[email protected]Modul Latihan PEMBANGUNAN DASAR DAN HALA TUJU SEKOLAH 14 Laluan Lembaran Kerja Latihan Disusun oleh Abdul Razak bin Alias Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek [email protected][019 – 947 4045] Pelan Pembangunan Organisasi MODUL ___ JAM
67
Embed
Modul Latihan PEMBANGUNAN DASAR DAN HALA TUJU …srikemuningindah.orgfree.com/ps nota.pdf · Lembaran Kerja Latihan Disusun oleh ... Matematik dan Sains dengan ... Tentang Projek
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
1 Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa
Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa. Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017
Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.
Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik
Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan pendidikan vokasional
Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang 2020
Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus
Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun
2 Memastikan Setiap Murid Menguasai Kemahiran Dalam Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris Dan Digalakkan Mempelajari Bahasa Tambahan
Melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid yang memerlukan
Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris
Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris
Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus peringkat SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025
3 Melahirkan Rakyat Yang Menghayati Nilai
Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid
Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform
Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah
4 Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan
Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas
Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020
Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013
Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016
Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang 2016
Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses pensijilan mulai 2025
5 Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah
Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid
6 Mengupaya JPN, PPD Dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014
Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum
Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan kewangan yang saksama
7 Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia
Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah
Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris
Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid
8 Mentransformasi Kebolehan Dan Keupayaan Penyampaian Kementerian
Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik keberhasilan murid
Sekurang-kurangnya 2,500 personel daripada Kementerian dan JPN ditempatkan di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada sekolah menjelang 2014
Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013
Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013, dan pelaksanaan mulai 2016
9 Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti, Dan Sektor Swasta Secara Meluas
Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja
10 Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit
Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasional program berimpak rendah pada setiap tahun
Memanfaatkan peluang kecekapan, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling penting seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru
11 Meningkatkan Ketelusan Untuk Kebertanggungjawaban Awam Secara Langsung
Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013
Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan 2025
Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)menjelang 2020.
Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020 Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Pengetahuan Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yangmenyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.
Kemahiran Berfikir
Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
Kemahiran Memimpin
Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
Kemahiran Dwibahasa
Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.
Etika dan Kerohanian
Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.
Identiti Nasional
Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosio ekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.
Membangun Usaha atau kegiatan membangun (memajukan atau
mengembangkan) murid Potensi Kemampuan murid untuk mencapai, menghasilkan, atau
melakukan sesuatu; keupayaan. Menjana murid yang seimbang intelek, jasmani, rohani dan emosi yang akan melahirkan warga negara yang berguna.
Individu Murid Melestarikan Membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal Sistem Keteraturan, teratur Pendidikan Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu
mendidik, pengetahuan mendidik Berkualiti Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya Memenuhi Mencapai sesuatu yang diperlukan Aspirasi Keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll
sesuatu), cita-cita Aspirasi Negara Merujuk kepada Aspirasi Negara dalam Pendidikan SMKST berusaha atau giat membangun (memajukan atau mengembangkan) kemampuan setiap murid untuk mereka mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Murid yang seimbang intelek, jasmani, rohani dan emosi dijanakan yang akan melahirkan warga negara yang berguna.Kemampuan ini akan dibangunkan oleh SMKST dengan pengekalan keteraturan Ilmu didik yang baik kualitinya; tinggi nilainya.
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Pendidikan Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu mendidik,
pengetahuan mendidik Berkualiti Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya Insan Manusia (murid) Terdidik Mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yang
sempurna; terlatih Negara Malaysia Sejahtera Bebas daripada segala macam kesusahan dll; aman sentosa
dan makmur; selamat SMKST adalah institusi yang cemerlang dalam memberi ilmu pengetahuan yang baik kualitinya; tinggi nilainya yang akan menghasilkan atau mengeluarkan kumpulan murid yang mendapat asuhan, pengajaran yang sempurna ke arah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan makmur.
Nota: Pencapaian Misi dan Visi diukur berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.
Objektif adalah ukuran kejayaan misi dan visi. Misi dan visi berjaya dicapai apabila
80% daripada objektif yang telah ditetapkan tercapai.
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Semua warga SMKST mengamalkan pendekatan yang melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih individu dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang masalah secara berkesan.
Kepelbagaian Semua warga SMKST akan menggunakan berbagai-bagai pendekatan dalam amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.
Kecemerlangan Semua warga SMKST akan memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah elok / indah / gemilang.
Inovasi Semua warga SMKST akan menghasilkan dan menggunakan sesuatu yang baru dalam pendekatan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan .
Hormat Semua warga SMKST mengamalkan sifat untuk beralah atau menerima kehendak atau pendapat orang lain
- Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat +
1 1 1
2 2 1 1 1 1 3 2
Dalaman (Dalam Konteks Sekolah)
Murid 1. Kesedaran kepentingan belajar 2. Keyakinan belajar murid. 3. Semangat cintakan sekolah oleh murid. 4. Motivasi belajar murid. 5. Kecukupan latihan kepada murid. 6. Tahap kecergasan dan kesihatan murid. 7. Kecukupan masa pembelajaran murid. 8. Insentif dan pengiktirafan kepada kejayaan murid 9. Murid mengambil berat tanggungjawab sosial. 10. Murid menghargai alam sekitar. 11. Etika, moral dan profesionalisme murid. 12. Kerohanian (spiritual) di kalangan murid. 13. Kemahiran berkomunikasi di kalangan murid. 14. Murid menjadi pemimpin. 15. Semangat kerja sepasukan di kalangan murid. 16. Murid untuk berfikiran kritikal dan menyelesaikan masalah. 17. Murid memiliki kemahiran teknologi dan komunikasi. 18. Murid dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. 19. Murid untuk bersifat globalisasi. 20. Murid berkemahiran keusahawanan. 21. Murid dengan kemahiran pengurusan. 22. Murid dengan kemahiran belajar. 23. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan. 24. Penyertaan murid dalam pertandingan sukan dan permainan di
peringkat daerah. 25. Murid memperlihatkan kekemasan diri. 26. Murid memperlihatkan keyakinan diri. 27. Murid memperlihatkan kemesraan, kesopanan dan sikap
hormat-menghormati. 28. Murid mengamalkan ketepatan masa dan kesegeraan 29. Murid menjaga kebersihan sekolah. 30. Murid menjaga harta benda sekolah dengan tidak melakukan
vandalisme. Guru 31. Kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran 32. Kompetensi guru dalam pengurusan bilik darjah
- Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat +
2
1
2 3
33. Budaya kerja cemerlang di kalangan guru dan kakitangan 34. Kesedaran kendiri dan kesedaran sosial di kalangan guru 35. Kompetensi guru dalam penggunaan ICT 36. Kompetensi guru dalam kajian tindakan. 37. Kompetensi guru dalam pengurusan murid. 38. Kompetensi guru menggunakan KBAT dalam PdP. 39. Tanggjungjawab guru terhadap pembelajaran murid. Kepimpinan dan Pengurusan
40. Kompetensi guru dan staf sokongan dalam pengurusan
kewangan. 41. Kompetensi guru dan staf sokongan dalam pengurusan aset. 42. Kerja-kerja penyelenggaraan dan penyenggaraan peralatan
dan bangunan sekolah. 43. Kompetensi kepimpinan dan pengurusan sekolah. Persekitaran 44. Budaya membaca di sekolah 45. Persekitaran pembelajaran yang kondusif 46. Budaya penyayang di kalangan warga sekolah 47. Prasarana yang membolehkan murid berehat / mengadakan
perbincangan di luar bilik darjah. 48. Sekolah selamat. 49. Sekolah yang ceria. 50. Warga sekolah yang pentingkan kesihatan. 51. Semangat patriotik di kalangan warga sekolah. 52. Hubungan jaringan dan jalinan. 53. Etos / watak sekolah
2 2 1 ` 1 2 2
1
1 1
3
2 1 1
2 1 1 1
Luaran Dalaman (Luar Konteks Sekolah)
Hubungan Luar (Ibu Bapa – Komuniti dll)
54. Kerjasama antara sekolah dan rumah 55. Kerjasama antara sekolah dan agensi luar / komuniti 56. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam
TOV: Take Of Value (Nilai Titik Mula) AR: Actual Results (Keputusan Sebenar) ETR: Expected Targeted Result (Keputusan Sasaran Dianggarkan) OTI: Operational Targeted Increment (Kenaikan Sasaran Operasi)
11a PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGGUNAKAN GRID IMPAK-BOLEH BUAT
1
2 Impak
3
4
0
Tinggi
Boleh Buat 1 2 3 4
Tinggi
CATATAN Boleh Buat mengambil kira (a) tahap kesukaran proses kerja; (b) Kompetensi staf yang bertanggungjawab; (c)Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat; (d) Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan; (e)Andaian keupayaan mengatasi halangan; (f) Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai objektif, matlamat/isu, misi dan visi; (g) Akur kepatuhan dengan mandat / arahan; (h) Rekod keberkesanan yang lepas; (j) Kesesuaian dengan
11 b PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI BERDASARKAN PEMBERATAN Menggunakan skala likert 1 - Amat Rendah - 5* 2 - Rendah - 4 3 - Sederhana - 3 4 - Tinggi - 2 5 - Amat tinggi - 1
Bil Kriteria Pemilihan S11 S7 S6 S4 S3
1 Tahap kesukaran proses kerja* 2 3 5 4 4
2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab 5 5 5 4 4
3 Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat* 4 2 2 3 3
4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan (tahap keperluan)*
4 2 2 4 4
5 Andaian keupayaan mengatasi halangan 4 5 5 5 5
6 Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai objektif, matlamat / isu, misi dan visi
4 5 5 4 4
7 Akur kepatuhan dengan mandat/arahan 5 5 5 5 5
8 Rekod keberkesanan yang lepas 3 5 5 3 3
9 Kesesuaian dengan persekitaran terkini 4 4 4 4 4
Jumlah Skor 35 35 37 38 36
Keputusan 5 4 2 1 3
Ulasan
S4 Menyediakan kecukupan latihan kepada murid. S6 Menyediakan kecukupan masa pembelajaran murid
11c PENJANAAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGGUNAKAN MATRIKS TOWS
Dalaman Luaran
KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W) S1 Ada dewan yang boleh memuatkan semua murid pada satu-satu masa S2 10% murid yang berupaya mencapai tahap cemerlang dalam pelajaran.
W1 Laku musnah (vandalism) terhadap harta benda sekolah pada tahap 2 (1, Amat Kritikal dan 5 Amat Tidak Kritikal)
W2 Murid kurang cukup latihan dan masa belajar di rumah.
W3 Kesedaran murid terhadap kepentingan belajar pada tahap 3 (1, Amat Rendah dan 5 Amat Tinggi)
PELUANG (O) S1O3 S11 Meningkatkan kerohanian (spiritual) di kalangan murid.
W1O1 S2 Meningkat semangat cintakan sekolah oleh murid. W2O2 S4 Menyediakan kecukupan latihan kepada murid. S6 Menyediakan kecukupan masa pembelajaran murid.
O1 PIBG bersedia membantu khidmat motivasi kepada murid O2 PIBG bersedia menyumbang peruntukan O3 Ada wakil ibu bapa yang bersedia memberi ceramah agama secara bulanan
CABARAN / ANCAMAN (C/T) S2C1 S7 Menyediakan insentif dan pengiktirafan
kepada kejayaan murid.
W3C1 S3 meningkatkan motivasi belajar murid. C1 50% Tahap Asas Penglibatan Ibu Bapa
S4 Menyediakan kecukupan latihan kepada murid. S6 Menyediakan kecukupan masa pembelajaran murid. S3 Meningkatkan motivasi belajar murid. S11 Meningkatkan kerohanian (spiritual) di kalangan murid. S30 Memantapkan kompetensi guru dalam pengurusan murid. S37 Memperkukuhkan budaya membaca di sekolah
a. Kelas Tambahan – Lanjutan Petang b. Kelas Tambahan – Hujung Minggu c. Modul Latihan – Kerja Rumah d. e-Latihan a. Kem Motivasi b. Menyediakan insentif dan pengiktirafan
kepada kejayaan murid. a. Solat Hajat b. Bacaan Yasin c. Tazkirah mingguan d. Kem Ibadah a. Mengedarkan SPI bekaitan
pengurusan murid. b. PLC Berkaitan Psikologi Remaja c. Bengkel Pengurusan Bilik Darjah
PELAN OPERASI Matlamat Strategik : Pencapaian prestasi akademik yang tinggi
oleh semua murid. Strategi : S1 Meningkatkan keyakinan belajar murid.
S3 Meningkatkan motivasi belajar murid. Nama Program / Projek : Kem Motivasi Objektif Program / Projek : Keyakinan murid tingkatan 5 untuk menghadapi
peperiksaan SPM meningkat dari 10% kepada 90% selepas program
Tanggungjawab : Guru Bimbingan dan Kaunseling Tempoh / Hari : 3 hari / 1 – 3 Jun 15 Tempat : Dewan Sekolah Sasaran : Semua murid tingkatan 5 Kos / Anggaran Perbelanjaan : RM 5,000.00 Sumber : Sumbangan PIBG Jawatankuasa : Pengetua Penasihat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pengerusi Guru Bimbingan & Kaunseling Penyelaras/SU Guru 1 Guru 2 Guru 3 Guru 4 Ringkasan Program : Murid-murid akan diberi motivasi berkaitan dengan
hala tuju masa depan dan langkah-langkah yang perlu diambil Menjelang peperiksaan SPM.