INTERAKSI 3PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISME, KONTEKSTUAL & MASTERI
1.PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
SECARA KONSTRUKTIVISMEKonstruktivisme merupakan proses pembelajaran
yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda
manusia.Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan
sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam
bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan
mengikut pengalaman masing-masing.Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang
digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan
pengabstrakan.Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang
wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui
murid adalah realiti yang dia bina sendiri.Murid sebenarnya telah
mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur
kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru
harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada
mereka.Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah
kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat
dibina.Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli
konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada
murid.Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat
membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut
dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu
pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu
asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate)idea yang
sedia ada.
PRINSIP KONSTRUKTIVISMEPembelajaran konstruktivisme dalam
pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan
pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham,
yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.Murid
cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena
dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara
tersebut.Dalam konstruktivisme, pembelajaran dilihat sebagai
:Pengubahan idea,Pembinaan & penerimaan idea baru,Penstrukturan
semula idea sedia ada
Pandangan konstruktivismeMurid membina atau membentuk idea baru
dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif
makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.Amalan
pengajaran konstruktivismePenggunaan data mentah & sumber
primer, berserta bahan manipulatif, interaktif & fizikal
membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman
& kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur
semula konsep alternatif mereka.Tugasan pembelajaran yang
melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas & meramal akan
meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid
membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep
baru atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.Pengetahuan sedia
ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya.
Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan
perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut
bermakna kepada mereka.Pengetahuan diperoleh secara kognitif &
interaksi dengan individu dan alam sekeliling.
Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit
daripada interaksi murid dengan alam sekelilingMurid-murid membina
idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia
ada.Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat
keputusan melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman
mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada.Murid-murid
mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka
sendiri.
2. PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU SECARA KONTEKSTUAL
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang
mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu
masyarakat, dan alam pekerjaan.Pembelajaran kontekstual disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan
latih amal dan berfikir.Pembelajaran berlaku apabila murid
berupayamenghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan
menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan
mereka.Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep
pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan
kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan
memotivasi murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan
kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat
dan pekerja.Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk
berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi
dan konsep yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.Menurut
teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka
sendiri (memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).Pendekatan
pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan
mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait
dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara
pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.Ia
menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial,
fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang
diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang
bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks
alam yang nyata.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit
yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu
minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang
diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain
menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau
lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;R :
(relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks
menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.E :
(experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks
penerokaan, penemuan dan reka cipta.A : (applying/mengaplikasikan),
iaitu murid belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau
informasi boleh digunakan dalam situasi lain.C :
(cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks
bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.T :
(transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks
pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa
yang diketahui.
Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan (kelebihan):(i)
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;(ii) meningkatkan
minat;(iii) pembelajaran realistik, praktikal;(iv) pengalaman
konkrit, penglibatan langsung murid; dan(v) menyuburkan pemikiran
kreatif.
Kelemahan pendekatan kontekstual(i) tahap kefahaman dan
kesediaan guru(ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai
matlamat(iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi
item pengajaran dan pembelajaran;(iv) kawalan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks;(v) hanya sesuai
dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian
tinggi
3. PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU SECARA MASTERIPembelajaran Masteri adalah pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid
dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
Melalui pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju
mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta
dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.Pembelajaran
Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit
pembelajaran seterusnya.Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran
dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan
tahap penguasaan murid.Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan
Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan
Pembelajaran.Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah
untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang
murid di tahap tersebut.
MODEL PEMBELAJARAN MASTERI
Kriteria penentuan hasil pembelajaran:Berdasarkan Sukatan
PelajaranDalam bentuk tingkah laku yang boleh diukurSecara
eksplisit, jelas dan terperinciDalam domain kognitif, efektif dan
psikomotor
Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:Kemudahan dan
keupayaan murid yang berbezaKepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaranKemudahan yang sedia adaMasa yang diperuntukkan
Penilaian terhadap murid:Mengesan pencapaian muridMengenalpasti
murid yang cerdas, sederhana dan lemah.Mengesan sama ada hasil
pembelajaran telah dikuasaiMengenalpasti sebab kelemahan murid
dalam satu unit pembelajaran.Menentukan pengayaan dan
pemulihanMenentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan
pembelajaran
Mengadakan tindakan susulan:PengayaanPemulihanPengukuhan
Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran MasteriPeranan guru
adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.Guru
tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan
pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah
disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri
ialah:Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;Mengubahsuaikan
kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran
masteri;Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran
berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari;Mengenal
pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar
melalui ujian diagnostik;Menjalankan aktiviti pemulihan dan
pengayaan; dan menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri
Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang
boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang
diajar.Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar
dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat
dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya
dalam kumpulan.
Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
- tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai - belajar dengan
tekun, tabah dan bermotivasi - betul-betul memahami dan menguasai
apa yang diajar - memberitahu guru tentang perkara yang belum
difahami atau dikuasai- membuat kerja pemulihan atau kerja
pengayaan yang diberi
Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan
kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar
berdikari.
Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid Berdasarkan
Bahan Pemebelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan
Masalah Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan
Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan PermainanPendekatan
berpusatkan murid Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku
apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut
kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti
pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang
memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada
secara kumpulan atau individu. Banyak masa diperuntukkan untuk
murid melaksanakan sesuatu aktiviti.Pendekatan berpusatkan bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat
penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan
bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi
pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif
pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani
dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami
konsep yang abstrak dengan lebih jelas.Pendekatan berasaskan projek
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan
projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan
berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik
apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.Pendekatan berasaskan
masalah Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan
seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan
fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid
menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan
masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan
dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.Pembelajaran
berasaskan aktiviti Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak
aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan
mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan
kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Pembelajaran
berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di
sekolah-sekolah.Pembelajaran berasaskan situasional Pendekatan ini
mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan
bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru hanya
bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan
contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan
pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN PendekatanKamus Dewan (1998) pendekatan
sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan
sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau
hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian
yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to
in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori
atau generalisasi yang tertentu.
PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA INDUKTIF DEDUKTIF EKLEKTIK
KOMUNIKATIF INDUKTIF Pendekatan induktifbermula daripada spesifik
kepada umum. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan
induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke
arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan
memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus
sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba
disampaikan oleh guru. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua
pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara
sesuatu. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif
adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa
yang cuba disampaikan oleh guru. Selain itu, soalan-soalan akan
disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.
DEDUKTIF Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru
memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.
Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan
menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui
contoh-contoh yang dibentangkan. Pendekatan deduktifmerupakan jenis
pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan
ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan
hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi
Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana
murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta
berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah
dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif
pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. Selepas itu,
barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri
tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan
masalah atau mendapat kesimpulan baru.EKLEKTIK Pendekatan
eklektikmenggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala
ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya
dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik
dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan
deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid
pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan
secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai
mengikut kesediaan pelajar waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh
memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan
kesimpulan. Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan
memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih
menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan
pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti
dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang
peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi
kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan
induktif dan deduktif. Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih
fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan
keperluan murid.KOMUNIKATIF Pendekatan komunikatifmerupakan
pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada
bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita
ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat
sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan
bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini
wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan
bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak
menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah
perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul
mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa
prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan
bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu
mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang
terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam
berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks
wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat
agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa
lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan
dalam kehidupan sehari-hari. Rumusan yang boleh dibuat ialah
pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya
menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana
caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk
menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran
adalah kaedah-kaedah pengajaran.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran: Bahasa MelayuTahun: 3
BaktiBil.Murid: 25 orangMasa: 7.40pagi 8.40pagiTarikh: 19/ 3 /
2015Tema: Kesihatan dan KebersihanTajuk: Senaman Menyihatkan
BadanSTANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat
yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.2.5.2 Membaca,
memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan bukan
grafik dengan betul.
Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini,
murid berupaya:i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang
betul serta memahami perkara yang dibaca. ii. Menyampaikan maklumat
dalam latihan isi tempat kosong dengan betul.Sistem Bahasa Sistem
bahasa : Imbuhan awalan Kosa kata:Mencederakan, menjamin,
mendatangkan, manfaat.Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas
Kurikulum Ilmu: Muzik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Nilaimurni: Tanggungjawab, perihatin, rasional Kreativiti:Memilih
aktiviti yang sesuai untuk bersenam
Strategi KB : Mengenal pasti, menyelesaikan masalah TKP :
Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik,
visual.kinestatik, visual BCB : Memproses maklumat tentang kebaikan
bersenam. Pembelajaran kontekstual: Menghubung kait dengan amalan
senamanharian.
Bahan Bantu BelajarBilJenisBilangan
1Komputer riba1
2Pembesar suara1
3Petikan25
4Lembaran kerja25
5Kertas sebak5
6Gambar5
7Buku teks25
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melakukan pergerakan
senaman.
Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti PengajaranDan
PembelajaranCatatan
Induksi Set(5 minit)-Aktiviti Chicken Dance.
Soalan cadangan:1. Pernahkah kamu melakukan pergerakan Chicken
Dance?2. Apakah tujuan aktiviti pergerakan Chicken Dance ini
diadakan?
Tajuk:Senaman Menyihatkan Badan1) Murid-murid disoal mengenai
pengalaman mereka membuat pergerakan dalam lagu Chicken Dance.2)
Guru memainkan lagu Chicken Dance dan membuat demonstrasi
pergerakan.3) Murid-murid dan guru membuat pergerakan sambil
diiringi oleh lagu Chicken Dancebersama-sama.4) Murid-murid disoal
mengenai tujuan pergerakan dilakukan.5) Murid-murid dan guru
mengaitkan aktiviti dengan tajuk pembelajaran. BBB:-Pembesar
suara-Komputer riba
Teknik:-Soal jawab-Demonstrasi
TKP:-Verbal-Muzik-Kinestetik
Nilai:-Berdisiplin
Langkah 1(15minit)
-Bacaan petikanSenaman Menyihatkan Badan.
-Isi petikan:1. Senaman baik untuk kesihatan.2. Senaman dapat
menghindarkan penyakit.3. Senaman dengan cara yang betul.4. Senaman
dapat memenuhi masa lapang.
-Kosa kata:-Mencederakan-Mendatangkan-Menjamin-Manfaat
1) Guru mengedarkan petikan kepada semua murid.2) Murid membaca
petikan secara mentalis selama dua minit.3) Beberapa orang murid
dipilih oleh guru untuk membacakan petikan secara mekanis.4) Murid
membaca petikan secara kumpulan dan kelas.5) Murid-murid disoal
mengenaiisi petikan berdasarkan perenggan.6) Murid-murid diminta
mengeluarkan kosa kata yang terdapat dalam petikan.7) Guru
menerangkan kosa kata tersebut.8) Guru membimbing jawapan
muridBBB:-Lembaran petikan
TKP:-Verbal-Intrapersonal-Interpersonal
BCB:-K.membaca
Teknik:-Soal jawab
Nilai:-Berhati-hati-Prihatin
Langkah2(15minit)-Latihan isi tempat kosong.
-Jawapan latihan isi tempat kosong:1. Berjoging2. Terdapat3.
Berehat4. Berjaga5. Terjejas
1) Guru mengedarkan latihan isi tempat kosong kepada
murid-murid.2) Murid-murid diminta menjawab soalan dengan jawapan
yang betul berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan.3) Masa yang
diberikan ialah selama lima minit.4) Setelah siap, beberapa orang
murid dipilih untuk membacakan petikan dengan jawapan yang betul.5)
Guru membimbing jawapan murid.6) Guru menyelitkan pembelajaran
imbuhan awalan dalam latihan tersebut.BBB:-Lembaran latihan.
Teknik:-Penerangan-Perbincangan
TKP:-Verbal-Visual
KB:-Menyelesaikan masalah
BCB:-K.membaca-K.menulis
Langkah 3(20minit)-Aktiviti Sukan Kegemaran Saya.
Sampul tugasan:
1) Murid-murid diminta merujuk buku teks halaman 38.2)
Murid-murid diterangkan tentang pyramid aktiviti kesihatan.3)
Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan.4) Ketua kumpulan
diminta memilih gambar aktiviti sukan yang ditampal pada papan
putih.5) Secara berkumpulan, murid-murid diminta membina satu
perenggan pendek menceritakan tentang sukan yang diperoleh dari
pada gambar. 6) Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil
perbincangan dihadapan kelas.7) Murid dan guru membincangkan
jawapan bersama-sama.8) Guru membimbing jawapan murid.
BBB:-Kertas sebak-Gambar-Buku teks
TKP:-Interpersonal-Intrapersonal-Verbal-Visual
KB:-Mengenal pasti
BCB:-K.membaca-K.menulis
Nilai:-Bekerjasama-Bantu-membantu
Penutup(5 minit)Rumusan isi pelajaran.
Kognitif:-Makanan seimbang-Kumpulan makanan-Perkataan
sinonim
Sosial:Bertepuk tangan untuk diri sendiri.
1) Murid-murid disoal kefahaman mereka terhadap tajuk
pembelajaran.2) Guru bertanyakan tentang pyramida ktiviti
kesihatan.3) Murid-murid diminta menyatakan nilai-nilai murni yang
diperoleh dalam PdP.4) Murid dan guru sama-sama membuat pergerakan
Chicken Dance dengan iringan muzik.5) Guru merumuskan isi
pelajaran.
BBB:-Komputer riba-Pembesar suara
TKP:-Verbal-Interpersonal-Muzik
KB:-Merumus
Nilai murni:-Perihatin-Sayangi diri-Jaga kesihatan