-
SEBUT HARGA DALAM TALIAN
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
DOKUMEN SEBUT HARGA
BAGI
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN ASET MAJLIS PASAR /
MEDAN SELERA / KIOSK DI KAWASAN BP 7 SELAMA SATU (1) TAHUN
BAGI TAHUN 2017 UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
NO. SEBUT HARGA
MPSJ.KUB.400 – 10 / 2 / 187 (2016)
TARIKH BUKA
18 OKTOBER 2016
TARIKH TUTUP
31 OKTOBER 2016
MASA TUTUP
12.00 TENGAH HARI
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA,
SELANGOR D.E. www.mpsj.gov.my
-
NO. SEBUT HARGA : MPSJ.KUB.400 – 10 / 2 / 187 (2016)
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN ASET MAJLIS PASAR /
MEDAN
SELERA / KIOSK DI KAWASAN BP 7 SELAMA SATU (1) TAHUN BAGI TAHUN
2017
UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
SENARAI KANDUNGAN
BAHAGIAN BUTIRAN MUKA SURAT
A
SENARAI SEMAK DAN PERAKUAN PETENDER
SS1 – SS4
B
SURAT AKUAN PEMBIDA – LAMPIRAN F
F1
C
ARAHAN KEPADA PETENDER
AKP 1 - 10
D
BORANG SEBUT HARGA DAN SYARAT-SYARAT MEMBUAT SEBUT HARGA
BS 1 - 9
E
PREAMBLES
P1-P2
F
JADUAL KADAR HARGA
A/1/1 - R/13/13
G
MAKLUMAT PETENDER
MP 1 - 12
H
PELAN / LUKISAN / GAMBAR / LOKASI
P1
-
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
SENARAI SEMAK DAN
PERAKUAN PETENDER
BAHAGIAN A
-
SENARAI SEMAK DAN PERAKUAN PETENDER
PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DILENGKAPKAN / DILAMPIRKAN KE
DALAM DOKUMEN TENDER DAN MAKLUMAT PETENDER.
1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan
yang terkandung di dalam
Arahan Kepada Petender termasuk arahan yang menghendakkan kami
mengemukakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen mengenai perkara
seperti di dalam senarai semak bersama-sama dokumen sebut harga
kami semasa mengemukakan sebut harga ini untuk membolehkan MPSJ
menilai keupayaan kami untuk melaksanakan kerja yang ditender
semasa penilaian sebut harga.
2) Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian sebut harga
ini akan mengambil kira dan mementingkan keupayaan kami
melaksanakan perkhidmatan yang disebut harga. Justeru itu sebut
harga kami akan hanya dipertimbang untuk di perakukan kepada
Lembaga Mesyuarat Sebut Harga di setuju terima sekiranya kami
didapati berkeupayaan untuk melaksanakan projek yang disebut harga,
mengikut penilaian MPSJ berasaskan maklumat-maklumat dan
dokumen-dokumen yang kami kemukakan.
3) Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki
mengemukakan semua maklumat dan dokumen yang berkaitan bagi
menyokong maklumat tertentu, sebelum tender ditutup. Maklumat dan
dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu tidak akan di
pertimbangkan didalam penilaian keupayaan kami.
4) Kami juga mengambil maklum bahawa penilaian ke atas sebut
harga kami akan terjejas atau mungkin tidak dipertimbangkan
sekiranya maklumat-maklumat yang diberikan tidak diisi atau tidak
mencukupi atau tiada dokumen sokongan yang lengkap.
5) Kami dengan ini mengaku bahawa segala maklumat dan data-data
yang dinyatakan adalah betul dan benar belaka. Saya bersetuju MPSJ
akan bertindak mengikut budi bicaranya untuk mengetahui kedudukan
sebenar. Sekiranya mana-mana maklumat didapati tidak benar, MPSJ
berhak membatalkan tawaran ini ataupun menarik balik kontrak
berkenaan kemudian.
SS 1
-
SENARAI SEMAK DAN PERAKUAN PETENDER
(KERJA/BEKALAN/PERKHIDMATAN)
Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang tidak disertakan atau
tidak berkaitan.
Bil
Perkara / Dokumen
Untuk Ditanda Oleh Syarikat
Untuk Ditanda
Oleh Jawatankuasa
Pembuka Tender /Sebut Harga
1
Petender adalah diwajibkan mengemukakan sekurang-kurangnya satu
dari perkara-perkara berikut : i) Salinan penyata bulanan bank bagi
tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup sebut harga bagi bulan
Julai, Ogos dan September 2016 atau: ii) Salinan akaun yang diaudit
oleh Akauntan bertauliah bagi 2 (dua) tahun kewangan terakhir yang
telah di sahkan bagi Syarikat Sdn Bhd sahaja atau: iii)Sebarang
salinan dokumen / surat pengesahan sebagai bukti kepada bayaran
dijangka, kemudahan pinjaman dari bank, overdraf, kemudahan kredit
dari pembekal dan lain-lain yang terkini. Penyata bank diatas telah
disahkan oleh pihak bank yang mengeluarkan penyata tersebut
(penyata yang tidak disahkan akan mengakibatkan sebut harga tuan
tidak akan dipertimbangkan semasa penilaian sebut harga dibuat)
2
Borang sebut harga lengkap diisi (termasuk nilai) dan
ditandatangani. (Wajib)
3
Surat akuan pembida (Lampiran F) yang telah siap diisi dan
ditandatangani. (Wajib).
X
/
SS 2
-
Bil
Perkara / Dokumen
Untuk Ditanda Oleh Syarikat
Untuk Ditanda
Oleh Jawatankuasa
Pembuka Tender /Sebut Harga
4
Salinan Borang 49 dan Borang 24 atau salinan Borang D atau
Borang E. (Wajib)
5
Salinan Surat Setuju Terima yang disahkan bagi projek- projek
telah disiapkan
6
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran (SPP) dan Sijil Perolehan
Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB dan atau Sijil Taraf Bumiputera
(STB) oleh PKK (bagi kerja dikhususkan kepada bumiputera)
(Wajib)
7
Petender dikehendaki mengemukakan Bukti Pendaftaran di bawah
Seksyen 21 Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) (sekiranya
berdaftar.
8
Borang A – Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat Dan Keesahan
Dokumen Yang Dikemukakan Oleh Petender lengkap diisi dan
ditandatangani. (Wajib)
9
Lain-lain (Sila nyatakan) :
i) ___________________________
___________________________
ii) ___________________________
___________________________
iii) ___________________________
___________________________
⃰ Sila potong mana tidak berkenaan
SS 3
-
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya
telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang
dinyatakan di dalam Dokumen Tender/Sebut Harga. Semua maklumat yang
dikemukakan (jika ada) adalah benar Tandatangan : Nama: Jawatan :
Tarikh :
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Tender/Sebut Harga
mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara
bil………………………… Tandatangan : Nama: Jawatan : Tarikh : Tandatangan :
Nama: Jawatan : Tarikh :
⃰ Sila potong mana tidak berkenaan
SS 4
-
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
SURAT AKUAN PEMBIDA
- LAMPIRAN F
BAHAGIAN B
-
LAMPIRAN F
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN ASET MAJLIS PASAR /
MEDAN
SELERA / KIOSK DI KAWASAN BP 7 SELAMA SATU (1) TAHUN BAGI TAHUN
2017
UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
MPSJ.KUB.400 – 10 / 2 / 187 (2016)
Saya, nombor K.P. yang
mewakili nombor Pendaftaran dengan
ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang
mewakili syarikat ini tidak akan
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
Majlis Perbandaran Subang
Jaya atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih
dalam Sebut harga seperti di
atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi
saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat
ini didapati bersalah
menawarkan atau kepada mana-mana individu memberi rasuah dalam
Majlis Perbandaran
Subang Jaya atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk
dipilih dalam Sebut harga
seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju
tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1. penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut harga di atas;
atau
2.2. penamatan kontrak bagi Sebut harga di atas; dan
2.3. lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan
Kerajaan
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah
daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan
untuk dipilih dalam Sebut
harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera
melaporkan perbuatan tersebut
kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau balai polis yang
berhampiran.
Yang benar,
Nama:………………………
No. KP :……………………
Cop Syarikat :
F 1
-
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
ARAHAN KEPADA
PETENDER
BAHAGIAN C
-
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
BORANG SEBUT HARGA DAN
SYARAT-SYARAT MEMBUAT
SEBUT HARGA
BAHAGIAN D
-
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
BORANG SEBUT HARGA
SEBUT HARGA BAGI : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN ASET
MAJLIS PASAR / MEDAN SELERA / KIOSK DI KAWASAN BP 7 SELAMA SATU
(1) TAHUN BAGI TAHUN 2017 UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Mengikut Pelan-Pelan No. . RUJUK SENARAI PELAN dan lain-lain
pelan terperinci yang
diberi untuk menerangkannya.
Salinan-salinan Dokumen Meja Sebut Harga yang merangkumi
Perjanjian Kontrak,
Pelan-pelan tersebut di atas, Spesifikasi dan Dokumen Sebut
harga yang lain boleh
dilihat di tempat yang dinyatakan dalam Notis Sebut Harga dalam
masa waktu pejabat
pada mana-mana hari bekerja hingga tarikh akhir yang ditetapkan
bagi penyerahan Sebut
harga.
Kepada :
Yang Dipertua.
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA.
( pihak yang menerima Sebut Harga )
Tuan,
Di bawah dan tertakluk kepada Syarat-Syarat Membuat Sebut Harga
yang dilampirkan
bersama ini, yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini
membuat Sebut harga
dan menawar untuk melaksana dan menjalankan Kerja dan
peruntukan-peruntukan dan
membekalkan semua buruh, bahan dan loji dan segala benda dari
tiap-tiap jenis yang
masing-masing disebut, ditunjuk, diperihal dan dimaksudkan
dalam, atau yang hendaklah
ditakrifkan daripada Dokumen Sebut Harga, yang hendaklah
dilaksana dan dibekalkan
oleh pihak Kontraktor, bagi Kerja yang diperihalkan di atas,
dengan menepati Dokumen
Sebut Harga tersebut bagi jumlah wang pukal yang disebutkan di
bawah ini.
2. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju menjadi terikat
oleh dan tunduk
kepada Syarat- Syarat Kontrak dan Spesifikasi tersebut dan
bersetuju bahawa sebelum
Surat Setuju Terima Sebut Harga dikeluarkan, harga dan kadar
harga dalam Jadual
Kadar Harga dan Ringkasan Sebut Harga hendaklah diteliti dan
diselaraskan oleh
Pegawai Penguasa dengan memastikan kemunasabahannya tanpa
mengubah amaun
yang dinyatakan di dalam Borang Sebut Harga.
BS1
-
3. Yang bertandatangan di bawah ini mengemukakan tawaran
melaksanakan kerja-
kerja ini dengan kadar seperti berikut :
i)*………….% tambahan/kurangan ** (………………………………………………………...
………………………………………………..)peratus tambahan/kurangan** nyatakan dalam
perkataan ) daripada Jadual Kadar Harga seperti yang tersenarai
dalam dokumen ini. Nota: *….. sila isikan peratus yang ditawarkan
kepada dua titik perpuluhan. (e.g 20.20) **…..Sila potong yang
tidak berkenaan
4. Yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan bahawa kadar
peratus yang
ditawarkan akan diselaraskan dengan Jadual Kadar Harga tersebut
untuk menghasilkan
Jumlah Bayaran yang akan dibuat terhadap sesuatu pesanan/arahan
yang dikeluarkan
oleh Pegawai Penguasa.
5. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju bahawa nilai
anggaran kerja
keseluruhan perolehan ini adalah dijangka dalam lingkungan RM
25,000.00 sebulan dan
tertakluk kepada setiap arahan kerja yang dikeluarkan oleh
Pegawai Penguasa di mana
dan apabila perlu dijalankan.
6. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju bahawa Jumlah
Harga Kumulatif bagi
keseluruhan tempoh kontrak ini berkuatkuasa sehingga selama satu
(1) tahun tertakluk
kepada kelulusan Pihak Majlis seperti di para 3 di atas adalah
sebanyak RM 300,000.00
(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Ribu Sahaja) melainkan terdapat
apa-apa arahan
tambahan dari Pegawai Penguasa yang disifatkannya sesuai.
7. Bahawasanya adalah diketahui bahawa Majlis sentiasa berhak
menyetujuterima
atau menolak Sebut harga ini, sama ada ianya lebih rendah atau
lebih tinggi daripada
Sebut harga-sebut harga yang lain, atau sama amaunnya. Yang
bertandatangan di
bawah ini bersetuju yang Sebut harga ini akan berterusan sah dan
tidak akan ditarik balik
dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh akhir yang
ditetapkan bagi penyerahan
Sebut harga dan bersetuju bahawa tiada apa-apa had, syarat atau
janjian lain akan
dikenakan oleh kami selepas tarikh tersebut.
BS2
-
8. Yang bertandatangan di bawah ini berniat, jika Sebut harga
ini disetujuterima,
memilih salah satu daripada bentuk Bon Pelaksanaan seperti
berikut:
a) Jaminan Bank / Bank Islam / Bank Pembangunan Malaysia
Berhad(BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(Bank
SME) atau
b) Jaminan Syarikat Kewangan atau
c) Jaminan Insurans/Takaful atau
d) Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak
sepuluh
peratus (10%) daripada setiap bayaran interim sehingga mencapai
jumlah
lima peratus (5%) daripada Jumlah Harga Kontrak.
9. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju, jika Sebut harga
ini disetujuterima,
mendeposit, dengan seberapa segera yang praktik selepas
penerimaan Surat Setuju
Terima Sebut Harga tetapi sebelum bermulanya kerja,
perkara-perkara berikut:
(a) Bon Pelaksanaan (jika petender memilih kaedah Jaminan Bank /
Bank
Islam / BPMB / Bank SME / Insurans / Takaful atau Syarikat
Kewangan
sahaja) dan jikalau gagal dikemukakan pada tarikh milik tapak,
Majlis
berhak untuk melaksanakan kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan;
(b) Polisi Insurans Tanggungan Awam (iaitu insurans terhadap
bencana
kepada orang-orang dan kerosakan kepada harta) atau Nota
Liputan
berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar;
(c) Polisi Insurans Kerja atau Nota Liputan berserta dengan
resit bagi premium
yang telah dibayar;
(d) Nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial
Pekerja
(PERKESO);
(e) Petender akan menanggung kos penyediaan Dokumen Perjanjian
Kontrak
sepertimana ditetapkan oleh pihak MPSJ. Sila rujuk jadual Fi
bayaran di
Lampiran A dalam Arahan Kepada Petender.
Yang bertandatangan di bawah ini selanjutnya bersetuju
mendeposit Polisi-polisi
Insurans yang berkenaan dalam tempoh tidak lewat daripada tiga
puluh (30) hari selepas
Nota Liputan diserahkan.
BS3
-
10. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju jika kerja-kerja
gagal dimulakan
dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh milik tapak, pengambilan
kerja di bawah kontrak
akan ditamatkan sejajar dengan Fasal 51.1(a)(i) Syarat-Syarat
Kontrak.
11. Yang bertandatangan di bawah ini dengan ini juga bersetuju
bahawa Borang
Sebut harga ini berserta Surat Setuju terima Sebut harga (jika
ada) hendaklah menjadi
kontrak yang mengikat antara kita.
12. Yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan, selepas
menyemak sendiri,
bahawa dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang digunakan oleh yang
bertandatangan
di bawah ini untuk menyusun Sebut harga ini adalah
salinan-salinan yang sebenarnya
bagi dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang dimasukkan dalam
Dokumen Meja Sebut
Harga.
BS4
-
13. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju bahawa:
(a) jika Sebut harga ini ditarik balik sebelum tamatnya Tempoh
Sah Sebut Harga
atau apa-apa tempoh lanjutan, atau
(b) jika yang bertandatangan di bawah ini mengenakan apa-apa
had, syarat atau
janjian tambahan kepada Sebut Harga ini selepas tarikh akhir
yang ditetapkan
bagi penyerahan Sebut harga atau,
(c) jika sekiranya Sebut Harga telah disetujuterima, yang
bertandatangan di
bawah ini enggan dan tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang
formal atau
mendeposit Bon Pelaksanaan (jika petender memilih kaedah Jaminan
Bank /
Bank Islam / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank
Perusahaan
Kecil dan Sederhana Malaysia (Bank SME) / Insurans/ Takaful atau
Syarikat
Kewangan sahaja) sebagaimana dikehendaki oleh Syarat-Syarat
Kontrak atau
tidak meneruskan Kerja, maka, dalam mana-mana hal itu, tanpa
menyentuh
apa-apa hak lain yang ada padanya, Majlis sentiasa berhak
mengambil
tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah ini
atau
membatalkan pendaftaran yang bertandatangan di bawah ini
sebagai
kontraktor Majlis, sebagaimana difikirkan perlu oleh Majlis.
Bertarikh pada __________haribulan ___________2016.
__________________________ ___________________________
Tandatangan Petender Tandatangan Saksi
Nama Penuh : ________________________ Nama Penuh
_____________________
Atas Sifat : ___________________________ Pekerjaan :
______________________
Alamat : ________________________
_______________________
Yang diberikuasa dengan sempurnanya
Untuk menandatangani Sebut Harga ini untuk
dan bagi pihak :
_______________________
(Meteri atau Cop Petender)
BS 5
-
SYARAT-SYARAT MEMBUAT SEBUT HARGA 1. Keseluruhan Kerja yang
dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga yang ditunjukkan di atas Meja
tawaran (kemudian dari ini disebut "Dokumen Meja Tawaran") akan
diberi secara Kontrak. 2. (a)Tiap-tiap petender mestilah
menyerahkan, dalam suatu sampul surat bertutup dan bermeterai yang
dialamatkan sebagai mana ditetapkan dalam Notis Sebut harga, suatu
Sebut harga yang sah dalam Borang Sebut Harga yang diperuntukkan,
bersama dengan salinan Spesifikasi (jika ada diberikan) dengan
sempurnanya dan Ringkasan Sebut Harga yang diisi dan ditandatangani
dengan sempurnanya. Borang Sebut Harga yang tak lengkap atau tak
bertandatangan akan ditolak.
(b)Tiap-tiap petender mestilah mencatitkan, dalam ruang yang
diperuntukkan dalam Borang Sebut Harga, masa yang akan
dikehendakinya bagi menyiapkan Kerja itu.
(c)Petender hendaklah di mana sahaja dikehendaki dalam Dokumen
Sebut harga, meletakkan harga dalam Jadual Kadar Harga yang
hendaklah diisi dengan dakwat dan ditandatangani dengan sempurnanya
oleh petender. Sebelum Surat Setuju terima dikeluarkan, harga dan
kadar harga dalam Jadual Kadar Harga dan Ringkasan Sebut Harga
hendaklah diteliti dan diselaraskan oleh Pegawai Penguasa dengan
memastikan kemunasabahannya tanpa mengubah amaun yang dinyatakan di
dalam Borang Sebut harga. 3. Jika mana-mana petender:
(a) menarik balik Sebut harganya sebelum tamat Tempoh Sah Sebut
Harga atau apa-apa tempoh lanjutan, atau
(b) mengenakan had, syarat atau janjian tambahan selepas tarikh
akhir yang
ditetapkan bagi penyerahan Sebut Harga (dan dalam hal yang
sedemikian ianya hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik Sebut
harga ini), atau
(c) jika sekiranya Sebut harga telah disetujuterima, enggan dan
tidak
melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau mendeposit Bon
Pelaksanaan (jika petender memilih kaedah Jaminan Bank / Bank Islam
/ Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil
dan Sederhana Malaysia (Bank SME) / Insurans/ Takaful atau Syarikat
Kewangan sahaja) atau tidak meneruskan Kerja;
maka, dalam mana-mana hal itu, Majlis hendaklah, tanpa menyentuh
apa-apa hak lain yang ada padanya, sentiasa berhak mengambil
tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah ini atau
membatalkan pendaftaran petender sebagai kontraktor Majlis,
sebagaimana difikirkan perlu oleh Majlis. 4. Tiada apa-apa
perubahan atau tambahan yang tidak dibenarkan boleh dibuat kepada
Borang Sebut harga atau mana-mana Dokumen Sebut Harga yang
lain.
BS6
-
5. (a) Sebut harga-sebut harga dan dokumen-dokumen berhubung
dengannya yang
dinyatakan dalam Klausa 2 di atas, mestilah diserahkan di tempat
dan pada atau sebelum masa yang ditetapkan dalam Notis Sebut harga
bagi penyerahan Sebut harga.
(b) Jika sesuatu Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan,
petender mestilah
menguruskan bagi Sebut harganya dan dokumen-dokumennya yang lain
dihantar dengan pos supaya sempat sampai di tempat yang ditetapkan
tidak lewat dari masa yang ditetapkan.
(c) Mana-mana Sebut Harga yang diserahkan selepas masa yang
ditetapkan,
berbangkit dari apa jua sebab, tidak akan dipertimbangkan.
(d) Tiada apa-apa jua perbelanjaan yang ditanggung oleh petender
bagi
menyediakan Sebut harganya boleh dibayar kepadanya.
6. Jika sekiranya atas permintaannya, seseorang petender
diberikan salinan-salinan sesuatu Dokumen Sebut Harga, maka adalah
menjadi tanggung jawabnya seorang diri untuk meneliti
salinan-salinan itu dan memuaskan hatinya bahawa salinan-salinan
itu adalah sebenarnya salinan-salinan dokumen yang termasuk dalam
Dokumen Meja Tawaran. Jika sekiranya terdapat apa-apa perbezaan
atau percanggahan antara mana-mana salinan yang diberi kepada
petender dengan salinan dalam Dokumen Meja Tawaran atau antara
mana-mana dokumen yang termasuk di dalamnya, maka adalah menjadi
tanggungjawabnya seorang diri untuk memohon secara bertulis kepada
Pegawai Penguasa supaya dibetulkan perbezaan atau percanggahan itu
tidak lewat dari tujuh (7) hari sebelum tarikh akhir yang
ditetapkan dalam Notis Sebut harga bagi penyerahan Sebut harga.
Apa-apa jawapan yang hendak dibuat oleh Pegawai Penguasa atas
permohonan itu hendaklah dibuat dengan cara Memorandum Sebut harga
yang hendaklah dihantar kepada semua petender. Memorandum Sebut
harga itu hendaklah menjadi sebahagian daripada Dokumen Sebut harga
dan Sebut harga yang diterima akan disifatkan sebagai berdasarkan
pada huraian, ubahsuaian atau perluasan kepada dokumen asal yang
mengandunginya. 7. Petender hendaklah disifatkan telah memeriksa
dan meneliti Tapak bina dan sekitarnya dan telah berpuas hati
sebelum menyerahkan Sebut harganya tentang jenis bumi dan lapisan
tanah, bentuk dan jenis Tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan
dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan
dengan dan akses ke Tapak bina, tempat tinggal yang mungkin
dikehendaki dan pada amnya hendaklah mendapatkan sendiri segala
maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangka dan segala hal
keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan Sebut harganya. 8. Sebut
harga-sebut harga hendaklah terus sah selama tempoh sembilan puluh
(90) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan Sebut harga sebagaimana
yang ditetapkan dalam Notis Sebut harga (dalam Syarat-Syarat
Membuat Sebut harga ini disebut "Tempoh Sah Sebut harga") dan
tempoh ini boleh dengan persetujuan bersama dilanjutkan jika dan
apabila perlu.
BS7
-
9. Majlis tidak boleh terikat menyetujuterima Sebut Harga yang
rendah sekali atau sesuatu Sebut harga dan juga tidak terikat untuk
memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu Sebut harga. 10.
Petender yang berjaya (jika ada) hendaklah diberitahu tentang Sebut
harganya dengan surat (disebut "Surat Setuju terima Sebut harga")
dalam Tempoh Sah Sebut harga atau apa-apa tempoh lanjutan. Petender
tersebut hendaklah dengan seberapa segera yang praktik tetapi
sebelum bermulanya Kerja mendeposit dengan Pegawai Penguasa,
perkara-perkara berikut:
(a) Bon Pelaksanaan (jika petender memilih kaedah Jaminan Bank /
Bank Islam / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank
Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Bank SME) / Insurans/
Takaful atau Syarikat Kewangan sahaja) berjumlah sebanyak 5%
daripada Jumlah Harga Kontrak dan jikalau gagal dikemukakan pada
tarikh milik tapak, Majlis berhak untuk melaksanakan kaedah Wang
Jaminan Pelaksanaan;
(b) Polisi Insurans Tanggungan Awam (iaitu insurans terhadap
bencana kepada
orang-orang atau kerosakan kepada harta) atau Nota Liputan
berserta
dengan resit bagi premium yang telah dibayar;
(c) Polisi Insurans Kerja atau Nota Liputan berserta dengan
resit bagi premium
yang telah dibayar;
(d) Nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial
Pekerja
(PERKESO);
Petender tersebut hendaklah selanjutnya mendeposit Polisi-polisi
Insurans yang berkenaan dalam tempoh tidak lewat daripada tiga
puluh (30) hari selepas Nota Liputan diserahkan.
11. Semua jadual butir-butir yang dilampirkan kepada Dokumen
Sebut Harga hendaklah diisi dan diserahkan oleh petender berserta
dengan Sebut harganya.
12. Tiap-tiap notis yang hendak diberi kepada petender bolehlah
diposkan ke alamatnya yang dinyatakan dalam Sebut Harga itu dan
pengeposan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang
sempurna akan notis itu.
13. Perkataan "petender yang berjaya" hendaklah bererti bahawa
petender yang mana Sebut harganya telah diluluskan dan disetuju
terima oleh Majlis.
14. Perkataan "petender" dalam Syarat-Syarat ini hendaklah
disifatkan sebagai termasuk dua orang atau lebih.
15. Jika petender tidak mematuhi Syarat-Syarat tersebut di atas
mengenai apa-apa jua hal maka Sebut harganya boleh ditolak.
16. Syarat-Syarat Membuat Sebut Harga ini, setakat mana
Syarat-Syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan Kontrak ini,
hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kontrak ini.
BS8
-
17. Petender akan dikenakan Denda Gantirugi Tertentu dan
Ditetapkan (LAD) sebanyak RM 100.00 sehari sekiranya tidak dapat
menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditawarkan atau apa-apa
dalam tempoh lanjutan yang diperuntukan. 18. Petender adalah
terikat dengan Syarat-Syarat Kontrak dan Addenda Syarat-Syarat
Kontrak P.W.D Form 203 (Rev. 1/2010) yang akan digunapakai untuk
kerja-kerja ini. 19. Petender adalah diwajibkan mengemukakan Borang
49 dan 24 untuk perniagaan Sendirian Berhad dan Borang D atau
Borang E untuk perniagaan tunggal bersama-sama dengan Dokumen Sebut
harga ini. Petender yang gagal mengemukakan borang-borang berkenaan
akan menjejaskan penilaian Sebut harga dan kemungkinan besar
petender tidak akan dipertimbangkan. 20. Sekiranya kontraktor
membuat tuntutan palsu atau penipuan, pihak MPSJ akan
mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan tersebut dan
kontrak kerja akan
ditamatkan serta merta.
BS9
-
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
PREAMBLES
BAHAGIAN E
-
PREAMBLES
Bil
Huraian
A
B
C
D
E
F
PREAMBLES BAYARAN FI PERKHIDMATAN BAGI PENGURUSAN KONTRAK
Petender akan menanggung Fi Perkhidmatan Bagi Pengurusan Kontrak
sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis. Jumlah bayaran
hendaklah merujuk kepada LAMPIRAN A dalam Arahan Kepada Petender.
NOTA MAKLUMAN DAN PEMATUHAN Nota makluman dan pematuhan ini
merupakan sebahagian dari dokumen kontrak dan perlu dibaca bersama
dengan kadar harga yang dinyatakan didalamnya. Kontraktor
dinasihatkan untuk membaca dan memahami segala isi kandungan jadual
kadar harga ini. Ini adalah bertujuan agar kontraktor dapat
menjalankan semua kerja pembaikan mengikut spesifikasi dan standard
yang telah ditetapkan di dalam jadual kadar harga ini. Kontraktor
pada setiap masa, perlu merujuk kepada Pegawai Penguasa atau
wakilnya sekira terdapat permasalahan di tapak. Bayaran akan dibuat
berdasarkan arahan kerja dan kuantiti sebenar di tapak setelah
kerja-kerja siap dijalankan. Pembayaran akan dibuat berdasarkan
kuantiti akhir yang akan diukur dan dipersetujui bersama kontraktor
atau wakilnya dan Juruukur Bahan Majlis Perbandaran Subang Jaya
atau wakilnya. Lokasi pembaikan akan ditetapkan atau dipersetujui
oleh Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa melalui surat
arahan kerja yang dikeluarkan.
Setiap kerja-kerja yang dijalankan adalah termasuk upah buruh
bagi membuka, meroboh, menanggal, menyediakan, membekal, memasang
dan membina di tapak melainkan dinyatakan sebaliknya didalam
Dokumen Kontrak tersebut.
P 1
-
Bil
Huraian
A
B
C
D
E
F
G
H
NOTA MAKLUMAN DAN PEMATUHAN (Samb) Setiap kerja yang dijalankan,
perlu mematuhi arahan, spesifikasi dan standard Majlis. Sekiranya
terdapat kecacatan atau kerosakan disebabkan oleh kesilapan
kontraktor, Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa berhak
menolak kerja tersebut secara bertulis. Kerja pembaikan semula
perlu dijalankan oleh kontraktor tanpa mendapat bayaran tambahan
dari Majlis. Kontraktor perlu mengemukakan satu salinan kad hijau
CIDB yang belum tamat tempoh bagi dirinya dan setiap pekerja
berdaftar dengan syarikatnya yang akan menjalankan tugas dilokasi
bagi kerja yang dinyatakan di atas. Ia perlu dikemukakan bersekali
dengan dokumen sebut harga sebagai salinan yang telah diakui sah.
Kontraktor perlu mengemukakan kad hijau CIDB asal yang belum tamat
tempoh bagi dirinya dan setiap pekerja berdaftar dengan syarikatnya
yang akan menjalankan tugas dilokasi bagi kerja yang dinyatakan di
atas. Ia perlu dibawa untuk pengesahan oleh Pegawai Penguasa atau
wakilnya pada mesyuarat pertama pemilikan tapak yang akan
diberitahu kelak. Sekiranya pada bila-bila masa, terdapat pekerja
kontraktor yang didapati tidak memiliki kad hijau yang sah, pekerja
tersebut tidak akan dibenarkan memasuki kawasan kerja sehingga dia
memilikinya. Kegagalan kontraktor mematuhi syarat ini akan
membolehkan pihak Jabatan mengeluarkan 'notis pemberhentian kerja'.
'Notis penyambungan kerja' akan dikeluarkan apabila pihak
kontraktor telah mematuhi syarat-syarat ini. Setiap pekerja
kontraktor atau mana-mana individu adalah diwajibkan memakai
peralatan keselamatan seperti topi keselamatan, vest keselamatan
dan but keselamatan selama dia berada di lokasi atau tapak kerja.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kontraktor di denda
sebanyak RM 50.00 bagi setiap kesalahan oleh setiap pekerja atau
individu. Denda tersebut akan dibuat melalui pemotongan pada jumlah
tuntutan pembayaran yang dikemukakan kepada jabatan. Kontraktor
perlu meletakkan seorang penyelia tapak sepenuh masa bagi memantau
semua kerja pembaikan yang akan dijalankan. Penyelia tapak ini
perlulah boleh dihubungi pada setiap masa, bertanggungjawab dan
diberi kuasa untuk membuat keputusan segera. Pihak Majlis tidak
akan bertanggungjawab sekiranya terdapat mana-mana pekerja
kontraktor yang ditahan atas apa juga alasan atau kesalahan oleh
mana-mana pihak berkuasa yang berhak. Pengiraan kuantiti sebenar
adalah merujuk kepada kerja sebenar di tapak berdasarkan arahan
kerja yang diberi oleh Pegawai Penguasa atau wakilnya.
P 2
-
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
JADUAL KADAR HARGA
BAHAGIAN F
-
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
MAKLUMAT PETENDER
BAHAGIAN G
-
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
PELAN / LUKISAN /
GAMBAR / LOKASI
BAHAGIAN H