Pengertian sejarahPenakrifan tentang sejarah sangat penting bagi
membolehkan para pengkaji memahmai secara mendalam tentang
pengertian sejarah.Tanpa memahami secara mendalam tentang
pengertian sejarah, maka sukar bagi seseorang itu menjalankan
penyelidikan sejarah dan seterusya mnghasilkan penulisan sejarah
yangberkualiti.Oleh yang demikian, penakrifan sejarah akan
membolehkan para pengkaji sejarah memahami secara lebih mendalam
dan juga tepar tentang ruang lingkup sejarah.Pemahaman terhadap
ruang lingkup sejarah amat penting untuk memudahkan ahli sejarah
menjalankan penyelidikan mengikut bidang yang mereka minatiSelain
itu para pengkaji sejarah juga dapat memahami secara mendalam satu
ukuran sejauh manakah pendekatan sejarah dapat dibezakan daripada
pendekatan ilmu-ilmu lain seperti sains kemasyarakatan dan sains
tulenPemahaman terhadap pendektan sejarah yang mempunyai perbezaan
yang besar dengan pendekatan ilmu-ilmu lain membolehkan para ahli
sejarah menjalankan penyelidikan sejarah tanpa sebarang keraguan
dan seterusnya Berjaya menghasilkan penulisan sejarah yang tidak
mendapat kritikan mendalam daripada ahli sejarah lain
Pengertian tentang sejarah menjadi rumit setelah muncul
aliran-aliran baharu yang memberi pentakrifan berbeza tentang
pengertian sejarahJusteru itu berlaku perubahan yang besar dalam
kaedah penulisan sejarahAliran-aliran baharu tersebut bukan sahaja
memperluaskan lingkungan kajian sejarah bahkan pada masa yang sama
telah memperkenalkan kaedah-kaedah baharu dalam mnejalankan kajian
sejarah dan juga menghasilakn penulisn sejarahHal ini telah
menimbulkan kerumitan dalam kalangan ahli-ahli sejarah sewaktu
memberikan penakrifan sejarah sama ada sejarah tersebut merupakan
satu bidang ilmu sahaja ataupun merupakan gabungan
pendekatan-pendekatan lain dalam menghasilkan satu kajian sejarah
dan juga penulisan sejarah
Takrifan yang diberikan oelh kamus2 yang sedia ada memang
menglirukan dan tidak menepati akibat kemunculan aliran2 yang telah
memperluaskan lingkungan kajian sejarahMengikut Kmaus Dewan
pengertian sejarah ialah asal-usul ataupun salasilajSelain itu
terdapa juga pengertian lain yang diberikan iaitu peristiwa yang
benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat, dan
tamboKamus Dewan juga memberikan pengertian lain iatu kajian atau
pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu ataupun
tawarikhKamus Dewan telah memberikan pengertian yang berbeza untuk
memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat umumPengertian yang
idberikan oleh kamus Dewan boleh diterima pakai dan diguna
pakaiNamun begitu penakrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan adalah
bersifat satu penakrifan umum sahajaPenakrifan umum tersebut tidak
dapat memberikan penakrifan yang tepat dan jitu tentang sejarah
yang meruapakan satu cabang ilmu yang penting dalam membuat kajian
dan menghasilkan penulisan sejarah.Bersifat kajianDalam memberikan
penakrifan tentang sejarah, professor Collingwood menyatakan bahawa
sejarah merupakan satu unsur kajian ataupun sejarah adalah
merupakan penyelidikanTakrifan yang diberikan oleh Profesor
Collingwood relevan dengan peranan dan tugas yang dimainkan oleh
ahli sejarahApabila membuat kajian dan penyelidikan, ahli sjarah
akan berusaha untuk memahami sesautu peristiwa yang belum lagi
diketahui dan tidak pernah ada sebarang kajian dan penulisan
tentang perkara tersebut yangdibuat oleh para ahli sejarah yang
lainOleh itu para ahli sejarah akan berusaha untuk mnejawab soalan2
tersebutSebagai contohnya jikalau seorang ahli sejarah hendak
menjalankan kajian tentang pembukaan sesuatu tempat maka ahli
sejarah tersebut akan menjalankan kajian berdasrakna soalan-soalan
yang dibinaSeterusnya hli sejarah akan berusaha untuk menjalankan
kajian supaya soalan-soalan yang telah dibina dapat
dijawabPenyeldikan yang ijankan oleh ahli sejarah juga berlku dalam
bidang-bidan ilmu yang lainAntara bidang-bidang yang berkait ialah
bidang sains kemasyarakan, bidang sains tulen, dan juga bidang
perubatanJikalau kita mendalami bidang sains tulen maka seseorang
hali sains akna menjalankan kjian dan penyelidikan untukmendpatkan
jawapan bagi hipotesis yang telah dibina sebelum memulakan
penyelidikanBagi professor Collingwood, sebarang kajian ataupun
penyelidikan ayng dijalankan untuk mendapatkan jawapan adalah
merupakan sainsLanjutan itu Profesor Collingwood juga menegaskan
ilmu sains adalah satu kajian ataupun penyelidikan yang dijalankan
untuk mengetahui sesautuJusteru itu professor Collingwood
menyatakan bahawa sejarah merupakan atu jenis sains
Apabila bidang sejarah memntingkan kajina ataupun penyelidikan
sebagai satu ciri yang penting maka wujud dua kedsan akibat
penerimaan ciri tersebutKesan pertamam ialah kajian ataupun
penyelidikan dalam bidang sejarah adalah berdasarkan tafsiran
bukti2 yang sedia ada atau sumber2 yang sedia wujudSemasa membuat
kajian sejarah,para ahli sejarah amat bergantung kepada
sumber-sumber.Tanpa danya sumber maka ahli sejarah tidak dapat
menjalankan penyelidikanKetiadaan sumber juga menyebabkan ahli
sejarah tidak mendapat jawapan kepada persolan2 yang mereka
bina
Sumber 2 yang sedia wujud boleh didiapati dalam bentuk tulisan
dan juga kesan-kesan peninggalan lamaBerdasarkan bukti dan sumber
sedia ada, ahli sejarah akan menggunakan bukti tersebut untuk
mendapatkan jawapn berdasarkan pembinaan soalan-soalan yang
berkaitan dengan tajuk kajian ataupun penyelidikanKesan kedua ialah
kajian ataupun penyelidikan tentang sejarah harus dijalankan oleh
mereka yang merupakan ahli sejarah yang mempunyai kemahiran luas
dalam bidang ilmu sejarahDalam hal ini professor collingwod
menyatakan bahawa terdapat ramai orang yang telah menerima
pendedahan tentang pemikiran sejarah di peringkat pendidikan
tinggiWalaupun terdedah terhadap pemikiran sejarah namun bagi
professor Collinwood mereka tidak mempunyai sebarang kelayakan
untuk mmebrikan pendapat tentang tujuan, kaedah, sifat san
pemikiran sejarahDalam hal ini bagi mereka yang menjalankan kajian
ataupun penyelidikan dalam bidang sejarah boleh melayakkan diri
mereka digelar sbg ahli sejarah
Sarjana2 yangberkecimpung dalam bidang sejarah juga bersetuju
bahawa unsur kajian ataupun penyelidikan merupakan satu ciri yang
penting dalam ilmu sejarahDalam kajian sejarah, ahli sejarah ahrus
melakukan kajian/ penyeldiikan yang terperinci dan mendalam
berdasarkan kepada pnemuan sumber2 yang sedia adaBerdasarkan
kajian/ penyeldiikan tersebut maka ahli sejarah dapat menegakkan
kebenaran tentang kejadian2 tertentu ataupun peristiwa2 khusus yang
telah benar2 berlaku
Jelas di sini, ahli sejarah sebenarnya mempunyai tugas yang
berat iaitu mengumpul ababd-babad dan rekod2 masa lampauTanpa
pengumpulan babad2 dan rekod2 masa lampau maka ahli sejarah tidak
dapat menjawab sebarang persolan yang telh mereka binaPemaparan
babd2 dan rekod2 lampau hanya dpt dibuat setelah ahli sejarah
menjalankan kajian secara mendalam terhadap babd2 dan juga rekod2
masa lampauSeterusnya melalui penggunaan babad2 dan rekod2 masa
lampau maka ahli sejarah Berjaya memaparkan hubungan yang dapat
diwujudkan berdasarkan fakta2 yang tertulis dalam bahan2
tersebut
Melalui kaedah kajian ataupun penyelidikan sejarah maka ahli
sejarah diberi ruang untuk mnegemukakan bukti2 yang bebas sewaktu
mengesahkan kebenaranDi samping itu ahli sejarah juga mampu
memberikan hujah2 yang menyakinkan untuk menghasilkan satu kajian
ataupun penyeldikan ayng bermutu tidak akan menjadi bahan kecaman
ataupun mendapat kritikan dalam kalangan ahli2 sejarah lainTanpa
kajian ataupun penyeldiikan dalma ilmu sejarah maka para sarjan
sejarah tidak mahu mempertimbangakn bahn penyelidikan tersebut
sebagai satu kajn sejarahKesimpulannya ahli2 sejarah perlu
menjalankan kajian ataupun penyeldikan yang rapi berdasarkan kepada
penemuan babd-babad lama dan rekod-rekod yang lampau
Ilmu sejarah adalah ciptaan orang Yunani pada abad ke-5 S.M.
Pelopor kepada pengwujudan ilmu sejarah iaitu Herodotus yag
kemudiannya digelar sebagai Bapa SejarahGelaran sebagai Bapa
Sejarah diberikan atas inisiatif yang dilakukan oleh Herodotus
untuk menjalankan penyeldiikan ataupun membaut kajian terhadap
peristiwa sejarah.Dalam hal ini Herodotus telah menjalankan
penyelidikan tentang Perang ParsiDalam menjalankan penyelidikan
terhadap Perang Parsi, beliau telah berusaha mencari sumber2
sejarah seperti babad, kesan peninggalan alam serta saksi masih
hidup yang merupakan bahan dokumen yang sangat penting apabila
membuat dalam bidang sejarahTernyata bahawa Herodotus telah
memahami sejarah sebagai satu bidang kajian ataupun penyelidikan
yang bergantung sepenuhnya kepada penemuan dan pencarian sumber
tersebut.
Herodotus telah menggunakan segala sumber tersebut untuk membuat
penulisan sejarah yang memaparkan peristiwa2 penting yang berlaku
dalam Perang ParsiHerodotus telah menamakan karya sejarahnya
sebagai HistoriesDalam bahasa Yunani Histories bermaksud
penyelidikan ataupun penyiasatan.Penggunaan istilah penyiasatan
ataupun penyelidikan telah mengangkat Herodotus sebagai Bapa
Sejarah
Beberapa kesan telah wujud akibat penulisan sejarah yang
mementingkan kajian ataupun penyeldiikan sebagai satu unsur penting
dalam kalangan ahli-ahli sejarahKesan pertama ialah sejarah tidak
boleh diberi pentakrifan sebagai kejadian atau peristiwa lama yang
telah berlaku walaupun secara umumnya sejarah diberi takrifan
seperti yang tercatat dalam Kamus DewanSejarah merupakan satu
cabang ilmuOleh itu sejarah boleh dipisahkan daripada perkara
yanghendak dikaji terutamanya tentang peristiwa masa lampauWalaupun
terdapat pertalian antara sejarah dengan situasi masa lampau namun
begitu dalam pengertian sebenar sejarah bukanlah hanya mengkaji
peristiwa masa lampau semata-mata
Kesan kedua ialah jikalau penulisan sejarah tidak bersandarkan
kepada sesuatu kajian/ penyelidikan maka ia tidak boleh dikatakan
sebagai sejarahPerkara ini boleh dibuktikan dari sudut tulisan yang
berkaitan dengan autobiografi.Autobiografi tidak boleh dipandang
sebagai sejarah kerana penulisannya bergantung kepada ingatan,
kenangan dan pengalaman lepas
Oleh itu penulisan autobiografi tidak bergantung kepada
penggunaan sumber, dokumen, rekod2 lama dan juga data2Sebaliknya ia
bergantung kepada daya ingatan dan pengalaman menyebabkan ia tidak
melalui kajian yang mendalamDi samping itu penulisan yang
melibatkan autobiografi tidak perlu melibatkan ahi2 sejarah
sahajaBagi golongan yang berminat untuk melakukan penulisan
autobiografi, mereka dengan mudahnya dapat menghasilkan satu
penulisan memandangkan ia tidak melalui proses kajian atau
penyelidikan yang mendalam berdasarkan penggunaan sumberOleh itu
wujud keraguan fakta dan menjadi bahan kritikan apabila kita
mengkaji penulisan autobiografi tersebutPenulisan autobiografi
tersebut tidak boleh diiktiraf sebagai penulisan seharah tetapi
boleh dilihat sebagai salah satu sumber sejarah sahaja
Begitu juga dengan sejarah lisanSejarah lisan tidak boleh
diiktirad sebagai sejarah tetapi lebih kea rah kepada penyelidikan
sejarah sahajaDalam lain perkataan sejarah lisan menjadi satu
sumber untuk ahli2 sejarah apabila ahli2 sejarah mendapati sumber2
yang sedia ada tidak mencukupi untuk menjalankan kajian ataupun
penyelidikan merekaMalahan penggunaan sumber lisan juga bergantung
kepada persekitaran semasaMisalnya apabula kita hendak mengkaji
tentang peristiwa pembunuhan Mahsuri, ahli2 sejarah amat bergantung
kepada sumber lisan kerana tidak ada penemuan rekod dan babad2 yang
boleh dijadikan kajianJadi sumber lisan adalah lebih kea rah
mengumul saksi2 yang berkaitan dengan kajian/ penyelidikan yang
dijalankan oleh hali2 sejarahBerdasarkan penerangan yang diberikan
oleh saksi2, ahli2 sejarah akan menggunakan segala maklumat
tersebut untuk menghasilkan penulisan sejarah yang berkualitiOleh
yang demikan sejarah lisan merupakan suatu sumber sejarah yang
berguna dan juga sangat penting untuk ahli2 sejarah dalam
menjalankan penelidikan dan bukannya satu bidang ataupun ilmu
sejarah
Perkara ini juga berlaku ke atas kes tradisi lisanTradisi lisan
lebih kepada pemaparan keterangan yang diberikan secara lisan
tentang peristiwa yang berlaku pada masa lampauOrang yang
menyampaikan keterangan secara lisan ini tidak berada dalam situasi
tersebut fan juda tidak hidup semasa berlaku peristiwa
tersebutOrang yang menyampaikan keterangan secara lisan hanya
menyampaikan keterangan berdasarkan cerita yang diterima secara
lisan dari keturunana nenek moyangJadi tradisi lisan menjadi satu
tradisi turun temurun dan dibawa dari satu generasi ke generasi
lainBerdasarkan hujahan di atas, ternyata tradisi lisan bukanlah
satu bidang sejarahTradisi lisan hanyalah sejenis sumber yang dapat
digunakan oleh ahli sejarah dan juga menjadi bahan rujukan sewaktu
menghasilkan penulisan sejarah
Beralih kepada penggunaan babad pula timbul perbezaan pendapat
dan perdebatan dalam kalangan ahli sejarah sama ada babad merupakan
sejarah ataupun menjadi sumber sejarah.Babad lebih menjurus kepada
kejadian dan peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu dan
dimasukkan hal2 berbeza yang tidak bersangkut paut dalam peristiwa
urutan tersebutOleh itu professor Frederick J. Teggart dan Profesor
A.C. Danto telah menolak pendapt yang menyatakan babd ialah
sejarahPada pendapat mereka, babad lebih merupakan sumber
sejarahHal ini disandarkan kepada penakrifan ke atas ilmu
sejarahBagi Profesor Frederick J.Teggart, sejarah suatu ikatan dan
perkembangan yang berkaitan dengan hal2 yang hendak dipaparkan
dalam penulisan sejarahManakala bagi Profesor A.C. Danto sejarah
memberikan pengertian dan makna sesuatu peristiwa dan kejadian yang
berlaku
Walau bagaimanapun terdapat juga babad lain yang boleh
dikategorikan sebagai sejarah dan bukannya sebagai sumber
sejarahBabad yang boleh dikategorikan sebagai sejarah lebih ke arah
memberikan pengertian dan tafsiran terhadap peristiwa sejarah yang
telah berlakuSebagai contoh babad yang terdapat di negara China
dibahagikan kepada dua jenisBabd pertama dikenali sebgai Cheng-shih
ataupun sejarah rasmi manakala babd kedua pula dikenali sebgai
Tung-shih iaitu sejarah umumBabad ini mempunyai kelemahan dari
sudut perkaedahan sejarahNamun begitu penulisan babad ini telah
memaparkan pengadilan moral dan penilaian terhadap peristiwa
sejarahOleh kerana babad ini telah dimasukkan unsur2 pengadilan
moral dan juga penilaian terhadap kejadian sejarah maka babad ini
layak dikategorikan sebagai sejarah
Beralih kepada perbincangan berkenaan isu penulisan sejarah yang
hanya membenarkan dan melibatkan orang yang berkelayakan dalam
bidang sejarah sahajaHal ini telah menimbulkan satu perdebatan yang
menarikProfessor Collingwood mahukan orang yang mempunyai kepakaran
dalam bidang sejarah sahaja terlibat dalam kajian dan penyelidikan
sejarahBerdasarkan kepada hujahan Profesor Collingwood, mereka yang
mempunyai kepakaran dan juga kefahaman tentang kaedah2 penulisan
dan penyelidikan sejarah sahaja mampu menghasilkan penulisan
sejarahPendapt professor Collingwood ada kebenarannya kerana tanpa
mengetahui secara mendalam kaedah penyelidikan sejarah dan juga
disiplin ilmu sejarah maka tidak boleh menjalankan sebarang kajian
dan penyelidikan sejarah yang konkrit mahupun berkualitiBagi mereka
yang berminat dalam ilmu sejarah tetapi tidak memilki kemahiran
tertentu mengenai kaedah penyelidikan sejarah akan membawa
kecacatan dalam penyelidikan sejarah dan seterusnya akan membawa
banyak keraguan dalam penulisan sejarah Justeru pendapat yang
dikemukakan oleh Profesor Collingwood mempunyai asas dan kebenaran
bagi membolehkan kejadian/peristiwa sejarah tersebut hanya dikaji
oleh ahli2 sejarah yang memiliki kemahiran tinggi dalam soal kaedah
sejarah dan penyelidikan sejarah
Berdasrkan perbincangan di atas, kelihatan seolah-olah segala
kajian dan penulisan sejarah sebelum abad ke-19 tidak boleh
diterima kerana ahli sejarah pada zaman tersebut tidak mempunyai
kelayakan akademik dan juga kepakaran dalam kaedah2 penulisan dan
penyelidikan sejarahSituasi tersebut tidak boleh diterima
memandangkan penulis sejarah yang terlibat sebelum abad ke-19
diiktiraf sebagai para pengasas bidang sejarahAntaranya ialah
Herodotus yang merupakan Bapa Sejarah dan juga ThucydidesJadi dalam
penulisan sejarah kelayakan akademik bukanlah kriteria penting
terutamanya sewaktu membuat kajian/ penyelidikan sejarahSebaliknya
yang perlu dipentingkan ialah kelayakan seseorang itu yang perlu
diukur melalui mutu karya sejarah yang dihasilkan dan bukan
bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata
RUANG LINGKUP SEJARAHMenurut F.J. Teggart, sejarah merupakan
kajian terhadap tindak-tanduk manusia yang membawa kesan mendalam
ke atas rakyat ataupun ke atas negaraBagi beliau, sejarah bukanlah
hanya semata-mata mengkaji nasib individu sahajaPada masa sama,
F.J. Teggart juga menyatakan bahawa sejarah bukan hanya mengkaji
kehidupan harian individu ataupun kehidupan peribadi individuOleh
itu F.J. Teggart menerangkan ruang lingkup sejarah menjadi terbatas
memandangkan ia lebih menjurus kepada kajian terhadap tindakan
sosial manusia yang dilakukan oleh individu ataupun kelompok2
tertentu dalam sesebuah negara
F.J. Teggart telah membuktikan hujahnya melalui kajiannya
terhadap penulisan yang dilakukan oleh ahli2 sejarahApablia
mengkaji penulisan Bapa Sejarah; Herodotus, F.J.Teggart menunjukkan
kajian Herodotus hanya melibatkan nasib org Yunani dan orang Parsi
yang terlibat dalam Perang ParsiBegitu juga dengan kajian oleh ahli
sejarah Rom iaitu Plybius dan LivyKedua-dua ahli sejarah Rom
tersebut telah mengkaji tentang kemunculan negara Rom sebagai kuasa
duniaBegitu juga dengan pensejarahan Eropah khususnya pada abad
ke-19.Ahli sejarah telah menghasilkan kajian dan penulisan yang
berkaitan dengan kebangkitan nasionalisme dan juga mempertahankan
kedaulatan negara melalui siri peprangan.
Berdasarkan kajian tersebut, maka F.J. Teggart telah menegaskan
bahawa penulisans ejarah adalah ke arah membuat kajian tentang
tindak tanduk manusia dan negara dalam menentukan nasib sesuatu
kelompok atau nasib sesebuah negaraPendapat F.J. Teggart tidak
boleh ditepis begitu sahaja memandangkan perkara tersebut juga
berlaku dalam pensejarahan MalaysiaDalam pensejarahan Malaysia
terutama selepas tamat zaman pendudukan jepun di tanah melayu
penulisan ahli2 sejarah adalah menjurus kepada survival masyarakat
tempatan sehinggalah membawa kepada perjuangan menuntut kemerdekaan
daripada pihak penjajah
Ruang lingkup sejarah yang ditetapkan oleh F.J. Teggart tidak
menyekat sma sekali ahli2 sejarah lain untuk mengkaji ruang2 yang
lainAhli sejarah lain telah mengkaji kedudukan dan pengaruh
golongan petani, pekerja kilang, hamba abdi dan wanita memandangkan
golongan tersebut telah memberikan sumbangan besar terhadap
kegiatan ekonomi tempatanBapa Sejarah iaitu Herodotus dalam
kajiannya tidak hanya mempertengahkan tindak tanduk
manusiaHerodotus sewaktu mempertengahkan sejarah negara Mesir
misalnya telah turut menunjukkan kajian tentang budaya orang Mesir
dari pelbagai sudutBegitu juga Livy, ahli sejarah Rom telah
memaparkan kajian tentang penderitaan rakyat biasa walaupun kajian
keseluruhannya lebih ke arah perjuangan kelas atasan dan perjuangan
kelas bawahanPensejarahan TradisionalPensejarahan tradisional lebih
ke arah kajian tentang peranan dan penglibatan kerajaan serta
tokoh2 kelas atasanPensejarahan tradisional ini telah diterus dan
digiatkan secara mendalam dengan kemunculan aliran yang mendokong
pensejarahan tradisionalAliran yang mendokong pensejarahan
tradsional dikenali sebagai aliran sejarah objektifAliran sejarah
objektif dipelopori oleh Leopold von RankeRuang lingkup kajian oleh
aliran sejarah objektif hanya menumpukan kepada soal2 diplomasi,
ketenteraan, peperangan dan pentadbiran sahajaIsu sosial, ekonomi
dan peranan wanita tidak diberi penekanan oleh Leopold von
Ranke
Aliran AnnalesAliran2 baharu telah muncul sejak tahun 1920an
apabila wujud situasi tidak menyetujui kajian/penyelidikan sejarah
dijalankan bersandarkan kepada pensejarahan tradisional
semata-mataBerikutan ahli sejarah Perancis telah mula menggerakkan
aliran baharu yang dikenali sebagai aliran AnnalesAliran Annales
telah memperkenalakn sejarah keseluruhan yang menumpukan kajian
tentang kegiatan manusai yang dilihat dari perspektif alam dan
institusi sosialSebagai contoh Fernand Braudel yang mengkaji
sejarah kawasan Mediterranean telah membaut kajian secara
menyeluruh melibatkan aspek politik, sosial dan geografi
Di samping itu terdapt kajian tentang aspek kehidupan manusia
seperti kesihatan, budaya dan keluargaSelain itu aliran Annales
juga mengkaji peranan kejadian alamSebagai contohnya kajian tentang
hubung kait alam geografi dengan kegiatan manusiaDalam kajian
tersebut dapat ditunjukkan tindakan alam yang memepngaruhi tingkah
laku manusia pada masa lampau
Aliran Sejarah SosialAliran ini berkembang pesat pada tahun
1950anAliran ini menekankan kajian tentang orang bawahan, kehidupan
manusia dari pelbagai sudut, sejarah sosial dan sejarah ekonomi
yang menumpukan perhatian terhadap perubahan2 dan kesan ke atas
kedudukan masyarakatDi samping itu aliran sejarah sosial juga
menumpukan kajian tentang keluarga, perbandaran, kependudukan,
kedudukan kelas dalam masyarakat dan juga pergerakan sosialAliran
Sejarah RakyatMenumpukan kajian tentang hal2 budaya dan sosial
masyarakat dalam se2buah negara. Aliran sejarah rakyat lebih
menitikberakan kajian tentang kegiatan manusia dari pelbagai sudut,
penggunaan alat teknologi, pergerakan sosial, dan juga aspek
kekeluargaan. Di samping itu, aliran sejarah rakyat juga menumpukan
kajian ke atas golongan yang tertindas, golongan sesat dan juga
golongan yang dipisahkan oleh kelompok masyarakat. Berdasarkan
kemunculan aliran2 baharu maka para ahli sejarah telah juga
berusaha untuk mengkaji kejadian alam.
Unsur PemikiranProfesor Collingwood menyatakan terdapat unsur
yang sangat penting lain dalam ilmu sejarah yang tidak terdapat
dalam sains tulenUnsur terpenting yang terdapat dalam ilmu sejarah
ialah unsur pemikiranSejarah ialai satu bidang yang mengkaji
tentang tindakan manusiaProfessor Collingwood menyatakan tindakan
manusia ini boleh dikaji melalui dua sudut iaitu sudut dalaman dan
sudut lahiriah.
Sudut dalaman melibatakan kajian tentang pemikiran manusia yang
mencetuskan sesuatu tindakan tertentuManakala lahiriah melibatkan
kajian tentang aspek fizikal sesuatu tindakanBagi professor
Collingwood kajian ke atas pemikiran manusia yang mencetuskan
sesuatu tindakan adalah sangat penting dalam penulisan sejarah
kerana unsur ini akan membezakan kajian sejarah dengan kajian alam
semula jadiOleh itu bagi Profesor Collingwood kejadian2 alam adalah
merupakan kejadian semata-mata dan bukan melibatkan proses
pemikiranSebagai contohnya kejadian malapetaka seperti tsunami dan
gempa bumi disebabkan oleh persekitaran alam semulajadi dan tidak
sama seklai melibatkan pemikiran manusia
Walau bagaimanapun tindakan untuk mengkaji pemikiran manusia
adalah terhad memandangkan tindakan manusai adalah didorong oleh
pemikiran reflektif sahajaPemikiran reflektif hanya berlaku dalam
tndakan secara snegaja sahajaTindakan sengaja ini dikaji oleh ahli2
sejarah semasa melakukan penyelidikan sejarah Oleh itu mengikut
professor Collingwood kajian sejarah hanya memberi tumpuan terhadap
tindakan manusia yang dirancang mengikut landsan tertentu dan
tindakan tersebut dilakukan secara sengajaOleh yang demikian ahli2
sejarah akan hanya menumpukan kajian ataupun penyelidikain terhadap
kegiatan manusia yang tertentu dan terpilih sahajaSebagai contohnya
pemikiran manusia boleh dilihat dari aspek politik memandangkan
ahli politik akan merancang polisi untuk dilakasanakan dan
keberkesanan dalam melaksanakan polisi tersebut akan
melonjakkankedudukan ahli poltik tersebutBegitu juga pemikiran
manusia boleh dikaji apabila seseorang pemimpin tersebut mengambil
tindakan untuk menyerang negara lainTindakan yang diambil oleh ahli
politik dan pemimpin negara merupakan tindakan sengaja yang dapat
dikaji oleh ahli2 sejarah lain
Selain aspek ekonomi, moral manusia dan bidang ketenteraan,
bidang lain ysng boleh dikaji dari sudut pemikiran manusai ialah
bidang seni, sains, agama dan falsafah. Oleh itu professor
Collingwood menekankan sejarah bukan hanya melibatkan kajian
tentang politik, sosial dan ekonomi sahaja tetapi juga melibatkan
kajian tentang aspek moral, falsafah, seni dan agamaKe semua aspek
ini boleh dikaji memandangkan ia melibatkan pemikiran manusia
reflektif dan mampu dikaji oleh ahli sejarah untuk menghasilkan
penulisan sejarah
Ahli sejarah yang melibatkan diri dalam mengkaji pemikiran
manusai reflektif juga tidak meningglkan kajian ataupun
penyelidikan tetang aspek tingkah laku manusia yang tidak bersifat
reflektif seperti aspek naluri semula jadi manusiaTingkah laku
manusai yang tidak bersifat reflektif merupakan satu proses semula
jadi dan tidak melibatkan pemikiran reflektifBagi professor
Collingwood pula sejarah tidak sepatutnya mengkaji tentang
perasaan, emosi, dan pengalaman mausai yang berlaku secara
mendadakProfessor Collingwood menegaskan perasaan, emosi dna
pengalman manusia lebih kepada kegiatan akal dan bukan melibatkan
kegiatan pemikiranKegiatan akal dikelilingi oleh factor perasaan
dan emosi sahaja
Pendapat yang dikeluarkan oleh professor Collingwood adalah
bertentangan dengan pendapt yang dipertegnahakan oleh F.J.
TEggart.Professor Collingwood menyatakan kajian dari sudut
pemikiran reflektif hanya perlu melibatkan hal2 yang melibatkan
nasib individu sahajaManakala F.J. Teggart pula lebih
menitikberatkan pemikiran reflektif yang memberi kesan kepada
negara dan masyarakat sahaja
Sebagai contohnya dari aspek pembunuhan, Profesor Collingwood
menyatakan ia harus dikaji memandangkan peristiwa tersebut
merupakan satu tindakan dan pemikiran reflektifBagi F.J. Teggart
pula pembunuhan tersebut tidak perlu dikaji kerana tidak memberi
kesan kepada negara dan masyarakatDalam hal ini pendapat F.J.
Teggart boleh diterima memandangkan ia melibatkan kajian tentang
peristiwa yang membawa kesan kepada negara dan masyarakatMisalnya
aspek pembuhanJiakalau pembunuhan tersebut membawa kesan terhadap
negara dan masyarakat ia patut dikaji mendalam oleh ahli2
sejarahContohnya peristiwa pembunuhan Putera Mahkota Austria yang
dilihat sebgai sebab semerta tercetusnya Perang Dunia Pertama
Profesor W.H. Walsh juga tidak seuju dengna pendapat Profesor
Collingwood yang menegaskan perasaan, emosi dan pengalaman manusia
tidak boleh dikaji dari sudut kajian sejarahBagi profesor W.H.
Walsh, penelitian terhadap pemikiran reflektif oleh ahli sejarah
tidak akan sempurna tanpa menitikberatkan soal perasaan dan emosi
yang mempengaruhi pemikiran reflektif
Pemikiran reflektif dan pemikiran bukan reflektifDalam penulisan
sejarah tidak ada garis pemiah di antara pemikiran reflektif dan
pemikiran bukan reflektifThucydides sendiri dalam kajiannya tentang
Perang Peloponnesia telah memaparkan aspek emosi seperti
keghairahan dan kekecewaan yang melanda dalam kalangan pihak2 yang
terliabt dalam peperangan tersebut.Oleh kerana sesuatu peperangan
itu melibatkan negara dan maruah bangsa maka soal emosi dan
perasaan tidak boleh dipandang rendah semasa menjalankan kajian
sejarah
Walau bagaimanapun ahli sejarah masih mementingkan pemikiran
reflektif dalam kajian mereka walaupun tidak ada garis pemisah
antara pemikiran reflektif dan pemikiran bukan reflektifAhli
sejarah lebih ke arah kajian tentang tujuan, motif, keinginan dan
lain2 lagi yang dilakukan oleh pihak2 tertentu dan juga institusi2
tertentu
Kesedaran tentang kepentingan pemikiran bukan reflektif telah
mencetuskan kelahiran satu bidang baharu yang dikenali sebagai
psychohistoryBidang ini menggunakan kaedah yang sedia ada dalam
sejarah dan jua kaedah psikologi untuk membolehkan pemahaman yang
mendalam tentang tingkah laku individu yang bukan rasional dan juga
tindakan yang bukan sengajaSebagai contohnya Otto Pflanze telah
membuat kajian tentang seorang pemimpin iaitu Bismarck yang telah
memeprlihatkan kesulitan yang dialami oleh Bismarck dalam
hubungannya dengan keluarga dan guru telah mempengaruhi tindak
tanduknya sebgai pemimpin Jerman
Walaupun sudah ada ruang lingkup sejarah yang telah berunbah dan
jua tidak ada satu batasan namun ramai ahli sejarah masih lagi
menyetujui pendapat yang dipertengahkan oleh profesor
CollingwoodPersepsi bahawa tingkah laku manusia adalh disebabkan
oleh tujuan tertentu dan tujuan tersebut boleh dikaji menyebabakan
Bapa Sejarah: Herodotus Berjaya membina pengajian sejarah sebagai
bidang yang kukuh
Berbentuk NaratifProfesor Collingwood menyatakan penulisan
sejarah adalah berbentuk naratif ataupun berbentuk deskripsi
tentang kejadian yang dikaji mengikut urutan waktuF.J.Teggart pula
menyatakan penulisan sejarah adalah berbentuk naratif yang
mempunyai titik permulaan, pertengahan dan kesudahan tentang
sesuatu kejadian ataupun peristiwaMandelbaum pula menyatakan
sejarah adalah satu penulisan naratif yang menunjukkan perubahan2
yang berlaku dalam sesuatu peristiwaPendapat ketiga2 ahli sejarah
tersebut ada kebenarannya jikalau penulisan sejarah melibatkan
kajian tentang sesebuah negara dan bangsa
Kajian sejarah ttg sesuatu kejiadian ataupun peristiwa khusus
juga melibatkan satu penulisan yang naratifDi samping itu ahli2
sejarah yang menghasilkan penulisan sejarah mengikut tema2 tertentu
juga tidak boleh lari drpd penulisan berbentuk naratifOleh yang
demikain ia masih dalam keadaan penulisan secara naratif
Pada masa yang sama bukan semya penulisan sejarah berbentuk
naratif walaupun kajian sejarah tersebut adalah untuk mengkaji
kebenaran sesuatu kes ataupun situasiSelain itu penulisan sejarah
yang melibatkan kajian/ penyelidikan ttg struktur am sesebuah
masyarakat, pertubuhan dan juga bentuk pemerintahan tidak ditulis
secara naratif oleh ahli2 sejarahKemunculan aliran pensejarahan
baharu iaitu aliran sejarah sosial, aliran sejarah rakyat dan juga
aliran sejarah keseluruhan berpendapat penulisan sejarah secara
naratif bukan merupakan kaedah terbaik
Aliran2 di atas brependapat penulisan naratif lebih ke arah
penceritaan kepada soalan apa dan bagaimana dan tidak menjawab
persoalan kepada mengapaAliran ini yang lebih kepada kajian
terhadap masyarakat menyebabkan penulisan sejarah berbentuk naratif
dianggap tidak sesuai dan mempunyai kelemahan2 tertentuKajian yang
dijalankan oleh aliran2 di atas lebih menggunakan model2, teori2
dan juga disertakan gambar, peta dan carta untuk membuktikan
kebenaran dalam hujan penulisan sejarahWalaupun penulisan sejarah
berbentuk naratif yang condong kea rah penceritaan tentang perkara2
yang berkaitan dengan tingkah laku tokoh2 tertentu namun kaedah
penulisan naratif tidak diketepikan sama sekaliAhli2sejarah telah
menggunakan gaya naratif dan gaya analisis untuk menghasilkan gaya
penulisan sejarah yang berkualiti