Sekiranya sesuatu produk herba ingin dipasarkan di Malaysia,
ianya perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)
terlebih dahulu. Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada
pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
1984, Drug Registration Guidance Document (DRGD Appendix 12) dan
segala keperluan lain di mana kategori produk dikategorikan.
Mengapa Langkah ini perlu? Bincangkan.MengapaPerlu Menggunakan Ubat
Berdaftar?PengenalanSemua ubat-ubatan sama ada ubat farmaseutikal
mahupun ubat tradisional perlu terlebih dahulu didaftarkan dengan
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia
sebelum ianya boleh diimport, dikilangkan atau dijual di Malaysia.
Objektif pendaftaran produk adalah bagi memastikan semua produk
farmaseutikal yang didaftarkan telah dinilai dari aspek
keselamatan, keberkesanan dan kualiti, manakala produk tradisional
dinilai dan diuji dari aspek keselamatan dan kualiti dengan tujuan
utama bagi melindungi dan menjamin kesihatan
rakyat.KebaikanPelbagai langkah telah diambil dalam usaha untuk
memastikan produk yang dapat dicapai dan digunakan oleh masyarakat
umum adalah selamat dan berkualiti. Ubat-ubatan Terkawal yang
mengandungi bahan racun berjadual dan ubat tanpa racun (Ubat Am)
adalah dipastikan selamat,berkualiti dan berkesan sebagaimana untuk
kegunaan yang dikehendaki. Manakala ubat-ubatan tradisional
dipastikan berkualiti dan selamat di mana paras bahan mikrob, logam
berat, merkuri dan plumbum adalah pada tahap yang dibenarkan.
Sebelum suatu produk diluluskan untuk dipasarkan di Malaysia, ia
perlu terlebih dahulu melalui pelbagai tahap penilaian dan
pengujian berasaskan prinsip-prinsip kualiti, keberkesanan dan juga
keselamatan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
selaku sekretariat kepada PBKD. Selain itu, BPFK turut memantau
produk yang telah berdaftar melalui aktiviti pengawasan
(surveillance) dan juga farmakovigilans (pemantauan kesan advers
ubat) bagi memastikan mutu ubat-ubatan yang dipasarkan di Malaysia
kekal berkualiti, selamat dan berkesan serta mematuhi piawaian yang
telah ditetapkan oleh PBKD.Perbezaan Ubat Berdaftar & Ubat
Tidak BerdaftarUbat berdaftaradalah ubat yang telah diluluskan oleh
PBKD untuk dijual atau digunakan oleh pengguna di Malaysia. Ubat
ini telah dinilai, diuji serta terbukti dari segi kualiti,
keberkesanan serta keselamatannya.Ubat-ubatan yang tidak
berdaftarsebaliknya tidak melalui proses penilaian dan pengujian
sepertimana yang dinyatakan di atas. Dengan itu, penggunaan
ubat-ubatan tersebut tidak terjamin dari aspek keselamatannya.
Selain itu, ubat-ubatan tidak berdaftar juga mungkin mengandungi
bahan-bahan terlarang yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan
menyebabkan kesan sampingan yang serius jika digunakan dalam jangka
masa yang panjang.Tips Kepada Pengguna Dapatkan ubat anda daripada
sumber yang boleh dipercayai seperti farmasi, klinik dan juga
hospital. Semak ketulenan nombor pendaftaran ubat dan label
hologram meditag pada kotak ubat yang dibeli. Semak label terlebih
dahulu sebelum membeli atau menggunakan sebarang ubat. Pastikan
ubat-ubatan yang digunakan telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia.Berhati-hati
dengan produk-produk kesihatan yang mempunyai tuntutan yang
berlebihan seperti kencing manis, strok dan sebagainya. Dapatkan
nasihat dan maklumat lanjut berkaitan ubat-ubatan daripada doktor
atau ahli farmasi anda.Semakan Pendaftaran ProdukPara pengguna
boleh menyemak sama ada sesuatu produk itu berdaftar dengan PBKD
melalui perkhidmatan Registered Products Search menerusi laman
sesawang BPFK (www.bpfk.gov.my) seperti yang ditunjukkan pada
gambar rajah di bawah. Semakan melalui pangkalan data ini boleh
dilakukan dengan menggunakan nama produk, nombor pendaftaran
produk, nama pemegang pendaftaran produk, nama bahan aktif ataupun
nama pengilang produk. Asas-asas keselamatan; Tidak mengakibatkan
kemudaratan kepada kesihatan apabila digunakan secara betul.
Pengilang perlu mengumpulkan maklumat teknikal berkaitan produk
yang di kilang. Komponen bahan mentah dan produk siap perlu dinilai
dari aspek keselamatan. Produk dihasilkan mematuhi keperluan APB.
Data-data keselamatan perlu disediakan. Mematuhi keperluan
pelabelan.
ProdukADAKAH PRODUK MINUMAN DAN MAKANAN KESIHATAN BERTUJUAN
UNTUK PELANGSINGAN BADAN BERDAFTAR DENGAN KKM?Produk minuman adalah
dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini
dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan
KKM.Walaubagaimanapun, produk makanan adalah dilarang untuk membuat
sebarang tuntutan perubatan. Untuk sebarang maklumat lanjut
berkaitan produk tersebut, hubungi BKKM di 03-88833888. Secara
umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang
seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik
bagi menangani masalah berat badan berlebihan.Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah (PBKD) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk
farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan
yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan
sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung
pada budi bicara pengguna itu sendiri.This help enough up51%
down49% 167 Baca lebih lanjutmengenai Adakah produk minuman dan
makanan kesihatan bertujuan untuk pelangsingan badan berdaftar
dengan KKM? 4618 bacaanBAGAIMANAKAH MENGENAL PASTI PRODUK/UBAT YANG
BERDAFTAR?
Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan
persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian
terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya
kepada orang awam.Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah
selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan
PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan
pelekat hologram yang tulen. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan
dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan
huruf.Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD,
layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
diwww.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2
& Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan
carian.Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan
dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang
berhampiran.Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha untuk
memastikan produk yang dapat dicapai dan digunakan oleh masyarakat
umum adalah selamat dan berkualiti. Ubat-ubatan Terkawal yang
mengandungi bahan racun berjadual dan ubat tanpa racun (Ubat Am)
adalah dipastikan selamat,berkualiti dan berkesan sebagaimana untuk
kegunaan yang dikehendaki. Manakala ubat-ubatan tradisional
dipastikan berkualiti dan selamat di mana paras bahan mikrob, logam
berat, merkuri dan plumbum adalah pada tahap yang dibenarkan.
Sebelum suatu produk diluluskan untuk dipasarkan di Malaysia, ia
perlu terlebih dahulu melalui pelbagai tahap penilaian dan
pengujian berasaskan prinsip-prinsip kualiti, keberkesanan dan juga
keselamatan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
selaku sekretariat kepada PBKD. Selain itu, BPFK turut memantau
produk yang telah berdaftar melalui aktiviti pengawasan
(surveillance) dan juga farmakovigilans (pemantauan kesan advers
ubat) bagi memastikan mutu ubat-ubatan yang dipasarkan di Malaysia
kekal berkualiti, selamat dan berkesan serta mematuhi piawaian yang
telah ditetapkan oleh PBKD.
This help enough up46% down54% 4 Baca lebih lanjutmengenai
Bagaimanakah mengenal pasti produk/ubat yang berdaftar? 6282
bacaanAPAKAH PROSEDUR UNTUK PENDAFTARAN DENGAN KKM BAGI PRODUK
KECANTIKAN. BAGAIMANAKAH PROSEDUR DAN SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN
UNTUK MENDAPAT KELULUSAN TERSEBUT?Salam sejahtera,Saya bersetuju
dengan pendapat cikgu bahawa tanggungjawab Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah adalah untuk mengawal pemasaran produk herba dan ubatan di
pasaran agar pihak pengeluar tidak sewenang-wenangnya memasarkan
produk herba tanpa melalui ujian dan penilaian terlebih
dahululangkah ini melindungi pengguna daripada terjerumus dalam
masalah kesihatan akibat pengambilan produk herba yang boleh
memudaratkan kesihatan . Selain produk herba, semua produk
kecantikan atau kosmetik juga perlu mendapat notifikasi yang
diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum
dipasarkan di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui
Unit Kosmetik, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut berkenaan prosedur
notifikasi kosmetik. BPFK boleh dihubungi di 03-78835400 atau
layari laman web rasmi BPFK dihttp://www.bpfk.gov.my. Klik pada
'Cosmetics' untuk memuat turun garis panduan yang digunakan untuk
notifikasi produk kosmetik. Hal ini demikian kerana terdapat
beberapa produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan
mengandungi racun berjadualhydroquinone,yang tidak dibenarkan di
dalam produk kosmetik.Oleh itu, produk tersebut tidak lagi
dibenarkan untuk dijual di Malaysia.Produk yang mengandungi
hydroquinone adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu
berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh
digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Hydroquinone
biasanya digunakan untuk tujuan merawat kulit yang mengalami
masalah hiperpigmentasi. Penggunaanhydroquinonetanpa mendapat
nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh
menyebabkan kesan yang tidak diingini. Pengguna adalah dinasihatkan
untuk menghubungiBiro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)di
talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan
sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk
kosmetik.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya
dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat
dan kulit tidak sekata. Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan
pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang
tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari
penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi
(depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada
pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser
kulit.Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi
produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan
penjualan/pembekalan dengan serta merta danmemanggilbalik
kesemuastok fizikalproduk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72
jam.Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan
menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut
dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkanpemilikanproduk-produk
ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini
boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara
tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama
dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5
tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga
RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk
kesalahan berikutnya. Apa-apa bahan atau persediaan yang dicadang
untuk digunakan atau dikatakan sebagai boleh digunakan ke atas
beberapa bahagian luaran tubuh badan manusia (epidermis, sistem
rambut, kuku, bibir, organ genital luaran dll) atau ke atas gigi
dan membran mukosa di dalam rongga mulut, bagi membersih, mewangi,
memperbaiki/ mengubah atau mencantikkan kulit muka dan /atau
menghilangkan bau badan, dan /atau menghindar atau menjaga dalam
keadaan yang baik. Pihak Industri adalah bertanggungjawab ke atas
keselamatan kualiti dan performance atau efikasi Produk Kosmetik.
Agensi kerajaan diberi mandat dan kuasa untuk mendapatkan maklumat
dari pemohon dan menjalankan pemeriksaan mengikut Amalan
Perkilangan Baik di premis pengilang dan diberi mandat untuk
memantau Produk Kosmetik di pasaran. Pengguna perlu diberikan
maklumat yang cukup dan lengkap untuk membuat pilihan yang bijak
(informed choice) serta cara penggunaan yang betul. Apakah Produk
Kosmetik? Bagaimana pemasar memastikan keselamatan sesuatu produk?
Apa yang diperlukan oleh penguatkuasa untuk melaksanakan kawalan?
Bagaimana kita dapat menentukan kesesuaian sesuatu bahan/
ingredient? Apakah ciri-ciri pelabelan yang berkesan?
Mempercepatkan proses pelancaran sesuatu produk. Prosedur
pengawalan yang mudah. Menghadkan berleluasanya produk-produk yang
kurang berkualiti di pasaran. Merapatkan hubungan dengan Regulator.
Mempercepatkan proses pelancaran sesuatu produk. Prosedur
pengawalan yang mudah. Menghadkan berleluasanya produk-produk yang
kurang berkualiti di pasaran. Merapatkan hubungan dengan Regulator.
Mekanisme pengawalan yang mencukupi dan berkesan untuk kepentingan
pengguna. Informasi yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti
surveilans yang berkesan. Merapatkan hubungan dengan pihak
industri.
DATO EISAH BINTI A. RAH- See more at:
http://portal.bpfk.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=52&action=view&retrieveid=472#sthash.bBBuZbvy.dpufAmaran
Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar
"Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang"Tarikh: 11 Julai 2013 -
3:36pmKategori berita:Siaran AkhbarTarikh terbit:Isnin, 8 Julai
20131. Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar
tidak membeli atau menggunakanPRODUK TIDAK BERDAFTARyang dijual
sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama MAAJUN
KUAT KHASIAT SAKIT PINGGANG.PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG
DILAPORKAN2. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima sebanyak
dua (2) laporan kesan advers yang melibatkan produk Maajun Kuat
Khasiat Sakit Pinggang. Kesan-kesan advers yang dilaporkan ialah
Cushings Syndrome, lemah otot dan kesan advers kulit yang serius
Stevens Johnson Syndrome.3. Hasil ujian yang telah dilakukan oleh
BPFK mendapati produk ini disyaki mengandungi dexamethasone iaitu
sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Label
pada produk tersebut menyatakan bahawa ia berkhasiat untuk
sakit-sakit lutut, sakit urat, letih, sakit bahu, bengkak-bengkak
ringan, sakit pinggang dan lengu-lenguh seluruh badan. Label produk
juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ianya hanya
mengandungi ramuan semulajadi sahaja.PERIHAL BAHAN RACUN
BERJADUAL4. Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid dengan
fungsi antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan
alergi. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari
farmasi dengan preskripsi doktor kerana ia perlu diambil dengan dos
yang sesuai mengikut keadaan pesakit. Dexamethasone tidak
dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.5. Penggunaan
dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional
kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh
membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang,
peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaucoma.
Pesakit juga boleh mengalami Cushings Syndrome yang dicirikan
dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar
tetapi lengan dan kaki seolah mengecil.PERINGATAN KEPADA PENJUAL
DAN PENGEDAR PRODUK INI6. Sesiapa yang mempunyai stok produk ini
dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya
dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk
jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang
melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak
melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan
denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun
atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat
yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000
untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk
kesalahan berikutnya.PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM7. Orang awam yang
sedang menggunakan produk Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang adalah
dinasihatkan supayaSEGERAmendapatkan nasihat dan rawatan dari
profesional kesihatan. Mereka juga diminta supaya lebih
berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional
yang dijual pada harga tidak munasabah dengan tuntutan boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit.8. Pesakit yang mengidap penyakit
kencing manis adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk
ini kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak
terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius.9.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar
ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidamatan
Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-7841 3200 atau
mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel
[email protected] menyalurkan maklumat agar tindakan
sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di
pasaran.10. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran
sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-7883 5400 atau
melayari laman sesawangwww.bpfk.gov.my.DATO EISAH BINTI ABDUL
RAHMANPengarah Kanan Perkhidmatan FarmasiKementerian Kesihatan
MalaysiaMengapaPerlu Menggunakan Ubat Berdaftar?Pengenalan
Salam sejahtera,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa
Pendaftaran produk tertakluk kepada pematuhan pada
peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 untuk
mengelakkan pengeluaran dan pengedaran ubat-ubatan tiruan.Semua
ubat-ubatan sama ada ubat farmaseutikal mahupun ubat tradisional
perlu terlebih dahulu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ianya boleh
diimport, dikilangkan atau dijual di Malaysia. Objektif pendaftaran
produk adalah bagi memastikan semua produk farmaseutikal yang
didaftarkan telah dinilai dari aspek keselamatan, keberkesanan dan
kualiti, manakala produk tradisional dinilai dan diuji dari aspek
keselamatan dan kualiti dengan tujuan utama bagi melindungi dan
menjamin kesihatan rakyat.Terdapat perbezaan di antara ubat yang
berdaftar dengan tidak berdaftar. Ubat berdaftaradalah ubat yang
telah diluluskan oleh PBKD untuk dijual atau digunakan oleh
pengguna di Malaysia. Ubat ini telah dinilai, diuji serta terbukti
dari segi kualiti, keberkesanan serta keselamatannya.Ubat-ubatan
yang tidak berdaftarsebaliknya tidak melalui proses penilaian dan
pengujian sepertimana yang dinyatakan di atas. Dengan itu,
penggunaan ubat-ubatan tersebut tidak terjamin dari aspek
keselamatannya. Selain itu, ubat-ubatan tidak berdaftar juga
mungkin mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh mengancam
kesihatan pengguna dan menyebabkan kesan sampingan yang serius jika
digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Salam Ukhwah,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa
pendaftaran dan penilaian terhadap produk ini perlu dijalankan
untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam. / para pengguna.
Di bawah ini saya akan berikan beberapa tips kepada pengguna bagi
mengelakkan tertipu terhadap produk yang tidak berdaftar.Tips
Kepada Pengguna Dapatkan ubat anda daripada sumber yang boleh
dipercayai seperti farmasi, klinik dan juga hospital. Semak
ketulenan nombor pendaftaran ubat dan label hologram meditag pada
kotak ubat yang dibeli. Semak label terlebih dahulu sebelum membeli
atau menggunakan sebarang ubat. Pastikan ubat-ubatan yang digunakan
telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD),
Kementerian Kesihatan Malaysia.Berhati-hati dengan produk-produk
kesihatan yang mempunyai tuntutan yang berlebihan seperti kencing
manis, strok dan sebagainya. Dapatkan nasihat dan maklumat lanjut
berkaitan ubat-ubatan daripada doktor atau ahli farmasi anda.
Salam sejahtera,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa
sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati jika sekiranya hendak
membeli produk herba ini. Pastikan kesahihan produk ini dan
betul-betul telh mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.Berikut
saya sertakan tips bagi semakan pendaftaran baruPara pengguna boleh
menyemak sama ada sesuatu produk itu berdaftar dengan PBKD melalui
perkhidmatan Registered Products Search menerusi laman sesawang
BPFK (www.bpfk.gov.my) seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah
di bawah. Semakan melalui pangkalan data ini boleh dilakukan dengan
menggunakan nama produk, nombor pendaftaran produk, nama pemegang
pendaftaran produk, nama bahan aktif ataupun nama pengilang
produk.Oleh itu, sebagai pengguna, kita perlulah berhati-hati
semasa hendak membeli produk herba atau kosmetik yang berlambak di
pasaran.
Semakan Status Produk Yang Mengandungi Bahan TerlarangPengguna
boleh melayari laman sesawangwww.pharmacy.gov.myuntuk menyemak
produk berdaftar dan tidak berdaftar yang telah dikenal pasti
mengandungi bahan terlarang.Nombor Pendaftaran Produk (Nombor
'MAL')Ubat-ubat yang telah didaftarkan akan diberikan nombor
pendaftaran yang wajib dicetak pada label dan pembungkusan ubat
tersebut. Nombor pendaftaran ini bermula dengan MAL (akronim untuk
Malaysia) diikuti dengan lapan angka dan pada penghujungnya
terdapat abjad/huruf yang menggambarkan kategori ubat tersebut.
Contoh nombor pendaftaran adalah seperti yang diterangkan di
bawah:-
Label HologramBagi memudahkan pengenalan ubat berdaftar,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan pelekat label
Hologram MeditagTM mulai 1 Mei 2005, selain daripada nombor
pendaftaran produk pada setiap ubat berdaftar. Langkah ini
merupakan satu lagi usaha proaktif pihak kementerian bagi
meningkatkan keselamatan dan identiti produk serta dalam usaha
mengesan dan membanteras ubat palsu, imitasi (counterfeit) dan juga
produk tidak berdaftar. Pengguna boleh membuat pengesahan ketulenan
pelekat hologram bagi produk yang dibeli dengan menggunakan alat
dekoder yang telah dibekalkan dan terdapat di farmasi utama di
seluruh negara. Alat ini diletakkan pada kaunter di premis farmasi
tersebut agar senang digunakan oleh orang ramai untuk membuat
pengesahan ketulenan produk yang dibeli seperti yang ditunjukkan
dalam gambar rajah di bawah:
Semakan Akhir:23 April 2014
Penulis:Azlina bt. Ismail
Akreditor:Norhayati bt. Musa
Penyemak:Mazlan bin Ismail
Aduan Pengguna Terhadap Kesan Sampingan
Ubat-Ubatanhttp://www.youtube.com/watch?v=gsCwNS7ySD0P. Ramlee, AR
Tompel & Ibrahim Din - Ubat (Do Re Mi OST)Adakah anda pernah
mengalami kesan sampingan akibat pengambilan ubat?Apakah itu kesan
sampingan ubat?Kesan sampingan atau kesan advers ubat merupakan
simptom yang tidak diingini berlaku akibat penggunaan sesuatu ubat
termasuk suplemen kesihatan, ubat tradisional dan kosmetik. Kesan
sampingan adalah pelbagai. Sesetengah ubat mengakibatkan kesan
sampingan yang ringan seperti kegatalan ringan pada kulit, loya dan
muntah manakala kesan sampingan yang lebih serius seperti kerosakan
hati dan kegagalan jantung juga boleh terjadi. Kesan sampingan
boleh berlaku dalam tempoh masa yang singkat selepas pengambilan
ubat-ubatan atau selepas penggunaan untuk jangka masa yang
panjang.Mengapa kesan sampingan ubat perlu dilaporkan?Ubat-ubatan
yang terdapat di Malaysia, termasuk yang dikelaskan sebagai
suplemen kesihatan dan produk tradisional perlu berdaftar dengan
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM). Hanya ubat-ubatan farmaseutikal yang dinilai sebagai
selamat, berkesan dan berkualiti, serta supplemen kesihatan dan
produk tradisional yang selamat dan berkualiti sahaja akan
didaftarkan.Walaupun ubat-ubatan telah dikaji dalam percubaan
klinikal sebelum ianya didaftarkan, sesetengah kesan sampingan
seperti yang jarang berlaku atau berlaku berikutan penggunaan
jangka masa yang panjang hanya boleh dikesan selepas ubat-ubatan
tersebut digunakan oleh populasi yang lebih besar. Melalui
pelaporan kesan sampingan ubat, risiko keselamatan yang baru dan
perubahan dalam kekerapan berlakunya sesuatu kesan sampingan dapat
dikenalpasti. Di samping itu, penilaian terhadap nisbah antara
kebaikan dan risiko ubat-ubatan juga dapat dilakukan.Dari segi
undang-undang, di bawah Peraturan 28, Peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1984 (r28 CDCR'84), pemegang pendaftaran atau sesiapa yang
memiliki/menggunakan ubat-ubatan yang berdaftar perlu melaporkan
kesan sampingan yang berlaku kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers
Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
(BPFK).Segala maklumat berkenaan dengan pelapor tidak akan
didedahkan. Sekiranya pengguna mengalami kesan terapeutik yang
tidak dijangka terutama dari pengambilan produk tradisional dan
mengesyaki ia mengandungi bahan lain, maka laporan sewajarnya boleh
dibuat dengan segera. Dalam kes ini, pelapor dinasihatkan supaya
menghantar sampel produk bersama-sama dengan laporan tersebut.Bila
kesan sampingan perlu dilaporkan dan bagaimana?Kesan sampingan
perlu dilaporkan secepat mungkin terutamanya jika kesan sampingan
tersebut mengganggu aktiviti harian ataupun melibatkan kesan yang
serius, seperti menyebabkan kematian, mengancam nyawa, kemasukan ke
hospital, kecacatan dan kecacatan kelahiran.Terdapat dua cara yang
mudah untuk melaporkan kesan sampingan ubat-ubatan:Melaporkannya
kepada pengamal perubatan atau Ahli Farmasi di mana ubat itu
diperolehi.Melaporkan kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat
Kebangsaan yang bertempat di BPFK. Laporan boleh dibuat melalui
telefon atau mengisi Borang Laporan Aduan Ubat-ubatan yang boleh
diperolehi melalui laman sesawang BPFK,www.bpfk.gov.my, di bawah
subseksyen MADRAC.Pelaporan kesan sampingan ubat-ubatan oleh
pengguna adalah sangat penting bagi meningkatkan keberkesanan
aktiviti pemonitoran keselamatan ubat-ubatan kerana penentuan kadar
berlakunya kesan sampingan untuk demografi tempatan dapat
ditentukan agar langkah pencegahan sewajarnya dapat
diambil.----------------------------------------Ubat bertukar
racunOleh MEGAT LUTFI MEGAT
[email protected] perlu merujuk kepada
pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubatan
tradisional. - Gambar
hiasan________________________________________DEWASA ini penggunaan
ubat-ubatan tradisional dan komplementari (TCM) semakin mendapat
kepercayaan berikutan kerancakan aktiviti penyelidikan dan
kecanggihan teknologi yang digunakan pengeluar.Ubat itu termasuk
ubat tradisional Melayu dan Cina, selain rawatan ayurveda,
homeopati dan akupuntur.Bagaimanapun, bukan semua produk yang
dikatakan ubat itu boleh menyembuhkan penyakit. Malah, banyak kes
berkaitan ubat tradisional dan alternatif sebelum ini didapati
mendatangkan mudarat.Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan
Malaysia, sebanyak 11,885 produk TCM telah didaftarkan dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) setakat ini.Namun, pada tahun lepas,
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) menerima 127
laporan kesan mudarat akibat penggunaan produk tradisional termasuk
yang didaftarkan dengan PBKD.UjianBPFK mengesan pelbagai produk
tradisional yang dicemari dengan bahan terkawal atau racun
berjadual seperti steroid, sibutramine (ubat langsing) dan
sildenafil (ubat kuat lelaki).Bahan-bahan terkawal itu berfungsi
untuk menahan kesakitan selain bertindak melangsingkan badan
seseorang. Ia juga didakwa mampu menambah kekuatan tenaga batin
lelaki dan wanita.Mengulas isu ini, Pengarah Pusat Racun Negara,
Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Razak Lajis
memberitahu, kebanyakan ubat tradisional dan alternatif tidak
melalui fasa ujian klinikal bagi mengenal pasti produk tersebut
selamat digunakan.Produk yang telah didaftarkan ini hanya melalui
ujian keselamatan penting di BPFK seperti saringan steroid, logam
berat dan bahan terlarang berdasarkan dakwaan khasiat oleh
pengeluar atau pengedar.Dakwaan yang dinyatakan oleh pengeluar
mungkin terhad kepada kajian ke atas haiwan, testimoni pengguna dan
rujukan secara turun-temurun, katanya.Namun begitu, Razak
menjelaskan tidak semua produk tradisional memberi kesan sampingan
kepada pengguna.Sama seperti ubat-ubatan moden, ada yang memberi
kesan sampingan dan ada yang tidak.Apa yang penting pengguna yang
mengambil ubat ini perlu merujuk pakar perubatan terlebih dahulu,
katanya.Beliau juga mengingatkan penghidap penyakit kronik seperti
darah tinggi dan kencing manis bahawa rawatan moden dan tradisional
hanya berfungsi untuk mengawal penyakit tersebut dan bukan
memulihkannya.
JANGAN berhenti mengambil ubat-ubatan moden walaupun serasi
dengan ubat-ubatan tradisional. - Gambar
hiasan________________________________________PakarKatanya lagi,
pesakit tidak harus berhenti daripada mengambil ubat-ubatan moden
walaupun mereka sedang mencuba rawatan alternatif.Ini kerana
ubat-ubatan tersebut dapat membantu mengelakkan penyakit tersebut
daripada melarat.Ubat moden mesti diambil walaupun ubat tradisional
terbabit mula menunjukkan kesan positif, katanya.Ujarnya lagi, ini
bagi menggelakkan sebarang interaksi bahaya antara ubat-ubatan.Ubat
tradisional berfungsi pada bahagian tertentu dalam badan sama
seperti ubatan moden.Jika saling berinteraksi, ia mungkin
mendatangkan bahaya pada individu itu selain mendedahkan pengguna
kepada penyakit seperti kerosakan buah pinggang, katanya.Razak
menambah, status kesihatan dan penyakit sedia ada adalah faktor
yang mempengaruhi keberkesanan ubat tradisional.Sentiasa rujuk pada
label dan kandungan ubat tersebut. Jika ragu-ragu, beli ubat
tersebut di farmasi berdaftar, katanya.Seorang pakar farmasi dari
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Aida Azlina Ali,
berkata bukan semua orang perlu mengambil ubat-ubatan
tradisional.Jika seseorang telah mengamalkan diet yang sempurna dan
berkhasiat, tubuh mereka tidak memerlukan ubat tersebut.Ini kerana
pengambilan ubat tradisional tanpa mengikut keperluan boleh
bertukar menjadi toksik yang membahayakan tubuh, katanya.Beliau
turut menasihatkan mereka yang ingin mengambil produk TCM supaya
bertanya kepada pakar perubatan sebelum menggunakannya.Mungkin ubat
itu berkesan untuk jangka masa pendek sahaja. Teliti dahulu
kandungannya serta rujuklah pakar.Selain itu, jangan sekali-kali
meninggalkan ubat moden kerana kebanyakan ubat sebegini telah
menjalani pelbagai ujian klinikal sebelum diluluskan,
katanya.------------------------------------------------------------Bahan
bahaya dalam ubat tradisionalKUALA LUMPUR 10 April - Kementerian
Kesihatan telah mengesan produk ubat tradisional tempatan yang
dipasarkan di luar negara mengandungi campuran bahan kimia
berbahaya sehingga menjejaskan imej negara.Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan berkata, pihaknya telah menerima laporan
dari luar negara mengenai campuran kandungan bahan kimia dalam
rumusan herba ubat tradisional keluaran Malaysia."Tindakan
pengusaha produk tradisional ini telah memberi imej negatif serta
menjejaskan maruah negara di mata dunia," katanya dalam kenyataan
di sini hari ini.Berikutan tindakan itu, katanya, Kementerian
Kesihatan memberi amaran kepada pengusaha supaya jangan campur
kandungan bahan kimia berbahaya dalam rumusan herba ubat
tradisional bagi meningkatkan keberkesanan produk keluaran
mereka.Katanya kementerian berkenaan telah melaksanakan sistem
pendaftaran ubat-ubatan termasuk ubat tradisional bagi memastikan
kandungannya hanya mengandungi bahan herba dan semulajadi
sahaja.Bagaimanapun, biro itu berkata, masih terdapat ubat
tradisional di pasaran yang mengandungi bahan berbahaya seperti
sildenafil, tadalafil dan steroid.Menurut kenyataan itu, dari tahun
2006 hingga 2008, terdapat 17 produk untuk kesihatan lelaki, enam
produk pelangsing badan, lima ubat batuk dan empat ubat sakit sendi
yang mengandungi bahan campuran berbahaya."Perkara ini sangat
serius kerana penggunaan ubat-ubatan ini berpotensi mengakibatkan
kesan buruk kepada pengguna yang menghidap penyakit jantung, darah
tinggi atau mereka yang sedang menggunakan ubat-ubat lain,"
katanya.Katanya, kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap
syarikat atau pengeluar termasuk membatalkan pendaftaran produk dan
lesen pengilang di bawah Akta Jualan Dadah 1952.
BERNAMA-----------------------------------------------------------------------------http://www.utusan.com.my/utusan/info.asphttp://www.myhealth.gov.my//aduan-pengguna-terhadap-kesan-http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asphttp://panduanpercuma.info//ubatan-herba-tradisional-berb/http://panduanpercuma.info//serai-mencegah-penyakit-kanser/Operasi
gempur dan siasatan keatas barangan ubatan hospital dan tradisional
herba di kedai luar berikutan banyak aduan dan dakwaan pengguna
ianya mengandungi bahan berbahaya dan beracun akan dilaksanakan
secara senyap dan pantas...pesanan sayang dan khidmat masyarakat
drp. KOMANDER universal city hunter organization dan universal city
hunter BEYOND team dan JUSTICE LEAGUEEmotikon wink
Top of FormSukaKomenKongsi
Tulis komen...Bottom of Form