ii ORIENTASI MATLAMAT PENCAPAIAN DAN KERESAHAN TERHADAP BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID FELDA HARYATI BINTI AHMAD TERMIZI Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013
42
Embed
ORIENTASI MATLAMAT PENCAPAIAN DAN KERESAHAN …eprints.utm.my/id/eprint/41930/1/HaryatiAhmadTermiziMFP2013.pdfii orientasi matlamat pencapaian dan keresahan terhadap bahasa arab dalam
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ii
ORIENTASI MATLAMAT PENCAPAIAN DAN KERESAHAN TERHADAP
BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID FELDA
HARYATI BINTI AHMAD TERMIZI
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
iv
DEDIKASI
Teristim ew a BuatTeristim ew a BuatTeristim ew a BuatTeristim ew a Buat Suam iku tercintaSuam iku tercintaSuam iku tercintaSuam iku tercinta
Azizul Fahmi bin Salleh
A nakA nakA nakA nak---- A nakku yangA nakku yangA nakku yangA nakku yang T ersayangT ersayangT ersayangT ersayang
Muhammad Amar al Adzim Muhammad Harith Asyraf
Raudhatul Insyirah
A yahanda B onda dan M ertuaA yahanda B onda dan M ertuaA yahanda B onda dan M ertuaA yahanda B onda dan M ertua yang kusanjungiyang kusanjungiyang kusanjungiyang kusanjungi
Ahmad Termizi bin Hussain Hafsiah binti Talib
Hj. Salleh bin Abdul Hadi Hjh. Suminah binti Bakri
K ekanda dan A dinda K ekanda dan A dinda K ekanda dan A dinda K ekanda dan A dinda yang diingatiyang diingatiyang diingatiyang diingati
Khairullizam dan Keluarga Lizatulziana dan Keluarga Khalid dan Keluarga
K alian pencetus Insp irasiK alian pencetus Insp irasiK alian pencetus Insp irasiK alian pencetus Insp irasi P em bakar S em angatP em bakar S em angatP em bakar S em angatP em bakar S em angat
Sekalung P enghargaan T erim a K asih D iucapkanSekalung P enghargaan T erim a K asih D iucapkanSekalung P enghargaan T erim a K asih D iucapkanSekalung P enghargaan T erim a K asih D iucapkan
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan berkat dan kesabaran
akhirnya saya dapat menyempurnakan penulisan ilmiah ini dalam tempoh yang telah di
tetapkan.
Sekalung budi dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan saya
rakamkan kepada Prof. Madya Dr. Hamdan bin Said selaku penyelia dan pembimbing
yang telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar yang berguna serta teguran yang
membina sepanjang dalam proses menyempurnakan Projek Sarjana ini. Semoga budi
dan jasa baik beliau akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat terutamanya murid tahun lima di sekolah-sekolah FELDA yang terlibat selaku
responden dalam kajian ini. Kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan
kajian amat baik dan membanggakan.
Sekalung budi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah bonda
dan mertua yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang pengajian ini.
Buat suami tercinta, Azizul Fahmi in Salleh sejuta penghargaan terima kasih diucapkan
kerana banyak bersabar dan memberi sokongan sehingga di saat akhir proses
menyempurnakan kajian ini.
Akhir kata,kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi
segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setiakawan dan
keikhlasan kalian membantu serta berkongsi idea akan saya ingat buat selamanya.
Begitu juga dengan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang
kajian ini dijalankan, semoga Allah mengurniakan keberkatan dan kesejahteraan.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji orientasi matlamat pencapaian dan
keresahan terhadap Bahasa Arab dalam kalangan murid FELDA. Objektif kajian ini
dijalankan ialah untuk mengenalpasti tahap motivasi, kepercayaan diri dan keresahan
Bahasa Arab murid tahun lima. Kajian juga dijalankan untuk mengenalpasti hubungan
antara tahap motivasi, kepercayaan diri, dan keresahan murid dengan pencapaian dalam
Bahasa Arab. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah rendah FELDA Kota Tinggi
yang melibatkan seramai 290 orang murid tahun lima. Pemilihan bilangan sampel adalah
berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).Data dikumpul
melalui soal selidik yang diubahsuai daripada instrumen Kajian Tahap Keresahan di
Kalangan Pelajar Bahasa Asing Terhadap Mata Pelajaran Asing (Wan Zarina et.al) dan
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences versi
16.0 yang melibatkan nilai min dan kekerapan, ujian- t dan kolerasi pearson. Instrumen
kajian ini mengandungi 32 item yang menggunakan skala lima mata berdasarkan kepada
skala terendah “Sangat Tidak Setuju” (skala 1 mata) kepada skala tertinggi “Sangat
Setuju” (skala 5 mata). Hasil dapatan kajian menunjuk bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara tahap motivasi, kepercayaan diri, dan keresahan Bahasa Arab
murid tahun lima berdasarkan jantina. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak ada
hubungan yang signifikan antara tahap motivasi, kepercayaan diri dan keresahan dengan
pencapaian murid terhadap Bahasa Arab. Oleh itu pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
membantu murid ini agar terus cemerlang dalam menguasai Bahasa Arab.
vii
ABSTRACT
A study was conducted to determine and examine the effectiveness of goal
orientation and FELDA student achievement to Arabic Language. The objective of the
study was to investigate and compare the level of motivation, confidence and anxiety in
the Arabic Language among year five students in FELDA. The objective of this study
also shows the relationship between the level of motivation, confidence and anxiety in
the Arabic Language achievement. This study was conducted at six different school in
FELDA Kota Tinggi which focused of 290 year five students. The selection of the
number of samples is based on determining the sample size table Krejcie and Morgan
(1970).The instrument used for the survey was adapted from A Study of Anxiety level of
Foreign Language Students toward Foreign Language Learning (Wan Zarina et.al,
2007) questionnaire. Data was collected through questionnaires were distributed and
analyzed using Statistical Package for Social Sciences version 16.0 which included
mean and percentages, t-test and Pearson Correlation. The questionnaire contained 32
items, each one on a 5-point Likert scale ranging from “strongly disagree” (point 1
scale) to “strongly agree” (point 5 scale). The findings show that there is no significant
difference between the level of motivation, confidence, and anxiety in the Arabic
Language among year five students based on gender. The study also found that there
was no significant relationship between the level of motivation, confidence and anxiety
in the Arabic language achievement. Therefore efforts should be done to help these
students to continue excel in mastering Arabic Language.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SIMBOL xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Kepentingan Kajian
1.9.1 Kepentingan kepada murid sekolah rendah 10
ix
1.9.2 Kepentingan kepada guru mata pelajaran
bahasa Arab 10
1.9.3 Kepentingan kepada penggubal modul 11
1.9.4 Kepentingan kepada bakal-bakal guru bahasa
Arab 11
1.9.5 Kepentingan kepada pentadbir sekolah 12
1.9.6 Kepentingan kepada Ketua Panitia Bahasa Arab 12
1.9.7 Kepentingan kepada ibu bapa atau penjaga 12
1.10 Teori 13
1.10.1 Teori Motivasi 13
1.10.2 Teori Keresahan 14
1.10.3 Teori Kepercayaan diri 15
1.11 Kerangka Teori 16
1.12 Definisi Istilah dan Operasi 16
1.12.1 Orientasi matlamat pencapaian 17
1.12.2 Keberkesanan 17
1.12.3 FELDA 18
1.12.4 Bahasa Arab 18
1.13 Penutup 19
x
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Bahasa Arab sebagai Bahasa Asing 21
2.3 Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua 22
2.4 Pelaksanaan Bahasa Arab di sekolah rendah 23
2.4.1 Latar Belakang 23
2.4.2 Matlamat Bahasa Arab di sekolah rendah 24
2.4.3 Objektif Bahasa Arab di sekolah rendah 26
2.4.4 Rasional Penggubalan Kurikulum Bahasa Arab
Sekolah Rendah 26
2.4.5 Kemahiran Bahasa 28
2.4.6 Tema 29
2.4.7 Aspek Bahasa 30
2.4.8 Perbendaharaan kata 30
2.5 Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Bahasa Arab 31
2.5.1 Motivasi Dalam Pembelajaran 31
2.5.2 Jenis-jenis motivasi 34
2.5.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi 34
2.5.3.1 Motivasi dengan minat 33
2.5.3.2 Motivasi dengan naluri dan inkuiri 34
2.5.3.3 Motivasi dengan desakan dan keperluan 34
2.5.3.4 Motivasi dengan sikap, harapan 35
xi
2.5.4 Kepercayaan Diri 36
2.5.5 Keresahan Diri 37
2.5.5.1 Penyebab Kecelaruan Kebimbangan/
Keresahan 38
2.5.5.2 Kebimbangan Umum 39
2.5.5.3 Kebimbangan Ujian 40
2.6 Kajian-kajian yang berkaitan dengan pembelajaran
bahasa Arab 40
2.7 Penutup 44
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 45
3.2 Reka Bentuk Kajian 46
3.3 Lokasi Kajian 47
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 48
3.5 Teknik persampelan 49
3.6 Instrumen Kajian 52
3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan 54
3.8 Kajian Rintis 54
3.9 Pengumpulan Data 55
3.10 Analisis Data 56
3.11 Prosedur Kajian 57
xii
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 59
4.2 Analisis Latarbelakang Responden 60
4.2.1 Jantina 60
4.2.2 Kaum Responden 61
4.2.3 Pengalaman Belajar di Sekolah terkini 61
4.2.4 Tempat Tinggal Responden 62
4.2.5 Pencapaian Bahasa Arab dalam Peperiksaan 63
Akhir Tahun yang Terkini
4.2.6 Bahasa Pertuturan di rumah 65
4.3 Analisis Deskriptif
4.3.1 Maklumbalas Responden Berkaitan Tahap
Motivasi Terhadap Pencapaian Bahasa Arab 66
4.3.2 Maklumbalas Responden Berkaitan Tahap
Kepercayaan Diri Terhadap Pencapaian
Bahasa Arab 71
4.3.3 Maklumbalas Responden Berkaitan Tahap
Keresahan Terhadap Pencapaian Bahasa Arab 75
4.4 Pengujian Hipotesis 80
4.5 Penutup 86
xiii
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Perbincangan dan Rumusan 87
5.2.1 Latar belakang Responden 88
5.2.2 Tahap Motivasi, Kepercayaan Diri, dan
Keresahan Bahasa Arab Murid Tahun Lima
di FELDA 89
5.2.3 Perbezaan Tahap Motivasi, Kepercayaan Diri,
dan Keresahan Bahasa Arab Murid Tahun Lima
di FELDA 90
5.2.4 Hubungan Tahap Motivasi, Kepercayaan Diri,
dan Keresahan Bahasa Arab Murid Tahun Lima
di FELDA 91
5.3 Cadangan 93
5.3.1 Cadangan Umum 91
5.3.1.1 Teknik Pengajaran Guru di dalam kelas 94
5.3.1.2 Sokongan Ibu Bapa 94
5.3.1.3 Pelaksanaan Ujian Peringkat Sekolah 92
5.3.1.4 Aktiviti dan Kaedah yang Pelbagai 95
5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 95
5.4 Penutup 96
RUJUKAN 97
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA MUKASURAT
2.1 Pemilihan tema bagi sukatan pelajaran bahasa Arab
sekolah rendah 28
2.2 Faktor yang mempengaruhi penaksiran diri yang
Subjektif 37
3.1 Taburan bilangan sekolah dan bilangan murid sekolah
rendah FELDA di daerah Kota Tinggi 47
3.2 Jadual Krejcie, R.V dan Morgan D.W yang menunjukkan
kadar menentukan jumlah sampel dari Populasi 49
3.3 Taburan sekolah dan bilangan murid yang telah dipilih
secara rawak 52
3.4 Rajah Skala Pemeringkat Likert 49
3.5 Pekali Alpha Cronbach 55 3.6 Pengujian Hipotesis Nol 56 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 60 4.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 55 4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Belajar Di Sekolah 55
xv
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 63
Taburan Responden Mengikut Pencapaian Bahasa Arab 4.6 dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang Terkini 64 4.7 Taburan Responden Mengikut Bahasa Pertuturan 65
4.8 Jadual Julat Skor Min 66
4.9 Analisis Motivasi Murid terhadap pencapaian bahasa Arab 67
4.10 Analisis Kepercayaan Diri Murid terhadap pencapaian
bahasa Arab 71
4.11 Analisis Keresahan Murid terhadap pencapaian bahasa Arab 76
4.12 Analisis Ujian-t perbandingan bagi tahap motivasi murid
dari segi jantina 80
4.13 Analisis Ujian-t perbandingan bagi tahap kepercayaan diri
murid dari segi jantina 81
4.14 Analisis Ujian-t perbandingan bagi tahap keresahan murid
dari segi jantina 82
4.15 Analisis Ujian Kolerasi Hubungan Di Antara tahap
motivasi murid dengan pencapaian Bahasa Arab 83
4.16 Analisis Ujian Kolerasi Hubungan Di Antara tahap
Kepercayaan diri murid dari segi jantina 84
xvi
4.17 Analisis Ujian Kolerasi Hubungan Di Antara tahap
Keresahan diri murid dengan pencapaian bahasa arab 85
xvii
SENARAI RAJAH
RAJAH PERKARA MUKASURAT
1.1 Analisa keputusan Bahasa Arab Peperiksaan Akhir
Tahun 2012 5
1.2 Model kerangka teori orientasi matlamat
pencapaian dan keberkesanan murid FELDA
terhadap Bahasa Arab 16
3.1 Kerangka operasi kajian berdasarkan Model Instruksi
(ID) Kerangka Proposal 56
3.2 Prosedur kajian yang dilaksanakan 58
xviii
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
f - Kekerapan
α - Alpha Cronbach
r - Pekali Kolerasi Pearson
df - Degree of Freedom
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Borang Soal Selidik 103
B Nilai Analisis Data – Kajian Rintis 108
C Nilai Analisis Data – Kajian Sebenar 113
D Surat Pengesahan Pelajar Universiti 133
Teknologi Malaysia
E Surat Kebenaran melaksanakan Kajian 134
Projek Sarjana dari PPD Kota Tinggi
F Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 13/2004 :
Pelaksanaan Program j-QAF di 135
Sekolah Rendah (KP(85)8591/Jld.XVII(13)
bertarikh 30 Disember 2004)
G Surat pekeliling ikhtisas Bil.8 Tahun 2002 KP
(BS)8591 jild xvii (8) bertarikh 1 Oktober 2002 : 138
Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Arab
Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bahasa Arab merupakan bahasa yang penting untuk penyebaran ilmu dan juga
dakwah Islam sejak zaman Rasulullullah s.a.w. Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa
pengantar utama dalam kalangan saudagar ketika kegiatan perdagangan di Nusantara.
Kedatangan agama Islam Nusantara berlaku di sekitar tahun 630 masihi, iaitu pada
zaman hayat Rasulullah SAW atau pada pertengahan abad ke 7 masihi yang dibawa oleh
saudagar Arab dengan Nusantara telah wujud sebelum itu (Ahmad Mohd Salleh,2011).
Secara tidak langsung perkembangan perdagangan di Nusantara telah menyebabkan
berlakunya penyebaran agama Islam dan Bahasa Arab. Bahasa Arab merupakan satu
bahasa yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan bahasa-
bahasa lain di dunia. Keunikan dan keunggulannya telah tersohor apabila kehebatan al-
Quran diturunkan oleh Allah di dalam bahasa Arab tidak dicabar oleh sesiapa pun