Biodata pengarang Konserto TerakhirPengarang novel konserto
terakhir ialah Abdullah Hussain. Beliau lahir pada 25Mac 1920, di
Sungai Limau, Yan, Kedah.Pendidikan awalnya adalah diSek.Melayu
Sungai Limau sehingga lulus darjah 5.Kemudian,beliau
menyambungpelajarannya di Sekolah Inggeris St.Michael
(1932-33).Seterusnya, beliaubersekolah di Anglo Chinese School,
Alor Star pada tahun 1935.Dari segipekerjaan, beliau pernah bekerja
sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuahperusahaan bijih timah di
Pahang pada tahun 1939,Pengarang Akhbar Sahabat(1941), Pengarang
Majalah Puspa di Medan,pernah bekerja di Kem TenteraSg.Petani dan
juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968). Dalam
bidangpenulisan beliau banyak menulis cerpen,novel,biografi,
autobiografi,esei,kritikan, drama, dan sebagainya.Hasil-hasil
karyanya yang lain adalah sepertiIssabela (terjemahan),Orang Tua
dengan Laut (terjemahan), dan banyak lagi.Sepanjang pelibatannya
dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih kejayaanseperti
memenangi Sayembara Mengarang Cerpen sempena Hari Buruh diMedan
(1950), Peraduan Penulisan Cerpen Berunsur Islam anjuran
JabatanPerdana Menteri, SEA Write Award, dan kejayaan yang terbesar
ialah beliau telahmemenangi Anugerah Sasterawan Negara ke-8.
Sinopsis Sinopsis Bab 1 Keluarga Hayati tidak ada mood (
keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat
kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan
guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saatsaat getir tersebut.
Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak
Karim dariKedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang
serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih
mempunyai saudara dikampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi
kehadiran Hilmi di rumahnya.Sementara menunggu kepulangan Datuk
Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik
Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk
Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama
tujuh belas tahun lalu.Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari
pekerjaan. Walau bagaimanapun,kelulusannya yang hanya setakat
darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari
pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di
rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam
masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati
dengan Mohsin. Sinopsis Bab 2 Kuli Hilmi gembira dengan
pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan
yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian
daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari.
Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi
penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila
Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia
tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi
amat tertarik dengan mainan piano Hayati.Rumah Datuk Johari juga
sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang
berpangkat.Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata
kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan
mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti
Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia
berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.
Sinopsis Bab 3 Piano Hilmi kecewa apabila dia mendapati
tanamannya dirosakkannya oleh kumbang.Dia telah melepaskan geramnya
dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan
Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap diaseorang yang kejam.
Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang
mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut
bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu
iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di
rumahnya. Pada hari-hari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang
dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada
kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia
menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat
mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari
Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi
makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana
Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi
menonton wayang.Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia
tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum
keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang
yang datang memuji-muji tanaman bunga dirumahnya. Malah hasil
tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah
dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin
Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya
apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya
yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa
buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada
kawan-kawannya. Sinopsis Bab 4 Hukuman Leha, penolong pembantu
rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin
Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati
menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano.Suatu hari
Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah,manakala
Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar
kerumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano
tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan
Hilmi itu di tegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin
Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah
memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga
yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak
Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi.Ketika
Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan
mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia
meletakkan jari- jarinya pada mata-mata piano dan membuat
"intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan
nada fa nadanya begitu melenting.Peristiwa itu telah menimbulkan
kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu
piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa
memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah
ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir
Hilmi.Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong
gajinya. DatinSalmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon
maaf daripadanya.Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan
bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti
balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut
sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang
ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana
sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang
dimainkanoleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya
bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.
Sinopsis Bab 5 Penunggu Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari
dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan
barangbarang yang mahu dibawa ke dalam motokar.Datuk Johari
berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak
bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang
lain.Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk
Johari, iaitu Dr.Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr.
Nathan juga balik ke kampung.Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk
Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga
menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak
ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga.
Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah
perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati.
Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu
pada piano.Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan
meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani
menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi
teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah
mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi
makan ikan.Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik
dari kampung dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah
diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan
bersama-samanya. Esah juga telah bekerjasebagai tukang masak di
rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat
balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama
menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan EncikBakar,
seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi
bermainorgan dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar.
Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira
mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar
akan mengenakan bayaran kepadanya. Justeru, Hilmi pada mulanya
kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar,
dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana
telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun
kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa
melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga
telah mengajarnya tentang not-not muzik. Sinopsis Bab 6 - Muzik
Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar.
Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan
tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga
mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan
isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual
dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana
terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan
keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona
melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari
tegak tidak bergerak.Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan.
Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya
sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan
terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan
Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung
wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga
boleh mengeluarkan bunyi lagu Blue Danube. Hubungan mesra Hilmi dan
Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila
Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan
mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama
Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri
keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena
pada Hayati.
Sinopsis Bab 7 Ole-ole Mohsin terperanjat apabila mendengar
kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati
di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke
rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat
Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu
di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana
asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England,
tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang
pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati
juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bungabunganya.Apabila
diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk
mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja
apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan
neck tie ( talileher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh
pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati
selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang
ini.Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk
berkurung didalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan
hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti
ada sangkut paut dengan dukun.Mesti ada anasir-anasir jahat
memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita
karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak
penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat
penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan
kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak
dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah
nekad untuk mencari Jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya.Dalam
pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah
DatinSalmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia
membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula
menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah
amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati
pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada
oleh-oleh untuknya.
Sinopsis Bab 8 - Sengketa Hilmi ke rumah Encik Bakar.
Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik
sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu.Azizah cuba
menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan
sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah
dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila
mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja.
Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau
seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk
pulang.Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi
gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan
rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak
Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya.
Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian
anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah
bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada
makciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun
mandi dan terusmasuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa
yang berlaku antara dia dengan Azizah.Dalam pada itu, ketika Encik
Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar
berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi
ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan
pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah juga cuba memberitahu
bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya
tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada
anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan
sedang mencari kerja.Paling rendah pasangan yang ingin dicarinya
ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu
persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang,
habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah
terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi.Namun
begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak
mahu
makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila
diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah
memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja
kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum.
Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan.
Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati
dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan
oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah
mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah
cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu
ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar
untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat
untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari. Sinopsis Bab 9
Pertemuan Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin
Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti
besar kerana adanya Hilmi di rumahitu, dia tidak perlu memikirkan
sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh
Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan.
Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak
Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu
pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya
sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam
bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang
dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton
permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan
diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila
diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung.
Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya
tidak suka Hilmi tinggal disitu. Datin Salmah kemudian memujuk
Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu.
Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada
Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak
lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa
segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin
pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila
ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan
keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana
teringatkan Mohsin.Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat
bas. Hilmi amat gelisah.Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang
diperlihatkan kepada pak ciknya ituialah surat yang ditulis oleh
Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau
tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung
Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas
itutelah kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya.
Sinopsis Bab 10 Bebas Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya,
pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan
kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit
demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran
taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan atin Salmah mendesak
suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar
Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk
Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan
cakapcakap morning coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan
Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan
hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah
menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk kebilik
Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih
memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan
baik di sudut biliknya.Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia
keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai
menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap
waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula
menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang
makan tengah hari dia terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di
bilik Hayati, tikar, dan telekung.Hayati menyambut kepulangan
Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan
diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya
pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana
telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan banknya yang
baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah
mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin
disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati
kelihatan terlalu gembira.Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin
tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi
terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan
itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar
muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita
bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja
mereka pulang dan berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu
lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik ke
biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah
menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola
ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah
Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah
dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil
dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu Sebuah
Intermeso. Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa
dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga
sebagai penggubah lagu.Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke
Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke
kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat
menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit
setengah.Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur
bersama-sama dengan seorang penjaga malam.Hilmi bekerja dengan
rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang
mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak
dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya
membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu
pertama dibulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa
semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu
Pak Amat di kedai kopi.Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk
bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini
sudah banyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang
dahulu lagi.Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti
tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu
berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah
telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu
disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik
Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik
Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah
berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk
menggantikannya bekerja.Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat
demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik
tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat
itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan
Berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga
semakin rapat.Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar,
Sinopsis Bab 11 Intermeso Hilmi telah berhenti dari kios minyak
petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang
terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di
dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang
kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih
Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada
quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih
kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya Sebuah Intermeso. Seluruh
hadirin terpesona dan terpegun.Hilmi telah diinterview ( ditemu
ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris
yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan didalam ruangan
hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga
terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan
surat khabar bertajuk Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat
Malaysia.Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun
hairan dengan perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan
mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang
kebun Hayati ada bakat muzik.Hati Hayati bergelodak kerana dia
ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun.
Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di
Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet
tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering
berdalih apabila ditanya tentang Hilmi.Pada malam kedua, Encik
Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya SebuahIntermeso tanpa
nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian
Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar
telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain
muzikdi hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada
anggotaanggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima
surat daripada Setiausaha Persatuan Pemainpemain Muzik Nasional.
Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam
hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang halini, tetapi keadaan
terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul
semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya
mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan
mereka.Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan
tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai
sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati
Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam
oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain
seperti biasa.Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil
oleh Jawatankuasa PersatuanPemain-pemain Muzik Nasional untuk
menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar
arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu
membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar
bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik
Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut
dan menerima keahlian Hilmi.
Sinopsis Bab 12 - Krisis Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum
pulang dan Persatuan Pemain-pemainMuzik Nasional dan dia tidak
dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut.Keyakinan Hilmi
pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia
percaya suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang
jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita
tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar
muzik diConservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat
esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik
Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry Lam. Melihat
Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri
pulang ke rumah.Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu
kapal terbang British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari
Sydney. Sekiranya Hilmi pergi kelapangan terbang pada waktu itu
bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar.
Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Dipintu
biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan
dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa
Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan
bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah
kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga
tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa
lagu Sebuah Intermeso itu menjadi ubat yang paling mujarab bila
hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja
dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya
kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu.Encik Bakar
pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan
Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi
pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang
luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting
pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat
itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada
malam perpisahan itu Hilmi telah Berjaya menggubah sebuah lagu yang
lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul Perpisahan.
Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimanacara
menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang
beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu.
Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi
rekod.Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara
ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan
kugiran yang diberi namaKugiran Dahlia ringkasan nama Daniel,
Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu.Kugiran Dahlia dengan cepat
mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk
dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal.Perhubungan
mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot,Hilmi
kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab
malam.Walaupun rekod dan kaset yang mengandungi lagu-lagu
gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia
tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan
masalah cetak rompak.Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan
Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan
mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun
setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir,Azizah mulai berubah
dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah.
Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi
banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah
lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan
kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar.
Sinopsis Bab 13 Perpecahan Keretakan yang terjadi dalam rumah
tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan
isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana
itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya
kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa
apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi
malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan bapa
jahat. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu
yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan
dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta
dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu Balada
Kasih.Lagu itu ialah curahan isihatinya yang jujur. Kini hidupnya
terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan
kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan
orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik.
Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan
Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah
lagu yang diberi tajuk Cinta dan Tangis. Lagu Cinta dan Tangis
menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan
menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah
lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan
kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi
hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah
telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan
Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam
sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di
hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada
dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini
berjumlah ratusan buah.Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk
bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di
Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luarbiasa.
Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi,
Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang
kematian Encik Bakar.Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke
Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai
menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama Senimanyang dicipta khas
untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya. Tiga tahun
berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik
tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan
untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh
RTM.Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance (
persembahan di-Raja) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk
membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama
Hilmi Potpouri. Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar
luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di
seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari
mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana
saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang
ipar), Datin Maniam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telah
bercadang untuk menontonnya.
Sinopsis Bab 14 Seniman Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak.
Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua
Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput
Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak
puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke
rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang
pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua
Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam
bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga
telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin
dapat memimpin Orkes Perdana.Ketua Pengarah telah mengarahkan
Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti.
Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua
Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton
pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam
kabut.Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi
itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi
dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut.
Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta
hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnyaketua pengarah membenarkan
Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.Datuk Johari dan Datin
Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi,lebih-lebih lagi
apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh
penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu
ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana
Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas
kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati
bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah
apabila mengetahui perkhabaran tersebut.Di hospital, Datuk Johari
telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru
sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan
kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi.Abang sepupunya
itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah
bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya
itu.Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia
bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja
menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga
mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan
menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih.Setelah doktor yang
merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi,mereka pulang ke
rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan
usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini.
Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan
panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar
tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh
terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.
Tema dan Persoalan Tema Berdasarkan cerita yang digarapkan oleh
Sasterawan Negara Abdullah Hussain melalui novelnya Konserto
Terakhir, dapatlah dirumuskan bahawa tema novel ini ialah:
perjuangan hidup seorang anak muda yang berasal dan kampung
berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya Berjaya
menjadi seorang seniman besar negara. Persoalan Cinta dan kasih
saying Cinta dan kasih sayang merupakan antara persoalan yang kerap
dikemukakan oleh pengarang. Cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan
Hayati; cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan
kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Contohnya,
Hayati amat bersimpati kepada nasib Hilmi,begitu juga Azizah,
bersimpati dengan Hilmi. Cinta dan kasih sayang dalam novel ini
tidak berakhir dengan kebahagiaan. Hayati berkahwin dengan Mohsin
tetapi tidak bahagia kerana Mohsin cemburu terhadap Hilmi. Begitu
juga dengan Azizah cintanya terhadap Hilmi tidak berakhir dengan
bahagia kerana cemburu terhadap Hayati. Agama yang dapat
mengembalikan ketenangan hidup Hayati seorang gadis yang pada
mulanya hidup penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan
berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibu dan solat
dan mendalaminya melalui buku-buku agama seperti buku Hidup Sesudah
Mati. Hilmi juga sering mendekatkan dirinya dengan ibadah solat
setiap kali dia menghadapi masalah kerana dirasakan dia dapat
menemui ketenangan hidup. Menjaga kesihatan Kerana tidak menjaga
kesihatan, menyebabkan Hilmi menderita dan akhirnya meninggal
dunia. Hilmi tidak menghiraukan kesihatannya setelah dia tertekan
akibat dilanda masulah rumah tangga dan menumpukan sepenuh jiwa dan
raganya untuk menyiapkan arrangement Hilmi Potpouri untuk
pertunjukan Orkes Perdana. Semangat kerjasama Encik Bakar pemimpin
quartet yang berjaya kerana mendapat sokongan daripada semua ahli
kumpulannya yang dianggap seperti satu keluarga. Begitu Juga dengan
kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan. Semangat ltu
ditunjukkan oleh Orkes Hilmi ketiku Hilmi dimasukkan ke hospital
dan Pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian.
Perpaduan Kaum Persoalon perpaduan kaum dapat dilihat melalui
watak tauke dan Ah Kong. Tauke tempat Hilmi bekerja tidak
mengendahkan hasutan Mohsin. Begitu juga perpaduan yang ditunjukkan
oleh ahli-ahli Kugiran Dahlia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui watak pemuda Cina yang
membantu menghantar Hilmi ke hospital.
Watak dan Perwatakan Hilmi -Penyayang dan bersimpati -Tabah dan
gigih -Rajin -Pemaaf Hayati -Penyayang -Taat -Yakin Pak Amat -Taat
setia -Tabah -Baik Hati
Azizah -Penggoda -Materialistik-Curang-Cemburu
Datin Salmah -Sombong -Kurang sabar -Tidak berpendirian -Suka
dipuji
Datuk Johari -Tidak suka berterus-terang -Tidak
bertanggungjawab
Binaan Plot Permulaan Hilmi datang dan kampung ke rumah bapa
saudaranya, Datuk Johari untuk mencari pekerjaan di kota. Kehadiran
Hilmi tidak disenangi oleh Datuk Johari dan isterinya, Datin
Salmah. Perkembangan Oleh sebab hanya berkelulusan darjah empat
sekolah Melayu akhirnya Hilmi disuruh bekerja sebagai tukang kebun
di rumah Datuk Johari sahaja.Hilmi juga berminat dengan mainan
piano sehingga dengan tidak sengaja telah merosakkan piano Hayati.
Perumitan Sepeninggalan Datuk Johari ke luar negara, Hilmi telah
belajar bermain muzik dengan Encik Bakar. Hubungan Hilmi dan Hayati
semakin erat sehingga menimbulkan perasaan tidak senang kepada
Datin Salmah.Hilmi kemudian melarikan diri dan rumah Datuk Johari
dan bekerja distesen minyak.
Klimaks Hilmi telah berjaya memainkan pelbagai alat muzik dan
menggubah lagu.Akhirya Hilmi ditawarkan untuk menyertai quartet
Endk Bakar dan terkenal sebagai Pemain Biola Hikmat Malaysia. Hilmi
dan Azizah juga telah menubuhkan Kugiran Dahlia. Hilmi dan Azizah
telah diijabkabulkan dan kemudiannya memperolehi seorang anak
lelaki. Walaubagaimanapun rumah tangga mereka tidak kekal lama.
Hilmi juga bertambah sedih setelah kematian Encik Bakar. Hilmi juga
telah bertungkus lumus menyiapkan satu alrangement yang diberi nama
HilmiPotpouri untuk satu Pertunjukan Orkes Perdana. Peleraian Hilmi
jatuh sakit dan tidak dapat memimpin Pertunjukan Orkes
Perdana.Hayati telah muncul menggantikan Hilmi. Pada masa yang
sama, dihospital, Pak Karim telah bertemu Datuk Johari dan telah
mendedahkan rahsia sebenar Hilmi. Datuk Johari telah insaf dan
akhirya meninggal dunia kerana terkejut mendapat berita kematian
Hilmi.
Latar Latar Tempat Rumah Datuk Johari Kedah Maktab Sultan Abd
Hamid Lapangan terbang Balai Polis Lenggeng Dewan Tunku
Canselor
Latar Masyarakat Masyarakat Kota Masyarakat Desa Masyarakat
Pemuzik Masyarakat berbilang bangsa Masyarakat Bawahan
Nilai dan Pengajaran Nilai Taat setia Kasih sayang Simpati dan
belas kasihan Keberanian dan keyakinan diri Kerjasama
Hormat-menghormati Jujur
Pengajaran Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu
kerja Kita hendaklah membantu orang yang susah Kita hendaklah
berusaha dengan gigih untuk meneruskan kehidupan Kita mestilah
menjaga maruah diri Kita wajib bersyukur atas kurniaan tuhan Kita
hendaklah berani menempuh pelbagai dugaan Kita hendaklah memaafkan
kesalahan orang lain
Folio Novel Konserto Terakhir
NAMA:HARRIS BIN SAM TINGKATAN:5 SAINS GURU:TN.HJ KAMARUDIN BIN
HJ AWANG