1 “MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH RAMADHAN” (11 Mei 2018M / 25 Sya’ban 1439H) الح م ل د ل ه ال ذ ي ج ر ه ش ل ع ات ك رب ال و ات ر يخ ال ر ه ش ان ض م ر، ام ي الص ر ه ش و ام يق ال، و أ ش ه د أ ن ل إ ل ه إ ل ا و ح د ه ل ش ر ي ك ل ه ة ي ان د حو ال ب د ر ف نم ال ا و ر و ه الش ض ع ب ل ض يف ذ ال ة ر دق ال و ل ان ض م ر ر ه ش ل ع ج و ض ع ىب ل ع ام ي ن م ا ن م ه ام ي ا و ام ظع ال ر و ه الش ل ام رك ال ام ي، و أ ش ه د أ ن س ي د ن او ن ب ي ن ام ح م اع د ب ه د و ر س و ل ه ن ي م الع ل ل ة م ح ر هل ال ه ل س ر يا ذ ال، ك د ب ىع ل ع م ل س و ل ص م هل ل ا ا س ح إ ب م ه ع ب ت ن م و ه ب ح ص و هى آل ل ع و د م ح ام ن د ي س ك ل و س ر و اء ق ل م و ىي ل إ ن م ه ب ر. أ م اب ع د: ات هل ال اد ب اع ي ف و اا و ق ل م ك ن ر غ ت ا ه ر ي ص م ن إ اف ي ن الد اة يح ال الو ى الز ل إ. ق ال ا ت ع ال ى: ﴿ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ﴾ SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia, khutbah hari ini akan membicarakan tajuk: “Mensyukuri Nikmat Keamanan Melalui Tarbiyyah Ramadhan”.
8
Embed
MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI TARBIYYAH … · dalam diri manusia melalui aliran darah. Aku khawatir sekiranya syaitan itu Aku khawatir sekiranya syaitan itu menyusupkan kejelekan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
“MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI
TARBIYYAH RAMADHAN” (11 Mei 2018M / 25 Sya’ban 1439H)
ل م الح ر ج يذ ال ه ل د ش ه و ال ب ر ك ات ع ل ر ات ي ال خ ر ش ه ،ر م ض ان الصي ام ر ش ه ال ق ي ام و ان ي ة هل ك ي ر ش ل هد ح و اللل إ ه ل إ ل ن أ ده ش أ و ، د ب ال و ح ف ر د ال من
و ا الشهو ر ر ة ال ذ يف ض ل ب ع ض ر م ض ان ل و ال قد ر ع ل ىب ع ضو ج ع ل ش ه ي ام م ن ا و ا ي ام هم ن ال ع ظ ام ر ال ك ر ام ل الشهو دهب داع م ح امن ي ب ن او ن د يس ن أ ده ش أ و ،ي ام
ل ل ع ال م ي ن هلو سر و ة م ر ح الل ه ا ر س ل ه ال ذ ي ، ع ب د ك ع ل ى و س لم ص ل ا لل هم س ا ب إ ح ت ب ع هم و م ن ب ه و ص ح و ع لىآل ه مح م د س يد ن ا ل ك ل ق اء و ر سو م إ ل ىي و ن
ات :دع اب م أ .ر به م الل ه االل و ف ي اع ب اد ر ه ات غر ن كمل قو ي م ص ن ي اف إ ن ي اة الد ال ح : ىال ع ت اللال ق .إ ل ىالز و ال
ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ﴿
﴾ڦ ڦ ڦ
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat
keberkatan di dunia dan di akhirat. Bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang
mulia, khutbah hari ini akan membicarakan tajuk: “Mensyukuri Nikmat
Keamanan Melalui Tarbiyyah Ramadhan”.
2
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Alhamdulillah, negara baru sahaja selesai melalui proses pemilihan barisan
kepimpinan yang baharu. Tahniah diucapkan kepada pemimpin yang dipilih
oleh rakyat dan semoga dapat membawa negara ke arah kehidupan yang
sejahtera. Sebagai rakyat marilah kita bersama-sama menerima keputusan
dengan hati terbuka dan bersama-sama menumpahkan taat setia kepada raja dan
negara serta pemimpin-pemimpin yang telah dipilih. Sesungguhnya memilih
pemimpin menjadi suatu kewajipan yang dituntut oleh agama Islam. Oleh itu,
kita perlu bijak dan teliti kerana pemimpin menjadi penentu dasar negara dan
pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang sejahtera. Bahkan
pemimpin adil menjadi sumber keberkatan.
Dalam konteks ini, utamakanlah pemimpin yang memiliki ciri-ciri keunggulan.
Akhirat menjadi wawasan, berilmu penuh wibawa, integriti menjulang agama,
cakna rakyat jelata, bertaqwa menjauhi dosa, Al-Quran dan al-sunnah jadi
dasarnya, jawatannya adalah amanah dan keredhaan Allah jadi matlamat.
Gemar mencurah kebaikan dan khidmat memastikan rakyat selamat, negara
berkat dan mendapat rahmat. Sebagaimana jawapan Rasulullah SAW kepada
Saidina Abu Zarr r.a.
ق ذخأن مل إ ة امدنوى ز خ ة اميالق وميهان إ وة انمأهان إ ا)رواهمسلم(يهف ال ذ ىىد أوهاب Mafhumnya: “Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi
punca kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan
haknya dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya”.
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Beberapa hari lagi kita akan memasuki ambang Ramadhan yang diwajibkan
padanya kita berpuasa. Ramadhan saban tahun menjelang tiba dan berlalu pergi.
Mungkin ada dalam kalangan kita yang berfikir bahawa Ramadhan hanyalah
tentang puasa, atau tentang menahan diri dari segala perbuatan yang
membatalkan puasa sahaja, lebih parah lagi ada di kalangan kita yang sebelum
memasuki Ramadhan sudah memikirkan baju raya yang ingin dipakai ketika 1
syawal nanti. Sepatutnya kedatangan Ramadhan perlu dilihat dari kerangka
3
yang lebih luas. Apa yang Ramadhan tawarkan kepada kita umat manusia.
Apakah maqasid (objektif) yang ingin dicapai melalui Ramadhan, apakah
hikmah pensyariatan puasa di bulan Ramadhan. Inilah sebenarnya tujuan dan
matlamat puasa sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah,
ayat:183;
ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ﴿
﴾ڦ ڦ ڦ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya
kamu bertakwa.”
Imam Ibn Kathir menyebut bahawa firman Allah ini ditujukan kepada orang-
orang yang beriman dari kalangan umat manusia dan ini merupakan perintah
untuk melaksanakan ibadah puasa. Imam At-Tobari pula menafsirkan ayat ini :
“Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, yang
membenarkan kedua-duanya dan berikrar kepada keduanya”. Dari dua tafsiran
ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan rapat antara ibadah puasa dengan ciri-
ciri orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah SWT hanya
memerintahkan puasa ini kepada mereka yang beriman dan Allah SWT juga
hanya menerima ibadah puasa dari jiwa-jiwa mereka yang beriman sahaja.
Demikianlah jelas tujuan pensyariatan ibadah puasa di bulan Ramadhan, iaitu
bertaqwa kepada Allah. Imam As-Syahid Said Qutb menyimpulkan dalam
tafsirnya bahawa taqwa inilah yang membangkitkan kesedaran dalam hati
sehingga mahu menunaikan kewajipan ini. Taqwa inilah yang menjaga hati
sehingga tidak rosak puasanya dengan maksiat. Taqwa merupakan puncak
ketinggian rohani orang-orang yang beriman, dan puasa ini merupakan salah
satu alatnya dan jalan untuk mencapai taqwa.
4
Justeru, bagi kita mencapai manifestasi taqwa melalui ibadah puasa,sewajarnya
kita melaksanakan prasyarat berikut:-
Pertama, seorang yang berpuasa haruslah meninggalkan apa yang diharamkan
(perkara yang membatalkan puasa) serta segala bentuk larangan Allah SWT
(perkara-perkara maksiat yang lain). Dia meninggalkan semua perkara ini demi
mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengharapkan redha-Nya. Kedua,
seorang yang berpuasa bermaksud individu muslim tersebut sedang melatih
jiwanya untuk sentiasa muraqabatullah (merasakan diri sentiasa diawasi oleh
Allah SWT). Dia meninggalkan segala kehendak hawa nafsunya (makan,
minum dan segala perkara yang membatalkan puasa) padahal dia mampu untuk
melakukannya tanpa diketahui oleh orang lain. Ketiga, ibadah puasa
sebenarnya telah menyempitkan pergerakan syaitan dalam tubuh badan manusia
melalui saluran darah. Seperti yang diriwayatkan dalam hadis sahih,
م رى:ف قالس ب حانالل ه يارس ولالل ه .قال ن سان ناإل الش ي طاني ر ىم إ ن ق ل وب ك ماس وءا ي ق ذ فف أن يت خش ،وإ ن قال–الد م .شي ئا–أو