ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan menambah baik amalan seorang individu dalam mereka bentuk aktiviti penyelesaian masalah bagi mengembangkan nilai-nilai murni. Individu sasaran kajian saya ialah Muhammad Tarmizi (bukan nama sebenar), seorang pelajar di Institut Pengajian Guru Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Nilai. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan kaedah temu bual. Dapatan kajian menunjukkan individu ini mempunyai beberapa faktor yang menyebabkan dia sering ponteng kuliah.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan menambah baik amalan
seorang individu dalam mereka bentuk aktiviti penyelesaian masalah bagi
mengembangkan nilai-nilai murni. Individu sasaran kajian saya ialah Muhammad
Tarmizi (bukan nama sebenar), seorang pelajar di Institut Pengajian Guru Kampus
Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Nilai. Data dikumpulkan dengan menggunakan
kaedah soal selidik dan kaedah temu bual. Dapatan kajian menunjukkan individu ini
mempunyai beberapa faktor yang menyebabkan dia sering ponteng kuliah.
PENDAHULUAN
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan
sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang
demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang
munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk
kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada
salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Sebagai seorang pelajar khususnya pelajar Institut Pendidikan Guru dimana
merupakan bakal pendidik anak bangsa tidak seharusnya mempunyai masalah
ponteng kuliah. Namun, terdapat segelintir pelajara seringkali ponteng kuliah. Dia
selalu tidak menghadiri kuliah pada waktu pagi dan pada kuliah yang tertentu. Hal ini
menimbulkan pelbagai persoalan mengapakah dia tidak menghadiri kuliah.
Saya menyedari bahawa ponteng kuliah ini akan memberikan kesan yang
buruk kepada status pelajar tersebut dalam peperiksaan semester. Kemungkinan
besar pelajar tersebut digantung peperiksaan oleh sebab tidak cukup jam kredit.
Selain itu, pelajar tersebut juga akan berdepan tindakan disiplin dan jika sabit
kesalahan dia akan dibuang dari IPG. Namun yang demikian, pasti ada puncanya
mengapa dia sering ponteng kuliah. Pelajar ini harus diberi pertolongan. Mendenda
bukan cara yang betul sebaliknya kita perlu nasihat dan ambil tahu apakah
puncanya.
Oleh yang demikian, bagi merealisasikan hasrat ini, pelbagai usaha telah
saya rancang untuk dijalankan kepada pelajar yang sering kali tidak meghadiri kuliah
tanpa sebab yang releven. Kaaedah yang saya rancang ialah melalui keadah soal
selidik dan temu bual bagi mengetahui punca yang menyumbang kepada masalah
tidak menghadiri kuliah.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian dan cerita dari kawan-kawan yang lain, saya dapati
seorang individu yang bernama Tarmizi (bukan nama sebenar) seringkali tidak
menghadiri kuliah atau ponteng kuliah di Institut Pendidikan Guru Kampus
Teknik. Hasil pemerhatian saya memang betul setiap pagi saya tengok Tarmizi
sedang tidur sedangkan pada waktu tersebut kawan-kawan dia yang lain berada di
dalam kelas. Kadang-kadang dia tidak akan menghadiri kuliah sepanjang hari dan
ada kalanya dia hanya ponteng kuliah pada waktu pagi sahaja.
Tarmizi merupakan salah seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik. Berumur 22 tahun. Dia merupakan seorang individu yang
pendiam namun akan bising apabila diajak berborak. Dia suka menyendiri didalam
bilik dan tidak beriadah pada waktu petang. Dia seorang yang suka membaca buku
yang berunsurkan agama, sejarah dan politik. Dia jenis yang suka bercerita. Selain
itu, tarmizi mempunyai tahap sosial yang rendah. Dia seorang yang tidak pandai
bergaul. Dia juga mempunyai watak yang agak pelik. Hal ini dikatakan demikian
kerana cara pemakaian dia lebih kepada pakaian orang jawa. Dia seorang yang
bijak. Latar belakang pendidikan sebelum ini sangat baik. dia merupakan bekasan
pelajar MRSM dan mendapat 8A dalam SPM 2010. Namun demikian, mengapakah
dia sering tidak mengahdiri kuliah?
Oleh yang demikian, saya telah menjalankan satu kajian terhadap individu
yang bernama Tarmizi (bukan nama sebenar). Sehubungan dengan itu, kajian saya
menjuruskan kearah mengkaji tentang punca utama yang menyebabkan Tarmizi
selalu tidak menghadiri kuliah. Terdapat tiga punca yang telah saya senaraikan
sebagai fokus kajian sayia. Antaranya ialah :
tidur lewat malam
masalah dengan kawan sekelas
masalah dengan pensyarah.
CARA PENGUMPULAN DATA
Data-data yang saya perlukan telah dikumpulkan dengan menggunakan pendekatan
kualitatif. Saya memilih untuk menggunakan dua strategi iaitu melalui kaedah soal
selidik dan kaedah temubual telah membantu saya dalam mengkaji punca utama
yang menyebabkan Tarmizi tidak menghadiri kuliah yang telah saya laksanakan.
1) Soal Selidik
Dalam kajian ini saya telah menggunakan soal selidik yang mana responden hanya
perlu memberikan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
Saya menggunakan kaedah ini adalah kerana :
i. Melibatkan kos yang rendah apabila maklumat yang diperolehi adalah
dari orang ramai.
ii. Responden boleh menjawab mengikut kesesuaian masa mereka
iii. Maklumat yang diperolehi mudah untuk dianalisa.
Kandungan soal selidik
Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Bahagian A mengandungi maklumat ringkas peribadi responden
manakala bahagian B pula mengandungi butiran soalan-soalan soal selidik
dimana sebanyak 9 soalan disediakan. Soalan-soalan ini adalah berkaitan
tentang tingkahlaku Tarmizi di dalam kuliah dan di kolej kediaman. (Rujuk
Lampiran B).
2) Temubual
Satu lagi kaedah kajian yang telah saya gunakan dalam kajian tindakan ini ialah
temubual. Terdapat 2 jenis temubual yang saya gunakan iaitu temubual rakan
sekelas dan rakan sebilik. Temubual melibatkan pertemuan antara saya dengan
responden untuk tujuan mendapatkan maklumat. Saya telah mengajukan soalan-
soalan yang berkaitan aktiviti yang dilakukan pada waktu malam, hubungan dengan
rakan sekelas, hubungan dengan rakan sebilik, hubungan dengan pensyarah dan
waktu tidur dan bangun. Kesemua soalan yang saya ajukan ini perlu dijawab secara
lisan oleh responden. Data dikumpulkan dalam bentuk dialog temubual.
Saya menggunakan kaedah ini adalah kerana :
i. Saya ingin memberikan peluang kepada responden mengemukakan
idea atau pendapat mereka secara spontan dan bebas
ii. Membenarkan saya meneroka secara mendalam dan memberi
peluang kepada responden untuk memberi penjelasan yang tepat
kepada persoalan yang dikemukakan.
iii. Temubual ini menjadi alternative kepada responden yang tidak
berminat untuk berkongsi idea melalui penulisan.
Kandungan Temubual
Bagi temubual rakan sebilik, terdapat 9 item yang dikemukakan kepada
responden. Item- item ini telah dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu aktiviti
yang dilakukan, waktu tidur dan bangun, masalah-masalah yang
mengganggu.
Bagi temubual rakan sekelas pula terdapat 9 item yang dikemukakan kepada
responden. Item-item ini telah dikelaskan kepadatiga bahagian iaitu hubungan
dengan rakan sekelas, kerja atau tugasan yang diberikan dan hubungan
dengan pensyarah.
BORANG SOALSELIDIK
Nama : ______________________ Kelas: _________
Terima kasih kepada semua responden yang sudi menjawab soalan berikut.
Dapatan kajian adalah untuk mencari punca utama yang menyebabkan Tarmizi tidak
menghadiri kuliah.
Arahan : Jawab semua item dibawah dengan menanda ( / ) pada ruang yang
disediakan sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
BIL. ITEM
SKOR
YA TIDAK
1. Suka bermain game hingga lewat malam
2. Suka bercakap telefon hingga lewat malam
3. Suka buat tugasan hingga lewat malam
4. Bangun solat subuh
5. Selalu bangun lewat
6. Pernah bergaduh dengan kawan sekelas
7. Hantar tugasan yang diberikan pada waktu yang
ditetapkan
8. Aktif dalam kerja berkumpulan
9. Selalu dimarahi oleh pensyarah
SKRIP TEMUBUAL
Bahagian : Rakan Bilik
Butiran Asas Responden
Nama :
Umur :
No.Kad Pengenalan :
Bangsa :
Bil
.
Nama Dialog
1. Saya
Shamir
Saya
Shamir
Saya
Shamir
Assalamualaikum Shamir. Maaf ganggu. Free ke sekarang?
Waalaikumussalam Azim. Eh tidak ganggu pun. Saya free je
sekarang ni. Tak tahu nak buat apa. Ada apa yang boleh saya bantu?
Ok begini Shamir. Saya sekarang ini tengah menjalankan kajian
lapangan untuk matapelajaran minor. Saya ingin jalankan kajian
terhadap rakan bilik kamu memandangkan dia selalu ponteng kuliah.
Kamu tahu kan? Jadi, tujuan kajian saya ini adalah untuk
membantunya dengan cara mencari punca utama yang
menyebabkan dia tidak mahu ke kelas.Boleh saya menemu bual
kamu sekejap.
Hehe. Bagus kamu zim. Saya memang dah tahu. Saya dah banyak
berikan nasihat namun tidak ada perubahan. Boleh je. Silakan.
Ok, soalan pertama saya ialah pukul berapa Tarmizi selalu tidur
dan apakah aktiviti dia di sebelah malam?
Tarmizi sebenarnya tidur awal dari saya. Dalam pukul 10.30
selepas makan dia akan tidur. Walaupun saya tidak tutup lampu
bilik dia boleh tidur dengan nyenyak. Aktiviti dia sebelah malam pula
dia hanya mengadap facebook dalam lactop dan kadang-kadang
dia akan menonoton cerita. Walaubagaimana pun, dia jarang sekali
tidur lewat malam.
2. Saya
Shamir
Saya
Shamir
Saya
Shamir
Saya
Shamir
Selain itu, apakah aktiviti Tarmizi buat pada waktu malam sebelum
dia tidur? Boleh saya tahu.
Boleh je. Tarmizi suka membaca buku. Buku yang dia selalu baca
ialah buku-buku agama, buku sejarah dan buku politik. Namun, dia
tidak pernah membaca buku berkaitan pelajaran.
Adakah Tarmizi akan buat tugasan yang diberikan pensyarah?
Jujur saya cakap, Tarmizi tidak pernah buat tugasan tambah-
tambah lagi kalau tugasan tersebut melibatkan tugasan berkumpulan.
Dia tidak pernah keluar dari bilik untuk aktiviti kumpulan
bersama kawan-kawan yang lain.
Ok, bagaimana pula dengan pergaulan dan komunikasi kamu dengan
dia? Adakah rapat atau dingin?
Hehe. Malu pula saya nak cerita. Pada awal-awal saya kenal dia dulu
dan duduk satu bilik, saya dan dia boleh dikatakan rapat dan selalu
berkongsi cerita. Namun, sejak kebelakangan ini saya dan dia tidak
lagi seakrab dulu. Saya jarang bercakap dengan dia dan kalau
bercakap pun hanyalah untuk hal-hal yang penting sahaja.
Boleh saya tahu mengapa hubungan kamu menjadi dingin?
Ok, hubungan saya dan dia mula dingin sejak saya mula naik
menyampah dan bosan dengan sikap dia yang suka bercerita
benda yang bukan-bukan. Setiap malam dia tidak akan berhenti
bercerita tentang Hang Tuah dan banyak lagi cerita pahlawan-
pahlawan. Dia pernah tunjuk kat saya pedang pendekar yang dia
miliki. Pada suatu malam, saya tengah buat kerja yang perlu
dibentangkan esok. Dia asyik berceita kepada saya. Saya hilang
sabar dan memarahi dia. Saya cakap dekat dia supaya berhentilah
bercerita benda yang sama je. Tolong la buat tugasan yang diberikan.
Dia pun diam dan tidur.
3. Saya
Shamir
Bagaimana pula dengan masa bangun pagi dia pada setiap hari?
Pada waktu pagi dia akan bangun 6.30 pagi. Dia akan mandi dan
sembahyang subuh. Kadang-kadang dia akan mengaji al-Quran.
Namun, selepas itu dia akan sambung tidur balik. Bila saya bangun
untuk ke kelas saya tengok dia masih lagi tidur. Saya akan kejut
dia tetapi dia akan suruh saya pergi dulu.
4. Saya
Shamir
Saya
Shamir
Pernahkah kamu Tanya dia tentang sebab dia tidak mahu ke kelas?
Pernah. Saya pernah Tanya namun dia hanya cakap dia terlajak
tidur. Tapi takkan hari-hari terlajak tidur. Pada suatu hari dia pun
menceritakan dekat saya yang dia dipulau oleh kawan-kawan
dalam kelas dia.
Kenapa dia di pulau oleh kawan-kawan dia?
Setakat yang saya tahu, kawan-kawan dia tidak mahu berkawan
dengan dia kerana sikap dia yang kurang matang. Dia suka
bercakap benda yang bukan-bukan seperti cerita pendekar itu la,
sejarah perang itu la. Dan saya ada dengar dia malas buat kerja.
Kawan-kawan dia tidak suka berkawan dengan dia sebab pemaikaian
dia agak pelik seperti orang jawa.
5. Saya
Shamir
Saya
Shamir
Ok Shamir, pada pandangan kamu adakah Tarmizi mempunyai
masalah keluarga atau pun masalah dengan warga IPG?
Setahu saya dia tidak ada sebarang masalah keluarga. Cuma dia ada
masalah dari segi kenderaan untuk ke kelas dan keluar makan. Dia
biasa pergi ke kelas menumpang motor kawan dia atau dia akan
jalan kaki. Kalau makan dia akan masak sendiri. Dia juga biasanya
menjadi mangsa ejekan. Dia diejek kerana suka bersilat diwaktu
petang di tempat yang sunyi. Dia digelar pendekar Tarmizi. Dia selalu
membawa beg kain, memakai tanjak di kepala seperti seorang
pendekar.
Ok Shamir, setakat ini saja lah perbualan kita. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa
dengan saya pada petang ini. Terima kasih atas maklumat yang
kamu kongsikan kepada saya. Saya harap maklumat kamu dapat
membantu kajian lapangan saya.
Sama-sama. Saya doakan yang terbaik untuk kamu zim.