SATU aplikasi yang meng- hubungkan semua sumber peng- angkutan setempat boleh memberi kesan pada sektor pengangkutan, demikian dinyatakan oleh Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Janil Puthucheary, semalam. Aplikasi sebegitu, yang digelar Mobiliti sebagai Khidmat (MaaS), memberi manfaat kepada penum- pang kerana ia membolehkan mere- ka mengatur perjalanan dan mem- bayar tambang bagi pengangkutan berbeza hanya dengan meng- gunakan satu wadah, kata Dr Janil. Inisiatif itu turut menyokong wa- wasan Singapura bagi landskap pengangkutan yang kurang bergan- tung pada kereta. Ia mengalihkan tumpuan ramai daripada pemilikan kereta kepada menggunakan pengangkutan awam, selain kaedah perkongsian lain seperti teksi dan alat mobiliti seperti basikal, tambah beliau. Sama seperti perancangan per- jalanan iaitu CityMapper dan Goo- gle Maps, wadah MaaS memboleh- kan pengguna mengatur laluan mereka merentasi pelbagai sumber pengangkutan serta membayar tam- bang menerusi aplikasi itu. Bagi sesetengah kes, pengguna boleh membayar tambang tetap se- tiap bulan yang membolehkan mereka menggunakan pengangku- tan awam tanpa had. Kaedah tambang mengikut lang- ganan itu digunakan oleh syarikat baru dari Finland MaaS Global, yang menyifatkannya serupa den- gan langganan bagi menikmati kan- dungan di wadah hiburan seperti Netflix dan Spotify. Dr Janil berkata demikian dalam Siri Persidangan Antarabangsa men- genai Persaingan dan Pemilikan dalam Pengangkutan Darat ke-16 – yang juga dikenali sebagai Persi- dangan Thredbo – yang diadakan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Menurut Dr Janil, pihak berkua- sa mengambil pendekatan ‘lembut dari segi peraturan’ menyusuli perkembangan baru tersebut. Beliau membandingkan pende- katan yang diambil pemerintah ter- hadap MaaS dengan pendekatan awal terhadap pengendali khidmat sewa-privet seperti Grab. Pendekatan itu tambah Dr Janim membantu ke arah mewujud- kan “peralihan lancar” pada peratu- ran baru yang diperkenalkan awal bulan ini. “Membolehkan ruang bagi ino- vasi dan persaingan berkembang, membenarkan orang ramai menero- ka cara berbeza... adalah pendeka- tan kami terhadap perkembangan baru ini,” kata Dr Janil yang juga Menteri Negara Kanan (Perhubung- an dan Penerangan). Sekurang-kurangnya dua penye- dia MaaS telah melahirkan hasrat menembusi pasaran di Singapura. Pada Oktober tahun lalu, MaaS Global mengumumkan kerjasama dengan syarikat pengangkutan se- tempat ComfortDelGro untuk melancarkan aplikasi Whim di Sin- gapura. April lalu pula, syarikat baru se- tempat MobilityX – yang ber- hubung kait dengan pengendali pengangkutan SMRT – melancar- kan aplikasi Zipster bagi tempoh percubaan. Dr Janil berkata pihak berkuasa sedang berkongsi data transit den- gan MobilityX untuk membantu mempertingkatkan produknya. Malah, Grab juga telah menyer- tai ‘pasaran’ MaaS, dengan menawarkan khidmat merancang perjalanan pengangkutan awam ser- ta khidmat sewa e-skuter, menerusi aplikasi. Dr Janil menambah keadaan sek- tor pengangkutan awam di Singapu- ra berbeza daripada luar negara – di mana jumlah kereta privet lebih tinggi dan jumlah penumpang peng- angkutan awam pula lebih rendah. Singapura mempunyai rangka- ian pengangkutan awam yang berkesan dan padat, tambah beliau. “Dr Janil mencadangkan penye- dia MaaS memberi tumpuan kepa- da pilihan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain atau point-to-point, yang disokong teksi dan khidmat sewa kereta privet; ser- ta alat mobiliti seperti basikal dan e-skuter. Aplikasi transit boleh beri kesan pada sektor pengangkutan: Janil BERITA HARIAN, TUESDAY, 27 AUGUST 2019, PAGE 2