7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
1/23
1.0 KONSEP
1.1. KONSEP PENGUJIAN
Pembelajaran sering dikaitkan dengan perubahan tingkah laku pelajar. Justeru
itu, pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan
sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap
pembelajarannya.Prosedur pengujian itu dikatakan sistematik kerana prosesnya mesti
teratur dengan mengikut peraturan tertentu untuk mentadbirkan ujian dan menetapkan
pemarkahan atau penggredan secara terperinci. Hasil jawapan yang diberikan oleh
pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai market akan diberikan kepada individu
berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang
diuji. Cronbach (1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhatiperlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan
skala bernombor, atau satu system yang berkategori. Misalnya, skala bernombor
seperti angka 30/100 untuk penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test)
dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala
contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti,
atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
1.2. KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran terdiri daripada
proses iaitu langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki. Selain itu, pentaksiran juga adalah suatu maklumat iaitu bukti tentang
prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Pentaksiran juga merupakan
penghakiman iaitu proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
Pentaksiran menghasilkan produk dalam konteks pendidikan dalam aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses
pendidikan. Pentaksiran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses
mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
2/23
penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan
maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada
banyak mana skor atau market yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.
Pentaksiran haruslah dilihat sebagai proses mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan semasa proses P&P dan
aktiviti yang dijalankan berterusan serta aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan
pembelajaran yang baik. Dapat disimpulkan, pentaksiran merupakan satu episode
dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, member skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran
seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
1.3. KONSEP PENILAIAN
Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat
keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau
perkara. Gay, (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi
membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang
melibatkan pemberian nombor-nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Popham,
(1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang
formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan
mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke
arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru
memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru
menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru
sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan
susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta
maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam
sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan
ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
3/23
Dapat disimpulkan bahawa penilaian digunakan untuk menentukan perubahan
tingkah laku seorang individu dan membuat pertimbangan nilai. Selaian itu penilaian
merupakan proses membuat analisis. dan proses selepas pentaksiran dan pengujian
dijalankan.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
4/23
3.0. JENIS-JENIS UJIAN PENILAIAN BAHASA
3.1. PENILAIAN FORMATIF
Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu
unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar. Biasanya, skop
pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. Ia
berbentuk khusus dan terhad kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa. Ujian
tersebut berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa
yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan.
Tujuan utama ujian formatif ini dibina dan dijalankan oleh guru ialah untuk menguji
kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa dalam
membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan dan kefahaman, aspek tertentu dalam
tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan awalan dan akhiran, atau ujian
pembendaharan kata tentang beberapa sinonim atau antonym yang boleh digolongkan
dalam ujian jenis ini. Contohnya guru telah mengajar murid mengenai pengguna kata
kerja dengan betul, dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya
tentang kata kerja yang telah diajar dalam bulan itu. Oleh kerana skop pengajaran dan
pembelajaran berbentuk ujian formatif itu diasaskan dan dibina secara terhad maka
ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek
bahasa.
3.2. PENILAIAN SUMATIF
Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka
masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Skop
pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu diasaskan dan dibina
secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Misalnya, ujian
bahasa yang dibina oleh guru untuk ujian akhir semester dan tahun, atau oleh Lembaga
Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti Penilaian Menengah Rendah
(PMR) bagi penghujung persekolahan sekolah menengah rendah dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi penghujung
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
5/23
persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian bahasa yang
bercorak sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak
dan menyeluruh seperti lisan, bacaan, dan penulisan. Aspek-aspek bahasa yang lain
seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, semantik, dan peribahasa ( simpulan
bahasa, perumpamaan ), dan seumpamanya kerap juga menjadi bahan ujian dalam
ujian bahasa yang bercorak sumatif.
3.3. UJIAN KEFASIHAN
- Menentukan setakat mana seseorang menguasai sesuatu bahasa
- Menilai umum seseorang dalam bahasa yang dipelajari
- Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang
sesuai.
- dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang
dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik muka
yang jelas, posisi tubuh yang betul, kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.
3.4. UJIAN KEMAJUAN
- Digunakan dalam bilik darjah
- Adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas sahaja.
- Berasaskan objektif pengajaran
- Mengukur dan menilai pelajar menguasai bahan atau perkara yang diajar.
- Membolehkan guru mengetahui dengan jelas kemahuan setiap pelajar.
3.5. UJIAN BAKAT
- Mengesan bakat seseorang menguasai sesuatu bahasa asing
- Untuk menelah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran.
- Selalunya melibatkan data-data bahasa yang artificial- mengandungi pelbagai unsurbahasa.
3.6.UJIAN PENCAPAIAN
- Menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan, atau isi
pelajaran yang telah diajar.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
6/23
- Soalan-soalan dikemukakan berdasarkan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
- Boleh diajar pada akhir kursus setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
7/23
4.0 KAEDAH PENTAKSIRAN
4.1 PORTFOLIO
4.1.1 PENGENALAN
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukit pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran
yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang
lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
4.1.2 CIRI-CIRI PORTFOLIO
1. Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan,
perlaksanaan dan penilaian yang teliti.
2. Dijalankan secara kolaboratif.
3. Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa,
strategi atau bentuk.
4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif.
5. Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan
mengikut logik.
4.1.3 JENIS PORTFOLIO
1. Porfolio kerja harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang
diberikan.
2. Portfolio hasil terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.
3. Portfolio dokumen.
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
8/23
tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
4.1.4. PENILAIAN PORTFOLIO
1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh
dinilai melalui bukti-bukti lain.
3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan
perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui
bersama.
4.1.5 KEPENTINGAN PORTFOLIO
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk
membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan
pelajar
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan
menggunakan peta perkembangan.
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota
anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan
melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama,
ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
4.1.6 PERANCANGAN PORTFOLIO
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan,
individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
9/23
4.1.7 PENILAIAN BAGI PORTFOLIO
1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga
tugasan tersebut selesai.
4.1.8 MEREKOD PENILAIAN PORTFOLIO
- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan
menggunakan kaedah senarai semak.
- Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala
senarai
- ciri-ciri paling penting penentuan gred.
4.1.9 KRITERIA PENILAIAN
1. Struktur dan organisani
2. Strategi pengurusan3. Variasi isi yang sesuai
4. Struktur ayat dan gaya bahasa
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi
setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain
setiapnota anekdot dan refleksi pelajar.
8. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
10/23
4.2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
4.2.1. KUALITI PERMERHATIAN
- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan
persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap
sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
4.2.2. BENTUK PERANCANGAN
- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang
dijalankan daripada pemerhatian.
4.2.3. MEREKOD PENILAIAN PEMERHATIAN
- Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara
tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian
cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
- Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai
dengan tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
11/23
dicapai.
4.2.4. JENIS PEMERHATIAN
- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan.
Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai
kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk
sekuen.
4.2.5. STRATEGI PELAKSANAAN
- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
4.2.6. FUNGSI PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif
pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai
maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
12/23
4.3 PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
4.3.1 KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar.
Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang
berikut:
i. Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat
mendengar kuliah atau pengajaran guru;
ii. Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat;
iii. Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan
iv. Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan
v. Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan
vi. Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat
4.3.1.1. MENDENGAR DENGAN AKTIF
Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu
menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui
pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar.
4.3.1.2 TUJUAN MENDENGAR
mendapatkan maklumat
mencatat nota
menjalankan atau menunaikan arahan
mengecam bunyi
mengenal pasti sesuatu perkara
menjawab soalan
mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar
bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar
Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya
mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
13/23
digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara
perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah
ialah:
i. Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa
ii. Berikan tumpuan kepada guru
iii. Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan
pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan
iv. Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting
bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya
v. Bersifat positif dan terbuka
vi. Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti
vii. Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang
dikemukakan oleh guru atau penceramah
viii. Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru
yang didengar
ix. Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk
mengekalkan daya ingatan anda
x. Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan
rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.
4.3.2 KEMAHIRAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur pula adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
14/23
daripada alat sebut (artikulator) manusia. Ia tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi
perlu ditiru atau diajuk.
4.3.2.1. Aspek yang ditekankan dalam kemahiran bertutur
Sebutan
Tekanan
Mora
Jeda
Intonasi
Nada
Tatabahasa
Kelancaran
Kefasihan
Laras bahasa
4.3.2.2. Penilaian Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar
serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakanpelbagai teknik membaca.
4.3.2.3 Tujuan kemahiran membaca
i. Serta merta
Membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan.
Membaca cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta merta dan
tidak mengambil masa yang panjang untuk habiskan sesuatu bahan bacaan.
ii. Lanjutan
Membetulkan fahamannya yang salah, membanding fikiran dan pengalaman
orang lain untk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Proses membaca
melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses seperti
mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
15/23
dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea dan
membuat generalisasi dan penialain.
4.3.2.4. Jenis-jenis Bacaan
Mekanis
Mentalis
Intensif
Ekstensif
4.3.2.5. Peringkat membaca
Kesediaan membaca
Prabacaan
Mekanis
Membaca dan memaham
4.3.2.6. Penilaian Kemahiran Menulis
Dalam kemahiran menulis, pelajar harus berupaya menghasilkan pelbagai
penulisan dengan tepat dan jelas tentang perasaan, pengalaman diri, dan ilmu
pengetahuan yang ingin disampaikan.
4.3.2.7 Aspek yang ditekankan semasa menulis
Ayat gramatis
Tanda baca sesuai
Ejaan betul
Karya kreatif
Tulisan cantik dan jelas
4.3.2.8. Peringkat Menulis
Peringkat Pramenulis
Peringkat Mekanis
Peringkat Pelahiran
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
16/23
4.4. KONTRAK PEMBELAJARAN
4.4.1 PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi
hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu
akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri,
bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan
untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
4.4.2. KONSEP
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan
persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara
individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
Bentuk akhir tugasan dihasilkan
Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja) Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan
syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.
4.4.3. FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
17/23
mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan
dan penghasilannya
bukti menunjukkan objektif tercapai
bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing
mengikut minat dan keupayaan sendiri
Menghasilkan kerja yang terancang
Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya
4.4.4. BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya
ATAU
Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang
difikirkan sesuai ATAU
Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling
sesuai dengan persetujuan guru2. Hasil Pembelajaran
Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya
(sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk
keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan
proses pelaksanaan tugasan ATAU
Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan
kriteria yang ditentukan ATAU
Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
18/23
tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny
4.4..5. FORMAT / BENTUK KONTRAK
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan
dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya
dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi
terancang dan jelas.
PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara
penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak
dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh
pihak yang terlibat
4.5. PENILAIAN BAHASA BERASASKAN AKTIVITI BAHASA
4.5.1. SYARAHAN
- Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan(c) Isi
(d) Penutup
- Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
- Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.
- Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
- Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
19/23
4.5.1.1. Peringkat dan Langkah/Kemahiran
Persediaan Memahami tajuk dan kehendak soalan.
Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
Penulisan Menulis perenggan pendahuluan
Mengembangkan isi-isi secara tersusun
Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
Penyemakan Menyemak ejaan dan tanda baca
Menyemak tatabahasa
Menyemak jumlah perkataan
4.5.2. PANTUN
- Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
- Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik
mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
- Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
- Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud umpama dan ibarat
- Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.- Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
- Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
- Antara cirri-ciri pantun ialah :-
i) Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
ii)Bahasa bebas dari pantang larang
iii) Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
iv) Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham.
4.5.3. SAJAK
- Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi
tradisional seperti pantun dan syair.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
20/23
- Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
- Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
- Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
- Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna
dan irama.
4.5.4. CERAMAH
- Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang
yang pakar.
- Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik
disampaikan penceramah kepada penonton.
- Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
- antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya
4.5.5. FORUM
satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran
dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara
formal.
teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi
pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran
menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan
ulasan selanjutnya.
4.5.6. DEBAT
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
21/23
pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan
alasan yang logik dan idea yang tersusun. terdapat dua pihak yang akan mengutarakan
pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan
pihak kedua membangkang tajuk itu. huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan
kepada fakta. setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk
memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya. sesi pengulasan akan dibuat
daripada setiap ahli setelah selesai. masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan
ditetapkan.
4.5.7. PIDATO
huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang
diberikan. interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di
depan penonton. pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan
menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. hal ini
membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh
yang diberikan.
4.6 PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK
4.6.1. DEFINISI BROSUR
- Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang
sesuatu.
Rubrik Penilaian Brosur
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)
4.6.1.1. Kreativiti dan keaslian
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
22/23
4.6.1.2. Fungsi
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
4.6.1.3. Tatabahasa
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi
kesalahan.
4.6.1.4. Ilustrasi
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.
4.6.2. DEFINISI POWER POINT
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakansemua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui
kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid
pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan
seperti background format, drawing, colour, transitions dan animations, drawing
tools dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk
menjadi pengendali persembahan yang professional.
4.6.2.1. Matlamat
Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan
membanyakkan bahan p&p berasaskan ict.
7/29/2019 Nota Pentaksiran Bahasa Melayu
23/23
4.6.2.2. Objektif
Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.
4.6.2.3. Ciri-ciri
Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan
tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif
4.6.2.4. Aspek penilaian adalah sepertiberikut :
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.