-
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2):163-171(2004) ISSN:
0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press
Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran danTahap Motivasi
Terhadap Program Pengajian
lMAZANAH MUHAMAD & 2ADANAN MAT JUNOHlFakulti Pengajian
Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM,Serdang, Selangor,
Malaysia
2Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia,Universiti
Teknologi Malaysia
81300 Skudai, Johor, Malaysia
Kata kunci: Motif, motivasi, pendidikan dewasa, pembelajaran
dewasa
ABSTRAK
Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti motif utama guru
melanjutkan pelajaran melaluiprogram pengajian jarak jauh di
Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL),Universiti
Putra Malaysia dan menentukan tahap motivasi mereka terhadap
program tersebut.Seramai 360 guru daripada empat pusat pembelajaran
IDEAL telah dipilih secara rawak sebagaisampel kajian. Data telah
dikumpul melalui satu instrumen yang dibina khusus bagi kajian
iniberdasarkan 'Educational Participation Scale' (EPS) yang
dibangunkan oleh Boshier (1973).Sebanyak 272 borang soal selidik
yang lengkap dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS.Kajian ini
mendapati tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran adalah (i)
pembangunanprofesional; (ii) minat kognitif; (iii) kebajikan
sosial; (iv) matlamat peribadi; (v) aktivitipembelajaran; (vi)
jangkaan luaran, dan (vii) perhubungan sosial. Tahap motivasi guru
terhadapprogram pengajian adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang
signifikan bagi tahap motivasi diantara guru berlainan bangsa,
semester pengajian, program pengajian dan lokasi sekolah.
ABSTRACT
The study sought to identify teachers' primary motives for
pursuing education through a distancelearning programme at the
Institute for Distance Education and Learning (IDEAL)
UniversitiPutra Malaysia, and to determine their motivation level
towards that programme. A sample of 360teachers from four IDEAL
learning centers was randomly selected for the purpose. Data
wascollected by using a survey instrument specifically developed
for the study by drawing uponBoshier's (1973) Educational
Participation Scale. A total of 272 completed questionnaires
wasanalyzed by using the SPSS programme. The study identified seven
primary motives for teacherspursuing higher education namely (i)
professional advancement; (ii) cognitive interest; (iii)social
welfare; (iv) personal goal; (v) learning activities; (vi) external
expectation, and (vii) socialrelationship. The teachers reported
high motivation level towards the learning programme.There is
significant difference in motivation level among teachers of
different race, semester,programme of study and school
location.
PENGENALAN
Pengakhiran abad ke-20 menyaksikan berlakubeberapa perubahan
dalam senario pendidikandi negara ini sarna ada di peringkat
sekolahmahupun di institusi pengajian tinggi. Fenomenayang paling
ketara adalah pertambahan bilanganpelajar dewasa terutamanya
daripada golonganguru yang melanjutkan pelajaran di institusi
pengajian tinggi. Rohana (1998) melaporkanbahawa 80% daripada
3800 pelajar yangmendaftar untuk mengikuti program pendidikanjarak
jauh di Universiti Kebangsaan Malaysiapada sesi pengajian tahun
1998/99 adalahgolongan guru. Perkembangan ini menunjukkanaktiviti
pendidikan dan pembelajaran dewasasemakin mendapat sambutan di
negara ini.
-
Mazanah Muhamad & Adanan Mat Junoh
Rogers (1993) mengatakan pendidikanmerupakan semua bentuk
perancanganpembelajaran sarna ada secara langsung atau
tidaklangsung untuk menolong seseorang mempelajarisesuatu.
Darkenwald dan Merriam (1982) melihatpendidikan se bagai satu
proses yangdisengajakan, sistematik dan berterusan dalamusaha
mendapatkan pengetahuan, sikap, dankemahiran baru. Pendidikan dan
pembelajaranmerupakan dua konsep yang berbeza, walaupunkedua-dua
istilah tersebut tidak mempunyaisempadan pemisah yang jelas. Secara
umumnyapembelajaran menghasilkan perubahan tingkahlaku dalam bentuk
sikap, pengetahuan dankemahiran (Merriam dan Caffarella 1999).
Proses pendidikan dan pembelajaran tidakterhad kepada
kanak-kanak dan berlaku diperingkat persekolahan sahaja. Proses ini
men-jangkau jauh daripada itu dengan melibatkanpelajar dewasa di
luar sistem persekolahan. Pen-didikan dewasa boleh berlaku secara
formal ataubukan formal. Rogers (1993) memberikan
takrifanpendidikan dewasa yang agak meluas sepertiberikut:
Semua peluang yang dirancang danmempunyai tujuan tertentu yang
disediakankepada individu yang diiktiraf dan mengiktirafdiri mereka
sebagai golongan dewasa dalamsesebuah masyarakat di mana golongan
initelah meninggalkan sistem pendidikanformal. Peluang pembelajaran
sarna adasecara formal atau tidak dalarn konteks iniseharusnya
menyediakan panduan kepadagolongan dewasa dalam membuat
keputusan,menggunakan meto-dologi dan pendekatanyang bersesuaian
dengan pengalaman orangdewasa bagi mencapai tujuan dan
keperluanmereka. (ms. 28 - 29)
Proses pendidikan dan pembelajaran berkaitrapat dengan motivasi.
Menurut Abdul Rahman(1997), motivasi adalah perlu dalam
menuntutilmu atau proses pembelajaran. Pendapat yangsarna
disuarakan oleh Wladkowski (1993) yangtelah mengkaji tentang
peranan motivasi dalammembantu orang dewasa belajar dengan
lebihberkesan. Dua komponen utama motivasi adalahdorongan dan
tindakan.
Beberapa kajian tempatan telah dijalankanuntuk mengenal pasti
motif utama yangmendorong penyertaan orang dewasa dalamaktiviti
pendidikan. Walau bagaimanapun, belumada kajian khusus untuk
mengenal pasti motifutama guru melanjutkan pelajaran. Oleh
yangdemikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti motif guru melanjutkan pelajaran melaluiprogram
pengajianjarakjauh di Universiti PutraMalaysia. Kajian ini juga
bertujuan mengenalpastitahap motivasi guru terhadap program
pengajianyang diikuti. Melalui program pengajian jarakjauh,
guru-guru dikehendaki menghadiriperjumpaan bersemuka dengan
pensyarah diIDEAL pada setiap bulan di samping menghadirisesi
tutorial di pusat pembelajaran yangberhampiran dengan tempat
tingga1 plereka.
Motif Penyertaan Pelajar Dewasa dalamAktiviti Pendidikan
Merriam dan Caffarella (1999) telah mengulassecara komprehensif
ten tang kajian motifpenyertaan pelajar dewasa. Mengikut
mereka,kajian empirikal bagi tujuan tersebut telahdimulakan oleh
Houle pada tahun 1961.Berasaskan temu bual dengan 22 pelajar
dewasadi Universiti Chicago, Houle membahagikanpelajar dewasa
kepada tiga kategori berdasarkanmotif penyertaan iaitu (i)
berorientasikanmatlamat; (ii) berorientasikan aktiviti; dan
(iii)berorientasikan pembelajaran. Menurut Merriamdan Caffarella
(1999) lagi, dapatan Houle telahdijadikan asas oleh penyelidik lain
untukmengenal pasti motif penyertaan orang dewasadalam aktiviti
pendidikan. Antaranya adalahShefield (1964) yang membina
ContinuingLearning Orientation Index (CLIO) dan Boshier(1971) yang
membina Educational ParticipationScale (EPS). Morstain dan Smart
(1974) adalahantara penyelidik paling awal menggunakan EPS.Dalam
kajian tersebut mereka mendapati enammotif penyertaan pelajar
dewasa adalah (i)perhubungan sosial; (ii) jangkaan luaran;
(iii)kebajikan sosial; (iv) pembangunan profesional;(v) pengelakan
dan rangsangan; dan (vi) minatkognitif (dalam Merriam dan
Caffarella 1999).Boshier mendapati motif penyertaan orangdewasa
dalam aktiviti pendidikan adalah untuk(i) mempertingkatkan
komunikasi iaitu untukmembolehkan mereka berkomunikasi
denganberkesan; (ii) perhubungan sosial iaitumemenuhi keperluan
penyertaan individu dalamkumpulan; (iii) persediaan pendidikan
iaitupersediaan awal bagi menyertai aktivitipendidikan seterusnya;
(iv) bersama keluargaiaitu bagi mempertingkatkan perhubungandalam
keluarga; (v) pembangunan profesionaliaitu mendapatkan pengetahuan
dan kemahiranbagi mempertingkatkan keberkesanan individudan
organisasi; (vi) minat kognitif iaitu untuk
164 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004
-
Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi
Terhadap Program Pengajian
JADUAL 1Pecahan item mengikut motif utama
item atau pernyataan yang diikuti dengan tujuhskala berdasarkan
Skala Likert yang merupakanpernyataan-pernyataan untuk mengenal
pastimotif guru melanjutkan pelajaran. Pecahan itemmengikut motif
penyertaan adalah seperti yangterpapar di Jadual 1.
Bahagian kedua instrumen terdiri daripada10 pernyataan khusus
untuk mengenal pastitahap motivasi guru. Setiap pernyataan
disertaidengan tujuh pilihan jawapan berdasarkan skalaLikert. Ujian
reliabiliti dijalankan ke atas bahagianI dan II instrumen. ilai
pekali reliabiliti (alpha)yang didapati adalah 0.9365 untuk
bahagian Idan 0.8045 untuk bahagian II. Bahagian IIIinstrumen pula
dikhususkan untuk mengumpulmaklumat sosiodemografi responden.
Ketiga-tigabahagian instrumen ini dibina bagi disesuaikandengan
keperluan kajian berdasarkan kerangkakonsep kajian seperti pada
Rajah 1.
Populasi kajian terdiri daripada 3839 guruyang sedang
melanjutkan pelajaran di IDEAL.Dari jumlah tersebut, 360 orang
telah dipilihsecara rawak sebagai responden berdasarkanjadual
bilangan responden Krejcie dan Morgan(1970). Borang soal selidik
telah diedarkansendiri oleh penyelidik, penyelaras dan tutor
diempat pusat pembelajaran IDEAL iaitu di KotaBharu, Kulim, Muar
dan Serdang. Empat pusatini dipilih bagi mewakili Zon Utara,
Timur,Tengah dan Selatan. Walaupun sejumlah 360borang soal selidik
diedarkan, hanya 272 (75.6%) didapati lengkap untuk dianalisis bagi
kajianini. Data kajian diproses dengan menggunakanperisian
'Statistical Package for the SocialScience' (SPSS). Arltara kaedah
statistik yangdigunakan adalah statistik deskriptif bagimendapatkan
nilai min, sisihan piawai, peratus,minimum dan maksimum. Analisis
varians
mendapatkan ilmu pengetahuan dalam sesuatubidang; dan (vii)
rangsangan sosial iaitu untukmemenuhi desakan dan pengharapan
daripadaorang lain seperti ahli keluarga dan rakan sejawat(dalam
Merriam dan Caffarella 1999).
Livneh dan Livneh (1999) dalam kajiannyayang melibatkan 500
pendidik dari kawasanmetropolitan Portland mendapati
komitmenterhadap pembelajaran profesional dan motivasiluaran
merupakan peramal utama penyertaandalam aktiviti pembelajaran.
Manakala Carre(2000) dalam kajiannya di Perancis mendapatimotif
penyertaan orang dewasa dalam aktivitipendidikan adalah bagi
memperoleh kecekapan,mengenal diri sendiri dan bagi pembentukan
projek. .Di Malaysia, kajian untuk mengenal pastl
motif penyertaan orang dewasa dalam aktivitipendidikan telah
dijalankan oleh Arshad (1993)dan Mohd Halimi (1996). Arshad (1993)
telahmengenal pasti sepuluh motif penyertaankakitangan kerajaan
dalam satu program latihandalam khidmat di Malaysia iaitu;
pembangunanprofesional, minat kognitif, minat intelektual,matlamat
peribadi, kebajikan sosial, arahanmajikan, pengelakan dan
perangsangan, danjangkaan luaran. Mohd Halimi (1996) ?ul~mendapati
motif utama orang dewasa menglkutlprogram pengajian di Institut
Pengajian IlmuIslam adalah minat kognitif dan intelektual,aktiviti
pembelajaran, tanggungjawab sosial,kebajikan sosial, perhubungan
sosial, pem-bangunan profesional, relaksasi sosial,
peluangpembelajaran, relaksasi kerja, serta pengelakandan
perangsangan.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikandeskriptif. Data telah
dikutip dengan meng-gunakan satu set instrumen yang dibina
khususbagi penyelidikan ini. Secara umumnya,instrumen kajian ini
adalah berasaskanEducational Participation Scale (EPS)
yangdibangunkan oleh Boshier (1973) dandiubahsuai oleh Arshad
(1993). Bagi memastikaninstrumen kajian adalah bersesuaian
dengankonteks kajian, fasa awal pembinaan instrumenmelibatkan temu
bual secara mendalam denganenam informan. Fasa awal diikuti dengan
fasaprauji yang melibatkan dua belas guru dalampopulasi kajian.
Secara keseluruhannya,instrumen kajian ini terdiri daripada
tigabahagian. Bahagian pertama mengandungi 40
Motif utama
Pembangunan profesionalMinat kognitif
Perhubungan sosialKebajikan sosial
Matlamat peribadiJangkaan luaran
Aktiviti pembelajaran
Jumlah
Bilangan item
7564747
40
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004 165
-
Mazanah Muhamad & Adanan Mat Junoh
Pemboleh ubah bebas
SOSIODEMOGRAFI
1. Jantina2. Umur3. Bangsa4. Lokasi sekolah5. Kategori sekolah6.
Tempoh perkhidmatan7. Program pengajian8. Semester pengajian9.
Kelayakan akademik10. Pendapatan11. Status perkahwinan
Pemboleh ubah bersandar
MOTIF UTAMA
1. Pembangunanprofesional
2. Minat kognitif3. Kebajikan sosial4. Matlamat peribadi5.
Perhubungan sosial6. Aktitivi
pembelajaran7. J angkaan luaran
Motivasi terhadapprogram pengajian
Rajah 1: Kerangka konseptual kajian
(ANOVA) dan ujian t pula digunakan untukmenentukan sarna ada
perbezaan signifikan diantara tahap motivasi dengan pemboleh
ubahsosiodemografi.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Giri Sosiodemografi
Temuan kajian menunjukkan bilangan gurulelaki yang melanjutkan
pelajaran di IDEALadalah lebih tinggi berbanding guru
perempuan.Dapatan ini menyokong pendapat Rogers (1986)yang
mengatakan bahawa kebanyakan kajianmendapati lelaki merupakan
golongan dewasayang paling ramai menyertai aktiviti pendidikan.Guru
Melayu pula merupakan golonganresponden yang paling tinggi
(73.2%).Keputusan ini menunjukkan bangsa yangmenjadi penduduk
majoriti dalam sesebuahnegara merupakan golongan yang paling
tinggiterlibat dalam aktiviti pendidikan dewasa.Keadaan ini sarna
seperti di Amerika Syarikatgolongan lelaki berkulit putih merupakan
yangpaling ramai menyertai aktiviti pendidikandewasa (Rogers 1986).
Sebahagian besarresponden (71.0%) berumur di antara 31 - 40tahun.
Dapatan ini adalah konsisten dengantemuan Henry dan Basile (1994)
dan Johnstonedan Rivera (1965).
Sebahagian besar responden mempunyaikelayakan akademik STPM
kerana kelayakan
minimum untuk melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah pertama
adalah pada peringkattersebut. Bilangan responden sekolah di
luarbandar adalah lebih tinggi daripada respondensekolah di bandar.
Kajian juga mendapatibilangan guru sekolah rendah adalah lebih
tinggidaripada sekolah menengah. Keadaan inimungkin berlaku kerana
kebanyakan guru bukansiswazah berkhidmat di sekolah-sekolah
rendahdi luar bandar. Majoriti responden (71.1 %)mempunyai
pendapatan bulanan di antaraRMI001 hingga RM1500, dengan
tempohperkhidmatan di antara 6 hingga 10 tahun(35.3%). Dapatan ini
adalah konsisten dengantemuan Mohd Halimi (1996).
Kebanyakanresponden (84.2%) telah berumah tangga. Jadual2
memberikan ringkasan taburan sosiodemografiresponden.
Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran
Terdapat tujuh motif utama guru melanjutkanpelajaran di IDEAL.
Motif tersebut adalah (i)pembangunan profesional; (ii) minat
kognitif;(iii) kebajikan sosial; (iv) matlamat peribadi;
(v)aktiviti pembelajaran; (vi) jangkaan luaran; dan(vii)
perhubungan sosial. Kedudukan setiap motifdisusun berdasarkan nilai
min item yangdiperoleh. Tiga motif yang paling utama
adalahpembangunan profesional, minat kognitif dankebajikan sosial
seperti dalam Jadual 3.
166 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004
-
Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi
Terhadap Program Pengajian
JADUAL 2Taburan responden berdasarkan ciri sosiodemografi
Ciri sosiodemografi Frekuensi %
JantinaLelaki 147 54.0Perempuan 125 46.0
BangsaMelayu 199 73.2Cina 39 14.3India 33 12.1Lain-lain 1
0.4
Umur (tahun)21 - 25 9 3.326 - 30 32 11.831 - 35 112 41.236 - 40
81 29.841 - 45 30 11.046 - 50 8 2.9
Kelayakan akademikSTPM 199 73.2SPM 60 22.1Diploma 13 4.7
Lokasi sekolahDi luar bandar 154 56.6Di bandar 118 43.4
Kategori sekolahSekolah rendah 191 70.2Sekolah menengah 81
29.8
Pendapatan~500 - ~1000 28 10.3~1001 - ~1500 193 71.1~1501 -
~2000 42 15.4~2001 - ~2500 9 3.3
Tempoh perkhidmatan1 - 5 tahun 37 13.66 - 10 tahun 96 35.311 -
15 tahun 71 26.116 - 20 tahun 51 18.821 - 25 tahun 17 6.3
Status perkahwinanBerkahwin 229 84.2Bujang 41 15.1Duda/janda 2
0.7
JADUAL 3Kedudukan motif utama
Motif utama Min item Kedudukan
Pembangunan profesionalMinat kognitifKebajikan sosialMatlamat
peribadiAktiviti pembelajaranJangkaan luaranPerhubungan sosial
5.8825.5575.3565.1715.1704.6784.224
1234567
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004 167
-
Mazanah Muhamad & Adanan Mat Junoh
JADUAL 4Taburan responden mengikut tahap motivasi
terhadap program pengajian
Perbezaan Tahap Motivasi MengikutCiri Sosiodemografi
Jadual :5 menunjukkan keputusan ujian t bagimenentukan sama ada
terdapat perbezaan yangsignifikan bagi tahap motivasi di kalangan
guruberdasarkan perbezaan jantina, lokasi sekolahdan kategori
sekolah. Berdasarkan ujian ttersebut, didapati hanya faktor lokasi
sekolahsahaja yang menunujukkan perbezaan tahapmotivasi terhadap
program pengajian yangsignifikan. Manakala jantina dan kategori
sekolahtidak menunjukkan sebarang perbezaan yangsignifikan.
1. Pembangunan ProfesionalMotif ini menunjukkan tujuan
gurumelanjutkan pelajaran adalah bagimenyediakan diri dengan
pengetahuan,pengalaman dan kemahiran un tukmempertingkatkan
prestasi kerja supayadapat menyediakan perkhidmatanpendidikan yang
bermutu kepada pelajar.
ii. Minat KognitifMotif ini menunjukkan tujuan gurumelanjutkan
pelajaran adalah bagi mendapatdan mendalami ilmu pengetahuan.
lll. Kebajikan SosialMotif ini menunjukkan tujuan
gurumelanjutkan pelajaran adalah bagimenyediakan diri dengan
pengetahuan,pengalaman dan kemahiran yang diperlukanuntuk membantu
dan memberikanperkhidmatan yang terbaik kepadamasyarakat. Dapatan
ini adalah konsistendengan temuan Arshad (1993). Walaubagaimanapun,
dapatan ini agak berbezadengan temuan Mohd Halimi (1996).
MohdHalimi mendapati faktor pembangunanprofesional berada pada
kedudukan keenam.
Tahap motivasi
Bermotivasi tinggiBermotivasi sederhanaBermotivasi rendah
min = 58.16sisihan piawai = 6.77
Frekuensi
24428o
skor minimum = 33skor maksimum = 70
%
89.710.30.0
JADUAL 5Keputusan ujian t di antara tahap motivasi dengan
pembolehubah sosiodemografi
Jadual 6 menunjukkan keputusan bagianalisis varian. Analisis
mendapati tiga ciri sosiodemografi yang menunjukkan perbezaan
tahapmotivasi yang signifikan terhadap programpengajian adalah
bangsa, semester pengajian danprogram pengajian.
J adual 7 memaparkan kedudukan terperinciperbezaan tahap
motivasi bagi ciri sosiodemografiyang menunjukkan perbezaan
signifikanberdasarkan min skor. Berdasarkan bangsa, guruberbangsa
Melayu mempunyai tahap motivasiyang lebih tinggi berbanding guru
daripadakaum India, Cina dan bangsa lain. Bagipemboleh ubah
semester peng~ian, respondendalam semester I pengajian didapati
mempunyai
Tahap Motivasi Guru TerhadapProgram Pengajian
Bagi menentukan tahap motivasi guru terhadapprogram pengajian di
IDEAL, pengukuranbergantung kepada skor yang diperoleh iaitu
diantara 10 hingga 70 dalam instrumen yangmengukur motivasi. ilai
skor dibahagikankepada tiga julat iaitu; pertama di antara 10hingga
29, kedua 30 hingga 49, dan ketiga 50hingga 70. Berdasarkan julat
skor tersebut,penentuan tahap motivasi adalah mengikutkriteria
seperti berikut:1. Bermotivasi rendah jika skor diperoleh di
antara 10 - 29.2. Bermotivasi sederhana jika skor diperoleh
di antara 30 - 49.3. Bermotivasi tinggi jika skor diperoleh
di
antara 50 - 70.
Berdasarkan kepada kriteria yang dinyatakandi atas, majoriti
guru (89.7%) adalah bermotivasitinggi terhadap program pengajian
dan tidakterdapat guru yang dikategorikan sebagaibermotivasi rendah
(sila lihatJadual 4). Dapatanini adalah konsisten dengan temuan
MohdHalimi (1996) dan Arshad (1993).
Ciri sosiodemografi
JantinaLokasi sekolahKategori sekolah
S= signifikan pada 0.05TS= tak signifikan pada 0.05
ilai t
.305
.013
.303
Catatan
TSS
TS
168 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004
-
Motif Utama Guru Mela~utkan Pelajaran dan Tahap Motivasi
Terhadap Program Pengajian
JADUAL 6Keputusan analisis varians di antara tahap motivasi
dengan pemboleh ubah sosiodemografi
Ciri sosiodemografi Fratio Fprob Catatan
Bangsa 4.0501 .007 SUmur 1.5188 .1841 TS
Pendapatan 1.6761 .1725 TSTempoh perkhidmatan 1.1968 .3125
TS
Semester pengajian 5.1486 .0064 SStatus perkahwinan .1840 .8314
TSProgram pengajian 10.8736 .0000 S
Kelayakan akademik 2.1334 .1204 TS
S = Signifikan pada 0.5TS = Tak signifikan pada 0.05
JADUAL 7Min skor tahap motivasi mengikut ciri demografi
Ciri Demografi Min Skor Kedudukan
BangsaMelayu 58.95 1Cina 57.05 2Lain-lain 56.00 3India 54.88
4
Semester pengajianSemester I 59.33 1Semester V 58.72 2Semester
III 56.23 3
Program pengajianPBMP 60.55 1B&K 57.48 2TESL 56.07 3
Lokasi sekolahLuar bandar 59.06 1Bandar 57.01 2
PBMP = Program Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
PertamaB&K = Bimbingan dan KaunselingTESL = Program Pengajaran
Bahasa lnggeris sebagai Bahasa Kedua
tahap motivasi yang paling tinggi iaitu beradapada kedudukan
pertama. Guru dalam programPengajian Bahasa Malaysia sebagai
BahasaPertarna (PBMP) mempunyai tahap motivasi yangpaling tinggi
berbanding guru dalam ProgramBimbingan dan Kaunseling (B&K) dan
programPengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua(TESL). Guru
yang sedang berkhidmat di sekolahluar bandar mempunyai tahap
motivasi yangIebih tinggi berbanding guru di sekolah-sekolahdi
bandar.
KESIMPULAN
Berdasarkan temuan, maka beberapa kesimpulanseperti berikut
boleh dibuat daripada kajian ini:
1. Motif utama guru melanjutkan pelajaranpada peringkat ijazah
pertama dalamprogram pengajian pendidikan di IDEAL,UPM adalah; (i)
pembangunan profesional,(ii) minat kognitif, (iii) kebajikan
sosial, (iv)matlamat peribadi, (v) aktiviti pembelajaran,(vi)
jangkaan luaran, dan (vii) perhubungansosial.
2. Tahap motivasi guru terhadap programpengajian di IDEAL adalah
tinggi.
3. Empat ciri sosiodemografi guru yangmenunjukkan perbezaan
tahap motivasi yangsignifikan terhadap program pengajianadalah
bangsa, semester pengajian, programpengajian dan lokasi sekolah.
Guru Melayu
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004 169
-
Mazanah Muhamad & Adanan Mat Junoh
mempunyai tahap motivasi yang paling tinggiberbanding guru
bangsa lain. Guru dalamsemester I pengajian mempunyai tahapmotivasi
yang lebih tinggi berbanding gurudalam semester III dan V
pengajian. Gurudalam program PBMP adalah Iebihbermotivasi
berbanding guru dalam programB&K dan TESL. Manakala guru
daripadasekolah luar bandar didapati Iebihbermotivasi berbanding
guru sekolah dalambandar.
4. Kebanyakan guru yang melanjutkanpelajaran di IDEAL adalah
lelaki, berbangsaMelayu, berumur di antara 26 hingga 35tahun,
mempunyai tempoh perkhidmatandi antara 6 hinga 15 tahun dan
sudahberumah tangga. Majoriti daripada merekamempunyai kelayakan
akademik STPM danberpendapatan bulanan di antara RMI000hingga
RM1500.
IMPLIKASI
Guru yang melanjutkan pelajaran pada peringkatijazah pertama
secara jarak jauh di IDEALmempunyai beberapa motif utama.
Sehubungandengan itu, pembekal pendidikan lanjutanseperti IDEAL
perlu memahami dan mengenalpasti motif-motif tersebut supaya mereka
dapatmenyediakan satu program pengajian yangbersesuaian. Oleh
kerana guru didapatimempunyai tahap motivasi yang tinggi
terhadapprogram pengajian, maka institusi pengajianharus berusaha
untuk mengekalkan motivasipelajar sepanjang tempoh pengajian.
Kedua-duaguru daripada sekolah bandar dan luar bandardidapati
melanjutkan pelajaran secarajarakjauh.Bagi memenuhi keperluan
semua, pusatpembelajaran jarak jauh perlu diperbanyakan dikedua-dua
tempat.
Kajian mendapati motif paling utama gurumelanjutkan pelajaran
adalah untukpembangunan profesional, laltu untukmempertingkatkan
prestasi kerja supaya dapatmemberi perkhidmatan pendidikan yang
lebihberkesan kepada pelajar. Dalam usahamempertingkatkan mutu
pendidikan negera,Kementerian Pelajaran perlu menggalakkan
danmemberi peluang supaya lebih ramai guru dapatmelanjutkan
pelajaran mereka. Dari aspekmetodologi, kajian ini mendapati
EducationalParicipation Scale (EPS) yang dibina oleh Boshier(1973)
merupakan satu instrumen yang baikuntuk dirujuk bagi mengenal pasti
motif
penyertaan pembelajaran. Walau bagaimanapun,instrumen tersebut
perlu diadaptasi dandisesuaikan dengan konteks kajian.
RUJUKAN
ABDUL RAHMAN ABDUL AzIZ. 1997. Motivasi danPembangunan Din.
Kuala Lumpur: DtusanPublications & Distributors.
ARSHAD HASHIM. 1993. Correlates of publicemployees' motivational
orientations andmotivation towards in service training inMalaysia.
Disertasi Ph.D, Universiti PertanianMalaysia, Serdang.
BOSHIER, R.W. 1971. Motivational orientation ofadult education
participants: a factor analyticexploration of Houles typology.
AdultEducation 21 (2): 3-26.
BOSHIER, R.W. 1973. Educational participationand dropout: a
theoretical model. AdultEducation 23(4): 255-282.
CARRE, P. 2000. Motivation in adult education:From engagement to
performance. InProceedings of Adult Education ResearchConference.
http://www.edst.educ.ubc.ca/aerc/2000/carrepl-web.htm 17/9/04
DARKENWALD, G.G. dan S.B. MERRIAM. 1982. AdultEducation:
Foundation of Practices. New York:Harper and Row.
HOULE, C. O. 1961. The Inquiry Mind. Medison:University of
Wisconsin Press.
HE RY, G.T. dan KC. BASILE. 1994. Understandingthe decision to
participate in formal adulteducation. Adult Education Quarterly
44(2):64-82.
JOHNSTONE,j.W.C. dan RJ. RIvERA. 1965. Volunteersfor Learning: A
Study of the Edu£ational Pursuit ofAmerican Adults. Chicago:
Adline.
KREJCIE, R.y. dan D.W. MORGAN. 1970. Determiningsize for
research activities. Educational andPsychological Measurement 30:
607 - 610.
LIVNEH, C. dan H. Lr EH. 1999. Continuingprofessional education
among educators:predictors of participation in learning
activities.Adult Education Quarterly 49(2): 91-107.
MERRIAM, S.B. dan R.S. CAFFARELLA. 1999. Learning inAdulthood. A
Comprehensive Guide. 2nd ed. SanFrancisco: Jossey-Bass.
170 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004
-
Motif Dtama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi
Terhadap Program Pengajian
MOHO H~LlMI ABDUL ~ID. 1996. Adult learners'motivational
orientations and motivationtowards programme of the Institute for
theStudies in Islamic Science. Thesis Master,Universiti Pertanian
Malaysia, Serdang.
MORSTAlN, B.R. dan J.c. SMART. 1974. Reason forparticipation in
adult education courses: amultivariate analysis of group
differences. AdultEducation 14(2): 83-98.
ROHANA MAN. 1998. PlJ: Guru paling ramai. UtusanMalaysia 16
Julai, Kuala Lumpur.
ROGERS, A. 1986. Teaching Adults. Milton Keynes:Open University
Press.
ROGERS, A. 1993. Adult Learning for Development.London: Cassell
Educational Limited.
WLODKOWSKI, RJ. 1993. Enhancing Adult Motivationto Learn: A
Guide to Improving Instruction andIncreasing Leamer Achievement.
San Francisco:Jossey-Bass Publishers.
(Diterima: 22 Februari 1999)
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004 171