LEM/TEK/66 Pind.2 23 Mei 2016 Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Batu 24, Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor Darul Ehsan Tel: 603-89225888 Faks: 603-89223685 / 89254578 Homepage : www.aelb.gov.my PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENGUJIAN PELAN KECEMASAN RADIOLOGIKAL DAN NUKLEAR
28
Embed
PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENGUJIAN PELAN … · masing-masing di dalam pelan/rancangan yang dibangunkan. 7.2.10 Proses perancangan dan penilaian semula pelan kecemasan dan rancangan-rancangan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
latihan pada julat masa seperti dalam Jadual 2. Latihan yang dilakukan sendiri boleh terdiri
dari eksasais tabletop, latihamal berdasarkan fungsi, eksasais skop separa atau eksasais
skop menyeluruh.
Jadual 2: Bilangan kekerapan latihan yang perlu dilaksanakan oleh pemegang lesen
mengikut bidang aktiviti
16
Bidang Kekerapan latihan dengan
kehadiran AELB
Kekerapan latihan yang
dilakukan sendiri
Tolok setiap 5 tahun setiap tahun
TENORM setiap 5 tahun setiap tahun
IPT setiap 5 tahun setiap tahun
Radiografi Industri setiap 4 tahun setiap tahun
Irradiator (Sel Penyinaran) setiap 3 tahun setiap tahun
Reaktor Penyelidikan setiap 2 tahun setiap tahun
8.1 Prosedur Permohonan Pengujian Pelan Kecemasan dengan kehadiran AELB
Bagi mengadakan latihan dan eksasais dengan kehadiran AELB, pemegang lesen
hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada Seksyen Pengesanan dan
Kecemasan Sinaran (SPKS), Bahagian Kawalselia Sinaran, AELB. AELB boleh
memainkan peranan sebagai pemerhati sahaja atau turut serta bertindakbalas
bersesuaian dengan peranan AELB di dalam latihan/eksasais tersebut di mana tahap
penglibatan ini akan ditentukan oleh SPKS berdasarkan senario eksasais yang
dirancang. Berikut adalah panduan untuk memohon latihan/eksasais dengan
kehadiran AELB :-
8.1.1 Langkah 1
Pemegang lesen hendaklah menghantar permohonan dengan
menggemukakan perkara-perkara berikut:
(a) Borang (seperti di Lampiran 2) yang telah dilengkapkan. Borang ini
boleh dicetak sendiri oleh pemohon tetapi hendaklah dipastikan
kesemua maklumat yang dikehendaki dimasukkan dengan lengkap;
(b) Pelan Kecemasan yang telah diluluskan; dan
(c) Caj bayaran
17
Semua perkara tersebut hendaklah dikemukakan dua (2) bulan sebelum
tarikh yang dicadangkan untuk diadakan latihan/eksasais.
8.1.2 Langkah 2
AELB akan menilai permohonan dan menetapkan tarikh perlaksanaan yang
seboleh mungkin bersamaan dengan tarikh cadangan pemegang lesen.
Tarikh tersebut akan dimasukkan ke dalam jadual perlaksanaan
latihan/eksasais bersama pemegang lesen yang akan dipaparkan di laman
web AELB.
8.1.3 Langkah 3
AELB akan memaklumkan kepada pemegang lesen berhubung tarikh
perlaksanaan penilaian pelan kecemasan dan menetapkan tarikh serta masa
latihan/eksasais. Sekiranya tarikh yang dipohon yang pemegang lesen telah
penuh, perbincangan akan dibuat bagi mendapatkan tarikh yang sesuai.
8.1.4 Langkah 4
AELB akan melawat premis pemegang lesen bagi melakukan penilaian
perlaksanaan Pelan Kecemasan. Penilaian ini dibuat bagi menentukan
pematuhan ke atas Pelan Kecemasan yang telah dibangunkan.
8.1.5 Langkah 5
Pemegang lesen akan melakukan eksasais berhubung salah satu senario yang
telah dikenalpasti bagi menguji keberkesanan pengurusan tindakbalas
kecemasan berdasarkan Pelan Kecemasan yang telah dibangunkan. AELB
akan turut serta di dalam eksasais tersebut sama ada sebagai pemerhati
sepenuhnya atau sebagai pasukan bantuan luar bergantung kepada senario
dan penilaian risiko yang telah dibuat oleh pemegang lesen.
8.1.6 Langkah 6
AELB akan menyediakan laporan dan menghantar laporan penuh kepada
pemegang lesen.
18
8.1.7 Langkah 7
Pemegang lesen hendaklah meneliti laporan yang diterima dan mengambil
tindakan penambahbaikan termasuk mengemaskini pelan kecemasan jika
perlu.
REKOD DOKUMEN
Panduan ini telah disediakan bagi membantu pemegang lesen di bawah Akta Perlesenan Tenaga
Atom 1984 (Akta 304) membangunkan Pelan Kecemasan yang menyeluruh dan bersesuaian
dengan aktiviti yang melibatkan sinaran di agensi masing-masing seperti yang diperuntukkan
dalam P.U.(A)46.
Tarikh
Terimapakai
Status
Semakan
Penyedia
5 Januari 2012 0 Seksyen Pengesanan dan Kecemasan Sinaran, Bahagian
Penguatkuasaan yang terdiri daripada pegawai berikut:
Ketua : Pn. Marina Mishar
Ahli : Pn. Amizah Othman
: Cik Nur Adlina Elias
: Pn. Noorazliza Abd. Jalil
7 April 2014 1 Seksyen Dasar dan Perundangan, Bahagian Dasar, Kod dan
Standard yang terdiri daripada pegawai berikut:
1. Pn. Monalija Kostor
2. En. Mohd. Irwan Effendi Mohd. Nordin
3. Pn. Amizah Othman
23 Mei 2016 2 Seksyen Dasar dan Perundangan, Bahagian Dasar dan Hubungan
Luar berdasarkan keputusan Mesyuarat Perlesenan AELB
Bil.2/2016
19
Lampiran 1
CONTOH KAEDAH MELAKUKAN PENILAIAN RISIKO
Ini merupakan contoh salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan penilaian risiko
seperti yang dikehendaki di seksyen 7.3. Penilaian risiko adalah sebahagian dari aspek yang perlu
dilaksanakan dalam membangunkan suatu pelan kecemasan yang komprehensif. Pemegang lesen
yang menggunakan kaedah ini adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penilaian risiko yang
dilakukannya dan bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan kepada undangundang dan
peraturan yang berkaitan.
PETUNJUK:
1. Sila lakukan penilaian bagi kebarangkalian berlakunya sesuatu kejadian mengikut kategori
yang disenaraikan berdasarkan skala bahaya. Buat andaian bahawa setiap kejadian berlaku
pada masa atau keadaan yang paling teruk (contohnya ketika rombongan pelajar datang
melawat ke premis syarikat).
2. Sila catatkan skor bagi setiap kriteria di atas setiap helaian bagi memastikan catatan rekod
yang tepat.
3. Antara kebarangkalian yang perlu dipertimbangkan adalah seperti di bawah di mana
pemegang lesen masih boleh menambah isu yang bersesuaian:
(a) Risiko yang diketahui
(b) Rekod data terdahulu
(c) Statistik pengilang/pembekal
4. Antara perkara berkaitan tindakbalas yang perlu dipertimbangkan adalah seperti di bawah
di mana pemegang lesen masih boleh menambah isu yang bersesuaian:
(a) Masa yang diambil untuk mengatur tindakan di tempat kejadian
(b) Skop keupayaan untuk bertindak
(c) Penilaian terhadap tindakan kecemasan terdahulu
20
5. Antara impak ke atas manusia yang perlu dipertimbangkan adalah seperti di bawah di mana
pemegang lesen masih boleh menambah isu yang bersesuaian:
(a) Berpotensi untuk menyebabkan kecederaan atau kematian kepada kakitangan
(b) Berpotensi untuk menyebabkan kecederaan atau kematian kepada orang awam
6. Antara impak ke atas hartabenda yang perlu dipertimbangkan adalah seperti di bawah di
mana pemegang lesen masih boleh menambah isu yang bersesuaian:
(a) Kos yang diperlukan untuk mengganti hartabenda
(b) Kos yang diperlukan untuk mendirikan tempat pengganti sementara
(c) Kos yang diperlukan untuk pembaikan
(d) Masa yang diperlukan untuk membaikpulih
7. Antara impak ke atas perniagaan/perkhidmatan yang perlu dipertimbangkan adalah seperti
di bawah di mana pemegang lesen masih boleh menambah isu yang bersesuaian:
(a) Gangguan terhadap perniagaan
(b) Pekerja tidak dapat bekerja seperti biasa
(c) Pelanggan tidak dapat menggunakan kemudahan
(d) Pelanggaran perjanjian kontrak
(e) Dikenakan denda dan penalti atau kos undang-undang
(f) Gangguan mendapat bekalan kritikal
(g) Gangguan untuk pengagihan produk
(h) Reputasi dan imej awam
(i) Kesan/beban kewangan
8. Antara perkara berkaitan kesiapsiagaan yang perlu dipertimbangkan adalah seperti di
bawah di mana pemegang lesen masih boleh menambah isu yang bersesuaian:
(a) Status pelan semasa
(b) Kekerapan melakukan latihan atau eksasais
(c) Status latihan
(d) Insurans
(e) Penyediakan sumber alternatif bagi bekalan/perkhidmatan yang kritikal
21
9. Mempertimbangkan isu-isu untuk sumber dalaman termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
(a) Jenis-jenis bekalan yang sedia ada dan keupayaan memenuhi keperluan
(b) Jumlah bekalan yang sedia ada dan keupayaan memenuhi keperluan
(c) Kesediaan para pekerja
(d) Penyelarasan di antara pelbagai bahagian
(e) Mewujudkan sistem sokongan
(f) Keupayaan untuk menghadapi bencana
10. Mempertimbangkan isu-isu untuk sumber luaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
(a) Jenis-jenis perjanjian dengan agensi-agensi komuniti/latihan bersama?
(b) Penyelarasan dengan agensi-agensi tempatan dan negeri
(c) Penyelarasan dengan pusat kesihatan berdekatan
(d) Penyelarasan dengan kemudahan rawatan khusus
(e) Sumber-sumber komuniti
Lengkapkan semua lampiran termasuk A. Bencana alam; B. Kegagalan sistem berfungsi; C.
Manusia; dan D. HAZMAT. Bahagian rumusan akan memberikan tahap-tahap ancaman khusus
dan keseluruhan.
A. PENILAIAN BAHAYA SINARAN AKIBAT
Risiko = Kebarangkalian * Keseriusan (Severity)
0.0 0.00 0.00
KESERIUSAN (SEVERITY) = MAGNITUD - MITIGASI
B. PENILAIAN BAHAYA SINARAN
Risiko = Kebarangkalian * Keseriusan (Severity)
0.0 0.00 0.00
KESERIUSAN (SEVERITY) = MAGNITUD - MITIGASI
C. PENILAIAN BAHAYA SINARAN
Risiko = Kebarangkalian * Keseriusan (Severity)
0.0 0.00 0.00
KESERIUSAN (SEVERITY) = MAGNITUD - MITIGASI
D. PENILAIAN BAHAYA SINARAN
Risiko = Kebarangkalian * Keseriusan (Severity)
0.0 0.00 0.00
KESERIUSAN (SEVERITY) = MAGNITUD - MITIGASI
Nota:
Kaedah ini merupakan contoh kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan analisis bahaya terdedah kepada sinaran. Ia tidak boleh digunakan untuk mengganti program persediaan kecemasan yang menyeluruh. Individu atau organisasi yang menggunakan kaedah ini adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penilaian bahaya yang dilakukannya dan bertanggungjawab untuk memastikan kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan.