Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan
keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Folio
Geografi PBS 2013 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus
ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa
hadapan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Long Gafar iaitu
Tn. Kamaruddin Bin Jaafar kerana membenarkan saya menjalankan kerja
kursus Geografi dengan jayanya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Khalizah Bt Semail
iaitu guru geografi 2 LG1 (Bitara) kerana tidak jemu-jemu memberi
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat
kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu
menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil
kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua
ibu bapa saya iaitu ayahanda Mohd Yusof Bin Dollah dan bonda Nik
Rohiniyah Bt Nik Wil @ Nik Ismail yang turut membantu untuk
menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya
tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana
kerja-kerja untuk menyiapkan folio ini memerlukan motivasi, usaha,
buah fikiran dan wang ringgit.
Yang terakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan
saya iaitu Nur Aina Syahirah Bt Hasim yang sanggup berkongsi
bahan-bahan kepada saya untuk menyiapkan folio ini.
Saya pelajar 2 LG1 (Bitara) dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Long Gafar telah ditugaskan untuk menyiapkan satu laporan tentang
Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Darat di Pasir Tumboh,
Kelantan. Saya telah menemubual 20 orang penduduk di Pasir Tumboh,
Kelantan. Saya telah meminta pendapat mereka tentang kesan
pengangkutan darat terhadap alam sekitar di Pasir Tumboh,
Kelantan.
Saya juga telah meminta saranan bagi mengatasi fenomena alam
sekitar tersebut. Mereka telah member kerjasama yang baik serta
member sokongan terhadap saya sepanjang sesi temubual
dijalankan.
Saya juga telah meminta pendapat daripada JKR dan IKRAM tentang
usaha meningkatkan infrastruktur jalan raya di Pasir Tumboh,
Kelantan.
Menamakan tajuk kajian iaituKesan Perkembangan Sistem
Pengangkutan Darat di Pasir Tumboh, Kelantan
Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian: Saya memilih Pasir Tumboh,
Kelantan sebagaikawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis
pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah
pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang juga berdekatan dengan
sekolah saya.
Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 2 bulan daripada bulan
September hingga bulanOktober.
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:
Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di
kawasan kajian saya iaitu Pasir Tumboh, Kelantan.
Untuk mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem
pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi
mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan kajian
Untuk menerapkan nilai murni dalam kalangan ahli kumpulan dan
warga Pasir Tumboh, Kelantan.
Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui
dengan lebih jelas mengenai jaringan sistem pengangkutan yang
terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis pengangkutan
yang ada.
Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :
Pemerhatian Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang
terlibat.Rujukan Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang
berkaitan seperti maklumat jaringan sistem pengangkutan di Saujana
Impian, data-data dan pelbagai maklumat yang lain.Buku teks Buku
Teks Tingkatan 3
Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan
sistem pengangkutan di kawasan kajian. Antaranya ialah:-
a)Kaedah PemerhatianKaedah ini penting untuk melihat apa yang
ada di kawasan kajian seperti jenis- jenis sistem pengangkutan,
petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan
kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan
untuk digunakan semasa membuat laporan kajian nanti. Pemerhatian
dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
Pemerhatian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan
raya.b)Kaedah Temu BualTemu bual dibuat dengan cara bertanya atau
mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang
tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung
apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah
responden, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang
difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat
dengan orang ramai , orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.
c) Kaedah RujukanKaedah rujukan ialah cara membaca pelbagai
bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat dalam peta, dan
rujukan peta di perpustakaan . Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah
buku teks, buku rujukan dan akhbar. Orang sumber seperti
rakan-rakan, saudara mara, sahabat ibu bapa yang tinggal juga
digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan
kajian. Merujuk dan mencari maklumat di internet seperti Google.
Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk
dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus. Rujukan daripada
orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar
belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.
Definisi Sistem Pengangkutan Darat
Pengangkutan darat ialah sistem pengangkutan yang menggunakan
jaringan jalan raya. Kaedah ini amat penting bagi memudahkan
penduduk keluar bekerja dan pelajar ke sekolah untuk belajar.
Pengangkutan darat adalah jenis pengangkutan yang paling biasa
digunakan. Ia merangkumi kenderaan pacuan empat roda termasuk
kereta, MPV van, dan sebagainya. Selain itu, perkhidmatan bas dan
sistem LRT juga antara jenis pengangkutan darat.
Perkembangan pesat jaringan jalan raya di Pasir Tumboh, Kelantan
melibatkan jalan-jalan :a) Jalan Pasir Putehb) Jalan Pekan Pasir
Tumbohc) Jalan Gong Dermind) Jalan Seribong
KESAN-KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI PASIR TUMBOH,
KELANTAN
a) Pencemaran Udara
Pembebasan asap kenderaan bermotor.Kenderaan awam seperti bas,
lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih
murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang
terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara,
disamping baunya yang menyakitkan hidung.
b) Pencemaran Bunyi
Kenderaan di jalan raya mengeluarkan bunyi hon boleh memekakkan
pendengaran terutamanya di jalan sesak. Sejurus itu boleh
mengganggu ketenteraman masyarakat.
c) Kesesakan Lalu Lintas
Kesesakan jalan raya berlaku pada puncak sebagai contoh waktu
pagi ketika bertolak untuk ke sekolah atau ke tempat kerja. Pada
waktu petang pula ialah ketika pulang daripada sekolah atau tempat
kerja. Selain itu, kesesakan turut berlaku semasa musim perayaan
atau cuti persekolahan.
d) Timbunan Sampah-sarap di Sepanjang Jalan Raya
Keadaan ini berlaku biasanya di kaasan pasar tani dan pasar
malam. Hal ini mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes, tikus dan
lalat yang dikuartirkan penyakit berbahaya merebak kepada penduduk
yang tinggal berhampiran.
CADANGAN MENGATASI KESAN-KESAN PERKEMBANGAN SISTEM
PENGANGKUTAN
a) Petrol Tanpa Plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan
plumbum dalam pelepasan asap kenderaan
b) Amalan Berkongsi Kenderaan
Penduduk yang tinggal berhampiran atau berjiran digalakkan untuk
berkongsi kenderaan semasa pergi kerja. Amalan ini juga dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan masa dan
mengurangkan pengangkutan.
c) Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak berkuasa perlu memberi peringatan atau mengenakan denda
yang setimpal kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan.
d) Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik
Penggunaan komuter, LRT dan monorel adalah satu langkah proaktif
untuk mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
e) Melestarikan Alam Sekitar
Usaha menanam pokok-pokok di kawasan sekitar dapat menyerap gas
karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Ia termasuklah projek
Grreen Belt (Kawasan Hijau) dalam perancangan bandar.
Melalui folio ini, saya dapat mempelajari definisi sistem
pengangkutan darat iaitu sistem pengangkutan yang menggunakan jalan
raya. Selain itu, saya dapat mempelajari kesan-kesan perkembangan
sisitem pengngkutan di Pasir Tumboh, Kelantan. Antaranya ialah
pencemaran udara, pencemaran bunyi, timbunan sampah-sarap di
sepanjang jalan raya dan kesesakan lalu lintas.
Seterusnya, saya juga telah mencadangkan beberapa langkah untuk
mengatasi kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan iaitu petrol
tanpa plumbum, amalan berkongsi kenderaan, penguatkuasaan
undang-undang, melestarikan alam sekitar dan penggunaan kenderaan
berkuasa elektrik. Akhir sekali, saya dapat mengenal dengan lebih
dekat lagi penduduk sekitar Pasir Tumboh yang telah banyak memberi
kerjasama dan juga sokongan serta pendapat yang positif kepada
saya.
a) Laman Web
http://nasrulnadzmi.blogspot.com/2013/05/my-folio-geografi-2013-pmr-kajian.html
http://amirhamido.blogspot.com/2013/03/folio-geografi-2013-pengangkutan-awam.html
http://waazin.blogspot.com/2013/05/kerja-kursus-folio-geografi-pmr-2013-esei-lengkap.html
b) Buku Teks:
Buku teks tingkatan 2: Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin
Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003,
BukuTeks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina
Sdn. Bhd.
Buku teks tingkatan 3:Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh
Lim, 2004,
Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
12