HBPE 2103 Lee Man Jiau TOPIK 1 PERGERAKAN ASAS 1.1 PERGERAKAN ASAS - empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. - tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat. 1.2 PERGERAKAN LOKOMOTOR -bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. 1.2.1 Konsep ARAH-bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan. ALUAN -corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain. MASA -masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal. 1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor -aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah: BERJALAN • Jalan berundur dan kemudian ke hadapan • Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan • Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan • Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan • Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak • Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan • Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan BERLARI • Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus • Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi • Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan • Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan dan berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari semula • Berlari ke hadapan serta berundur kesisi • Berlari mengikut seorang ketua • Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan • Berlari mengikut arah zig-zag MELOMPAT • Melompat seperti rusa melompat pagar • Melompat tali atau garisan di atas lantai • Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari paras lantai • Melompat tinggi dan rendah berubah-ubah mengikut arahan • Melompat dengan mencapai berbagai benda • Melompat sampil bergerak kehadapan • Melompat ke dalam dan keluar gelung rotan • Melompat setempat • Melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru melompat • Melompat melakonkan serta meniru cara katak melompat MELOMPAT KETINGTING • Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan • Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan • Melompat ketingting berarah kehadapan- kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat LARI SISI Minta pelajar lakukan aktiviti-aktiviti dibawah berdasarkan arahan dalam bentuk tiupan wisel atau irama muzik: • Lari sisi ke kiri dan ke kanan • Lari sisi perlahan-pelahan dengan langkah yang rendah • Lari sisi dengan badan dinaikkan • Lari sisi kemudian galop • Lari sisi sambil berpegang tangan dengan pasangan SKIP • Skip ke hadapan • Skip mengikut satu bulatan • Skip dengan membuat pola tertentu • Skip tinggi dan rendah mengikut isyarat • Skip secara berpasangan • Tunjukkan skip yang tenang dan menyeronokan 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
HBPE 2103 Lee Man Jiau
TOPIK 1 PERGERAKAN ASAS1.1 PERGERAKAN ASAS- empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik
artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif.
- tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan
manupulatif alat.
1.2 PERGERAKAN LOKOMOTOR-bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
1.2.1 KonsepARAH-bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan
atau ke kiri atau ke kanan.
ALUAN -corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk
lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.
MASA -masa yang digunakan untuk melengkapkan
pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan,
dengan cara tiba-tiba atau terkawal.
1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor-aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa
dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah:
BERJALAN
• Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
• Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar
permainan berjalan
• Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan
• Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila
berjalan
• Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
• Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
• Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di
kaki berjalan
BERLARI
• Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
• Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi
• Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
• Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan dan
berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari
semula
• Berlari ke hadapan serta berundur kesisi
• Berlari mengikut seorang ketua
• Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan
arahan
• Berlari mengikut arah zig-zag
MELOMPAT
• Melompat seperti rusa melompat pagar
• Melompat tali atau garisan di atas lantai
• Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari
paras lantai
• Melompat tinggi dan rendah berubah-ubah
mengikut arahan
• Melompat dengan mencapai berbagai benda
• Melompat sampil bergerak kehadapan
• Melompat ke dalam dan keluar gelung rotan
• Melompat setempat
• Melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru
melompat
• Melompat melakonkan serta meniru cara katak
melompat
MELOMPAT KETINGTING
• Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah
kaki selama empat kiraan
• Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan
kekanan
• Melompat ketingting berarah kehadapan-
kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat
LARI SISI
Minta pelajar lakukan aktiviti-aktiviti dibawah berdasarkan
arahan dalam bentuk tiupan wisel atau irama muzik:
• Lari sisi ke kiri dan ke kanan
• Lari sisi perlahan-pelahan dengan langkah yang
rendah
• Lari sisi dengan badan dinaikkan
• Lari sisi kemudian galop
• Lari sisi sambil berpegang tangan dengan
pasangan
SKIP
• Skip ke hadapan
• Skip mengikut satu bulatan
• Skip dengan membuat pola tertentu
• Skip tinggi dan rendah mengikut isyarat
• Skip secara berpasangan
• Tunjukkan skip yang tenang dan menyeronokan
1
HBPE 2103 Lee Man Jiau
MERANGKAK
• Merangkak
• Merangkak melalui pelbagai halangan
• Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
• Merangkak secara berpasangan dengan kaki
pasangan diikat
• Merangkak melalui tali
GULING HADAPAN
a. Berdiri tegak tangan diluruskan ke atas ambil nafas
b. Bengkokkan lutut tangan lurus ke hadapan sedia
untuk berguling
c. Naikkan pinggul dan rapatkan tangan dan dada ke
tilam kemudian guling
d. Guling ke hadapan dengan dibantu (Guru perlu
meminta pasangan pelajar yang membantu
menyokong pinggul dan bahagian belakang
pengguling. Oleh kerana aktiviti ini berisiko tinggi
adalah dicadangkan kaedah tunjukcara digunakan)
e. Kembali ke ke dudukan dekam dan luruskan kedua-
dua tangan
GULING KE HADAPAN
a. Bersedia dengan tangan lurus ke atas
b. Bengkokkan lutut tapak tangan ke atas dan jari
menghala ke belakang
c. Sedia untuk berguling ke belakang dan letakkan
punggung di atas tilam
d. Tolak badan dengan tangan. Guling ke belakang
dengan dibantu (Guru perlu meminta pasangan
pelajar membantu menyokong pinggul dan
bahagian belakang pengguling. Oleh kerana aktiviti
ini berisiko tinggi adalah dicadangkan kaedah
tunjukcara digunakan)
e. Mendekam dan berdiri semula
GULING SISI
1.3 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTORPergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan
bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan
mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.
1.3.1 Bentuk Pergerakan Bukan LokomotorDUDUK
• Duduk dalam keadaan bersila
• Duduk dalam keadaan melunjur
• Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan
kekanan
• Duduk dengan mengangkat kaki keatas
sedikit
• Duduk mendekam
BERDIRI
• Berdiri lurus
• Berdiri dengan membongkok kehadapan
• Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan
kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan
• Berdiri dengan memusing pada paras
pinggang
• Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan
• Berdiri dengan memusing tangan kekiri dan
kekanan
BERPASANGAN
GUSTI TANGAN
TURUN NAIK PASANGAN
ENJIT-ENJIT SEMUT
TEPUK AMAI-AMAI
MENARIK SETEMPAT
MENGILAS SAMBIL MENEPUK TANGAN
MENARIK DAN MENAHAN RAKAN
Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti lokomotor dalam
pendidikan jasmani antaranya ialah
TEKAN TUBI
1.4 MANIPULASI ALATANPembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti
pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang
rotan, tali dan relang getah
1.4.1 KonsepManupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau
mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap
untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan
penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau
menangani sesuatu objek. Kemahiran asas manipulasi alat
dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya
tangan–mata, kaki–mata dan lain-lain.
1.4.2 Bentuk Pergerakan Manipulasi AlatMEMBALING DAN MELAMBUNG
• Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut
semula
• Melambung bola setinggi yang boleh dan
menyambut semula
• Melambung bola serendah yang boleh dan
menyambut semula
2
HBPE 2103 Lee Man Jiau
• Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula
• Meleretkan bola kesasaran
• Menggolek relung
• Membaling pundi kacang ke pasangan
• Membaling pundi kacang melintasi satu garisan
• Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan
atau sasaran lain
• Membaling pundi kacang sejauh yang boleh
MENYAMBUT
• Melambung pundi kacang ke udara dan
menyambut semula
• Melambung bola setinggi yang boleh dan
menyambut semula
• Melantunkan bola di dinding dan menangkap
semula
• Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh
pasangan
Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan
MEMUKUL
• Memukul alatan dengan tangan
• Memukul alatan dengan genggaman
• Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
• Melambung belon keudara dan kemudian memukul
• Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola
itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang
dari sisi dan bawah bahu.
• Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu
melantun dengan alatan
• Minta pelajar menjalankan aktiviti secara
berpasangan. Minta A lambungkan bola kemudian
B akan memukul bola dengan kayu
• Minta pelajar menjalankan aktiviti secara
berpasangan. Minta A leretkan bola kemudian B
akan memukul bola dengan kayu
AKTIVIT-AKTIVITI LAIN
MENYEPAK
MENAHAN
MENGELECEK
RUMUSAN• Pergerakan lokomotor bersifat gerakan yang
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
• Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong
perilaku pergerakan yang dirancang.
• Pergerakan lokomotor berkaitan dengan
gerakan atau aliran.
• Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke
hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke
kanan.
• Haluan ialah melibatkan corak gerakan
contohnya samada boleh dalam bentuk lurus,
bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.
• Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam
keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain.
• Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan
sebagai keupayaan mengerakkan bahagian
tubuh badan tanpa beralih tempat.
• Pergerakan bukan lokomotor adalah
pergerakan dalam keadaan statik dan
memberi penekanan kepada keseimbangan.
• Gerakan dalam aktiviti bukan lokomotor
perlulah dibuat dalam keadaan tenang dan
kurang tekanan.
• Kemahiran ini merupakan kemahiran asas
yang dapat menyediakan diri pelajar untuk
mempelajari asas sukan dan seterusnya
menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.
• Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita
menggayakan atau mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk
membentuk gerakan.
• Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina
di peringkat umur pra sekolah atau sekolah
rendah.
• Kemahiran manipulasi alat merupakan asas
kepada kemahiran sukan yang perlu dibina
daripada peringkat kanak-kanak.
• Kemahiran asas manipulasi alat dapat
meningkatkan koordinasi anggota badan
contohnya tangan-mata, kaki-mata dan lain-
lain.
TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR2.1 KEMAHIRAN PERSEPSI MOTORPersepsi motor membolehkan kanak-kanak:
• Merasa kehadiran dirinya dalam ruang
• Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau
belakang
3
HBPE 2103 Lee Man Jiau
• Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam
gerakan
Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak
membaca, mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Kemahiran
persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra
sekolah:
• Mengimbang
• Kesedaran badan
• Kesedaran ruang
• Kesedaran arah
• Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata
Mengimbang - kebolehan untuk seseorang mengawal dan
mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti.
Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya
garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada
dalam satu garis. Koklea yang terdapat dalam organ
merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang
memelihara keseimbangan tubuh.
Terdapat dua jenis imbangan iaitu:
• Imbangan Statik-Kestabilan semasa pusat graviti
berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.
• Imbangan Dinamik – Mengekalkan kestabilan
diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas
titi atau berlari.
Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan
Jasmani
Imbangan Dinamik
Meniti di atas bangku
Meniti di atas tali
Imbangan menggunakan kaki tempurung
Lompat ketinting (imbangan dinamik)
Imbangan Statik
- aktiviti mengimbang statik dengan meminta pelajar
menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan
sebelah kaki untuk mengimbang.
- Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti
tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-lain.
- Mengimbang badan menggunakan buai dalam keadaan
pegun (imbangan statik)
Aktiviti Kumpulan
olak patung
- Ketintingan bertiga
- Meniti diatas tali bersama rakan
- Ayun kaki serentak
- Berdiri diatas papan imbang
membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang
beraksi mengimbang badan dalam aktiviti
persembahannya.
Laluan Imbangan
- aktiviti lebih menarik guru boleh membina laluan imbangan
dan pelajar diminta melalui laluan imbangan ini.
Contoh laluan imbangan
Kesedaran Tubuh Badan
Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak
tentang diri sendiri. Perkara yang penting t ialah:
• Bentuk dan saiz tubuh badan
• Bahagian-bahagian tubuh badan
• Keupayaan melakukan gerakan membongkok,
melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan
• Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza
AKTIVITI
Berjalan
Golek balak
Lompat bintang
Dirian bangau
Membongkok
KESEDARAN RUANG
Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di
sekeliling kita.
Ruang diri - ruang yang mengelilingi individu
Ruang am - kawasan yang digunakan secara keseluruhan
semasa melakukan pergerakan.
Aktiviti:
Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui
ruang diri
Bergerak bagai burung terbang (ruang am)
KESEDARAN ARAH
- membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya
memanipulasi arah didalam ruang persekitaranya.
-Kesedaran hala datar ialah kesedaran wujudnya arah ke
kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang kiri kanan di
sisi tubuh badan seseorang.
Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah
pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan
4
HBPE 2103 Lee Man Jiau
kaki digunakan dalam menolong mengembangkan
kesedaran hala datar kanak-kanak.
Aktiviti :
Permainan seperti angle in the snow di mana dalam
permainan ini
Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)
Melompat kanggaru pelbagai arah (Kesedaran ruang)
Kordinasi
Kordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang
cekap dalam pergerakan badan. Kordinasi melibatkan
penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan
angota tubuh badan menggunakan pancaindera serta
hubungannya dengan minda.
Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan
menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.
Aktiviti:
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek
dalam hoki
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam
bola dengan baik dalam permainan bola sepak.
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola
pada sasaran yang tepat dalam permainan skuasy.
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola
dengan tepat ke arah sasaran.
Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang
membantu pelajar membentuk kordinasi yang baik di
kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:
1. Persepsi motor penting dalam mengajar kanak-kanak
terutama pra sekolah. Bincangkan kepentingan persepsi
motor.
2. Huraikan kemahiran yang terdapat dalam kemahiran
persepsi motor.
3. Apakah bahagian yang terdapat dalam tubuh badan kita
yang mengawal imbangan?
4. Terdapat dua jenis imbangan. Huraikan dan beri contoh
dua jenis imbangan tersebut.
5. Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-
kanak tentang diri sendiri. Nyatakan aspek yang penting
tentang kesedaran ini.
6. Terdapat dua jenis ruang. Nyatakan dan huraikan kedua-
dua jenis ruang tersebut.
7. Nyatakan dan definisikan kordinasi badan.
RUMUSAN
• Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar
kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat
gerakan berkordinasi.
• Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-
kanak membaca, kemahiran persepsi membolehkan kanak-
kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat.
• Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang
mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa
melakukan aktiviti.
• Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah
sifar keseimbangan akan tercapai.
• Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang
rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang.
• Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian
dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan
tubuh.
• Dalam permainan dan sukan imbangan penting untuk
memantapkan keperilakuan dan membentuk gerakan.
• Imbangan statik ialah kestabilan semasa pusat graviti
berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.
• Imbangan dinamik mengekalkan kestabilan di ubah
seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari.
5
HBPE 2103 Lee Man Jiau
• Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-
kanak tentang diri sendiri.
• Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak
bergantung kepada kesedaran tubuh badan.
• Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang
terdapat di sekeliling kita.
• Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu
lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian
tubuh badan.
• Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara
keseluruhan semasa melakukan pergerakan.
• Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari
dan seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang
persekitarannya.
• Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan
kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala
datar.
• Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai
arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan
dan kaki digunakan dalam menolong menggembangkan
kesedaran hala datar kanak-kanak.
• Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat
membentuk perkembangan kesedaran arah.
• Bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke
atas dan ke bawah boleh membina kesedaran arah.
• Kordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota
badan serta kebolehan anggota tubuh badan menggunakan
pancaindera serta hubungannya dengan minda.
• Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan
menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.
TOPIK 3 PERGERAKAN PENDIDIKAN3.1 GIMNASTIK PENDIDIKAN- lapan tema iaitu:
i. Kesedaran tubuh badan
ii. Kesedaran ruang
iii. Kesedaran masa
iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai
bahagian tubuh badan
v. Kesedaran beban
vi. Kesedaran aliran
vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain
viii. Kesedaran ritma
Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:
• Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh
badan
• Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran
kemahiran
• Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui
penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi
penyelesaian masalah
• Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik
pergerakan yang baik
3.2 KESEDARAN TUBUH BADANKesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh
seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari dan
lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki). Semua
pergerakan dalam tema tersebut melibatkan komponen
kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan,
imbangan dan kordinasi.
Jadual 3.1: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran
Tubuh Badan
Jenis Pergerakan
Maksud Jenis Pergerakan
Aktiviti
Bergerak secara sentuhan berselang.
Bergerak dengan bahagian pada tubuh badan berselang – seli menyentuh lantai.
• Berjalan, berlari, merangkak, dan berjalan secara melutut.
Bergerak secara sentuhan selalu.
Bergerak dengan bahagian tubuh badan menyentuh lantai sentiasa.
• Gulingan, guling balak, menarik dan menolak.
Bergerak tanpa sentuhan seketika.
Bergerak dengan seluruh tubuh badan di udara seketika
• Lompat bintang, lompat dakap dan lompat layang.
Menyokong beban pada bahagian tubuh.
Bergerak dengan beban di bahagian tubuh.
• Membawa pundi kacang di atas kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan
Membuat berbagai bentuk dengan
Membentukkan tubuh badan menjadi besar, kecil, panjang,
Pergerakan mengikut situasi seperti:
• bunga sedang
6
HBPE 2103 Lee Man Jiau
bahagian tubuh badan.
pendek. kembang
• arnab tidur dalam
lubang
• galah menjulang
awan
• kain dilipat dua
Membekukan tubuh badan.
Berhenti bergerak apabila isyarat diberi.
• Galop
• Lompat kanggaru
dalam arah zig-zag
Merangkaikan dua atau lebih pergerakan.
Merangkaikan beberapa kemahiran ke dalam satu bentuk permainan kecil.
• Lompat ke dalam gelung rotan
• Menyusup di bawah
palang
• Berlari & melompat
melepasi palang
3.3 KESEDARAN RUANGRuang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan
semasa melakukan pergerakan iaitu:
• Ruang Diri - ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh
mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
• Ruang Am - kawasan yang digunakan secara
keseluruhan dalam melakukan pergerakan.
Daya cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan
digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau
menyampaikan sesuatu idea atau perasaan.
- kemahiran di dalam tema kesedaran ruang seperti:
a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan
Ruang
- dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke
satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang
kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu
tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh
dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari
dan melompat.
-pergerakan juga boleh dilakukan dengan
menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar
berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan
dengan melantunkan bola.
-kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan
komponen kecergasan fizikal terutamanya
ketangkasan dan kekuatan otot.
b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri
-melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan
bahagian tubuh badan tanpa melibatkan perubahan
tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri.
Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan
fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan
kelenturan.
c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras
Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras
bermaksud pergerakan yang dibuat dengan
menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh
dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana
dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu
pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang
lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini
pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya
kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.
d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah
Dalam bergerak menggunakan berbagai arah
bermaksud satu pergerakan yang membolehkan
perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya.
Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.
e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan
Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan
bermaksud satu pergerakan yang membolehkan
perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih.
Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.
3.4 KESEDARAN MASA-pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan
seperti cepat, lambat dan serta merta.
Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza
-bergerak dengan pelbagai kelajuan contohnya cepat,
lambat dan serta merta.
Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza
• Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki
dirapatkan
• erjalan dengan cepat
• Berhenti dan berdiri tegak
• Berjalan dengan lambat
• Berhenti dan berdiri tegak
• Berjalan dengan serta-merta
• Berhenti dan berdiri tegak
Bergerak dengan Memilih Kelajuan yang Sesuai
Konsep yang diutarakan ialah perbezaan pergerakan dan
kelajuan yang sesuai dengan kemahiran atau alatan yang
digunakan. Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang
berbeza. Contoh aktiviti:
7
HBPE 2103 Lee Man Jiau
• Bergerak seperti ulat
• Berhenti dan berdiri tegak
Bergerak dengan Mengawal Kelajuan ( Serta-merta)
- pelaku akan bergerak dengan pelbagai kelajuan yang
terkawal sama ada secara pantas (serta-merta) atau secara
lambat mengikut arahan atau keperluan gerakan. Contoh
aktiviti:
• Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki
dirapatkan
• Berjalan dengan cepat
• Berjalan dengan lambat
• Melompat
• Mendarat
• Berguling ke hadapan
• Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki
dirapatkan
Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk
Menghasilkan Kelajuan yang berbeza
Mengerakkan tubuh badan untuk menghasilkan kelajuan
yang berbeza ertinya kita mengerakkan anggota tubuh
badan untuk kelajuan yang berbeza
Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki
dirapatkan
• Hayun tangan dengan perlahan
• Hayun tangan dengan cepat
Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Memilih
Kelajuan yang Sesuai
-pelaku dikehendaki meneroka pelbagai pergerakan
mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai.
• Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas
• Buat dirian tangan dan kedua belah kaki lurus ke
atas
• Turunkan sebelah kaki perlahan-lahan ke lantai
• Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas
Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mengawal
Kelajuan
-pelakunya melakukan pergerakan serta merta dan kawalan
lambat.
• Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang
berlawanan dengan segera
• Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang
berlawanan dengan laju
• Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang
berlawanan dengan perlahan
Merangkai Pergerakan dengan Menggunakan Dua atau
Lebih Aspek
-pelakunya perlu meneroka pelbagai pergerakan mengikut
kelajuan dan tempo yang sesuai.
Aktiviti-aktiviti:
• Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki
dirapatkan
• Berlari
• Melompat dengan meluruskan tangan di atas
• Menghayunkan tangan dan kaki ke arah
berlawanan
• Mendarat dengan meluruskan tangan ke belakang
dan membengkokkan kedua-dua lutut
• Duduk mencangkung dengan meluruskan kedua
belah tangan ke hadapan.
• Melompat sambil mendepakan tangan dan
mengangkangkan kedua-dua belah kaki.
3.5 KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN
-gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan
dengan bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh
badan dengan alatan.
Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu
Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain
Aktiviti yang dilakukan adalah:
• Melompat sambil mencangkung dengan kedua-dua
belah tangan lurus ke hadapan.
• berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut
dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas.
• Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan
di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan
sebelah lagi memijak lantai.
• Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan
sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di
udara
• Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai
dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi
dibengkokkan di atas lantai
• Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua
belah tangan ke atas.
Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk
Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh
Badan dengan yang Lain
- pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang
akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain..
8
HBPE 2103 Lee Man Jiau
• Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki
dirapatkan.
• Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi
diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan
lantai dengan tangan lurus ke hadapan.
• Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan
didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan
selari dengan permukaan lantai.
• Sebelah tangan dan sebelah kaki yang
dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil
tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas.
• Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah
lutut dan hujung jari kaki jejak ke lantai, badan
dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.
Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh
Badan dengan Alatan
- pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung
kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain.
• Berlari menuju ke arah alatan
• Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah
tangan diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua
belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah
tangan lurus ke hadapan.
Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan
Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alat
• Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan
menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan
ke hadapan di atas bangku gimnastik.
Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil
Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk
Mendapatkan Kestabilan
• Buat dirian tangan sambil badan dan kaki lurus ke
atas
• uat dirian tangan sambil mendepankan kedua
belah kaki ke udara
Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke
Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh
Badan untuk Mendahului Pergerakan
• Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut
dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan
belakang.
• Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah
tangan apabila tiba di bahagian tengkuk. Gulingkan
badan ke belakang.
• Kembali ke posisi berdekam dengan dengan
kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.
• Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi
Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan
Bahagian Tubuh Badan
- mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan
bahagian tubuh badan, pelaku perlu bergerak untuk
mencipta bentuk badan yang dikehendaki.
• Berdiri tegak, tangan di sisi
• Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan
• Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan
pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang
• Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas
• Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan
diangkat lurus ke atas
RUMUSAN
• Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada
pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh
badan, ruang, masa aliran dan ritma.
• Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh
badan.
• Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran
kemahiran.
• Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui
penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi
penyelesaian masalah.
• Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik
pergerakan yang baik
• Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian
luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk
tapak, jari dan lengan), torso, kaki (termasuk tapak,
dan jari kaki).
• Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang
digunakan semasa melakukan pergerakan.
• Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian
tubuh badan membawa maksud gerakan yang
mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan
bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh
badan dengan alatan.
TOPIK 4 PERGERAKAN PENDIDIKAN4.1 KESEDARAN BEBAN
9
HBPE 2103 Lee Man Jiau
-gerakan yang membentuk simulasi dan main peranan. Di
dalam pergerakkan kesedaran beban ini, pelajar perlu
melakukan pergerakkan yang diiringi dengan beban yang
dinyatakan dalam arahan guru. Arahan lisan yang
jelas,terang dan mudah difahami amat penting. Contoh
situasi yang dipilih ialah main peranan sebagai sebiji kelapa
yang dihanyutkan air dan tumbuh menjadi pokok serta
berbuah.
Kesedaran beban bermaksud kualiti pergerakan seperti
kuat, lembut, ringan dan tenang. Pergerakan juga dilihat
dapat meningkatkan nilai murni seperti keyakinan diri,
kreativiti dan estetika dalam diri murid. Aktiviti ini juga
memberi kelebihan dari segi kecergasan murid. Ia dapat
meningkatkan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan,
ketangkasan dan imbangan semasa melakukan pergerakan
ini.
Elemen keselamatan:
• Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut
kemampuan dan kematangan murid, Jika aspek ini
diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan.
• Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat
tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada murid.
• Guru boleh melakukan sokongan semasa
mengawal pendaratan murid.
Bergerak Berbagai Cara dan Membeku
Murid akan bergerak dengan pelbagai cara dan akhirnya
akan dalam keadaan statik iaitu membeku. Contohnya,
pergerakan seperti debunga bunga yang berterbangan dan
akan menjadi benih.
Bergerak Berbagai Cara dan Membeku
Arahan:
1. Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.
2. Berdiri dalam keadaan kaki yang terbuka.
3. Depakan tangan anda separas bahu.
4. Bergerak seolah-olah sedang dihanyutkan di dalam
laut.
5. Kemudian berhenti dan duduk.
6. Peluk tubuh dan diam.
Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan
Ringan
Pergerakkan ini adalah kesinambungan dari pergerakkan
sebelum ini iaitu bergerak berbagai cara dan membeku.
Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan
Ringan
Arahan:
1. Sekarang bergerak seolah-olah buah kelapa akan
bercambah menjadi pokok.
2. Jingkitkan tapak kaki.
3. Angkat kepala dan tangan perlahan-lahan.
4. Gerakkan tubuh badan dan naik secara perlahan-
perlahan.
Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan
Menggunakan Alatan
Murid akan menggunakan alatan seperti bola sebagai beban
untuk menunjukkan kualiti berat dan ringan. Dalam situasi
ini, murid memainkan peranan sebagai pohon yang telah
membesar akan menghasilkan bunga dan buah. Semasa
aktiviti ini, murid diberi peluang meneroka, mengenalpasti,
memilih dan mencipta berbagai lakuan dengan kualiti berat
dan ringan. Murid digalakkan menggunakan ruang yang ada
pada alatan.
Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan
Menggunakan Alatan
Arahan:
1. Sekarang pokok kelapa akan mengeluarkan buah
dengan lebat.
2. Gunakan bola sebagai buah kelapa.
3. Bongkokkan badan sambil memegang bola.
4. Gerakkan badan dan naik secara perlahan-lahan.
Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti
Berat dan Ringan Tanpa atau dengan Alatan
Semasa melakukan aktiviti ini murid akan merangkaikan
beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi
penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan.
Merangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan kualiti
berat dan ringan tanpa atau dengan alatan.
• Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.
• Akhirnya kamu terdampar di pantai.
• Kamu bercambah ….
• Membesar ….
10
HBPE 2103 Lee Man Jiau
• Dan berbuah lebat.
4.2 KESEDARAN ALIRAN-bagaimana cara seseorang individu melakukan beberapa
pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan lancar.
Ketika melakukan pergerakan kesedaran aliran, apa yang
perlu ialah:
• Memilih jenis pergerakan yang sesuai dengan
kebolehan kita;
• Melakukan rangkaian pergerakan yang tersusun;
dan
• Memastikan bahawa pergerakan yang dibuat
mempunyai kelicinan pergerakan tanpa tersekat-sekat
atau terhenti.
1. Merangkai Pergerakan Secara Aliran Bebas
Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan
percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan
secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti.
Pergerakan rangkaian ini menguji daya tahan otot
pelajar. Disamping itu ia juga turut menguji kekuatan
otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar.
Apa yang perlu dilakukan:
• Mula-mula rangkaikan beberapa
pergerakan secara sentuhan berselang, sentuhan
selalu atau tanpa sentuhan seketika.
• Pilihan cara bergerak perlu dipilih oleh
guru.
• Kemudian rangkaikan beberapa
pergerakan secara berterusan.
• Rangkaian yang ditentukan perlu
mempunyai permulaan dan penamat pergerakan.
• Rangkaikan beberapa pergerakan secara
licin, lancar, berterusan tanpa berhenti.
• Aktiviti perlu menggunakan ruang yang
maksimum.
• Ia perlu turut melibatkan kepelbagaian
kegunaan bahagian tubuh badan.
Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah
percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara
kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-sekat atau
terhenti. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji
tahap kecergasan daya tahan otot, kekuatan otot,
kelembutan, ketangkasan dan imbangan.
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran
Contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran
bebas adalah seperti berikut.
Langkah-langkah aktiviti:
• Mula-mula pelajar merangkak
dibawah kerusi.
• Kemudian naik ke atas meja
secara merangkak
• Selepas itu pelajar lalu di bawah
bangku.
• Pelajar kemudiannya berdiri dan
berjalan melepasi kon yang disusun secara
berhalangan.
• Pelajar bergerak melepasi gelung
rotan.
• Aktiviti akhir sekali pelajar akan
melompat melepasi peti lombol.
2. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat
Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu
rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh
berhenti seketika pada tempat tertentu dalam
rangkaian pergerakan dengan mengekalkan
imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin
dan berkordinasi.
Apa yang perlu dilakukan:
• Semasa melaksanakan tugasan ini pelajar
perlu bergerak dengan satu cara, berhenti seketika dan
bergerak semula.
• Rangkaikan beberapa pergerakan
sentuhan berselang, membeku seketika dan teruskan
ke cara pergerakan yang lain.
• Guru boleh mempelbagaikan cara
pergerakan dan penggunaan bahagian tubuh badan.
• Rangkaian pergerakan dicipta
menggunakan alatan.
• Pastikan alatan yang disusun mencabar.
11
HBPE 2103 Lee Man Jiau
• Guru boleh menyuruh pelajar
menggunakan berbagai arah, laluan dan kelajuan.
Pergerakan aliran terikat membawa maksud lakuan
terkawal. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji
daya tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan
ketangkasan.
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran
Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi pergerakan
secara aliran terikat.
Semasa melakukan aktiviti di atas pelajar boleh berhenti
seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan
dengan membekalkan imbangannya.
Langkah-langkah aktiviti:
• Pertama, pelajar baring
menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak
badan ke atas dan timbang badan.
• Kemudian dengan tangan disisi
dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan.
• Kemudian dengan secara melutut
dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam).
• Pelajar belari-lari anak
kehadapan.
• Kemudian pelajar melompat ke
udara dengan kaki serta tangan mendepa.
3. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan
Terikat
Ia merupakan satu pergerakan secara gabungan
antara aliran bebas dan aliran terikat bagi menjadikan
rangkaian licin, lancar dan berterusan. Aktiviti ini juga
dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai
estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi
aspek kecergasan pula ia menguji daya tahan otot
pelajar. Disamping itu ia turut menguji kekuatan otot,
kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar.
Apa yang perlu dilakukan:
• Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara
aliran bebas
• Pengajaran perlu memberi peluang meneroka,
mengenal pasti, memilih dan mencipta.
• Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara
aliran terikat.
• Guru harus memilih pergerakan yang sesuai dengan
jenis aliran yang dipilih.
• Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara
aliran bebas dan aliran terikat dengan menggunakan
alatan.
• Disamping itu perlu diberi perhatian, gunakan
permulaan dan penamat yang berlainan.
• Gunakan aliran bebas dan aliran terikat berselang-seli
atau pada masa-masa tertentu.
• Gunakan berbagai arah, aras laluan dan kelajuan.
Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih menyeronokkan
dan mencabar sekiranya kita dapat menggabungkan kedua-
dua pergerakan aliran bebas dan terikat. Tujuan ujian ini
adalah menguji ketangkasan, daya tahan otot, kekuatan otot,
kelembutan dan imbangan. Untuk aktiviti ini, anda
dikehendaki melakukan aktiviti pada 6 stesen yang
ditetapkan.
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi stesen 1, anda diminta menggunakan tali yang
disediakan untuk bergayut melepasi air. Jika tidak berjaya,
anda diminta mengulang semula. Selepas melepasi stesen
1, bergerak ke stesen 2. Di stesen 2, anda hendaklah meniti
kayu tanpa jatuh. Setelah berjaya, berlari ke stesen 3. Di
stesen 3, anda diminta memanjat tembok sehingga melepasi
tembok tersebut. Kemudian berlari ke stesen 4. Pada
stesen 4, anda hendaklah bergayut di monkey bar dan
bergerak sehingga selesai. Kemudian berlari ke stesen 5. Di
stesen 5, anda diminta merangkak ala komando tanpa
menyentuh jaring sehingga tamat. Kemudian berlari ke
stesen 6. Di stesen 6, anda perlu melalui parallel bar.
Pastikan tangan diluruskan dan kaki tidak mencecah tanah.
Buat sehingga selesai. Kemudian anda berlari ke garisan
penamat.
Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi merangkaikan
pergerakan secara aliran bebas dan terikat:
12
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Langkah-langkah aktiviti:
• Mula-mula pelajar merangkak dibawah
kerusi.
• Kemudian naik ke atas meja secara
merangkak
• Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku.
• Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan
melepasi kon yang disusun secara berhalangan.
• Pelajar bergerak melepasi gelung rotan.
• Kemudian pelajar akan melompat
melepasi peti lombol.
• Seterusnya, pelajar baring menelentang di
atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak badan ke atas dan
timbang badan.
• Kemudian dengan tangan disisi dan kaki
rapat guling ke kiri dan ke kanan.
• Kemudian dengan secara melutut dari
atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam).
• Pelajar belari-lari anak kehadapan.
• Dan di akhir aktiviti ini pelajar melompat ke
udara dengan kaki serta tangan mendepa.
Gaya arahan ketika mengajar Gimnastik Pendidikan adalah
penting kerana ia adalah untuk tujuan keselematan pelajar
semasa melaksanakan aktivti agar tidak tidak melakukan
kesilapan yang boleh membahayakan dirinya.
4.3 KESEDARAN RITMACorak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di kenali
sebagai kesedaran rithma. Rentak rithma boleh di lakukan
sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan
terputus-putus. Gabungan pergerakan badan akan
menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut
rentak rithma. Corak rithma adalah hasil gabungan pelbagai
rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus.
Corak rithma boleh dilakukan secara berulang-ulang.
Sementara rentak rithma akan dilakukan secara lembut,
pelahan, kuat, cepat, sederhana dan sebagainya. Di
peringkat awal latihan kesederan rithma atlet di lakukan
pelbagai corak pergerakan badan melalui rithma yang
berbeza-beza. Berbagai rentak rithma boleh dihasilkan
dengan cara menghentak kaki ke lantai, tepuk tangan dan
lain-lain.
Menggunakan Rentak Rithma untuk Menghasilkan
Rangkaian Pergerakan
Pergerakan berangkai dalam persembahan yang pelbagai
bentuk dibantu oleh rentak rithma.
Mendapatkan Rentak Rithma untuk Koreografi
Rangkaian Pergerakan
Koreografi ialah pergerakan berangkai dengan rentak ritma
dan dilakukan mengikut kreativiti individu. Rentak rithma
dihasilkan melalui bersiul, tepuk tangan dan melalui alat
muzik. Lagu-lagu rakyat seperti ‘burung kakaktua’ dan ‘rasa
sayang eh’ juga boleh digunakan. Pergerakan ini dilakukan
secara individu dan di ikuti kumpulan.
Mengabung Aliran Pergerakan Diiringi Rentak Ritma
Corak aliran pergerakan mengikut kepelbagaian rentak rima.
Aliran pergerakan dirancang secara teratur, kemas, lancar
dan menggunakan ruang latihan. Aliran yang di lakukan
mesti mempunyai permulaan, penamat serta dilakukan
secara berterusan dan berulang-ulang.
13
HBPE 2103 Lee Man Jiau
1. Berikan tafsiran dan huraikan tema kesedaran
ritma.
2. Berikan aktiviti yang dilakukan dalam kesedaran
beban
RUMUSAN
• Pergerakan di dalam kemahiran kesederan beban
lebih kepada gerakan yang membentuk simulasi
dan main peranan.
• Kesedaran beban bermaksud kualiti pergerakan
seperti kuat, lembut, ringan dan tenang.
• Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara
mengawal kekuatan serta keupayaan otot ketika
melakukan pergerakan.
• Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut
kemampuan dan kematangan murid. Jika aspek ini
diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan.
• Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat
tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada murid.
• Guru boleh melakukan sokongan semasa
mengawal pendaratan murid.
• Murid akan bergerak dengan pelbagai cara dan
akhirnya akan dalam keadaan statik iaitu membeku.
Pergerakan ini memerlukan guru memberi murid-
murid satu situasi dan murid perlu main peranan.
• Murid akan menggunakan alatan seperti bola
sebagai beban untuk menunjukkan kualiti berat dan
ringan
• Murid merangkaikan beberapa pergerakan yang
menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan
otot tanpa alatan atau dengan alatan.
• Kesedaran aliran adalah bagaimana cara
seseorang individu melakukan beberapa
pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan
lancar.
• Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah
percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan
secara kemas, lancar dan berterusan tanpa
tersekat-sekat atau terhenti.
• Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah
satu rangkaian pergerakan yang terkawal.
• Dalam melakukan gerak kerja yang terikat ini, anda
boleh berhenti seketika pada tempat-tempat
tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan
mengekalkan imbangan badan.
• Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih
menyeronokkan dan mencabar sekiranya kita dapat
menggabungkan kedua-dua pergerakan aliran
bebas dan terikat.
• Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di
kenali sebagai kesedaran rithma.
• Rentak rithma boleh dilakukan sama ada dakam
bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-
putus。
TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK5.1 SEJARAH
Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah
mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban
Cina 2000 tahun dahulu.
Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan
pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman
ini di kenali sebagai gimnasium.
Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai
latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan.
Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang
telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke
Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur
gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan
jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik
tentera telah ditubuhkan.
Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di
alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya
tahan.
Gimnastik Swedeish berdasarkan pergerakan berirama.
-kejohanan gimnastik dalam kalendar persekutuan
gimnastik antarabangsa iaitu:
• Sukan Olimpik: 4 tahun sekali
• Kejohanan Dunia : 4 tahun dan tidak berjalan
pada tahun olimpik
• Kejohanan Eropah : pergerakan pilihan
dalam acara pilihan acara individu (had 3
lelaki + 3 wanita
5.2 BENTUK PERTANDINGANSeseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan,
keseimbangan dan ketepatan pergerakan.
Ahli gimnastik lelaki:
14
HBPE 2103 Lee Man Jiau
• Senaman lantai
• Kekuda berpelana
• Gelang
• Lombol
• Palang sejajar
• Palang tunggal
Gimnas wanita:
• Senaman lantai
• Lombol
• Palang bertingkat
• Batang titian
Pertandingan I
Pertandingan antara pasukan bagi acara lelaki dan wanita
dikenali sebagai pertandingan I. Pertandingan ini terbahagi
kepada dua bahagian, iaitu:
• Senaman wajib (IA)
Pergerakan senaman wajib mempunyai displinya telah
digubal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG)
yang merupakan badan dunia yang bertanggungjawab
mengawal segala jenis aktiviti gimnastik.
• Senaman pilihan (IB)
Senaman pilihan pula merupakan pergerakan pilihan dan
mengiku kretiviti pasukan atau peserta itu sendiri. Namun
pergerakan ini mesti mengandungi beberapa pergerakan
dari tiga peringkat kesukaran, iaitu mudah, pertengahan dan
sukar.
Pertandingan II
Di pertandingkan selepas pertandingan I, 36 gimnas lelaki
dan 36 gimnas wanita terbaik akan dipilih untuk bertanding
dalam pertandingan individu. Pertandingan II mengandungi
senaman campuran. Pertandingan ini melibatkan senaman
pilihan untuk menentukan juara keseluruhan.
Pertandingan III
Pertandingan III pula melibatkan pertandingan antara lapan
peserta terbaik bagi setiap alatan. Terdapat 6 acara alatan
bagi lelaki dan 4 acara alatan bagi wanita.
5.3 PERALATANPegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan
ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan
mengikut specifikasi. Selain itu, pegawai teknik dan pegawai
lain perlu memastikan aspek-aspek keselamatan, yang
antara lain meliputi perkara-perkara berikut:
1. Susunan atau kedudukan setiap alatan hendaklah
memikirkan aspek keselamatan peserta.
2. Tebal tilam untuk latihan senaman lantai hendaklah
sesuai dengan pertandingan. Tilam-tilam keselamatan
harus diletakkan di kawasan yang berisiko.
3. Peralatan di gimnasium mestilah diperiksa pada
setiap kali hendak digunakan disamping pemeriksaan
berkala.
4. Para peserta hendaklah mengelakkan daripada
melakukan kemahiran sukar atau yang berisiko tinggi,
tanpa latihan yang cukup.
5. Sukan gimnastik boleh dijalankan dengan syarat
diawasi oleh pegawai yang berkelayakan.
ALATAN
Kekuda Lombol
Rajah 5.5: Aksi kekuda lombol
Kekuda Berpelana
Rajah 5.7: Aksi kekuda berpelana
Palang Bertingkat
Gambarajah 5.9: Aksi palang bertingkat
Palang Tunggal
Rajah 5.10: Aksi palang tunggal
15
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Gelang
Rajah 5.11: Aksi gelang
5.4 MARKAH PERTANDINGANPersembahan Senaman Lantai
Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Potongan
markah akan dibuat sekiranya peserta melakukan perkara
berikut:
• Kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh
kemahiran yang dikehendaki (ditolak 0.5 markah setiap
Pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antara-
bangsa telah mengiktiraf Gimnastik berirama moden
sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat
gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah
Kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest,
Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi
kalender tetap persatuan dengan di pertandingkan setiap
dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di
peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah
(European Championship) dan Kejohanan Empat Benua
(Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun
1978. Sukan gimrama telah di pertandingkan buat pertama
kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
7.2 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMATali
Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian
peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan
kapal. Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah
hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal
8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.
Spesifikasi Tali
Bahan Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama.
Panjang Mengikut tinggi gimnas, tali di ukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di tengah tali dan kedua-dua
hujung tali di angkat ke aras ketiak gimnas.
Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
Rajah 7.4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas
ialah hem atau sintetik
Gelung
Gelung boleh didapati di kedai sukan atau di kedai
permainan. Gelung di buat daripada plastik, rotan atau kayu
biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai
perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan
ditepi gimnas. Terdapat juga gimas yang menu balut gelung
dengan pita pelekat yang berwarna-warni. Balutan ini
bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta
menambahkan berat gelung di samping menjadikannya lebih
menarik.
Rajah 7.5: Gelung berpita
Spesifikasi Gelung
Bola
Bola adalah salah satu displin wajib dalam gimrama. Bola
yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat
untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh
Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).
Spesifikasi Bola
Bahan Getah atau bahan sintetik dengan anjalan.
Garis pusat 18-20 cm
Berat 400 g minimum
Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
BELANTAN (CLUB)
Belantan boleh di dapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk
direka bentuk. Dalam gimrama penggunaan belantan
dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang
tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan
biasanya di kuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman.
Spesfikasi Belantan
Bahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat.
Panjang 40-50 cm
Berat 150 g minimum bagi satu belantan
Bentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ½ cm.Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi 3 cm.
Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap
sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi
dan latihan yang banyak
22
HBPE 2103 Lee Man Jiau
REBEN
Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu
ringan dan la cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak
pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk
dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain
reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk
menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk
dibaling.
Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan
keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman,
mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6 m
tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang
berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan
reben yang panjangnya 4-5 m. Riben di sangkut pada
bahagian hujung dengan kayu.
Specifikasi Reben
Bahan Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji.
Lebar 4-6 cm
Panjang Jumlah panjang sebenar ialah 7m, satu meter di lipat pada hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 cm
Berat 35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya)
Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
Kain yang paling untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang
berat atau sutera
Specifikasi Kayu
Bahan Kayu, plastik, buluh atau fibre glass. Hujung kayu sepanjang 10 cm maksimum boleh di balut dengan pita untuk cengkaman yang lebih baik.
Bentuk Bulat atau berbentuk kon.
Garis pusat 1 cm maksimum pada bahagian yang lebar sekali.
Panjang 50-60 cm termasuk cincin penyangkut.
Dawai Penyangkut
Panjangnya 7 cm maksimum. Boleh menggunakan benang, dawai atau mata kail.
Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau
‘fibre glass’
Pakaian
Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian
yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek
(track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau
leotard dengan atau tanpa tights. Sementara dalam
peringkat pertandingan penganjur akan hanya
membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau
leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung pada jenis dan
taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah
atau kelab peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola
pertandingan boleh membenarkan pakaian baju T dan seluar
trek, manakala dalam pertandingan peringkat antarabangsa,
hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tights dibenarkan.
Mengikut undang-undang sukan ini, leotard yang dipakai se-
masa pertandingan mestilah berpandukan pada beberapa
peraturan. Cans leher depan dan belakang badan tidak
boleh terlalu luas di kedua-dua bahagian depan dan
belakang sehingga menjolok mata. Garis di punggung juga
tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkan
bahagian punggung. Leotard boleh dipakai dengan atau
tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau
pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kain leotard boleh
terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan
perak. Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak
dibenarkan.
Ramai di antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa
memakai kasut. Walau bagaimanapun jika gimnas ingin me-
makai kasut semasa pertandingan, dia boleh memakai kasut
yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya
diperbuat daripada kulit atau kain.
7.3 TEMPAT LATIHAN- dalam dewan tertutup. Di bahagian atas hendaklah kosong
dan tidak mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk
dan struktur lain. Contoh: dewan sekolah, panggung, dewan
orang ramai atau gudang .
- permukaan lantai perlu bersih dan tidak terlalu licin.
- Permaidani yang lembut - biasanya berlatih di dalam
dewan dengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang
sukar seperti gulingan.
23
HBPE 2103 Lee Man Jiau
- Luas kawasan bagi pertandingan hendaklah berukuran 12
m X 12 m tetapi untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidak
diwajibkan.
7.4 UNDANG-UNDANG AMPeraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik
Antarabangsa (FIG) terdapat dua acara pertandingan yang
utama.
• Gimnas menggunakan satu peralatan untuk setiap
latihan atau rutinnya. Acara ini disebut pertandingan
individu atau latihan sukarela individu.
• Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh
sekumpulan gimnas (biasanya enam orang gimnas
serentak pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap
kumpulan mengguna kan satu atau dua jenis peralatan
yang berlainan bagi setiap latihan. Acara ini disebut
pertandingan latihan berpasukan atau latihan
berkumpulan.
LATIHAN SUKARELA INDIVIDU
Terdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu:
1. Pertandingan I—Acara berpasukan
• Setiap pasukan perlu terdiri
daripada tiga atau empat orang gimnas.
• Setiap pasukan mesti
mempertunjukkan 10 latihan, laitu dua latihan bagi
setiap peralatan. Peralatan yang digunakan ialah tali,
bola, gelung, belantan dan reben.
• Setiap gimnas dalam pasukan
boleh mempersembahkan satu hingga empat latihan
maksimum dengan menggunakan peralatan yang
berlainan. Dengan itu setiap peralatan akan
dipersembahkan oleh dua gimnas yang berlainan
dalam satu pasukan.
• Dalam menentukan johan
pasukan, jumlah mata yang diperolehi daripada semua
gimnas akan diambil kira. Pasukan yang mendapat
agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan
johan (jumlah mata maksimum: 100).
• Pertandingan I merupakan
pusingan kelayakan untuk masuk ke Pertandingan II
dan III.
2. Pertandingan II—Acara individu keseluruhan
Hanya gimnas yang telah mempersembahkan
sekurang-kurangnya tiga latihan dalam Pertandingan I
akan dipertimbangkan untuk pertandingan ini, Tiga
jumlah mata yang terbaik akan diambil kira untuk setiap
gimnas.
Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak
bertanding untuk pertandingan individu keseluruhan.
Penyertaan ini terhad kepada dua peserta dan setiap
pasukan.
Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti memper-
tunjukkan empat latihan dengan empat peralatan yang
ditetapkan oleh Pesekutuan Gimnastik Antarabangsa,
(FIG).
Untuk menentukan Johan Individu Keseluruhan, jumlah
mata yang diperolehi daripada keempat-empat latihan
yang dipertunjukkan akan diambil kira. Peserta yang
mendapat mata terbanyak akan menjadi johan individu
keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40).
2. Pertandingan III—Pusingan akhir untuk setiap
peralatan
Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta
setiap pasukan) bagi setiap peralatan yang
dipertandingkan dalam Pertandingan I layak menyertai
Pusingan Akhir untuk setiap peralatan.
Peserta yang memperolehi mata tertinggi bagi sesuatu
acara peralatan akan menjadi johan bagi peralatan
berkenaan (jumlah mata maksimum: 10).
1. Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk
pertandingan gimrama.
2. Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan
pertandingan gimrama.
3. Nyatakan corak pertandingan gimrama.
RUMUSAN
• Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan
gimnastik.
• Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik
oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).
• Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan
bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan
berterusan
• Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai
mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua
Eropah.
• Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antara-
bangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden
sebagai suatu sukan tersendiri.
• Pertandingan di peringkat gimrama peringkat
antarabangsa yang pertama ialah kejohanan gimrama
24
HBPE 2103 Lee Man Jiau
sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada
tahun 1963.
• Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama
kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika
Syarikat.
• Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan
keperluan yang asas.
• Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan
lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan
Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben,
gelung dan belantan.
• Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah
hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan
tebal 8mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.
• Gelung dibuat daripada plastik, rotan atau kayu
biasa digunakan oleh gimnas.
• Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke
paras punggung apabila ditegakkan ditepi gimnas.
• Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola
yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas
serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa
(FIG).
• Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap
sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi
dan latihan yang banyak.
• Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah
satin, nilon yang berat atau sutera.
• Panjang reben boleh diubahsuai mengikut saiz
fizikal dan keupayaan gimnas.
• Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai
pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergersk, laitu
seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan
baju T atau leotard dengan atau tanpa tights.
• Dalam peringkat pertandingan penganjur akan
hanya membenarkan peserta memakai leotard dan
tights atau leotard sahaja.
• Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan
tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian
tarian juga tidak dibenarkan.
• Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit
atau kain.
• Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan
latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup.
• Permaidani yang lembut adalah amat sesuai
sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama.
• Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam
gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan
yang diadakan.
TOPIK 8 GIMRAMA8.1 KEMAHIRAN PERGERAKAN BADANKesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan
dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan
pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan
alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik
serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas.
Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan
dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang
licin dan baik. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di
antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan
menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat
mencabar bagi gimnas dan jurulatih.
Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada
beberapa kumpulan iaitu:
• Pergerakan melangkah
• Ayunan dan Pusingan
• Putaran dan pivot
• Alunan
• Lompatan dan layangan
• Imbangan,
• Lentikan
• Gulingan
8.1.1 Pergerakan MelangkahDalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi
corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang
lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini akan dllakukan
dalam berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah
dilakukan dengan ringan, anjal serta berada di atas bebola
kaki. Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung
kaki sentiasa dilunjurkan. Contoh-contoh pergerakan ini
adalah seperti:
Berjalan
Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan
menggunakan bebola kaki serta luruskan hujung kaki dan
kaki menghala ke luar sedikit. Ayunan tangan dengan bebas
bermula dari bahagian bahu dan pergerakan tangan
kehadapan. Tangan yang dihayun kedepan hendaklah
bertentangan dengan pergerakan kaki kehadapan. Berada
dalam keadaan badan tegak dan pandang ke depan.
Berlari
25
HBPE 2103 Lee Man Jiau
Keseluruhan cara berlari mempunyai persamaan dengan
berjalan cuma dilakukan dengan cepat dan kedua-dua kaki
diangkat dari lantai seketika. Contoh variasi: langkah besar,
langkah kecil, tendang ke belakang dengan kaki lurus atau
bengkok.
Lompat Ketinting
Lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.
Lompat Skip
Lompat berturut-turut dengan kedua-dua kaki secara bergilir-
gilir
Chasse
Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut
dinamakan juga langkah-tutup-langkah. Gerakan Chasse
merupakan kemahiran yang mustahak bagi menyedialan diri
untuk gerakan yang lain. Dengan melajukan Chasse ke
depan dengan cepat, ia akan membantu persediaan untuk
lompatan, layangan atau pusingan.
Terdapat dua gerakan Chasse iaitu:
ke hadapan
ke sisi
Langkah Waltz
Langkah Waltz dilakukan dengan membengkokkan badan
dalam kiraan 1 dan di atas bebola kaki dalam kiraan 2 dan 3.
Variasinya boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan boleh di
mulakan dengan kaki kiri.
Langkah Grapevine
Langkah Grapevine merupakan pergerakan ke sisi. Teknik
asas adalah seperti benkut:
• Berdiri atas kaki kanan hulur kaki kiri ke sisi.
• Langkah kaki kiri dan silang kaki kanan ke depan
kaki kiri.
• Hulur kaki kiri ke sisi.
• Langkah kaki kanan dan silang kaki kanan ke
belakang kaki kiri.
8.1.2 Ayunan dan PusinganAyunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan.
Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam gerakan gimrama
ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk
menyambung sesuatu pergerakan. Ayunan dan pusingan
boleh dilakukan dengan mana-mana anggota badan seperti
tangan, bahagian atas badan dan kaki.
8.1.3 Putaran dan Pivot
Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain
daripada dua kaki putaran boleh dilakukan dengan anggota
badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Terdapat
berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada