Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah Sistem Penanaman Padi Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu: 1. Musim Bersawah 2. Musim Menuai Musim Bersawah Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya. Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir (sisir), cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan. Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas- batas petak sawah dan juga di tapak semaian. Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menarik kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik badai batang pasang semasa penyediaan tapak semaian.
Penanaman padi secara tradisional di Kedah (jelapang padi Malaysia) beransur-ansur diganti di tahun-tahun 1990an dengan penggunaan jentera
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah
Sistem Penanaman Padi
Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu:
1. Musim Bersawah
2. Musim Menuai
Musim Bersawah
Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka
akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan
petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya.
Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir (sisir),
cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan.
Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di tapak semaian.
Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menarik kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik badai batang pasang semasa penyediaan tapak semaian.
Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan selepas kerja-kerja menggala (bajak) sawah bertujuan untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya dari rumput rampai.
Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menggala (bajak) sawah dengan ditarik oleh seekor kerbau.
1. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian
Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun beramai-ramai ke sawah
masing-masing untuk memulakan kerja-kerja seperti menggala (membajak) dan membersih petak-
petak sawah untuk dijadikan tapak semaian. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-
benih padi untuk dijadikan semai (anak padi sebelum dipindah/ditanam di dalam petak-petak sawah
yang disediakan).
Penyediaan tapak sawah memerlukan penelitian yang rapi. Tanahnya mestilah betul-betul lembut dan
bersih daripada sebarang jenis tumbuhan air di dalamnya. Bagi merata dan melincinkan permukaaan
tanahnya, sejenis alat yang di namakan "Pembadai" digunakan. Pembadai ini kebiasaannya ialah
sebatang pokok pisang yang dipotong mengikut keperluan dan dibuang kulitnya dan kemudian ditarik
dengan penyisir kecil (sisir kapar). Keadaan tanah yang lembut akan memudahkan kerja-kerja
mencabut semai.
Keri, Tajak dan Sisir Kapar Keri dan Tajak digunakan untuk menajak tanah supaya batas sawah
Tenggala Untuk membajak sawah Diperbuat daripada kayu halban
menjadi rata. Manakala sisir kapar digunakan untuk mencakar tanah supaya menjadi lebih rata.
jenis keras. Alat ini terbahagi kepada dua iaitu Tenggala Perlis dan Tenggala Cina. Tenggala-tenggala ini ditarik oleh seekor kerbau dan ada yang ditarik oleh dua ekor kerbau atau lembu.
2. Penyediaan Benih Padi
Benih padi yang terpilih akan diisi ke dalam guni (karung), kemudian direndam ke dalam air selama 3
hari 3 malam. Selepas direndam, benih padi tersebut diangkat dan disejat ke dalam bakul yang jarang
disebut sebagai "bakul lau", kemudian ditutup dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam
untuk proses percambahan mata tunas dan akar. Setelah benih tersebut bercambah, ianya terus
ditaburkan ke dalam petak-petak semaian yang disediakan dan dibiarkan tumbuh menjadi semai
(anak padi) selama jangka masanya 30 hingga 44 hari untuk tempoh cukup matangnya.
Kebiasaannya 44 hari.
Penyediaan Petak Semaian (Bekas Semai) Kerja-kerja penyediaan petak semaian (bekas semai) sedang dijalankan.Petak semai merupakan tempat pembiakan benih padi untuk dijadikan semai (anak padi) sebelum dipindahkan ke petak sawah yang disediakan.
Sabit Untuk memotong rumput-rumput yang tumbuh di atas batas sawah. Sabit ini diperbuat daripada besi.
Penimba Air Diperbuat daripada tong minyak dan berhulukan kayu panjang serta berkaki tiga. Ia akan digunakan untuk menimba air masuk ke dalam petak semaian.
Bakul Mengkuang Digunakan untuk membawa biji benih padi ke tapak semaian semasa hendak menabur. Ia diperbuat daripada mengkuang yang dianyam rapi. Bagi peladang-peladang, bekas-bekas lain seperti tin tidak boleh digunakan untuk mengisi benih oleh kerana dipercayai boleh menghilangkan semangat padi.
3. Mengerjakan Sawah
Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan terus
menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-kerja yang
seringkali dilakukan oleh mereka ialah:
1. Menggala (Membajak) Sawah
Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya tenggala ini dibuat
daripada kayu-kayu terpilih yang senang dibentuk iaitu lazimnya kayu halban. Dalam menjalankan
kerja-kerja ini selalunya tenaga kerbau digunakan tetapi ada ketikanya tenaga lembu digunakan.
Biasanya kerja-kerja yang dijalankan dengan kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana tenaga
lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk membalik-balikkan tanah
sawah.
2. Menyisir (Sisir)
Setelah selesai kerja-kerja menggala (membajak), ketulan-ketulan tanah semasa menggala akan
dibiarkan selama beberapa hari berendam air, bertujuan untuk melembutkannya. Untuk menghalus,
merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai,
sejenis alat persawahan tradisional yang disebut sebagai penyisir atau sisir digunakan. Ada tiga jenis
Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau giginya
dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut halus.
ii. Penyisir Besi
Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada besi semuanya
kecuali pemegangnya sahaja dibuat daripada kayu.
iii. Penyisir Kapar / Sisir Kapar
Penyisir ini berbentuk T. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya daripada batang nibong
atau pinang.
Menggala (Membajak Sawah) Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau.
Kerbau Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala.
Sisir Besi Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai.
Sisir Kapar Untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah.
C. Menggiling Tanah
Kaedah ini merupakan peringkat terakhir dalam penyediaan petak-petak sawah. Alat yang digunakan
ialah tenggiling. Ianya diperbuat daripada batang kayu yang dipotong mengikut keperluan dan
berbentuk seperti belimbing segi. Tenggiling ini terbahagi kepada dua jenis iaitu "Tenggiling
Belangkas" dan "Tenggiling Belimbing". Cara penggunaannya sama seperti kerja-kerja menggala
(membajak) dan menyisir kerana kerbau digunakan untuk menariknya. Kegunaannya ialah untuk
meratakan tanah sawah dan melembutkannya bagi memudahkan kerja-kerja penanaman padi
dijalankan.
Setelah selesai semua kerja-kerja seperti menggala (membajak), menyisir (sisir) dan menggiling, air
akan ditakung semula dalam petak-petak sawah untuk proses penanaman padi.
Tenggiling Untuk memecahkan tanah yang
Diperbuat daripada kayu yang berbentuk seperti belimbing segi. Panjangnya antara 5 hingga 7 kaki
berketul dan meratakan tanah selepas disisir. Proses meratakan tanah belum begitu baik tanpa menggunakan tenggiling.
dan bergaris pusatnya 6 inci. Kerbau diperlukan untuk menjalankan Tenggiling.
4. Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian Anak padi (semai) yang sudah cukup umur (tempoh) akan dicabut dan dijadikan "Cap" atau "unti"
(ketul). Biasanya kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong).
Semai-semai yang telah siap dijadikan ketul akan dipindah (angkut) ke petak-petak sawah oleh kaum
lelaki dengan menggunakan pengandar/salang yang diperbuat daripada buluh atau ditarik
menggunakan palung (sampan kecil). Ketul-ketul semai akan diatur di petak-petak sawah bagi
memudahkan kerja-kerja menanam padi dijalankan.
Mencabut Semai Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan oleh kaum wanita
Semai-semai Semai-semai yang telah diketulkan di himpun, kemudian diangkat ke petak-petak sawah yang disediakan untuk proses menanam padi
Pengandar semai Alat teknologi persawahan tradisional ini digunakan untuk mengangkut/memindahkan ketul-ketul semai dari petak semaian ke petak-petak sawah untuk ditanam. Alat ini juga dikenali sebagai pengandar rumput
Pengandar Semai Pengandar akan digunakan untuk mengangkut semai dari tapak semaian ke sawah. Selalunya ia diperbuat daripada batang kayu yang keras.
Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong royong). Dalam proses ini anak
padi (semai) yang cukup tempoh matang akan dipindahkan ke dalam petak-petak sawah yang
disediakan. Cara penanamannya dijalankan dengan empat atau lima jalur yang dipanggil "tekap".
Kerja-kerja menanam padi ini dijalankan dengan menggunakan tangan atau "Kuku" Kambing iaitu
sejenis alat yang pemegangnya diperbuat daripada kayu. Manakala hujungnya daripada besi yang
dicabangkan sedikit untuk memudahkan semai diletak sebelum ditanam ke tanah.
Menanam padi Kerja-kerja menanam padi dengan menggunakan tangan sedang dijalankan
Menanam Padi Menanam padi cara lama dilakukan oleh kaum wanita dengan menggunakan alat Kuku Kambing
Kuku Kambing Ia digunakan untuk menanam padi. Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Sementara di bahagian hujung besi terdapat cabang seperti kuku kambing.
Terendak Digunakan sebagai tudung kepala sewaktu bekerja di sawah untuk berlindung daripada cahaya matahari Diperbuat daripada buluh yang disulam begitu menarik sekali. Biasanya dipakai oleh wanita.
Proses ini merupakan satu kaedah tradisional untuk meleraikan buah padi daripada
tangkainya. Kerja-kerja ini dijalankan setelah selesai kerja-kerja mengetam dan mengiau padi
dijalankan. Terdapat beberapa cara yang digunakan. Antaranya:
A. Menggunakan Kerbau
Kaedah ini digunakan sekiranya petani-petani mempunyai bilangan petak-petak sawah yang
banyak. Lazimnya kerja-kerja ini dijalankan pada waktu malam hingga ke dinihari secara
gotong royong (berderau). Mengikut kaedah ini, gemai-gemai padi akan dihimpun dan
diletakkan di atas tikar dan selepas itu kerbau tersebut akan berjalan berulangkali di atasnya
sehinggalah buah padi terlerai.
Renggam Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Ia akan digunakan untuk mengetam buah padi yang akan dijadikan benih.
Gemai (Gemal) padi Tangkai-tangkai padi diketam akan dihimpun dan dijadikan gemai. Gambar menunjukkan kerja-kerja membuat gemai-gemai padi sedang dilakukan.
Mengerat padi Kerja-kerja mengerat padi sedang dijalankan.
Pengiau Hulunya diperbuat daripada ranting kayu yang bengkok dan melengkung manakala mata pisau mengerat dipasak masuk ke ranting tersebut . Ia akan digunakan untuk menuai padi yang berkeadaan rebah
Cekam Ia diperbuat daripada ranting kayu yang bercabang dan diasah tajam. Ia juga digunakan untuk mengangkat pokok padi yang rebah sebelum proses menuai.
Mengetam padi Kerja-kerja mengetam padi sedang dijalankan
Pisau mengerat Diperbuat daripada besi dan matanya bergerigi serta berhulukan kayu. Bentuknya melengkung seperti huruf C dan ia digunakan untuk mengerat padi.
B. Menggunakan Kayu (Dong)
Ianya diperbuat daripada kayu dan berbentuk melengkung. Mengikut kaedah ini, gemai-gemai padi
akan dilonggokkan di atas tikar pada satu tempat. Kemudian para petani secara beramai-ramai akan
memukul gemai-gemai tersebut dengan "dong" sehinggalah buah padi terlerai. Di samping itu
terdapat juga di setengah-setengah tempat kaum wanita melakukan kerja-kerja ini dengan
menggunakan kaki. Kesimpulannya walau apa kaedah yang digunakan adalah bertujuan untuk
Penghasilan beras secara tradisional dijalankan dengan menggunakan lesung hindik (lesung kaki),
lesung tangan, pengisar dan penampi padi.
Lesung hindik kaki dan lesung tangan Alat-alat ini digunakan untuk menumbuk buah padi bagi menghasilkan beras. Beras yang dihasilkan bercampur dengan antah , sekam dan lain-lain.
Proses menumbuk padi dengan lesung tangan
Lesung Kisar Untuk Mengisar padi. Diperbuat daripada buluh atau kayu. Raga buluh dibuat untuk mengisi tanah busut yang telah dicampur garam dan dihentak dengan kuat untuk menahan mata pengisar. Mata pengisar daripada kayu bakau dibelah nipis lebih kurang 3-4 mm. Panjang mata pengisar lebih kurang 4 inci (10 cm).
Penampi Padi Penggunaan alat ini bertujuan untuk memisahkan biji beras dari kulitnya selepas ditumbuk dan dikisar setelah memusingkan kipas di dalamnya. Angin yang dihasilkan melalui kipas tersebut akan menerbangkan kulit biji padi yang lebih ringan dari biji beras. Disinilah wujud proses pengasingan di mana biji beras akan keluar daripada corong pertama (besar) manakala kulitnya keluar melalui corong kedua (kecil)
8. Menampi
Beras yang telah siap ditumbuk atau dihasilkan melalui proses penghasilan beras tradisi kemudiannya
ditampi dengan menggunakan sejenis alat penampi yang dikenali sebagai "nyiru telor buaya" yang
diperbuat daripada buluh untuk mengasingkan antah, sekam dan dedak beras bagi menghasilkan
beras bersih.
Menampi Selain menggunakan kaedah mesin menampi padi, padi yang telah ditumbuk dan dikisar juga boleh dipisahkan biji beras dan kulit dengan kaedah menampi menggunakan nyiru atau badang yang diperbuat daripada buluh dan berbentuk bulat. Melalui kaedah ini kulit biji padi akan keluar dan yang tinggal di dalam nyiru tersebut ialah beras.