1.0 Pengenalan Secara umumnya, linguistik adalah kajian bahasa yang dibuat secara saintifik, emprikal, dan objektif. Linguistik merupakan nadi untuk mengkaji sesuatu bahasa. Linguistik membolehkan kita mengenal dan memahami sejarah bahasa, sifat-sifat bahasa, struktur bahasa, teori dan pelbagai kaedah bahasa, variasi bahasa dan stilistik sesuatu bahasa. Bidang ilmu ini dipelopori oleh beberapa tokoh yang mana membawa kepada pendapat dan pemikiran aliran dalam linguistik yang berbeza. Sebagai contoh, aliran pemikiran Ferdinand de Saussure dan Edward Sapir. Oleh itu, tugasan ini berfokus pada pendapat ahli barat ini mengenai konsep dan bidang linguistik. Secara gambaran awal, Ferdinand de Saussure merupakan tokoh yang telah berkecimpung dalam kajian linguistik perbandingan. Beliau juga ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui ‘ ’ penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Manakala Edward Sapir pula memberi konsep linguistik berdasarkan hubungan bahasa dengan pemikiran dan dari aspek psikologi. Tugasan ini juga memperlihatkan definisi stilistik dan ciri-ciri stilistik, di samping mengaplikasikannya dengan menilai keberkesanan penggunaan stilistik dalam mana-mana cerpen yang dipilih. Secara umumnya, stilistik adalah pembelajaran gaya linguistik atau juga boleh difahami sebagai ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa. Stilistik boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa dan ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik. Melalui analisis cerpen, dapatan ciri-ciri stilistik yang diperoleh semasa melaksanakan tugasan diaplikasikan secara tidak langsung. 2.0 Pandangan Ahli Bahasa Barat tentang Konsep dan Bidang Linguistik 1
19
Embed
Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik
pandangan ahli bahasa barat tentang konsep linguistik & bdang linguistik, maksud dan ciri-ciri stilistik
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 Pengenalan
Secara umumnya, linguistik adalah kajian bahasa yang dibuat secara
saintifik, emprikal, dan objektif. Linguistik merupakan nadi untuk mengkaji
sesuatu bahasa. Linguistik membolehkan kita mengenal dan memahami sejarah
bahasa, sifat-sifat bahasa, struktur bahasa, teori dan pelbagai kaedah bahasa,
variasi bahasa dan stilistik sesuatu bahasa. Bidang ilmu ini dipelopori oleh
beberapa tokoh yang mana membawa kepada pendapat dan pemikiran aliran
dalam linguistik yang berbeza. Sebagai contoh, aliran pemikiran Ferdinand de
Saussure dan Edward Sapir. Oleh itu, tugasan ini berfokus pada pendapat ahli
barat ini mengenai konsep dan bidang linguistik. Secara gambaran awal,
Ferdinand de Saussure merupakan tokoh yang telah berkecimpung dalam kajian
linguistik perbandingan. Beliau juga ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu
linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah
terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam
bidang pengkajian bahasa secara moden. Manakala Edward Sapir pula
memberi konsep linguistik berdasarkan hubungan bahasa dengan pemikiran dan
dari aspek psikologi.
Tugasan ini juga memperlihatkan definisi stilistik dan ciri-ciri stilistik, di
samping mengaplikasikannya dengan menilai keberkesanan penggunaan stilistik
dalam mana-mana cerpen yang dipilih. Secara umumnya, stilistik adalah
pembelajaran gaya linguistik atau juga boleh difahami sebagai ilmu kebahasaan
yang mempelajari gaya bahasa. Stilistik boleh dibahagikan kepada dua perkara.
Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya
bahasa dan ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala
yang tercakup dalam linguistik. Melalui analisis cerpen, dapatan ciri-ciri stilistik
yang diperoleh semasa melaksanakan tugasan diaplikasikan secara tidak
langsung.
1
2.0 Pandangan Ahli Bahasa Barat tentang Konsep dan Bidang Linguistik
Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang
bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis “langage-langue”; Italia “lingua”;
Spanyol “lengua” dan Inggeris “language”. Akhiran “ics” dalam
linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu
tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Kamus
Dewan Edisi Ketiga (1996:814) pula mentakrifkan linguistik sebagai “kajian
tentang bahasa”.Dalam bahasa Melayu pula istilah linguistik merupakan nama
bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau “linguistik”. Linguistik
ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik dan sebenarnya belajar
bahasa itu sendiri juga sebahagian kecil dari ilmu linguistik. Jadi, dalam ilmu
linguistik bahan kajiannya adalah bahasa. Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak
perkara mengenai bahasa, dan mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian
darinya. Menurut Abdullah Hassan (2006) linguistik ialah satu sains bagi
mengkaji bahasa. Bidang linguistik ini memperlihatkan kewujudan aliran
pemikiran dalam linguistik ini sendiri iaitu berdasarkan pemikiran Edward Sapir,
Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan
tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu
bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Ahli bahasa barat ini telah
memberikan pandangan serta pendapat mereka tentang konsep dan bidang
linguistik itu sendiri.
2.1 Konsep dan Bidang Linguistik dari pandangan Edward Sapir
Edward Sapir merupakan tokoh yang terkemuka dalam linguistik struktur
Amerika pada awal abad ke-20. Beliau adalah orang pertama yang memeriksa
dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi.
Perkaedahannya mempunyai pengaruh yang kuat kepada semua penggantinya.
Linguistik Sapir tidak terhenti pada struktur bahasa, tetapi juga meliputi kawasan
budaya, sastera, mitologi, dan agama. Beliau mengkaji hubungan bahasa
dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi (pemikiran manusia). Beliau
2
berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Menurut Sapir
lagi, psikologi dapat memberikan dasar ilmiah yang kuat dalam pengkajian
bahasa. Dari kajian itu beliau berkesimpulan bahawa bahasa, terutama
strukturnya, merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia.
Dari kajian itu beliau berkesimpulan bahawa bahasa, terutama strukturnya,
merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia. Oleh itu,
sesuatu struktur bahasa itu menentukan struktur pemikiran manusia. Manusia
menyampaikan fikiran (idea), perasaan dan hasrat dengan menggunakan suatu
sistem simbol-simbol yang arbitrari.
Edward Sapir menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881). Buku ini
bersifat agak umum dan ternyata berbeza sekali dengan buku language (1933)
yang ditulis oleh Bloomfield. Buku ini lebih mementingkan pendekatan kajian dari
segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya dari segi masyarakat yang
menggunakannya. Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang
instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran.
2.2 Konsep dan Bidang Linguistik dari pandangan Ferdinand de Saussure
Ferdinand Mongin de Saussure atau dengan panggilan nama yang
terkenal Ferdinand de Saussure merupakan salah seorang tokoh linguistik yang
terkenal berbangsa Swiss. Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang
pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa
Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan
pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. Beliau juga merupakan
tokoh gerakan strukturalisme. Ferdinand de Saussure dilahirkan pada 26
November 1857 di Geneva, belajar di Universiti Geneva, Universiti Liepzig, dan
Berlin. Tesis yang ditulis oleh beliau berkaitan dengan ‘The Primitive Vowel
System in Indo-European Languages’- (Sistem vokal asli dalam bahasa-bahasa
Indo-Eropah) dan beliau menerima sijil kedoktoran pada 1880.
3
Selain itu, beliau juga telah berkhidmat sebagai pensyarah di Paris
selama 11 tahun dalam bidang bahasa-bahasa kuno dan moden dan
menyambung perkhidmatan beliau di Universiti Geneva berkaitan dengan
Sanskrit dan Indo-Eropah. Pada tahun 1906, beliau memulakan pengajarannya
yang berkaitan dengan bidang Linguistik Umum.
Pada pemikiran Ferdinand de Saussure, bahasa lisan lebih utama
daripada bahasa tulis. Tulisan hanya merupakan sarana yang mewakili ujaran.
Linguistik bersifat deskriptif, bukan preskriptif seperti tatabahasa tradisional.
Pada pendapat de Saussure, para ahli linguistik bertugas mendeskripsikan
bagaimana orang berbicara dan menulis dalam bahasanya, bukan memberi
keputusan bagaimana seseorang seharusnya berbicara.
Menurut Ferdinand de Saussure juga, bahasa merupakan suatu sistem
tanda yang bersisi dua, terdiri dari significant (penanda) dan signifie (petanda).
Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan kerana apabila salah satu berubah, yang
lain juga akan berubah. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan
orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian
bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan
diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu.
Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa
serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. De
Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan
‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri
bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
De saussure juga mengatakan bahawa bahasa mempunyai bahan dan
bentuk. Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi, garis-garis lakar
dikatakan bahan grafik dan lain-lain bagi sesebuah bahasa. Bentuk pula ialah
pola-pola perhubungan yang abstrak ditentukan oleh sesuatu bahasa itu ke atas
bahannya. Menurut beliau lagi, apabila kita mengkaji fonetik atau bunyi Bahasa
Melayu, kita mengkaji bahan bunyi bahasa Melayu dan apabila kita mengkaji
pola-pola pembentukan perkataan daripada bahan bunyi ini, kita mengkaji
4
bentuknya. Begitu jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk-bentuk
dalam bahasa.
Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku
bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau
ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan
menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang
kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.
Berdasarkan pandangan kedua-dua tokoh ini, dapat dirumuskan bahawa
konsep linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam
dan yang teliti serta memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara
khusus dan seterusnya menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.
5
3.0 Definisi Stilistik
Stilistik berasal daripada Bahasa Inggeris, iaitu “style” yang bererti gaya dan
daripada bahasa serapan, “linguistic” yang bererti tatabahasa. Menurut Kamus
Bahasa Indonesia, stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya
bahasa. Menurut Bally, Jacobson, Leech, Widdowson, Levin, Ching, Chatman,
Dalan dan lain-lain, mereka menjelaskan stilistik sebagai suatu deskripsi
linguistik daripada bahasa yang digunakan di dalam teks sastera.
Secara umumnya, stilistik ialah kajian gaya yang digunakan untuk
menganalisis karya sastera. Bahasa memang sudah mempunyai apa yang
dinamakan gaya. Ini kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang
biasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang
lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah
berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya tertentu antara satu sama
lain. Menurut Nik Hassan Basri Bin Nik Ab. Kadir (2006) stilistik ialah kajian yang
melibatkan kajian bentuk atau bahasa dan kajian isi kesusasteraan, iaitu kajian
mengenai teknik pemakaian bahasa dalam penulisan dan teknik yang mengkaji
segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan
kesusasteraan.
Rajah 1 : Maksud Stilistik
Terdapat dua perkara pula yang dimaksudkan dengan kajian bentuk atau
bahasa iaitu kelainan-kelainan bahasa yang mengandungi bentuk-bentuk gaya
bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan, dan pertentangan.
6
Stilistik
Kajian Bentuk
Kajian Isi
Kelainan bahasa dalam konteks ini termasuklah yang bersifat figuratif seperti
penggunaan peribahasa, bahasa kiasan, gaya retorik, sindiran, ungkapan dan
sebagainya. Dan yang kedua ialah pemakaian bahasa termasuk segala yang
tercakup oleh ilmu linguistik umum, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Manakala yang dimaksudkan pula dengan kajian isi ialah kajian yang
diperkatakan oleh pengarang atau penulis daripada erti dan makna tentang teks.
Isi ini ialah mesej, informasi dan pemikiran manusia atau perihal manusia atau
tentang masyarakat yang dibentuk oleh manusia yang kadangkala tidak terlihat
atau tidak disedari oleh manusia atau masyarakat itu sendiri (Nik Hassan Basri,
2006).
Secara keseluruhannya, dapat difahami bahawa stilistik ini adalah gaya
atau stail seseorang penutur atau penulis bahasa dalam menyampaikan sesuatu
mesej, maklumat, idea atau sebagainya. Ia juga boleh dikatakan sebagai cara
bagaimana kita menulis, dan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi gaya
tersebut. Sebagai contoh, faktor penguasaan perbendaharaan kata, kepekaan
kita terhadap nada-nada yang ada pada bahasa yang kita gunakan dan
penguasaan kita dalam struktur serta keseimbangan ayat-ayat yang kita
hasilkan.
7
3.1 Ciri-ciri Stilistik
Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara.
Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya
bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan.
Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang
keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam
linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
Stilistik secara umumnya dibahagikan kepada lima bahagian dan boleh
dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu :
(a) Gaya bahasa perbandingan seperti imejan, metafora, personifikasi,
pleonasme dan simile.
(b) Gaya bahasa pertentangan pula seperti hiperbola, inversi dan
paradoks.
(c) Sementara, gaya pengulangan merangkumi aliterasi, anafora,
asonansi, epifora, rima dan sinkof.
(d) Gaya bahasa penyirnaan yang hanya terdapat satu ciri sahaja iaitu
sinkof.
(e) Gaya pertautan kebiasaannya dikelompokkan dalam gaya bahasa
sinekdok, eufemisme, epitet, antonomasia, eponim, metonimia dan
alusi.
3.1.1 Gaya Bahasa Perbandingan
Gaya bahasa perbandingan merupakan satu bentuk atau pun gaya
bahasa yang sering digunakan di dalam penulisan mahu pun pertuturan kita
seharian. Bahasa perbandingan boleh dipecahkan kepada dua, iaitu bahasa
perbandingan yang menunjukkan persamaan dan pertentangan. Secara
ringkasnya, gaya bahasa perbandingan merupakan satu bentuk bahasa yang
digunakan untuk memerihalkan sesuatu perkara atau kejadian tanpa
8
memberitahu secara terus, tetapi ia akan diungkapkan melalui beberapa rangkai
kata atau pun perkataan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan perasaan
serta mesej yang hendak disampaikan. Bahasa perbandingan biasanya
digunakan untuk tujuan kiasan yang mana digunakan untuk menyampaikan
mesej atau sesuatu secara tidak berterus terang dan untuk tujuan menjaga
perasaan terhadap sesuatu yang ingin disampaikan.
Selain itu, bahasa perbandingan juga digunakan untuk menyamakan
sesuatu benda dengan keadaan atau peristiwa yang lain. Sebagai contoh, unsur
metafora digunakan untuk membandingkan sesuatu benda dengan keadaan
atau pun peristiwa yang lain dengan menyatukan sesuatu perkataan yang
maujud dengan keadaan yang abstrak. Dalam sesebuah penulisan prosa
tradisional pula, gaya bahasa ini digunakan untuk menerangkan sesuatu maksud
perkataan secara berkias. Sebagai contoh, di dalam gaya bahasa eufemisme,
perkataan seperti “bunting” boleh digantikan dengan ayat “seseorang yang telah
mengandung”. Gaya bahasa perbandingan juga digunakan untuk tujuan
penggambaran atau pelukisan watak. Contohnya, “bagaikan harimau kehilangan
belangnya”, boleh membawa maksud seseorang yang berkuasa dalam sesuatu
hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat daripada tindakannya yang tidak baik.
Terdapat beberapa contoh bahasa yang menunjukkan perbandingan yang
sering digunakan di dalam sesebuah penulisan karya. Antaranya ialah seperti
berikut:
(a) Simile
Perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan. Penggunaan kata “seperti,
ibarat, bak, bagaikan, umpama, laksana, penaka dan serupa.” Contohnya:
(a) Seperti seekor rerama terbang
(b) Ibarat api yang hidup segan mati tak mahu
(c) Bagaikan mahu terkeluar biji matanya
(d) Keruh seperti air deru
(e) Macam melukut di tepi gantang
9
(b) Personifikasi
Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan
kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Melalui penerapan
unsur personifikasi ini, penyair dapat menyampaikan mesejnya secara tersirat
kepada pembaca tanpa merasai mereka sebenarnya dikritik. Gaya bahasa
personafikasi ialah bahasa kiasan yang menggambarkan benda-benda mati atau
barang-barang yang tidak bernyawa seolah-olah memiliki sifat kemanusiaan.
Contohnya adalah seperti berikut:
(i) Hati ini selalu memberontak
(ii) Guruh dan langit sedang berteriakan
(iii) Subuh telah mengundur diri
(iv) Alunan manja belantara khatulistiwa
(v) Perlahan-lahan dikoyaknya mulut sampul surat itu
(vi) Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra
(c) Metafora
Gaya bahasa metafora pula menunjukkan perbandingan secara langsung,
iaitu ia memberi sifat sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Terdapat dua
jenis metafora iaitu :
i. Metafora yang tidak memerlukan kata-kata perbandingan seperti
bagaikan, laksana, bak dan bagai. Contohnya:
Abang benar-benar harimau di dalam rumah
Hari ini bapa menjadi singa
ii. Metafora yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak. Contohnya
adalah seperti berikut:
Dahan kerinduan
Dinding hati
Kotak fikiram
Roda kehidupan
10
3.1.2 Gaya Bahasa Pertentangan
Gaya bahasa pertentangan, mengemukakan makna yang bertentangan
dengan makna yang bertentangan. Gaya yang sering digunakan di dalam gaya
bahasa ini hanya tiga sahaja iaitu hiperbola, paradoks dan inversi atau anastof.
Hiperbola ialah pembaziran atau suatu cara yang melebih-lebihkan
semata-mata untuk mencapai kesan tertentu, iaitu suatu gaya bahasa yang
mengandungi kebenaran yang diperbesar-besarkan (Dale et al., 1971: 233).
Dengan kata lain, hiperbola ialah ungkapan yang melebih-lebihkan apa yang
sebenarnya dimaksudkan: jumlahnya, ukurannya dan sifatnya (Moeliono, 1984:
3). Sesuatu perkara yang ingin diberitahu disampaikan secara berlebih-lebihan.
Paradoks pula ialah sejenis gaya bahasa yang pertentangan yang
mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta yang ada, tetapi
kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti. Ini
bermakna paradoks memberi gambaran keadaan yang berlawanan. Manakala
inversi atau anastrof ialah gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan
pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunannya yang lazim.
Sebagai contoh ayat yang susunnya dimulai dengan predikat dan diikuti oleh
subjek, sama ada ayat aktif songsang atau ayat pasif songsang.
3.1.3 Gaya Bahasa Pengulangan
Gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi, suku kata,
kata, frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan
dan memberi tekanan di dalam sebuah konteks yang sesuai. Terdapat lima ciri
yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaitu aliterasi, anafora,
asonansi dan epifora. Aliterasi ialah pengulangan yang melibatkan bunyi
konsonan yang sama pada awal kata dan yang berurutan, sama ada di dalam
puisi tradisional, moden, prosa tradisional, moden kreatif atau bukan kreatif
terbentuk hasil daripada pengulangan konsonan yang sama. Secara mudahnya,
11
aliterasi didefinisikan sebagai pemakaian kata yang permulaannya sama