Soalan A : Menghasilkan Artikel Mengenai Peranan Makmal, Taman
Dan Sudut MatematikPenggunaan resos dalam PdP adalah sebagai alat
pemudahcara untuk membantu guru menyampaikan isi pelajaran,
bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang dan
supaya murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat
menerima pembelajaran dengan cepat. Resos ini juga dapat
mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih
menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan dalam kalangan
murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian
terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya
resos, proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengelakkan dari
timbulnya masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu,resos juga
dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih
terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai
inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan
mengaplikasikannya dalam PdP.Keberkesanan resos dapat dilihat
apabila resos tersebut boleh digunakan berulang kali. Tidak hanya
pada satu-satu masa sahaja. Oleh sebab itu, pengurusan resos juga
perlu dititikberatkan agar seorang guru tidak perlu membuat resos
berulang kali. Bagi memastikan perkara tersebut, bahan resos perlu
disimpan dengan baik. Selain itu, guru juga perlu memastikan bahan
yang digunakan untuk membuat resos adalah tahan lama dan kukuh
supaya penggunaannya kekal lama. Guru juga perlu memastikan
terdapat bilik khas yang menempatkan bahan-bahan resos ini supaya
penggunaannya kepada seluruh murid di sekolah tersebut adalah
menyeluruh. Alat bantu mengajar harus sentiasa berada di dalam
keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap
mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.Terdapat
tiga jenis kemudahan-kemudahan matematik iaitu makmal matematik,
sudut matematik dan taman matematik. Kemudahan-kemudahan ini akan
menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan
bermakna. Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga
kemudahan tersebut?Pertama sekali, makmal matematik mungkin
merupakan istillah yang nampaknya baru kepada anda. Walau
bagaimanapun, ideanya adalah serupa dengan idea makmal sains.
Sekiranya digunakan dengan baik, makmal matematik boleh memainkan
peranan yang penting dalam jaminan kualiti proses pembelajaran
matematik di sekolah. Makmal matematik juga memainkan pelbagai
peranan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran matematik di
sekolah. Antara peranan penting makmal matematik adalah fungsinya
sebagai pusat bagi menjalankan aktiviti penerokaan matematik serta
menjalankan aktiviti praktikal matematik. Tambahan pula, makmal
matematik juga penting bagi menyimpan bahan resos matematik supaya
guru tidak harus membuat sekali lagi serta dapat memaparkan bahan
resos matematik.Setiap peranan ini perlu diberikan pertimbangan
yang wajar dalam rekabentuk sesebuah makmal matematik.Susunan ruang
fizikal dalam makmal matematik akan mempengaruhi proses
pembelajaran yang berlaku di dalamnya secara signifikan. Oleh yang
demikian, reka bentuk makmal perlu dipertimbangkan secara teliti
agar ia dapat berfungsi dengan baik dalam menentukan kejayaan
proses pembelajaran matematik. Selain daripada reka bentuk fizikal,
kelengkapan-kelengkapan bagi melicinkan proses pembelajaran juga
perlu diberikan pertimbangan yang terperinci. Rajah 1 menunjukkan
satu contoh reka bentuk makmal matematik yang dibina dengan
pelbagai kelengkapan.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan sebelum ini, tidak
banyak makmal Matematik yang terdapat di Malaysia ini. Hal ini
boleh menjejaskan kualiti penghasilan modal insan kelas pertama.
Persekitaran fizikal makmal Matematik memainkan peranan penting
bagi memastikan murid-murid merasa selesa dan seronok apabila sesi
pembelajaran. Secara ringkasnya suasana fizikal boleh menyumbang
kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan guru murid.
Selain itu, persekitaran yang selesa kemas dan ceria mampu
menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.Setelah membuat banyak
kajian dan pemantauan terhadap makmal Matematik, akhirnya sebuah
pelan makmal Matematik dapat dihasilkan. Antara
kelengkapan-kelengkapan dalam makmal matematik yang ditunjukkan
Rajah 1 adalah projektor LCD dan rak-rak. Projektor LCD diguna
untuk memaparkan slaid-slaid Powerpoint ke skrin putih yang boleh
mempermudahkan proses pengajaran guru. Rak-rak pula boleh diguna
untuk menyimpan pelbagai resos matematik samada yang dibeli di
pasaran atau dibina oleh pelajar dan alat-alat tulis seperti pen
marker, pembaris, gam dan kertas.Kelengkapan alat tulis dengan
bilangan yang mecukupi pada awal semester serta mudah diperolehi
bila diperlukan dalam pengajaran akan memudahkan persediaan dan
pengurusan pengajaran. Tambahan pula, murid juga boleh dilatih
untuk mengambil alat-alat secara cepat dan tanpa diarah apabila
mereka memerlukan alat-alat berkenaan. Walau bagaimanapun, Satu
kekurangan yang barangkali wujud ialah alat-alat ini mungkin tidak
disimpan dalam tempat yang betul setelah digunakan. Namun demikian,
masalah ini boleh diatasi dengan melatih murid-murid untuk
mengembalikan alat-alat ke rak-rak yang betul supaya sentiasa dalam
keadaan kemas. Selain daripada itu, stok alat-alat ini mungkin
cepat habis kerana senang diakses oleh murid-murid. Oleh yang
demikian, pengawasan yang rapi adalah kritikal untuk menjaga stok
yang sedia ada.Kedudukan dan susunan di setiap ruang yang terdapat
di dalam makmal mempunyai peranan-peranan tertentu. Susunan meja
berkumpulan terutamanya akan memudahkan murid membuat perbincangan
secara berkumpulan dan sekali gus dapat melaksanakan ekzperiment
bersama-sama.Kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan
seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak
memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan,
penjenisan, reguan dan susunan aturan.Antara aspek yang ditekankan
dalam makmal matematik adalah aset yang digunakan susunan dan reka
bentuk fizikal serta bahan-bahan bantu mengajar yang terdapat di
dalam makmal tersebut. Susunan yang teratur dan tersusun
membolehkan guru dapat memantau seluruh murid dengan mudah. Semua
pelajar berada di barisan hadapan. Guru akan dapat memberi
perhatian yang baik kepada murid-murid. Kedudukan guru juga
berhampiran dengan murid-murid. Asset-aset yang diperlukan juga
perlu mempunyai rekod dan penjagaannya tersendiri.Susunan meja gaya
berkumpulan akan memudahkan aktiviti berkumpulan dijalankan. Murid
perlu berada dalam keadaan kumpulan bagi memudahkan perbincangan
dan melaksanakan pratikal teori Matematik yang diajar ketika itu.
Murid-murid akan berasa seronok apabila melaksanakan aktiviti
bersama-sama rakan mereka dengan bimbingan guru. Aktiviti
berpusatkan murid juga akan memberi peluang kepada murid untuk
menonjolkan bakat dan meluahkan pandangan mereka tersendiri.
Melalui cara ini, kita dapat melahirkan murid yang berdaya inovatif
dan kreatif.Di samping itu, sudut matematik menyerupai makmal mini
untuk matematik. Oleh itu, ia memainkan peranan yang lebih kecil
berbanding dengan makmal matematik.Penyediaan sudut matematik hanya
memerlukan ruang yang sedia ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Secara umum sudut matematik direka untuk menyokong program
pembelajaran matematik dalam bilik darjah. Secara spesifik, ia
berfungsi sebagai pusat maklumat, pusat pameran serta pusat
penerokaan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut matematik ialah
mengadakan pertandingan bermain congkak, puzzle dan sebagainya.
Guru juga boleh memperkenalkan teknik-teknik mengira dengan
menggunakan lagu serta boleh mengadakan aktiviti melibatkan pra
nombor dan nombor awal seperti lakonan berjual beli dan pelbagai
lagiSebagai pusat maklumat, pelbagai maklumat berkaitan kandungan
matematik boleh diperolehi dari sudut matematik. Maklumat ini boleh
berbentuk elektronik seperti CD-rom atau bukan elektronik seperti
buku dan poster. Sebagai pusat pameran, sudut matematik merupakan
ruang yang sangat sesuai untuk mempamerkan hasil kerja matematik
yang diusahakan oleh murid. Sebagai pusat penerokaan, pelbagai
aktiviti penerokaan matematik boleh dilaksanakan oleh murid-murid
sama ada secara berkumpulan atau individu. Tiga fungsi sudut
matematik yang baru sahaja dibincangkan pula menunjukkan bahawa ia
juga boleh memainkan peranan sebagai sudut untuk menyimpan dan
mempamer resos matematik. Murid-murid menjalani aktiviti sponge
serta mereka juga dapat menjalani aktiviti pengayaan.Tambahan pula,
alam semulajadi berupaya menyegarkan suasana pembelajaran. Suasana
yang segar boleh mengaktifkan minda kanak-kanak dan seterusnya
mempertingkatkan keberkesanaan pembelajaran. Oleh yang demikian,
pembelajaran matematik tidak semestinya hanya berlaku di dalam
bilik darjah. Pengajaran matematik yang memberi peluang kepada
murid-murid berinterasi dengan alam semulajadi di luar bilik darjah
telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendidik matematik
sedunia. Sehubungan dengan itu, penubuhan Taman Matematik merupakan
satu inovasi pedagogi pendidikan Matematik tang dapat menghidupkan
suasana pembelajaran bagi menjadikan menarik dan diminati
terutamanya kepada murid sekolah rendah kerana menurut Piaget
(1896-1980), kanak-kanak pada usia 7 hingga 11 tahun adalah pada
peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak
kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui
pengalaman konkrit. Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan pandangan
Bruner(1966), bahawa cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak
mempelajari konsep, prinsip atau hokum matematik ialah membina
perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. Oleh itu, Piaget
menyarankan kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan
aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan
merangsang pembelajaran adalah penting bagi mengalakkan
perkembangan kreatif kanak-kanak.Taman matematik sesuai digunakan
untuk menjalankan aktiviti pembelajaran matematik dalam situasi
yang lebih fleksibal dan menyeronokkan. Ia bertujuan mewujudkan
suasana pembelajaran di luar bilik darjah yang boleh meningkatkan
semangat murid-murid untuk belajar matematik secara berkumpulan
kecil. Secara umum, taman matematik berperanan sebagai stesen
pembelajaran di luar bilik darjah dan sebagai pusat aktiviti
matematik.Model Makmal Matematik Di Negara BaratThe University of
Michigan Mathematics Laboratory (Math Lab)
Model Makmal Matematik Di Negara India
The High Range School, Tata Global Beverages Limited, Munnar
Model Makmal Matematik Di Negara Malaysia
SK Seri Bintang SelatanSaya akan memilih model makmal matematik
yang berkesan adalah model Malaysia. Makmal matematik di
sekolah-sekolah membuatkan pengajaran dan pembelajaran matematik
menarik. Ia menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyenangkan
bagi para pelajar kerana mereka mendapat pengalaman pembelajaran
yang konkrit. Mereka membina pemahaman yang mendalam mengenai
konsep yang diajar di dalam kelas. Makmal Matematik di SK Seri
Bintang Selatan membantu kanak-kanak untuk melihat aplikasi
Matematik dalam kegiatan sehari-hari. Aktiviti makmal membantu
guru-guru di sekolah tersebut untuk penilaian menyeluruh berterusan
pelajar. Makmal Matematik yang dimaksudkan oleh mereka adalah
sebuah makmal Matematik yang dapat membina kemahiran, membentuk
akhlak yang positif dan mempelajari sesuatu tajuk berdasarkan
pengalaman dengan melaksanakan ekperiment. Antara tajuk yang boleh
dijadikan uji kaji adalah ukuran, ruang dan bentuk dan isipadu. Di
makmal tersebut terdapat abakus, kotak geometry, set masa, graf dan
objek tiga dimensi.Kesimpulannya, menyedari betapa pentingnya ilmu
matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya
kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan
matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita
tidak jumud dan beku untuk berfikir.