PASUKAN PESTA PANTUN SMK KUHARA Ruj : XEE3024/100-1/29(1) Tarikh : 6 April 2015 Tn. Abdul Rahman Kanan, Pengetua, SMK Kuhara, Tawau. Melalui, En. Ahmad Shafie Amari, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Kuhara, Tawau. Puan, MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI MENYERTAI PERTANDINGAN PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH TAWAU BAGI TAHUN 2015 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 02. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan Pesta Pantun SMK Kuhara akan menyertai pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Tawau yang akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : 8 April 2015 Tempat : SMK Jembatan Putih Bil. Pelajar : 5 Orang Bil. Pelapis : 4 Orang 03. Oleh itu, diharapkan pihak sekolah dapat menyumbangkan sebanyak RM 263.15 bagi bayaran yuran dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pelajar sepanjang tempoh pertandingan ini. Bersama-sama surat ini disertakan nama pelajar dan guru pengiring. 04. Kerjasama dan keprihatinan pihak Tuan sangat diharapkan dan diucapkan terima kasih dan diharapkan pasukan Pesta Pantun SMK Kuhara dapat mengharumkan nama sekolah. Sekian. Saya yang menurut perintah, BADDARE MUHAMMAD Jurulatih Pesta Pantun, SMK Kuhara, Tawau.