PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI KURSUS BAHASA PENGATURCARAAN II (VISUAL BASIC) NURUL SHIMAA BINTI OTHAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) BAGI KURSUS BAHASA PENGATURCARAAN II
(VISUAL BASIC)
NURUL SHIMAA BINTI OTHAMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) BAGI KURSUS BAHASA PENGATURCARAAN II (VISUAL BASIC)
NURUL SHIMAA BINTI OTHAMAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
iii
Teristimewa...
Buat ayahanda dan bonda, kakak, dan adik-adik tercinta;
Buat sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan;
Nur Farhana binti Mohd Hama
Ayuni Farhana binti Ab Kadir
Noor Liza binti Ismail
Wan Nor Syahida binti Wan Hussin
NurulSyahida binti Amdam
Juga sahabat-sahabat lain yang dikasihi fillah..
Pengorbanan, sokongan dan dorongan kalian amat ku hargai...
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, dapatlah saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Juga selawat
dan salam buat Rasul junjungan, Muhammad s.a.w, para sahabat, tabi’ tabi’in,
mujahid dan mujahidah yang tetap teguh memperjuangkan agama Islam yang
tercinta.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada
Puan Norasykin binti Mohd Zaid selaku penyelia PSM saya, yang meluangkan masa
untuk berbincang terhadap projek PSM yang saya jalankan sekaligus memberi tunjuk
ajar dalam menyiapkan laporan sepanjang semester ini.
Akhir sekali, sekalung penghargaan ditujukan kepada kedua ibubapa,
keluarga dan rakan seperjuangan yang banyak memberi bantuan, sokongan,
dorongan, kasih sayang dan doa serta kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam memberikan bantuan dan idea-idea dalam
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Projek ini dilaksanakan untuk membangunkan sebuah perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) bagi kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic)
meliputi tajuk Struktur Kawalan Pilihan dengan menggunakan pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Sehubungan itu, projek ini juga adalah
untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran yang interaktif dan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara bagi meningkatkan sumber
rujukan berbahasa Melayu. Aplikasi multimedia ini bercirikan lapan ciri PBM
sepertimana yang dicadangkan oleh Albion (2000a). Proses pembangunan perisian
PBK ini menggunakan model Rekabentuk Instruksi Bersistem iaitu model Hannafin
dan Peck sebagai panduan. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan
perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh
perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2, Sony
Sound Forge 7.0 dan Camtasia Studio 5. Justeru itu, adalah diharapkan perisian ini
dapat menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran topik Struktur Kawalan
Pilihan Visual Basic yang lebih aktif, interaktif dan realistik.
vi
ABSTRACT
This project was carried out to develop a Computer Based Learning (CBL)
software for the course Programming Language II (Visual Basic) in learning about
Selection Control Structure using Problem Based Learning (PBL) approach.
Futhermore, the aim of the project was also to develop an interactive software and
use Malay Language as the language of medium in order to increase the source of
reference in Malay Language. Eight characteristics of PBL were applied in this
multimedia application as suggested by Albion (2000a). Hannafin and Peck
Instructional Design Model was used as a guide to develop this software. This CBL
was developed by using Macromedia Authorware 7.0 as the main software and
supported by other software such as Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2,
Sony Sound Forge 7.0 and Camtasia Studio 5. Hopefully, the software could help
the process of teaching and learning of Visual Basic Selection Control Structure to be
more active, interactive and realistic.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
1
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PENSYARAH
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PENULIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Skop Projek
1.6 Kepentingan Projek
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Pensyarah
1.6.3 Fakulti
1.6.4 Universiti
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiv
xvi
1
3
5
6
6
7
7
7
8
8
viii
2
1.7 Definisi dan Istilah
1.7.1 Pendekatan
1.7.2 Pembelajaran
1.7.3 Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK)
1.7.4 Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBM)
1.7.5 Pengaturcaraan
1.7.6 Bahasa Pengaturcaraan
1.7.7 Perisian
1.7.8 Multimedia
1.8 Penutup
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Penggunaan PBK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
2.3 Kajian Mengenai Keberkesanan
Penggunaan PBK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
2.4 Teori Pembelajaran
2.4.1 Teori Konstruktivisme
2.4.2 Teori Kognitivisme
2.5 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBM)
2.5.1 Ciri-ciri PBM
2.5.1.1 Bermula dengan Masalah
Sebenar
2.5.1.2 Memasukkan Kes-kes yang
Relevan
9
9
10
10
11
11
11
12
12
14
15
16
18
19
20
21
22
23
23
ix
3
2.5.1.3 Menyertakan Beberapa
Pandangan atau Hujah
2.5.1.4 Mengaktifkan Pengetahuan
Sedia Ada dan Menyokong
Pembangunan Pengetahuan.
2.5.1.5 Membantu (Scaffold)
Pencapaian Pelajar.
2.5.1.6 Menyediakan Jalan Cerita
yang Mantap.
2.5.1.7 Menyediakan Capaian kepada
Maklumat yang Relevan.
2.5.1.8 Menggalakkan Penilaian
Kendiri
2.5.2 Keberkesanan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
2.6 Bahasa Pengaturcaraan
2.6.1 Bahasa Pengaturcaraan BASIC
2.6.2 Bahasa Pengaturcaraan Visual Basic
2.6.2.1 Sejarah Visual Basic
2.6.2.2 Kelebihan Visual Basic
2.7 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Pengaturcaraan Visual Basic Berbantukan
Komputer
2.8 Penutup
REKABENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Model Rekabentuk Pengajaran yang
24
24
25
25
26
26
26
27
28
29
30
31
32
34
35
x
4
Digunakan
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan
3.2.1.1 Pengguna Sasaran
3.2.1.2 Pemilihan Tajuk dan Skop
Tajuk
3.2.1.3 Penentuan Matlamat
Pembangunan Perisian
3.2.1.4 Pengumpulan Sumber
Bahan
3.2.2 Fasa Rekabentuk
3.2.2.1 Pembentukan Objektif
3.2.2.2 Teori Pembelajaran
3.2.2.3 Pendekatan Pembelajaran
3.2.2.4 Pembinaan Carta Alir
3.2.3 Fasa Pembangunan dan
Perlaksanaan
3.2.3.1 Perisian yang Digunakan
3.2.3.2 Spesifikasi Perkakasan
yang Digunakan
3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan
3.3 Penutup
PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Perbincangan Persembahan Perisian
4.2.1 Permulaan Perisian
4.2.2 Menu Utama Perisian
4.2.2.1 Pengenalan
4.2.2.2 Pembelajaran Berasaskan
Masalah
36
37
37
37
38
38
39
39
40
40
41
43
44
46
47
48
49
49
50
53
54
55
xi
5
i. Fasa 1
ii. Fasa 2
iii. Fasa 3
a. Perisian Visual
Basic
b. Email
c. Internet
d. Pakar Aturcara
e. Buku Rujukan
f. Nota Kuliah
iv. Fasa 4
v. Fasa 5
4.2.2.3 Kredit
4.2.2.4 Keluar
4.2.3 Kemudahan Lain dalam Perisian
4.3 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian
4.3.1 Teks
4.3.2 Grafik
4.3.3 Video
4.3.4 Animasi
4.3.5 Audio
4.4 Pempakejan, Pengurusan Fail dan
Penyebaran Perisian
4.5 Penutup
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1. Pengenalan
5.2. Perbincangan
5.3. Kelebihan Perisian
5.4. Kekurangan Perisian
60
61
62
64
65
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
74
75
75
76
76
76
77
78
79
80
81
xii
5.5. Masalah-masalah yang Dihadapi semasa
Pembangunan Perisian.
5.5.1. Masalah Kekangan Masa
5.5.2. Masalah Kepakaran dan
Kemahiran
5.5.3. Masalah Kekurangan Sumber
5.6. Cadangan Kajian Susulan
5.7. Penutup
RUJUKAN
82
82
83
84
84
85
86
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Model Rekabentuk Hannafin dan Peck 36
3.2 Carta Alir Perisian PBK Bagi Kursus Bahasa
Pengaturcaraan II (Visual Basic) 41
3.3 Carta Alir Fasa Aturcara 42
3.4 Carta Alir Sumber Maklumat 42
4.1 Paparan Montaj 51
4.2 Paparan Tajuk Perisian 52
4.3 Paparan Pendaftaran Pengguna 52
4.4 Paparan Nama Pengguna 53
4.5 Paparan Menu Utama 54
4.6 Paparan Pengenalan 55
4.7 Paparan Senario / Situasi 56
4.8 Paparan Poster Pertandingan 57
4.9 Paparan Projek 1 58
4.10 Paparan Projek 2 58
4.11 Paparan Projek 3 59
4.12 Paparan Fasa-fasa Aturcara 60
4.13 Paparan Fasa 1 61
4.14 Paparan Pembentukan Algoritma dan Logik Aturcara 62
4.15 Paparan Proses Mengekod Aturcara 64
4.16 Paparan Perisian Visual Basic 65
4.17 Paparan Email 66
4.18 Paparan Internet 67
xiv
4.19 Paparan Pakar Aturcara 68
4.20 Paparan Buku Rujukan 69
4.21 Paparan Nota Kuliah 70
4.22 Paparan Fasa Pengujian 71
4.23 Paparan Fasa Penyelenggaraan / Dokumentasi 72
4.24 Paparan Kredit 73
4.25 Paparan Keluar 74
4.26 Paparan Bantuan 75
xv
SENARAI SINGKATAN
ABBM - Alat Bahan Bantu Mengajar
BASIC - Beginner's All-purpose Symbolic Instruction Code
CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory
CPU - Central Processing Unit
GUI - Graphic User Interface
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
IT - Information Technology
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PBM - Pembelajaran Berasaskan Masalah
PC - Personal Computer
PPD - Program Pengajian Diploma
RAD - Rapid Application Development
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
VB - Visual Basic
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi
maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu pemangkin ke arah kemajuan
negara. Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang mengubah cara dan
kehidupan manusia pada zaman ini, bidang pendidikan negara kita juga tidak
terkecuali dari menerima arus perubahan tersebut. Cabaran era maklumat terhadap
sistem pendidikan dengan kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC)
dalam sistem pentadbiran negara menuntut konsep pendidikan bercorak ke arah
bercirikan teknologi.
Sejajar dengan perubahan dunia pendidikan masa kini, Murad dalam
Konvensyen Pendidikan Guru Kebangsaan (2003) berkata, teori dan Falsafah
Pendidikan negara telah berubah, justeru praktik dan amali telah dipinda dan
diubahsuai dengan keadaan zaman IT di mana konsep pendidikan guru di millenium
ke-2 ini perlu menitikberatkan elemen-elemen baru seperti IT dan sebagainya.
Berdasarkan kepada konsep tersebut, pengaplikasian bahan bantu mengajar
berbentuk komputer telah mula ditekankan di sekolah-sekolah. Pelbagai kursus,
2
bengkel, latihan dan seminar diadakan bagi melatih para guru supaya mereka dapat
menggunakan teknologi komputer untuk mengoptimumkan pengajaran dan
pembelajaran pelajar.
Menurut Abd. Ghani et al. (2005), pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari bertujuan menyediakan
pendidikan yang lebih berkualiti untuk meningkatkan pencapaian Falsafah
Pendidikan Negara ke tahap maksimum di mana teknologi maklumat menjadi
komponen utama dalam perlaksanaan projek ini. Salah satu usaha untuk menjayakan
Program Pembestarian Sekolah, adalah dengan penggunaan multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran menuntut
guru-guru menjadi seorang technology competent (cekap teknologi). Technology
competent bermaksud berkebolehan menggunakan semaksimum mungkin kebaikan
komputer dan pelbagai teknologi untuk mengembangkan dan meningkatkan peluang
pembelajaran dan kaedah mengajar dalam kehidupan seharian (Vicki Sharp, 1999).
Keperluan menjadi seorang technology competent dalam era teknologi maklumat dan
komunikasi ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam profesion perguruan
untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Menurut Dato’ Hj Rashdi bin Ramlan,
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, dalam Konvensyen Pendidikan
Guru Kebangsaan (2003), para guru, pensyarah dan setiap kita perlu mempunyai
keupayaan dari segi ilmu, pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan
teknologi maklumat yang menguasai era global masa kini untuk terus menjamin
kualiti pendidikan.
Kesedaran tentang peri pentingnya teknologi komputer dalam era globalisasi
kini dan sebagai menyahut seruan kerajaan supaya para guru menjadi technology
competent dalam profesion perguruan, beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan Institusi Pengajian Tingggi Swasta (IPTS) telah mengorak langkah
3
menawarkan beberapa kursus berkaitan teknologi maklumat supaya graduan yang
bakal lahir dapat menguasai ilmu dan kemahiran dalam teknologi maklumat serta
menyumbang ke arah perkembangan teknologi.
Menurut Harun et al. (dalam Maslin et al., 2002), dalam bidang pendidikan
sekolah, penekanan tentang pembelajaran pengaturcaraan diberikan kepada guru-
guru untuk menjayakan program celik komputer di sekolah-sekolah seperti
kurikulum berteraskan multimedia dan teknologi maklumat yang diselit di dalam
Program Khas Pensiswazahan Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Di antara kursus yang ditawarkan adalah Bahasa Pengarangan
(Authorware), Bahasa Pengaturcaraan C++, Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic)
dan sebagainya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Memandangkan kita sedang berada di alaf ke-21 dan bagi mencapai usaha
kerajaan untuk mewujudkan sekolah bestari, adalah wajar bagi semua golongan
pendidik untuk mendalami ilmu IT. Pembinaan perisian untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran amat digalakkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak
sekolah. Oleh itu, sebagai memenuhi seruan kerajaan untuk menjadikan para
graduan dari aliran pendidikan sebagai technology competent, UTM telah
memperkenalkan beberapa subjek berkaitan teknologi maklumat agar mereka
mampu menyumbang ke arah perkembangan teknologi dalam pendidikan. Salah satu
kursus yang ditawarkan adalah kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic).
Pembelajaran pengaturcaraan komputer berguna kepada guru-guru dan
mereka yang berhasrat untuk menghasilkan dan membangunkan pelbagai perisian
termasuk perisian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran
4
pengaturcaraan komputer melibatkan penguasaan pelajar dalam membentuk
algoritma, sintaks bahasa pengaturcaraan, reka bentuk aturcara dan teknik
penyelesaian masalah (Maslin et al., 2002).
Pendekatan yang sering digunakan oleh pensyarah untuk mengajar pelajar di
universiti bagi kursus bahasa pengaturcaraan adalah dengan kaedah kuliah dan
tutorial. Memandangkan bilangan pelajar yang ramai dalam satu bilik kuliah
berkemungkinan ia akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
tidak selesa dan efisien.
Tambahan pula, ramai pelajar menganggap bahasa pengaturcaraan adalah
suatu subjek yang sukar dipelajari. Ini terbukti dengan kajian yang dilakukan oleh
Maslin et al. (2002), ke atas pelajar-pelajar yang mempelajari pengaturcaraan
komputer dalam multimedia. Kajian mendapati, pelajar menganggap pengaturcaraan
adalah suatu aktiviti yang kompleks dan membosankan. Di antara sebab-sebabnya
adalah kerana struktur bahasa pengaturcaraan itu sendiri adalah terlalu kompleks dan
memerlukan penelitian, sukar untuk menyelesaikan masalah, perlu banyak berfikir,
terdapat pelbagai cara penyelesaian, memerlukan pemikiran yang kompleks, dan
memerlukan pemahaman yang mendalam kerana melibatkan banyak sintaks.
Menurut Ibrahim et al. (2004), kebanyakan pensyarah biasanya
menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran
itu sendiri di mana proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja dan
adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar
konteks sebenar. Justeru itu, perisian multimedia merupakan satu alternatif baru ke
arah mempelbagaikan media pengajaran (Ismail, 2002). Ini kerana, elemen-elemen
multimedia yang terdapat dalam perisian dapat menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan, memberangsangkan serta bersesuaian dengan
keperluan individu pelajar.
5
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang bercorak interaktif juga perlu
dilaksanakan untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih baik
daripada pengajaran tradisional. Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan
akan dapat meningkatkan peluang pelajar untuk belajar. Justeru itu, perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan satu pendekatan pengajaran
dan bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk menarik minat pelajar dalam
mempelajari kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic), seterusnya dapat
membantu para pelajar untuk menguasai kursus ini dengan baik.
1.3 Pernyataan Masalah
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa perisian tidak dibina dan direka
mengikut sukatan pelajaran yang sesuai untuk pelajar kerana kebanyakan pereka
perisian kursus tidak mempunyai latar belakang sebagai pendidik walaupun mereka
adalah pakar dalam membina perisian. Secanggih mana pun perisian yang dibina,
namun, jika pembangunan perisian pendidikan tidak dibina berasaskan teori
pembelajaran yang sesuai, tidak akan dapat menghasilkan pembelajaran yang efektif
lagi berkualiti. Didapati, kebanyakan perisian tutorial Visual Basic yang terdapat di
pasaran tidak selaras dengan silibus yang dipelajari oleh pelajar Fakulti Pendidikan
UTM yang mengambil kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic)
menyebabkan pelajar tidak mempunyai bahan rujukan yang sesuai dalam
mempelajari kursus ini.
Di samping itu juga, kaedah tutorial yang sering digunakan dalam
pembangunan perisian bagi mempelajari Visual Basic kadang kala membosankan
dan tidak dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana persekitaran
pembelajaran yang dibina tidak menarik dan interaktif.
6
Tambahan pula, kebanyakan perisian Visual Basic yang terdapat di pasaran
adalah dalam versi Bahasa Inggeris. Ini akan menyukarkan pelajar memahami
arahan, isi kandungan dan pelajaran yang terkandung di dalam perisian terutama bagi
mereka yang lemah di dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa perantaraan juga merupakan punca mengapa perisian kursus tersebut kurang
digunakan sebagai sumber rujukan oleh pelajar.
1.4 Objektif Projek
Tujuan utama projek ini adalah untuk merekabentuk dan membangunkan satu
perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), bagi kursus Bahasa
Pengaturcaraan II (Visual Basic). Objektif projek ini adalah untuk:
i. Merekabentuk dan membangunkan satu perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) berasaskan pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM).
ii. Membangunkan perisian PBK yang bersifat interaktif.
iii. Membangunkan perisian PBK dalam versi Bahasa Melayu.