Top Banner
KONSEP NASIKH DAN MANSUKH Disediakan oleh : Ku Fasehah Bt Ku Zahari
29

2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete

Jun 30, 2015

Download

Education

Angah Rahim

Konsep nasakh Mansukh
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

KONSEPNASIKH DAN MANSUKH

Disediakan oleh :Ku Fasehah Bt Ku Zahari

Page 2: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

NASIKH (NASKH) DARI SUDUT BAHASA :

• Mengangkat atau menghilangkan• Menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain• Memindahkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.

Page 3: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

PANDANGAN ULAMA :

Al-Zajjaj• Membatalkan sesuatu dan

menggantikan sesuatu yang lain pada tempatnya.

• Pertukaran di antara dua perkara dengan cara hanya digunakan salah satu sahaja.

Ibnu Faris • Mengangkat sesuatu dan

mengisbatkan sesuatu yang lain pada tempatnya atau memindahkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.

• Perkara tersebut masih wujud tetapi berlainan tempat.

Page 4: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

Ibn ‘Atiyah• Satu keterangan yang

menunjukkan bahawa satu-satu hukum yang telah sabit, ditamatkan amalannya dengan keterangan yang datang kemudiannya.

Al-Alusi• Berakhirnya tempoh hukum

bagi sesuatu perkara yang melibatkan pembatalan hukum syarak yang diamalkan.

Page 5: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

NASKH : perubahan hukum yang dengan kedatangan hukum syarak yang terkemudian.

NASIKH : hukum yang datang kemudian sebagai pembatal hukum yang diamalkan.

Page 6: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

Nas-nas Al-Quran yang menunjukkan berlakunya nasakh:

    ن� م�و ن� ع� ن ن�ا ع� م م� ن� ع� ن�� ع� ن� �  ر� ن� ع� م� ن� ن��ن ن�ا �ن ن إ�� م!و� ن"ا م# ز$ ن& م ن�ا إ� م� ن� ع' ن�� م) ��ـ ن ن*�! �  ر, ن آ� ن� ن.ا �� ن ة, ن آ� ن&ا ع! 0�ن ن� ن�1 إ�� ١ن*

 dan apabila Kami tukarkan satu ayat (al-Quran ) untuk menggantikan ayat

yang lain, (yg di mansukhkan) dan Allah memang mengetahui akan apa yang diturunkan olehNya. Maka berkata (mereka yg kafir): sesungguhnya engkau (whai Muhammad) hanyalah seorang pendusta, sedangkan mereka (yg kafir

itu) tidak mengetahui hakikat sebenarnya" (surah An-Nahl: 101)

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 106 dinyatakan:

  ر� إ0 ن" ر3 ع4 ن5 ز� م� ى6 ن� ن' ن) ��ـ ن !� ��ن ن�� ع� ن� ع� ن8 ع� ن! ن�� �  ن:ا إ� ع� إ� ع* ن�� ن:ا ع& ز� ر� ع; ن> إ� إ= ع�ا نن ن:ا إ< من& ع* ن�� ر, ن آ� ع? إ� ع@ ن< نن& ن�ا 

"apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau Kami tinggalkan (atau tangguhkan), kami datangkan ganti yang lebih baik darinya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah

Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu?"

Page 7: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

MANSUKH

• Hukum yang mansukh itu hanya dari sudut amalannya sahaja namun hukum tersebut masih lagi kekal sebagai satu hukum.

• Mansukh : hukum yang dibatalkan dan tidak lagi diamalkan oleh individu Muslim.

Page 8: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

PEMBAHAGIAN DAN JENISNASAKH

Disediakan oleh :Fatihah Ab Rahman

Norfarahin bt Hamdan

Page 9: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

PEMBAHAGIAN NASAKH

Nasakh terbahagi kepada 4 bahagian :

1) Nasakh al-Quran dengan al-Quran.

2) Nasakh al-Quran dengan al-Sunnah.

3) Nasakh al-Sunnah dengan al-

Quran.

4) Nasakh al-Sunnah dengan al-Sunnah.

Page 10: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

1.Nasakh Al-Quran dengan Al-Quran.

Di dalam al-Quran, terdapat 3

pembahagian nasakh yang berlaku:

1. Nasakh yang di hapuskan tilawah dan hukumnya

2.Hukumnya di hapuskan sedangkan tilawahnya tidak.

3. Tilawahnya di hapuskan, tetapi hukumnya kekal

Page 11: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

2.Nasakh Al-Quran dengan As-Sunnah

a. Al-Quran dengan hadis Ahad

*Jumhur berpendapat al-quran tidak boleh di nasakh dengan hadis ahad, kerana al-quran bersifat mutawatir

dan pasti sedangkan hadis ahad bersifat zanni (teragak-agak).

Page 12: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

b.al-Quran dengan hadis Mutawatir

*nasakh ini  di akui oleh ulama (Malik, Abu Hanifah dan Ahmad) dlm satu riwayat, kerana keduanya adalah wahyu. firman Allah:

"Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang

amat kuat gagah"(An-Najm: 4-5)

*akan tetapi, nasakh jenis ini ditolak oleh as-syafie, Zahiri dan Ahmad(dlm riwayatnya yg lain) dengan berpegan kepada ayat 106

surah al-Baqarah yang menyatakan apa yang menasakh hukum terdahulu mestilah sama hebat atau lebih baik martabatnya.

Sedangkan hadith bermartabat lebih rendah daripada Al-Quran.

Page 13: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

3. Nasakh Sunnah dengan Al-Quran.

Disepakati boleh berlaku oleh jumhur ulama. contoh:kiblat yg pada mulanya di tetapkan menghadap Baitul Maqdis

dengan sunnah, dinasakhkan dengan ayat Quran surah al-Baqarah ayat 144 :

"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan

engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya

orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak

sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan."

Page 14: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

Kewajipan puasa pada hari asyura yang pada mulanya di tetapkan oleh sunnah kemudiannya di nasakh dengan ayat 185 surah al Baqarah:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,

dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan

(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,

Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki

kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."

Page 15: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

4. Nasakh Sunnah dengan Sunnah

•. Sunnah mutawatir dengan mutawatir•. Ahad dengan ahad

•.Ahad dengan mutawtir•.Mutawatir dengan ahad

Tiga daripada jenis nasakh ini tidak di

tegah kecuali mutawatir dengan ahad

yang di tegah oleh jumhur.

Page 16: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

JENIS-JENIS NASAKH

1) Nasakh tanpa

pengganti

2) Nasakh dengan

pengganti yang lebih

ringan.3) Nasakh

dengan pengganti

yang sebanding

4) Nasakh dengan

pengganti yang lebih

berat

Page 17: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

1) Nasakh tanpa pengganti.Contoh: penghapusan mengenai kewajipan bersedekah sehelum menghadap Rasulullah sepertimana firman Allah dalam surah al-

Mujadalah ayat 12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu

bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih.

Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai

perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Page 18: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

ayat ini kemudian mansukh dengan ayat ke 13 surah yang sama:

"Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau

kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka

dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu

kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang

kamu lakukan"

Page 19: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

2) Nasakh dengan pengganti yang lebih ringan

Surah Al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa

sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,

supaya kamu bertaqwa"

Page 20: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

Berdasarkan ayat ini, puasa ahli kitab sebelum kedatangan islam ialah

diharamkan makan dan minum, dan bercampur dengan isteri-isteri atau suami

mereka sehari semalaman sehingga malam-malam yang berikutnya.

Hukum ini mansukh dengan hukum yang lebih ringan pada ayat 187 surah Al-

Baqarah:

Page 21: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai

pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan

memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata

kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian

sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu

sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah

menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa"

Page 22: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

3) Nasakh dengan pengganti yang sebanding

Kiblat asal menghala ke Baitul Maqdis mansukh dengan ayat 144 Surah Al-Baqarah yang mengarahkan umat islam

menghadap ke Kaabah:

"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami

benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja

kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa

yang mereka lakukan."

Page 23: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

4) Nasakh dengan pengganti yang lebih berat

Penghapusan hukuman mengurung di rumah bagi para isteri yang berzina dalam surah an-Nisa' ayat

15.

"Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu,

maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu

mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu)

dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan

keluar (dari hukuman itu)."

Page 24: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

Mansukh dengan hukuman sebat pada Surah An-Nur, ayat 2:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap

seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh

perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman

kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang

dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang

beriman"

Page 25: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

HIKMAH NASAKH DAN

MANSUKH

Page 26: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

1. Membuktikan Bahwa Syariat Agama Islam adalah Syari’at yang sempurna.

2. Memelihara kepentingan hamba.3. Cubaan dan ujian bagi mukalaf untuk

mentaati ataupun melanggar hukum Allah.4. Kemudahan dan kebaikan bagi umat.5. Sebagai bukti relevannya hukum syara’ dalam

setiap keadaan.

Page 27: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

7. Hikmah untuk menjaga kemaslahatan manusia. Sebagaimana yang terdapat dalam penghapusan bersedekah ketika menghadap Rasul.

8. Menentukan hukum baru sebagaimana yang terdapat dalam perintah untuk menghadap Baitul Maqdis yang di Nasakh menghadap Ka’bah.

9. Menambah kebaikan dan pahala umat.

Page 28: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

• Nasakh adalah mengikut kehendak Allah dan ia adalah perbuatan Allah dan dia menghukum mengikut kemahuan-Nya. Kadang-kadang Allah memerintahkan sesuatu dan melarangnya pada masa yang lain.

• Hukum-hukum Allah adalah meraikan kemaslahatan. Ini kerana pensyariatan hukum adalah ditegak atas asas kemaslahatan. Kemaslahatan ini adalah berubah mengikut perubahan individu dan zaman. Selagi kemaslahatan itu berubah, selagi itulah hukum meraikan perubahan tersebut.

Page 29: 2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete

سكيانتريما

! كاسيه