Sinopsis Bab demi BabSinopsis Bab 1 Keluarga
Hayati tidak berkeinginan untuk belajar piano pada hari itu
kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah
faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di
saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua
pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar
melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah
mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin
Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara
menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik
berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi
telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang
telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu.Hilmi menyatakan
hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya
yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha
Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh
menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun
membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya
cemburumelihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.
Sinopsis Bab 2 Kuli
Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia
telah melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu
sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr.
Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak
Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin,
Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan
tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati
menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik
dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering
didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.Dalam pada
itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar
tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi
itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan
rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan
untukmengusir Hilmi dari rumahnya.
Sinopsis Bab 3 Piano
Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh
kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak
kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur
oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati
faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan
tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang
dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis,
Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut
Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah
berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut
keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu
dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu
yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas
pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari
Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya
Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang.
Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi
menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya.
Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang
memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti
terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan
menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan
hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning
coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung
ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah
gembira mendengarpujian daripada kawan-kawannya.
Sinopsis Bab 4 Hukuman
Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi
telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu.
Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran
dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin
tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah,
sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya. Hilmi telah
mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari
kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah
kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas
terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin
Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya.
Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak
ciknyatentang perlakuannya tadi.
Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak
cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia
meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan membuat
"intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan
nada fa nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan
kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu
piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa
memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah
ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi.
Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong
gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan
memohon maaf daripadanya.
Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu
bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung.
Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan
mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya
rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak
akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan
Hilmi sepanjang waktu hanyabertemankan bunga-bunga dan tanamannya
sahaja.
Sinopsis Bab 5 Penunggu
Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya
berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu
dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah
dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun
dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan
mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr.
Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke
kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya
terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja.
Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat
terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak
ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya
amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk
pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano.
Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di
dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia
menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan
Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa
kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan.
Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari
kampung dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah
diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan
bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di
rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat
balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama
menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar,
seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain
organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik
Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira
mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannyaEncik Bakar
akan mengenakan bayaran kepadanya.
Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia
pergi ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya.
Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak
ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap
muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan
tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not
muzik.
Sinopsis Bab 6 Muzik
Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik
Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi
menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga.
Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat
dan isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual
dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana
terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan
keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona
melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari
tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan.
Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya
sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan
terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan
Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung
wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga
boleh mengeluarkan bunyi lagu Blue Danube. Hubungan mesra Hilmi dan
Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila
Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan
mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama
Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri
keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena
pada Hayati.
Sinopsis Bab 7 Oleh-oleh
Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal
kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang.
Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika
Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri
amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati
tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada
Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik
yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di
kebun tulip di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita
Hilmi tentang bunga-bunganya.Apabila diberitahu tentang kedatangan
Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati hanya
mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan
tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ).
Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati
tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut
kedatangannya tetapi tidak sekarang ini.
Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk
berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan
hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti
ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat
memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita
karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak
penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat
penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan
kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak
dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah
nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya.
Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung
setelah Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis
Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari.
Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss.
Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali
Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada
oleh-oleh untuknya.
Sinopsis Bab 8 Sengketa
Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh
Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk,
Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi
agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya
duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba
Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun
bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak
seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus
meminta izinuntuk pulang.
Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi
gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan
rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak
Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya.
Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian
anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah
bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak
ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi
dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang
berlaku antara dia dengan Azizah.
Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu
kedatangan Hilmi. Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya
memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di
Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang
besok. Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi
sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu.
Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf
dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling
rendah pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar
untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya
jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan
tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa
kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi.
Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi
tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa
apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah
memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja
kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum.
Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan.
Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati
dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan
oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah
mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah
cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu
ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar
untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat
untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.
Sinopsis Bab 9 Pertemuan
Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah
menyedari bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar
kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan
sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh
Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan.
Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak
Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu
pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya
sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam
bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang
dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton
permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan
diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila
diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung.
Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya
tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk
Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu.
Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada
Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak
lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa
segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin
pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila
ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan
keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana
teringatkan Mohsin.
Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat
gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan
kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat
risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya
dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah
berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah
kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan
sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus
berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak.
Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara
dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga
diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan
seorang penjaga malam.Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya
pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau
bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah
menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke
itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di bulan kedua bekerja di
situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam
perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan
itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia
amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia
tidak segembira dan senang dahulu lagi.
Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada
penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu
berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah
telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu
disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik
Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik
Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah
berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk
menggantikannya bekerja.
Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia
tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar
untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering
diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana
mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat.
Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya
dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut
Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu
mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain
trompet, seksofon, klarinet, dan biola.
Sinopsis Bab 10 Bebas
Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di
taman Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah
dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati
pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan
itu menyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke
kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu
kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu
isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee.
Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi
anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia
menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah
bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana
terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan
telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu
sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon
suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia
mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan
suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah
Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia
terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar,
dan telekung.Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan
terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan diri Hayati. Mohsin
mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja
dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi
penolong pengurus di cawangan banknya yang baru sahaja dibuka di
kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah mencadangkan supaya
perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu
tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu
gembira.
Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat
khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah
menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk
beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat
pula datang ke biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin
akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan
madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di
rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak
keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu
hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari
kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar dengan
memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar
mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi
memberi judul lagu itu Sebuah Intermeso. Hilmi berasa gembira
kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja
sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.
Sinopsis Bab 11 Intermeso
Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi
anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar
telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai
menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah
ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia
berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi
atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi
memainkan lagu gubahannya Sebuah Intermeso. Seluruh hadirin
terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah )
oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang
terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan
hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga
terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan
surat khabar bertajuk Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat
Malaysia.
Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan
dengan perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka
berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun
Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin
menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun.
Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di
Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet
tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering
berdalih apabila ditanya tentang Hilmi.
Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya
Sebuah Intermeso tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah
Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik
Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan
persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam
hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah.
Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa
yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar
tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba
berhenti. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali
Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong
kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu
tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu.
Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan
kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi
sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun
pada malam itu mereka bermain seperti biasa.
Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh
Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk
menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar
arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu
membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar
bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik
Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut
dan menerima keahlian Hilmi.
Sinopsis Bab 12 Krisis
Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama
dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah
menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak
akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak
akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati
mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di
Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya.
Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun
sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi
tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke
rumah.
Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal
terbang British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari
Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu
bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar.
Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu
biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan
dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa
Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan
bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah
kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga
tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa
lagu Sebuah Intermeso itu menjadi ubat yang paling mujarab bila
hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja
dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya
kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu.Encik Bakar
pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan
Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi
pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang
luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting
pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat
itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada
malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang
lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul Perpisahan.
Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara
menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang
beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu.
Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi
rekod.
Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara
ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan
kugiran yang diberi nama Kugiran Dahlia ringkasan nama Daniel,
Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. Kugiran Dahlia dengan cepat
mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk
dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan
mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi
kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam.
Walaupun rekod dan kaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya
sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah
mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah
cetak rompak.
Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah
diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan mereka
sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah
anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan
Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan
yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir
dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian
besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang
lain, walaupun kepada Encik Bakar.
Sinopsis Bab 13 Perpecahan
Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak
dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada
mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga
mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin
buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil.
Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah
mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan bapa jahat.
Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang
telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia
tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan
sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu Balada Kasih.Lagu
itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa
kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya
daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang yang
datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap
menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang
menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk
Cinta dan Tangis. Lagu Cinta dan Tangis menjadi inspirasi kepadanya
untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya.
Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi
yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja
keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. Harapan
untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia
belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak
pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya
bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu
baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu
yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah.Orkes Hilmi telah
mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan
Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar
biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat
pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang
kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke
Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai
menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama Seniman yang dicipta khas
untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya.Tiga tahun
berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik
tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan
untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh
RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance (
persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk
membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama
Hilmi Potpouri. Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar
luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di
seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari
mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana
saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang
ipar), Datin Maniam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telah
bercadang untuk menontonnya.
Sinopsis Bab 14 Seniman
Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai
terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM
mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi
Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati
lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi
Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina
bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah
berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya
dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah
memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat
memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan
supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti.
Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua
Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton
pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut.
Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu.
Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan
berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut.
Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta
hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan
Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.
Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka
terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang
diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang
memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang
di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan
persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi.
Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu
juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran
tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang
sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana
menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim,
anak Hilmi.
Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari
dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan
mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya
membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk
Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu
merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat
menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih.
Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi,
mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah
memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di
hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka
dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari
telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang
sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat
selama-lamanya.
Novel Konserto Terakhir Karya Abdullah HussainSinopsisNovel
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain mengisahkan ketabahan
seorang lelaki yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan
akhirnya Berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Hilmi yang
berasal dari kampung, pergi ke rumah bapa saudaranya, iaitu Datuk
Johari yang terletak di Kuala Lumpur dengan harapan bapa saudaranya
akan mencarikannya pekerjaan. Oleh sebab Hilmi hanya belajar
sehingga darjah empat di sekolah Melayu, Datuk Johari mengalami
kesukaran untuk mencarikan Hilmi pekerjaan. Oleh itu, Datuk Johari
meminta Hilmi agar bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya.Isteri
Datuk Johari, iaitu Datin Salmah tidak menyenangi kehadiran Hilmi
di rumahnya. Datin Salmah yang berasal daripada keluarga yang
berstatus tinggi, berasa bimbang bahawa imejnya akan terjejas
sekiranya saudara-mara atau rakan-rakannya mengetahui bahawa Hilmi
yang bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya mempunyai pertalian
darah dengan suaminya. Oleh hal yang demikian, Datin Salmah mula
melayan Hilmi dengan buruk agar Hilmi meninggalkan rumahnya. Namun
begitu, anak Datin Salmah, iaitu Hayati melayan Hilmi dengan baik.
Hubungan mereka menjadi semakin rapat sehingga Hayati mula
mencintai Hilmi walaupun dia sudah bertunang dengan pemuda pilihan
ibunya, iaitu Mohsin. Hal ini menyebabkan Datin Salmah semakin
membenci Hilmi.Hilmi meninggalkan rumah Datuk Johari kerana tidak
dapat bertahan dengan kerenah Datin Salmah dan bekerja di sebuah
stesen minyak. Pada masa yang sama, Hilmi mula belajar untuk
memainkan alatan muzik daripada Pak Bakar. Setelah mahir bermain
alatan muzik, terutamanya biola, Hilmi menyertai kuartet yang
dipimpin oleh Pak Bakar dan membuat persembahan di sebuah kelab
malam. Hayati berkahwin dengan Mohsin atas paksaan ibunya walaupun
masih mencintai Hilmi.Hilmi pula dapat berkenalan dengan anak Pak
Bakar, iaitu Azizah yang turut meminati muzik. Hilmi berkahwin
dengan Azizah, namun kebahagiaan rumah tangga mereka tidak kekal
setelah kelahiran anak pertama mereka. Akibat perselisihan faham,
Azizah meninggalkan Hilmi dan tinggal di rumah bapanya bersama-sama
dengan anaknya. Hilmi semakin tertekan dan kesunyian setelah Azizah
meninggalkannya. Penderitaannya semakin bertambah setelah Pak Bakar
meninggal dunia. Namun begitu, Hilmi tetap menumpukan perhatiannya
dalam bidang muzik dan menghasilkan pelbagai lagu yang
menarik.Orkes pimpinan Hilmi menjurai Pesta Muzik Tahunan anjuran
RTM tiga kali berturut-turut. Ekoran daripada kejayaan tersebut,
Hilmi menerima penghormatan untuk memimpin Pertunjukan Orkes
Perdana anjuran RTM yang diadakan di Dewan Tunku Canselor. Sebagai
persiapan, Hilmi menyediakan susunan lagu gubahannya menamakannya
sebagai Hilmi Potpouri. Malangnya, Hilmi jatuh sakit dan terlantar
di Hospital Besar Kuala Lumpur pada saat-saat akhir bermulanya
pertunjukan tersebut. Ketua Pengarah RTM pula berada dalam keadaan
terdesak untuk menyaksikan pertunjukan tersebut, akhirnya
menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin pertunjukan
tersebut.Setelah Pertunjukan tersebut tamat, Datuk Johari, Datin
Salmah dan Hayati menziarahi Hilmi yang masih terlantar di hospital
dalam keadaan tidak menyedarkan diri. Sepupu Datuk Johari, iaitu
Pak Karim yang turut menziarahi Hilmi, membongkar rahsia bahawa
Hilmi yang dianggap sebgai anak kandungnya selama ini, sebenarnya
merupakan anak kandung Datuk Johari hasil daripada perkahwinan
Datuk Johari dengan gadis kampung yang ditinggalkannya pada malam
pertama hari perkahwinan. Pak Karim juga menyatakan bahawa beliau
merahsiakan perkara tersebut kerana tidak mahu menimbulkan masalah
dalam rumah tangga Datuk Johari.Datuk Johari dan Datin Salmah
menyesali tindakan mereka kerana mereka tidak melayan Hilmi dengan
baik semasa Hilmi bekerja sebagai tukang kebun di rumah mereka.
Semasa perjalanan ke rumahnya, secara diam-diam Datuk Johari
berhasrat untuk membiayai kos rawatan Hilmi dan sekiranya Hilmi
mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik, beliau juga mahu
membiayai kos tersebut. Datin Salmah pula ingin meminta maaf
daripada Hilmi dan sekiranya diizinkan oleh Hilmi, beliau mahu
membesarkan anak Hilmi sebagai anak kandungnya agar beliau dapat
menebus dosanya. Azizah pula berhasrat untuk memulakan kehidupan
yang baharu dengan Hilmi dan menjadi seorang isteri yang mentaati
suaminya. Namun begitu, harapan mereka tidak kesampaian kerana
sejurus selepas Datuk Johari sampai di pekarangan rumahnya, beliau
menerima panggilan dari hospital yang menyatakan bahawa Hilmi sudah
meninggal dunia. Hilmi tidak berkesempatan untuk mengetahui
kebenaran bahawa Datuk Johari yang dianggap sebagai bapa saudaranya
selama ini, sebenarnya merupakan bapa kandungnya. Datuk Johari yang
tidak dapat menerima hakikat bahawa Hilmi sudah meninggal dunia,
turut menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menjawab
panggilan telefon tersebut.
TEMA
Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup
seorang anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan
dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Dalam
meniti kejayaan itu, dia telah menghadapi berbagai dugaan hidup
hingga ke akhir hayat.
Hilmi yang berasal dari kampung telah datang ke rumah bapa
saudaranya untuk mencari pekerjaan. Semasa tinggal di rumah bapa
saudaranya Datuk Johari, dia hanya menjadi tukang kebun dan telah
menerima penghinaan daripada Datin Salmah. Penghinaan ini berlaku
disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan
rendah. Selain daripada itu dia juga dihalang daripada berhubung
dengan Hayati sehingga akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah
itu.
Walau bagaimanapun dia gigih mempelajari muzik daripada Encik
Bakar. Hasilnya, dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.
Dia gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya
terkenal di seluruh tanah air. Pada masa ini juga dia menghadapi
masalah rumah tangganya dengan isterinya Azizah disebabkan sikap
Azizah yang mementingkan kekayaan. Dia berasa amat kecewa dan
tertekan walaupun dia mendapat pujian daripada peminat seni.
Keadaan ini terterusan sehinggalah dia meninggal dunia.
PERSOALAN
Novel yang telah saya kaji ialah Konserto Terakhir karya
Abdullah Hussain. Terdapat pelbagai persoalan dalam novel
tersebut.Satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel tersebut
ialah kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Hilmi tidak
berjaya untuk mendapatkan pekerjaan yang baik walaupun cuba dibantu
oleh Datuk Johari kerana beliau tidak mempunyai pendidikan.
Selain itu, satu lagi persoalan ialah kerajinan dan kegigihan
dapat menjadikan diri seseorang berjaya. Contohnya, walaupun tidak
berpendidikan dan miskin, Hilmi akhirnya berjaya menjadi seorang
seniman yang terkenal kerana usaha gigih beliau mempelajari ilmu
bermain alat muzik.Sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan
pangkat dan memandang rendah pada orang lain juga merupakan salah
satu persoalan dalam novel tersebut. Datin Salmah memandang hina
kepada Hilmi kerana beliau anak kampung yang tidak berpendidikan
dan miskin.Datin Salmah juga menganggap kehadiran Hilmi ke rumah
beliau hanya menjejaskan status keluarganya. Hilmi juga dimarahi
apabila mengusik piano anaknya Hayati.Tambahan pula, keikhlasan
dalam memberikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan. Pak Bakar
sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan mencipta lagu
sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang seniman yang terkenal. Pak
Bakar tidak mengenakan apa-apa bayaran semasa mengajar
Hilmi.Persoalan lain yang jelas dilihat ialah persoalan pengorbanan
demi kebahagiaan orang lain. Hayati sanggup mengorbankan cintanya
demi kebahagiaan ibu bapanya. Hayati mencintai Hilmi tetapi
berkahwin dengan Mohsin kerana memenuhi kehendak Datuk Johari dan
Datin Salmah. Bukan begitu sahaja, Pak Karim berkorban untuk
kebahagiaan Datuk Johari dan Datin Salmah. Pak Karim sanggup
merahsiakan Hilmi adalah anak Datuk Johari kerana takut mengancam
kebahagiaan rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah.Satu lagi
persoalan yang terdapat dalam novel tersebut ialah sifat
bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya,
Hilmi menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai tukang
kebun. Hilmi menanam pelbagai sayur seperti bayam, petola, terung,
kacang dan mentimun. Hilmi menternak ayam dan hasilnya dapat
dijadikan lauk pauk. Hilmi dapat menjaga pokok bunga sehingga
halaman rumah Datuk Johari sangat cantik. Hilmi juga bekerja keras
untuk menjayakan Pertunjukan Orkestra Perdana kerana tugas itu
telah diamanahkan kepadanya oleh Ketua pengarah RTM.
WATAK DAN PERWATAKAN
A)HILMI
Hilmi merupakan seorang pemuda yang berasal dari kampung di
negeri Kedah. Dia mempunyai taraf pendidikan yang rendah iaitu
hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah. Tinggal di rumah
Datuk Johari setelah berhijrah keKuala Lumpur. Suami kepada Azizah
dan kawan baik kepada Mamat. Dia juga sebenarnya anak kandung
kepada Datuk Johari. Dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang
terkenal.
Dari segi perwatakan, Hilmi digambarkan sebagai seorang
yangrajin. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari
sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada
rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di
rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah
dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya.
Hilmi juga seorang yanggigih dan tabah. Hilmi gigih menghadapi
cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi
penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan
Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh
untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya
menjadi seorang pemuzik terkenal.
Sesuai dengan sifatnya yang gigih, dia juga digambarkan seorang
yang bercita-cita tinggi.Bermula daripada minat terhadap alat muzik
iaitu piano, Hilmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang
pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada
Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia
berjaya dalam bidang muzik.
Selain daripada itu, penulis menggambarkan Hilmi sebagai seorang
yang kuat pegangan agama.Hilmi tidak pernah meninggalkan sembah
limawaktu walau di mana sekalipun dia berada. Sifat ini telah
mempengaruhi Hayati sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan
mula bersembahyang.
Hilmi amatberkebolehan dan kreatifdalam bidang muzik. Dia dapat
memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan
mendengar Hayati memetik pianonya. Selain daripada itu, dia juga
boleh bermain banyak alat muzik dan mencipta banyak lagu sendiri
termasuk lagu yang dimainkan semasa persembahannya.
B)HAYATI
Hayati merupakan anak perempuan tunggal kepada Datuk Johari dan
Datin Salmah. Sebenarnya dia juga merupakan adik kepada Hilmi.
Telah berkahwin dengan Mohsin atas kehendak Datin Salmah.
Dari segi perwatakan, Hayati digambarkan sebagai seorang yang
penyayang. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati
terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar
dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap.
Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.
Selain daripada itu, hayati juga digambarkan oleh pengarang
sebagai seorang yangpatuh kepada arahan ibunya. Hayati sanggup
berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi
menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada
Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat keLondon.
Hayati juga telah berubah daripada hidup kebaratan kepadahidup
berasaskan agama. Sebelum bertemu Hilmi, Hayati seorang yang
periang dan lincah serta hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi
keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang
mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.
C)DATUK JOHARI
Datuk Johari merupakan bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin
Salmah. Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau
juga merupakan bapa saudara kepada Hilmi. Dia sebenarnya adalah
bapa kandung Hilmi. Dari segi perwatakan, Datuk Johari digambarkan
sebagai seorang yangbaik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan
Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member
pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.
Selain daripada itu, dia juga seorang yangbijaksana. Dia dapat
mengelakkan Hilmi daripada dihalau dari rumah keluar dari rumahnya
oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano. Datuk Johari
mencadangkan supaya Hilmi dipotong gaji sahaja.
Datuk Johari juga seorang yangtiada pegangan agama. Dia hidup
seperti masyarakat barat. Sikap ini dapat diperhatikan oleh pembaca
kerana di rumahnya terdapat sebuah mini bar. Beliau seorang peminum
minuman keras. Dia juga sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang
lima waktu.
Penulis juga menggambarkan Datuk Johari sebagai seorang
yangtidak bertanggungjawab.Dia meninggalkan isteri pertama sebaik
dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui
bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim.
Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan
bapa.
D)DATIN SALMAH
Datin Salmah ialah ibu saudara kepada Hilmi. Dia juga merupakan
isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. Dari segi perwatakan,
Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yangsombong dan
mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana
Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah
empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap
mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga
menghalang Hayati daripada merapati Hilmi.
Datin Salmah juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang
yang mengamalkan budaya hidup secara kebaratan. Dia digambarkan
selalu bertemu rakan yang setaraf di Morning Coffee. Rakan-rakannya
juga mengamalkangayahidup yang sama. Ekoran daripada budaya hidup
seumpama itu, dia menjadi seorang yangtidak beriman. Dia tidak
mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula
bersembahyang.
Pengarang juga menggambarkan Datin Salmah sebagai seorang yang
percaya kepada kepercayaan tahayul.Contohnya dia mempercayai bahawa
Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati
semakin mesra dengan Hilmi dan telah berubah daripada sikap asalnya
serta mula bersembahyang.Dalam hubungannya dengan Hayati, Datin
Salmah digambarkan sebagai seorang yangsuka mengongkong. Contohnya
Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati. Dia mahu
Hayati belajar di London. Dia juga mahukan Hayati berkahwin dengan
Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.
PLOT
Secara umumnya plot novel Konserto Terakhir merupakan plot yang
mudah kerana iamengikut kronologi.Setiap peristiwa bergerak
mengikut urutan masa dari bab ke bab. Perkembangan peristiwa itu
memudahkan pembaca mengesan perkembangan plot bermula dari
peringkat permulaan hinggalah peringkat peleraian.Peringkat
permulaanplot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang
memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah
datang ke rumah Datuk Johari untuk menari kerja diKuala Lumpur.
Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi
ke rumah mereka. Namun Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana
Hilmi anak saudaranya. Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan
untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan Hilmi sebagai tukang
kebun di rumah mereka.
Plot bergerak keperingkat perumitan dan perkembanganapabila
terdapat konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah. Hilmi telah
menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan piano itu rosak secara
tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Kemudian, Hilmi
telah belajar muzik daripada Encik Bakar. Datin Salmah memarahi
Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula
semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi
menggunakan ubat guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk
mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya, Hilmi meninggalkan rumah
itu dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak.
Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi
pemuzik terkenal. Hilmi telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga
mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi tinggal bersendirian.
Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak sulung
mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap
mengarang lagu.
Peringkat kemuncak atau klimaksplot pada novel ini bermula
apabila Hilmi telah diberi peluang untuk memimpin pertunjukan di
Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Hilmi terpaksa bekerja
keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah
jatuh sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan
Hilmi kritikal. Hayati yang baru pulang dari Londonuntuk
menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi
untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan, Hayati,
Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke
hospital untuk melihat Hilmi. Mereka bertemu dengan abang sepupu
Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah anak
kandung Datuk Johari.
Peringkat penyelesaian atau anti klimaksnovel ini agak pendek.
Ia dapat dikesan apabila Datuk Johari tiba di rumah. Dia dan Datin
Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya melayan Hilmi dengan
buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang
mengatakan bahawa Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita
itu, Datuk Johari terjatuh lalu meninggal dunia.
LATAR
A) LATAR TEMPAT
Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat
utama di sekitar negeriKuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku
berpusat dirumah Datuk Johari. Banyak peristiwa yang berlaku di
rumah ini. Antaranya termasuklah Hilmi bekerja sebagai tukang
kebun. Dia telah menjadikan halaman rumah lebih cantik. Hilmi juga
dimarahi oleh Datin Salmah kerana menyebabkan piano rosak. Dia
hampir dihalau keluar dari rumah itu. Di rumah itu juga Hilmi
semakin rapat dengan Hayati sehingga menimbulkan rasa tidak senang
hati Datin Salmah. Hilmi dimarahi sekali lagi oleh Datin Salmah
kerana meninggalkan rumah. Akhirnya Hilmi meninggalkan rumah
tersebut. Di rumah itu juga Datuk Johari menerima panggilan telefon
yang memberitahu Hilmi meninggal dan dia juga jatuh dan
meninggal.
Beberapa peristiwa berlaku diRumah Encik Bakar. Antara peristiwa
penting ialah kedatangan Hilmi untuk belajar muzik semasa dia masih
tinggal di rumah Datuk Johari. Dia dimarahi kerana meninggalkan
rumah. Selepas keluar dari rumah Datuk Johari, Hilmi meneruskan
pelajaran muzik di rumah ini sehingga berjaya menjadi pemuzik
terkenal. Di rumah ini juga Hilmi pernah digoda oleh Azizah. Azizah
kecewa apabila mengetahui Hilmi hanya bekerja sebagai tukang
kebun.
Satu lagi tempat penting dalam novel ini ialahDewan Tunku
Canselor. Ia menjadi tempat diadakan Konsert Perdana yang dipimpin
oleh Hilmi. Hilmi telah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan
kritikal. Keadaan kecoh terjadi. Namun Hayati telah menyelamatkan
keadaan. Dia yang pulang dariLondon untuk menyaksikan persembahan
itu telah menggantikan tempat Hilmi. Persembahan itu berjaya
diteruskan dengan jayanya.
Selain itu, peristiwa penting juga berlaku dihospital.Hilmi
telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya
kritikal. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM
datang selepas persembahan di Dewan Tunku Canselor. Di situ juga
Datuk Johari diberitahu oleh saudara sepupunya bahawa Hilmi
merupakan anak kandungnya.
B) LATAR MASYARAKAT
Secara umumnya pengarang novel ini menggambarkan
kehidupanmasyarakat Melayumelalui keluarga Datuk Johari selain
daripada Hilmi sendiri, Encik Bakar, Mamat dan juga Pak Amat.
Selain daripada keluarga Datuk Dolhi, terdapat beberapa watak lain
yang terdiri daripada orangIndiaiaitu Dr. Nathan yang merupakan
jiran kepada Datuk Johari. Terdapat juga masyarakat Cina iaitu Tony
Lim yang menjadi salah seorang daripada ahli Kugiran Dahlia.
Dari aspek ciri kemasyarakatan,pengarang menggambarkanmasyarakat
yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk
Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian
daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan
kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi
juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar
sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.
Penulis juga menggambarkanmasyarakat yang tidak mengamalkan
ajaran agama. Selain mengamalkan budaya hidup secara kebaratan,
Datin Salmah juga digambarkan tidak mengerjakan solat. Malah dia
terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang. Demikian juga
dengan Datuk Johari. Dia sudah lama benar meninggalkan solat. Malah
dia sering minum minuman keras. Hayati walau bagaimanapun telah
berubah dan mula sembahyang setelah mengenali Hilmi.
Watak Datin Salmah dan Azizah menggambarkanmasyarakat yang
sombong dan mementingkan darjat.Datin Salmah tidak dapat menerima
Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya
setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina
Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari
rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi.
Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi
hanya seorang tukang kebun.
Watak Datin Salmah juga menggambarkan masyarakat yangpercaya
kepada kepercayaan tahayul.Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi
menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin
mesra dengan Hilmi. Sekali lagi Datin Salmah percaya kepada ubat
guna-guna apabila melihat perubahan sikap Hayati. Hayati telah
berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang. Datin
Salmah sangsi dan terkejut dengan perubahan itu.
Datuk Johari dan Encik Bakar menggambarkanmasyarakat yangbaik
hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya.
Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi
sebagai tukang kebun di rumahnya. Encik Bakar pula sanggup mengajar
Hilmi bermain alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga
Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.
C) LATAR MASANovel yang telah saya kaji ialah Konserto Terakhir
karya Abdullah Hussain. Terdapat pelbagai latar masa dalam novel
tersebut.
Satu daripada latar masa yang terdapat dalam novel tersebut
ialah jam empat pagi. Hilmi dikejutkan daripada tidurnya oleh
deringan telefon pada pukul empat pagi. Dia berasa berat untuk
membuka matanya kerana dia baru sahaja masuk tidur setelah membuat
persembahan di Padang Bandaran bersempena dengan Hari Keputeraan
Sultan Kelantan. Apabila Pak Rahmat memberitahu Hilmi bahawa beliau
membuat panggilan dari Hospital Besar Kuala Lumpur, Hilmi sudah
dapat menyedari bahawa Encik Bakar sudah meninggal dunia.
Satu lagi latar masa yang terdapat dalam novel tersebut ialah
tujuh belas tahun. Hal ini jelas tergambar apabila kehadiran Hilmi
menyebabkan Datuk Johari mengimbas kembali peristiwa yang berlaku
tujuh belas tahun sebelumnya. Datuk Johari tidak pernah pergi ke
kampungnya sejak kematian ayahnya tujuh belas tahun dahulu. Beliau
hanya berada di kampung beberapa jam sahaja dan pulang ke Kuala
Lumpur setelah upacara pengebumian ayahnya selesai.
Latar masa lain yang terdapat dalam novel tersebut ialah hari
Khamis dan Sabtu. Contohnya, Hayati belajar untuk bermain piano di
rumahnya pada setiap hari Khamis dan Sabtu. Pada hari-hari tersebut
Hilmi selalu mencari kerja yang dapat dilakukannya berhampiran
dengan ruang tamu rumah Hayati, iaitu tempat terletaknya piano
kepunyaan Hayati. Hilmi berbuat demikian supaya dia dapat mendengar
setiap bunyi yang keluar daripada piano apabila Hayati
memainkannya.
TEKNIK PLOT
Pengarang menggunakan beberapa teknik dalam novel ini untuk
menyampaikan cerita dan plotnya. Antara teknik utama dalam novel
ini ialahteknikpemerian. Teknik ini digunakan dengan meluas
termasuklah untuk menggambarkan perwatakan Hilmi. Kerja-kerja Hilmi
ri rumah Datuk Johari juga banyak menggunakan teknik pemerian.
Demikian juga dengan peristiwa Hilmi belajar muzik di rumah Encik
Bakar banyak menggunakan pemerian daripada pengarang. Perasaan
Hilmi terhadap perbuatan Datin Salmah juga diceritakan oleh
pengarang secara langsung.
Selain daripada teknik pemerian,teknik dialogjuga ketara
digunakan oleh pengarang. Contoh dialog atau perbualan antara Hilmi
dan Hayati. Hayati telah meluah perasaannya kepada Hilmi ketika
mereka berjumpa. Dialog Hilmi dengan Encik Bakar juga penting
kepada Hilmi. Melalui dialog, Encik Bakar telah memberikan dorongan
kepada Hilmi untuk terus belajar dan akan berjaya menjadi seorang
pemuzik terkenal. Dialog-dialog Datin Salmah juga menggambarkan
sikap dan pandangan serongnya kepada Hilmi.
Teknik imbas kembalijuga terdapat dalam novel ini.Contoh teknik
ini ialah apabila Datuk Johari teringat kembali apa yang telah
berlaku ketika beliau berada di ampungnya. Datuk Johari imbas
kembali peristiwa dia meninggalkan ibu Hilmi setelah berkahwin dan
tidak mempedulikan mereka lagi. Peristiwa itu berlaku tujuh belas
tahun yang lalu. Dia hanya pulang pada hari bapanya meninggal dunia
selama beberapa jam saja dan kemudian setelah mayat bapanya
dikuburkan, dia punpulang ke Kuala Lumpur.
Sedikitteknik monologdigunakan oleh pengarang dalam novel ini.
Contohnya monolog Hilmi ketika hatinya sedih dan berhadapan dengan
pokok-pokok bunga di taman. "Kalian saja yang akan menghiburkan aku
nanti, wahaibunga-bungaku " katanya dalam hati.Teknik monolog
dalaman digunakan untuk menceritakan emosi sesuatu watak. Selain
daripada itu, monolog juga terdapat dalam diri Azizah tentang
layanan mesra yang diberikannya kepada Hilmi.
Selain itu, teknik saspensterdapat juga dalam novel ini.
Terdapat dua peristiwa yang mewujudkan suasana suspens. Peristiwa
pertama ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor.
Suasana suspens dirasai apabila Hilmi telah dimasukkan ke hospital
sedangkan pertunjukan perlu diteruskan. Siapa yang akan memimpin
orkestra itu telah menjadi tanda Tanya kepada pembaca dan
pengelola. Manakala suasana suspens juga berlaku di hospital.
Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan juga Ketua Pengarah RTM
tertanya-tanya tentang keadaan Hilmi.
Manakala teknik terakhir ialahteknik kejutan. Kemunculan Hayati
secara mengejut dariLondonpada malam Pertunjukan Orkes Perdana pula
menunjukkan pengarang telah berjaya dalam menggunakan teknik
kejutan. Hayati malah mengambil tempat Hilmi untuk memimpin
orkestra pada malam itu. Datuk Johari juga telah menerima panggilan
yang mengejutkan. Dia dimaklumkan tentang kematian Hilmi sehingga
dia juga terkejut, jatuh dan meninggal dunia.