Top Banner
4.3 Nilai Pekali Kebolehpercayaan 4.4 Faktor-factor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan Mor Eddin Mortada
10

PEMBENTANGAN

Dec 24, 2015

Download

Documents

SA
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PEMBENTANGAN

4.3 Nilai Pekali Kebolehpercayaan4.4 Faktor-factor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Mor Eddin Mortada

Page 2: PEMBENTANGAN

4.3 Nilai Pekali Kebolehpercayaan

Dalam setiap ujian, seboleh-bolehnya kita mahu mendapat pekali kebolehpercayaan yang tinggi.

Namun persoalannya, berapa tinggi kebolehpercayaan yang diperlukan tersebut?

Dalam menjawab persoalan ini sebenarnya tiada satu ketetapan dan panduan khusus yang telah diberikan.

Page 3: PEMBENTANGAN

Nilai pekali kebolehpercayaan diukur dengan menggunakan pekali korelasi antara dua ukuran yang boleh dikira menggunakan pelbagai kaedah.

Biasanya nilai pekali kebolehpercayaan adalah di antara -1.00 hingga +1.00.

Jika pekali kebolehpercayaan negative menunjukan ketekalan songsang, ini bermaksud murid yang mendapat skor tinggi dalam ujian kali pertama akan mendapat skor rendah dalam ujian kali kedua dan sebaliknya.

Biasanya nilai pekali kebolehpercayaan bernilai positif, misalnya antara 0.60 hingga 0.85.

Page 4: PEMBENTANGAN
Page 5: PEMBENTANGAN

4.4 Faktor-factor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Menurut Azizi dan Mohd Isha (2009), terdapat beberapa factor yang mempengaruhi kebolehpercayaan sesuatu ujian. Antaranya ialah:

(a)Panjang Ujian

panjang sesuatu ujian akan menghasilkan kebolehpercayaan sesuatu ujian sama ada rendah atau tinggi. Untuk itu kita boleh menggunakan kaedah Spearman-Brown untuk mengira pekali ketekalan dalaman belah-dua dalam menentukan indeks kebolehpercayaan ujian apabila item ujian dikurangkan atau ditambah.

Page 6: PEMBENTANGAN

K ialah nisbah bilangan item dalam ujian baru kepada bilangan item dalam ujian asal dan r ialah pekali kebolehpercayaan ujian asal.

Page 7: PEMBENTANGAN

(b) Kesukaran Item Jika item ujian yang disediakan mudah, maka calon dapat menjawab ujian tersebut.

Hal ini akan menyebabkan keputusan ujian semua calon memberi skor yang hampir sama. Hasilnya indeks kebolehpercayaan adalah rendah.

Sebaliknya jika item ujian yang disediakan sukar, maka indeks kebolehpercayaan adalah tinggi.

Page 8: PEMBENTANGAN

(c) Objektiviti JawapanUjian yang berbentuk objektif akan mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi dan sebaliknya ujian yang berbentuk subjektif mempunyai indeks kebolehpercayaan adalah rendah.

Page 9: PEMBENTANGAN

Kesimpulan

Kebolehpercayaan menjelaskan peringkat ketekalan sesuatu alat mengukur sesuatu yang harus diukur. Dengan perkataan lain, kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketekalan skor. Ujian yang sah adalah ujian yang dipercayai.

Page 10: PEMBENTANGAN

Rujukan

Ismail Said dan Mohamad Munir Ismail. (2014). Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia SDN. BHD.