NOTA EDU 3109 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA i.BAB 1 1)
PENGENALAN -usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam
sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara
yang mencabar -penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan
keterangkuman (inklusif) -pastikan kesaksamaan untuk
semua,khususnya dalam bidang pendidikan. -Pendidikan adalah
kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk
memupuk integrasi antara kaum. -memerlukan tindakan secara holistik
agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara -pendidikan
adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh
saingan. 2) INTEGRASI NASIONAL AKIBAT KERETAKAN INTEGRASI NASIONAL
- Perbezaan budaya dan agama - Ketidakpuasan hati - Kedudukan
Geografi CABARAN MEWUJUDKAN SATU SISTEM SOSIAL - Agama dan
kebudayaan - Dasar Penjajah British - Sistem pendidikan,
persekolahan dan bahasa yang berlainan - Amalan ekonomi yang
berlainan - Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik
HALANGAN INTEGRASI NASIONAL - Perbezaan budaya dan agama - Dasar
Penjajahan - Sistem Pendidikan - Amalan Ekonomi - Perbezaan politik
PUPUK INTEGRASI NASIONAL MELALUI DASAR PELAJARAN - Sistem
Pendidikan Kebangsaan - Agenda Memperkasakan SK - Penerapan Nilai -
Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan - Konsep Sekolah Wawasan -
Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum - Perkasakan bahasa Kebangsaan -
Pemantapan Aktiviti - Pupuk Kefahaman - Dasar Pelajaran kebangsaan
- menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan - pakaian
seragam - sistem latihan guru - bahasa penghantar yang sama USAHA
BAGI MEMASTIKAN INTEGRASI NASIONAL TERUS DIPELIHARA DAN
DIPERKUKUHKAN - melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan -
menjadikan agenda memperkasakan SK - menerapkan nilai jati diri,
budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam
tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian. - memperkenalkan mata
pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 -
memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan - melaksanakan beberapa
aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara
berterusanmelalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum PUPUK
INTEGRASI NASIONAL MELALUI RIMUP - Modul Aktiviti Kecemerlangan
Akademik - Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan - Modul Aktiviti
Kokurikulum - Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat - Modul Aktiviti
Meningkatkan Patriotisme TINDAKAN KPM UNTUK PUPUK INTEGRASI
NASIONAL - Sekolah sebagai alat perpaduan - Sistem persekolahan
yang sama - Penggunaan Bahasa Melayu - Pendedahan kepada nilai -
Seminar/forum PENGLIBATAN KOMUNITI SETEMPAT UNTUK PUPUK INTEGRASI
NASIONAL - Program Permuafakatan Masyarakat - Hari Keluarga - Acara
Kebudayaan - Sambutan Perayaan - Aktiviti Kokurikulum - Bulan
Kemerdekaan - Lawatan ziarah - Bina Insan 3) PENDEMOKRASIAN
PENDIDIKAN - Semua dapat hak yang sama - Sekolah dapat kemudahan
yang sama - Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan - Sekolah satu aliran
- Amalan kehidupan - Peluang pendidikan yang sama - Persamaan hak -
Peluang yang luas - Pembangunan sumber manusia TUMPUAN DALAM
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN - Basmi buta huruf - Pendidikan universal
- Penyediaan infrastruktur - Guru terlatih yang mencukupi - Pra
sekolah untuk semua STRATEGI PELABURAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN -
Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang
dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang
sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada
setiap peringkat pendidikan. - Untuk meningkatkan produktiviti dan
memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan
tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status
sosioekonomi. - Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan
dalaman dalam pengurusan. - pengagihan dan penggunaan sumber sedia
ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan. -
Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran
dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan,
pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial
dan lain-lain. RUMUSANNYA, TUMPUAN BANK DUNIA DALAM PENDIDIKAN -
Pendidikan asas - Pendidikan wajib untuk semua - Kecekapan dalam
pengurusan - Pengagihan sumber - Keperluan dengan pasaran kerja
PENDIDIKAN NEGARA - Pelbagai peringkat - Kurikulum yang sama -
Penubuhan sekolah agama rakyat - Peningkatan bilangan pelajar ke
universiti - Pendidikan swasta - Pendidikan untuk semua -
Pengagihan sumber kewangan - Pendidikan sejagat - Pertambahan guru
dan bilangan kelas - Pendidikan Bertaraf Dunia - Pendidikan
berterusan - Pendemokrasian pendidikan - Pendidikan berkualiti 4)
TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO ADALAH
BERDASARKAN KEPADA - pelajar belajar untuk tahu - belajar untuk
membuat - belajar untuk menjadi apa - belajar untuk hidup bersama
KEJAYAAN SEKOLAH MENURUT UNESCO - Pengurus punyai kuasa autonomi -
Memperkasakan kapasiti - Struktur terurus - Ukuran prestasi -
Pemantauan prestasi - Kawalan sumber - ketelusan MENURUT LAPORAN
UNESCO (2005), KUASA AUTONOMI BAGI MENGURUSKAN PERJALANAN SEKOLAH
SECARA KESELURUHANNYA - pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi
untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya. - sekolah perlu
mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan,
kelemahan dan prioritinya. - sekolah memerlukan struktur yang
terurus dan professional. - kerajaan pusat perlu terus memainkan
peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah.
- sekolah perlu mengawal sumber-sumber. - pengurusan sekolah mesti
telus. TUJUAN TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO - Memenuhi keperluan
pembelajaran asas - Membentuk wawasan - Akses kepada universal -
Focus terhadap pembelajaran - Perluaskan skop - Penambahbaikan
persekitaran - Perkukuhkan perkongsian - Pembangunan dasar -
gerakkan sumber - perpaduan antarabangsa DASAR KPM DAN KAITANNYA
DENGAN TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO - Perkembangkan potensi individu -
Tingkatkan kreativiti - Sistem pendidikan yang cekap - Pusat
kecemerlangan pendidikan - Tingkatkan martabat pendidikan 4)
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
ADALAH DARI SEGI YANG BERIKUT - Keperluan terhadap pembelajaran
berterusan. - Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum - Penggunaan
teknologi telekomunikasi dan maklumat. - Pengurusan pendidikan. -
Pembentukan jati diri pelajar. - Kualiti guru. PERLU KEPADA
PERUBAHAN KURIKULUM Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah
seperti yang berikut - Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses
pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer
dan penggunaan multimedia. - Projek Sekolah Net: Penggunaan
komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru
berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan
pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada
pelajar. - Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi
membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai
sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan
pemudahcara. - Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi
pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi
membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan
memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik
dengan rakan dan guru. PERSEDIAAN MENGHADAPI PERSAINGAN GLOBAL
IAITU DARI SEGI - Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat. -
Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan
bahasa antarabangsa. - Menguasai kemahiran teknologi untuk
keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian. - Bersedia dari segi
kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan
masalah serta menjana pengetahuan baru. - Menjadi warganegara yang
bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya. KESAN
GLOBALISASI PENDIDIKAN - Pembelajaran sepanjang hayat - Kebolehan
berkomunikasi - Kemahiran teknologi - Kesediaan kognitif -
Warganegara bertanggungjawab CABARAN GLOBALISASI KEPADA GURU -
Kesediaan guru - Pertambahan beban - Kekurangan sokongan pengurusan
- Pengurusan pendidikan - Sikap guru - Perbezaan tahap pengetahuan
- Penggunaan teknologi - Pembentukan jati diri - Budaya sekolah -
Perkembangan profesionalisme guru KESAN NEGATIF GLOBALISASI -
Negara lemah ditindas - Ketidakadilan perkongsian - Pemantauan yang
mendalam - Permintaan pasaran tenaga kerja - Meminggirkan bahasa
melayu - Terbuka kepada persaingan tidak sihat - Pengkomersilan
pendidikan - Penafian pendemokrasian pendidikan - Penghayatan ilmu
terhakis 5) KEPELBAGAIAN BUDAYA - Perlu keadilan - Peluang
pendidikan kepada semua - Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum - Program sekolah berkembar KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA
PELAJAR HARUSLAH DITANGANI DENGAN BIJA. BERIKUT ADALAH BEBERAPA
CADANGAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN UNTUK MENJAYAKAN ISI TERSEBUT. -
Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan
negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada
sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil,
sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk
meningkatkan taraf pendidikan negara. - Mengimbangi penekanan
kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan
pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
- Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di
institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. -
Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan
iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan
autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan
setanding dengan negara-negara maju. - Memastikan pelantikan naib
canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik
dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat. -
Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman
khususnya di Sabah dan Sarawak. - Meningkatkan mutu pendidikan guru
bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih
mengikut permintaan. - Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi
untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran
profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa. -
Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim
rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman. - Menyediakan
biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan
keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar
bandar dan pedalaman. - Menekankan betapa mustahaknya pelajar
menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab,
Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga
bahasa-bahasa ibunda. - Menyediakan tempat dan latihan kepada
mereka yang keciciran. - Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan
Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil,
diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi
piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma
Muadalah (diploma berkembar). CADANGAN TANGANI KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA - Sekolah kebangsaan sebagai peneraju - Kelayakan
pelajar jadi penentuan - Pindaan akta - Tingkatkan kemudahan -
Tingkatkan mutu pendidikan guru - Peluang latihan - Biasiswa kepada
yang berkelayakan - Kuasai pelbagai bahasa 6) PENGARUH PERKEMBANGAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) - Suasana lebih kondusif -
Mudah hasilkan bahan - Kepelbagaian media - Maklumat pelbagai
TERDAPAT 3 ASAS PENTING DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT IAITU -
teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan
untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. - memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej. - proses berkomunikasi iaitu ia
menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk
berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada
penerima. PERUBAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT - Kuasa penggerak -
Pelaksanaan - Pemudahan bertindak - Kaedah perubahan - Permulaan
perubahan IMPLIKASI TMK - penggunaan komputer dalam sistem
organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja
dengan sesuatu tugasan. - menjadikan sesuatu keputusan yang ingin
dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus
terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan
terdapat perkara kerahsian. - mampu untuk mengawal selia dengan
lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam
perlaksanaannya. - kemampuan sistem komputer yang mempunyai
internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih
menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara
bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi. KOMPUTER DALAM
PENDIDIKAN - Pendidikan jarak Jauh - Reformasi dalam pendidikan -
Mudah beri maklumbalas - Sebagai bahan pengajaran pembelajaran -
Alat komunikasi - Memudahkan pemahaman 7) GEJALA SOSIAL PENGKELASAN
MASALAH SOSIAL BOLEH DIPECAHKAN KEPADA 3 BAHAGIAN IAITU - Jenis
kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk
sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian. - Jenis
kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip
duit pau daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain,
memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan
berkelakuan seperti samseng. - Jenis kesalahan kurang sopan dan
biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar
perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta
menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan
kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.
PUNCA GEJALA SOSIAL - Globalisasi dan modenisasi - Keruntuhan
institusi keluarga - Media-massa - Kelemahan undang-undang - Sikap
remajA - Sikap ibu bapa KESAN NEGATIF - Kepada individu sendiri -
Menjejaskan negara - Keruntuhan nilai agama TANGANI GEJALA SOSIAL -
Peranan ibu bapa - Peruntukan undang-undang - Pendekatan akademik -
Didikan agama - Peranan ahli masyarakat BAB 2 GURU DAN PERUNDANGAN
1) PENDAHULUAN - Golongan guru hendaklah memastikan martabat
perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap
yang lebih tinggi dan dihormati. - Oleh yang demikian
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah
diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan
kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan. - Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami
sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun
dibuat pindaannya pada 2002. - Di samping itu Akta Pendidikan 1996
juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat
pendidikan negara. 2)PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN
TATATERTIB) 1993 (PINDAAN 2002) - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002dan mula berkuatkuasa pada
20 Jun 2002. - Pindaan ini melibatkan Peraturan
2iaituPeraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993[P.U. (A) 395/1993], yang disebut Peraturan-Peraturan ibu.
Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan
memotong subperaturan2(2). - Tujuan utama peraturan adalah untuk
menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. -
Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi
menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan
supaya dapatmemperbaiki tingkah lakumereka pada masa hadapan dan
pada masa yang sama dapatdijadikan panduankepada orang lain.
3)RASIONAL PERATURAN TATATERTIBINI DILAKSANAKAN ADALAH UNTUK
MEMASTIKAN PEGAWAI AWAM - melaksanakan tugas dengan cekap,
beramanah dan bertanggungjawab - meletakkan kepentingan awam lebih
utama daripada kepentingan mereka sendiri - menjaga imej
perkhidmatan awam - yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan
dihukum. 4)FAKTOR PENURUNAN KES INIADALAH SEPERTI YANG BERIKUT -
Program Latihan dan Taklimat - Perkhidmatan Kaunseling -
Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan
5)PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)1993,
(PINDAAN) 2002 (P.U.A.246).YANG TELAH MULA DIKUATKUASAKAN PADA
20.6.2002,ANTARA PERATURAN YANG DIMASUKKAN DALAM PERATURAN INI
ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT - Jenis-Jenis KesalahanYang Membolehkan
Diambil Tindakan Tatatertib. - Jenis-Jenis TindakanTatatertib Yang
Boleh Diambil Terhadap Pegawai Yang Melakukan Kesalahan - Hukuman
Tindakan Tatatertib PERATURAN 3A - Penjawat awam wajib mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib
boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar PERATURAN 3B - Seseorang
pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176)
Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan PERATURAN 3C -
Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan
dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil
tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang
melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini - Pegawai
yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil
tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana
peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan
tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN4 (1) - Seseorang pegawai hendaklah pada setiap
masamemberikan taat setianyakepada Yang di- Pertuan Agong, Negara
dan Kerajaan. - Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan
mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh
kepada undang- undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara.
Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut;
Bersubahat dengan musuh negara Membocorkan rahsia Kerajaan.
Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan
Kerajaan. Menjadi Anggota Jemaah Islamiah Menyertai Kesatuan
Militan Malaysia PERATURAN 4(2), SESEORANG PEGAWAI TIDAK BOLEH -
membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya; -
berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya) -
berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah bahawa - Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan
cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam -
Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha -
Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah -
Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab - membawa atau
cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar - Membantah
atau melawan pegawai atasan - cuai dalam melaksanakan tugasnya;
PERATURAN 7:MENYALAHGUNAKAN DADAH,PERKHIDMATAN PEGAWAI BOLEH
DITAMATKAN ATAS KEPENTINGAN AWAM [PERATURAN 49] - sekiranya Pegawai
Mencapai Umur Persaraan Pilihan. Contoh Pelanggaran Peraturan 7
adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.
PERATURAN 9 : MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN - Seseorang penjawat awam
tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu dapat
dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah
Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti
kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender
seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan
lain-lain]. PERATURAN 11 : MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI
EMOLUMEN/ PENDAPATAN YANG SAH. Seseorang pegawai tidak boleh: -
menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah. -
menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang
atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah. PERATURAN
12 : MEMINJAM WANG/ MENJADI PENJAMIN TIDAK BOLEH MEMINJAM WANG /
MENJADI PENJAMIN KEPADA MANA-MANA ORANG. PERATURAN 13:
KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS PERATURAN 16 : TIDAK BOLEH
TERLIBAT DALAM PASARAN HADAPAN PERATURAN 18 : PENERBITAN BUKU DAN
KARYA - Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis
buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi
terperingkat. Antara CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti
menulis/menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi
terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit). PERATURAN 20 :
PENYUNTING AKHBAR/MAJALAH/JURNAL - Seorang penjawat awam adalah
tidak boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnalkecuali,
penerbitan; Jabatan Profesional pertubuhan sukarela yang tidak
bercorak politik diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan
PERATURAN 6 PAKAIAN - Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah
seperti Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar Memakai sarong,
seluar pendek dan lain-lain 6)RUMUSAN PERATURAN - Tingkatkan mutu
perkhidmatan - Halng penyelewengan - Haling rasuah - Banyak beri
pengajaran - Langkah pencegahan 7)AKTA PENDIDIKAN 1996 - merupakan
lanjutan dan pembaharuan dariAkta Pelajaran 1961. - bertujuan
memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak
dan cita-citaMalaysiauntuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan
yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. - Akta ini berpaksi kepada
perakuan-perakuan utamaPenyata Razak 1956yang menjadi asas dasar
pendidikan kebangsaan. - Akta baru ini juga banyak mengekalkan
peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
8)TUJUAN PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN 1996ADALAH UNTUK -
memperluaskan skopdan memperkenalkan perundangan mengenai
pendidikan. - Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan
bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan
Malaysia sebagaipusat kecemerlangan pendidikanyang bermutu tinggi.
- Untukmenggariskan perundanganyang berkaitan dengan bidang
pendidikan. - mencakupi perundangan pada tahapprasekolahhingga
tahappendidikan tinggi termasukkerajaan dan sawasta. -
memperkukuhkankedudukan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar
utama. - penyelarasan semua jenis kurikulumkategori sekolah melalui
kurikulum kebangsaan. - menggunakansistem penilaian dan peperiksaan
yang sama. - Pendidikan Islam diperluaskanuntuk pelajar Islam. -
memperluaskanbidang kuasa Menteri Pendidikan. -
mempertingkatkanpendidikan teknikal. - memperkukuhanlatihan
perguruan. - pendidikan swastayang lebih sistematik. -
memperkukuhkankedudukan bahasa suku kaum. 19)ANTARA KANDUNGAN AKTA
PENDIDIKAN 1996 - Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada
sekolah di Malaysia,tiga kategoriiaitu kerajaan, bantuan kerajaan
dan swasta. ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas
tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya. - Seksyen 17(2),
memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di
semua sekolah. - seksyen 18memperuntukkan semua sekolah perlu
mengikutkurikulum kebangsaanmelainkan yang dikecualikan. - Seksyen
19memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar
untukPeperiksaanAwam, melainkan yang dikecualikan. - Seksyen
21memberikuasa kepada Menteriuntuk menubuh dan menyenggara tadika.
- Seksyen 37 dan seksyen 38membolehkanpoliteknik mengadakan kursus
pengajianatau program latihan bersamaperingkat sijilatau lain-lain
kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan
lain. - seksyen 47(1), membolehkan maktab perguruan (maktab
pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil
dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi
pendidikan tinggi lain. - seksyen 40, yang membolehkan Menteri
mengadakankelas pendidikan khasdi sekolah khas atau di mana-mana
sekolah rendah atau menengah. - Seksyen 50memperuntukkan
supayaPendidikan Islam wajib diajar di semua sekolahtermasuk
sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam. - Seksyen
69semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan
kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu. - Seksyen
77menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan
program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran
bertulis dari Menteri terlebih dahulu. BAB 3TEKANAN EMOSI DALAM
KALANGAN MURID 1)PENGENALAN - Seseorang guru perlu sentiasa saling
menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar. - Ini
penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan
keilmuan yang diadakan di sekolah. - Emosi pelajar perlu dikekal
atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat
pembimbing di sisi. - Guru perlu memahami emosi pelajar kerana
perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar
sememangnya. 2)TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN EMOSI ASPEKEMOSI YANG
SEMAKIN SUKAR DILIHAT DALAM KEHIDUPAN PELAJAR KINI ADALAH SEPERTI
BERIKUT - empati iaitu memahami orang lain secara mendalam -
mengungkapkan dan memahami perasaan - mengendalikan amarah -
kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari - kemampuan
untuk menyesuaikan diri - disukai oleh orang lain - kemampuan untuk
memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di
sekeliling - semangat setiakawan - keramahan - sikap
hormat-menghormati KEBIASAANNYA SESEORANG YANG MERASAEMOSINYA
TERGANGGUADALAH SEPERTI BERIKUT - Kecemasan dan marah - Sukar
tunjukkan emosi tertentu - Alami kesulitan - Konflik 3)GANGGUAN
EMOSIBOLEH DIKATEGORIKAN KEPADA 3 KUMPULAN IAITU - gangguan emosi
ringan - gangguan emosi sedarhana - gangguan emosi berat 4)PUNCA
GANGGUAN EMOSI - Persekitaran sekola - Gaya pengajaran guru -
Peristiwa dalam keluarga - Pengaruh keluarga - Pengaruh rakan
sebaya - Tindakan guru - 5)TANDA-TANDA MASALAH EMOSIDAN SOSIAL
DALAM KALANGAN PELAJAR ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT - tidak hadir ke
sekolah tanpa sebarang sebab munasaba - selalu mengantukatau
tertidur di dalam kelas - sentiasa kelihatan letih - kerap sakit
perut - mudah diserang penyakit - duduk dalam keadaan yang tidak
selesa - pencapaian akademik yang semakin merosot - sering berasa
cemas, takut dan benci 6)LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GANGGUAN EMOSI -
Peranan ibu bapa - Tindakan guru - Gaya pengajaran - Kepimpinan
guru - Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar - Kerjasama -
Penerapan nilai - Suasana ceria - Penerangan jelas 7)HAK ASASI
KANAK-KANAK - MenurutHak Asasi Manusia, setiap warganegara layak
mendapat peluang pendidikan - semua kanak-kanak berhak untuk
belajar bersama-sama. - kanak-kanaktidak seharusnya diperkecilatau
didiskriminasi - orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri
mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas,
mendesak untukmengakhirkan pengasingan. - tiada sebab-sebab
perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan
mereka. 8)ANTARAHAK SETIAP KANAK-KANAKADALAH SEPERTI YANG BERIKUT -
untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dankewarganegaraan -
untukmempunyai keluargayang akan menjaga dan menyayangi -
untuktinggal di dalam komunitidan persekitaran yang aman dan damai
- untuk mempunyaimakanan yang mencukupidan tubuh badan yang aktif
dan sihat - untukmendapatkan pendidikanyang baik dan membentuk
potensi diri - untuk diberi peluang untukbermain dan beriadah -
untukdilindungidaripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan
dan bahaya - untuk dipertahankan dandiberi bantuanoleh kerajaan -
untuk berupayamengekspresi pandangansendiri. 9)KONVENSYEN MENGENAI
HAK KANAK-KANAK - Perkara 2: tiada diskriminasi - Perkara 3: diberi
pelindungan - Perkara 6: hak untuk hidup - Perkara 13: kebebasan
bersuara - Perkara 19: diberi peruntukan undang-undang - Perkara
23: menikmati kehidupan - Perkara 28:Hak pendidikan - Perkara 29:
halatuju pendidikan - Perkara 30: hak dalam komuniti - Perkara 32:
dilindungi dari segi ekonomi - Perkara 34: tiada eksploitasi 10)Hak
kanak-kanak:Seksyen 17 - Dilindungi dari segi fizikal - Tiada
penganiayaan - Pergaulan yang sihat - Hak kesihatan - Kemudahan
bekalan makanan - Elak penderaan emosi BAB 4 TEKANAN EMOSI DALAM
KALANGAN GURU Stres Maksud : - Satu penyakit mental - akibat proses
penyesuaian diri - beri kesan kepada kehidupan - timbulkan reaksi
fizikal dan emosi - timbulkan konflik dalam diri Punca Stres : -
ketidakupayaan menghadapi situasi - harapan/permintaan terlalu
tinggi - pelaksanaan pelbagai reformasi - hubungan antara individu
- beban kerja - kerja perkeranian - kerenah pelajar - pengiktirafan
profesional - sumber pengajaran - perhubungan kurang baik dengan
rakan sekerja -sikap ibu bapa - sikap pihak pengurusan - kurang
masa rehat Tahap Stres 1. Tahap amaran/ berjaga-jaga : Mangsa dapat
menyelami aktiviti hidup yang dilakukan tapi sukar hendak
menumpukan perhatian kepada tingkah lakunya. 2. Tahap penentangan
-Perlu bantuan luar - Tiada keupayaan dalam menentukan objektif
tingkah laku dan kehidupannya. - kekuatan intrinsik dalaman bagi
menghadapi kekangan stress semakin terhakis. 3. Tahap
tenat/kelesuan - tak lagi berpegang pada realiti hidup - sentiasa
dipengaruhi kemurungan, kurang percaya pada org lain &
mementingkan diri dalam perkara yang dilakukan. Tahap stres
Bergantung Kepada : 1. Jumlah birokrasi 2. Perubahan dalam
organisasi 3. Teknologi tinggi 4. Tuntutan pelanggan Langkah
Menangani Stres Pekerjaan - tingkatkan sokongan sosial di tempat
kerja - praktikkan pemikiran yang rasional dan positif -
berkomunikasi secara berkesan - tangani kritikan dengan baik -
tangani kemarahan dengan berkesan - atasi masalah dengan berkesan
BURN OUT Maksud : Merupakan satu proses yang beransur-ansur dari
seseorang yang komited sehinggalah kehilangan daya minat terhadap
kerjaya. - bebanan tugas luar jangkaan - ketidakupayaan laksanakan
tugas - pengaruhi produktiviti kerja - sanggup kehilangan kerja. 3
Jenis Burn Out - keletihan emosi :dijelaskan dengan perasaan
kelesuan dan kehabisan tenaga - depersonalisasi : sikap emosional
dan melayakkan murid (klien) seolah-olah mereka (para murid)
sebagai objek yang tidak berguna serta melabel murid dengan
istilah-istilah tertentu atau technical jargon - kekurangan
pencapaian peribadi Kesan Burn-Out - Boleh musnahkan kehidupan -
bergantung kepada beban tugas - perlukan pelbagai pendekatan untuk
mengatasinya Burn-out Guru - kurang bantu bentuk pelajar -
pengurusan organisasi - ketandusan emosi - usaha maksimum, hasil
minimum Tanda-tanda Burn-Out 1. Tanda fizikal - rasa ketandusan dan
letih - kerap sakit kepala - gangguan penghadaman - susah tidur 2.
Tanda perlakuan - mudah marah -sensitif - sukar mengawal perasaan -
mudah menangis - rasa beban tugas 3. Tahap burn-out - terlalu
penat, jemu dengan kerja rutin/berulang-ulang dalam jangka masa
yang panjang. - kurang kemahiran - penempatan kerja yang tidak
sesuai - rasa tidaj dihargai - ekspektasi terlalu tinggi Kesan
Burn-out 1. Keletihan emosi - terlalu letih sehingga tidak berupaya
melayan pelanggan, rakan sekerja dan ahli keluarga - emosi x
stabil, mnjadi murung, cepat sedih, mudah terasa dan memandang
negatif terhadap ssuatu perkara atau perkataan yang diucapkan oleh
org lain. 2. Kesan fizikal - kesihatan terjejas - kardiovaskular -
gastrik - mengasingkan diri - bergaduh secara terbuka 3. kesan
organisasi - penurunan produktiviti - pengurusan tentang cuti
bertambah - kes tatatertib/ disiplin bertambah. Langkah Pengurusan
Tekanan Emosi - Memperbaiki persekitaran am - mcm kat tmpat kerja,
kebisingan, bau, pencahayaan dll - Mengadakan sokongan psikologi
dan runding cara - Meningkatkan kemahiran pengurusan masa -
Melibatkan diri dalam hal keagamaan - Kemahiran relaksasi -
Mengekalkan cara hidup sihat dan seimbang - Menggunakan kemahiran
berkomunikasi yang berkesan Pengurusan Emosi Cara Islam - sentiasa
berwuduk - banyakkan membaca Al-Quran - solat sunat - berdoa -
bersangka baik - kegiatan luar spt bersukan - amalkan diet -
menangis dengan sepuas hati - hargai dan cintai diri Lagi Cara
menguruskan Emosi - berfikiran realistik terhadap pekerjaan -
rancang kerja - tingkatkan kemahiran selesaikan masalah - menerima
sebarang perubahan dengan sikap wajar - amalkan komuniksi berkesan
- amalkan cara hidup sihat - semaikan semangat berpasukan BAB6
PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN INOVASI GURU i.Bawa
perubahan i.Penuhi keperluan semasa ii.Selesaikan masalah
iii.Kembangkan bakat pelajar iv.Guna pelbagai bahan v.Tingkatkan
kualiti pendidikan vi.Kecekapan bertambah vii.Jana idea kreatif
viii.Tidak membosankan ix.Jadi tempat rujukan x.Menarik minat
pelajar xi.Perlu bersikap terbuka xii.Sokongan pihak pengurusan
STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN Definisi Inovasi (asal
bahasa Latin) pembaharuan. inovasi sbgai pembangunan teknologi baru
@ aplikasi sst teknologi dlm kegunaan tertentu. Kbolehn utk mncipta
kmahirn di dlm mnyelesaikn sstu masalah & peluang utk
meningkatkn @ memperkayakan traf hidup masyarakat. Harvards
Theodore Levitt innovation is doing new things. Penciptaan
cara-cara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna.
Penghasilan produk @ kaedah yg baru ke arah keberkesanan
pelaksanaan kurikulum. Keadaan di mana individu @ kelompok manusia
@ sesebuah organisasi memahami, mengetahui & mampu aplikasi
daya kreativiti dalam usaha utk: Membuat kpstsn Selesaikan masalah
Terbit idea Hasilkan inovasi (produk, proses & sistem) Inovasi
Dalam pendidikan aktiviti yg melibatkan pembaharuan & perubahan
yg positi dalam pelaksanaan kurikulum & aktiviti kurikulum yg
berkaitan dgn kurikulum di peringkat sekolah. Hasil cetusan idea yg
kreatif dlm aspek kerja utk meningkatkan kualiti & produktiviti
organisasi sekolah. Pelaksaan kurikulum usaha melaksanakan
kurikulum melalui baha-bahan kurikulum, teknologi pendidikan,
kaedah p&p serta penilaian pembelajaran. Pembaharuan melalui
cara, kaedah. Teknik & pendekatan baru yg meningkatkan
pembelajaran. Ambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan
penggunaannya. Tingkat kecekapan & keberkesanan sistem
penyampaian perkhidmatan serta beri faedah kpd murid. Inovasi dalam
p&p harus melibatkan: Konsep berfikir scra kreatif &
kreatif Kepintaran kreatif Tindakan kreatif Factor & elemen yg
rangsang kreativiti Teknik fikir kreatif Selesai masalh secara
kreatif Guru perlu tahu kebolehan, latar belakang, pengalaman dan
keluarga mereka dpt knal past keperluan & masalah murid. Tujuan
inovasi Menghasilkan produk @ perkhidmatan baru bg para pengguna
dgn teknologi sbg terasnya. Melahirkan sebuah citra masyarakat
kreatif (creative society), dan Negara kreatif (creative society).
Keperluan inovasi guru Pengajaran lebih menarik Kejayaan kurikulum
Kembangkan potensi pelajar Penyampaian nilai ADAPTASI PELBAGAI
INOVASI DAN PERUBAHAN Adaptasi Inovasi Guru Gunakan pelbagai kaedah
bantu murid capai obj p&p. Suaikan dgn keperluan gaya
pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan, kemahiran
yg hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran
pembelajaran, nilai & sikap yg ingin dipupuk Perlu kerjasama
semua pihak Proses interaksi hasil aktiviti guru & murid yg jd
elemen utama dlm suasana pembelajaran yg spesifik. Ciri-ciri
pendidik kreatif Keupayaan pelbagaikan kaedah p&p sesuai dgn
kebolehan murid bercerita, main peranan, lawatan , peta minda,
inkuiri. Fleksibel & terbuka dalm p&p sedia terima idea
murid, galak murid soal, pemaaf, suka kepelbagaian & kerencaman
idea bakat & tingkah laku murid, gemar layan ptayaan murid.
Sesuaikan p&p dgn gaya pembelajran murid, tekankan soal minat,
intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan. Guna alat bantuan
terkini computer, perisian (software), internet Suaikan dgn situasi
Beri peluang pelajar jana idea Aplikasi dalm pelbagai situasi
kuatkan daya ingatan Criteria inovasi @ perubahan Pengurangan kos
operasi cth: jimat borang dlm agensi (2 borang kurangkan jadi 1
borang) Penjimatan masa penggunaan ICT dlam p&p Peningkatan
hasil kerja cth: perubahn prosedur periksa kenderaan komersial (JPJ
dapt periksa bnyk knderaan) Peningkatan dlm tahap kepuasaan hati
pelanggan (penilaian ibu bapa terhadap pengurusan pihak sekolah)
Aspek inovasi dalam pendidikan Bersifat simple - berfokus Bermula
secara kecil-kecilan tahu matlamat asal, spesifik Ciptaan masa kini
guna pada masa sekarang, ada apliksi serta merta. Prinsip inovasi
dalam pengajaran Keputusan berdasarkan matlamat jelas Bantu
rakan/berpasukan Kongsi idea Belajar melalui pengalaman Inovasi
perlu dicari Pelaksanaan inovasi dlm pengajaran Kreativiti Lihat
sejauh mana projek inovasi penuhi ciri2 keaslian (idea yg asli)
& adptasi (pnambahbaikn & pngubahsuaian idea asal). Hasil
inovasi diukur dgn ambil kira thap plaksanaan & replicability
sst inovasi Tahap pelaksanaan Lihat sjauh mana ia telah berjaya
secara penuh (lepasi peringkat percubaan) Secara percubaan (di
peringkat Prototaip Replicability Lihat sjauh mna ada ciri
replicability & trbukti blh diguna pkai oleh individu tnpa kos
tinggi Impak (outcome) Dinilai melaui criteria efisen (kecekapan
& signifikankan sst inovasi Efisien sejauh mana berkesan dalam
menyumbang kepada peningkatan pendidikan di Negara. Signifikan
Penuhi ciri signifikan, beri impak kpd keberkesanan & kecekapan
p&p Halangan dalam inovasi di sekolah Sikap guru suka
berkonfrontasi dgn sekolah Perasaan bimbang Konflik Rasa tidak
tenteram Kesukaran guru tukar amalan yg baru Tidak yakin guna alat
canggih elektronik, teknologi computer, telekomunikasi Technophobia
(Nigeria) takut pada media elekronik, takaut pda peralatan
elektronik, takut peranan guru diambil oleh media Cbaran
pelaksanaan inovasi kurikulum yg berkesan Demografi guru yg berbeza
Lokasi sekolah Keupayaan guru dr segi motivasi, sikap, pengetahuan,
dan kemahiran tentukan kesediaan guru. Sikap guru (Omar Hashim )
Faktor inesia rasa selesa & puas hati dgn apa yg dialami (xnak
berubah). Rasa terancam xyakin bt sst yg baru Masa & kemudahan
tidak ckup masa & kemudahan (elak diri) Tumpuan dalam teori
tahap perkembangan guru (Fuller 1975) (i) Tahap tumpuan peribadi
Tahap survival, rasa terancam & kurang selamat kerana rasa
punyai kelemahan, kurang keyakinan diri, kemahiran &
pengetahuan. Persoalan bentuk penampilan guru, kehendak &
keperluan pengurusan sekolah. Sukar laksanakan inovasi psikologi
kurang stabil. (ii) Tahap tumpuan tugas. Stabil emosi. Berfikir
cara melaksanakan tugas dgn baik spt penyediaan bhn pengajarann,
berkerjasama dgn rakan setugas, & sedia terima info bru ttg
tgas. Sedia buat inovasi bila diperlukan. (iii) Tahap tumpuan kesan
Fikir Implikasi pengajaran & inovaai thdp murid. Prihatin thdap
kewajaran aplikasi yg diajar utuk manfaat murid, guru & masy.
Lebh kritis, tahu rasional bt inovasi. Tumpuan guru Model Mengatsi
Rintangan Perubahan (1978) Tumpuan tiada berkaitan Kurang beri
tumpuan kerana kurang info, inovasi tidak beri kepentingan, kurang
ambil tahu Tumpuan berkaitan peribadi Fikir ttg kemampuan &
sedia bt inovasi. Tumpuan terhadap selfsurvival. Persoalan :
Mampukah dari segi kemahiran, kecekapan, pengetahuan &
pengalaman, masa, keluarga, waktu senggang. Tumpuan berkaitan tugas
Laksana inovasi dgn cekap. Tambahbaik kecekapan pengajaran, sedia
bhn kurikulum yg menarik, guna media pengajaran secara kreatif
& kritis, tarik minat murid, wujud interpersonal. Tumpuan
berkait kesan Tahap keyakinan tinngi dlm laksana tugas. Inovasi
beri impak kpd murid. Peringkat adaptasi inovasi dalam pendidikan
Individu dibuat olh guru kreatif melalui timba ilmu, teliti
persekitaran, bina idea hasilkan teknologi baru @ baiki kualiti @
selesai masalah (modifikasi) Organisasi aktif dan Prospektif (cari
peluang, kuasai keadaan utk raih keuntungan maksimum). Organisasi
inovatif - berwawasan, bijak atur strategi Elemen-elemen asas
inovasi dlm organisasi (Kelly Dan Littman (2000). Kepekaan peka
persekitaran, Tingkatkan keselesaan dan kualiti Muafakat
perbincangan info & fakta Keperluan pelajar Asas rintangan cuba
idea unik & ganjil Jangkaan keperluan masa hadapan Masalah lain
dalam inovasi pendidikan Sempadan inovasi terlalu luas @ umum bg
dpt persetujuan Kepakaran terhad Kajian secara bersendirian, tidak
khusus & berterusan tiada kesinambungan Kesan sampingan
negative ridak dipulihkan ancam kredibiliti inovasi Sokongan tdk
konsisten Wujud perbezaan pendapat Kurang sambutan, banyk kritikan
Wujud kekeliruan definisi & keperluan inovasi Inovasi Dalam
Mendasari Perkembangan Pendidikan Inovasi kurikulum isi
pembelajaran, tema, aspek pembelajran, reka bentuk dan gubahan bahn
pembelajaran, strategi, pelaksanaan kurikulum Inovasi pengajaran
kaedah, pendekatan, cara, pengurusan, organisasi, perancangan &
pelaksanaan pengajaran Inovasi professional personality, cara &
budaya, kecekapan, kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi
inovasi Inovasi pemikiran - perkmbngn minda yg progresif, fikiran
terbuka, pembacaan yg kreatif, cetus idea Inovasi persekitaran
belajar suasana & tmpat belajar Inovasi pengurusan inovasi dlm
system pengurusan, hbgan, sokongn, kemajuan pemb, penyelesaian
masalah Inovasi teknologi sumbng kreativiti dalam P&P,
pengurusan sekolah
Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin
1.7 GEJALA SOSIAL 3 BAHAGIAN GEJALA SOSIAL PUNCA GEJALA SOSIAL
KESAN NEGATIF GEJALA SOSIAL CARA TANGANI GEJALA SOSIAL CONTOH
GEJALA SOSIAL FAKTOR TERJADI GEJALA SOSIAL Posted by Numies at 1:06
PM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to
Pinterest Labels: 1.7 GEJALA SOSIAL
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan NegaraGuru
yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi
matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan
seiring dengan cabarandunia globalisasi.. Cabaran global kini
memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi
yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan
disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid
yang berlainan bangsa.Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
menegaskan bahawauntuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan
perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu.Dalam
mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan
warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
Sains dan Matematik.Antara peranan guru dalam melonjak transformasi
pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk
memmbangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yangkreatif dan
berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan
yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap
program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn
dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi
pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat
menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing
alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan
kehendakFalsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus
dilengkapi olehpakej latihanyang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran
Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang
dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal
pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas
secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan
idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti
pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang
berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang
mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej
latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiribengkel mengenai
e-pembelajaranyang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta.
Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum
yang berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.
ARKIB : 14/05/2014Guru dan cabaran semasaOleh DR. AMINUDIN
MANSORDENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan
berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha
memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.Oleh
itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah
menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.Dalam era globalisasi
guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan
antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan,
tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian
budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran
terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.Justeru,
kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha
memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah
dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar
melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.Usaha
mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai
2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus
teratas.Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan
di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara
paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.Seterusnya, kajian
itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara
yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar
pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria.
Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk
menyambung pengajian di peringkat tinggi.Bagi memperkasa pendidikan
negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi
program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit
(EDU).Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat
penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam
sistem pendidikan negara.Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan
majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan
melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem
pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang
diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.Ini
juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari
bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion
keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11
anjakan untuk transformasi sistem.Kejayaan dan kecemerlangan murid
dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam
kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan
berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab
soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.Sebanyak 11 anjakan utama
untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan
juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua
terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi
memperkasa generasi muda pada masa depan.* Melaksanakan
penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan
supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;*
Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama
rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan
negara* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara
sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti
pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru
berpengalaman di sekolah luar bandar;* Membangunkan universiti
bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di
peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;* Menyediakan lebih
banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran
sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;* Membangunkan
masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan
keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan
memperoleh dan menggunakan pengetahuan;* Memperkukuhkan perpaduan
nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif
progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta
menghargai tradisi dan warisan; dan* Memperluaskan dan
memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan,
sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal
insan.Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama
menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan.
Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke
arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara
pada masa akan datang.Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah
guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi
perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan,
tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam
kehidupan.PENULISialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Artikel
Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa#ixzz3T0JVy5yq
Utusan Melayu (M) Bhd
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang
kreatif dan berinovasi, guru berperananmenyediakan bahan bantu
mengajaryang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini
menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik
darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah
rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat
dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah
difahami oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual.
Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru
menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan
kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan
pendidikan masa kini.Bahaninovasi pendidikan pemulihan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)ini merupakan salah satu
contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik
darjah.
Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan
dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan
guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua
pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan
pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi
pemimpin kita pada masa akan datang.
bibliografi:
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (Mei, 20120).Peranan Guru dalam
Melonjak Transformasi Pendidikan Negara.Pelita Bahasa .pp 8-11
Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=326