Top Banner

of 27

PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Jul 18, 2015

Download

Documents

SimonJackAaron
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

1.0

PENDAHULUAN

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan salah satu subjek yang telah diperkenalkan kepada murid-murid seawal dari sekolah rendah lagi. Begitu

juga dengan murid- murid yang berada di aliran khas seperti murid- murid OKU. Mereka juga turut didedahkan dengan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, baik disekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Semua ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil berat mengenai kepentingan subjek ini. Subjek Kemahiran Hidup ini merupakan satu subjek yang amat penting kerana dengan mempelajari subjek ini murid-murid akan dapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk kehidupan harian baik di rumah mahupun untuk memasuki alam pekerjaan kelak. Contohnya, di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup setiap murid akan belajar pelbagai benda yang sering digunakan dalam kehidupan seharian seperti memasak, membasuh, pertukangan, elektrik, bercucuk tanam, penternakan dan sebagainya. Semua pelajaran ini sudah tentu dapat diaplikasikan di dalam kehidupan harian mereka Oleh yang demikian, pembelajaran kontekstual diterapkan.Pembelajaran

kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on. Pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada pelajar. Teori ini menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal,tempat bekerja atau kehidupan seharian.Teori ini menggalakkan pendidik (guru) memilih persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi bagi mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

2.0

PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Pembelajaran Kontekstual ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. Pembelajaran Kontekstual menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran yang pelbagai. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat yang disampaikan dengan cara menggabungkan atau

menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara bermakna. Pembelajaran berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama ada melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Di samping itu, pembelajaran melalui pendekatan kontekstual juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai bentuk dan kompleks serta mengatasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Maka itu konsep kontekstual diberi penekanan sebagai salah satu teknik pengajaran. Melalui persekitaran tersebut, para pelajar berupaya mengenalpasti perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Kesihatan berkenaan tajuk Penyakit berjangkit mungkin mengetahui bagaimana penyakit itu merebak dan bagaimana penyakit tersebut bertindak balas dengan persekitaran dan apakah langkah pencegahan penyakit-penyakit tersebut. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana persekitaran. peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan

Menghubung kait

Memindahkan

Mengalami

Bentuk Kemahiran

Bekerjasama

Mengaplikasi

Rajah 1: Bentuk Kemahiran dalam Pembelajaran Kontekstual.

Guru boleh melaksanakan Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam pelbagai bentuk pembelajaran seperti;

1. Menghubung kait Melalui kemahiran menghubung kait, terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakasankan. Antara aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemahiran ini ialah

menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea alternatif dan mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa.

2. Mengalami Kemahiran mengalami membantu murid untuk lebih berfikir di samping mengaitkan idea lama dengan idea baharu. Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan kemahiran mengalami ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat atau idea sedia ada, reka cipta seperti mencipta kereta luncur yang menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan kenderaan udara, dan sebagainya.

3. Mengaplikasi Aktiviti mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai pelbagai teknik atau laras bahasa merupakan contoh-contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan kemahiran ini.

4. Bekerjasama Contoh-contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kemahiran ini ialah dengan memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, mengadakan aktiviti sumbang saran, main peranan dan banyak lagi.

5. Memindahkan Aktiviti-aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmuilmu dari bidang lain seperti menggunakan objek bersudut yang

merupakan salah satu ilmu dalam bidang Matematik untuk melukis mural yang berkait rapat dengan bidang Seni Visual, mengarang cerita Sains, memilih corak dan warna yang sesuai untuk pakaian harian, dan macammacam lagi.

Seperti mana yang telah diketahui, kontekstual merupakan satu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri iaitu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Di sekolah pelajar tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Di samping itu, pelajar juga tidak didedahkan kepentingan

mempelajari sesuatu matapelajaran, mereka hanya diarahkan untuk belajar kerana merupakan salah satu daripada matapelajaran peperiksaan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak). Kaedah pengajaran lazim juga perlu difahami kerana konsep itu akan memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam

menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual juga merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan seharian. Keadaan tersebut secara tidak langsung berupaya memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda dan maklumat disampaikan dalam pelbagai konteks. Pendekatan ini lebih bermakna kepada murid dan guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan teori pembelajaran

kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Hal ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan lebih bermakna. Teori pembelajaran kontekstual lebih tertumpu pada aspekaspek yang melibatkan pelbagai persekitaran pembelajaran yang meliputi persekitaran dalam bilik darjah, bengkel kemahiran hidup, makmal sains , makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Melalui teori ini juga ia menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan atau mevariasikan pelbagai bentuk pengalaman yang boleh melibatkan aspek-aspek sosial, fizikal, psikologikal untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Ciri-ciri teori pembelajaran kontekstual ialah murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna iaitu di dalam rangka minda. Melalui pengetahuan tersebut maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Peranan seorang guru ialah untuk mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Perkaitan dengan hubungan persekitaran, sekolah dan situasi pekerjaan adalah merupakan salah satu pendekatan dari kontekstual. Pendekatan kontekstual sangat sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Guru boleh mengaitkan sesuatu topik yang ingin diajar dengan persekitaran murid. Sebagai

contoh, guru ingin mengajar tentang tanaman. Sebahagian besar daripada murid-murid mungkin sudah pernah menanam atau melihat ibu atau bapa menanam sesuatu tanaman. Keadaan ini mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih bermakna sekali gus membantu murid-murid untuk lebih mudah menerima pengajaran guru. Murid-murid bukan sahaja dapat mengaplikasikan apa

yang pernah dilihat oleh mereka, malah mereka juga mendapat pengalaman baharu.

3.0

TOPIK PILIHAN YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL

Berdasarkan sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR), kami berpendapat bahawa salah satu topik yang sesuai diajar dengan menggunakan pendekatan kontekstual ialah topik jahitan. Melalui topik jahitan ini secara lazimnya, murid-murid dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Sebagai contoh, dalam aktiviti menjahit yang dilakukan di dalam bilik jahit memerlukan muridmurid betul-betul memahami isi pelajaran sebelum melakukan amali . Keadaan ini menunjukkan bahawa sewaktu proses pengajaran berlangsung, guru perlu memastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjuk cara, contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit, murid- murid perlu duduk berhampiran dengan guru supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri-ciri yang betul seterusnya membolehkan mereka mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk pembelajaran akan datang. Dalam topik jahitan juga, abstrak murid-murid dan aplikasi berupaya praktikal

menemui perhubungan yang bermakna antara idea

dalam konteks alam yang nyata. Hal ini dapat dilihat menerusi idea-idea yang direka atau dicipta oleh murid sebagai contoh dalam proses menghasilkan artikel. Setelah mereka melukis lakaran jahitan mereka akan menggunakan lakaran tersebut sebagai contoh untuk menghasilkan artikel yang sebenar . Selain itu, pembelajaran Kemahiran Hidup melalui pengalaman ini juga menyediakan murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi pelbagai kemahiran dalam jahitan yang boleh dikuasai oleh murid sebagai contoh murid dapat membaiki pakaian mereka yang koyak dan menghasilkan artikel yang baharu.

4.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian - Kemahiran Hidup Tahun 5 Pintar Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Bidang Unit Topik : 18 April 2012 : 8.30 9.30 pagi : 5 Bijak : 28 0rang : Reka Bentuk dan Teknologi : 1.6 Jahitan : a. Membaiki Pakaian

Hasil Pembelajaran : Aras 1 Objektif Mengenal pasti mata jahitan asas( jahitan jelujur dan kia)

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat : Mengenal pasti alatan jahitan yang digunakan. Menjahit jahitan jelujur dan kia.

Aktiviti P& P

: 1. Murid berbincang dengan guru tentang jenis peralatan dan bahan jahitan yang biasa digunakan berpandukan bahan dan alat jahitan yang disediakan oleh guru. 2. Murid mendapat penerangan gur mengenai kegunaan alatan jahitan. 3. Murid diterangkan oleh guru tentang mata jahitan asas serta

kegunaannya.

Strategi Pengajaran : Pembelajaran berpusatkan murid. Kemahiran Generik : Kemahiran menjana idea. Bahan Sumber P & P : Alatan dan bahan jahitan yang sebenar. Sampel sebenar mata jahitan asas. Buku Teks Kemahiran Hidup Tahun 5 Pengetahuan sedia ada: 1. Murid mempunyai pengetahuan asas berkenaan jahitan. 2. Murid mengenal beberapa alatan dan bahan jahitan. Nilai-nilai murni : Berdikari, rajin, bekerjasama, menghormati orang lain

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Langkah/masa Set induksi (5 minit)

Isi pelajaran Menonton video

Aktiviti p&p 1. Guru menayangkan video untuk murid. 2. Bertanyakan soalan berdasarkan video. Mengaitkan dengan topik utama.

Catatan KBKK kemahiran berfikir

Kecerdasan pelbagai: Visual ruang, Muzik, Intrapersonal, interpersonal, verbal linguistik

BBM : Video

Langkah 1 (15 minit)

Demonstrasi jahitan

1. Guru membuat demontrasi jahitan jelujur dan kia kepada muridmurid mengikut fasa. 2. Murid melihat dan bersoal jawab. 3. Guru membuat penerangan lanjut

Kecerdasan pelbagai : Visual ruang

KBT: Kemahiran berfikir

Pendekatan Kontekstual

BBM: Bahan jahitan

Nilai: Bekerjasama Langkah 2 (10 minit) Mari melakar 1. Guru menyuruh murid mengeluarkan sehelai kertas. 2. Murid diminta untuk melakar/ melukis cara jahitan/gambar jahitan jelujur dan kia berdasarkan contoh. 3. Guru membimbing dan membetulkan kesalahan. BBM: Kertas, pensil KBT: Kemahiran berfikir Nilai: Rajin, berdikari

Langkah 3 (15 minit)

Jom cuba!

1. Guru menyediakan bahan-bahan untuk menjahit. 2. Murid memilih bahan, dan menjahit jelujur dan kia menhikut apa yang telah dilakarkan.

KBT: Kemahiran berfikir

BBM: Bahan-bahan jahitan

Penutup (5 minit)

Penilaian /Rumusan

1. Murid menunjukkan hasil kerja masingmasing. 2. Guru membuat rumusan mengenai jahitan yang digunakan untuk membaiki baju/pakaian. 3. Guru menunjukkan contoh jahitan hiasan: alas dulang.

Kemahiran berkomunikasi

BBM: Alas dulang

Hasil kerja

Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan pelajar Tajuk Sub Tajuk Kemahiran : Kemahiran Hidup : 4 Gemilang : 12 Februari 2012 : 8.00 9.00 pagi : 30 : Tanaman Hiasan : Penanaman : Murid dapat mengenal dan memilih bekas tanaman yang sesuai. Selain itu murid dapat menyediakan bekas tanaman dengan cara yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui jenis-jenis pokok hiasan dan caracara memilih biji benih yang baik. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid dapat: 1. Menyatakan 5 daripada 7 jenis bekas tanaman hiasan yang sesuai. 2. Menyatakan 3 daripada 4 panduan memilih bekas tanaman dengan betul. 3. Menyatakan 2 daripada 3 langkah menyediakan bekas tanaman dengan betul. Nilai-nilai Murni Kemahiran Berfikir : Bekerjasama, bertanggungjawab, menyayangi tumbuhan dan alam sekitar serta berestetika. : Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran mental, mengingat kembali, menyusun ikut keutamaan dan membuat rumusan. : Power point, pensil, pemadam, nota edaran, gambar digital dan marker pen.

Bahan Bantu Mengajar

Pendidikan Alam Sekitar : Mengekalkan kitaran oksigen disamping mengindahkan kawasan/pemandangan. Kajian Masa Depan : Komersialkan tanaman hiasan sebagai punca pendapatan sampingan.

Langkah/ Masa Set induksi (5minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Murid melihat kartun bergambar. 2. Kartun menunjukkan dua orang kanak yang saling mengingati tentang kepentingan menyayangi tumbuhan. 3. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini Penanaman Pokok Hiasan

Catatan

Pengenalan kepada tajuk penanaman pokok hiasan

BBM: Gambar digital KBKK: Membuat inferens dan menjana idea Nilai-nilai Murni: Menyayangi alam sekitar dan bertanggungjawab BBM: Powerpoint dan nota edaran KBKK: Membuat gambaran mental dan mengingat kembali

Langkah 1 (10 minit)

Mengenal bekas tanaman 1. Jenis bekas tanaman: i. ii. Pasu Beg politena

1. Murid diedarkan nota sebagai rujukan. 2. Murid melihat tayangan power point sambil mendengar penerangan guru mengenai jenis bekas tanaman.

2. Bahan kitar semula: i. ii. Botol plastic Periuk terbuang Tayar terbuang Meja terbuang Baldi terbuang

iii.

iv.

v.

Langkah/ Masa Langkah 2 (15 minit) i.

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Murid dikehendaki berada dalam kumpulan dan berbincang mengenai pemilihan bekas tanaman yang sesuai berdasarkan nota rujukan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka. 3. Kumpulan terawal akan menerima hadiah pemadam.

Catatan

Memilih bekas tanaman. Bahan bekas yang bersesuaian dengan jenis tanaman. Bekas yang mempunyai lubang di bawah. Pastikan bekas mudah dibersihkan. Menarik.

BBM: Nota edaran dan pemadam KBKK: Membuat gambaran mental dan mengingat kembali Nilai: Estetika

ii.

iii.

iv. Langkah 3 (15 minit) i. ii.

Penyediaan bekas tanaman Membersih Menutup lubang saliran Memasukkan medium penanaman

1. Murid melihat tayangan power point sambil mendengar penerangan guru mengenai langkah penyediaan bekas tanaman hiasan.

BBM: Powerpoint KBKK: Membuat gambaran mental, mengingat kembali dan menyusun mengikut keutamaan

iii.

Penilaian (10 minit)

Kuiz berkumpulan

1. Setiap kumpulan diberikan marker pen. 2. Murid diberi taklimat mengenai syarat pertandingan dan masa

Nilai-nilai murni: Kerjasama BBM: Pensel, marker pen

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran menjawab ialah 15 saat. 3. Murid dikehendaki menjawab secara bertulis dengan memaparkan jawapan pada papan tulis. 4. Kumpulan yang menang akan menerima hadiah pensil daripada guru.

Catatan dan papan tulis

Penutup (5 minit)

Rumusan: 1. Penanaman pokok hiasan i. Mengenal bekas tanaman. Memilih bekas tanaman. Menyedia kan bekas tanaman.

1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan. 2. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai hasil kerja yang telah mereka hasilkan.

Kemahiran Berfikir: Membuat rumusan Kajian Masa Depan: Komersialkan penanaman pokok hiasan sebagai punca pendapatan sampingan

ii.

Tugasan susulan: Murid dikehendaki membuat bekas tanaman daripada bahan terbuang.

iii.

Pendekatan Kontekstual

Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan pelajar Tajuk Kemahiran Pengetahuan Sedia Ada : Kemahiran Hidup : 5 Merah : 12 Februari 2012 : 8.00 9.00 pagi : 30 : Ikan Hiasan : Semangat Keusahawanan : Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis ikan hiasan sama ada dari televisyen atau akuarium di kedai. Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat; 1. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara dan

memberi sebabnya. 2. Mengenalpasti faktor pemilihan ikan hiasan

dan dapat menyatakan akibat sekiranya sesuatu faktor itu tidak di ambil kira. 3. Menunjukkan cara untuk memasukkan ikan

hiasan ke dalam bekas. Fokus Utama untuk dipelihara. : 1.7 Aras 1 (i) Memilih dan mengurus ikan hiasan

Fokus Sampingan

: 1.7 Aras 2 (i) Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan. : 1. Ilmu Sains dan kesihatan. 2. Nilai murni Kebersihan dan kerajinan.

Pengisian Kurikulum

Kemahiran Bernilai Tambah inovatif.

: 1. Kemahiran berfikir Menjana idea kreatif dan 2. Pembelajaran kontekstual Mengaitkan

pemakanan berkhasiat dengan pengalaman sedia ada. Alat Bantu Mengajar (ABM) :

Bil

Jenis bahan

Spesifikasi

Kuantiti

1.

Pelbagai Jenis Ikan Hiasan

1. Ikan Gapi 2. Kap 3. Mas 4. Pelaga

20 Ekor

2.

Pelbagai Jenis Bekas

Botol mineral 1 liter - Bekas yang tidak sesuai Akuarium - Bekas yang sesuai

3.

Air

Air Paip

8 Liter

4.

Air Hujan

Air Hujan

10 Liter

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi 5 minit

Set Induksi (5 minit)

Guru menceritakan satu situasi kepada murid. Guru meminta murid meneka apakah ikan yang terdapat di dalam kedai tersebut.

Menggunakan teknik menyoal soalan situasi Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir

Langkah 1 20 minit

Oleh kerana terdapat terlalu banyak ikan di kedai tersebut, Firdaus tidak dapat membuat pilihan ikan apakah yang hendak dibelinya. Bolehkah anda bantu Firdaus sekiranya dia hendak membeli ikan yang boleh bercampur dengan ikan lain? Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan ikan hiasan: 1. Kesesuaian bekas. 2. Ketahanan terdapap penyakit. 3. Mutu air.

Guru menyambung kembali soalan situasi tadi dengan bertanya. Guru meminta beberapa orang murid memberikan jawapan kepada soalan di atas. Guru meminta beberapa orang murid memberikan pendapat mereka tentang apakah faktorfaktor yang mempengaruhi pemilihan ikan hiasan dan memberikan sebab-sebabnya dengan memnggunakan teknik sumbang saran. Guru menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan ikan hiasan dan nyatak sebabsebabnya. Guru menunjukkan simulasi

BBM Botol mineral 1 liter, seekor ikan mas dan 2 ekor ikan pelaga, 4 liter air hujan dan 8 liter air paip Botol mineral 500 ml (bekas yang tidak sesuai) Seekor ikan mas dan seekor ikan pelaga (faktor pencampuran) Air hujan dan air paip (mutu air)

4. Habitat dan sifat ikan Mudah untuk di pelihara dan boleh bercampur dengan ikan lain.

dari komputer apa akan terjadi kepada ikan hiasan sekiranya faktor pemilihan ini diabaikan.

Langkah 2 30 minit

Sesampainya di rumah, bolehkan murid-murid membantu Firdaus memasukkan ikan yang dibelinya masuk ke dalam akuarium? Apakah yang harus dilakukan untuk memasukkan ikan hiasan dari plastik ke dalam bekas akuarium? Cara-cara memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas/akuarium/kolam 1. Letakkan ikan hiasan dalam akuarium selama 20 30 minit. 2. Masukkan sedikit air akuarium ke dalam beg plastik.

G: Menyambung kembali soalan situasi tadi dengan bertanya. G: Mengemukakan soalan. G: Arahkan murid memasukkan air akuarium ke dalam beg plastik. G: Menunjukkan cara untuk mengeluarkan ikan dari beg plastik. G: Arahkan murid untuk mengeluarkan ikan dari beg plastik.

Biarkan

ikan

keluar

bersama air daripada beg plastik. a) Faktor Penutup 5 minit permilihan ikan hiasan. b) Langkahlangkah memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium. G: Memberitahu kepada murid kepada murid bahawa memelihara ikan hiasan boleh dijadikan satu hobi ataupun perniagaan. G: Meminta murid menyenarikan apakah yang telah dipelajari pada hari ini G: Membuat rumusan tentang apakah yang telah dipelajari. Menerapkan minat kepada murid supaya mempelajari dengan lebih mendalam tentang mengurus ikan hiasan kerana ia akan membawa keuntungan.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, melalui Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini kami dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai pendekatan kontekstual dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Kami semakin menyedari realiti hidup untuk menjadi seorang guru bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang ringan. Dalam usaha menjadi guru yang cemerlang dan berkualiti kami mesti mengetahui dan memahami cara dan pendekatan yang sesuai untuk digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kerja kursus ini juga, kami lebih jelas tentang perkara-perkara yang perlu dititikberatkan semasa menyediakan Rancangan

Pengajaran Harian. Setiap isi pelajaran yang ingin diajarkan kepada murid-murid perlu disusun dengan teliti. Hal ini sangat penting bagi memastikan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dapat mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru tidak seharusnya melakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya setiap aktiviti mahupun kaedah pengajaran yang ingin digunakan mestilah bersesuaian dengan tahap pemikiran murid. Hal ini kerana, jika guru gagal mengenal pasti kaedah yang paling sesuai untuk dipilih dan diaplikasikan, kemungkinan objektif pembelajaran tidak mampu dicapai. Kami berharap agar segala perkara baharu yang kami peroleh sewaktu menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Reka Bentuk Teknologi ini dapat kami aplikasikan sewaktu bergelar seorang guru kelak.

REFLEKSI Fatin Liyana bt. Nasir (900211-11-5160)

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnian-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Haji Mohd Bakari bin Zakaria , selaku pensyarah bagi matapelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT 3117) ini yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses kami menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada semua yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Melalui tugasan yang diberikan ini, saya dapat belajar menjelaskan secara ringkas beserta contoh yang releven tentang pendekatan pembelajaran pembelajaran kontekstual. Justeru banyak maklumat mengenai pembelajaran kontekstual dipelajari hasil daripada pencarian melalui internet serta buku rujukan. Di samping itu, melalui tugasan ini saya dilatih untuk memilih satu topik yang sesuai diajar dengan

menggunakan pendekatan kontekstual. Oleh yang demikian, saya belajar mencari topik yang bersesuaian yang menggunakan elemen serta pendekatan kontekstual ini dan saya serta ahli kumpulan bersepakat memilih topik jahitan berdasarkan sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) kerana merasakan topik ini sesuai diajar menggunakan pendekatan kontekstual. Tambahan itu, saya juga dapat belajar melaksanakan satu sesi pengajaran iaitu rancangan pengajaran harian (RPH) dengan menggunakan pendekatan kontekstual berdasarkan penggunaan bahan bantu serta kaedah, teknik dan strategi yang sesuai. Selain itu, saya juga dapat belajar menulis Rancangan Pengajaran Harian dengan betul dan tepat. Sepanjang tugasan ini saya juga menghadapi sedikit kekangan iaitu sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada internet kerana terdapat banyak pencanggahan maklumat. Maka dengan itu saya menggunakan inisiatif lain dengan berkongsi-kongsi idea bersama rakan,

bertanyakan pensyarah serta merujuk kepada buku-buku rujukan untuk mendapatkan sumber yang lebih tepat dan sahih.

Secara keseluruhannya, tugasan yang diberikan ini, memberi sedikit sebanyak pengetahuan tambahan kepada saya sepanjang tempoh proses melaksanakannya. Walaupun sibuk dengan tugasan-tugasan lain, namun ia bukanlah satu halangan bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.Terima kasih sekali lagi ditujukan kepada semua yang telah membantu.Di harap tugasan kerja kursus ini dapat diterima dengan baik oleh pensyarah penilai.

Sekian, Terima kasih.

REFLEKSI Norhashikin bt Harun (910111-11-5058)

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Allah S.W.T atas limpahan nikmat dan kasih sayang-Nya saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu pada masa yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Mohd Bakari bin Zakaria, selaku pensyarah pembimbing bagi matapelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT 3117) yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan sepanjang proses kami menyiapkan kerja kursus ini. Saya akui, penerangan yang diberikan oleh beliau telah banyak membantu saya dalam mendapatkan maklumat dan isi-isi penting yang diperlukan dalam usaha menyelesaikan soalan kerja kursus ini. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini, saya dan rakan sekumpulan telah bekerjasama dengan baik dengan membahagikan tugasan. Saya dan rakan

sekumpulan sama-sama mencari maklumat yang diperlukan. Melalui kerja kursus ini, saya dapat meningkatkan kefahaman tentang pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai maklumat yang diperoleh daripada internet memudahkan saya untuk memahaminya dengan baik. Selain itu, saya bukan sahaja dapat memahami pendekatan kontektual, malah saya juga berupaya mengaitkan pendekatan tersebut dengan salah satu topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Saya dan rakan sekumpulan perlu memilih satu topik yang sesuai untuk diajar menggunakan pendekatan kontekstal. Oleh itu, kami dengan sebulat suara telah

memilih topik Jahitan. Dalam kerja kursus ini, saya dan rakan berusaha mengaitkan pendekatan ini dengan topik tersebut. Di samping itu, kami juga perlu menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Sekolah Rendah bagi menjelaskan situasi pembelajaran dengan menggunakan pendekatan kontekstual. Hal

ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kemahiran kami dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian sebelum kami menghadapi praktikum seterusnya lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang guru. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini, banyak kekangan yang perlu saya dan rakan hadapi. Antaranya ialah, kekangan waktu. Kami perlu menyusun

waktu kami dengan sebaik mungkin memandangkan pada hampir setiap petang, kami perlu ke padang untuk permainan dan sukan. Selain itu, saya dan rakan juga perlu berhubung menerusi alam maya seperti SMS untuk melakukan sebarang

perbincangan memandangkan kami pulang ke rumah masing-masing untuk bercuti. Walau bagaimanapun, saya dan rakan tidak menjadikan hal-hal berikut sebagai penghalang. Kami berusaha sedaya mungkin agar kerja kursus yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan disiapkan dalam tempoh waktu yang telah diberikan. Kesimpulannya, kerja kursus ini banyak membantu saya dalam

meningkatkan kefahaman tentang perkara yang telah dipelajari. Saya berharap hasil kerja kami ini dapat memuaskan hati pensyarah pembimbing.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:XOlXxRUdQ38J:www.fp.utm.my/ePusat Sumber/pdffail/ptkghdfwP/RUHAIDAAP010366D2006TTP.pdf+pendekatan+pem belajaran+kontekstual&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESg

http://imann9969.blogspot.com/2009/06/tip-tugasan-hbhe1203-pk-pembelajaran.html