Top Banner
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN WEB BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 6 RENDAH UNTUK TOPIK KEADAAN JIRIM-FASA GAS SUTINI BINTI PARNIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
22

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

Aug 18, 2018

Download

Documents

phungthuan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN WEB

BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 6 RENDAH UNTUK TOPIK

KEADAAN JIRIM-FASA GAS

SUTINI BINTI PARNIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN WEB

BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 6 RENDAH UNTUK TOPIK

KEADAAN JIRIM-FASA GAS

SUTINI BINTI PARNIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

Serta Pendidikan ( Kimia )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN
Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani;

Kupanjatkan setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat dan

kurniaMu. Alhamdulillah...

Kudedikasikan khas buat :

Bonda Tercinta,

Doa dan pengorbananmu tiada ternilai dan tidak mampu untuk kumembayarnya

dengan segala benda di dunia ini. Dikaulah ibu, juga pengganti ayah. Kasih

sayangmu padaku tidakkan luntur, meskipun masa kian berlalu. Semoga dirimu

sentiasa dalam kerahmatan, keredhaan, peliharaan, dan keberkatan Allah...

Arwah Ayahanda Tercinta,

Meskipun jasadmu telah tiada, namun harapanmu tetap terus membakar semangatku

untuk meneruskan perjuangan menjadi insan bergelar pendidik. Semoga Allah

merahmati dan mencucuri rahmat ke atas Rohmu...

Ahli Keluarga Tercinta,

Kak Long, Bang Wan, Tina, Malek, dan Leha,

Terima kasih atas dorongan kalian. Sesungguhya, air dicincang takkan putus.

Semoga ikatan kasih sayang kekeluargaan antara kita kian terjalin kukuh...

Untuk Insan Tersayang,

Terima kasih untuk kasih sayang, dorongan, nasihat, doa, pemahaman, dan

sokonganmu. Semoga hubungan yang telah terbina ini mendapat keberkatan Allah...

Sahabat-sahabatku Zuli, Farah, Aida, Ayu, Irma, Ita...

Tunjuk ajar kalian amat bernilai buat diriku. Terima kasih untuk persahabatan yang

terjalin. Terima kasih untuk segalanya...

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

iv

PENGHARGAAN

Alhamdullilah dengan kekuatan dan kemampuan yang Allah s.w.t kurniakan,

akhirnya saya dapat menyiapkan projek pembangunan perisian multimedia

berasaskan web bagi subjek Kimia Tingkatan 6 rendah untuk topik Keadaan Jirim –

Fasa Gas ini. Segala penat lelah telah terbayar dengan terhasilnya perisian

multimedia ini.

Ucapan setinggi – tinggi terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya

iaitu PM Dr. Rio Sumarni Shariffudin atas tunjuk ajar dan kesabaran yang diberikan

dalam membimbing saya menyiapkan projek ini dari awal sehinggalah ke akhirnya.

Jasa, keprofesionalan dan pengertianmu amat – amat kuhargai. Pengalaman dan

kepakaranmu dalam bidang multimedia memang diiktiraf.

Ucapan setinggi – tinggi penghargaan juga kepada pensyarah akedemik,

Encik Abdul Razak Idris, rakan – rakan seperjuangan, dan semua yang terlibat dalam

menjayakan pembangunan perisian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

v

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk membangunkan perisian multimedia berasaskan

web bagi subjek Kimia Tingkatan 6 Rendah, untuk topik Keadaan Jirim – Fasa Gas.

Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM

dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Objektif perisian

ini dibangunkan ialah bertujuan sebagai bahan bantu belajar bagi para pelajar

Tingkatan 6 yang mengambil subjek Kimia. Perisian ini dibangunkan berteraskan

Model Lima Fasa Needham yang terdapat dalam Teori Pembelajaran

Konstruktivisme. Model reka bentuk pengajaran Rapid Prototyping digunakan dalam

proses pembangunan perisian multimedia ini. Perisian Macromedia Flash MX

digunakan sebagai medium utama untuk membangunkan perisian Keadaan Jirim –

Fasa Gas ini. Selain itu, perisian Adobe Photoshop 7.0 dan Sonic Foundry Sound

Forge 6.0 turut digunakan untuk menghasilkan imej, grafik, dan audio bagi

menyempurnakan perisian ini. Gabungan elemen grafik, imej, audio, teks, dan

animasi menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif dan interaktif.

Penilaian prototaip perisian ini telah dilakukan dengan mengedarkan soal selidik

kepada 3 orang pakar yang terdiri daripada seorang pensyarah dan dua orang guru

yang berpengalaman, serta 5 orang pelajar. Hasil daripada penilaian tersebut didapati

kandungan perisian multimedia ini bersesuaian dengan sukatan pelajaran dan

memuaskan dari segi reka bentuk antara mukanya. Diharapkan perisian multimedia

ini membantu para pelajar khususnya pelajar Tingkatan 6 memahami topik Keadaan

Jirim – Fasa Gas ini.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

vi

ABSTRACT

The aim of this project was to develop a web-based multimedia courseware

for Lower Six Chemistry subject, for topic States of Matter – Gas Phase. This

courseware was developed based on the syllabus of STPM Form Six Chemistry

subject and using English language. The objective of developing this courseware was

to make it as the learning aid material for the Form Six students in studying

Chemistry. Needham’s Five Phase Model in Constructivisme Learning Theory was

used as the basis in developing this courseware. Rapid Prototyping instructional

design model was used along the process. Macromedia Flash MX software was used

as the main medium to develop the courseware. Other softwares that were used to

produce images, graphics, and audios were Adobe Photoshop 7.0 and Sonic Foundry

Sound Forge 6.0. These combination of graphics, images, audios, animations and

texts elements will make the learning process become more effective and more

interactive. This prototype had been assesed by 2 well-experienced school teachers, a

lecturer and 5 students. The result shows that the prototype’s content is suitable with

the syllabus and that the interface design is a satisfactory. It is hope that this

multimedia courseware could help and could enhance the students in understanding

the topic States of Matter – Gas Phase better.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Penyataan Masalah 5

1.3 Objektif Projek 5

1.4 Rasional Projek 6

1.5 Kepentingan Projek 7

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

viii

1.6 Skop Projek 7

1.7 Definisi Istilah 8

1.7.1 Perisian Multimedia 8

1.7.2 Keadaan Jirim 8

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 9

2.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 9

2.1.1 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer 10

2.1.2 Kekurangan Pembelajaran Berbantukan Komputer 11

2.2 Sorotan Kajian Berkenaan Aplikasi Pembelajaran 12

Berbantukan Komputer Dalam Pendidikan Kimia

2.3 Pengenalan Kepada Pembelajaran e-learning 14

2.3.1 Kebaikan Pembelajaran e-learning 15

2.4 Teori Pembelajaran 17

2.4.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 18

2.4.1.1 Kelebihan Pembelajaran Secara 20

Konstruktivisme

2.4.1.2 Model Lima Fasa Needham Sebagai Satu 21

Strategi Dalam Teori Konstruktivisme Bagi

Mengajar Subjek Kimia

2.4.1.3 Implikasi Teori Konstruktivisme Kepada 23

Pembelajaran e-learning

2.4 Kelebihan Multimedia Dalam Pembelajaran 25

3 REKA BENTUK PERISIAN

3.0 Pengenalan 27

3.1 Model Reka Bentuk Pengajaran Yang Digunakan 27

Dalam Pembangunan Perisian

3.2 Fasa Analisis Feasibiliti 29

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

ix

3.3 Fasa Analisis Keperluan 30

3.3.1 Perkakasan Yang Digunakan 31

3.3.2 Perisian Yang Digunakan 32

3.3.2.1 Perisian Bahasa Pengarangan 32

3.3.2.2 Perisian Grafik 32

3.3.2.3 Perisian Audio 33

3.4 Fasa Mereka Bentuk Perisian 33

3.4.1 Reka Bentuk Informasi 33

3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 35

3.4.3 Reka Bentuk Antara Muka 35

3.5 Fasa Penilaian Dan Pengujian 37

3.5.1 Soal Selidik Penilaian Perisian 38

3.5.1 Item-item Soal Selidik Penilaian Perisian 39

3.6 Penyebaran Perisian 40

3.7 Carta Alir Perisian 41

4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.0 Pengenalan 42

4.1 Carta Alir Perisian Yang Telah Dibangunkan 42

4.1.1 Carta Alir Isi Pelajaran 44

4.2 Paparan Antara Muka Perisian 45

4.2.1 Pengenalan 45

4.2.2 Menu Utama 46

4.2.3 Isi Kandungan Pelajaran 47

4.2.4 Pengintegrasian Model Lima Fasa Needham 48

Dalam Isi Kandungan Pelajaran

4.2.5 Latihan 53

4.2.8 Bantuan 55

4.2.7 Kredit 57

4.3 Penilaian Perisian 57

4.3.1 Hasil Penilaian 58

4.3.1.1 Kriteria Pengajaran Dan Pembelajaran 58

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

x

4.3.1.2 Kriteria Mudah Diguna 59

4.3.1.3 Kriteria Ciri – ciri Multimedia 60

4.3.1.3 Kriteria Reka Bentuk Skrin 61

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 62

5.1 Perbincangan 62

5.1.1 Perbincangan Hasil Penilaian 62

5.1.2 Kelebihan Perisian Yang Telah Dibangunkan 63

5.1.3 Kekurangan Perisian Yang Telah Dibangunkan 64

5.1.4 Permasalahan Sepanjang Proses Pembangunan Perisian 64

5.1.4.1 Faktor Kepakaran 65

5.2 Rumusan 66

5.3 Cadangan 66

5.4 Cadangan Susulan 67

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN A 71

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Spesifikasi Perkakasan Pembangunan Dan 31

Main Balik

3.2 Skala Likert 38

3.3 Pengelasan Semula Skala Likert 38

3.4 Item-item Kriteria Pengajaran Dan Pembelajaran 39

3.5 Item-item Kriteria Mudah Diguna 39

3.6 Item-item Kriteria Ciri – ciri Multimedia 40

3.7 Item-item Kriteria Reka Bentuk Skrin 40

4.1 Kriteria Pengajaran Dan Pembelajaran 58

4.2 Kriteria Mudah Diguna 59

4.3 Kriteria Ciri – ciri Multimedia 60

4.4 Kriteria Reka Bentuk Skrin 61

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model Rapid Prototyping 29

3.2 Carta Aliran Perisian 41

4.1 Carta Alir Perisian Multimedia 43

4.2 Carta Alir Isi Pelajaran 44

4.3 Paparan Montaj 45

4.4 Paparan Objektif Pembelajaran 46

4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47

4.6 Paparan It Happens Around You 50

4.7 Paparan What DoYou Think 51

4.8 Paparan The Scientific Ideas 51

4.9 Paparan Applying The Scientific Ideas 52

4.10 Paparan Does It Clear To You Now? 52

4.11 Paparan Self Reflection Soalan Objektif 54

4.12 Paparan Self Reflection Soalan Sujektif 54

4.13 Paparan Keputusan 55

4.14 Paparan Glossary 56

4.15 Paparan Hyperlink 56

4.16 Paparan Acknowledgement 57

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

xiii

SENARAI SINGKATAN

2D - 2 Dimensi

3D - 3 Dimensi

CD – ROM - Cakera Padat (Compact Disk – Read Only Memory)

CPU - Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit)

GB - Giga Bite

GHz - Giga Hertz

MB - Mega Bite

OS - Sistem Pengoperasian (Operating System)

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

RAM - Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory)

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Penilaian Perisian 71

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kemunculan Sekolah Bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya

perubahan terhadap pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kesepaduan antara penggunaan komputer, elemen multimedia dan

internet dengan isi kandungan pelajaran telah mengubah corak pengajaran yang

disampaikan oleh pendidik. Guru tidak lagi terikat dengan kaedah pengajaran tradisi

yang lebih berpusatkan guru atau bahan. Pada masa ini, proses pengajaran dan

pembelajaran lebih tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

pelajar. Fenomena kini menyaksikan para pelajar lebih kreatif dan kritis dalam

menerima ilmu yang disampaikan oleh guru. Mereka tidak hanya bergantung

sepenuhnya kepada guru, sebaliknya, mencari sumber tambahan yang lain dengan

melayari internet mahupun menggunakan perisian kursus untuk memantapkan

pengetahuan mereka.

Kecanggihan teknologi dan perkembangan internet, media elektronik serta

program aplikasi telah mendatangkan kesan yang besar dalam pencapaian bidang

pendidikan. Penggunaan teknologi bukanlah bertujuan untuk mengambilalih peranan

guru sebagai pendidik, malah ia dijadikan sebagai media utama pengajaran dan

pembelajaran dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dalam proses tersebut.

(Jaya Kumar C. Koran, 2001).

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

2

Selain itu, kesan positif yang utama yang lain ialah kemunculan pembelajaran

e-learning. Mark Nichols (2005) mendefinisikan (e-learning) sebagai pembelajaran

yang disokong oleh penggunaan isi kandungan dan alatan digital melalui akses

internet dan teknologi lainnya seperti komputer, cakera padat, dengan penglibatan

interaktiviti secara (online) antara pelajar dengan guru dan sesama pelajar.

Sementara Pollard & Hillage (2001) dalam Paul Jones et. al (2004) mempercayai

bahawa e-learning merupakan satu medium baru merangkumi penyampaian ilmu

serta pentadbiran dan pengurusan peluang pembelajaran dan sokongan melalui

komputer dan rangkaian komputer, jaringan internet, dan teknologi berasaskan web,

bagi meningkatkan perkembangan diri dan pencapaian individu

1.1 Latar Belakang Masalah

Pendidikan Tingkatan 6 merupakan kesinambungan pendidikan menengah

sebelum pelajar memasuki pendidikan tinggi. Memandangkan proses pengajaran

dan pembelajaran dijalankan di sekolah menengah, maka tenaga pengajar yang

digunakan adalah daripada sumber tenaga pengajar dari sekolah yang sama. Setakat

ini, pendekatan pengajaran Tingkatan 6 tidak banyak berbeza dengan proses

pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan 4 dan 5.

Bagi konteks kajian ini, pembangun memfokuskan kepada permasalahan

yang dihadapi oleh para pelajar Tingkatan 6 rendah aliran sains dalam mempelajari

subjek Kimia secara am, dan secara khusus bagi topik Keadaan Jirim – Fasa Gas

(State of Matter – Gas Phase). Dalam topik ini, pelajar didedahkan dengan fakta,

konsep, hukum dan teori yang berkaitan dengan keadaan serta sifat jirim bagi gas.

Mansor Niaz dan William R. Robinson (1992) dalam salah satu kajian yang

dijalankan berkenaan dengan tahap pemahaman pelajar bagi program persediaan ke

universiti terhadap sifat gas, menyatakan bahawa pelajar tidak ditekankan kepada

aspek pemahaman secara kualitatif tentang sifat gas. Hal ini seterusnya

menyebabkan pelajar tidak dapat memberikan jawapan dan alasan logik yang

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

3

memuaskan bagi soalan – soalan yang berkaitan dengan konsep asas sifat gas,

misalnya dalam menerangkan proses peleburan, pengewapan, kondensasi dan

pembekuan berdasarkan teori kinetik gas. Sebaliknya mereka lebih menyerlah dalam

soalan – soalan penyelesaian masalah yang melibatkan pengiraan.

Mansor Niaz dan William R. Robinson menambah, sungguhpun para pelajar

mampu memanipulasi dan menerbitkan persamaan serta mengaplikasikan algoritma

dalam penyelesaian masalah, mereka masih tidak berupaya untuk menerangkan

secara kualitatif fenomena yang berlaku dalam dunia realiti. Seterusnya, mereka

menyarankan kepada guru – guru, pengamalan dua pendekatan yang berbeza bagi

mengajar subtopik sifat gas, iaitu memanipulasikan pembolehubah yang berkaitan

seperti tekanan, suhu, dan isipadu dalam persamaan gas yang ideal. Keduanya,

memperbanyakkan latihan yang mengandungi data – data yang boleh

diintepretasikan dan dimengertikan secara konseptual berkenaan dengan sifat gas.

Saranan ini tidak hanya berguna bagi subtopik sifat gas sahaja, tetapi sebaliknya

boleh digunapakai dalam topik sifat jirim secara keseluruhannya.

Mansor Niaz dan William R. Robinson menyimpulkan kemungkinan yang

membawa kepada ketidakupayaan pelajar menyelesaikan masalah kimia yang

berbentuk kuantitatif ini kepada beberapa faktor psikologikal yang utama.

Antaranya, pelajar mungkin tidak dapat menyatakan tujuan data yang disediakan

dalam masalah yang terbabit, dan seterusnya mereka mengalami kesulitan dalam

mengingat semula maklumat yang relevan dengan masalah yang hendak

diselesaikan. Seterusnya, terdapat pelajar yang tidak boleh mengaplikasikan prinsip

– prinsip kimia yang telah dipelajari sebelumnya sewaktu menulis perhubungan

antara maklumat yang telah diberi dalam soalan dengan apa yang hendak dicari.

Situasi ini kemudiannya menyebabkan pelajar tidak memikirkan pembolehubah lain

yang mungkin dapat menghubungkaitkan maklumat yang diketahui dengan yang

hendak dicari.

Subjek Kimia bukan sahaja mengandungi fakta, konsep, hukum atau teori

semata – mata. Sebaliknya, subjek ini mempunyai pertalian yang sangat rapat

dengan ilmu dan kemahiran Matematik. Hal ini dapat diperhatikan dengan jelas

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

4

sewaktu pelajar menyelesaikan masalah kimia yang bersifat kuantitatif. Menurut J.

C. Adigwe (1981) kemahiran penyelesaian masalah adalah sukar dikuasai oleh para

pelajar sekolah menengah kerana ianya melibatkan struktur intelektual yang

kompleks. Malahan, penguasaan kemahiran penyelesaian masalah yang berada pada

tahap rendah ini adalah merupakan penyebab utama kegagalan pelajar dalam subjek

Sains dan Matematik di sekolah.

Perkembangan teknologi komputer yang berlaku dengan sangat pesat telah

memberikan impak yang jelas dalam hampir semua bidang kehidupan manusia pada

masa kini. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan menerima kesan yang sama.

Gabungan antaramuka pengguna bergrafik dengan perisian komputer telah

menghasilkan perisian kursus yang digunakan oleh para pendidik sebagai bahan

bantu mengajar yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Pada masa yang sama, aplikasi internet juga mendapat sambutan yang

meluas daripada masyarakat. Pelajar dan guru boleh mengakses pelbagai maklumat

melalui internet dengan lebih pantas jika dibandingkan dengan kaedah pencarian

maklumat tradisi, sepertimana yang diperkatakan oleh Patricia L. Rogers (2002),

iaitu peranan guru pada masa kini telah berubah daripada “pemberi segala

maklumat” kepada fasilitator pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran kini tidak hanya berlaku di dalam kelas

semata – mata, dengan kaedah chalk and talk. Kemunculan suasana pengajaran dan

pembelajaran berasaskan kombinasi teknologi komputer dan talian internet atau

ringkasnya e-learning mendatangkan pelbagai kesan positif dalam sistem

pembelajaran kini. Sejajar dengan fenomena baru ini, banyak laman web

berunsurkan pendidikan telah dibangunkan bagi menawarkan pembelajaran kendiri

kepada para pelajar untuk subjek – subjek yang berkaitan. Laman – laman web ini

boleh diakses tanpa had masa dan batasan kawasan geografi.

Internet menyediakan kemudahan yang menyokong persekitaran

pembelajaran alternatif yang mempunyai ciri interaktiviti yang amat memuaskan

melalui pembelajaran informal, sama ada terhadap pendidik, mahupun para pelajar.

Lambakan maklumat daripada internet membawa kesan kepada pelajar. Namun

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 6 STPM ... 4.5 Paparan Nota What is Pressure ? 47 ... BAB 1 PENDAHULUAN

5

begitu, harus diingat bahawa tidak semua maklumat dari laman web yang diakses

adalah berguna dan bermanfaat kepada para pelajar.

1.2 Pernyataan Masalah

Pembelajaran e-learning mendatangkan banyak kebaikan kepada semua

pihak, samada kepada golongan pendidik, mahupun kepada para pelajar. Lantaran

itu, pembangun merasakan perlunya sebuah perisian multimedia berasaskan web

bagi subjek Kimia Tingkatan 6 rendah untuk topik Keadaan Jirim – Fasa Gas ( State

of Matter- Gas Phase ) yang memiliki ciri – ciri pembelajaran aktif, konstruktif, dan

interaktif dihasilkan bagi mengungkai kemelut dan kesukaran yang dihadapi oleh

para pelajar dalam mempelajari topik States of Matter – Gas Phase di sekolah, di

mana mereka tidak berupaya untuk menerangkan fenomena dunia realiti dengan

menggunakan penerangan secara saintifik.

Selain itu, didapati tidak banyak laman – laman web mahu pun perisian

kursus untuk pelajar Tingkatan 6 yang tersedia di pasaran. Hal ini kerana,

kebanyakan pembangun program perisian lebih menumpukan usaha mereka

membangunkan perisian kursus untuk pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1

hingga Tingkatan 5.

1.3 Objektif Projek

Objektif utama projek ini direkabentuk adalah untuk membangunkan sebuah

perisian multimedia berasaskan web bertajuk State of Matter – Gas Phase khusus

bagi pelajar Tingkatan 6 rendah yang disusun berpandukan sukatan pelajaran untuk

subjek Kimia Tingkatan 6.