i
ii
PELAN HALA TUJU
INDUSTRI
JUALAN LANGSUNG
iii
SEULAS PINANG MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia. Malaysia berazam untuk menjadi sebuah negara maju yang berdaya saing dan teguh pada tahun 2020. Dalam era globalisasi yang mencabar, negara kita perlu bersedia dan mampu menghadapi perubahan demi perubahan. Mendukung gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pihak Kementerian memainkan peranan penting dalam menjayakan transformasi industri jualan langsung ke arah ekosistem perniagaan kawal selia kendiri. Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini merencanakan garis panduan yang lebih jelas lagi terperinci kepada semua pihak berkepentingan agar mereka dapat menyumbang secara bersepadu ke arah tersebut. Saya yakin pendekatan komprehensif yang digariskan di dalam Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan negara serta seterusnya melonjakkan industri jualan langsung ke tahap yang lebih tinggi. Adalah diharapkan pendekatan baharu, semangat baharu dan tekad baharu yang didorong oleh semangat 1Malaysia mampu melonjakkan negara ke tahap pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung terutama kepada kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan, pihak persatuan jualan langsung dan pemain industri.
DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
iv
SEKAPUR SIRIH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izinNya, Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini berjaya dihasilkan. Dokumen Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini merupakan manifestasi kesungguhan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam membangun dan memperkasa industri jualan langsung bagi menghadapi cabaran serta persaingan global di abad ke-21 dan seterusnya. Ini juga selaras dengan aspirasi dan visi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Bagi merealisasikan cita-cita negara, satu daya usaha besar ke arah peningkatan daya saing, produktiviti serta inovasi negara perlu dilaksanakan. Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini adalah dokumen yang menterjemahkan hala tuju industri jualan langsung pada masa hadapan. Ia digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat di dalam industri jualan langsung. Penghasilan buku ini bukannya satu pengakhiran, sebaliknya ia merupakan titik permulaan bagi satu perjalanan jauh yang perlu diharung bersama oleh semua pihak dalam menjayakan wawasan yang lebih besar; keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran, tenaga dan masa bagi menghasilkan dokumen yang cukup penting ini. Sesungguhnya, dalam misi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, kita perlu memastikan ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh dan mantap.
Akhir kata, saya menyeru kerjasama semua pihak agar bersama-sama membulatkan tekad dan bersatu hati bagi menjayakan Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini. Proses mentransformasikan industri jualan langsung di Malaysia menuntut kita bekerja keras untuk mara ke hadapan bagi menjayakan Wawasan 2020.
DATO' SARIPUDDIN KASIM
v
KANDUNGAN
Bab 1: Perspektif Menyeluruh ............................................................................................................... 1
Aspirasi Negara ...................................................................................................................... 2
Senario Semasa ..................................................................................................................... 4
Hala Tuju Jualan Langsung ................................................................................................ 11
Bab 2: Kerangka Pelan Hala Tuju ...................................................................................................... 13
Pendahuluan ......................................................................................................................... 14
Analisis Transformasi .......................................................................................................... 15
Faktor Kritikal Transformasi ................................................................................................ 17
Teras Strategik ..................................................................................................................... 19
Bab 3: Menambah Baik Kualiti Modal Insan ..................................................................................... 21
Pendahuluan ......................................................................................................................... 22
Status Semasa ..................................................................................................................... 22
Cabaran ................................................................................................................................. 23
Objektif ................................................................................................................................... 28
Strategi ................................................................................................................................... 29
Pelan Tindakan Menjelang 2020 ....................................................................................... 29
Faktor Kritikal Kejayaan ...................................................................................................... 32
Penutup.................................................................................................................................. 32
vi
Bab 4: Mengukuhkan Sistem Penyampaian dan Perundangan .................................................... 33
Pendahuluan ......................................................................................................................... 34
Status Semasa ..................................................................................................................... 34
Cabaran ................................................................................................................................. 35
Objektif ................................................................................................................................... 39
Strategi ................................................................................................................................... 39
Pelan Tindakan Menjelang Tahun 2020 ........................................................................... 40
Faktor Kritikal Kejayaan ...................................................................................................... 46
Penutup.................................................................................................................................. 46
Bab 5: Meningkatkan Prestasi dan Membudayakan Reputasi ...................................................... 47
Pendahuluan ......................................................................................................................... 48
Status Semasa ..................................................................................................................... 48
Cabaran ................................................................................................................................. 49
Objektif ................................................................................................................................... 51
Strategi ................................................................................................................................... 52
Pelan Tindakan Menjelang 2020 ....................................................................................... 53
Faktor Kritikal Kejayaan ...................................................................................................... 57
Penutup.................................................................................................................................. 57
Bab 6: Kesimpulan ................................................................................................................................ 58
Jadual
Jadual 1: Statistik lesen jualan langsung yang sah bagi tempoh 2002 - 2012 .............................. 7
Jadual 2: Statistik nilai jualan syarikat jualan langsung bagi tempoh 2008 - 2011 ....................... 9
Jadual 3: Sasaran nilai jualan syarikat jualan langsung bagi tempoh 2012 – 2020 ................... 12
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
1
BAB 1
PERSPEKTIF
MENYELURUH
ASPIRASI NEGARA
DAN
SENARIO SEMASA
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
2
ASPIRASI NEGARA
1.01 Penyediaan Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini
merupakan kesinambungan terhadap hasrat Kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
1.02 Industri jualan langsung dijangka menyumbang sebanyak RM54.5
billion bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)
dan RM86 billion bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas
(2016-2020). Jumlah sumbangan ini dibuat berdasarkan kepada
pertumbuhan memberangsangkan industri ini yang menunjukkan
peningkatan jualan setiap tahun. Walaupun negara menghadapi
tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi kesan krisis kewangan
dunia terutama pada tahun 1998, industri jualan langsung telah
berjaya menjana RM18.8 billion sepanjang Rancangan Malaysia
Ketujuh (1996-2000).
1.03 Berdasarkan rekod, industri jualan langsung mencatatkan
sumbangan sebanyak RM23.4 billion sepanjang Rancangan
Malaysia Kelapan (2001-2005) iaitu peningkatan sebanyak 24.4%
dan RM27.13 bilion sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan
(2006-2010) iaitu peningkatan sebanyak 15.9%.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
3
1.04 Industri jualan langsung merupakan salah satu industri yang
berdaya maju dan berpotensi untuk terus diterokai oleh syarikat
tempatan dan juga syarikat antarabangsa. Berdasarkan rekod
World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA), Malaysia
merupakan salah sebuah negara yang menduduki senarai 20
kedudukan tertinggi berdasarkan nilai jualan oleh syarikat jualan
langsung. Dengan catatan nilai jualan sebanyak USD2.91 billion
pada tahun 2011, Malaysia berada di tangga ke-11 berbanding
dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (USD29.87
billion) yang berada di tangga pertama dan Jepun (USD23.86
billion) di tangga kedua.
1.05 Berdasarkan Laporan Doing Business Edisi 2013 daripada Bank
Dunia, Malaysia adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi
menjalankan perniagaan. Kedudukan ini meletakkan Malaysia
mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16),
Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28). Laporan
Doing Business oleh Bank Dunia ini mengkaji 185 ekonomi
merentasi kriteria daya saing seperti
kemudahan memulakan perniagaan,
kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan
pentadbiran cukai dan kemudahan
menjalankan perdagangan rentas sempadan.
Berikutan kejayaan negara memperbaiki
kedudukan dalam senarai negara paling
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
4
berdaya saing, Kerajaan komited untuk terus melakukan
pembaharuan dalam amalan peraturan. Industri jualan langsung
akan terus bergerak seiring dengan komitmen Kerajaan untuk
mencapai matlamat menduduki tangga 10 negara teratas.
SENARIO SEMASA
Takrif
1.05 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 mendefinisikan
jualan langsung sebagai jualan pintu ke pintu, jualan pesanan pos
dan jualan melalui transaksi elektronik. Seiring dengan
perkembangan teknologi, jualan melalui transaksi elektronik
semakin berkembang pesat dan semakin diterima ramai sebagai
strategi pemasaran yang berkesan.
1.06 Syarikat jualan langsung dikategorikan
kepada 3 peringkat mengikut pelan
pemasaran syarikat iaitu berbilang
tingkat, satu tingkat dan jualan melalui
pesanan pos. Ketiga-tiga kategori
berkenaan ditakrifkan seperti berikut:
i. Berbilang tingkat
Syarikat jualan langsung melantik individu sebagai ejen
jualan (ahli/pengedar) untuk mengedar barangan
syarikat (produk /perkhidmatan).
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
5
Ejen yang berkenaan akan melantik ejen lain (downline)
bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan
syarikat. Proses pelantikan ejen baru boleh diteruskan
sehingga satu peringkat yang munasabah.
Setiap ejen akan mendapat komisen/bonus/insentif/
apa-apa faedah ekonomi lain hasil daripada jualan
peribadi dan jualan ejen di bawah rangkaiannya (over
riding bonus).
ii. Satu tingkat
Syarikat jualan langsung melantik individu sebagai ejen
(wakil jualan) untuk mengedar barangan syarikat
(produk/perkhidmatan).
Ejen jualan berkenaan akan dibayar
gaji/komisen/gabungan gaji dan komisen atas jumlah
jualan yang dibuat.
Ejen berkenaan tidak dibenarkan melantik ejen jualan
lain.
iii. Jualan melalui pesanan pos
Jualan barangan (produk/perkhidmatan) yang dijalankan
oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui
mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos atau
apa-apa kaedah penghantaran yang lain termasuk
secara elektronik.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
6
Pertumbuhan industri
1.07 Pertumbuhan memberangsangkan industri jualan langsung di
Malaysia dapat dibuktikan melalui pertambahan bilangan syarikat
jualan langsung dari tahun ke tahun. Statistik yang dikumpul oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) mencatatkan peningkatan lesen jualan
langsung yang sah sebanyak 38.7% berbanding 10 tahun lalu.
1.08 Syarikat jualan langsung dalam kategori berbilang tingkat
merekodkan peningkatan yang paling ketara dengan pertambahan
sebanyak 80.4% berbanding bilangan syarikat pada tahun 2002.
Statistik lesen jualan langsung yang sah bagi tempoh 10 tahun
kebelakangan mengikut kategori pelan pemasaran adalah seperti di
Jadual 1.
Peluasan pasaran
1.09 Pertumbuhan memberangsangkan industri jualan langsung
dibuktikan dengan 23 syarikat jualan
langsung tempatan sudah pun
mengembangkan sayap mereka ke
lebih 95 negara. Daripada 23 syarikat
berkenaan, 20 daripadanya adalah
dalam kategori berbilang tingkat dan
selebihnya dalam kategori satu tingkat dan pesanan pos.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
7
Penyertaan ejen
1.09 Dengan populasi rakyat Malaysia berjumlah 27 juta, 4.7 juta rakyat
Malaysia merupakan ejen/pengedar berdaftar syarikat jualan
langsung dan 8.37% rakyat Malaysia merupakan ejen syarikat
jualan langsung yang aktif.
Jadual 1 Statistik lesen jualan langsung yang sah
bagi tempoh 2002 – 2012
Kategori Berbilang Tingkat
Satu Tingkat
Pesanan Pos
Satu Tingkat & Pesanan Pos
JUMLAH
2002 230 124 28 31 413
2003 359 128 38 29 554
2004 304 149 37 31 521
2005 342 158 37 32 569
2006 394 162 36 30 622
2007 418 164 37 31 650
2008 427 174 37 32 670
2009 350 99 25 17 491
2010 390 113 25 17 545
2011 399 117 23 17 556
2012 (sehingga November)
376 97 22 17 512
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
8
Nilai jualan syarikat
1.11 Mengikut rekod Kementerian, nilai jualan syarikat jualan langsung
menunjukkan peningkatan saban tahun dengan catatan RM2 bilion
pada tahun 2002, RM4.3 bilion pada tahun 2008 dan RM8.5 bilion
pada tahun 2011. Kementerian menyasarkan industri ini untuk
menyumbang sebanyak RM10 bilion kepada pendapatan ekonomi
negara melalui nilai jualan tahunan terkumpul bagi tahun 2012.
1.12 Statistik nilai jualan syarikat jualan langsung dikira berdasarkan
kepada maklumat yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat jualan
langsung melalui Borang Maklumat dan Prestasi Syarikat (BMS)
yang perlu dikemukakan sebelum 30 April setiap tahun. Nilai jualan
bagi tahun 2008 sehingga 2011 adalah seperti di Jadual 2.
Perundangan
1.13 Pada tahun 1993, Akta Jualan Langsung telah digubal bagi
memastikan akta yang bersesuaian digunapakai untuk
perkembangan industri ini. Pada tahun 2010, Akta ini dipinda
menjadi Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 selari
dengan perkembangan semasa terutama bagi menangani isu
berkaitan skim piramid.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
9
Jadual 2 Statistik nilai jualan syarikat jualan langsung
bagi tempoh 2008 – 2011
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Trend produk dan perkhidmatan
1.14 Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh World
Federation Direct Selling Associations (WDFSA) pada tahun 2011,
produk kesihatan merupakan produk utama yang menjadi pilihan
pengguna melalui kaedah jualan langsung. Produk kesihatan
mencatatkan 34% daripada keseluruhan nilai jualan syarikat jualan
langsung di Malaysia.
Kategori
Berbilang Tingkat
Satu
Tingkat
Satu Tingkat
dan Pesanan Pos
JUMLAH
2008
Bilangan BMS diterima
215 57 21 293
Jualan tahunan (RM billion)
5.58 1.04 0.11 6.73
2009
Bilangan BMS
diterima 215 57 21 293
Jualan tahunan (RM billion)
5. 67 1.04 0.14 6.85
2010
Bilangan BMS
diterima 188 66 18 272
Jualan tahunan (RM billion)
6.46 1.49 0.99 8.94
2011
2011
Bilangan BMS
diterima 301 100 32 433
Jualan tahunan (RM billion)
7.11 1.33 1.59 10.03
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
10
1.15 Selain daripada produk kesihatan, produk kosmetik dan penjagaan
peribadi juga menjadi pilihan pengguna dengan rekod 23% dan
juga produk kelengkapan rumah
seperti alat penapis air, barangan
elektrik dan hiasan dalaman
rumah dengan catatan 22%
daripada keseluruhan produk yang
ditawarkan di dalam industri jualan
langsung.
1.16 Produk-produk lain yang menjadi pilihan pengguna adalah seperti
tekstil dan aksesori (7%), makanan dan minuman (6%), buku,
peralatan serta barangan mainan kanak-kanak (2%) dan lain-lain
(6%).
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
11
HALA TUJU JUALAN LANGSUNG
1.17 Perancangan strategik yang holistik adalah sangat penting dalam
menentukan landasan yang tepat bagi perkembangan dan
kemajuan industri jualan langsung. Hala tuju industri jualan
langsung merangkumi tiga aspek utama iaitu pembangunan modal
insan termasuk ejen, pengarah dan pemegang saham syarikat
jualan langsung serta penjawat awam, tadbir urus syarikat jualan
langsung yang meliputi kompetensi pengarah dan pekerja serta
pemegang saham syarikat jualan langsung dalam menguruskan hal
ehwal perniagaan serta reputasi industri yang berkait rapat dengan
kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
1.18 Industri jualan langsung akan terus dibangunkan melalui dua
pendekatan iaitu pemulihan reputasi dan peningkatan prestasi
industri serta pendidikan dan latihan kepada semua pihak yang
berkaitan secara bersepadu dan berterusan. Industri jualan
langsung perlu bersedia menghadapi cabaran globalisasi,
persaingan dan perubahan teknologi.
1.19 Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung digubal untuk mencapai
matlamat meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai negara
perdagangan utama melalui peningkatan eksport produk ke
pasaran global dengan mematuhi standard antarabangsa,
membangun dan mempromosi jenama Malaysia serta memupuk
syarikat jualan langsung tempatan agar berdaya saing di peringkat
global.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
12
1.20 Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung menggunakan indikator
berikut sebagai kayu pengukur prestasi iaitu:
i. Sasaran nilai jualan tahunan ditingkatkan sebanyak 6 hingga
12% setahun (Jadual 3);
ii. Purata pendapatan bulanan ejen aktif disasarkan sebanyak
RM3,800 pada tahun 2020;
iii. 40 syarikat jualan langsung tempatan menembusi pasaran
antarabangsa pada tahun 2020; dan
iv. 8 syarikat jualan langsung tempatan disenarai di Papan
Utama Bursa Malaysia pada tahun 2020.
Jadual 3
Sasaran nilai jualan syarikat jualan langsung
bagi tempoh 2012 – 2020
Tahun Sasaran RM (billion)
2012 10.0
2013 11.0
2014 12.0
2015 13.0
2016 14.5
2017 16.0
2018 17.0
2019 18.5
2020 20.0
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
13
BAB 2
KERANGKA PELAN HALA TUJU
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
14
PENDAHULUAN
2.01 Pelan hala tuju ini digubal bagi memastikan pembangunan industri
jualan langsung tempatan yang terancang dan tersusun serta
meningkatkan keupayaan dan daya saing industri dalam jangka
panjang berikutan liberalisasi pasaran. Pelan hala tuju ini juga
bertujuan menggalakkan pembangunan industri dalam niche yang
mempunyai nilai tambah yang tinggi serta meningkatkan daya saing
syarikat melalui usahasama strategik.
2.02 Selain daripada mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif
bagi menggalakkan pelaburan tambahan dan baru, pelan hala tuju
ini juga digubal bagi meningkatkan standard keselamatan bagi
menjamin keselamatan pengguna di samping menggalakkan aktiviti
di dalam bidang mesra alam.
2.03 Dalam menggubal pelan hala tuju ini, dokumen-dokumen berikut
telah dirujuk:
i. Wawasan 2020;
ii. Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-1015;
iii. Pelan Induk K-Ekonomi, 2002;
iv. Pelan Induk Perindustrian Ketiga, 2006-2020;
v. Dasar Pengguna Negara;
vi. Pelan Strategik 5 Tahun Kementerian Perdagangan dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (2008-2012); dan
vii. Pelan Induk Perdagangan Pengedaran, 2010-2020.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
15
ANALISIS TRANSFORMASI
2.04 Ketidaktentuan ekonomi global dan cabaran liberalisasi yang
bermaksud semua pihak perlu menolak ke tepi semua halangan
untuk memudahkan aliran produk dan
perkhidmatan merentasi sempadan
menuntut Kerajaan untuk merangka dasar
dan strategi yang mantap dalam aspek
ekonomi terutama bagi industri jualan
langsung.
2.05 Pembaharuan dan transformasi industri jualan langsung dimulakan
dengan usaha memulihkan reputasi industri daripada imej yang
dicemari dengan unsur-unsur yang negatif. Tanggapan orang
ramai bahawa industri ini dipenuhi dengan penipuan dan
pembohongan perlu dikikis daripada minda mereka terlebih dahulu.
2.06 Pelbagai faktor seperti faktor demografik, ekonomi, teknologi,
perundangan dan sosial diberi perhatian dalam menyediakan pelan
hala tuju transformasi yang menyeluruh. Peningkatan tahap
pendidikan yang mempengaruhi persepsi pengguna terhadap
produk dan perkhidmatan, penglibatan agresif oleh pihak media dan
perubahan struktur keluarga mempengaruhi faktor demografik
industri jualan langsung.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
16
2.07 Pertambahan kuasa beli dan perubahan cara hidup pengguna yang
mementingkan kepantasan dan lebih peka terhadap penjagaan
alam sekitar dikenalpasti sebagai faktor ekonomi yang
mempengaruhi perkembangan industri jualan langsung.
2.08 Faktor teknologi dan perundangan seperti aspek keselamatan yang
menjadi keutamaan pengguna serta peningkatan kualiti produk dan
perkhidmatan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D)
menjadi ciri penting dalam menggubal pelan hala tuju yang mesra
pengguna. Dasar bayar balik yang
diamalkan oleh industri jualan langsung
merupakan kelebihan yang harus
dimanfaatkan sepenuhnya kerana dasar ini
menjaga hak dan kepentingan pengguna.
2.09 Hubungan jangka panjang antara pengguna dan ejen serta produk
dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi
merupakan faktor sosial yang harus diberi perhatian oleh pemain
industri.
2.10 Penekanan kepada pembangunan modal insan yang meliputi
kompetensi ejen, pengarah, pekerja dan pemegang saham syarikat
jualan langsung serta penjawat awam dilihat sebagai faktor kritikal
dalam menentukan kejayaan industri. Selain itu, sistem
penyampaian perkhidmatan yang berkesan termasuk perkhidmatan
secara elektronik serta perundangan yang relevan juga
mempengaruhi tahap kemajuan industri.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
17
2.11 Bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi negara, Kerajaan akan
melaksanakan transformasi industri jualan langsung secara
berperingkat. Pelaksanaan transformasi MY-DIS-BIZ dicadangkan
mengikut fasa berikut:
i. Fasa 1 : 2013 – 2015 (Pemulihan reputasi)
ii. Fasa 2 : 2016 – 2018 (Peningkatan prestasi)
iii. Fasa 3 : 2019 – 2020 (Kecemerlangan)
iv. Fasa 4 : Melangkaui 2020 (Kelestarian)
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
18
FAKTOR KRITIKAL TRANSFORMASI
2.08 Bagi menjayakan transformasi dalam industri jualan langsung,
faktor-faktor kritikal yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
i. Tadbir urus;
ii. Budaya; dan
iii. Infostruktur.
2.09 Aspek tadbir urus adalah faktor kritikal untuk menjamin kejayaan
transformasi. Tadbir urus terbaik bukan sahaja diterapkan di
peringkat atasan tetapi perlu dipraktikkan di semua peringkat.
Tadbir urus yang jitu merangkumi isu akauntabiliti, sistem
penyampaian yang konsisten dan integriti. Peranan setiap pihak
yang berkepentingan, ketelusan maklumat dan perilaku syarikat dan
ejen jualan langsung perlu diberi perhatian.
2.10 Perubahan minda di semua peringkat dalam melaksanakan tugas
perlu diamalkan dalam menjayakan transformasi industri jualan
langsung. Aspek budaya menjadi tunggak dalam industri jualan
langsung kerana prestasi industri ini sangat bergantung terhadap
reputasi dan imej terutama dalam usaha meluaskan pasaran ke
peringkat global.
2.11 Aspek infostruktur yang dikenalpasti sebagai faktor kritikal
transformasi termasuk kemudahan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), kerangka perundangan dan dasar, pelan
pembangunan dan kemajuan industri serta latihan dan pendidikan
berterusan.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
19
TERAS STRATEGIK
2.12 Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung akan memberi arah yang
lebih jelas dan ruang untuk industri ini berkembang secara lebih
holistik. Sehubungan itu, transformasi industri jualan langsung yang
akan dikenali sebagai MY-DIS-BIZ akan dilancarkan dengan
memberi penekanan kepada tiga teras strategik berikut:
Teras Pertama :
Menambah baik kualiti modal insan
melalui latihan dan pendidikan secara
berterusan.
Teras Kedua :
Memantapkan sistem penyampaian dan perundangan supaya
sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.
Teras Ketiga :
Memulih reputasi dan meningkatkan prestasi
industri dengan meningkatkan kualiti produk
dan perkhidmatan serta ketelusan maklumat.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
20
2.13 Struktur Pelan Hala Tuju ini mengandungi beberapa bab. Bab
berikutnya adalah mengenai kerangka Pelan Hala Tuju Industri
Jualan Langsung yang mengenal pasti asas dan teras kepada
pembentukan dan pelaksanaan Pelan Hala Tuju ini.
2.14 Setiap bab disusun mengikut format yang mengandungi
pendahuluan, status semasa, cabaran, objektif, strategi, pelan
tindakan, faktor kritikal kejayaan dan penutup.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
21
BAB 3
MENAMBAH BAIK KUALITI MODAL INSAN
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
22
PENDAHULUAN
3.01 Modal insan merupakan aspek kritikal yang perlu diberi perhatian
dalam membangun dan menentukan hala tuju industri jualan
langsung. Penambahbaikan kualiti modal insan perlu dilaksanakan
secara berterusan bagi memastikan amalan perniagaan beretika
dan persaingan sihat di kalangan ejen dan syarikat jualan langsung
dapat terus dipertingkatkan. Pembangunan modal insan yang
melibatkan semua pihak yang berkepentingan seperti pegawai
kerajaan, pemegang saham, pihak pengurusan syarikat iaitu
pengarah dan pekerja, ejen, persatuan dan pengguna perlu
dimantapkan bagi menjadikan perniagaan jualan langsung sebagai
kerjaya yang menjamin masa depan.
STATUS SEMASA
3.02 Dalam menentukan hala tuju industri jualan langsung pada masa
hadapan, modal insan yang akan dilahirkan bukan sahaja perlu
cemerlang dari aspek ilmu pengetahuan, bahkan perlu mempunyai
personaliti unggul seperti berwibawa, berkeyakinan, mempunyai
nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,
bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat,
bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
23
3.03 Bagi merealisasikan matlamat ini, isu-isu berikut perlu
dititikberatkan:
i. Budaya kerja cemerlang penjawat awam;
ii. Ejen jualan langsung yang berpengetahuan dan beretika;
iii. Tadbir urus yang cekap oleh pengurusan syarikat;
iv. Integriti tinggi pemegang saham syarikat;
v. Peranan persatuan jualan langsung; dan
vi. Hak dan kepentingan Pengguna.
CABARAN
3.04 Cabaran untuk mewujudkan modal insan yang berkualiti sama ada
di pihak Kerajaan, persatuan dan syarikat jualan langsung iaitu
pemegang saham dan pengurusan syarikat serta ejen perlu diberi
perhatian sewajarnya. Cabaran-cabaran di bawah perlu ditangani
oleh semua pihak.
Mewujudkan Budaya Kerja Cemerlang Penjawat Awam
3.05 Dalam usaha membangun dan memperkukuhkan industri jualan
langsung, kualiti penjawat awam yang terlibat dalam industri jualan
langsung sama ada secara langsung atau tidak langsung perlu
sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Budaya kerja
cemerlang diwujudkan dengan memastikan Standard Operating
Procedures (SOP) dipatuhi dan dikemaskini bersesuaian dengan
perubahan semasa. Selain itu, pematuhan terhadap
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
24
undang-undang yang berkaitan dikuatkuasakan oleh pihak
penguatkuasa bagi menjamin perkembangan industri yang sihat
dan hak serta kepentingan pengguna dilindungi.
3.06 Selari dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan karenah
birokrasi dalam perkhidmatan awam terutama dalam urusan
perniagaan, budaya kerja cemerlang penjawat awam diterjemahkan
melalui penambahbaikan proses, prosedur dan keperluan
perundangan yang berkaitan. Proses permohonan berkaitan lesen
sama ada permohonan baru, pembaharuan, rayuan dan
pembatalan dipermudahkan melalui kaedah di atas talian (online)
yang sedang dibangunkan. Sebarang pertanyaan, aduan dan
cadangan oleh semua pihak diberi perhatian sewajarnya melalui
sistem yang telah dibangunkan oleh pihak Kerajaan.
3.07 Kompetensi dan profesionalisme penjawat awam sentiasa
ditingkatkan melalui pendedahan ilmu berkaitan perniagaan bagi
memastikan semua tindakan dan keputusan diambil dan
dilaksanakan dengan cepat dan tepat (sense of urgency) serta
membantu memenuhi ekspektasi industri (customer centric).
Budaya kerja cemerlang penjawat awam memenuhi ciri-ciri sistem
penyampaian yang baik
seperti cekap, cepat,
tepat, keberkesanan kos
dan disampaikan
dengan berintegriti.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
25
Menambah Bilangan Ejen Yang Berpengetahuan dan Beretika
3.08 Perkembangan industri jualan langsung memperlihatkan
pertambahan bilangan ejen yang terlibat. Sehubungan itu,
keperluan untuk melahirkan ejen yang berpengetahuan dan
beretika amat dititikberatkan. Syarikat jualan langsung memainkan
peranan penting dalam memberi pendedahan kepada ejen–ejen
yang dilantik terutama berkaitan produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh syarikat jualan langsung serta kod etika dan
tatacara yang perlu dipatuhi oleh semua ejen jualan langsung.
3.09 Bagi meningkatkan amalan perniagaan beretika serta menjaga
kepentingan semua pihak yang berkaitan, Kerajaan telah
mewujudkan Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung. Walaupun
Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung ini tidak bersifat
mandatori, ia perlu berfungsi sebagai garis panduan dalam
menjalankan perniagaan jualan langsung secara lebih beretika dan
membolehkan tindakan secara pentadbiran diambil dalam
menangani isu-isu yang berbangkit.
3.10 Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung ini menekankan lima
aspek utama iaitu:
i. Etika dan Tatacara Terhadap Pengguna;
ii. Etika dan Tatacara Terhadap Penjual Langsung;
iii. Etika dan Tatacara Antara Syarikat;
iv. Etika dan Tanggungjawab Syarikat; dan
v. Etika dan Tatacara Penguatkuasaan.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
26
Membudayakan tadbir urus yang cekap oleh pengurusan syarikat
3.11 Kecekapan pengurusan sesebuah syarikat bukan hanya dinilai
berdasarkan jumlah keuntungan yang diperolehi, malahan
melibatkan penguasaan inti pati tadbir urus korporat yang baik
termasuk hubungan kepercayaan di antara pengurusan syarikat
dan pihak yang berkepentingan. Pengurusan syarikat yang
membudayakan tadbir urus yang cekap berjaya melahirkan
ekosistem korporat yang telus dan mampu menjaga kepentingan
semua pihak seperti pemegang saham, ejen, pengguna dan juga
Kerajaan.
Mengukuhkan integriti pemegang saham syarikat
3.12 Pemegang saham syarikat merupakan entiti penting dalam
menggerakkan kejayaan sesebuah syarikat. Justeru itu,
pengukuhan integriti di kalangan pemegang saham perlu diperkasa
secara menyeluruh dalam memastikan perjalanan operasi syarikat
yang lebih telus dan perundangan serta peraturan dipatuhi.
3.13 Faktor kejayaan syarikat amat bergantung kepada keupayaan
pemegang saham dalam mengemudi perniagaan secara beretika.
Ini kerana mereka menjadi tunjang perniagaan dalam memastikan
perniagaan yang dijalankan dapat bertahan dan
diterima oleh masyarakat. Melalui perkara ini,
setiap pemengang saham syarikat perlu
ditanamkan dengan nilai-nilai integriti dan murni
bagi membina dan meningkatkan kepercayaan
pengguna terhadap industri jualan langsung.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
27
Memantapkan Peranan Persatuan
3.14 Sokongan daripada persatuan jualan langsung amat diperlukan
oleh Kerajaan dalam memastikan program pembangunan yang
dijalankan memberi manfaat kepada semua lapisan pemain industri
jualan langsung itu sendiri. Justeru itu, setiap syarikat jualan
langsung amat digalakkan untuk bernaung di bawah persatuan
jualan langsung bagi memastikan komunikasi antara Kerajaan dan
industri dapat disalurkan melalui persatuan jualan langsung.
3.15 Dalam menjadikan persatuan jualan langsung sebagai medium
pelaksana program pembangunan oleh Kerajaan, komunikasi dua
hala antara pihak Kerajaan dan persatuan dimantap dan
diperkukuhkan melalui kerjasama pintar yang dijalankan.
Persatuan berperanan menjadi enjin penggerak kepada
pembangunan jualan langsung melalui maklum balas yang diterima
oleh ahli-ahli mereka.
Melindungi Hak dan Kepentingan Pengguna
3.16 Perlindungan pengguna dari pelbagai aspek urus niaga perlu
dipertingkatkan agar faedah bersama antara syarikat dan pengguna
dapat dipertingkatkan secara optimum dan mewujudkan pasaran
yang prihatin terhadap pengguna. Ini
adalah kerana kedua-dua pihak ini sangat
bergantung antara satu sama lain dalam
memastikan kelangsungan industri ini
terutama dalam menghadapi persaingan
perdagangan yang semakin sengit.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
28
3.17 Selain daripada perlu menitikberatkan amalan perdagangan yang
bertanggungjawab dan saksama, syarikat jualan langsung juga
perlu memberi penekanan terhadap aspek perlindungan pengguna
secara menyeluruh. Ini bertujuan memastikan kebajikan dan
kesejahteraan pengguna termasuk perkara berkaitan
tatacara urus niaga, jaminan kualiti dan
keselamatan produk serta ketelusan
maklumat dapat dilindungi dan dalam masa
yang sama dapat mengekalkan kesetiaan
pengguna terhadap produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan.
OBJEKTIF
3.18 Teras strategi ini menetapkan objektif berikut:
i. Memastikan tahap profesionalisme semua peringkat modal
insan dalam industri jualan langsung dipertingkatkan sehingga
mencapai tahap yang membanggakan dan berdaya tahan di
peringkat global; dan
ii. Memastikan industri jualan langsung dapat berkembang
melalui modal insan terlatih dan berpengetahuan bagi
membantu merealisasikan matlamat menyumbang kepada
Pendapatan Negara Kasar.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
29
STRATEGI
3.19 Untuk mencapai objektif di atas, strategi-strategi berikut
dicadangkan:
i. Mewujudkan budaya kerja cemerlang penjawat awam;
ii. Menambah bilangan ejen yang berpengetahuan dan beretika;
iii. Mengukuhkan integriti pemegang saham syarikat;
iv. Membudayakan tadbir urus yang cekap oleh pengurusan
syarikat; dan
v. Memantapkan peranan Persatuan Jualan Langsung.
PELAN TINDAKAN MENJELANG 2020
Fasa 1 (2013 - 2015)
i. Memastikan usaha ke arah meningkatkan profesionalisme
modal insan dalam jualan langsung dibuat secara berterusan
melalui pendidikan dan latihan.
ii. Menyediakan garis panduan kepada pihak yang berminat
menjadi ejen syarikat jualan langsung.
iii. Memastikan pematuhan terhadap Kod Etika
dan Tatacara Jualan Langsung.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
30
iv. Memberi pengiktirafan sewajarnya
kepada pemain industri berdasarkan
kepada prestasi syarikat.
v. Melaksanakan kursus dan seminar
sebagai pendedahan kepada
ejen-ejen dan syarikat-syarikat jualan langsung ke arah
ekosistem perniagaan kawal selia kendiri melalui kolaborasi
dengan institut latihan berkaitan. Resfresher course dibuat
secara berterusan dan diwajibkan kepada semua ejen yang
aktif.
Fasa 2 (2016 - 2018)
i. Mewujudkan subject matter expert (SME) iaitu pegawai pakar
dalam bidang pengkhususan masing-masing yang akan
menjadi rujukan agensi Kerajaan dan industri jualan langsung.
Kompetensi pegawai penguatkuasa yang menjadi subject
matter expert (SME) perlu dibangunkan melalui latihan
professional berterusan dan pendedahan kepada situasi
industri semasa. Landasan
kerjaya yang menarik untuk
pegawai penguatkuasa perlu
disediakan untuk mengekalkan
pegawai yang berpengalaman
dan berkemahiran tinggi.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
31
ii. Menjalankan program Continuous Professional Development
(CPD) secara berterusan kepada ejen dan pengarah syarikat
jualan langsung. Silibus CPD yang merangkumi pengurusan
kewangan, pemasaran, undang-undang perniagaan, sumber
manusia dan kemahiran komunikasi perlu dikemaskini dari
semasa ke semasa.
iii. Menyediakan laluan perkembangan kerjaya bagi
menggalakkan lebih ramai orang menyertai jualan langsung
dan mengekalkan modal insan berkualiti dalam industri jualan
langsung.
Fasa 3 (2016 - 2018)
i. Menjalin kerjasama dengan IPT tempatan bagi menawarkan
program berkaitan jualan langsung di peringkat diploma dan
ijazah.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
32
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
3.20 Untuk memastikan modal insan dalam industri jualan langsung
berkualiti dan mampu membantu merealisasikan matlamat negara,
faktor kritikal berikut perlu diberi perhatian:
i. Keupayaan ejen dan pengarah syarikat jualan langsung dalam
mengamalkan amalan perdagangan yang bertanggungjawab
dan saksama bagi meningkatkan keyakinan pengguna; dan
ii. Pengetahuan penjawat awam, ejen, pengarah dan pemegang
saham syarikat jualan langsung berkaitan perniagaan dan
industri perlu ditingkatkan.
PENUTUP
3.21 Menyedari bahawa modal insan yang berkualiti dan
berpengetahuan adalah senjata utama dalam menghadapi
persaingan, industri jualan langsung perlu memastikan
pembangunan modal insan dilaksanakan secara holistik dan
sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
33
BAB 4
MENGUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN DAN PERUNDANGAN
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
34
PENDAHULUAN
4.01 Selain daripada reformasi dasar dan persekitaran kawal selia,
Kerajaan akan melaksanakan beberapa tindakan untuk
menambahbaik saling hubungan dengan industri bagi menjadikan
Malaysia lebih menarik sebagai tempat menjalankan perniagaan
dan melabur dalam industri jualan langsung. Peningkatan kualiti
dan ketepatan masa dalam perkhidmatan serta ketelusan dan
kepastian membuat keputusan oleh Kerajaan boleh meningkatkan
lagi produktiviti. Kerajaan akan terus menambahbaik penyampaian
dan kecekapan perkhidmatan kepada perniagaan dengan
memanfaatkan ICT.
STATUS SEMASA
4.02 Dalam memantapkan sistem penyampaian dan perundangan bagi
memastikan perkembangan industri jualan langsung, kajian semula
pelbagai aspek meliputi proses, prosedur dan tatacara
perundangan dilakukan secara berterusan. Walau bagaimanapun,
isu-isu berikut perlu diberikan perhatian sewajarnya dalam
memastikan sistem penyampaian dapat ditingkatkan dan tatacara
perundangan dapat terus dikemaskini ke arah persekitaran mesra
niaga yang lebih baik:
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
35
i. Peranan Kementerian dan agensi lain yang berkaitan sebagai
penggubal dan pelaksana dasar yang meliputi aspek
pembangunan industri termasuk pelesenan dan
penguatkuasaan;
ii. Sokongan persatuan jualan langsung dalam membantu pihak
Kerajaan merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan;
iii. Pengetahuan dan komitmen pemain industri jualan langsung
dalam mematuhi keperluan perundangan dan prosedur sedia
ada; dan
iv. Hak dan kepentingan pengguna dilindungi.
CABARAN
4.03 Dalam usaha untuk memastikan industri jualan langsung dapat
berkembang, cabaran-cabaran berkaitan sistem penyampaian
perkhidmatan dan perundangan perlu di tangani oleh semua pihak.
Penyampaian Perkhidmatan
4.04 Perkhidmatan yang cekap dan mudah perlu disediakan kepada
pemain industri jualan langsung dan pengguna. Penyampaian
perkhidmatan Kerajaan akan direka bentuk bagi menyediakan
perkhidmatan yang cekap dan mudah kepada rakyat dan
perniagaan berasaskan pemahaman serta jangkaan keperluan
pelanggan. Kualiti sistem penyampaian perkhidmatan yang
ditambahbaik akan memberi perubahan signifikan dari segi
peningkatan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang
diberikan.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
36
4.05 Usaha akan dipergiat dan diperluas di mana tempoh perkhidmatan
akan ditanda aras dengan amalan terbaik antarabangsa. Proses
dan perkhidmatan merentasi agensi akan direkayasa bagi
memastikan semua pihak yang berkepentingan mendapat
perkhidmatan yang terbaik, cekap, pantas dan memenuhi keperluan
industri.
4.06 Saluran dan kaedah baru penyampaian perkhidmatan akan diteroka
untuk meluaskan liputan. Perhatian sewajarnya akan diberi kepada
aspek keselamatan dan privasi untuk melindungi data peribadi dan
perniagaan bagi memperoleh kepercayaan dan keyakinan rakyat
dalam menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
4.07 Kerajaan akan terus mengguna pakai pendekatan rundingan bagi
mendapat input dan maklum balas secara proaktif daripada
pelbagai pihak berkepentingan dalam Kerajaan, syarikat dan
persatuan jualan langsung dalam merangka dasar, pelan dan
program pembangunan industri jualan langsung. Ini membolehkan
Kerajaan menerima input secara langsung daripada pihak barisan
hadapan, memberi maklum balas dalam perkara yang menjadi
perhatian pihak berkepentingan
dan menambahbaik kualiti
penyelesaian. Tindakan ini
memastikan kehendak dan
keperluan rakyat dan industri
diambil kira.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
37
4.08 Sistem penyampaian perlu ditambahbaik berteraskan kreativiti dan
inovasi. Pihak Kerajaan dan swasta perlu bekerjasama
membangunkan sistem penyampaian menggunakan pendekatan
pemikiran di luar kotak melalui pembudayaan amalan kreatif dan
inovatif di dalam proses, sistem dan dasar kerajaan terutama
dalam mencapai penyelesaian. Aspek ini adalah penting untuk
membolehkan sistem penyampaian bertindak balas kepada
persekitaran global yang dinamik dan juga untuk memacu
pembangunan ekonomi negara.
4.09 Kerajaan perlu membuat keputusan dan bertindak secara pantas
berasaskan fakta dan pertimbangan yang wajar. Ini memerlukan
proses membuat keputusan dan pelaksanaan dibuat secara
rasional dengan menggunakan kaedah inovatif supaya dapat
Kerajaan dapat bertindak balas dengan pantas kepada tuntutan
orang ramai yang cepat berubah. Bagi membolehkan keputusan
dibuat secara rasional oleh Kerajaan, perkongsian maklumat di
antara semua pihak berkepentingan terutama syarikat jualan
langsung perlu diamalkan.
4.10 Sebagai penjaga kepada kepentingan awam, Kerajaan akan
mengamal piawaian kod etika tertinggi dan tadbir urus yang cekap
untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat. Usaha
memartabatkan nilai integriti tertinggi perlu dilaksanakan secara
berterusan.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
38
Perundangan
4.11 Penambahbaikan tatacara perundangan yang berkaitan perlu
diselarikan dengan perubahan semasa industri. Proses kajian
semula peruntukan undang-undang yang berkaitan dirancang dan
dilaksanakan secara berkala bagi memastikan undang-undang
yang digunapakai sentiasa relevan dan mampu mengelakkan
pertikaian serta menyelesaikan isu yang berbangkit.
4.12 Kod Etika Dan Tatacara Jualan Langsung yang diperkenalkan oleh
Kerajaan mesti dikuatkuasakan dan
dipatuhi oleh semua pemain industri
jualan langsung. Kod Etika Dan
Tatacara Jualan Langsung bukan
sahaja menjadi garis panduan dan
rujukan pihak yang berkepentingan,
bahkan mampu meningkatkan tahap profesionalisme dan integriti
pemain industri.
4.13 Penguatkuasaan yang lebih cekap dan berhemah (smart
enforcement) mesti dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan
undang-undang. Keupayaan untuk melaksanakan proses
penguatkuasaan yang merangkumi faktor motivasi pegawai,
sokongan pegawai atasan, kelengkapan peralatan dan kakitangan,
pengetahuan yang dimiliki oleh kakitangan dan pendedahan
terhadap rasuah perlu diberi perhatian bagi memastikan pematuhan
terhadap kuasa yang telah dimandatkan.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
39
4.14 Penguatkuasaan merupakan elemen yang sangat penting dalam
kawal selia industri terutama dalam menuju ekosistem perniagaan
yang mengamalkan kawal selia kendiri. Ketidakupayaan
menguatkuasa oleh Kerajaan akan memberi kesan terhadap
keyakinan pengguna dan reputasi industri jualan langsung.
OBJEKTIF
4.15 Objektif bagi teras ini adalah seperti berikut:
i. Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan ditambahbaik
secara berterusan bagi menambah nilai output dalam bentuk
proses, perkhidmatan dan teknologi kepada semua pihak
yang berkepentingan dalam industri; dan
ii. Memastikan pembaharuan undang-undang berkaitan bagi
menyediakan tatacara perundangan yang lebih progresif.
STRATEGI
4.16 Strategi ke arah mengukuhkan sistem penyampaian adalah seperti
berikut:
i. Merangka sistem penyampaian berorientasikan rakyat dan
perniagaan;
ii. Mempercepat penyampaian melalui pengurusan outcome
yang telus dan bertanggungjawab; dan
iii. Memperkukuh peranan Kerajaan sebagai pemudah cara
efektif bagi pertumbuhan industri jualan langsung yang dipacu
sektor swasta.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
40
PELAN TINDAKAN MENJELANG TAHUN 2020
FASA I (2013 – 2015)
i. Membudayakan usaha penambahbaikan penyampaian
perkhidmatan termasuk pemantapan dasar secara
berterusan, proses kerja yang mesra niaga serta
mengadaptasi teknologi maklumat terkini supaya
perkhidmatan awam dapat bertindak balas secara berkesan
kepada persekitaran global yang pesat berubah.
ii. Mewujudkan jawatankuasa
kerja yang dianggotai secara
tetap oleh agensi-agensi
berkaitan seperti Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Tenaga,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) dan Institut Penyelidikan Piawaian dan
Perindustrian Malaysia (SIRIM). Agensi-agensi lain boleh
dijemput menyertai jawatankuasa ini mengikut keperluan.
Jawatankuasa ini akan bersidang secara berkala untuk
membincangkan perkara berkaitan perancangan dan
pelaksanaan serta halangan birokrasi dalam membangunkan
industri jualan langsung negara.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
41
iii. Memperkasa peranan persatuan jualan langsung yang
berfungsi membantu mengawalselia industri bagi mewujudkan
persekitaran kondusif untuk pembangunan dan
perkembangan industri jualan langsung. Persatuan jualan
langsung juga akan bertindak sebagai rakan strategik
Kerajaan dalam merekayasa proses dan prosedur kerja
termasuk urusan perlesenan, penguatkuasaan dan
kepenggunaan. Kerjasama strategik ini dapat melancarkan
perlaksanaan peraturan seperti pematuhan Kod Etika Dan
Tatacara Jualan Langsung dengan penglibatan dan
pemantauan minima oleh pihak Kerajaan. Di samping itu,
persatuan juga akan terlibat dalam membantu perkembangan
industri jualan langsung melalui pendidikan dan latihan.
Persatuan akan memainkan peranan bagi mendapatkan
insentif untuk mempertingkatkan program perniagaan dan
seterusnya menembusi pasaran global.
iv. Menggalakkan penubuhan lembaga penasihat dalam syarikat
jualan langsung untuk membantu mengatasi isu berbangkit
yang dihadapi oleh pengedar syarikat.
v. Meningkatkan profesionalisme penguatkuasaan dengan
menggandakan usaha pemerkasaan ilmu pengetahuan
pegawai penguatkuasa terutama perkara yang melibatkan
bidang kuasa dan tatacara perundangan yang teratur.
Langkah ini perlu dilaksanakan secara berterusan bagi
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
42
melahirkan pegawai yang kompeten dan berintegriti dalam
menjalankan tugas. Ini adalah termasuk tugas-tugas
penguatkuasaan yang melibatkan perisikan, pemeriksaan,
penyiasatan dan pendakwaan.
vi. Menyediakan peraturan transaksi elektronik di
bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti
Piramid 1993;
vii. Mengadakan sesi advokasi pematuhan akta dan peraturan
yang melibatkan semua agensi Kerajaan yang berkaitan
kepada semua pemain industri.
viii. Menguatkuasakan peruntukan undang-undang dan
mengenakan hukuman yang tegas bagi semua kesalahan di
bawah Akta dan Peraturan untuk memastikan semua pemain
industri mematuhi tatacara perundangan yang mengawalselia
aktiviti industri.
ix. Memperluaskan hebahan maklumat berkaitan salahlaku dan
tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap pemain industri
yang tidak mengamalkan amalan perniagaan yang
bertanggungjawab dan saksama. Dalam hal ini, ia secara
tidak langsung dapat memberi manfaat kepada masyarakat
untuk bertindak sebagai pengguna bijak dan memastikan
semua tindakan dibuat secara bersepadu oleh agensi-agensi
Kerajaan berkaitan.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
43
x. Mengkaji semula akta dan peraturan industri jualan langsung
secara berterusan supaya sentiasa relevan dan terkini.
xi. Meneliti semula peranan Kerajaan dalam pembangunan
industri jualan langsung. Tanggungjawab Kerajaan sebagai
penggubal dasar dan pengawalselia akan dikaji semula
selaras dengan kematangan dan peningkatan tahap
profesionalisme pemain industri. Peranan Kerajaan adalah
sebagai pemudahcara yang memangkinkan kewujudan
persekitaran yang boleh melancar industri jualan langsung
menerusi dasar dan peraturan yang berkesan. Ini bertujuan
untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih mesra
niaga tanpa mengabaikan dasar yang jelas, stabil dan
konsisten.
FASA 2 (2016 – 2018)
i. Memastikan Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung sentiasa
relevan melalui kajian semula dari semasa ke semasa;
ii. Pemantauan berterusan terhadap industri jualan langsung perlu
dilaksanakan secara bersepadu oleh semua agensi Kerajaan
yang berkaitan. Perkongsian maklumat antara agensi Kerajaan
dapat memantapkan lagi tindakan penguatkuasaan dalam
memastikan peraturan dan dasar sedia ada dipatuhi oleh semua
pihak. Dalam hal ini, pangkalan data yang digunakan untuk
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
44
menyimpan maklumat pelesenan boleh diakses dan dikemaskini
secara terkawal oleh agensi berkaitan.
iii. Membangunkan pangkalan data yang holistik dan komprehensif
dengan akses meluas kepada pihak yang berkepentingan
(stakeholders) agar dapat digunakan dalam proses membuat
keputusan. Maklumat yang terkandung
dalam pangkalan data tersebut
perlulah lengkap dan terkini bagi
membolehkan keputusan yang tepat
berkaitan industri boleh dibuat.
iv. Mengkaji semula peraturan-peraturan sedia ada bagi
mewujudkan persekitaran mesra pasaran. Semua peraturan dan
proses kerja perlu direkayasa ke arah perkhidmatan yang mesra
niaga agar kerajaan dan pihak yang berkepentingan mendapat
manfaat bersama. Penglibatan dengan pemain industri secara
langsung atau melalui persatuan jualan langsung akan dipergiat
bagi mendapat pandangan yang lebih luas dan telus dalam
membangun hala tuju industri. Kerajaan akan mendapatkan
maklumat melalui sesi rundingan berkala dalam memantapkan
proses kerja bagi memastikan keperluan industri difahami dan
diambilkira bagi memastikan semua peraturan dan proses kerja
sentiasa relevan.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
45
FASA 3 (2019 – 2020)
i. Menyediakan mekanisme yang sesuai bagi memastikan
semua syarikat jualan langsung mematuhi sistem pengurusan
kualiti (MS ISO 9000) dan mempraktikkan tadbir urus syarikat
yang cekap. Pelaksanaan sistem
pengurusan kualiti oleh syarikat jualan
langsung bukan sahaja mampu
menggalakkan pendekatan dan pematuhan
kualiti yang universal dan diterima pakai oleh
semua pihak, bahkan dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan kerja serta kepuasan pengguna.
ii. Penguatkuasaan pintar (smart enforcement) bagi industri
jualan langsung akan dilaksanakan sepenuhnya dengan
mengambil kira tahap kematangan industri untuk
melaksanakan dasar kawal selia kendiri. Beban
penguatkuasaan akan dikongsi bersama dengan pengguna
bagi memastikan amalan perniagaan jualan langsung berjalan
dengan baik dan beretika. Kesedaran hak pengguna yang
tinggi tidak akan mengurangkan autoriti pihak penguatkuasa
terutama dalam isu-isu yang melibatkan penyelewengan
industri.
iii. Meneliti isu percukaian syarikat jualan langsung terutama
berkaitan percukaian yang melibatkan pelbagai negara.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
46
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
4.17 Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan
pengukuhan sistem penyampaian dan perundangan adalah seperti
berikut:
i. Pengetahuan dan pematuhan terhadap undang-undang,
peraturan dan standard;
ii. Tahap profesionalisme semua pihak yang terlibat dalam
industri jualan langsung;
iii. Kerjasama strategik dan perkongsian pintar antara Kerajaan
dan persatuan; dan
iv. Kesedaran kepenggunaan.
4.18 Kesemua faktor-faktor ini perlu diberi penekanan secara berterusan.
PENUTUP
4.19 Keberkesanan sistem penyampaian
perkhidmatan dan pematuhan
perundangan akan mewujudkan
suasana yang kondusif bagi
perkembangan industri jualan
langsung. Selain dapat
merealisasikan matlamat ke arah industri kawal selia kendiri,
keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan pematuhan
perundangan juga akan melahirkan pengguna yang
berpengetahuan serta lebih memahami industri jualan langsung.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
47
BAB 5
MENINGKATKAN REPUTASI
DAN MEMBUDAYAKAN
PRESTASI
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
48
PENDAHULUAN
5.01 Dalam meningkatkan pertumbuhan industri jualan langsung, fokus
perlu diberikan kepada usaha memulihkan reputasi dan
meningkatkan prestasi syarikat-syarikat jualan langsung terutama
dalam menangani persepsi negatif umum terhadap industri ini.
Pada masa yang sama, dalam melaksanakan pembangunan
industri, keputusan kritikal untuk membawa perubahan positif
industri ini perlu diambil. Pembinaan reputasi yang kukuh perlu
diusahakan secara berterusan bagi memastikan imej industri yang
mapan.
STATUS SEMASA
5.02 Bagi memastikan imej dan reputasi industri jualan langsung
dipertingkatkan, pelbagai pihak telah dan sedang mengambil
tindakan sewajarnya. Di antara isu-isu semasa industri jualan
langsung yang sedang ditangani ialah seperti berikut:
i. Kesedaran di kalangan pemain industri jualan langsung dan
pengguna berkaitan perundangan yang perlu dipatuhi masih
di tahap rendah berikutan kualiti, kuantiti dan akses maklumat
dan pengetahuan yang terhad;
ii. Strategi pemasaran yang dijalankan oleh syarikat jualan
langsung kurang berkesan;
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
49
iii. Persepsi negatif dan kurang keyakinan masyarakat terhadap
industri jualan langsung;
iv. Amalan etika perniagaan tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh
pemain industri;
v. Penyelewengan pelan pemasaran yang masih lagi berlaku di
kalangan pemain industri jualan langsung;
vi. Keperluan untuk mewujudkan peraturan bagi
menguatkuasakan undang-undang berkaitan jualan melalui
transaksi elektronik;
vii. Isu integriti di antara pemain industri; dan
viii. Bilangan aduan pengguna berkaitan kualiti produk, manipulasi
pelan pemasaran serta tadbir urus syarikat masih lagi
membimbangkan.
CABARAN
5.03 Dalam usaha untuk meningkatkan reputasi dan membudayakan
prestasi industri jualan langsung, pelbagai cabaran yang
menghalang usaha tersebut perlu terlebih dahulu diatasi agar
segala pelaksanaan program yang dirancang dapat berjalan
dengan lancar.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
50
Perundangan
5.04 Memastikan akta dan peraturan berkaitan
yang lebih relevan dan terkini selari dengan
transformasi industri dalam perdagangan
masa hadapan.
5.05 Penguatkuasaan undang-undang yang lebih komprehensif dalam
memastikan kualiti dan akauntabiliti syarikat sentiasa berada di
tahap tertinggi.
5.06 Memodenkan peraturan perniagaan
selari dengan perkembangan semasa
industri;
5.07 Memperkasa regim perundangan berkaitan industri jualan langsung
termasuk transaksi elektronik;
5.08 Pelaksanaan kod etika dan tatacara jualan langsung yang
menyeluruh oleh semua pemain industri dalam menghapuskan
salah laku di kalangan pemain industri.
Liberalisasi Perdagangan
5.09 Persaingan antara industri-industri di bawah definisi perdagangan
pengedaran.
5.10 Globalisasi perdagangan yang semakin meningkat dan sengit.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
51
Produk dan Perkhidmatan
5.11 Kekurangan amalan penyelidikan dan pembangunan dalam inovasi
produk dan perkhidmatan industri jualan langsung.
5.12 Penggunaan teknologi terkini yang terhad di kalangan pemain
industri.
5.13 Produk dan perkhidmatan jualan langsung masih belum mencapai
tahap kualiti dan standard yang tinggi.
Amalan Perniagaan
5.14 Kod Etika Dan Tatacara Jualan Langsung masih belum dipatuhi
secara menyeluruh oleh semua pemain industri.
5.15 Integriti ejen dalam memastikan nama baik syarikat yang disertai.
5.16 Amalan perniagaan yang menjurus ke arah skim piramid oleh
pemain industri.
OBJEKTIF
5.17 Teras strategi ini menetapkan objektif berikut:
i. Memastikan prestasi syarikat ditambahbaik dari semasa ke
semasa melalui peningkatan produktiviti dan kualiti produk
dan perkhidmatan; dan
ii. Memastikan perubahan persepsi masyarakat ke arah yang
lebih positif terhadap industri jualan langsung melalui amalan
perniagaan beretika dan strategi pemasaran yang telus.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
52
STRATEGI
5.18 Untuk memastikan objektif di atas tercapai, strategi-strategi berikut
dicadangkan dalam usaha memastikan perancangan yang dibuat
dapat dilaksanakan mengikut perencanaan masa depan industri
jualan langsung yang lebih positif.
i. Kajian semula akta dan peraturan industri jualan langsung
dibuat secara berterusan supaya ia sentiasa relevan dan
terkini selari dengan transformasi industri dan perubahan
pasaran semasa;
ii. Menggalakkan persaingan sihat di kalangan industri dengan
memantapkan strategi penembusan pasaran antarabangsa;
iii. Penggunaan inovasi
secara lebih meluas bagi
pengeluaran produk dan
perkhidmatan untuk
menjadikan produk dan
perkhidmatan jualan
langsung sebagai produk dan perkhidmatan pilihan
pengguna;
iv. Menggalakkan pelaksanaan dan pematuhan terhadap Kod
Etika Dan Tatacara Jualan Langsung secara menyeluruh;
v. Meningkatkan kualiti, kuantiti dan akses maklumat industri
jualan langsung kepada pemain industri dan pengguna
melalui program kesedaran, hebahan dan latihan yang
komprehensif;
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
53
vi. Mengukuhkan strategi pemasaran syarikat jualan langsung
secara lebih telus dan beretika; dan
vii. Membina kepercayaaan masyarakat terhadap industri jualan
langsung melalui nilai amanah, yakin dan bangga dengan
kerjaya di dalam industri jualan langsung.
PELAN TINDAKAN MENJELANG 2020
FASA 1 (2013 – 2015)
i. Mengadakan lawatan/naziran dari semasa ke semasa bagi
memastikan pemain industri sentiasa mematuhi akta dan
peraturan yang berkuatkuasa.
ii. Menjalankan operasi bersepadu bersama semua agensi
penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan pemain industri.
iii. Membuat pemeriksaan secara rawak ke atas pelan
pemasaran syarikat jualan langsung bagi mengelakkan ia
tidak dimanipulasi dan menjurus ke arah skim piramid.
iv. Mengadakan siri roadshow kesedaran untuk semua lapisan
masyarakat termasuk pemain industri dan pengguna
berkenaan harapan dan hala tuju Kerajaan terhadap industri
jualan langsung di samping memberi pendidikan secara
menyeluruh.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
54
v. Melantik ikon atau duta jualan langsung yang sesuai bagi
memulih imej industri jualan langsung dan meningkatkan
semula kepercayaan orang ramai terhadap industri ini.
vi. Mengadakan ekspo dan pameran industri jualan langsung di
luar negara dengan kerjasama lebih erat dengan Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) amnya dan
Malaysia External Trade Development Corporation
(MATRADE) bagi mempromosikan syarikat dan produk
syarikat jualan langsung di pasaran antarabangsa.
vii. Mengiktiraf syarikat jualan langsung yang mencapai tahap
membanggakan dengan mengadakan majlis penyampaian
anugerah jualan langsung setiap tahun.
viii. Menyediakan mekanisme bersesuaian bagi memastikan
hanya pemain industri yang tulen sahaja diberi lesen jualan
langsung yang sah di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim
Anti Piramid 1993.
ix. Menjalankan program pemutihan secara berkala ke atas
syarikat jualan langsung yang tidak aktif.
x. Memantapkan kerjasama dengan pihak media dalam
memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengguna
berkaitan potensi jualan langsung dan pemahaman tentang
faedah kawal selia kendiri.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
55
xi. Mengadakan hebahan secara menyeluruh melalui pelbagai
medium komunikasi seperti media massa dan media sosial
oleh agensi-agensi kerajaan dan industri bagi memberi
gambaran sebenar potensi industri jualan langsung.
xii. Menggalakkan pemain industri untuk menjalankan program
tanggungjawab sosial korporat dan sentiasa menitikberatkan
amalan perniagaan beretika dalam melindungi pengguna.
xiii. Menyediakan platform kepada semua pemain industri untuk
menyuarakan pandangan dan pendapat melalui penyatuan
persatuan jualan langsung.
FASA 2 (2016 – 2018)
i. Menggalakkan semua syarikat bernaung di bawah persatuan
jualan langsung.
ii. Menubuhkan one stop centre yang dijalankan oleh Persatuan
Jualan Langsung dengan penglibatan Kerajaan bagi menjadi
pemudah cara kepada pemain industri.
iii. Menjalankan kajian impak bagi setiap program pembangunan
terhadap industri bagi melihat keberkesanannnya dalam
menjadikan industri ini terus diterima baik oleh masyarakat.
iv. Menjalin kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
tempatan bagi menawarkan kursus berkaitan jualan langsung.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
56
v. Mengukuhkan jaringan perdagangan di antara negara
(G to G) bagi memastikan industri jualan langsung Malaysia
terus berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa.
FASA 3 (2019 – 2020)
i. Menyediakan pelan laluan kerjaya yang bersesuaian bagi
menjadikan industri ini sebagai kerjaya pilihan untuk sumber
pendapatan utama.
ii. Memastikan industri jualan langsung di Malaysia mematuhi
keperluan perundangan secara kawalan kendiri.
iii. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau
dan menjadi negara contoh dalam amalan perniagaan terbaik
bagi industri jualan langsung.
iv. Memastikan industri ini berkembang secara konsisten dan
menjadi penyumbang kepada peningkatan pendapatan
negara (GNI).
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
57
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
5.19 Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan untuk
usaha meningkatkan reputasi dan membudayakan prestasi adalah
seperti berikut:
i. Penyaluran akses, kuantiti dan kualiti maklumat yang tepat
kepada semua pihak yang berkepentingan terutama
pengguna dengan penglibatan meluas oleh media;
iv. Amalan perdagangan yang bertanggungjawab dan saksama
diamalkan oleh ejen dan syarikat jualan langsung; dan
iii. Keunikan dan kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi
dan mempunyai nilai tambah serta meyakinkan pengguna.
PENUTUP
5.20 Usaha meningkatkan reputasi industri jualan langsung perlu
dimulakan dengan menukar persepsi pengguna terhadap produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan serta amalan perniagaan yang
diamalkan oleh ejen dan syarikat jualan langsung. Kelebihan
(competitive advantage) yang dimiliki oleh industri jualan langsung
seperti kaedah pemasaran melalui demonstrasi, testimoni dan
penyebaran maklumat oleh pengguna (word-of-mouth) perlu
dimanfaatkan sepenuhnya untuk memulihkan semula imej industri.
Prestasi industri perlu ditingkatkan melalui kawalan standard produk
dan perkhidmatan yang tinggi serta pematuhan kepada
perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa.
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
58
BAB 6
KESIMPULAN
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
59
FASA I (2013 – 2015)
MENAMBAH BAIK KUALITI MODAL INSAN
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Memastikan usaha ke arah meningkatkan profesionalisme modal insan dalam jualan langsung dibuat secara berterusan melalui pendidikan dan latihan.
Menyediakan garis panduan kepada pihak yang berminat menjadi ejen syarikat jualan langsung
Memastikan pematuhan terhadap Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung.
Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemain industri berdasarkan kepada prestasi syarikat.
Melaksanakan kursus dan seminar sebagai pendedahan kepada ejen-ejen dan syarikat-syarikat jualan langsung ke arah ekosistem perniagaan kawal selia kendiri.
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
KPDNKK
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
2013-2015
2013 : S2
2013 : S3
2013 : S4
2014 : S2
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
60
FASA I (2013 – 2015)
MENGUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN DAN PERUNDANGAN
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Membudayakan usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan termasuk pemantapan dasar secara berterusan, proses kerja yang mesra niaga serta mengadaptasi teknologi maklumat terkini.
Mewujudkan kerjasama strategik dengan menubuhkan jawatankuasa kerja yang dianggotai secara tetap oleh agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan SIRIM.
Memperkasa peranan persatuan jualan langsung yang berfungsi membantu mengawalselia industri bagi mewujudkan persekitaran kondusif untuk pembangunan dan perkembangan industri jualan langsung.
Menggalakkan penubuhan lembaga penasihat dalam syarikat jualan langsung untuk membantu mengatasi isu berbangkit yang dihadapi oleh pengedar syarikat.
KPDNKK
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
Persatuan Jualan Langsung
2013 - 2015
2013 : S1
2013 : S2
2013 : S3
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
61
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Meningkatkan profesionalisme penguatkuasaan dengan menggandakan usaha pemerkasaan ilmu pengetahuan pegawai penguatkuasa.
Menyediakan peraturan transaksi elektronik di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.
Mengadakan sesi advokasi pematuhan akta dan peraturan yang melibatkan semua agensi Kerajaan yang berkaitan kepada semua pemain industri.
Menguatkuasakan peruntukan undang-undang dan
mengenakan hukuman yang tegas bagi semua kesalahan di bawah Akta dan Peraturan.
Memperluaskan hebahan maklumat berkaitan salahlaku dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap pemain industri yang tidak mengamalkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan saksama.
Mengkaji semula akta dan peraturan industri jualan langsung secara berterusan supaya sentiasa relevan dan terkini.
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
2014 : S1
2014 : S2
2013 : S3
2014 : S3
2014 : S4
2015 : S1
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
62
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Meneliti semula peranan Kerajaan dalam pembangunan industri jualan langsung. Tanggungjawab Kerajaan sebagai penggubal dasar dan pengawalselia akan dikaji semula selaras dengan kematangan dan peningkatan tahap profesionalisme pemain industri.
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
2015 : S4
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
63
FASA I (2013 – 2015)
MENINGKATKAN REPUTASI DAN MEMBUDAYAKAN PRESTASI
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Mengadakan lawatan/naziran dari semasa ke semasa bagi memastikan pemain industri sentiasa mematuhi akta dan peraturan yang berkuatkuasa.
Menjalankan operasi bersepadu bersama semua agensi penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan pemain industri.
Membuat pemeriksaan secara rawak ke atas pelan pemasaran syarikat jualan langsung bagi mengelakkan ia tidak dimanipulasi dan menjurus ke arah skim piramid.
Mengadakan siri roadshow kesedaran untuk semua lapisan masyarakat berkenaan hala tuju industri jualan langsung.
Menyediakan platform kepada semua pemain industri untuk menyuarakan pandangan dan pendapat melalui penyatuan persatuan jualan langsung.
Melantik ikon atau duta jualan langsung yang sesuai bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap industri ini.
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
KPDNKK
2013 - 2015
2013 -2015
2013 – 2015
2013: S1
2013 : S2
2013 : S2
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
64
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Mengadakan ekspo dan pameran industri jualan langsung di luar negara.
Mengiktiraf syarikat jualan langsung yang mencapai tahap membanggakan dengan mengadakan majlis penyampaian anugerah jualan langsung setiap tahun.
Menyediakan mekanisme bersesuaian bagi memastikan hanya pemain industri yang tulen sahaja diberi lesen jualan langsung yang sah di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.
Menjalankan program pemutihan secara berkala ke atas syarikat jualan langsung yang tidak aktif.
Memantapkan kerjasama dengan pihak media dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengguna.
Mengadakan hebahan secara menyeluruh melalui pelbagai medium komunikasi bagi memberi gambaran sebenar potensi industri jualan langsung.
Menggalakkan pemain industri untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat dan sentiasa menitikberatkan amalan perniagaan beretika dalam melindungi pengguna.
Persatuan Jualan Langsung
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
Persatuan Jualan Langsung
2013 : S3
2013 : S4
2014 : S1
2014 : S2
2014 : S3
2014 : S4
2015 : S1
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
65
FASA 2 (2016 – 2018)
MENAMBAH BAIK KUALITI MODAL INSAN
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Mewujudkan subject matter expert (SME) iaitu pegawai pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing yang akan menjadi rujukan agensi kerajaan dan industri jualan langsung.
Menjalankan program Continuous Professional
Development (CPD) secara berterusan kepada ejen dan pengarah syarikat jualan langsung.
Menyediakan laluan perkembangan kerjaya bagi
menggalakkan lebih ramai orang menyertai jualan langsung dan mengekalkan modal insan berkualiti dalam industri jualan langsung.
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
Persatuan Jualan Langsung
Syarikat Jualan Langsung
2016 : S1
2017 : S1
2018 : S1
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
66
FASA 2 (2016 – 2018)
MENGUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN DAN PERUNDANGAN
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Memastikan Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung sentiasa relevan melalui kajian semula dari semasa ke semasa.
Pemantauan berterusan terhadap industri jualan langsung dilaksanakan secara bersepadu oleh semua agensi Kerajaan yang berkaitan.
Membangunkan pangkalan data yang holistik dan komprehensif melalui integrasi pautan pangkalan data dan akses meluas kepada pihak yang berkepentingan.
Mengkaji semula peraturan sedia ada dan merekayasa proses kerja bagi mewujudkan persekitaran mesra niaga dan mesra pasaran.
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
2016 : S1
2016 - 2018
2016 : S2
2018 : S1
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
67
FASA 2 (2016 – 2018)
MENINGKATKAN REPUTASI DAN MEMBUDAYAKAN PRESTASI
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Menggalakkan semua syarikat bernaung di bawah persatuan jualan langsung.
Menubuhkan one stop centre sebagai kemudahan
kepada pemain industri.
Menjalankan kajian impak bagi setiap program pembangunan industri bagi menilai keberkesanannya.
Menjalin kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) tempatan bagi menawarkan kursus berkaitan jualan langsung.
Mengukuhkan jaringan perdagangan di antara negara
(G to G) bagi memastikan industri jualan langsung Malaysia terus berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa terutama di negara-negara ASEAN.
Persatuan Jualan Langsung
Persatuan Jualan Langsung
KPDNKK
KPDNKK
KPDNKK
2016 : S1
2016 : S2
2016 : S3
2017 : S3
2018 : S2
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
68
FASA 3 (2019 – 2020)
MENAMBAH BAIK KUALITI MODAL INSAN
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Menjalin kerjasama dengan IPT bagi menawarkan program berkaitan jualan langsung di peringkat diploma dan ijazah pertama.
KPDNKK 2019 : S3
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
69
FASA 3 (2019 – 2020)
MENGUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN DAN PERUNDANGAN
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Menyediakan mekanisme yang sesuai bagi memastikan semua syarikat jualan langsung mematuhi sistem pengurusan kualiti (MS ISO 9000) dan mempraktikkan tadbir urus syarikat yang cekap.
Penguatkuasaan pintar (smart enforcement) bagi industri jualan langsung akan dilaksanakan sepenuhnya dengan mengambil kira tahap kematangan industri untuk melaksanakan dasar kawal selia kendiri.
Meneliti isu percukaian syarikat jualan langsung terutama berkaitan percukaian yang melibatkan pelbagai negara.
Persatuan Jualan Langsung
KPDNKK
KPDNKK
2019 : S1
2019 : S1
2019 : S1
PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG
70
FASA 3 (2019 – 2020)
MENINGKATKAN REPUTASI DAN MEMBUDAYAKAN PRESTASI
TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA
Menyediakan pelan laluan kerjaya yang bersesuaian bagi menjadikan industri ini sebagai kerjaya pilihan untuk sumber pendapatan utama.
Memastikan industri jualan langsung di Malaysia mematuhi keperluan perundangan secara kawalan kendiri.
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau dan menjadi negara contoh dalam amalan perniagaan terbaik bagi industri jualan langsung.
Memastikan industri ini berkembang secara konsisten dan menjadi penyumbang kepada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI).
Persatuan Jualan Langsung
Persatuan Jualan Langsung
KPDNKK
Persatuan Jualan Langsung
KPDNKK
2019 : S1
2019 : S2
2019 : S4
2019 : S4