LAPORAN PROGRAM MINI KEM JATI DIRI SK BANDAR BARU SELAYANG 68100 BATU CAVES 26 SEPTEMBER 2012 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan erjasama Unit HEM dan Unit Kokurikulum telah mengadakan program Mini Kem Jati Diri. Program sehari itu telah dijalankan dengan jaya dengan mendapat sokongan dan kerjasama ahli jawatan kuasa yang dilantik. Program ini mensasarkan seramai 38 orang murid-murid tahun lima untuk membina jati diri mereka. Kesemua aktiviti yang disediakan telah dijalankan dengan jayanya iaitu: Aktiviti1 – Slot Jati Diri Aktiviti 2 – Latihan dalam kumpulan Aktiviti 3 – Tazkirah Aktiviti 4 – Orienteering Aktiviti 5 – Malaysia Cergas Para peserta seramai 38 orang itu telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk memudahkan perjalanan program. Aktiviti 1, Slot Jati Diri yang dikendalikan oleh Puan Azlina bt Rahmat. Para peserta diperkenalkan dengan maksud `jati diri` dan bagaimana cara untuk membina jati diri dalam diri masing-masing. Di samping itu ada juga pengisian berkenaan membina keyakinan diri. Para peserta dikehendaki meniup belon seberapa besar yang boleh sehingga meletup tanpa menggunakan apa-apa alat. Terdapat seorang peserta yang menangis ketakutan kerana bunyi letupan belon tersebut
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAPORAN PROGRAM MINI KEM JATI DIRI
SK BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
26 SEPTEMBER 2012
Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan erjasama Unit HEM dan Unit Kokurikulum telah
mengadakan program Mini Kem Jati Diri. Program sehari itu telah dijalankan dengan jaya
dengan mendapat sokongan dan kerjasama ahli jawatan kuasa yang dilantik. Program ini
mensasarkan seramai 38 orang murid-murid tahun lima untuk membina jati diri mereka.
Kesemua aktiviti yang disediakan telah dijalankan dengan jayanya iaitu:
Aktiviti1 – Slot Jati Diri
Aktiviti 2 – Latihan dalam kumpulan
Aktiviti 3 – Tazkirah
Aktiviti 4 – Orienteering
Aktiviti 5 – Malaysia Cergas
Para peserta seramai 38 orang itu telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk
memudahkan perjalanan program.
Aktiviti 1, Slot Jati Diri yang dikendalikan oleh Puan Azlina bt Rahmat. Para peserta
diperkenalkan dengan maksud `jati diri` dan bagaimana cara untuk membina jati diri dalam
diri masing-masing. Di samping itu ada juga pengisian berkenaan membina keyakinan diri.
Para peserta dikehendaki meniup belon seberapa besar yang boleh sehingga meletup tanpa
menggunakan apa-apa alat. Terdapat seorang peserta yang menangis ketakutan kerana
bunyi letupan belon tersebut menakutkannya. Beliau ditenangkan oleh guru yang sama-
sama brada di dalam dewan itu.
Aktiviti 2, LDK, Latihan Dalam Kumpulan, para peserta dikehendaki mencipta logo dan
moto kumpulan dan mempersembahkannya di hadapan rakan peserta. Tujuannya adalah
untuk membina keyakinan diri semasa mempersembahkan hasil kerja mereka kepada
kumpulan lain.. Seterusnya, peserta mendengar bicara tentang tanggungjawab diri dan
pengorbanan ibu bapa.
Aktiviti 3 iaitu Tazkirah, dikendalikan oleh Ustaz Wan Hazaruddin di surau sekolah selepas
solat Zohor. Selepas mendengar taklimat semasa berkumpul di Balai Ilmu, para serta
bergerak ke padang sekolah untuk Aktiviti 4 iaitu Bina Khemah yang kendalikan oleh Encik
Mohd Nazri. Bersama-sama beberapa orang guru pembimbing. Selepas demonstrasi, setiap
kumpulan dikehendaki memasang dan mendirikan sebuah khemah dan kemudiannya
mengemaskan semula. Aktiviti 4 seterusnya ialah treasure hunt atau mencari harta karun ,
Memandangkan hujan renyai-renyai hanya satu aktiviti yang jalankan iaitu mencari bahan
untuk membuat anyaman.
Bagi Aktiviti 5, Malaysia Cergas, peserta menyertai tiga acara sukaneka iaitu Bina Istana,
Penuhkan Botol dan Sampaikan Pesan. Para peseta leha menjalankan aktiviti dengan
bersungguh-sungguh dan semangat kesukanan.
Guru Besar SKBBS, Encik Sharim bin Hashim dan Puan Sharipah bt Shariff, Pemangku
GPK Tadbir dan Kurikulum, telah hadir dalam upacara penutup. Guru Besar telah memberi
ucapan dengan memberi masihat dan semangat kepada para serta. Beliau juga telah sudi
menyampaikan hadiah-hadiah kepada para peserta. Program berakhir pada jam 5.35
petang.
Kekuatan
Guru Besar telah memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini di samping
kerjasama dan komitmen ahli jawatan kuasa. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah sudi
menyumbangkan RM300.00 untuk menampung sebahagian keperluan program. Guru
Bimbingan dan Kaunseling SKBBS telah mampu mengendalikan Aktiviti 1 iaitu Slot Jati Diri
dan Aktiviti 2 iaitu aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan jayanya.
Ketua Pembimbing Persatuan Pengakap telah meminjamkan lima buah khemah untuk
digunakan semasa program tersebut.
Kelemahan
Program tidak dapat dilaksanakan lebih awal kerana berhadapan dengan bulan Ramadhan
yang mana Panitia Agama Islam mengadakan aktiviti dan pengisian tersendiri dalam bulan
tersebut. Selain itu, saya berhadapan juga dengan cuti Hari Raya Aidil Fitri dan beberapa
siri cuti yang lain.
Keadaan cuaca juga menyumbang kepada punca kelemahan program ini iaitu kerap hujan
dan keadaan padang yang basah dan lembab. Walaupun forging dibuat, nyamuk tetap
banyak memandangkan kawasan sekolah di kelilingi hutan kecil.
Peluang
Peluang untuk memilih satu hari yang sesuai untuk menjalankan aktiviti agak sukar.
Namun jika diberi peluang, program ini boleh dijalankan selama dua hari satu malam
dengan melibatkan lebih ramai murid tahun 5 dan guru-guru serta mempelbagaikan aktiviti.
Ancaman
Selain daripada keadaan cuaca yang tidak menentu, nyamuk dan kehaddiran anjing juga
menjadi ancaman kepada para peserta program ini. Pihak jawatankuasa telan mengambil
langkah berhati-hati demi menjaga keselamatan para peserta.
Penutup
Secara keseluruhannya, program ini diharap sedikit sebanyak dapat membuka hati dan
minda para peserta untuk membina jati diri mereka. Harapan juga agar mereka dapat
memanfaatkan pengisian program tersebut untuk kepentingan masa hadapan yang lebih