-
TAJUK 1 : KONSEP BUDAYA Konsep Budaya
Kamus Dewan : Kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Cara hidup yang diamalkan
oleh
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan
nilai.
Dari sudut etimologi ; Perkataan budaya berasal dari akar
kata
yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu budi
dan daya.
budi bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin
manusia.
daya bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia
melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh
budinya.
Pandangan Inggeris ; Istilah culture berasal dari perkataan
Latin
colere yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau
menanam.
Orang Eropah memilih perkataan culture untuk menggambarkan
pemikiran mereka yang berhubungan dengan kehidupan mereka yang
sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada masa
tersebut.
Justeru, sesiapa menyebut cultivated person merujuk seseorang
yang mempunyai culture.
Pandangan Bahasa Arab ; Istilah kebudayaan ini sinonim
dengan
perkataan al-thaqafah.
Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami dan
kecerdikan.
Thomas J.Sullivan (1993) : Merujuk kepada tradisi, adat dan
perlakuan seseorang Lucy Mair : Milik bersama sesuatu masyarakat
yang mempunyai tradisi yang sama. Taib Osman (1988) : Kebudayaan
adalah cara hidup, cara mengatur hidup 1 kelompok manusia.
Kandungan (elemen) Budaya Material
Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara
penggunaannya.
Contoh ; keris : alat kebesaran bagi
raja/lambang kekuasaan/kedaulatan.
orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris
atau orang Eskimo
Budaya Bukan Material Kepercayaan, adat istiadat dan
undang-undang. Contoh ;
setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza
seperti dalam perkahwinan masyarakat Melayu iaitu pihak lelaki yang
memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat
India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan
kepada pihak lelaki.
dalam masyarakat Melayu juga ada adat pepatih & adat
temenggung.
Adat - peraturan yang sudah diamalkan secara turun-temurun dalam
masyarakat sehingga menjadi hukum & peraturan yang harus
dipatuhi. Istiadat: cara2 / peraturan untuk melakukan sesuatu yang
sudah menjadi kebiasaan/resam.
-
TAJUK 2 : KONSEP BUDAYA DEFINISI SECARA UMUM
Kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu
masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup,
meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya
Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang
menjadi kepunyaan bersama
Kebudayaan biasanya dikatakan sebagai benda-benda seperti
lukisan, kesusasteraan, muzik dan falsafah.
Kebudayaan bukan sahaja merupakan perkara yang seni dalam hidup,
tetapi juga apa sahaja yang terdapat di persekitaran manusia yang
dibuat oleh manusia.
DARI SUDUT ETIMOLOGI
Perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada
dua perkataan yang terpisah iaitu budi dan daya.
Kalimah budi bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam
batin manusia. Perkataan daya bertalian dengan upaya iaitu usaha,
keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang
digerakkan oleh budinya.
DARI PANDANGAN INGGERIS
Istilah culture berasal dari perkataan Latin colere yang
bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam.
Orang Eropah memilih perkataan culture untuk menggambarkan
pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalah
berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan
aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut. Justeru,
sesiapa menyebut cultivated person merujuk seseorang yang mempunyai
culture.
KESIMPULAN DEFINISI BUDAYA
Perkataan budaya dalam bahasa Melayu yang berasal dari budi dan
daya serta bahasa Arab al-thaqafah lebih menghampiri falsafah
kebudayaan yang berhubung-kait dengan penjelmaan akal manusia.
Begitu juga dalam penggunaan bahasa Inggerisnya, culture yang
merujuk kepada hubung-kaitnya dengan aktiviti
pertanian. Kemajuan dalam sektor pertanian pada zaman Renaisance
menjadi titik tolak penggunaan istilah culture.
Istilah kebudayaan merujuk dua proses utama, iaitu internal dan
eksternal.
Proses internal (dalaman) bersumberkan budi ataupun kecerdikan
akal yang menjana proses eksternal yang berasaskan daya ataupun
tenaga manusia sebagai momentum dalam mengatur urusan hidupan
harian bermasyarakat.
KANDUNGAN (ELEMEN)
BUDAYA MATERIAL
Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara
penggunaannya.
Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan
orang Inggeris atau orang Eskimo
BUDAYA BUKAN MATERIAL
kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang
berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan
masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran
kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran
(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak
lelaki
CIRI-CIRI BUDAYA Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi
berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang
diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.
Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini.
Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi
yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa
lampau
Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari
-
Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung
kepada beberapa faktor iaitu:
i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah,
institusi latihan dan sebagainya.
ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat
itu.
iii. Umur seseorang. iv. Tahap pendidikan v. Situasi sesuatu
peristiwa itu berlaku.
Perkongsian
Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu
diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.
Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat
menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia
kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak
termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud
dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan
individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
Kesejagatan
Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan.
budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor
pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua
budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial. iv. Bahasa v. kesenian. vi. sistem
pengetahuan. vii. agama dan kepercayaan.
Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami
perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan
proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan
rumah beratap rumbia.
Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti
perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun,
perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya. v. konflik yang berlaku. vi. perubahan
alam sekitar.
Perlambangan
Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang
memberikan makna tertentu kepada pendukungnya seperti bendera,
warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.
Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran
terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian
yang rapat dengan alam sekitarnya.
Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan
seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing),
ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan
sebagainya.
-
AKOMODASI
Sedar perbezaan budaya.
Pertahan budaya sendiri dan hidup dengan harmoni
A + B + C = A + B + C AKULTURASI
Minoriti menerima budaya majoriti,
tanpa ubah budaya asal.
Berlaku proses pinjaman tali leher, angpow, makanan, hiburan A +
B + C = Ai + Bi + Ci
ASIMILASI
Minoriti terima budaya dominan
Contoh : masyarakat Jawa,
masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya
A + B + C = A TAJUK 3 : KONSEP MASYARAKAT
DEFINISI MASYARAKAT Ralph Linton, 1936 :
Masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama
sehingga mereka dapat mengorientasikan dirinya dan berfikir
mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas
tertentu.
Harry L. Shapiro, Man, Culture and Society, 1960 :
Masyarakat ialah manusia yang hidup dalam suatu kelompok dan
bekerjasama antara satu dengan yang lain.
Masyarakat terdiri daripada lelaki, perempuan dan
kanak-kanak.
Masyarakat wujud dari satu generasi ke satu generasi di samping
mewariskan unsur-unsur tradisi.
Ciri-ciri masyarakat : 1. Masyarakat hidup dalam satu kelompok
dan
tinggal tetap dalam kumpulannya. 2. Masyarakat ialah komuniti
yang saling
bergantung dan memerlukan antara satu sama lain.
3. Anggota masyarakat mempunyai peranan yang tertentu.
4. Masyarakat mempunyai kebudayaan, dan kebudayaan tersebut
boleh terus berkembang.
5. Masyarakat mempunyai stratifikasi, iaitu kelas dan
status.
6. Masyarakat berinteraksi melalui bahasa. PERKEMBANGAN
MASYARAKAT :
i. Tahap savagery ii. Tahap barbarisme iii. Tahap tamadun.
TAHAP SAVAGERY : Tahap savagery rendah: Manusia hidup dengan
makan buah-buahan
dan kekacang tanpa mengenal api. Dalam zaman ini, mereka juga
meramu dengan mencari akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan liar.
o Tahap savagery pertengahan: Mereka menggunakan api dan
menjadikan ikan sebagai tambahan kepada menu mereka. Oleh itu,
mereka menambah tugas seharian dengan menangkap ikan.
o Tahap savagery atas :
Manusia mendapat busur dan panah untuk kegunaan berburu.
TAHAP BARBARISME : Tahap rendah: Periuk belanga telah
dibuat.
Tahap pertengahan: Ini diikuti dengan aktiviti penternakan
binatang di Benua Lama dan menanam jagung di Benua Baharu. Seni
bina batu juga wujud pada tahap barbarisme pertengahan ini dengan
menggunakan batu bata yang dikeringkan oleh cahaya matahari.
Tahap atas: Alat-alat daripada besi muncul semasa
tahap barbarisme tahap atas. TAHAP TAMADUN : Pada tahap tamadun,
abjad fonetik dan
penulisan mulai dikenal
-
TAJUK 4 MASYARAKAT MELAYU TAKRIF MELAYU : Menurut Perlembagaan
negara
Malaysia, Melayu ialah orang yang lazim berbahasa Melayu,
berkebudayaan Melayu, beragama Islam :
...seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa
Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan a) lahir sebelum Hari
Merdeka di
Persekutuan atau Singapura atau ibu bapanya lahir di Persekutuan
atau Singapura, atau pada hari Merdeka ia adalah berdominasi di
Persekutuan atau di Singapura atau
b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut. (Mohd Rashid Md
Idris, 2007:3)
TAKRIFAN MELAYU DARI SEGI SUKU BANGSA : Melayu mestilah daripada
keturunan suku
Melayu dari segi darah dagingnya, bertutur bahasa atau dialek
Melayu dan berkebudayaan serta beradat resam Melayu.
Suku Melayu jenis ini terdapat di
Semenanjung Malaysia, termasuk Thailand Selatan, Pantai Sarawak,
Brunei, Pantai Sabah, Pesisir Kalimantan, Indonesia dan
lain-lain.
TAKRIFAN MELAYU OLEH UNESCO : Melayu merupakan satu keluarga
bangsa
yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal
tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus,
berketinggian sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang
sangat besar.
Dari segi lahiriah: orang Melayu ialah
orang yang berkulit sawo matang, berbadan sederhana serta tegap
dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
Dari segi budaya: Melayu meliputi penduduk kawasan yang lebih
luas, iaitu gugusan pulau-pulau Melayu yang meliputi Malaysia,
Indonesia, Filipina
dan lain-lain.
(Syed Ali yang dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris)
Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Asmah Hj. Omar yang
dipetik oleh Siti Hajar Abdul Aziz (2008:5) Susur Galur Bahasa
Melayu
Melayu merujuk kepada bangsa
Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan
kawasan yang secara tradisional dikenali sebagai gugusan pulau
Melayu.
TAKRIF MELAYU - CATATAN ORANG CHINA Melayu merujuk sebuah
kerajaan Mo-lo-
yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645
Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara
China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
TAKRIF MELAYU - PERKATAAN JAWA Mlayu bermaksud berlari atau
mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu
(Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BANGSA MELAYU Asal-usul bangsa Melayu
sehingga kini
masih kabur. Beberapa pendapat :
a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan
(Teori Yunnan) b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara
(Teori Nusantara) c) Orang Minangkabau (Melayu) dari Asia
Tengah TEORI NUSANTARA
3 Gelombang Utama : Negrito Proto Deutro
i) Negrito Orang Neggrito merupakan penduduk
-
paling awal di Kepulauan Melayu Berasal daripada golongan
Austronesia di
Yunnan.
Mereka dikatakan berada di sini sejak 1000 SM berdasarkan
penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.
ciri-ciri fizikal : berkulit gelap, berambut kerinting, bermata
bundar,berhidung lebar, berbibir penuh, saiz badan yang pendek,
Keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak
dan Batak di Sumatera
ii) Proto Perpindahan gelombang kumpulan 2 Peradaban orang
melayu-proto ini lebih
maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-proto telah
pandai membuat
alat bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan alat
perhiasan
Berpindah randah zaman mereka ini dinamai Neolitik atau
Zaman Batu Baru.
iii) Deutro Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu
Deutro Perpindahan penduduk yang kedua dari
Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada
tahun 1500
Peradaban yang lebih maju daripada melayu proto.Melayu-Deutro
telah mengenal kebudayaan logam.
Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada
besi.
Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam,mereka hidup di tepi pantai
dan menyebar hampir di seluruh kepulauan melayu ini.
TEORI NUSANTARA Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa
mempunyai tamadun yang tinggi. Pada abab ke 19,Taraf ini hanya
dapat
dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.pekara ini
menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasa
dan berkembang di Nusantara.
Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di
pulau jawa.Penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan
adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada
manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan
tamadun bersendirian
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia) mempunyai perbezaan
yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah)
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu Dalam buku Sejarah Melayu
disebut bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang
mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang
merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke
alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di
Palembang (Singapura, Malaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung
Pura.
TEORI ASIA TENGGARA
Orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu
bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa
banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum
mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern, J.H.C
Kern, J.R Foster, J.R Logen,Slametmuljana dan juga Asmah Haji
Omar.secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini
: 1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak
Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu .perkara ini menunjukkan
adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu;
2. Adat resam bangsa Melayu mirip budaya Asia Tengah
-
TAJUK 5: KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG POLITIK) ISI KANDUNGAN:
1. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran 2. Institusi Sosial 3.
Sistem Kekeluargaan
1. SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN Malaysia mengamalkan
sistem Demokrasi
Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang
bertugas selama 5 tahun dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala
Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah
Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .
Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan
tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua
Menteri.
Sistem pemerintahan disesuaikan dengan agama Islam
Sultan dikatakan sebagai berasal dari keturunan pahlawan
Sultan dibantu dalam menjalankan pemerintahan oleh orang-orang
besar yang menjadi pegawai
Sultan juga diaanggap mempunyai kekuatan dan keajaiban
Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa
Konsep daulat memberi peluang kepada Sultan untuk meletakkan
dirinya berbeza dengan orang lain
Institusi raja merupakan institusi yang menjadi sanjungan
-
PEMBESAR PERINGKAT NEGERI/DAERAH
2. INSTIUSI SOSIAL KEBUDAYAAN MELAYU
Perkataan sosial dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat
luas meliputi segala aspek yang berrkaitan dengan masyarakat.
Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial,
stratifikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota
masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan.
Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya merupakan
struktur
masyarakat yang belum menerima pengaruh peradaban Barat.
Herarki Sosial Masyarakat Melayu Herarki merupakan susunan
sesebuah
masyarakat yang bakal membentuk pentadbiran.
Herarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau
kelompok dalam masyarakat.
Bagi masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial atau
herarkinya bersifat feudal.
Raja atau Sultan berkuasa dan menduduki tempat tertinggi dalam
sistem sosial masyarakat Melayu tradisional.
Herarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa
faktor iaitu keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan
kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya.
Dari aspek demografi pula, kedudukan masyarakat dapat
dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, reka bentuk rumah,
gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.
GOLONGAN YANG MEMERINTAH 3.1 Raja/Sultan/Yang Dipertuan
Pada zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah
yang berdaulat dan amat mulia.
Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan
tradisi.
PENTADBIRAN PERINGKAT
KAMPUNG
-
Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep Daulat dan
Derhaka.
Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh
akibat tulah yang mereka hadapi.
Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan
telah dibunuh kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal,
beliau bertindak atas dasar kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan
keadilan untuk menuntut bela kematian ayahnya.
Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama
iaitu politik, sosial dan ekonomi.
Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan yang
memerintah secara mutlak dan dibantu oleh pembesar yang bertindak
sebagai penasihat.
Selain itu, baginda juga berperanan sebagai pemimpin utama
angkatan tentera di mana baginda akan mengepalai angkatan tentera
bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan.
Di samping itu, baginda juga merupakan ketua Agama Islam dan
penggubal undang-undang.
Daripada aspek sosial pula, baginda bertindak sebagai penyelesai
masalah rakyat dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang
adil kepada rakyat.
Oleh sebab itu, Sultan menjadi tempat mengadu masalah dan
dijadikan simbol perpaduan.
Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula. Sultan berperanan penting
dalam mengawal kewangan kerajaan.
Maka dengan itu, Sultan telah meminta rakyat agar memberikan
hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan.
Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang telah
diperkenalkan.
3.2 Keluarga dan Kerabat Diraja
Kedudukan dan status kedua tertinggi selepas Sultan ialah
golongan anak raja dan kerabat diraja.
Mereka merupakan golongan yang mempunyai jurai keturunan Sultan
yang memerintah sesebuah kerajaan.
Mereka ini diberi gelaran sebagai Raja atau Tengku.
Anak raja sebenarnya tidak semestinya seorang putera kepada
Sultan yang sedang memerintah.
Anak raja atau putera puteri raja Sultan juga mempunyai
keistimewaan yang sama dengan Sultan.
Namun demikian, keistimewaan yang diberikan kepada anak raja
tidak melebihi keistimewaan Sultan sebagai ketua kerajaan.
Antara keistimewaan anak raja ialah mempunyai payung putih dan
menggunakan bahasa dalam.
Dalam kalangan golongan keluarga dan kerabat diraja ini,
terdapat beberapa orang yang mempunyai kedudukan yang lebih
istimewa hasil daripada hubungan yang rapat dengan Sultan.
Antaranya ialah hak keistimewaan dalam politik negeri.
3.3 Pembesar
Anggota masyarakat yang paling hampir dengan pihak bangsawan
ialah golongan pembesar.
Secara umumnya, masyarakat melayu tradisional menggunakan sistem
pembesar empat lipatan yang tediri daripada Bendahara, Penghulu
Bandahari, Temenggung dan Laksamana.
3.3.1 Bendahara
Bendahara merupakan ketua eksekutif seluruh mekanisme
pentadbiran melayu tradisional.
Jika Sultan mempunyai kuasa spiritual dan divine.
Bendahara pula mempunyai pemerintahan secara fizikal.
Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding pembesar yang lain
apabila beliau merupakan golongan ketiga selepas kedudukan
Sultan.
Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara mempunyai hak untuk memangku
tugas dan peranan Sultan, dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja
(Penghulu Bendahari) dan Seri Bija Diraja.
Beliau akan menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dam ketua
di balai sendiri kedudukan Bendahara dibuktikan melalui kedudukan
beliau semasa di balairung
-
istana di mana beliau duduk di sebelah kanan Sultan.
Selain itu, Bendahara juga turut dianugerahkan usungan untuk
berjalan-jalan. Keistimewaan Bendahara telah disentuh dalam Sejarah
Melayu yang menerangkan seperti berikut;
jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (Bendahara) duduk di
balai, jikalau anak-anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan
anak raja yang akan ganti kerajaan maka turuninya; dan jikalau
Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu akan dibentangi
permaidani; jikalau raja masuk maka Bendahara pulang, dan segala
orang besar-besar dan orang kaya-kaya pergi menghantar Bendahara
kembali ke rumahnya
Dalam jawatan Bendahara, tiada sistem yang tetap dalam
perlantikan jawatan ini.
Oleh sebab itu, Bendahara selalunya akan dilantik daripada
pembesar kanan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
Sultan.
Kebiasaannya, Bendahara adalah merupakan bapa saudara Sultan
sendiri.
3.3.2 Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari menduduki tempat kedua selepas Bendahara
dalam golongan pembesar dalam sistem sosial masyarakat Melayu
tradisional.
Penghulu Bendahari mempunyai peranan utama dalam memegang harta
benda dan hasil mahsul kerajaan.
Para pembesar yang berada di bawah bidang kuasanya ialah
bendahari-bendahari, pemegang hasil negeri, syahbandar-syahbandar
dan hamba-hamba raja.
Penghulu sebenarnya merupakan Menteri Kewangan dan beliau
menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti daripada
kawasan taklukan kerajaan.
Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh dititahkan untuk
menjadi ketua angkatan tentera perang untuk menyerang negeri asing
seperti Melaka menentang Kampar.
3.3.3 Temenggung
Pembesar yang ketiga ialah Temenggung.
Temenggung berperanan sebagai Ketua Keamanan Negeri.
Temenggung juga menjadi pengatur orang makan di balai
istana.
Menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua
Hakim, menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan
pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya.
Kecuaian yang dilakukan oleh Temenggung akan menjadikan sesebuah
negeri huru-hara.
Sebenarnya, tugas temenggung ada dibicarakan dalam Undang-undang
Melaka seperti berikut;
Adapun hukum yang diserahkan kepada Temenggung itu barang yang
dihukumkan di dalam negeri seperti tahafus-mentafahus dan seperti
tengkap-menangkap orang yang jahat di dalam negeri.
Selalunya, Temenggung dilantik daripada kalangan keluarga
pembesar-pembesar itu sendiri.
Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka adalah
anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara kepada Tun
Perak.
3.3.4 Laksamana
Jawatan terakhir dalam sistem empat lipatan dalam herarki zaman
tradisional Melayu ialah Laksamana.
Sebelum jawatan ini wujud, jawatan sebagai ketua angkaatan
tentera laut dipegang oleh Hulubalang Besar.
Jawatan ini merupakan monopoli orang melayu dari Bentan yang
bergelar Seri Bija Diraja.
Tokoh yang terkenal ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok) dan Tun
Ketuyup (yang dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah).
Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan oleh Sultan Mansor Syah,
jawatan ini mula dipegang oleh Laksaman Hang Tuah yang merupakan
golongan kebanyakan.
Pada awalnya, taraf Hulubalang dan Laksamana adalah sama tetapi
lama-kelamaan ianya berbeza.
Dalam acara pencercaan, Laksamana dan Temenggung ditugaskan
untuk mengawal keselamatan Bendahara.
-
Dalam hal ini dapat menunjukkan kedudukan kedua-dua pembesar ini
hampir sama.
Rakyat yang biadap menentang Bendahara akan dibunuh oleh
Temenggung atau Laksamana.
Tugas-tugas utama Laksamana ialah ketua organisasi angkatan
laut, pembawa utusan diraja dan pengawal peribadi Bendahara.
Bagi jawatan Laksamana, ia diganti mengikut lunas
kekeluargaan.
Contohnya, pengganti-pengganti kepada Laksaman Hang Tuah ialah
Laksamana Khawaja Hassan, iaitu menantunya, dan kemudian Hang Nadim
yang juga menantu beliau. Seperti Bendahara, Laksamana juga
dikurniakan usungan.
3.3.5 Syahbandar
Syahbandar juga merupakan pembesar yang terpenting pada zaman
Melayu tradisional walaupun tidak tergolong dalam pembesar empat
lipatan.
Syahbandar bererti pemerintah pelabuhan yang diambil daripada
perkataan Parsi.
Syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan wakil
saudagar-saudagar asing.
Syahbandar diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu
Bendahari.
Menurut Tome Pires, kehadiran empat orang Syahbandar di Melaka
menandakan kehadiran ramai pedagang daripada berbagai-bagai
kumpulan etnik.
Sebenarnya, jawatan Laksamana dan Syahbandar adalah kerana
keperluan semasa.
Hal ini kerana sumber ekonomi zaman tradisional Melayu pada
ketika itu bergantung kepada kegiatan laut, terutama perdagangan
dan perniagaan.
Oleh itu, Laksamana diperlukan untuk mengawal keselamatan
laut.
Manakala, kelancaran dan kepimpinan diperlukan di kawasan
pelabuhan untuk memudahkan urusniaga sehingga terciptanya jawatan
Syahbandar.
Keadaan ini sehinggakan menyifatkan Laksamana sebagai raja di
laut dan syahbandar sebagai raja di pelabuhan.
3.4 Ulama
Golongan yang dikatakan penting dalam masyarakat tradisional
Melayu ialah golongan ulama.
Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam yang pakar
dalam hal ehwal agama Islam.
Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem sosial masyarakat
Melayu, maka golongan ini telah diangkat darjatnya dalam susun
lapis masyarakat Melayu tradisional.
Biasanya, golongan ini terdiri daripada masyarakat yang
mempunyai keturunan Arab-Melayu.
Golongan ini digelar sebagai maulana, makhdum, kadi dan pendeta
tasawuf.
Lazimnya, mereka juga turut menggunakan gelaran kebesaran
seperti Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Imam Maharaja.
Golongan ini sebenarnya hanya mula memainkan peranan yang
penting dalam masyarakat Melayu selepas tersebarnya Islam ke
Nusantara.
Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam. Namun, apabila
Islam berkembang dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam
bidang tasawwuf, tafsir, dan hadis.
Selain itu, golongan ini juga telah dilantik oleh Sultan untuk
menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas menasihati Sultan
dalam bidang hukum syarak.
Oleh itu, golongan ulama ini dikatakan mempunyai hubungan yang
rapat dengan Sultan.
Seterusnya, pendeta pula merupakan golongan yang pakar dalam
bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan
salasilah raja.
Golongan ini mempunyai bilangan yang sedikit dalam masyarakat
Melayu. Namun begitu, mereka menjadi rujukan Sultan dan golongan
istana selain menjadi perawi Sultan.
GOLONGAN DIPERINTAH
3.5 Rakyat
Rakyat merupakan lapisan pertama dalam golongan yang diperintah
dalam sistem sosial masyarakat Melayu.
-
Rakyat merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat
Melayu.
Fungsi utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal, dan
tradisi ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan
pembesar.
Sebahagian besar daripada golongan rakyat adalah orang Melayu
dan selebihnya adalah orang asing dan Orang Laut yang terlibat
dalam kegiatan ekonomi sebagai pedagang, peniaga, pedagang-mubaligh
dan senteri yang menyebarkan agama Islam.
Rakyat kebiasaannya menjadi pengikut atau pengiring
pembesar-pembesar dan raja sebagai hulubalang.
Mereka juga terlibat secara langsung dalam apa jua jenis perang
yang melibatkan kerajaan.
Sejarah Melayu ada menyebut bahawa orang asing juga terlibat
dalam kumpulan ini seperti Khawaja Baba, Naina Isahak dan Sayyid
Ahmad.
Selain itu, rakyat biasa juga terdiri daripada golongan peniaga
dan saudagar.
Mereka ini mempunyai taraf ekonomi yang lebih rendah daripada
golongan buruh kasar dan tukang mahir.
3.6 Orang Asing
Selain daripada empat golongan yang terdapat dalam herarki
masyarakat tradisional Melayu, terdapat lagi sebuah golongan yang
turut terlibat dalam masyarakat sosial pada zaman tradisional
Melayu iaitu golongan orang asing.
orang asing turut dikenali sebagai orang dagang dan orang
perantau yang terdiri daripada dua jenis utama.
Pertama, golongan yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan
sosial seperti tentera upahan yang kebanyakannya daripada Jawa dan
Pasai selain sebagai mubaligh.
Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek ekonomi seperti peniaga
kecil-kecilan sehingga menjadi pemborong dan peniaga besar.
Golongan yang terlibat dalam kerja mahir juga dipelopori oleh
golongan asing seperti dalam perlombongan bijih yang didominasi
oleh golongan Cina.
Secara umumnya, orang asing ini dikategorikan kepada dua
kumpulan.
Pertama mereka yang menetap terus di Tanah Melayu.
Manakala, golongan kedua adalah mereka yang menjadi pengunjung
sekali-sekala untuk tujuan perdagangan dan perniagaan.
Antara golongan orang asing pada zaman tradisional Melayu ialah
orang Cina, Keling (Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab, Ghori,
Parsi dan Siam.
3.7 Hamba
Institusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional Melayu
dikaitkan dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan
wujudnya sistem kasta dalam kepercayaan Hindu.
Sebenarnya, institusi perhambaan ini wujud akibat daripada
dorongan keperluan dan kepentingan sosial serta ekonomi masyarakat
melayu.
Hamba berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan
menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam masyarakat.
Hamba dikatakan mampu meningkatkan taraf hidup pemiliknya kerana
semakin ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang, semakin tinggi
taraf hidup dan kukuh ekonominya.
Contoh yang paling ketara ialah Tun Mutahir yang mempunyai
ratusan hamba dan dianggap sebagai orang terkaya pada ketika
itu.
Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa
hamba berhutang dan hamba raja.
3.7.1 Hamba Raja
Pertama sekali adalah golongan hamba raja.
Mereka terdiri daripada orang yang merdeka yang telah melakukan
kesalahan jenayah, kemudian tertangkap lalu mendapat keampunan
daripada sultan, dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun.
dengan cara ini mereka kan terlepas daripada menerima hukuman
atas kesalahan yang mereka lakukan.
Selain itu, golongan ini juga terdiri daripada tawanan perang
atau banduan.
-
Haamba raja juga dikenali sebagai biduanda yang melakukan hampir
kesemua jenis pekerjaan.
Hamba raja ini mendapat perlindungan daripada pihak
pemerintah.
Golongan hamba raja ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
berbanding dua kelompok hamba yang lain sehingga sesiapa yang
membunuh hamba raja akan mendapat hukuman yang berat seperti yang
dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka sebagai:
Adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si pencuri) itu
dirampas. Jikalau nakhoda sekalipun demikian juga hukumannya.[14]
3.7.2 Hamba Biasa
Hamba biasa terdiri daripada tiga kelompok kecil iaitu abdi,
dengan dan hamba.
Hamba daripada golongan ini biasa diperoleh melalui pembelian
dan pertukaran tuan.
Golongan ini menjadi hamba seumur hidup secara
turun-temurun.
Hamba abdi terbahagi pula kepada beberapa jenis.
Hamba abdi yang pertama ialah hamba tawanan yang menjadi hamba
apabila tertawan dalam sesebuah peperangan.
Kedua ialah hamba diranggah iaitu hamba yang bukan daripada
orang Islam yang ditawan seperti Batak dan orang asli atau penduduk
Islam lain di rantau ini yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba
abdi termasuk mereka yang ditawan oleh lanun dan menjadi hamba.
Hamba abdi yang ketiga ialah kamba habsyi iaitu hamba yang
diimport dari Afrika.
Kebanyakan mereka merupakan orang kulit hitam yang dibeli oleh
orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah.
Terdapat juga hamba afrika yang dibawa oleh penjajah Eropah.
Selain itu, dalam hamba abdi juga terdapat hamba hulur.
Hamba hulur merupakan mereka yang melakukan kesalahan jenayah
dan mereka yang menyerah diri kepada pemerintah kerana tidak mampu
untuk membayar semula hutang darah atau denda.
Manakala, hamba serah pula mereka yang menghadapi kesukaran
hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang
sanggup memberikan makanan atau nafkah hidup.
Akhir sekali ialah hamba keluarga atau anak hamba yang merupakan
anak dan isteri kepada hamba abdi.
3.7.3 Hamba Berhutang
Hamba yang kedua iaitu hamba berhutang merupakan golongan yang
tidak dapat membayar hutang kepada si pemiutang.
Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan golongan
orang yang merdeka.
Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka mereka terpaksa
menjadi hamba berhutang untuk melunaskan hutan-hutang mereka.
Lebih memeritkan lagi apabila bukan sahaja mereka yang menjadi
hamba, tetapi turut dialami oleh anak-anak dan isteri sebagai hamba
tebusan.
Tempoh perkhidmatan hamba berhutang adalah sehingga hutang
tersebut telah selesai dibayar seperti yang telah dijanjikan.
Hamba berhutang melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah
bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja domestik dan lain-lain.
Hamba berhutang sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian yang
kecil.
Pertama ialah orang berhutang. Orang berhutang merupakan orang
yang terikat dengan hutang dan akan dibebaskan selepas menjelaskan
hutang tersebut.
Kedua ialah anak emas yang merupakan orang yang menjadi hamba
melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba
wanita dan terikat kepada tuannya.
Seterusnya merupakan hamba waris yang merupakan isteri dan
anak-anak hamkba orang berhutang.
Akhir sekali ialah hamba bayar yang merupakan abdi yang
diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk tujuan membayar
hutang tuannya kepada pemiutang.
Sesuatu yang menarik dalam golongan hamba ialah mereka
dilindungi oleh Hukum
-
Kanun Melaka yang menyebut bahawa hamba terlindung daripada
kezaliman.
Hamba bebas untuk bergerak seperti mengambil upah daripada orang
lain.
Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri atau diberikan kepada
tuan mereka.
Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan secara panjang lebar
dalam Hukum Kanun Melaka.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat Melayu
tradisional merupakan sistem sosial yang kukuh dan teratur.
Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan masih mempunyai pengaruh
sehingga hari ini.
Sistem sosial pada zaman tradisional mempengaruhi sistem
pemerintahan kita pada hari ini.
Contohnya, sistem pemerintahan Malaysia yang bersifat Raja
Berpelembagaan yang mempunyai kaitan dengan konsep Daulat dan
Derhaka pada zaman tradisional dahulu, Islam sebagai agama rasmi,
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan unsur-unsur tradisional
masih diamalkan sehingga hari ini.
Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai
pengaruh asing yang mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat
Melayu tradisional.
Antaranya ialah pengaruh agama Hindu-Buddha dan agama Islam.
Elemen-elemen seperti ini telah menyerap masuk dalam budaya
masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal dalam sosial
masyarakat Melayu sehingga hari ini.
3. SISTEM KEKELUARGAAN
Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai
ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam
perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal,
monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga
mempunyai beberapa variasi.
.
DWISISI (bilateral)
NASAB IBU (matrilineal) Bentuk-bentuk perkahwinan masyarakat
Melayu:
1. Monogami 2. Poligami 3. Endogami 4. Eksogami 5. Perkahwinan
campur
1. Monogami: Perkahwinan diantara seorang
lelaki dan seorang perempuan (satu laki satu permpuan)
2. Poligami: Perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang
wanita pada satu-satu masa
3. Endogami: Perkahwinan sesama suku (kalngan sanak saudara)
4. Eksogami: Perbuatan mengahwini seseorang daripada suku kaum
lain
5. Heterogami : antra kelas sosial yg berbeza (bangsawan dgn
petani)
6. Homogami : kelas sosial yg sama 7. Perkahwinan campur: Antara
kaum,
melibatakan kewarganegaraan, berlainan agama.
TAJUK 6 KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL) KESENIAN: Kesenian
merupakan perihal seni, yang berkaitan dengan seni, berasaskan seni
(Kamus dewan edisi keempat, 2010). Kesenian Melayu menjadi identiti
masyarakat Melayu.
1. Seni Persembahan 2. Seni Tampak 3. Seni Muzik
SENI PERSEMBAHAN
1) SENI GERAK
i. TARI
Bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu
perkahwinan,
-
pertabalan dan sebagainya. Contoh : tarian siti payung, tarian
mak inang, tarian asyik, tarian gamelan .
Wujudnya pengaruh Arab dan Parsi. Contoh : tarian rodat, tarian
hadrat.
Tarian rakyat. Contoh : dondang sayang, ronggeng, joget.
Khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja. Contoh : tarian kuda
kepang, tarian labi-labi,
tarian berdayung. ii. SENI DRAMA/PERSEMBAHAN PENTAS
Merupakan karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang
mewarisinya sebagai hasil yang diwarisi secara turun-temurun dari
generasi yang lampau.
Seni drama : a) Drama tari/Taridra. (Menora, Mak
Yong, Mek Mulong, Gamelan). b) Patung. (wayang kulit, wayang
gedek). c) Opera. (Bangsawan, Mendu, Memanda
(teater orang Banjar), Kemidi Rudat (teater orang Sasak/Lombok),
Lenong (teater orang Betawi)).
d) Sketsa. (Boria, Jikey).
2) SENI SUARA
Cerita - penglipur lara, selampit, awang batil
dan sebagainya.
Bersajak - nazam, syair, gurindam, pantun
dan sebagainya.
Berlagu - dondang, mengaji al-Quran,
nasyid, berzanji, marhaban dan sebagainya.
Bernyanyi - lagu-lagu ghazal, dikir barat,
lagu kanak-kanak dan sebagainya.
3) PERMAINAN RAKYAT/BELA DIRI Permainan rakyat-
Main wau
Congkak
Selambut
Gelek para
Galah panjang
Sepak raga
Sabung ayam - silat bela diri silat gayung / silat cekak - silat
hiburan silat tari, silat pulut
1) SENI UKIR
Mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang
dicipta melalui kepandaian mengukir.
Ciri-ciri ukiran dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran
terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus
2) SENI BATIK
Dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup
kain.
Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain
batik itu direbus dan dikeringkan.
Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang
dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan.
Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan
yang berperingkatperingkat.
Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu
dijemur hingga kering.
3) TEKATAN
Dikenali juga dengan nama suji.
Menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya
mengambarkan reka bentuk bunga dan pohonpohon.
Digunakan untuk membuat kasut, kipas, muka bantal dan balutan
tepak sirih.
Dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan
pada upacara perkahwinan, upacara berkhatan, pertabalan raja.
4) SENI ANYAMAN
Proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan
beberapa jenis tumbuhan yang lain.
Mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan
topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat
duduk.
-
5) SENI TEMBIKAR
Menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.
Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu
seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan makanan seperti
jeruk, pekasam dan lain-lain.
Perusahaan membuat tembikar secara tradisioanl ini masih
dilakukan oleh orang Melayu khususnya di Sayung, Kuala Kangsar,
Perak.
6) SENI KRAFTANGAN
Hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan
menarik hati.
Memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan
asas yang teratur.
Memerlukan daya estetika. 7) SENI BINA
Lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan
orang Melayu.
Memperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah
lain di alam Melayu atau dari luar alam melayu.
Contoh : rumah-rumah orang Melayu di negeri Sembilan adalah
bercorak seni bina rumah Minangkabau.
8) SENI TEMBAGA
Tujuan : mencipta alat-alat daripada tembaga yang cantik dan
indah bentuknya.
Digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya di istana
raja-raja Melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara
perkahwinan atau upacara diraja yang lain.
Digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan di rumah
seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas
perenjis air mawar.
9) SENI TENUNAN
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa, tenunan ikat
celup dan songket.
Tenunan songket tenunan yang paling lengkap dan cantik.
merupakan satu perkembangan daripada
proses tenunan biasa. Tenunan ikat berkembang di istana
rajaraja. penciptaannya lebih rumit terutama dalam
proses menyongket solek atau menyolek.
dikenali juga : kain benang emas SENI VOKAL
Lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada
pendengar.
Berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat
seni
vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan
muzik.
Muzik Tradisi Warisan Istana
Tradisi tinggi (great tradition) Golongan bangsawan yang
merupakan
golongan kelas pemerintah. Muzik nobat menjadi satu pasukan
muzik
istana sejak abad ke-15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam
upacara
pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap.
-
Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di
Malaysia ialah gamelan.
Gamelan yang terkenal di TM berasal dari kerajaan Riau-Lingga
dan Johor.
Alat-alat muzik dalam gamelan termasuklah saron, bonang,
kerompong, gendang dan gong.
Muzik Tradisi Rakyat Tradisi rendah (little tradition) Terdiri
daripada kaum petani dan nelayan. Lahir daripada minat anggota
masyarakat. Sebahagian daripada mereka mewarisi
keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya.
Diperbuat daripada bahan-bahan di sekeliling seperti buluh,
kayu, kulit binatang.
Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman
seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulud dan
lain-lain.
Muzik Tradisi Melayu Lain Seperti muzik makyong dan gendang
keling
diwarisi dari zaman praislam. Gendang keling dan Mek Mulung di
Kedah
dan Perlis menggunakan alat muzik seperti gong, rebab, gendang
dan serunai.
Muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik
Melayu tradisional dari zaman silam.
Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan
mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat
pribumi.
Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi, dibawa melalui
India sebelum berkembang di alam Melayu.
Muzik Melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng
atau joget yang mempunyai hubungan dengan dondang sayang yang
berkembang di Melaka dan canggung di Perlis.
Tarian kuda kepang pula mengandungi alat-alat muzik paluan yang
dibunyikan mengikut rentak kuda berlari.
Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan
masyarakat Melayu keturunan Jawa.
TAJUK 7 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL) Agama Islam, Adat
dan Kepercayaan, Bahasa Agama Islam
Islam adalah agama rasmi di Malaysia
Orang melayu hampir keseluruhannya beragama Islam
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang penting bagi orang
Islam di Malaysia.
Adat Melayu 1) Istiadat berinai Istiadat berinai terdiri
daripada tiga peringkat:
1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari
yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal
pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Kaedah
yang dihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi.
2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas
hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi.
3. Berinai besar.
2) Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di
bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat
dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita
yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam
lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan
untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita
hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.
3) Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti
menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita
tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit
sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat
puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang
berpantang selama seratus hari.
-
4) Cukur Rambut/ Potong Jambul Adat ini dilakukan pada hari
ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul.
Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari
tersebut.
5) Bersunat / Berkhatan Adat bersunat bagi bayi perempuan
lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari
selepas dilahirkan.Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan
akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur
setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi
kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga
dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12
tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam
ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia
baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan
tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga
yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.
6) Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini
dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh
seorang lelaki itu. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga,
adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan
agamanya.
7) Bertunang Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan
akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga
dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari
tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan
tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada
tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk
cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan,
kuih-muih, pakaian dan lain-lain.
Kepercayaan 1. Anak dara dilarang berdandan malam
dan melihat wajah pada cermin. Dikhuatiri wajah yang selalu
dibelek pada malam hari, tiada seri dipandang orang. jauh dilihat
manis, didekati tidak secantik mana. Larangan ini ada rasionalnya,
anak dara tidak beralasan berhias malam.
2. Anak dara dilarang tidur di tiang seri rumah atau muka pintu.
Kononnya hal ini menyebabkan penyakit berat menimpa. Ada pula
beranggapan pinangan orang tergendala.
3. Kepala ikan dilarang makan terutama bagi kanak-kanak.
Dikhuatiri sukar mengingat pelajaran atau lambat khatam
Al-Quran.
Contoh-contoh Pantang-Larang
Tidak boleh bermain sembunyi pada waktu malam
Tidak boleh sikat rambut pada waktu tengah malam
Tidak boleh membuka payung di dalam rumah
Tidak boleh berangan pada waktu maghrib
Tidak boleh tidur pada waktu maghrib
Dilarang mempercayai dengan tok bomoh
Dilarang menyembah berhala
Dilarang bergantung di telefon pada waktu maghrib
Dilarang keluar pada waktu malam
Dilarang membuang air kecil di pokok Bahasa
Bahasa Melayu sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga
bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia,
Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei
dan Singapura.
Di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa
Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa
Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan
Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika
Selatan.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek
mempunyai
-
perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata.
Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna
perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya,
kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Dialek Johor Dialek ini digunakan di hampir semua bekas
jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau
kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di
Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran a yang dibunyikan
sebagai . Seperti contoh:
1. Saya - Say 2. Apa Ap 3. Berapa Berap
Bagaimanapun akhiran a untuk kata-kata yang diadotasi dari
perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal:
1. Anda Anda 2. Merdeka Merdeka Dialek Perak Contoh:
1. Saya - Say - Say - Saye 2. Apa - Ap - Ap - Ape 3. Berapa -
Berap - Berap - Berape
Dialek Kelantan
1. Kawan - Kawe 2. Bulan - Bule 3. Terang - Teghe 4. Tenang -
Tene 5. Bukan - Buke 6. Tangan - Tange
Dialek Terengganu Ejaan Standard & dialek Terengganu
1. Makan= Makang 2. Ikan= Ikang 3. Bukan =Bukang 4. Badan
=Badang 5. Pun =Pung 6. Zapin =Zaping 7. Kemaman (nama daerah)
=Kemamang 8. Jalan =Jalang 9. Hujan =Hujang
Dialek Sarawak Ejaan Standard & dialek Sarawak
1. Saya - Kamek
2. Awak/kamu - Kitak 3. Dia - Nya 4. Tidak - Sik 5. Jangan -
Sikboh 6. Ini - Itok 7. Sini - Sitok
Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga
sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan
Inggeris-Eropah.
Nilai Dan Falsafah
Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam.
-
Kebudayaan Melayu banyak dipengaruhi oleh Islam dan akhirnya
membawa banyak persamaan dengan islam.
Kebudayaan sering kali dikaitkan dengan Islam.
contohnya : Nilai berbudi Kasih sayang Patuh kepada agama
TAJUK 8 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL)
- Perubatan - Pakaian - Permainan
PERUBATAN Perubatan Melayu yang diamalkan oleh
para bomoh dan Tok Dukun sejak beberapa abad dahulu.
Perubatan ini yang banyak menggunakan bahan-bahan yang berasal
daripada tumbuh-tumbuhan dan herba telah diterima dengan penuh
minat oleh masyarakat Melayu di Malaysia kerana ia merupakan kaedah
yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan
manusia.
Perubatan Melayu adalah sistem penjagaan kesihatan dan perubatan
yang diwarisi dari masa lampau.
Pengamal perubatan tradisional Melayu banyak bergantung kepada
pengetahuan dan ingatan yang diwarisi daripada guru mereka secara
turun-temurun.
Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang
terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan
tegahan.
Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan daripada segi
jenis, kuantiti, dan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia
bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang
serangan penyakit dan keuzuran.
Amalan tegahan pula bertujuan untuk menghalang pesakit daripada
memakan makanan tertentu sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai
pantang larang. Ia bertujuan untuk memeliharakan kesihatan manusia
dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan
penyembuhan penyakit. PRINSIP AMALAN PERBOMOHAN Amalan perbomohan
yang menurut
perspektif Islam mestilah berdasarkan sumber-sumber yang pasti,
sama ada dari al-Quran atau dari Sunnah, serta sumber-sumber
perundangan yang diiktiraf oleh Islam.
Sekiranya terdapat percanggahan dengan prinsip akidah Islam,
maka amalan tersebut perlu disingkirkan.
Penggunaan ayat-ayat roh, penunggu, atau makhluk lain, dengan
tujuan untuk bersahabat atau meminta bantuan daripada mereka, tidak
dibenarkan dalam amalan perubatan Melayu.
Justeru, bantuan dan harapan hanyalah bersandarkan kepada Allah,
di samping usaha-usaha yang dilakukan.
PAKAIAN Pakaian tradisional kaum Melayu iaitu bagi
lelaki dan perempuan. Pakaian tradisional dipakai semasa
perayaaan, majlis-majlis rasmi, perkahwinan.
Pakaian kaum wanita = baju kurung, selendang
Pakaian kaum lelaki = baju Melayu, samping, songkok
PERMAINAN Permainan ini yang dikenali juga sebagai
pemainan masa lapang atau sukan rakyat.
-
Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada
permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.
Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak
raga, gasing, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan
lain-lain.
Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk,
guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau
sembunyi dan lain-lain.
TAJUK 9 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG EKONOMI)
PENGENALAN 1. Masyarakat Melayu merupakan salah
sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara
ini.
2. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi
terutamanya di bumi Malaysia.
3. Kewujudakn masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum
terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500
tahun yang laluu.
4. Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah
menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-pedagang dari luar
Negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain
lagi.
5. Aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem
barter atau bertukar barang.
6. Kemudian wujudnya sistem mata wang. 7. Secara tidak langsung
telah menggalakkan
kedatangan pedagang daripada luar negara dan berlaku penyerapan
asimilasi dalam budaya Melayu.
PEKERJAAN 1. Bagi orang Melayu yang tinggal di desa,
kebanyakkan menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap
ikan.
2. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa
sawit dan kelapa.
3. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakkannya bekerja
dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan dan
lain-lain.
4. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam
bidang perniagaan dan menjadi ahli perniagaan.
PENGURUSAN HARTA
a) Adat Perpatih 1. Kesemua harta pusaka adat adalah hak
kepada suku dan bukan hak individu. 2. Berdasarkan konsep ini
kita dapati
bahawa Adat Perpatih telah menafikan hak milik individu terhadap
harta pusaka adat.
3. Harta yang tidak dikategorikan sebagai harta pusaka adat pula
seperti kereta, cincin, wang, saham dan lain-lain boleh dibahagikan
kepada waris-waris si mati tanpa mendapat persetujuan daripada
Lembaga.
4. Adat Perpatih telah mengiktiranya sebagai hak milik individu
kerana ia hasil daripada usahanya sendiri.
5. Hak milik harta pusaka adat yang diberikan kepada masyarakat
adat itu adalah hak milik yang terhad.
6. Sehinggakan dalam pembahagian atau pemindahan hak milik,
seseorang itu terpaksa mendapatkan persetujuan waris dan
Lembaga.
7. Dalam pemindahan hak milik melalui penjualan, waris dan
Lembaga berhak menahan penjualan tersebuut. Adat melarang harta
pusaka adat dijual kepada anggota suku lain.
8. Adat hanya membenarkan pemindahan hak milik berlaku dalam
lingkungan suku itu sahaja.
b) Adat Temenggung
1. Mengikut sistem ini, lelaki berhak mewarisi harta yang lebih
banyak daripada wanita.
2. Jurai sebelah bapa lebih diutamakan. 3. Jika berlaku
perceraian, pembahagian
harta antara suami dan isteri akan dilaksanakan mengikut hukum
syarak.
4. Harta yang didapati semasa perkahwinan dikenali sebagai harta
sepencarian yang kebiasaannya berkaitan dengan tanah. Harta
sepencarian bagi isteri yang diceraikan akan dibahagikan secara
sama rata.
5. Jika isteri yang dicerai tidak bekerja, maka ia berhak
mendapat satu pertiga bahagian sahaja.
6. Jika penceraian itu atas permintaan suami, maka si suami
mestilah menyediakan nafkah selama tiga bulan dan harta sepencarian
haruslah dibahagi.
-
7. Sebaliknya jika penceraian disebabkan oleh perangai buuk
isteri, maka si isteri hanya kehilangan tempat tinggal dan
undang-undang menetapkan bahawa si suami harus membayar sejumlah
tertentu emas.
8. Jika penceraian antara suami dan isteri disebabkan isteri
meminta cerai kerana tiga kali mendapati perangai buruk suami dan
telah mendapatkan cerai, isteri tersebut harus menebus dirinya
dengan memulangkan tempat tinggal, sementara harta yang berpindah
milik terserah kepada suami.
TAJUK 10 PENGARUH LUAR DALAM KEBUDAYAAN MELAYU FAHAMAN ASAL
MASYARAKAT MELAYU Asalnya Animisme (percaya akan kuasa
ghaib) Pelbagai nama diberikan kepada kuasa luar
biasa, antaranya penunggu, hantu, jembalang, dan sebagainya.
Percaya bahawa tempat-tempat tertentu seperti di dalam hutan, di
tengah laut, di gunung, terdapat penunggu yang perlu dihormati
Punca sesuatu penyakit disebabkan tersampuk, saka, terkena
buatan orang dan sebagainya.
Penggunaan tangkal, mantera dan tindakan melalui upacara
tertentu, menyemah dan sebagainya.
Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku ketika mengunjungi
tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, seperti hutan,
Mereka menggunakan ungkapan tertentu contohnya, Tabik Tok Nenek,
cucu nak lalu bagi memujuk penunggu di hutan tersebut agar tidak
mengapa-apakan mereka.
PENGARUH HINDU Pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu
yang dibawa oleh pedagang. Kepercayaan Hindu jadi cara hidup
masyarakat. Penyerapan amalan Hindu majlis
perkahwinan Contoh : menepung tawar bersiram di pancapersada
bersanding
Upacara melenggang perut Untuk tahu jantina anak Buah kelapa
akan diletakkan di atas
perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh.
Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan anak
lelaki
sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.
Banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh Hindu diserapkan
dalam bahasa Melayu.
Hal ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih luas.
Hindu juga membawa sastera lisan mereka.
Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan yang popular dan
berkembang khususnya dalam kalangan istana.
Pengaruh Hindu juga terdapat dalam kesenian Melayu.
Motif-motif yang berlambangkan haiwan seperti gajah, ular dan
sebagainya terdapat dalam seni ukiran yang menghiasi rumah dan
barang-barang perhiasan. Muzik tradisional Hindu turut masuk
dalam masyarakat Melayu khususnya di istana.
PENGARUH ISLAM Wujud setelah berakhirnya pengaruh Hindu.
Berkembang dengan kedatangan mubaligh
ke rantau ini. Amalan yang bercanggah dengan ajaran
Islam digugurkan walaupun tidak sepenuhnya.
Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu daripada amalan yang
dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu.
Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu.
Agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan
unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran mereka.
Budaya Arab yang merupakan sebahagian daripada agama Islam telah
dipelajari oleh orang Melayu
menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam cara hidup orang
Melayu.
Contoh : Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan Brunei
dianggap sebagai negara Islam dengan mengambil sempena
-
nama-nama syurga (Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul Takzim dan
lain-lain).
Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah
bahasa.
Contoh : Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa Melayu.
Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti fardu, solat, azan dan
sebagainya.
Pengaruh dalam bentuk tulisan Tulisan tersebut dinamakan tulisan
jawi
oleh orang Melayu. Ahli-ahli bahasa telah mengubah suai
huruf Arab tersebut dengan menambahkan titik diakritis pada
huruf yang sedia ada supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang
tiada dalam tulisan Arab seperti huruf p dan g.
Ekoran hal tersebut, kitab Islam tersebar luas menggunakan
tulisan jawi dan ini dapat difahami oleh kebanyakan orang.
Pengaruh Islam dalam seni bina Reka bentuk ukirannya
berbentuk
geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak
dibenarkan oleh Islam.
Reka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan
barang-barang perhiasan. NAMUN!!!!
Terdapat sebahagian masyarakat yang mencampuradukkan ajaran
Islam dengan Hindu dan animisme.
Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera dan pemujaan terhadap
makhluk halus.
Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit, makyung,
kuda kepang dan beberapa kesenian lain.
PENGARUH BARAT Kedatangan Barat berlaku selepas
kedatangan Islam kerana penjajahan. Nilai barat menular dalam
masyarakat yang
kadangkala bertentangan dengan ajaran Islam.
Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama merupakan
pengaruh yang negatif.
Terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat misalnya
teknologi moden dalam
bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat
mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu.
Bahasa - banyak kosa kata yang terserap yang dapat mengungkapkan
pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus globalisasi
Peluang pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat Melayu,
khususnya golongan bangsawan yang kemudiannya dibuka kepada orang
awam.
Ini mempengaruhi budaya fikir orang Melayu. Di sekolah,
anak-anak orang Melayu didedahkan kepada kaedah, idea dan kosmologi
sains.
Alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu semakin lama
semakin terpencil terutamanya dalam kalangan mereka yang telah
dididik dengan alam sekular sains.
Sebab-musabab saintifik menggantikan konsep magis. Ubat-ubatan
kimia menggantikan jampi serapah.
PENGARUH LAIN Orang Cina
datang ke Tanah Melayu pada zaman pemerintah Inggeris.
bekerja di lombong-lombong bijih di samping menjalankan
perniagaan.
kosa kata bahasa Cina meresap dalam bahasa Melayu.
mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina walaupun
sesetengahnya mengalami perubahan makna.
Contoh kosa kata yang terserap dalam bahasa Melayu ialah
tanglung, teko, beca, amoi, apek, singse, suun, lobak, tocang,
amah, angpau, capcai, pau, dan taugeh
Dari segi masakan makanan cina turut meresap dalam
budaya masyarakat Melayu.
Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, dan
bebola ikan, ayam atau daging merupakan pengaruh daripada budaya
Cina yang kini menjadi sebahagian daripada makanan popular
masyarakat Melayu.
-
Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak atau orang
muda pada hari raya dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka.
Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah dengan ajaran
Islam.
TAJUK 11 : KEBUDAYAAN MELAYU DALAM BAHAN SASTERA
Puisi Tradisional
Merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap
atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding
dengan pengucapan biasa serta bahasa.
Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang
berkembang dalam kesenian rakyat.
Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya
ialah pantun, syair, gurindam dan seloka.
a. Pantun - Karya yang berangkap tetap, iaitu bilangan
baris dalam setiap rangkap sudah ditetapkan, sama ada dua,
empat, enam, lapan, sepuluh, dua belah atau empat belas baris dalam
serangkap.
- Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai
pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap
dikenali sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterusnya.
- Terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang dan maksud.
b. Syair
- Karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat
baris.
- Setiap baris merupakan maksud kerana syair tidak mempunyai
pembayang
seperti pantun. - Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri
sendiri kerana saling berkait dengan rangkap-rangkap lain.
- Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan sesuatu maksud secara
kesatuan.
- Setiap baris dalam syair biasanya mengandungi empat patah kata
yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku kata.
- Rima akhir syair ialah aaaa.
- Syair selalu membawa isi yang berkaitan dengan kias ibarat,
sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan cerita yang berunsur
sejarah atau dongeng.
c. Gurindam
- Karangan berangkap yang terdiri daripada dua baris
serangkap.
- Terdapat gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah kata pada
setiap rangkap dan rima akhirnya.
- Rima akhir gurindam ialah aa. - Baris pertama dalam
gurindam
mengandungi soalan, syarat atau perjanjian, sementara baris
kedua pula merupakan jawapan, akibat atau kesimpulannya.
- Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran atau kebenaran yang
disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas.
d. Seloka
- Seloka dirumuskan sebagai gurau senda yang mengungkapkan
sindiran yang ditulis dalam bahasa puisi.
- Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada empat
baris.
- Terdapat seloka yang berbentuk bebas yang mengandungi kurang
atau lebih daripada empat baris serangkap.
- Jumlah kata pada setiap baris tidak tetap dan rima hujungnya
bebas.
- Isi seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang
disampaikan dalam nada mengejek atau menyindir.
e. Teromba
- Teromba dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo, dan
salasilah.
- Teromba mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan
peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum hidup bermasyarakat.
- Dari segi bentuk, teromba berbentuk bebas. Jumlah baris dalam
setiap rangkapnya tidak tetap, manakala rima akhir setiap baris
pula tidak sama.
f. Di dalam sebuah teromba disisipkan dengan beberapa jenis
puisi tradisional lain, seperti pantun, gurindam, dan
peribahasa.
g. Talibun - Talibun menurut Kamus Dewan (2005)
ialah sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam
baris, atau dua puluh baris yang bersajak di hujungnya.
-
- Talibun mengungkap persoalan yang berbagai. Lazimnya, isi
talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek seperti senjata,
pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam,
perasaan dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur
lara.
h. Mantera - Mantera tergolong dalam kelompok puisi,
kerana pengucapan dalam bentuk mantera menggunakan kata-kata
yang tersusun dalam bentuk rangkap, mempunyai makna yang tersirat,
bahasa yang padat puitis.
- Mantera digolongkan puisi Melayu tradisional berbentuk bebas,
kerana tidak terikat kepada jumlah baris yang sama dalam satu-satu
rangkap, manakala rima askihrnya pula tidak tetap
- Pawang atau bomoh adalah ahli-ahli penting yang menguasai dan
mengamalkan mantera. Mereka membaca mantera dengan nada, irama, dan
tekanan suara yang tertentu sesuai dengan tujuan perbomohan atau
sesuatu perkara yang dihajati.
Puisi Moden
Puisi moden mempunyai bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima
akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional.
Dari segi isinya, mengungkapkan pelbagai maksud dan persoalan
yang disampaikan oleh penulis.
Penghasilan puisi moden memperlihatkan pembaharuan atau
pemodenan pada bentuk dan isinya yang boleh dilihat dalam karya
sajak.
a. Sajak
- Sajak ialah karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya dan
tidak terikat pada sesuatu pola khusus, walaupun kadang-kadang
bentuknya seakan-akan gurindam atau seloka.
- Penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak, penyusunan
baris dan rangkap atau bait.
- Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya
mengikut isi yang hendak disampaikan.
Prosa Tradisional
Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang
panjang.
Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi
termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan
naratif/non-naratif)
Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada
lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa.
Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu :
1. Mitos 2. Legenda 3. Cerita rakyat
a) Mitos
Mitos adalah cerita prosa rakyat yang
menceritakan kisah masa lampau, mengandung penafsiran tentang
alam semesta dan keberadaan makhluk di dalamnya, serta dianggap
benar-benar terjadi oleh yang empunya cerita atau penganutnya.
Mitos menceritakan terjadinya alam semesta, dunia dan para
makhluk penghuninya.
Mitos dapat timbul sebagai catatan peristiwa sejarah yang
terlalu dilebih-lebihkan atau sebagai suatu penjelasan tentang
ritual.
b) Lagenda
Legenda adalah cerita prosa rakyat
yang dianggap oleh yang mempunyai cerita sebagai sesuatu yang
benar-benar terjadi.
Lagenda telah mengalami tokok tambah sehingga sering kali jauh
berbeza dengan kisah aslinya.
Oleh itu, jika legenda hendak dipergunakan sebagai bahan untuk
sejarah, maka legenda harus dibersihkan terlebih dahulu
bahagian-bahagian yang mengandungi sifat-sifat karut.
c) Cerita rakyat Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari
zaman dahulu yang disukai ramai dalam sesuatu masyarakat, yang
masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan daripada satu
generasi
-
kepada generasi lain secara lisan dan tulisan.
Contoh cerita rakyat; Pak Pandir Pak Belalang Lebai Malang Sang
Kelembai
TAJUK 12 KEBUDAYAAN Melayu DALAM BAHAN BUKAN SASTERA
1. Bahan Ilmiah Kajian Rencana Kertas kerja
Contoh : Kertas Kerja
Prof. Dr. Syed Hussein Alatas (1967) dalam kertas kerja beliau
bertajuk Islam dan kebudayaan Melayu menyatakan :
1. Terdapat perpaduan antara Islam dan kebudayaan Melayu
contohnya amalan bergotong-royong,berbudi bahasa, sopan santun,
menghormati ibu bapa, menghormati hak jirandansebagainya.
2. Terdapat hubungan yang neutral, tidak bertentangan dengan
norma masyarakat tetapi tidak dianjurkan oleh Islam contohnya
upacara persandingan, adat istiadat melayu, pantang larang dan
sebagainya.
3. Hubungan yang bertentangan dengan Islam. Sebagai contoh sikap
taat buta kepada raja yang tidak patuh kepada ajaran Islam.(Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah)
2. Media Komunikasi Filem Video
Filem Melayu Klasik A. Bidang Politik
Golongan pemerintah dan golongan rakyat (Hang Tuah)
Raja berkuasa mutlak dan berhak menghukum sesiapa sahaja. (Hang
Tuah, Nujum Pak Belalang)
Sistem kekeluargaan yang rapuh, anak sulung lebih berhak
mendapat harta yang lebih berbanding anak bongsu. ( Tiga Abdul)
B. Bidang Sosial Mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri
. (Hang Tuah) Kepercayaan terhadap perkara-perkara
tahyul. (Laksamana Do Re Mi) Tahap pendidikan yang rendah.
(Pendekar
Bujang Lapok) Pakaian. (Tengkolok, keris, songket, kebaya
tradisional)
C. Bidang Ekonomi Masyarakat Melayu rata-ratanya
digambarkan sebagai petani, nelayan dan peniaga
Filem Melayu Moden
Kurang menonjolkan budaya Kemelayuan berbanding filem Melayu
klasik. Menerima pengaruh dari luar khususnya barat. Contoh:
Gila-gila Remaja, Revolusi KL Drift.
Sistem pendidikan yang telah maju. Rata-rata ahli masyarakat
mempunyai kerjaya tersendiri.
Masih berpegang kepada kepercayaan tahyul. Contoh: Khurafat,
Jangan Pandang Belakang.
Penggunaan bahasa pasar yang kian meluas. Elemen sastera tidak
lagi disisipkan.
Seni Tarian, Muzik menerima pengaruh daripada luar khususnya
barat.
-
Semangat kejiranan: Zombie Kg Pisang, Hantu Kak Limah Balik
Rumah, Estet.
3. Media Komunikasi. Rakaman Drama Radio
Drama yang dimainkan di stesen - stesen radio. Contohnya, Klasik
fm. Melaka fm.
Kategori drama radio :
Panggung Drama (30 minit)
Drama Khas (30 minit)
Drama Bersiri (12 episod)
Sketsa (5 minit)
Rakaman Drama Televisyen Drama yang disiarkan di stesen
televisyen RTM, TV3, Astro dan sebagainya.
Contoh, slot Akasia TV3 bertajuk Sebenarnya Saya Isteri Dia -
menggunakan daun senduduk sebagai alat untuk menghentikan peredaran
darah, perkahwinan ( bersanding)
TAJUK 13 : TASAWUR (WORLD-VIEW) DAN KOSMOLOGI MASYARAKAT MELAYU
Setiap bangsa dalam dunia,
walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri.
Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau
falsafah pemikiran warisan turun temurun, mempunyai tanggapan
tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang
berkaitan dengannya.
Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi
Islam, namun tamadun Melayu yang pernah berada di bawah pelbagai
pengaruh budaya sebelum Islam, maka kosmologi tersebut turut
mengambil tempat di celah-celah pentafsiran kosmologi Melayu
Islam.
Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang
dipengaruh oleh budaya animisme, Hindu dan Buddha.
Mereka memuja semangat, dan penunggu; mereka membaca mentera
yang menyebut asal kejadian alam dan makhluknya.
Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok dan gua.
Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam perubatan dan
sihir.
Mereka mempunyai banyak mitos yang menyebut balik tentang mitos
kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama, Siti
Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih dalam plot ceritanya
yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam
persembahan itu.
Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan
watak tersebut sebagai latar belakang persembahannya.
Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang
dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara
manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang terkandung dalam
pandangan alam (Weltanschauung) dan budaya alam bangsa Melayu.
Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini
sebagai penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair.
Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi
material alam, bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang amat penting
bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu manifestasi kecil
fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung kepada
dimensi hakikat dan ruh yang maha seni.
Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara
praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan mereka.
Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan
generasi-generasi tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari
luar ruang budaya Melayu asli. Unsur-unsur luar tersebut datang
daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan
pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotik dan
kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi
Melayu masih terpelihara.
Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan
batu-batan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding
dengan sebarang pujangga manusia.
Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya syaman, pawang, bomor,
sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan
batu-batan pada tingkatan
-
yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia
sekular.
Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang
membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan
alam tabii.
Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap
dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah dalam cerita
dogeng.
TAJUK 14: KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Definisi Kebudayaan
keseluruhan cara hidup manusia. Kepentingan kebudayaan
Berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia
di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang
dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan
politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan
penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang
berterusan
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional
memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan
cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang
baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan
negara.
Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan? Satu dasar yang digubal
pada tahun 1971
sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan
kebangsaan.
Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai
kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj
dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi. Rasional Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan langkah
penting untuk mengekalkan perpaduan.
Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta
mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat.
Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina
bangsa yang bersatu padu dan berdaya
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1. Berteraskan kebudayaan
rakyat asal
rantau ini. Melaka merupakan pusat perkembangan,
penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu.
Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa
Melayu.
Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam
Kebudayaan Kebangsaan
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.
Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya
Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung
kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara
3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai
sebuah negara Islam
Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak
bertentangan dengan budaya Islam
Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam
pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara
lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan
penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan
ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan,
persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan
urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan
Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan
-
kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan,
penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar
ini.
Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan
Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan
pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan
badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam
melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan
pelaksanaan dasar-dasar semasa.
Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian
diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan
menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat
organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program
atau projek-projek kebudayaan.
TAJUK 15 : KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Kebudayaan kebangsaan?
- Kebudayaan memainkan peranan dlm proses pembangunan
Malaysia.
- Dasar yang digubal pd tahun 1971 disebabkan tiada arah dlm
mewujudkan kebudayaan kebangsaan.
- Lahir drpd Gagasan Kogres Kebudayaan Kebangsaan yg dianjurkan
oleh Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan.
- Jadi garis panduan dlm membentuk & mewujudkan serta
mengekalkan identiti negara.
- Perpaduan negara diperkukuh melalui kebudayaan &
keperibadian kebangsaan dipelihara berteraskan budaya penduduk asal
& agama islam.
ISU/ CABARAN DAN PERMASALAHAN Setelah lebih 50 tahun merdeka,
masih
belum dapat lihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang jitu.
Setiap kaum & etnik masih kuat menyuarakan & meminta hak
yg lebih luas utk mengamalkan kebudayaan masing-masing.
Media sosial spt elektronik & cetak terpaksa melayan
permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing.
Kebudayaan kebangsaan Malaysia jelas masih terbahagi mengikut
kebudayaan kaum & etnik yg pelbagai.
Malaysia lebih dilihat di mata dunia sebagai negara pelbagai
kaum dan pelbagai budaya.
Ada kebudayaan yang sesuai diamalkan oleh semua rakyat Malaysia
dan ada yang tidak sesuai.
Jurang interaksi antara murid SK & SKJ sehinggalah ke
peringkat tertinggi. Banyak universiti swasta didominasi oleh
satu-satu kaum sbg majoriti.
Bahasa Melayu tidak digunakan sepenuh sebagai bahasa rasmi,
bahasa ilmu, bahasa kebangsaan.
Generasi muda yang tidak berminat terhadap kebudayaan.
Kecanggihan teknologi dan arus permodenan semakin lama semakin
mengaburkan nilai kebudayaan.
KEDUDUKAN TERKINI
Gagasan 1Malaysia yang diangkat oleh PM Malaysia, Datuk Seri
Najib Razak sedikit sebanyak membantu membentuk kelikatan perpaduan
dan jalinan budaya antara kaum.
Sambutan perayaan diraikan di peringkat kebangsaan dengan
mengadakan rumah terbuka.
Mewujudkan tarian 1 Malaysia, senam seni, festival citrawarna
Malaysia untuk menzahirkan kebudayaan kebangsaan.
Penciptaan lagu-lagu melibatkan bahasa-bahasa kaum di Malaysia
dan menggunakan alat-alat muzik semua kaum serta disiarkan di media
elektronik.
Pengenalan baju kebangsaan baju batik dipakai setiap hari Khamis
oleh penjawat awam.
BENTUK BUDAYA PADA MASA YANG AKAN DATANG
- Proses globalisasi baik melalui media massa atau komunikasi
langsung dan perbagai informasi yang terbuka mengakibatkan perbagai
kebudayaan di dunia bertemu dan terjadi percampuran kebudayaan yang
lebih besar.
- Perubahan yang terjadi dalam budaya masyarakat merupakan hasil
dari pertemuan antara nilai yang satu dengan yang lain.
-
Budaya masa kini & akan datang antaranya ialah:
i. Hip-hop dan K-Pop ii. Amalan pertuturan manglish iii.
Tayangan filem yang seolah-olah tidak
ditapis iv. Gaya hidup barat cth sesi pre dan post
wedding photos dan lamaran gaya barat.
v. Perkahwinan sama jenis.