Top Banner
MODEL PENGAJARAN PENGENALAN Sepanjang abad ke-20, satu corak pengajaran di sekolah rendah telah dikenalpasti dan dirancang dan croak ini berbeza berbanding model pengajaran yang lama. Dalam model pengajaran yang lama kurikulum pengajian telah diasaskan kepada buku teks mengikut tahap gred persekolahan. Hari persekolahan telah dibahagikan kepada waktu-waktu untuk pengajaran bagi pelbagai subjek. Pola model pengajaran yang lama yang lazim adalah seperti berikut: Pelajaran dimulakan dengan mengulangkaji yang lepas Isi kandungan pelajaran bari diperkenalkan dan dibangunkan Seorang ketua dilantik semasa mengaplikasikan latihan atau aktiviti Tugasan untuk latihan diberikan kepada individu (khususnya pemulihann dan pengayaan Ujian diberikan untuk menentukan kefahaman Pola sebegini adalah dominan dan merupakan satu konsep yang ideal. Malangnya ia mempunyai ciri-ciri kelemahan seperti guru menjadi dominan, pembelajaran menjadi pasif, lembab, membosankan, dan kurang memberi peluang penyelesaian terhadap perbezaan individu. Pelajar lemah tidak disediakan bimbingan pemulihan dan yang maju tidak diberikan bimbingan pengayaan, mengikut kesesuaian pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza-beza. Isu pendidikan pada hari ini ialah bagaimana mengintegrasikan teknologi secara berkesan dan berjaya dalam pengajaran. Arah aliran ekonomi, politik, dan sosial 1
22

Model+pengajaran+k operatif

Jan 23, 2015

Download

Documents

 
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Model+pengajaran+k operatif

MODEL PENGAJARAN

PENGENALAN

Sepanjang abad ke-20, satu corak pengajaran di sekolah rendah telah dikenalpasti dan dirancang dan croak ini berbeza berbanding model pengajaran yang lama. Dalam model pengajaran yang lama kurikulum pengajian telah diasaskan kepada buku teks mengikut tahap gred persekolahan. Hari persekolahan telah dibahagikan kepada waktu-waktu untuk pengajaran bagi pelbagai subjek. Pola model pengajaran yang lama yang lazim adalah seperti berikut:

Pelajaran dimulakan dengan mengulangkaji yang lepas Isi kandungan pelajaran bari diperkenalkan dan dibangunkan Seorang ketua dilantik semasa mengaplikasikan latihan atau aktiviti Tugasan untuk latihan diberikan kepada individu (khususnya pemulihann

dan pengayaan Ujian diberikan untuk menentukan kefahaman

Pola sebegini adalah dominan dan merupakan satu konsep yang ideal. Malangnya ia mempunyai ciri-ciri kelemahan seperti guru menjadi dominan, pembelajaran menjadi pasif, lembab, membosankan, dan kurang memberi peluang penyelesaian terhadap perbezaan individu. Pelajar lemah tidak disediakan bimbingan pemulihan dan yang maju tidak diberikan bimbingan pengayaan, mengikut kesesuaian pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza-beza.

Isu pendidikan pada hari ini ialah bagaimana mengintegrasikan teknologi secara berkesan dan berjaya dalam pengajaran. Arah aliran ekonomi, politik, dan sosial mempunyai impak yang besar menyebabkan inovasi berlaku dalam pendidikan. Isu budaya dan keadilan ekuiti juga mempunyai impak yang besar terhadap penggunaan teknologi. Peningkatan kos dalam pendidikan dan perasaan tidak puas hati tentang sistem pendidikan masa kini perlu dikaji semula. Kebanyakan pembuat keputusan dan agensi swasta melihat pepbelajaran jarak jauh sebagai satu cara mengurangkan kos penyampaian pendidikan berkualiti dan pengajaran yang bermutu. Isu pembelajaran jarak jauh menjadi lebih popular daripada penggunaan komputer secara peribadi ataupun sistem berangkaian. Selain daripada itu, faktor ketidakserasian ekonomi, isu kepelbagaian budaya, ketidaksamaan penyertaan gender, dan keperluan asas pendidikan yang tidak

1

Page 2: Model+pengajaran+k operatif

mencukupi bagi kanak-kanak khas mempengaruhi arah aliran pendidikan pada hari ini.

Pada masa yang sama, berlaku berdebat tentang aplikasi kaedah pengajaran langsung dan konstruktivisme di dalam sistem pendidikan pada hari ini. Roblyer (1996) mengatakan bahawa kaedah langsung lebih tradisional, guru menyampaikannya, dan penggunaan teknologinya dipadankan dengan masalah-masalah pendidikan yang tertentu. Para pendidik cuba mempromosikan strategi pengajaran dan pembelajaran konsturktivisme bagi menadatangani masalah pendidikan pada hari ini.

Akhirnya, isu teknik seperti perubahan teknologi yang berlaku secara mendadak menjadikan para peniaga dan pasukan yang bertanggungjawab terpaksa mengemas kini perubahan-perubahan yang berlaku. mereka cuba mengambil kira perubahan ini serta mempertimbangkan implikasi daripada perubahan ini terhadap produk atau perkhidmatan yang disediakan (Remmick, 1997).

Pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah atau pendekatan dalam pembelajaran di mana pelajar-pelajar dalam kumpulan saling berkongsi, bantu membantu, mengambil bahagian dan bekerjasama antara satu sama lain dalam proses pembelajaran.

Mereka berkongsi idea-idea dan sumber-sumber dengan ahli kumpulan. Semua pelajar berkongsi bakat mereka. Pelajar yang lebih cekap atau pandai membantu pelajar-pelajar yang kurang pandai dalam pembelajaran. Ahli-ahli kumpulan mengambil bahagian secara aktif dan mereka bekerjasama mempelajari kemahiran-kemahiran baru.

Dalam suasana pembelajaran koperatif, seseorang pelajar bukan sahaja bertanggung jawab untuk pembelajaran diri sendiri, tetapi juga untuk pembelajaran rakan-rakannya.

PRINSIP PEMBELAJARAN KOPERATIF

Semasa menyediakan bilik darjah untuk Pembelajaran Koperatif, prinsip-prinsip berikut haruslah diperhatikan:

2

Page 3: Model+pengajaran+k operatif

Kelas dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil antara 2 - 6 ahli. Kumpulan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan (pandai, sederhana dan lemah).

Kelas dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil antara 2 - 6 ahli. Kumpulan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan (pandai, sederhana dan lemah).

Ahli-ahli kumpulan berusaha mencapai matlamat kumpulan, iaitu satu skor atau kejayaan purata yang lebih tinggi yang pernah dicapai pada satu masa dulu.

Tugas kumpulan dibahagikan antara ahli-ahlinya. Setiap ahli kumpulan dikehendaki menyumbang ke arah pencapaian matlamat kumpulan. Kejayaan ahli-ahli individu dianggap sebagai kejayaan kumpulan.

Ahli-ahli kumpulan menyokong, menerima dan mempercayai antara satu sama lain. Mereka patut menganggap sumbangan dan tingkah laku ahli-ahli kumpulan sebagai sumbangan dan tingkah laku sendiri. Mereka harus menerima kekuatan dan kelemahan setiap ahli kumpulan.

Ahli-ahli kumpulan tolong menolong, berkongsi dan bekerjasama dalam proses pembelajaran. Pelajar-pelajar yang pandai harus mendorong pelajar-pelajar lemah supaya berusaha untuk mencapai kejayaan kumpulan.

ELEMEN PEMBELAJARAN KOPERATIF

Kebergantungan positif

Kerjasama antara ahli kumpulan amat diperlukan dalam mencapai kejayaan kumpulan

Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab memberi sumbangan yang tersendiri

Komunikasi secara bersemuka

Menerangkan secara lisan bagaimana untuk menyelesaikan masalah

Berkongsi pengetahuan dengan individu yang lain

Membincangkan konsep yang dipelajari

Menghubungkaitkan pembelajaran kini dengan pembelajaran yang lepas

Kebertanggungjawaban individu dan kumpulan

3

Page 4: Model+pengajaran+k operatif

Memastikan saiz kumpulan sentiasa kecil. Semakin kecil saiz kumpulan, semakin tinggi kebertanggungjawaban individu

Memberikan ujian individu kepada setiap pelajar

Pelajar dipilih secara rawak dan diuji secara lisan dengan membentangkan hasil kerja kumpulan kepada guru atau seluruh kelas

Pemerhatian setiap kumpulan dan merekodkan kekerapan setiap penglibatan ahli kumpulan dalam kerja kumpulan

Menugaskan seorang pelajar untuk menjadi pemeriksa. Pemeriksa akan meminta ahli kumpulan yang lain untuk menerangkan tentang rasional jawapan kumpulan

Pelajar cuba mengajar apa yang telah dipelajari kepada orang lain

Kemahiran Interpersonal dan Kumpulan Kecil

Kepimpinan

Membuat keputusan

Membina kepercayaan

Komunikasi

Kemahiran pengurusan konflik

Pemprosesan Berkumpulan

Ahli kumpulan membincangkan bagaimana tahap pencapaian matlamat mereka dan mengekalkan hubungan kerja yang efektif.

Menghuraikan tindakan ahli kumpulan yang membantu dan tidak membantu.

Membuat keputusan tentang bagaimana perlakuan diteruskan atau diubah.

Elemen Pembelajaran Koperatif

4

Page 5: Model+pengajaran+k operatif

MENGAPA PEMBELAJARAN KOPERATIF PATUT DILAKSANAKAN?

Hasil kajian menunjukkan bahawa:

Pembelajaran Koperatif mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan

Semua pelajar dalam kumpulan pembelajaran bantu membantu, berkongsi dan bekerjasama antara satu sama lain.

Ini mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka. Ahli-ahli kumpulan rasa bebas bertanya untuk mendapat penjelasan. Dengan perbincangan yang berterusan dalam kumpulan masing-masing dan juga dengan ahli-ahli lain di dalam kelas. Pembelajaran Koperatif dapat mengatasi kesukaran dalam pembelajaran.

Pembelajaran Koperatif mewujudkan kumpulan pembelajaran kecil.

Semasa mempelajari konsep-konsep utama atau susah, guru boleh memecahkan pelajar-pelajar ke kumpulan kecil dan membenarkan mereka mengadakan perbincangan. Pelajar-pelajar yang pandai boleh membantu pelajar yang lemah supaya mencapai kemajuan yang sama. Guru juga boleh mengajar kumpulan-kumpulan terpilih (yang pandai atau yang lemah) manakala ahli-ahli lain melakukan projek-projek sendiri, seperti tugasan membaca atau latihan bertulis.

Pembelajaran Koperatif boleh mengurangkan masalah disiplin dalam kelas.

Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab ke atas kejayaan kumpulan dan dikehendaki membantu memelihara tingkah laku yang baik bagi semua ahli dalam kumpulan.

Pembelajaran Koperatif meningkatkan skor pencapaian kelas.

Dengan memberi bantuan kepada pelajar lemah, pelajar pandai boleh menguasai konsep-konsep utama mengenai sesuatu topik dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, pelajar lemah juga belajar dari rakan-rakan sebayanya yang dapat menerangkan topik-topik dalam bahasa yang senang difahaminya.

Pembelajaran Koperatif menjadikan pelajar-pelajar lebih kreatif

Pelajar-pelajar diberi masa yang mencukupi untuk belajar sendiri dan menyelesaikan masalah-masalah atas usaha sendiri. Mereka bebas memilih strategi pembelajaran sendiri. Pembelajaran Koperatif boleh menolong pelajar-pelajar berdikari semasa membuat keputusan.

Pelajar-pelajar dalam bilik darjah koperatif dapat menguasai kemahiran pengurusan, kepimpinan, pengurusan konflik, kemahiran interpersonal dan komunikasi.

Pembelajaran Koperatif menyediakan pelajar-pelajar menghadapi dunia yang sebenar - dunia bekerjasama dan bukan dunia konfrantasi.

BILAKAH GURU PATUT MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF?

Pembelajaran Koperatif boleh digunakan dalam pembelajaran semua mata pelajaran dan di semua tingkatan, khasnya bidang-bidang mata pelajaran di mana

5

Page 6: Model+pengajaran+k operatif

pelajar-pelajar perlu belajar dan mengembangkan sifat-sifat berikut:

Kemahiran menyelesaikan masalah

Melalui bekerjasama dan usaha menyelesaikan masalah bersama, pelajar-pelajar akan menguasai kemahiran tersebut yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Menetapkan matlamat pembelajaran

Guru boleh mengarahkan pelajar yang pandai, sederhana dan lemah berkumpul bersama supaya mempelajari konsep-konsep utama tentang sesuatu topik untuk sesuatu mata pelajaran. Pelajar lemah akan berpeluang memahami topik itu sebelum dimulakan dengan topik yang lain.

Pemikiran yang bercambah

Apabila ahli kumpulan diberi sesutau tugas/tanggungjawab, mereka bebas mencadangkan atau mengeluarkan jawapan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Tugasan-tugasan sukar

Pelajar-pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk menjelaskan tugasan dengan rakan-rakan sebaya dan boleh mengagihkan tugasan itu di kalangan ahli-ahli kumpulan pembelajaran berdasarkan kebolehan masing-masing.

Pentingnya mutu pencapaian

Setiap ahli kumpulan berusaha mencapai matlamat kumpulan. Maka ahli-ahli kumpulan akan mempengaruhi satu sama lain supaya memaksimakan sumbangan ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan kemudian pula meningkatkan mutu pencapaian ahli (pelajar pandai membantu pelajar lemah – pelajar yang pandai akan menjadi bertambah pandai).

Demokrasi dalam bilik darjah

Pelajar-pelajar akan belajar dan bekerjasama sebagai satu kumpulan, saling hormat menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan kumpulan. Ini memudahkan pengurusan bilik darjah.

Mengembangkan kemahiran sosial

Pelajar-pelajar dari bilik darjah koperatif dapat melahirkan / mengembangkan kemahiran sosial yang baik seperti berkomunikasi, menerima, menyokong dan bekerjasama.

Kesedaran tanggungjawab bersama

Ahli kumpulan dikehendaki bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan. Ketiadaan sumbangan walaupun seorang ahli boleh menjejaskan pencapaian matlamat kumpulan. Oleh sebab itu, setiap ahli kumpulan bertanggungjawab.

Perlunya mengurangkan persaingan dan meningkatkan kerjasama

Ahli kumpulan membantu antara satu sama lain dan akan belajar lebih kerana kejayaan individu dianggap kejayaan kumpulan

CARA MEWUJUDKAN BILIK DARJAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

6

Page 7: Model+pengajaran+k operatif

Pelajar | Guru | Ahli-ahli Komuniti

Matlamat bilik darjah Pembelajaran Koperatif boleh dicapai melalui cadangan-cadangan berikut:

PELAJAR

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan 2 – 6 orang yang terdiri daripada pelbagai kebolehan, pelbagai kaum dan jantina

Tempat duduk disusun supaya pelajar-pelajar senang berkumpul dan berkongsi idea, sumber-sumber, bahan-bahan dengan ahli yang lain. Susunan kerusi / tempat duduk patut memudahkan pemerhatian dan pengawalan guru.

Untuk setiap tugasan pembelajaran, seorang dari ahli kumpulan menjadi ketua, seorang ahli lain sebagai pencatat manakala yang lain sebagai peserta. Ahli-ahli kumpulan kemudian membahagikan tanggungjawab di kalangan mereka dan setiap ahli menyumbang ke arah kejayaan kumpulan. Ketua kumpulan pula menggalakkan setiap ahli mengambil bahagian dalam kegiatan tugasan kumpulan.

Ahli-ahli kumpulan boleh mengkritik idea-idea ahli. Soalan yang dikemukakan bertujuan mendapatkan penjelasan dan membantu kumpulan itu memahami perbezaan antara idea-idea yang dikemukakan.

Pelajar-pelajar patut menghormati dan mendengar pandangan daripada ahli kumpulan.

CARA MEWUJUDKAN BILIK DARJAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pelajar | Guru | Ahli-ahli Komuniti

Matlamat bilik darjah Pembelajaran Koperatif boleh dicapai melalui cadangan-cadangan berikut:

PELAJAR:

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan 2 – 6 orang yang terdiri daripada pelbagai kebolehan, pelbagai kaum dan jantina

Tempat duduk disusun supaya pelajar-pelajar senang berkumpul dan berkongsi idea, sumber-sumber, bahan-bahan dengan ahli yang lain. Susunan kerusi / tempat duduk patut memudahkan pemerhatian dan pengawalan guru.

7

Page 8: Model+pengajaran+k operatif

Untuk setiap tugasan pembelajaran, seorang dari ahli kumpulan menjadi ketua, seorang ahli lain sebagai pencatat manakala yang lain sebagai peserta. Ahli-ahli kumpulan kemudian membahagikan tanggungjawab di kalangan mereka dan setiap ahli menyumbang ke arah kejayaan kumpulan. Ketua kumpulan pula menggalakkan setiap ahli mengambil bahagian dalam kegiatan tugasan kumpulan.

Ahli-ahli kumpulan boleh mengkritik idea-idea ahli. Soalan yang dikemukakan bertujuan mendapatkan penjelasan dan membantu kumpulan itu memahami perbezaan antara idea-idea yang dikemukakan.

Pelajar-pelajar patut menghormati dan mendengar pandangan daripada ahli kumpulan.

Matlamat bilik darjah Pembelajaran Koperatif boleh dicapai melalui cadangan-cadangan berikut:

GURU:

Menetapkan garis panduan untuk tugasan kumpulan dan membantu pelajar-pelajar memahami peraturan-peraturan kumpulan seperti pembahagian tugasan antara pelajar pandai, sederhana dan lemah.

Memupuk kepercayaan di kalangan pelajar, membantu dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi.

Membantu pengawasan idea-idea dan pembahagian tugasan antara ahli-ahli kumpulan.

Sebagai penasihat kepada setiap kumpulan dan memantau kemajuan ahli kumpulan.

Memuji dan menyokong pelajar-pelajar supaya bekerjasama. Saguhati atau hadiah diberi berdasarkan pencapaian matlamat.

Menetapkan tempoh pembelajaran yang hendak dijalankan untuk sesuatu kumpulan. Penemuan-penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa setiap kumpulan patutlah berterusan untuk sekurang-kurangnya satu semester supaya dapat mewujudkan kepercayaan di kalangan ahli-ahlinya.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru boleh menggunakan sehingga 70 peratus daripada masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran koperatif.

Guru-guru harus bekerja sebagai satu kumpulan (pasukan). Semasa memperkenalkan pembelajaran koperatif guru-guru patut bantu membantu berkongsi dan bekerjasama menghasilkan bahan-bahan kursus dan mengatasi masalah-masalah yang mungkin berbangkit semasa pelaksanaan kaedah Pembelajaran Koperatif.

Menggalakkan pelajar-pelajar belajar sendiri dan memainkan peranan sebagai fasilitator.

 

8

Page 9: Model+pengajaran+k operatif

CARA MEWUJUDKAN BILIK DARJAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pelajar | Guru | Ahli-ahli Komuniti

Matlamat bilik darjah Pembelajaran Koperatif boleh dicapai melalui cadangan-cadangan berikut:

AHLI-AHLI KOMUNITI :

Pelajar-pelajar dalam pembelajaran koperatif dikehendaki belajar atas usaha diri sendiri. Mereka harus mengadakan rujukan di perpustakaan, mengendalikan temuramah dengan kakitangan sumber dalam komunitinya, selain daripada membuat latihan dan pembacaaan tambahan.

Pelajar-pelajar memerlukan sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa. Guru-guru juga perlu memperolehi nasihat daripada ahli-ahli komuniti. Kadang-kadang ahli komuniti memegang jawatan dalam lembaga sekolah, terlibat secara aktif dalam perkembangan rancangan atau program pembangunan akademik sekolah supaya menyedari tanggungjawab ke arah kejayaan anak-anak mereka.

 

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN

Fan-N-Pick

Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir.Sebagai contoh:Pelajar 1 : Susun kad seperti kipas

Pelajar 2 : Pilih kad dan bacakan soalan Pelajar 3 : Jawab soalan

Pelajar 4 : Beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

Inside-Outside Circle

9

Page 10: Model+pengajaran+k operatif

Cari pasangan Bentuk dua bulatan, satu di dalam (Bulatan 1) dan satu du luar (Bulatan 2).

Berdiri menghadap pasangan. Guru memberi soalan / tugasan kepada murid dalam Bulatan 1 Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakannya hanya mendengar. Beri pujian dan kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap Kemudian tukar peranan dengan soalan baru

Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan.

Match-Mine

Empat orang murid duduk dalam satu pasukan Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada

pada Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh pelajar 1). Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh Pelajar 1.

Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh.

Kemudian kedua-duanya tukar peranan.

Same-Different

Dua orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang daripada mereka.

Kemudian mereka bandingkan jawapan

Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan.

Rally Robin

Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang sesuatu perkara secara lisan.

Round Robin

Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat.

Rally Table

Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen / pensil yang sama.

Round Table

Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat.

10

Page 11: Model+pengajaran+k operatif

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN

Fan-N-Pick

Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir.Sebagai contoh:Pelajar 1 : Susun kad seperti kipas

Pelajar 2 : Pilih kad dan bacakan soalan Pelajar 3 : Jawab soalan

Pelajar 4 : Beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

Inside-Outside Circle

Cari pasangan Bentuk dua bulatan, satu di dalam (Bulatan 1) dan satu du luar (Bulatan 2).

Berdiri menghadap pasangan. Guru memberi soalan / tugasan kepada murid dalam Bulatan 1 Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakannya hanya mendengar. Beri pujian dan kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap Kemudian tukar peranan dengan soalan baru

Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan.

Match-Mine

Empat orang murid duduk dalam satu pasukan Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada

pada Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh pelajar 1). Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh Pelajar 1.

Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh.

Kemudian kedua-duanya tukar peranan.

Same-Different

Dua orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang daripada mereka.

Kemudian mereka bandingkan jawapan

Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan.

Rally Robin

Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang

11

Page 12: Model+pengajaran+k operatif

sesuatu perkara secara lisan.

Round Robin

Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat.

Rally Table

Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen / pensil yang sama.

Round Table

Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat.

Simultaneous Round Table

Dalam pasukan, pelajar menulis respon terhadap masalah yang diberikan dalam kertas masing-masing.

Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah / membetulkan apa yang ditulis.

Spin-N-Think

Kadbod yang ada anak panah yang boleh dipusingkan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji.

Talking Chips

Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat.

Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang.

Jigsaw Problem Solving

Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.

Mix-N-Match

Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan / perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya.

Trade-A-Problem

Pasukan membina masalah / soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian.

Team Stand-N-Share

Ahli pasukan berdiri Guru / rakan lain memberi soalan

Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan / pendapat dengan pasukan lain.

Find the Fib / Guess the Fib

12

Page 13: Model+pengajaran+k operatif

Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu, yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah.

Ahli lain diminta mencari mana yang salah.

Line Ups

Dalam pasukan berempat, pelajar membuat barisan Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi

Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju.

Formations

Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan.

Window Pane

Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep / perkara pada carta atau papan hitam.

Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep / perkara tersebut.

Showdown

Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan / penyelesaian kepada masalah. Pada masa yang ditetapkan semua pelajar menunjukkan jawapan secara

serentak.

Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan.

Lyrical Lessons

Pasukan menulis lirik / menyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak.

Timed Pair Share

Secara berpasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2.

Kemudian tukar peranan.

Stir – the – class

Pasukan duduk dalam bulatan Membincangkan jawapan untuk menyelesaikan masalah Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk

menunjukkan persetujuan

Bila loceng berbunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya.

Team Word-Web

13

Page 14: Model+pengajaran+k operatif

Pelajar menulis topic di tengah-tengah kertas mahjong

Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka.

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN

Mendeklamasi sajak / Menyanyi lagu

Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama sajak atau lagu Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya.

Akhirnya bersama-sama mendeklamasi / menyanyi dalam harmoni.

Paraphrase Passport

Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya.

Mix-Freeze Group

Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru

Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan, diletakkan dalam “Lost and Found”

Think-Pair-Share

Guru mengemukakan masalah kepada ahli pasukan Setiap ahli diberi masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya

dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan.

Semua ahli pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah.

Roam the Room

Dengan isyarat guru, murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan.

Apabila guru beri isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan berkongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan atau pasukan lain.

Gallery Tour

Seperti di atas tetapi mereka bergerak secara pasukan Hasil pasukan lain ditampal atau dilukis atas meja untuk pasukan lain

melihat / membacanya. Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya

pasukan yang dating melawat boleh memberi komen atau pengukuhan hasil kerja mereka.

Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula.

14

Page 15: Model+pengajaran+k operatif

Setelah kembali semula ke pasukan asal, ceritakan atau laporkan pembelajaran / pengalaman yang diperoleh.

Three Stray, One Stay

Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain (4 orang satu kumpulan)

Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain untuk menjelaskan kedudukan / hasil kerja pasukannya.

Apabila selesai murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas

Kemudian murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

Rotating View

Pasukan bincang topic Buat carta / pengurusan grafik Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri

pendapat tentang hasil perbincangan kumpulan itu. Buat carta / pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu.

Begitulah seterusnya.

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN

The Yarn Yarn

Setiap kali seseorang ingin memberi pendapat, ia diberi benang untuk dililit ditangan.

Akhirnya, kumpulan dapat tahu siapa yang lebih banyak memberi pendapat / idea.

Kinesthetic Symbols

Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran

Team Statements

Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu

Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua.

Who am I

Setiap pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)

Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang identity masing-masing.

Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”

15

Page 16: Model+pengajaran+k operatif

Apabila identity diperoleh hasil dari klu jawapan yang diberi oleh rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum dapat “mengenalpasti” identitinya.

Sages Share

Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut, mencatat “initial” mereka.

Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yang menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya.

Traveling File

Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, keas atau masalah untuk dibincangkan.

Selepas 10 – 15 minit, soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain.

Setiap pasukan yang mendapat fail baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai atau disunting.

Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3 traveling file, soalan-soalan dan jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

Team Interview

Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi dan lain-lain (sambil berdiri).

Team Project

Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak (team cheers), logo pasukan dan warna pasukan.

BAGAIMANA STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN

Values Lines

Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup.

Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni bedasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain.

Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja

16

Page 17: Model+pengajaran+k operatif

mereka.

Find-Someone-Who

Pelajar dikehendaki mecari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, atau pun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu.

Rotating Review

Setiap pasukan membincangkan sesuatu topic, kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing.

Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke pasukan lain untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan.

Setiap ahli pasukan boleh membuat komen, tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza.

Three-Step Interview

Empat orang pelajar dalam satu pasukan Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga

dan seorang lagi ditemuduga Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas

Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain.

Two-Box Induction

Wujudkan 2 kategori, iaitu contoh dan bukan contoh. Fasilitator beri ransangan Ahli pasukan berbincangan secara Round Table untuk wujudkan hipotesis

Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut.

17