USLUB PERBINCANGAN HARUS BERLAKU NASAKH DALIL-DALIL YANG DIMANSUKHKAN HUKUMAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIMANSUKHKAN CARA MENGETAHUI MANSUKH KESIMPULAN
USLUB PERBINCANGAN
HARUS BERLAKU NASAKHDALIL-DALIL YANG DIMANSUKHKANHUKUMAN YANG BOLEH DAN TIDAK
BOLEH DIMANSUKHKAN CARA MENGETAHUI MANSUKHKESIMPULAN
Salah satu cabang pengajian ilmu hadis yang paling penting, terutamanya berkenaan hadis-hadis hukum ialah ilmu nasakh dan mansukh. Kepentingannya tidak dapat dinafikan kerana ianya adalah satu syarat ijtihad. Secara asas, seorang mujtahid mestilah mengetahui latar belakang dalil sesuatu hukum khususnya hadis yang akan dijadikan asas hukum. Dengan mempelajari cabang ilmu hadis ini, seseorang itu akan mengetahui sejarah perkembangan hadis dan hukum Islam itu sendiri.
Nasakh dari segi bahasa membawa dua
maksud Menghapuskan memindahkan
Istilah pula bermaksud mengangkat satu
hukumnya yang terdahulu dengan hukum
yang datang kemudian
HARUS BERLAKU NASAKH• Menurut akal mahupun riwayat, Nasakh dapat terjadi.
Pendapat ini sudah disepakati ulama’ usul kecuali nasakh terhadap nas-nas ataupun ayat-ayat al-Quran.
• Menurut akal, sesuatu umat dapat membezakan nasakh tersebut dengan waktu dan keadaannya. Sesuatu perbuatan mungkin berbahaya atau merugikan pada sesuatu waktu tetapi bermanfaat pada waktu lain. Disebabkan itulah perbuatan tersebut mula ditegah dan kemudian diperintahkan.
• Menurut riwayat, Rasulullah s.a.w pernah mengadap ke Baitul Maqdis (Palestin) selama 18 bulan. Kemudian kiblat tersebut dihapuskan dan dipindahkan ke Ka’abah
Sebagaiman firman Allah ,y.b.:
Maksudnya:
Apa sahaja ayat keterangan Yang
Kami mansukhkan (batalkan), atau Yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti Yang lebih baik daripadanya, atau Yang sebanding dengannya. tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (al-Baqarah:106)
DALIL-DALIL YANG DIMANSUKHKANBerdasarkan kaedah umum syariat Islam, sesuatu dalil tidak boleh dinasakhkan kecuali dengan dalil yang sama kuat atau lebih kuat daripadanya. Berdasarkan kaedah umum itu, di sini dijelaskan dalil-dalil yang menasakhkan serta pendapat-pendapat ulama’ iaitu:• Nasakh al-Quran dengan al-quran atau hadis• Nasakh Hadis dengan Hadis• Nasakh Hadis dengan al-Quran• Nasakh dengan Ijmak• Nasakh Ijmak dengan al-Quran atau Hadis• Nasakh Ijmak dengan Ijmak• Nasakh al-Quran atau Hadis atau Ijmak dengan Qiyas• Nasakh Qiyas dengan Qiyas
Nasakh al-Quran dengan al-quran atau hadis
Ulama’ sepakat mengatakan al-Quran harus menasakhkan nas al-Quran yang lain apabila dikatakan kedua-duanya adalah sama, kerana ia dikira sama dari segi kekuatan. Manakala penasakhan al-Quran dengan Hadis, ulama’ berselisih pendapat tentang keharusannya
Pendapat jumhur ulama’: Al-Quran harus dinasakhkan dengan Hadis Mutawatir, kerana ia dikira setaraf dari segi kekuatan. Contoh yang diambil ialah tentang alasan dan hujah berkaitan dengan wasiat kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, sebagaimana firman Allah: Maksudnya: Kamu diwajibkan, apabila seseorang darikamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah:180)
Hukum wajib berwasiat tersebut
dinasakhkan oleh Hadis yang diriwayatkan
oleh Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi:
لوارث وصية الMaksudnya: Tiada Wasiat Untuk Waris
Nasakh Hadis dengan Hadis
Pendapat jumhur: Mereka sepakat mengatakan harus menasakhkan hadis juga, jika kedua-duanya setaraf dari segi sabit dan dilalahnya, dalam perkara ini ulama’ sepakat mengatakan Hadis Mutawatir dapat menasakhkan Hadis Mutawatir dan Hadis Ahad. Sebaliknya Hadis Ahad hanya dapat menasakh Hadis Ahad sahaja dan tidak dapat menasakh Hadis Mutawatir. Contoh hadis yang menasakh hadis ialah, mengenai nabi yang pernah menegah sahabat-sahabat daripada menziarahi kubur kerana sebab-sebab tertentu, namun selepas itu nabi tidak menegahnya.
Sebagaimana yang terdapat dalam hadis:• الصالة بقضاء نؤمر وال الصوم بقضاء نؤمر كنا
Maksudnya: Aku telah menegah kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah.
Pendapat Ulama’ Hanafi: Hadis Ahad harus dinasakhkan dengan Hadis Mutawatir dan Masyhur, kerana kedua-duanya lebih kuat daripada Hadis Ahad
Nasakh Hadis dengan al-Quran
Jumhur ulama’ berpendapat al-quran harus
menasakhkan Hadis. Contohnya perbuatan
nabi dan sahabat mengadap kearah Baitul
Muqaddis ketika sembahyang.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim
• الصالة فى المقدس بيت يستقبل أقام ص النبى ﴾ان ﴿الكعبة اىل التوجه بطلب ذلك نسخ ثم شهرا عشر ستة
Terjemahan: Sesungguhnya nabi pernah mengadap ke arah Baitul Maqadis sebagai kiblat ketika sembahyang selama 16 bulan, selepas itu ia dinasakhkan dan nabi diarahkan menukar kiblat ke Kaabah pula.Nas al-Quran yang menasakhkan hadis tersebut sebagaimana firman Allah:
…Maksudnya:”Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah)............”(Surah al-Baqarah :144)
HUKUMAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DINASAKHKAN
Hukuman Yang Tidak Boleh Dinasakh
Tidak semua hukum syarak boleh
dinasakhkan. Ada diantaranya yang
menerima penasakhan dan ada pula yang
tidak boleh. Antara hukum yang tidak boleh
dinasakhkan ialah:
• Ayat-ayat yang menyentuh tentang akidah dan iman. Seperti sifat-sifta Allah, kekuasaan-Nya, perkara-perkara Sam’iyyat yang telah tetap dan jelas. Contohnya, tentang alam Barzakh, syurga neraka dan sebagainya.
• Ayat mengenai sejarah dan perkara-perkara yang menyentuh tentang nabi-nabi dan umat silam yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu. Contohnya, kisah Ashab al-Kahfi, Zul Qarnain, Nabi Musa dan Firaun, Nabi Nuh dan kaumnya, dan sebagainya.
• Hukum-hukum syarak yang telah diputuskan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w serta melalui ijmak ulama’.
• Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan berubah dengan sebab perubahan keadaan dan umat. Contohnya, keadilan, kebenaran, sifat amanah, menzalimi dan sebagainya
• Hukum-hukum tentang furu’ atau cabang syarak yang telah dijelaskan keberkekalannya oleh syarak.contohnya, berjihad.
HukumanYang Boleh Di Nasakhkan
• Para fuqaha telah bersepakat bahawa nasakh boleh terjadi pada hukum-hukum hadis.Dalam hal ini, tidak ada satupun ulama’ yang menentangnya . contohnya seperti, perpindahan kiblat dari Baitul Muqaddas ke Masjidil Haram , penziarahan kubur dan nikah mut’ah yang dahulunya di haramkan kemudian diperbolehkan dan sebagainya.
• Jumhur ulama berselisih pendapat mengenai terjadinya Nasakh dalam hukum-hakam Al-Quran .Menurut Jumhur Fuqaha , nasakh boleh terjadi dalam Al-Quran , akan tetapi Abu Muslim Al-Asfahani berpendapat, bahawa di dalam Al-Quran tidak ada ayat-ayat yang dapat dinasakhkan .
Dalil yang di bawakan oleh jumhur Ulama bahawa dalam Al-Quran terdapat Nasakh adalah:
Maksudnya: Apa sahaja ayat keterangan Yang Kami mansukhkan (batalkan), atau Yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti Yang lebih baik daripadanya, atau Yang sebanding dengannya. tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
(Surah Al-Baqarah:106)
CARA MENGETAHUI MANSUKHsememangnya nasakh tidak terlaksana kecuali apabila berlaku pertentangan di antara dua hukumsekiranya kedua hukum tersebut dihimpun dan
beramal dengan kedua-dua, maka apabila diketahui ada pertentangan di antara kedua-dua hukum nescaya, hukum yang sesudahnya memansukhkan hukum yang terdahulu, dan tidak diketahui salah satu yang terdahulu dan yang mana yang terkemudian kecuali dengan naqli
Antara cara lain ialah: Terdapat dalam nas itu sendiri perkara yang
menunjukkan ada nas yang terdahulu, seperti sabda Rasulullah s.a.w.
• االخرة تذكر فانها وها فزور أال القبور زيارة ن نهيتكمع كنتالدنيا فى وتزهد
Maksudnya : Aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur maka hendaklah kamu menziarahinya kerana bahawasanya ia memperingatkan akhirat dan memperzuhudkan dunia.
Hadis ini menunjukkan larangan menziarahi kubur adalah mendahului suruhannya. Oleh itu suruhan menziarahi kubur menasakhkan.
Ijmak para ulama’ berpendapat bahawa salah satu daripada dua dalil yang bertentangan dengan nasakh yang satu lagi seperti nas yang menasakhkan hukum.
• Tidak sabit nasakh dengan adanya salah satu daripada dua nas yang bertentangan ditulis dalam Al-Quran selepas salah satu berlaku kerana turunnya surah-surah dan ayat-ayat di dalam Al-Quran bukan berpandukan ayat-ayat Al-Quran yang turun
• tidak sabit menasakhkan sesuatu hukum, mengikut ulama’ Syfi’ dengan kata sahabat, bahawa hukumnya dinasakhkan kemudian kerana kemungkinan perkataan itu lahir dari ijtihatnya sendiri dan bukan dari Rasullullah s.a.w
• Ulama’ Hanafi mensabitkan nasakh dengan perkataan sahabat kerana sahabat bersifat adil maka, apabila mereka menceritakan nasakh adalah menunjukkan kepada mereka bahawa ia lahir dari pendengaran Rasullullah s.a.w. maka perkataan mereka mengenai apa yang diperkatakan diterima
KESIMPULANNasakh wal mansukh berlaku untuk
mengemaskinikan hukum serta menjaga
agama Islam.Nasakh menghapuskan hukum
syara yang terpakai dengan hukum syara’
yang lain dengan sebab ada dalil syara’
yang baru.Sekiranya tidak ada penghapusan
itu maka, Hukum yang lama itu tetap
terpakai.