PERMAINANDalam pendekatan ini pengajaran dan Pembela-jaran seolah-olah hidup dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan.

  • BERASASKAN PERMAINANMurid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi.

  • PENUTUP

    SEKIANTERIMA KASIHKURANG JELAS, SILA BERTANYA