1 NOTA KULIAH AA21103: BUDAYA DAN MASYARAKAT PENGENALAN: Konsep-konsep Pengertian Masyarakat • Masyarakat didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang tinggal bersama dalam satu kawasan untuk tempoh tertentu. • Kelompok manusia ini juga mempunyai kegiatan ekonomi,nilai-nilai dan norma-norma serta mempunyai peraturan-peraturan tertentu. • Setiap masyarakat mempunyai budaya dan identiti tertentu yang terbentuk melalui proses sosialisasi. • Rumusnya, masyarakat merangkumi individu-individu atau kelompok manusia yang berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi satu kebudayaan yang sama di dalam satu kawasan tertentu dan bersatu dalam kumpulan dan melihat diri mereka berlainan daripada kumpulan manusia yang lain. • Ciri-ciri masyarakat: i. Hidup berkelompok. ii. Mengalami tahap-tahap perubahan. iii. Mempunyai budaya atau berbudaya. iv. Saling berinteraksi (dengan ahli dan pihak luar). v. Wujud kesedaran untuk bekerjasama di kalangan ahli dalam masyarakat. vi. Mempunyai kepimpinan. vii. Memiliki aturan sosial tertentu. Masyarakat Daripada Perspektif Sosiologi • Perspektif Sosiologi, terdapat dua konsep penting tentang masyarakat yang di perkenalkan oleh Ferdinand Tonnies (1855-1936) iaitu i. Gemeinschaft
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
NOTA KULIAH
AA21103: BUDAYA DAN MASYARAKAT
PENGENALAN: Konsep-konsep
Pengertian Masyarakat
• Masyarakat didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang tinggal bersama dalam satu
kawasan untuk tempoh tertentu.
• Kelompok manusia ini juga mempunyai kegiatan ekonomi,nilai-nilai dan norma-norma
serta mempunyai peraturan-peraturan tertentu.
• Setiap masyarakat mempunyai budaya dan identiti tertentu yang terbentuk melalui proses
sosialisasi.
• Rumusnya, masyarakat merangkumi individu-individu atau kelompok manusia yang
berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi satu kebudayaan yang sama di dalam satu
kawasan tertentu dan bersatu dalam kumpulan dan melihat diri mereka berlainan daripada
kumpulan manusia yang lain.
• Ciri-ciri masyarakat:
i. Hidup berkelompok.
ii. Mengalami tahap-tahap perubahan.
iii. Mempunyai budaya atau berbudaya.
iv. Saling berinteraksi (dengan ahli dan pihak luar).
v. Wujud kesedaran untuk bekerjasama di kalangan ahli dalam masyarakat.
vi. Mempunyai kepimpinan.
vii. Memiliki aturan sosial tertentu.
Masyarakat Daripada Perspektif Sosiologi
• Perspektif Sosiologi, terdapat dua konsep penting tentang masyarakat yang di
perkenalkan oleh Ferdinand Tonnies (1855-1936) iaitu
i. Gemeinschaft
2
ii. Gesellschaft
• Konsep ini merujuk kepada jenis-jenis masyarakat, susunan sosialnya (bentuknya) dan
juga hubungan-hubungan sosial yang terdapat dalam masyarakat tersebut.
Gemeinschaft
• Ianya juga dikenali sebagai the society of tradition yang merujuk kepada sistem sosial di
mana perhubungan ahli-ahlinya berbentuk dan berasaskan ikatan kekeluargaan dan
bersifat personal.
• Ciri-ciri utama gemeinschaft adalah:
i. Ahli-ahlinya mempunyai hubungan yang rapat dan bersemuka.
ii. Individu dalam kelompok dikumpulkan melalui perkongsian idea yang sama dan
ingin mencapai matlamat yang sama seperti ikatan keagamaan.
iii. Setiap individu dalam kumpulan akan berkongsi untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti yang diperlukan termasuklah dalam kegiatan ekonomi (sifat saling
membantu di antara satu sama lain yang seterusnya menguatkan lagi ikatan di
kalangan ahli-ahli).
Gesellschaft
• Ianya juga dikenali sebagai the society of contract di mana hubungan di kalangan ahli-
ahli dalam masyarakat ditentukan oleh perhubungan yang jelas berasaskan perjanjian dan
lebih berbentuk formal.
• Ciri-ciri utama gesellschaft adalah:
i. Hubungan antara ahli tidak ada ciri-ciri kemesraan seperti dalam masyarakat
gemeinschaft (sebab iakatan berasaskan perjanjian).
ii. Perhubungan sosial yang dibentuk bersifat khusus dan impersonal. Bermakna
interaksi ahli-ahlinya adalah individualistik dan saling tidak percaya. Interaksi dan
tanggungjawab berasaskan syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian yang
dipersetujui.
iii. Wujudnya pembahagian tugas dan peranan khas yang perlu dipenuhi oleh
individu untuk mencapai matlamat orgnisasi.
iv. Setiap tingkah laku dibentuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan
sebagai satu unit kawalan sosial.
3
v. Individu dalam masyarakat saling bersaing antara satu sama lain dan persaingan
ini untuk kepentingan sendiri. Interaksi dan tanggungjawab berdasarkan
perjanjian. Ini menjadikan mereka lebih bersifat individualistik.
• Kedua-dua bentuk masyarakat ini dibezakan berdasarkan kepada hubungan sosial yang
terdapat dalam kedua-dua masyarakat ini.
• Lazimnya masyarakat berbentuk gemeinschaft akan berubah ke bentuk gesellschaft
apabila berlakunya proses perindustrian di kawasan tersebut sehingga terbentuknya
masyarakat yang bersifat lebih kompleks.
Tiga Peringkat Bentuk Masyarakat
• Terdapat tiga peringkat bentuk/ jenis masyarakat iaitu:
i. Masyarakat berburu dan meramu (hunter and gatherer).
ii. Masyarakat bertani.
iii. Masyarakat industri.
Masyarakat Berburu Dan Meramu
• Aktiviti ekonomi utama, memburu dan mengumpuil makanan di hutan.
• Aktiviti ekonomi untuk sara diri/ kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja.
• Tidak ada lebihan makanan (surplus), makanan adalah untuk secukup hidup.
• Unit sosial yaang penting adalah isi rumah dan klan yang berasaskan ikatan kekeluargaan
dan persanakan.
• Saiz klan dalam lingkungan 50 orang dan cenderung untuk berpindah randah.
• Penentuan dalam pembahagian tenaga kerja adaalah ringkas; berasaskan umur dan
jantina.
• Ahli memiliki sedikit harta.
4
Masyarakat Bertani
• Kewujudan masyarakat ini berkait rapat dengan revolusi dalam pertanian dan
pengeluaran yang efisien disebabkan adanya teknologi yang lebih baik.
• Masyarakat bertani juh lebih maju berbanding masyarakat berburu dan meramu.
• Masyarakat bertani pandai menternak binatang, menggunakan peralatan daripada logam,
menggunakan roda dan berpengetahuan tentang sistem pengairan & baja.
• Kemajuan dalam penggunaan teknologi menjadikan ahli-ahlinya lebih bebas untuk
mengusahakan pertanian.
• Masyarakat ini ramai yang tidak terikat secara langsung dengan tanah tetapi bertumpu di
pusat bandar dan akhirnya membawa kepada pembahagian buruh yang kompleks.
• Ramai yang berpeluang menikmati teknologi lebih baik, terlibat dalam perdagangan,
boleh membaca dan menulis, mengenali sains dan seni.
• Aktiviti ekonomi masyaarakat lebih khusus dan wujud pelbagai pekerjaan telah
mewujudkan ketidakseimbangaan yang lebih luas dalam masyarakat.
• Wujud sistem kelas yang kompleks. Terdiri daripada pedagang, tentera, sarjana, pegawai,
raja dan golongan petani miskin yang bergantung kepada tenaga semata-mata (tulang
empat kerat). Golongan petabi ini menurut Sjoberg (1960) adalah 90% daripada populasi
masyarakat jenis ini.
• Penggunaan kuda dan roda menjadikan bidang teknologi ketenteraan lebih maju dan
efisien.
• Ketenteraan digunakan untuk mendapaatkan lebihan makanan menerusi penaklukan ke
atas orang yaang lebih lemah.
• Contoh kerajaan Rome yang berjaya menakluki sebahagian besar Eropah untuk
menyokong kehidupan masyarakat elit di Itali.
Masyarakat Industri
• Kewujudan masyarakat industri bermula ekoran daripada berlakunya revolusi industri di
Eropah Barat.
• Penggunaan tenaga elektrik dan gas menggantikan tenaga manusia dan binatang telah
menyebabkan pertumbuhan pesat dalam pengeluaran tidak sahaja barangan tetapi juga
pengetahuan dan teknologi.
5
• Masyarakat pertanian telah berubah dan mula terlibat dalam pengeluaran industri dengan
bekerja di kilang-kilang.
• Wujud ekonomi pasaran, sistem perbankan, insuran dan perkhidmatan.
• Karektor politik, sosial dan ekonomi telah berubah dengan perkembangn perindustrian.
• Bidang-bidang baru dalam pendidikan, misalnya kewujudan sains, perubatan dan sukan.
Takrifan Budaya
• Masyarakat adalah orang yang hidup bersama yang membentuk kebudayaan.
• Tidak ada masyarakat yang tidak mempunyai kebudayaan. Begitu juga sebaliknya tidak
ada kebudayaan tanpa masyarakat.
• Perkataan kebudayaan berasal daripada bahasa sanskrit Buddhaya yang merupakan
bentuk jamak daripada perkataan Buddhi iaitu budi atau akal.
• Perkataan culture berasal daripada bahasa Latin Colere yang bererti mengusahakan tanah
pertanian.
• Kebudayaan merupakan suatu cara hidu (way of life).
• Menurut Koentjoroningrat ianya berkait dengan hal-hal berkenaan budi dan akal yang
dirumuskannya sebagai:
i. Sistem budaya – wujud ide, nilai-nilai, norma, peraturan.
ii. Sistem sosial – wujudnya kelakuan berpola dari manusia dalam masyarakat.
iii. Budaya fizikal – wujudnya benda-benda hasil ciptaan manusia.
• Kebudayaan berfungsi sebagai melindungi diri dari alam dan menjaga alam, menyusun
hubungan dengan manusia.
• Menurut Edward B.Taylor (1871), budaya merujuk kepada keseluruhan kehidupan
manusia yang kompleks, meliputi pengetahuan, sistem kepercayaan, kesenian, moral,
undang-undang, adat istiadat, kebiasaan dan lain-lain kemahiran yaang dimiliki manusia
sebagai ahli masyarakat.
• Justeru itu, daripada perspektif sosiologi, budaya merujuk kepada keseluruhan cara hidup
ahli dalam sesuatu masyarakat dan bukannya terhad kepada peradaban atau tamadun
yang dicapaai oleh manusia semata-mata.
6
• Budaya merangkumi nilai-nilai, simbol, kepercayaan yang dipegang oleh anggota
masyarakat dan norma-norma yang mereka ikuti (dikenali sebagai budaya bukan
kebendaan) serta peralatan dan bahan yang dicipta oleh manusia (dikenali sebagai budaya
berbentuk kebendaan) untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti makanan,
tempat tinggal dan tempat kerja.
Unsur-unsur Kebudayaan
1) Menurut Melville J.Herskovits
i. Alat-alat teknologi yang dihasilkan.
ii. Sistem ekonomi masyarakatnya.
iii. Sistem kekeluargaan.
iv. Kekuasaan politik.
2) Menurut Kluckhohn
i. Kelengkapan manusia untuk hidup (rumah, pakaian, alat-alat pengeluaran dsb).
ii. Mata pencarian masyarakatnya (pertanian, sistem pengeluaran, industri dsb).
iii. Sistem kemasyarakatan (organisasi politik, undang-undang, sistem perkahwinan,
sistem kekeluargaan)
iv. Bahasa ( lisan dan tulisan).
v. Kesenian (ukiran, tarian, dsb).
vi. Sistem pendidikan.
vii. Sistem kepercayaan.
Ciri-Ciri Budaya
1) Setiap budaya mengalami perubahan
i. Tidak ada budaya yang statik, kaku mahupun rigid.
ii. Perubahan dan pengubahsuaian ini didorong oleh keperluan untuk memenuhi
kehidupan masyarakat dari masa ke semasa.
7
2) Budaya adalah elemen hidup yang dipelajari
i. Budaya dipelajari menerusi proses sosialisasi untuk membolehkan individu
menjadi anggota dalam masyarakat.
ii. Proses pembelajaraan ini (sosialisasi) menanamkan nilai dan norma yang
dipentingkan dalm masyarakat.
iii. Proses pembelajaran ini berterusan dan tidak pernah berhenti sehingga individu
itu meninggal dunia.
3) Amalan budaya dikongsi bersama
i. Setiap elemen budaya dikongsi bersama oleh sesuaatu kelompok masyarakat
tersebut.
ii. Perkongsian simbol, bahasa dan norma misalnya, difahami oleh ahli-ahli
masyarakat itu.
4) Budaya merangkumi peraturan-pertauran yang terkandung di dalamnya kewajipan-
kewajipan, larangan-larangan dan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh ahli-ahli
anggota masyarakatnya.
5) Budaya mempunyai nilai-nilai integratif
i. Maksudnya budaya berperanan mengintegrasi ataau menyatupadukan ahli-ahli
dalam masyarakat tersebut.
ii. Contoh bendera Malaysia – semua ahli masyaraakaat tanpa mengira kumpulan
etnik dan parti politik menghormati bendera Malaysia.
Oleh itu, budaya bermaksud bagaimana individu dalam masyarakat memberi tafsiran terhadap
budayanya dan budaya masyarakat lain.
• Terdapat tiga tindakbalas/takrifan budaya ini.
i. Etnocentrism
• Konsep etnosentrisme telah diutarakan oleh William G.Summer. Etnosentrisme merujuk
kepada anggapan individu bahawa setiap aspek amalan budayanya dianggap lebih baik
atau terbaik berbanding dengan budaya orang lain.
• Selain itu, individu juga mengukur budaya orang lain berdasarkan kaayu ukur budayanya
sendiri.
• Ringkasnya, konsep ini merujuk kepada kecenderungan individu mengandaikan budaya
masyarakatnya lebih baik berbanding drp budaya masyarakat lain. Cth – makan guna
tangan vs chopstick, masuk rumah pakai kasut vs buka kasut dll.
8
ii. Xenocentrism
• Konsep ini bertentangan dengan konsep etnocentrism. Individu mempunyai kepercayaan
atau menganggap budayanya (material atau non material) adalah inferior (lebih rendah)
dan kolot berbanding dengan budaya lain.
• Dalam erti kata lain, konsep ini memandang rendah budaya sendiri sehingga ada ahlinya
yang enggan mengamalkan budaya tersebut. Contohnya, kecenderungan menggunakan
bahasa Inggeris sebab menganggap bahasa Melayu tidak maju, pakaian jenama dll.
iii. Relativisme Budaya (Cultural Relativism)
• Konsep relativisme budaya memberi alternatif/pilihan kepada individu untuk menerima
kelebihan atau kekurangan budaya lain.
• Maksudnya, kita tidak melihat bahawa budaya kita lebih baik dan lebih maju daripada
budaya masyarakat lain. Konsep ini menganjurkan kita memandang dan mentakrifkan
tingkah laku individu daripada perspektif budaya individu itu sendiri.
• Penekanan kepada konsep neutrality menjadi asas kepada pemahaman budaya orang lain
dan tidak menolak sesuatu budaya sebagai aneh, kolot atau exotic jika ia berbeza dengan
amalan budaya kita. Contoh, poligami mesti dilihat dripada perspektif Islam dan
bukannya dilihat daripada perspektif Kristian.
PERDEBATAN TEORITIS: Fungsionalisme
Teori Fungsionalisme
• Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.
• Teori ini beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan
sosial dan perubahan-perubahan semasa. Masyarakat dalam teori fungsionalisme
dianggap seperti anggota tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.
• Masyarakat ialah satu sistem yang terdiri daripada kombinasi benda, bahan dan manusia
yang membentuk keseluruhan masyarakat.
• Masing-masing saling berhubung kait dan saling membantu.
• Perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah
tercapai titik keseimbangan.
9
• Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan dan
keharmonian masyarakat.
• Istilah fungsi dalam sosiologi bermaksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota
masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap
orang lain.
• Fungsi bermaksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan
penyelarasan kepada suatu sistem berlaku.
• Sesuatu sistem itu dapat kekal jika tugas masing-masing dijalankan.
• Masyarakat dianggap sebagai satu organisme hidup seperti organ-organ yang saling
bergantung antara satu sama lain.
• Setiap bahagian mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam melicinkan
perjalanan sistem sosial. Apabila keadaan ini berlaku sistem sosial menjadi stabil dan
dinamik.
• Brinkerhoff dan White (1989: 9) merumuskan tiga andaian utama ahli fungsionalisme
iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi.
i. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama bagi menentukan keupayaan struktur
masyarakat dapat dikekalkan.
ii. Harmoni pula merupakan pengukuran bagi menentukan bagaimana sesebuah
bahagian masyarakat saling bekerjasama bagi mencapai tujuannya.
iii. evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam struktur
masyarakat ke arah pembaharuan.
• Comte – Menyimpulkan bahawa masyarakat adalah seperti binatang iaitu ada tisu dan
organ-organ yang saling berhubung dan menjalankan fungsi masing-masing.
• Spencer menjelaskan kepada 3:
i. Bahagian-bahagian dalam masyarakat itu saling bekerjasama dalam bentuk
struktur.
ii. Setiap bahagian dalam masyarakat itu akan berusaha untuk memenuhi keperluan
struktur. Beliau menjelaskan bahagian-bahagian itu sebagai fungsi.
iii. Perubahan pada satu bahagian akan menyebabkan perubahan pada bahagian-
bahagian yang lain.
10
• Teori fungsionalisme juga mengkaji terhadap perubahan-perubahan sosial dalam
sesebuah struktur masyarakat.
• Merton (1957) melihat kesan struktur sosial kepada dua iaitu fungsi ketara dan fungsi
tersembunyi.
• Fungsi ketara merupakan sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam sesuatu aktiviti
sosial. Manakala fungsi tersembunyi ialah sesuatu yang tidak disedari.
• Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi.
• Fungsi bermaksud kesan-kesan positif daripada struktur sosial.
• Disfungsi pula merupakan kesan negatif yang wujud daripada struktur sosial yang
diamalkan.
• Oleh itu, jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan anggota masyarakat adalah
penting bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan anggota masyarakat
akan memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat.
• Contoh-contoh difungsi seperti:
i. Kemiskinan.
ii. Masalah sosial kepada masyarakat.
iii. Ia juga akan memainkan peranan sebagai fungsi kerana tanpa orang miskin siapa
akan melakukan kerja-kerja memungut sampah dsb.
iv. Ia juga menyebabkan polis dan jabatan masyarakat masih wujud.
• Durkheim menjelaskan:
i. Setiap masyarakat ada keperluan yang perlu dipenuhi bagi memastikannya
berjalan dengan baik.
ii. Sekiranya bahagian-bahagian tersebut berfungsi maka masyarakat itu adalah
normal, begitulah sebaliknya jika tidak berjalan dengan baik dikenali sebagai