MS 1 / 15 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KEJRA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF PENDAWAIAN DAN KELENGKAPAN ELEKTRIK SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK METRO KUANTAN, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI A. ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA 1. Kenyataan Tawaran Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan CIDB & mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred : G1/Kelas F dalam kategori : E04 / E06 / E10 / E11 / E16 / E32 / E34 di bawah kod bidang 140101/140201/140301/140302 – Peralatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang masih sah laku dan berkuat kuasa semasa tawaran adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Pendawaian Dan Kelengkapan Elektrik Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Politeknik METrO Kuantan (PMKu), Pahang Darul Makmur. 1.1 Penyebutharga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan Kementerian Kewangan Malaysia sentiasa sah. 1.2 Tarikh Tutup 1.2.1 Tarikh Tutup tawaran sebut harga ialah pada 17 Jun 2020 bersamaan hari Rabu pada jam 12:00 tengahari. 1.2.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN 1.3 Dokumen Sebut harga Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran- lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang www.pmku.edu.my atau datang sendiri ke Kaunter Lobi Utama, Bangunan Politeknik METrO Kuantan pada hari dan waktu bekerja. Lampiran 1 Senarai Semak Lampiran 2 Borang Sebut harga Kerja Lampiran 3 Surat Akuan Pembida Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa No SebutHarga - PMKU/SH/400 – 11/20(11)
15
Embed
No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · MS 1 / 15 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KEJRA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF PENDAWAIAN DAN KELENGKAPAN ELEKTRIK
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MS 1 / 15
JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KEJRA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF PENDAWAIAN
DAN KELENGKAPAN ELEKTRIK SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK
METRO KUANTAN, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
A. ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA
1. Kenyataan Tawaran
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan CIDB &
mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta
Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred : G1/Kelas F dalam
kategori : E04 / E06 / E10 / E11 / E16 / E32 / E34 di bawah kod bidang
140101/140201/140301/140302 – Peralatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang
masih sah laku dan berkuat kuasa semasa tawaran adalah dipelawa untuk menyertai
sebut harga Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Pendawaian Dan Kelengkapan Elektrik
Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Politeknik METrO Kuantan (PMKu), Pahang Darul Makmur.
1.1 Penyebutharga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan Kementerian
Kewangan Malaysia sentiasa sah.
1.2 Tarikh Tutup
1.2.1 Tarikh Tutup tawaran sebut harga ialah pada 17 Jun 2020 bersamaan hari
Rabu pada jam 12:00 tengahari.
1.2.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN
1.3 Dokumen Sebut harga
Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-
lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang
www.pmku.edu.my atau datang sendiri ke Kaunter Lobi Utama, Bangunan Politeknik
METrO Kuantan pada hari dan waktu bekerja.
Lampiran 1 Senarai Semak
Lampiran 2 Borang Sebut harga Kerja
Lampiran 3 Surat Akuan Pembida
Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa
No SebutHarga - PMKU/SH/400 – 11/20(11)
MS 2 / 15
1.4 Penyerahan Dokumen Sebut harga
1.4.1 Penyebut harga hendaklah menyerahkan Dokumen Tawaran Sebut harga
(Lampiran 1, 2, 3 dan 4) yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara
serahan tangan ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Politeknik METrO Kuantan
No.A-5, Jalan Tun Ismail 2,
Lorong Sri Dagangan II
25000 Kuantan,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(u/p: Urusetia Sebut harga)
1.5 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan Dokumen Tawaran Sebut
harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN
2. Syarat-syarat Am
Penyebutharga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila
menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini
akan menyebabkan tawaran penyebutharga tidak akan dipertimbangkan.
2.1 Pembiayaan
Penyebutharga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan
penghantaran Dokumen Sebut harga. Pihak PMKu tidak akan bertanggungjawab di
atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan Dokumen Sebut harga
2.2 Keperluan Penyertaan Sebut harga
2.2.1 Penyebutharga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari segi
komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan sumber manusia
untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut harga sendiri.
2.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan tertakluk
kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia
2.3 Tempoh Sah Laku
2.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh tutup
sebut harga.
2.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal,
PMKu boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan dan
jawapan akan dilakukan secara bertulis
2.3.3 Penyebutharga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan atau
diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk melanjutkan
tempoh sahlaku sebut harga.
MS 3 / 15
2.4 Harga Tawaran
Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan hendaklah
harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang berkaitan. Harga-
harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda
selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku
sebut harga.
2.5 Spesifikasi, Skop dan Standard Kualiti Kerja
Penyebutharga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop dan
standard kualiti kerja bagi penyelenggaraan di dalam Lampiran 2 supaya tidak timbul
masalah kesilapan dalam meletak harga.
2.6 Pesanan Tempatan
2.6.1 PMKu akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan Tempatan kepada
penyebutharga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui dalam tempoh
sahlaku sebut harga.
2.6.2 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah
dibuat di antara pihak PMKu dengan penyebutharga.
2.7 Pembetulan Kesilapan
2.7.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh penyebutharga
selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak dibenarkan sama sekali.
2.7.2 Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan perkataan,
jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira
2.8 Integrity Pact
Penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani
Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai
sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat yang menandatangani Surat
Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa
menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di
Lampiran 3 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti di Lampiran 4.
2.9 Penamatan Persetujuan
PMKu berhak menamatkan sesuatu persetujuan.
i. Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga dan dengan tiada apa-
apa tindakan selanjutnya PMKu boleh terus menamatkan persetujuan; atau
ii. Jika Penyebutharga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang
terdapat dalam persetujuan ini; atau
MS 4 / 15
iii. Jika Penyebutharga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila
Penyebutharga itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-
bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah
pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau
perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau pengurusan bagi
pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang
memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau
iv. Jika PMKu mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebutharga atau
sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada
dengan atau di luar pengetahuan Penyebutharga) melakukan perbuatan rasuah.
Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh
hak-hak PMKu untuk mendapatkan balik ganti rosak
2.10 Pertanyaan
Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut
12 Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi TIGA (3) bulan terakhir
MS 9 / 15
13 Profil Syarikat dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan sebut harga yang ditawarkan
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen Sebut harga. Semua maklumat yang dikemukan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Cop Kontraktor:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ………… (jika ada) Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
MS 10 / 15
LAMPIRAN 2
BORANG SEBUT HARGA KERJA
Sebut Harga Bil PMKU/SH/400 – 11/20(11)
PENGARAH
Politeknik METrO Kuantan
No.A-5, Jalan Tun Ismail 2
Sri Dagangan II
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tuan,
Sebut harga untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan Baikpulih Dan Naiktaraf Pendawaian Dan
Kelengkapan Elektrik Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Politeknik METrO Kuantan,
Kementerian Pengajian Tinggi – PMKU/SH/400 – 11/20(11) di bawah dan tertakluk kepada
Arahan Kepada Penyebut Harga, Syarat-Syarat Sebut Harga untuk Kerja, Spesifikasi Kerja dan
Lukisan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk
melaksanakan dan menyiapkan kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit
Malaysia:
………………………………………………………………………………………………………………
……………………………….. (RM) ……………………………………………
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja ini dalam masa ……… minggu dari tarikh mula kerja
seperti yang ditetapkan oleh Pegawai Inden.
Bertarikh pada …………….. haribulan ………… 20……
………………………………..
(Tandatangan Kontraktor)
Nama penuh: ………………………………
No. K/P:……………………………………..
Alamat: ………………………………………
………………………………………………..
………………………………………………..
Atas sifat : …………………………………..
Cop kontraktor:
……………………………………
(Tandatangan Saksi)
Nama penuh: ……………………………
No. K/P:…………………………………..
Alamat: …………………………………
……………………………………………
……………………………………………
MS 11 / 15
BORANG TAWARAN HARGA
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BAIKPULIH DAN NAIKTARAF PENDAWAIAN DAN
KELENGKAPAN ELEKTRIK SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK
METrO KUANTAN (PMKu), PAHANG
BIL HURAIAN KERJA UNIT KUANTITI
KADAR HARGA
(RM)
JUMLAH
(RM)
A KERJA AWALAN PERMULAAN DAN SYARAT-SYARAT AM
1 Kerja-kerja awalan dan pengurusan dan pengawasan, penghantaran peralatan, tenaga kerja dan bahan-bahan kerja serta insuran (Contractor All Risk). a) Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 (PERKESO) b) Insurans Tanggungan Awam c) Insurans Kerja
Pukal 1
2 Membekalkan orang kompeten untuk memeriksa, menyelenggara dan membaiki kelengkapan elekrtik yang bermasalah serta kerja-kerja yang berkaitan Pukal 1
3 Menyediakan dokumen seperti berikut: a) menyediakan gambar
SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS projek dilaksanakan (TIGA (3) salinan)
b) Laporan kemajuan pelaksanaan projek
c) Site Diary
Pukal 1
JUMLAH KECIL (RM)
MS 12 / 15
B KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK BARU DAN LAIN-LAIN BERKAITAN
1 Persiapan tapak: Kerja-kerja menanggal lampu lama, pendawaian lama serta kerja-kerja membaikpulih permukaan siling sedia ada, mengalih sinki sedia ada, mengalih kedudukan paip air panas dan air sejuk, menebuk dinding untuk menyediakan saluran paip air sisa buangan serta kerja-kerja berkaitan
Pukal 1
2 Mendawai point lampu dengan menggunakan kabel 1.5mm di dalam UPVC konduit secara terbenam lengkap dengan suis 10AMP
Point 12
3 Mendawai point lampu kecemasan dengan menggunakan kabel 1.5mm di dalam UPVC konduit secara permukaan / terbenam lengkap dengan suis 10AMP
Point 2
4 Mendawai point kipas ekzos dengan menggunakan kabel 1.5mm PVC di dalam UPVC konduit secara permukaan/terbenam lengkap dengan suis 10 AMP
Point 2
5 Mendawai point soket alir keluar 13 AMP dengan menggunakan kabel 2.5 mm PVC di dalam UPVC konduit secara permukaan/terbenam dengan S.S.O 13 AMP berkembar 2
Point 10
6 Mendawai point isolator dengan menggunakan kabel bersaiz 6mm PVC di dalam UPVC konduit atau trunking secara permukaan/terbenam lengkap dengan isolator 32 AMP TPN
Point 4
7 Membentang kabel submain bersaiz 4x25 mm PVC untuk kabel fasa dan neutral dan 1x16mm untuk kabel pembumian di dalam PVC trunking atau G.I trunking dari suis utama (MSB) ke ruang dapur pastri serta kerja-kerja berkaitan
Meter 70
JUMLAH KECIL (RM)
MS 13 / 15
C KERJA-KERJA PEMASANGAN KELENGKAPAN DAN AKSESORI ELEKTRIK YANG BARU
1 Membekal serta memasang lampu jenis modula siling permukaan / terbenam dan gantung lengkap dengan ram dan pembalik aluminium parabolic penuh jenis: 2x18w (modul 600mm x 600 mm)
Nos 10
2 Membekal serta memasang lampu jenis modula siling permukaan / terbenam dan gantung lengkap dengan ram dan pembalik aluminium parabolic penuh jenis: 2x36w (modul 600mm x 600 mm)
Nos 2
3 Membekal serta memasang kipas ekzos jenama KDK jenis lekapan siling bersaiz 10 inci serta kerja-kerja berkaitan
Nos 2
4 Membekal serta memasang lampu kecemasan jenama PNE 9W tube atau LED jenis permukaan serta kerja-kerja berkaitan
Nos 3
5 Kerja-kerja pemasangan peti fius agihan dengan kelengkapan dalaman seperti MCB 40 AMP 3P 6KA jenama maxguard, pemutus litar bocor ke bumi 100 AMP/100MA 4 pole jenama maxguard dan MCCB 100 AMP 3 pole dan neutral dengan beban pemutus 25KA – 35KA, 100 AMP lengkap dengan suis kecemasan dengan mengikut kedudukan yang sesuai serta kerja-kerja berkaitan.
Lot 1
6 Ujilari dan pentauliahan, membersihkan semua kawasan kerja setelah selesai serta kerja-kerja berkaitan
Pukal 1
JUMLAH KECIL (RM)
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
JUMLAH KESELURUHAN TERMASUK SST (RM)
MS 14 / 15
LAMPIRAN 3 SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
(Sebutharga Untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan Baikpulih Dan Naiktaraf Pendawaian Dan
Kelengkapan Elektrik Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Politeknik METrO Kuantan, Kementerian
Pengajian Tinggi – PMKU/SH/400 – 11/20(11))
Saya, (Nama wakil syarikat)
mewakili (Nama Syarikat
Pendaftaran (MOF/BPKU/CIDB/ROS/ROC/ROB)
nombor K.P yang
nombor
dengan ini mengisytiharkan
bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK METrO KUANTAN atau
mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK METrO
KUANTAN atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga
seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas;
2.3 disabitkan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574); dan
2.4 tindakan tatatertib lain mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut
Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai
polis yang berhampiran.
Yang Benar, (Tandatangan)
………………………………….
(Nama dan No. KP)
Cop Kontraktor :
Ms 15 / 15
LAMPIRAN 4
(Kepala Surat Syarikat)
SURAT PERWAKILAN KUASA
Tarikh:
PENGARAH
Politeknik METrO Kuantan
No.A-5, Jalan Tun Ismail 2
Sri Dagangan II
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tuan,
SEBUTHARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BAIKPULIH DAN
NAIKTARAF PENDAWAIAN DAN KELENGKAPAN ELEKTRIK SERTA LAIN-
LAIN KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK METrO KUANTAN, KEMENTERIAN
PENGAJIAN TINGGI – PMKU/SH/400 – 11/20(11)
Syarikat kami, ……………………………………………………(Nama Syarikat),
Nombor Pendaftaran Syarikat ............................., dengan ini mewakilkan kuasa
kepada ………………………………………………… (Nama Wakil Syarikat), nombor
Kad Pengenalan …………………………………., untuk menandatangani segala
dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sebutharga ini bagi pihak syarikat.