Secara umumnya morfologi merupakan istilah dalam bidang ilmu linguistic yang menghuraikan sistem bahasa pada peringkat perkataan. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2011: 43), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk kata dan penggolongan kata. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia, manakala mengikut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Bidang Kajian Morfologi Struktur Kata Bentuk Kata Golongan Kata
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Secara umumnya morfologi merupakan istilah dalam bidang ilmu linguistic yang
menghuraikan sistem bahasa pada peringkat perkataan. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2011:
43), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk kata
dan penggolongan kata.
Bagi Abdullah Hassan (2006) pula morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk
tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa
manusia, manakala mengikut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, morfologi ialah
satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukkannya.
Bidang Kajian Morfologi
Struktur Kata Bentuk Kata Golongan Kata
1. Struktur Kata
Susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna
KATA ASLI
suku kata v+kv - aku
suku kata kv+kv - tari
suku kata vk+kvv -amboi
suku kata kvkk+vkk - kompang
KATA PINJAMAN
suku kata kkvk+kvk -praktis
suku kata kvk+kvkk -
konteks
suku kata kvk+kkvkk - kompleks
suku kata kkkv+kvkv -
strategi
2. Bentuk Kata
Perkataaan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada
satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Setiap perkataan dimulai dan diakhiri oleh
sempadan perkataan yang bersifat abstrak dan hanya wujud dalam fikiran kita. Bentuk kata
boleh terdiri daripada satu mofem atau susunan beberapa morfem. Proses pembentukan kata
menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti yang berikut: -
3. Pengolongan Kata
Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu. Antara
kriteria yang diambil bagi menggolongkan sesuatu perkataan itu ialah:
Kata tunggal
Terhasil melalui proses gabungan suku kata
Kata terbitan
Terhasil melalui proses pemgimbujan
Kata majmuk
Terhasil melalui proses pemajmukan
Kata ganda
Terhasil melalui proses penggandaan
Struktur Fonologi
Atau Bunyi
Struktur Morfem Sintaksis Semantik
Bentuk Kata Proses Contoh Kata
Kata Tunggal Gabungan suku kata jalan
Kata Terbitan Pengimbuhan berjalan
Kata Majmuk Pemajmukan jalan raya
Kata Ganda Penggandaan berjalan-jalan
Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim, et al., 2009:81) menggolongkan perkataan-
perkataan dalam bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik. Kriteria sintaksis
dilihat berdasarkan kehadiran sesuatu perkataan itu sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa
dan frasa. Kriteria semantik pula merupakan unsur yang memberi makna bagi sesuatu
perkataan itu berdasarkan situasi dan konteksnya.
Oleh yang demikian, golongan kata dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada empat, iaitu:
a) Kata Nama
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya
kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga
subgolongan, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.
Contoh bagi setiap subgolongan adalah seperti rajah di bawah.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama
untuk melengkapkan maksudnya. Objek ini dipanggil penyambut.
Contoh: Pemburu menembak rusa.
Kata ‘menembak’ ialah kata kerja transitif aktif kerana kata tersebut perlu diikuti oleh
objek (rusa) untuk melengkapkan maksudnya. Terdapat dua jenis kata kerja transitif,
iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.
ii. Kata kerja transitif aktif
Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan me-,
me- … -kan, me- …-i, memper-, memper- …- kan,
memper-…-i.
Contoh dalam ayat:
1. Suzana menulis surat.
iii. Kata kerja transitif pasif
Kata Kerja
Kata Kerja Transitif
Aktif
Pasif
Kata Kerja Tak Transitif
Berpelengkap
Tidak Berpelengkap
Kata ini ialah hasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Kata kerja ini
umumnya ditandai oleh imbuhan di-, di-…-kan, di-…-i, di-…-per, diper- …-kan,
diper…-i.
Contoh dalam ayat:
1. Surat ditulis oleh Suzana.
2. Bendera dinaikkan oleh murid-murid.
3. Setor sukan dimasuki oleh Guru Besar.
4. Anjung rumahnya diperbesar oleh Penghulu.
5. Anak sulungnya diperisterikan oleh Encik Zahari.
Walau bagaimanapun, bagi ayat pasif yang pelakunya orang pertama dan kedua, bentuk kata
kerja yang mempunyai imbuhan di-, di-...-kan, di-…-i., di-…-per, diper- …-kan, dan diper-…-i,
tidak digunakan. Perhatikan bentuk kata kerja dalam ayat pasif di bawah:
Ayat pasif diri ketiga Ayat pasif diri pertama dan kedua
Laporan itu ditulis oleh beliau.
Laporan itu saya tulis. Laporan itu kamu tulis.
Bendera dinaikkan oleh mereka
sewaktu perhimpunan.
Bendera kami naikkan sewaktu perhimpunan. Bendera awak naikkan sewaktu perhimpunan.
Ucapan perasmian disampaikan
oleh Guru Besar.
Ucapan perasmian akan saya sampaikan. Ucapan perasmian akan tuan sampaikan.
iv. Kata kerja tak transitif
Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat.
Contoh: Adiknya menjadi doktor.
Kita mesti berbuat baik.
Kata ‘menjadi’ dan ‘berbuat’ ialah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh
pelengkap. Contoh kata ‘doktor’ dan ‘baik’ untuk menyempurnakan maksud ayat
tersebut.
Tanpa pelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
penyambut.
Contoh:
Budak itu menangis.
Ayahnya belum kembali.
Cikgu Zainal sedang bersembahyang.
Kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur keterangan. Lihatlah contoh di bawah:
Budak itu menangis kerana lapar.
Ayahnya belum kembali sejak semalam.
Cikgu Zainal sedang bersembahyang di biliknya.
c) Kata Adjektif
Kata adjektif dikenal juga sebagai kata sifat. Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan
sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Ciri inilah yang membezakan kata adjektif dengan kata nama atau kata kerja.
Contoh kata adjektif:
besar (sangat besar) rajin (sangat rajin) tinggi (tinggi sungguh) laju (laju sangat) banyak (banyak sekali) kasar (sungguh kasar)
Kata adjektif ada beberapa jenis seperti dalam rajah di bawah:
Contoh dalam ayat:
a) Badan budak itu lemah kerana tidak makan beberapa hari.
b) Muka gadis itu merah apabila diusik rakan-rakannya.
c) Rambutnya pendek setelah dipotong oleh guru disiplin.
d) Permukaan batu itu lekuk akibat titisan air.
e) Murid-murid yang datang lewat akan dihukum.
f) Rumahnya jauh dari sekolah.
g) Kura-kura berjalan lambat.
h) Maznah rindu akan kampung halamannya.
i) Bilik darjah itu sentiasa bersih.
Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu:
Bil. Kata adjektif Contoh
i. sifatan atau keadaan berani, pandai, kasar, lemah, sihat
ii. warna merah, biru, hijau, kuning, kelabu
iii. ukuran panjang, pendek, kecil, nipis, renek
iv. bentuk bulat, bundar, lekuk, leper, lonjong
v. waktu baharu, lewat, lambat, awal, suntuk
vi. jarak jauh, dekat, hampir
vii. cara cepat, lincah, laju, lambat, selalu
viii perasaan rindu, benci, segan, ragu, sayang
ix. pancaindera sedap, bersih, cantik, bising, harum
Darjah Perbandingan Kata Adjektif
Contoh:
Darjah biasa. Pokok meranti itu tinggi.
Darjah bandingan Mona setinggi ibunya.
Rozi lebih tinggi daripada adiknya.
Darjah penghabisan Gunung Kinabalu gunung yang tertinggi
di Malaysia.
Kata adjektif mempunyai imbuhan se- dan ter- yang menunjukkan darjah perbandingan. Oleh
itu, sekiranya anda terjumpa perkataan seperti contoh di bawah, anda perlu golongkan
perkataan tersebut dalam kata adjektif.
sebesar sebesar-besar terbesar
sepandai sepandai-pandai terpandai
secantik secantik-cantik tercantik
seputih seputih-putih terputih
pantas sepantas Terpantas
d) Kata Tugas
Kata Tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas, sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat,
penentu, pendepan, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.
Lihatlah jenis-jenis kata tugas.
Kata-kata tugas di atas dapat dikelompokkan dalam empat kelompok, iaitu:
Kata penyambung ayat
Kata praklausa
Kata prafrasa
Kata pascakata
i. Kata Penyambung Ayat
Bil.Kata Tugas
1. Kata hubung
2. Kata seru
3. Kata Tanya
4. Kata perintah
5. Kata pangkal ayat
6. Kata Bantu
7. Kata penguat
8. Kata penegas
9. Kata nafi
10. Kata pemeri
11. Kata sendi nama
12. Kata pembenar
13. Kata arah
14. Kata bilangan
15. Kata penekan
16. Kata pembenda
Kata Penyambung Ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.
Kata Penyambung Ayat
(kata hubungan)
Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan
Relatif Komplemen keterangan
ii. Kata Praklausa
Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa. Lihatlah jenis kata
praklausa di bawah:
Kata Praklausa
Seru tanya perintah pembenar pangkal ayat
iii. Kata Prafrasa
Kata pembenar ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa
nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. Jenis-jenis kata prafrasa adalah seperti yang di bawah:
penguat
bantu penegas
bilangan Kata Prafrasa nafi
arah pemeri
sendi nama
iv. Kata pascakata
Bentuk –nya berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
Kata penekan
o Kata penekan ialah satu bentuk yang memberikan penegasan kepada kata
yang bergabung dengannya.
Contoh:
Nampaknya rumah itu akan runtuh pada bila-bila masa.
Kata pembenda
o Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai kata nama.
Contoh:
Tingginya pokok itu 30 kaki.
Sin
taks
is
Frasa
Satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang mungkin terdiri daripada suatu
susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi diperluaskan menjadi
dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan predikat atau kedua-duanya
sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya.
Klausa
Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang
menjadi konstituen kepada ayat. Sebenarnya klausa adalah ayat dalam
ayat.
Ayat
Ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa yang disertai oleh intonasi yang
lengkap, yang bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan yang
menandakan bahawa tutur itu selesai, dan mengandungi proposisi yang lengkap.
Frasa
Frasa Nama (FN)
Binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri
daripada satu perkataan atau beberapa perkataan
yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen
dalam binaan ayat.
Binaan ayat dasar dalam bahasa melayu terdiri
daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan
predikat.
Frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam
pola FN + FN sahaja.
FN + FN
FN + FA
FN + FK
FN + FS
Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi
predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur
penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
Predikat
NotaPenguat
hadapan
Kata Adjektif Penguat
Belakang
Ahli Gusti itu sungguh handal
betul
Ali sangat pandai
Awak hebat
Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata
kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa
kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek +
(penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek
tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif
tanpa pelengkap
Frasa kerja tak
transitif
berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja
+ (keterangan)
Tanda kurungan
menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja
+ (penerang) +
(kata bantu) + kata
kerja + pelengkap +
(penerang) +
keterangan
tanda kurung
menunjukkan unrus
yang boleh ada atau
(keterangan)
Tanda kurung
menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada.
tiada.
contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek Predikat Nota
Frasa Nama Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja Keterangan
Lelaki itu sedang makan di atas meja. maksud ayat
lengkap jika
keterangan
dibuang.
Cikgu masih menulis di papan hitam.
bayi itu sedang merangkak dengan laju.
Jamal akan datang esok
Khatib sedang berkhutbah di surau
contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek Predikat Nota
Frasa
nama
Frasa kerja
Kata
bantu
Kata kerja pelengkap Penerang keterangan
Mereka akan pulang ke rumah secepat
mungkin
dalam
minggu ini
pelengkap
frasa sendi
nama
Ahmad ingin menjadi penyanyi yang
terkenal
di negara ini pelengkap
kata nama
Saya tinggal di Klang Pelengkap
frasa sendi
nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah
sebelum frasa nama.
Frasa Sendi Nama
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
Subjek
Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu Kata sendi nama Kata arah Frasa nama
Alias dari arah selatan Tanjung Malim
Rombongan
sekolahakan ke
Menara Kuala
Lumpur
Kedai Pak Abu di depan masjid
Klausa
Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat
yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang
wajib untuk status ayat.
Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan
klausa tak bebas.
Klausa bebas.
Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh
berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:
Klausa Ayat
Subjek Predikat Subjek Predikat
budak itu mendengar radio Budak itu mendengar radio
ujian tadi amat susah Ujian tadi amat susah
jambatan itu jambatan kayu Jambatan itu jambatan kayu
mereka ke pantai Mereka ke pantai
Klausa Tak Bebas
Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada
unsur subjek dan predikat.
Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun,
walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa
bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali
sebagai klausa utama.
Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.
Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.
Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan
ada klausa tak bebas.
Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam
bahasa Melayu.
Perumpamaan
1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai
maksud yang tersirat.
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan MaksudBagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lainBagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuatBagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannyaBagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedihBagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkanBagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekaliBagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat eratBagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budiBagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsaraBagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa sajaBagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayangBagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-siaBagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnyaBagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau
menggunakan kemudahan yang diperolehBagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata
pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinyaSeperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk
kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantungSeperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduhSeperti anjing dengan bayang-bayang
orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyiSeperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermayaSeperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-hentiSeperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisahSeperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalanSeperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka
seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi
memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diamSeperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang
lainSeperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang
lain tanpa usul periksaSeperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketaraSeperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kitaSeperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintahSeperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperolehSeperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada
di tempat yang baruSeperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangkaSeperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
Simpulan Bahasa Maksudnya
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketikaada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau
memiliki sesuatuair muka rupa atau wajah seseorangajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorangada bakat mempunyai tokoh atau perwatakanalas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan
makanan yang mengenyangkananak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendirianak bapa anak yang disayangi oleh bapaanak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudaraanak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanyaangkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebabatas angin negara-negara di sebelah baratatas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihakayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandinganbahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanyabanyak mulut orang yang banyak bercakapbatu api orang yang suka menghasutbatu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatibau-bau bacang tali persaudaraan yang jauhbawah angin negara-negara di sebelah timurbekas tangan hasil kerja tangan seseorangberalih akal berubah fikiran atau pendapatberalih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehatberat hati enggan; malasberat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyakberat tulang orang yang malas bekerjaberat sebelah tidak berlaku adilberbelah bagi sukar untuk membuat keputusanberhati batu degil dan sukar menerima nasihatberhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan jugabermuka dua tidak jujurbertikam lidah bertengkar; berdebatbesar hati bergembira atau berbangga akan sesuatubesar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lainbuah hati orang yang dikasihi atau dipujabuah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorangbulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekadburuk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lainbuta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejamcahaya mata anakcakar ayam tulisan yang burukcampur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang laincari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatuepat tangan suka mencuridalam tangan sudah pasti akan diperolehdarah daging anak kandungdurian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangkagaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-
sungguhgelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau hartaharga diri maruah atau kehormatan seseorangharga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagihati batu degil atau keras hatihidung tinggi sombong atau tinggi dirihilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diriikat perut menahan lapar kerana berjimatiri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburuisi hati perasaan dalam hatijalan buntu tidak ada jalan penyelesaiankacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lainkaki ayam tidak berkasut atau berseliparkaki bangku tidak berkebolehan bermain bolakaki botol suka minum minuman keraskecil hati berasa tersinggung atau merajukkepala angin perangai yang tidak menentukepala batu degil dan tidak mendengar nasihatkera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lainkhabar angin berita yang belum tentu benarnyalangkah kanan bernasib baiklangkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutanlidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayailipas kudung cepat membuat kerjalintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikanmakan angin bersiar-siar untuk berehatmakan suap menerima rasuahmalu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan orangmandi peluh bekerja kuatmati katak mati dengan sia-siamembabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikirmembawa diri tahu menjaga diri
membuka jalan memberi laluan kepada orang lainmembuka tembelang
menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajarmenarik diri tidak turut serta; meletak jawatanmencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatumencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indahmencuit hati lucu; menggelikan hatimengabui mata cuba memperdaya; menipumengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan
sebagainyamengambil angin bersiar-siar untuk berehatmengambil berat memberi sepenuh perhatianmengambil hati dapat memikat atau mempengaruhimengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakatmuka tembok tidak berasa malumulut murai kuat bercakap atau berbuat bisingmulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsiamurah hati suka bederma; tidak kedekutnaik angin terlalu marahnyawa-nyawa ikan hampir-hampir matiorang atasan orang yang berpangkat tinggiotak cair pintar atau bijakotak kering kurang siumanotak udang bebal atau bodohpaku belanda barangan yang tetap harganyapanas hati meradang atau marahpanjang tangan suka mencuripasang telinga mendengar dengan telitipekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuatpembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasiperang mulut pertengkaranpilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukaipisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelakiputeri lilin tidak tahan terkena panas matahariputih hati ikhlas; jujurputih mata mengalami kekecewaanrabun ayam penglihatan yang kurang jelasrambang mata sukar membuat pilihanringan tangan suka membuat kerja: menolong orangsampai hati tergamak melakukan sesuatu kerjaserkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksatangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hatitangkai jering orang yang kedekuttawar hati tidak mempunyai minat lagi
tebal muka tidak tahu malutelinga kuali tahan hati menerima kemarahantelinga lintah tajam pendengarantelinga nipis cepat marah atau meradangterang hati mudah memahami sesuatutidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyaktin kosong bercakap besar tanpa ilmutitik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh