Masak Gerak Hasil Karya DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA
Masak Gerak
Hasil Karya
DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi i
MASAK GERAK
Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions
No 11, Tingkat 2, Jalan Dewangsa 31000 Batu Gajah, Perak
Malaysia Penyusun : Mohammad Nizar bin Mat Nor
: Syed Zairus bin Dato’ Syed Zainol Khodki Rekabentuk Kulit : Aiman Nizar No. ISBN : 978-967-2033-02-8 Hak Cipta Terpelihara © Mohd Rauhi Mohd Isa
Adalah tidak dibenarkan kepada mana-mana orang untuk membuat salinan
kepada manuskrip ini dalam apa bentuk sekalipun. Sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat
kebenaran Pengarang terlebih dahulu. Amin Wassalam.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi ii
Kandungan Muka Surat
Kandungan ii
Prakata Pengarang v
Prakata Penyusun viii
Kaedah Penulisan 2
Metodologi Penulisan 3
MENGUASAI SILAT CEKAK
BERDASARKAN UNGKAPAN 4
Penggunaan Istilah, Ungkapan dan Rangkai Kata 6
Menguasai bidang persilatan Silat Cekak 18
Bidang Penulisan 17
Kenali Silat Cekak 18
UNGKAPAN PERTAMA 29
”Silat Cekak bukanlah sejenis silat permainan seperti
silat pulut atau silat pengantin, sebab itu tidak ada
gendang dan tari menari dan melangkah ke kiri dan
ke kanan”
UNGKAPAN KEDUA 35
Pakai Tak Pakai. Tak Pakai Pakai
UNGKAPAN KETIGA 43
Pergerakan Silat Cekak adalah berdasarkan gerak
semula jadi
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi iii
UNGKAPAN KEEMPAT 65
Silat adalah Gerak. Yang bergerak adalah dua
tangan dan dua kaki. Yang bagi gerak ialah Yang
Empunya Gerak
UNGKAPAN KELIMA 79
Makan Gerak Dalam Gerak
UNGKAPAN KEENAM 91
Pelajaran Umum Menajamkan Gerak
UNGKAPAN KETUJUH 115
Silat Cekak Silat Papan Sekeping
UNGKAPAN KELAPAN 125
Silat Cekak Silat Akhir Zaman
KENALI SIFAT PENGAMAL SILAT CEKAK
BERDASARKAN UNGKAPAN
UNGKAPAN KESEMBILAN 163
Satu Gerak Dalam Kiraan Saat dan Ketika
UNGKAPAN KESEPULUH 169
Sentiasa Berada di belakang
UNGKAPAN KESEBELAS 175
Awasi Tumpuan Mata
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi iv
UNGKAPAN KEDUA BELAS 185
Badan Umpama Raja
UNGKAPAN KETIGA BELAS 201
Tangan Umpama Posmen, Senjata Umpama Surat.
Sekat Posmen Maka Tersekatlah Surat
UNGKAPAN KEEMPAT BELAS 215
Tangan Di Tempat Tangan, Kaki Di Tempat Kaki
UNGKAPAN KELIMA BELAS 233
Habuan Sesak
UNGKAPAN KEENAM BELAS 261
Guru Ibarat Kepala Keretapi Manakala Muridnya
Adalah Umpama Gerabak Keretapi
UNGKAPAN KETUJUH BELAS 295
Ikut Rasmi Padi, Makin berisi Makin Tunduk
UNGKAPAN KELAPAN BELAS 319
Erti Kemerdekaan
UNGKAPAN KESEMBILAN BELAS 329
Kenali Kawan dan Lawan
PENUTUP 347
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi v
PRAKATA PENGARANG
Untuk mengenali Silat Cekak kita perlu mengetahui juga rupa
bentuknya. Dalam buku ini saya saya membincangkan ungkapan-
ungkapan yang ada dalam persilatan kita untuk memudahkan kita
memahami tentang rupa bentuk persilatan Silat Cekak. Tidak kenal
maka tidak cinta. Apabila kita mengenali Silat Cekak dengan sebaik-
baiknya maka barulah kita akan berasa bangga berada dalam
persilatan Silat Cekak.
Saya memetik sembilan belas (19) ungkapan yang biasa
digunakan dalam persilatan Silat Cekak. Mungkin ada antara
ungkapan tersebut yang tidak popular lagi penggunaannya sekarang
ini. Jarang diperkatakan. Harapan saya, melalui huraian pada
ungkapan-ungkapan tersebut akan menyebabkan kita lebih mengenali
Silat Cekak.
Huraian pada ungkapan-ungkapan itu semestinya berdasarkan
pada ilmu pengetahuan saya yang seadanya. Ilmu pengetahuan itu
pula adalah terhasil dari pengalaman dan pengalamian saya
sepanjang berada dalam persilatan Silat Cekak. Saya beruntung
kerana terlibat dalam perkembangan Silat Cekak dari peringkat awal
lagi.
Pada peringkat awal, pelbagai usaha dilakukan bagi
membuktikan kehebatan Silat Cekak. Hal yang demikian adalah bagi
membolehkan Silat Cekak mendapat tempat dan perhatian
masyarakat. Salah satu usaha yang dilakukan itu ialah
mengenengahkan beberapa konsep atau falsafah Silat Cekak itu
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi vi
sendiri. Dari situlah lahirnya ungkapan-ungkapan yang ada bagi
menggambarkan persilatan Silat Cekak.
Ungkapan-ungkapan itulah yang saya bincangkan semula bagi
menambahkan pengetahuan generasi baru tentang Silat Cekak dalam
konteks zaman penglibatan saya dulunya. Saya mengharapkan
pengetahuan mengenainya akan memberi dorongan pada generasi
baru untuk terus bergiat bagi memperkembangkan pusaka bangsa
Melayu yang tersangat berharga ini.
Dalam bab penutup saya turut menyentuh beberapa ancaman yang
mungkin mengancam rupa bentuk Silat Cekak dan langkah-langkah
untuk mencegahnya. Tulisan saya adalah berdasarkan pandangan
saya sendiri. Jika sesuai jadikan teladan. Jika tidak sesuai maka
jadikanlah sempadan.
Sekian dan Terima kasih.
DATO’ MOHD RAUHI BIN MOHD ISA.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi vii
DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA
(DPMP, PMP, KMN, AMP, PPT)
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi viii
PRAKATA PENYUSUN
Ada beberapa orang sahabat yang bertanya kepada kami
tentang signifikannya istilah Masak Gerak dijadikan sebagai tajuk buku
Cikgu Rauhi kali ini.
Satu pertanyaan yang baik. Sesungguhnya silat itu adalah
gerak. Gerak seni lagi halus yang tersembunyi pada diri setiap
individu. Gerak yang hanya akan ditajallikan apabila tiba masa diri
perlu menjaga diri, diri perlu mengelak diri dan diri perlu mencari
sasar. Satu gerak yang boleh dibentuk dan diasuh melalui latihan
yang kerap dan juga satu gerak yang mungkin terhasil melalui
tindakbalas spontan hasil dari provokasi fizikal spontan ke atas diri
seseorang.
Dalam konteks penulisan buku persilatan Silat Cekak ini, istilah
Masak Gerak merujuk kepada kebolehan seseorang yang menguasai
gerak dua tangan dan dua kaki dan dalam masa yang sama
mempunyai kefahaman jitu dalam konsep dan falsafah ilmu persilatan
yang dikuasainya. Dalam ertikata lain diri yang masak gerak adalah
diri yang benar-benar faham dan mahir dengan ilmu dan falsafah
persilatan yang dipelajarinya dan diamalkannya dalam seluruh
kehidupan sehariannya. Di wajah seorang individu yang berani, tegas
dan bertanggungjawab sesuai dengan didikan gerak, falsafah dan
konsep persilatannya.
Sehubungan itu hasrat Cikgu Rauhi untuk membukukan
penulisannya yang berkisar tentang ungkapan-ungakapan yang ada
dalam persilatan Silat Cekak telah kami sambut baik. Lantaran
konteks isi penulisannya kali ini, amat menekankan perbincangan
penguasaan silat secara gerak fizikal dan penguasaan silat dari sudut
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi ix
falsafah dan konsep. Maka buku ini telah disusun sedemikian rupa
bagi membolehkan para ahli Silat Cekak keseluruhannya mempunyai
satu rujukan dalam mencari pengolahan isi dan kulit dalam persilatan
Silat Cekak.
Dalam konteks buku ini juga, Cikgu Rauhi telah mengupas
dengan baik lapan (8) sifat Silat Cekak dan sebelas (11) sifat
pengamal Silat Cekak. Mungkin ada para pembaca yang mempunyai
atau mengetahui ungkapan-ungkapan yang lain yang ada di dalam
Silat Cekak. Sesungguhnya kami percaya bahawa akan ada pada
satu ketika nanti para pengamal Silat Cekak yang lain tampil
menghasilkan satu kupasan yang lebih baik terhadap ungkapan–
ungkapan tersebut. Namun apa yang pasti, tindakan yang diambil oleh
Cikgu Rauhi adalah merupakan satu langkah membenihkan keilmuan
agar Silat Cekak dapat dikaji secara ilmiah berteraskan konsep
penyelidikan dan kajian.
Adalah menjadi harapan kami untuk melihat, pada satu hari
dan pada satu ketika nanti, para pengamal Silat Cekak akan menjadi
individu yang mempamerkan keseluruhan ilmu persilatannya dalam
segenap langkah hidup dan penghidupan. Dengan menjadikan sifat-
sifat silat dan sifat-sifat pengamal silat sebagai teras yang
mengukuhkan kecemerlangan diri.
Sekian untuk kali ini.
Mohammad Nizar bin Mat Nor
Syed Zairus bin Dato’ Syed Zainol Khodki
Penyusun Bersama
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi x
Gambar kenangan Tuan Haji Mohd Puad menerima cenderamata daripada Dato’ Mohd Rauhi di Majlis Pelancaran Buku Sepak Minang - 24 Julai 2011, di Ipoh, Perak
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 1
KAEDAH
DAN METODOLOGI
PENULISAN
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 2
Kaedah Penulisan.
Untuk membincang tajuk ini, asas perbincangan saya adalah
berdasarkan petikan yang pernah ditulis Ustaz dalam Majalah Dewan
Masyarakat. Saya petik semula tulisan Ustaz tersebut.
Seni Silat Cekak mempunyai nilai tinggi, halus dan penuh
keaslian dan kesucian sebagai Seni Pusaka Bangsa Melayu.
Bukan satu ciptaan baru.
Seni silat ini mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dan
pelajaran-palajaran yang tersusun rapi sesuai dengan peribadi
bangsa dan mudah disebatikan kepada setiap lapisan
masyarakat.
Silat ini diajar secara ilmiah sesuai dengan gerak geri
normal manusia dengan menggunakan pancaindera yang
sempurna berdasarkan fikiran yang sihat dan jiwa yang tenang.
Dalam tulisan-tulisan yang terdahulu, saya sering mengulas
akan kenyataan Ustaz itu secara mengkelompokkan perbincangan
dalam tiga (3) perkara utama. Hal yang demikian kerana terdapat
sekurang-kurangnya tiga (3) sifat utama Silat Cekak yang
diketengahkan Ustaz berdasarkan tulisan tersebut. Sifat-sifat itu
adalah melambangkan lengkapnya persilatan Silat Cekak.
Sifat pertama yang ada pada petikan itu adalah
menggambarkan rupa bentuk Silat Cekak itu sendiri. Sifat kedua
adalah merujuk pada pelajaran Silat Cekak itu sendiri yang
muktamad dan tetap. Manakala Sifat ketiga Silat Cekak seperti yang
digambarkan pada petikan tersebut ialah cara pembelajarannya yang
bercorak ilmiah.
Tidak kenal maka tidak cinta. Demikian kata-kata yang
melambangkan kepentingan kita mengenali Silat Cekak secara
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 3
mendalam. Proses kenal Silat Cekak adalah melalui ungkapan-
ungkapan yang ada. Ungkapan-ungkapan tersebut mengandungi
konsep dan falsafah Silat Cekak. Malah, saya boleh membuat
kesimpulan bahawa ungkapan-ungkapan itu adalah merupakan
bahan rujukan bagi melambangkan persilatan Silat Cekak.
Kefahaman pada ungkapan-ungkapan tersebut akan membolehkan
kita menghayati pelajaran Silat Cekak secara lebih berkesan.
Penghayatan ini akan membolehkan usaha-usaha gigih untuk terus
berkorban masa dan tenaga demi mengembangkan Silat Cekak.
Metodologi Penulisan.
Kegiatan saya dalam Silat Cekak adalah sangat lama. Sejak
tahun 1974. Ramai juga yang ingin mengetahui tentang sebab-sebab
yang membolehkan saya terus kekal berjuang dalam persilatan Silat
Cekak. Mungkin ada sebab-sebabnya yang tersendiri. Walau
bagaimanapun, salah satu faktornya ialah kefahaman saya yang jelas
dalam persilatan Silat Cekak. Saya faham akan apa yang saya
aktifkan dalam Silat Cekak. Saya faham apa yang sebenarnya perlu
dicari dalam Silat Cekak. Berdasarkan inilah maka saya ingin
berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pembaca.
Bahan penulisan saya lebih banyak berdasarkan pengalaman
dan pengalamian saya sepanjang bersama Ustaz dan sepanjang
berada dalam persilatan Silat Cekak. Bahan-bahan tulisan Ustaz
adalah amat terhad. Walau bagaimanapun, perbualan Ustaz dari
masa ke masa sangat-sangat membantu saya memahami segala
bentuk kefahaman yang ada dalam persilatan Silat Cekak.
Dalam tulisan ini, perbincangan saya tentang Silat Cekak
adalah secara umum dengan merujuk pada persilatan Silat Cekak
yang kini sedang dikendalikan oleh pelbagai persatuan. Asas
perbincangan adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
saya. Tafsiran saya adalah berdasarkan ungkapan yang pernah
ditulis atau diucapkan Ustaz.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 4
Huraian pada ungkapan-ungkapan tersebut mungkin
bertindih. Hal yang demikian adalah kerana pentafsiran tentang Silat
Cekak boleh dilakukan dari pelbagai sudut.
Penulisan dalam buku ini adalah menumpukan bahagian
pertama dan kedua secara bersepadu. Terdapat beberapa ungkapan
yang melambangkan rupa bentuk persilatan Silat Cekak sama ada
rupa bentuknya dan isi pelajarannya. Saya akan mengupasnya
berdasarkan sudut pandangan saya selaku ahli lama yang bergiat
cergas dalam persilatan Silat Cekak.
Ustaz telah menerima mandat sebagai Guru Utama untuk
meneruskan perkembangan Silat Cekak. Konsep penerimaan mandat
itu membawa makna bahawa Ustaz telah mewarisi Silat Cekak
daripada guru Silat Cekak yang terdahulu.
Seperti yang telah saya bincangkan, Ustaz telah membuat
penyusunan atau pelarasan semula pada isi pelajaran yang
diwarisinya itu. Hasil pelarasan itulah maka Ustaz meneruskan
kesinambungan pembelajaran kepada anak muridnya. Setelah
pemergian Ustaz, ilmu dan persilatan Silat Cekak telah diwariskan
pada Guru Utama yang sedia ada. Ilmu yang diwariskan itulah
dinamakan sebagai Pusaka Hanafi.
Seperti yang saya tegaskan terdahulu, untuk mengenali Silat
Cekak yang telah diwarisi Ustaz Hanafi itu maka fahamilah
ungkapan-ungkapan yang pernah ditulis atau diucapkan Ustaz.
Ungkapan-ungkapan itu boleh ditafsirkan dalam bentuk prinsip atau
konsep atau falsafah persilatan Silat Cekak itu sendiri. Pelbagai
ungkapan itulah yang membolehkan kita memberi gambaran tentang
rupa bentuk Silat Cekak dan isi pelajarannya yang telah diwariskan
Ustaz dengan pengenalan Pusaka Hanafi.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 5
MENGUASAI
SILAT CEKAK
BERDASARKAN UNGKAPAN
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 6
Pendahuluan.
Penggunaan Istilah, Ungkapan dan Rangkai Kata.
Kita perlu sedar dan berhati-hati serta sentiasa berwaspada
apabila menggunakan pelbagai istilah dan ungkapan dalam
persilatan Silat Cekak. Kebanyakan istilah dan ungkapan silat akan
membawa pelbagai makna dan tanggapan daripada orang lain.
Tafsiran orang lain tersebut sangat bergantung pada tahap
pemikirannya. Adakah tahap pemikiran mereka pada tahap „big mind‟
atau „small mind‟.
Ada yang berbadan besar tapi pemikiran kecil dan ada yang
berbadan kecil tapi pemikiran besar. Berbadan besar dengan
pemikiran yang besar dan berbadan kecil dengan pemikiran yang
kecil, sudah dikira biasa. Orang yang berfikiran sempit, sukar diajak
berunding. Pemikirannya kaku dan beku. Mereka ini sukar untuk
menerima perubahan. Tajuk percakapan lebih banyak mengkritik
individu daripada membicarakan idea yang cuba diketengahkan.
Kalaulah kita memiliki golongan yang sebegini sebagai
pemimpin kita terutamanya sebagai Jurulatih Silat Cekak, meranalah
anak buahnya. Tapi ada yang kata, yang merana hanya anak
buahnya sahaja. Anak yang tidak berbuah tidak berasa apa-apa. Sifat
dan layanan mereka akan berbeza antara layanan dengan anak tiada
buah dengan anak buah. Keadaan ini pastinya dapat dirujuk pada
fahaman aliran TA. Ada penyedapnya.
Kadang kala saya pernah mendengar falsafah Ustaz ketika
merujuk pada gaya kepimpinan yang ada. Kereta yang berkuasa kecil
atau berkuasa besar akan lebih memberi makna secara bergantung
erat dengan pemandunya. Pemandu yang „berkuasa‟ besar akan
tetap melajukan apa jenis kereta yang dipandunya. Manakala
pemandu yang „berkuasa‟ kecil akan tetap memperlahankan kelajuan
keretanya walaupun kereta tersebut berkuasa untuk dilajukan.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 7
Dalam konteks ini, „kekuatan‟ pemimpin itu akan berkait erat
dengan daya pemikirannya. Daya pemikirannya akan mempengaruhi
corak kepemimpinannya. Corak kepimpinan ini akan memberi hala
tuju pada mereka yang dipimpinnya di mana-mana saja.
Hal yang demikian akan menjadikan kita perlu berhati-hati
dalam satu-satu ketika tertentu untuk bercakap tentang sesuatu
istilah dan ungkapan. Kita perlu jelas dan tidak berada dalam
keadaan serba salah untuk bercakap. Siapakah pendengar kita.
Maknanya, kita perlu sentiasa berhati-hati ketika berbicara dengan
ahli silat sama ada pada kepimpinannya atau mereka yang masih
menuntut. Lain orang maka akan lain tafsirannya. Semuanya
bergantung pada daya pemikiran, gaya kepimpinan dan nilai yang
dimiliki mereka.
Mungkin dalam tulisan ini kita boleh berkongsi pendapat
tentang beberapa konsep istilah dan ungkapan seperti mana yang
pernah diingatkan oleh Ustaz Hanafi kepada diri saya. Semuanya
adalah berdasarkan kefahaman saya seperti mana tunjuk ajar yang
diberi kepada ahli-ahli Silat Cekak di cawangan pimpinan saya.
Menggunakan istilah kefahaman juga kadang kala amat
menggerunkan buat diri saya. Pengertian istilah tersebut amat besar
dan membawa banyak makna. Semuanya bergantung pada
tanggapan orang lain terhadap kita. Kalau tanggapan orang lain pada
kita adalah negatif maka istilah kefahaman yang kita bawa akan
merujuk pada satu gerakan atau aliran pemikiran yang khusus
dianggap mereka sebagai negatif. Semuanya negatif.
Maka akan dikait-kaitkan kefahaman kita tersebut dengan
aliran-aliran yang tertentu yang bersifat negatif atas tahap pemikiran
mereka yang seadanya. Maka sudah semestinya aliran yang dia
tahu. Berbagai tafsiran akan dicap pada diri kita. Macamlah mereka
tahu sangat umpama pemilik ilmu khashaf.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 8
Dalam konteks penulisan ini, saya menggunakan prinsip
kefahaman yang ada pada saya. Kefahaman itulah yang saya pupuk
dalam kalangan penuntut yang belajar dengan saya. Hal yang
demikian membawa makna bahawa istilah tersebut merujuk pada
pengertian bahasa yang biasa.
Kefahaman pada saya bermakna apa yang saya faham
daripada pengajaran yang ada dalam persilatan Silat Cekak.
Kefahaman itu adalah hasil tafsiran berdasarkan ilmu yang sedia ada
pada diri. Saya tidak menafikan akan pemikiran kita yang sedia ada
sama sekali. Apa yang difahami akan diterangkan kepada orang lain
yang belajar dengan kita.
Istilah kefahaman mungkin besar bezanya dengan istilah
berfaham. Orang yang berfaham biasanya dirujuk pada sandaran
aliran atau kefahaman orang lain. Selalunya fikiran sendiri terketepi.
Dari sinilah akan mudah lahirnya fahaman yang taksub diri pada
aliran-aliran tertentu sama ada tarikat-tarikat rombongan atau
fahaman yang dikaitkan dengan pelbagai aliran pemikiran lain.
Fahaman tersebut, ada yang jadi santapan rohani dan tidak kurang
pula yang menjadi santapan jasmani. Maka selalulah lihat pada nilai
diri yang ada. Meniru akan menjadikan diri umpama pelakon. Pelakon
bangsawan pulak tu.
Saya selalu tegaskan, pada tahap awal perkembangan Silat
Cekak, perjalanan silat kita banyak berlandaskan adat dan adab.
Berbudi dan berbahasa adalah merupakan salah satu ciri dalam
konsep adat dan adab. Malah penggunaan istilah-istilah pun masih
merujuk pada adat dan adab yang ada dalam Silat Cekak, seperti
mana yang dipraktikkan orang-orang yang terdahulu. Begitulah
kayanya adat dan adab dalam Silat Cekak, satu ketika dahulu
agaknya.
Saya juga sangat berhati-hati apabila menggunakan istilah
penuntut dan menuntut. Banyak maknanya. Bergantung juga pada
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 9
pandangan orang lain terhadap kita. Kalau kita dianggap gila kuasa
maka pastinya kita akan dikaitkan dengan khayalan diri kita yang
dianggap bercita sebagai guru silat.
Dalam keadaan sebenarnya dalam persilatan kita, konsep
dan istilah menuntut dirasakan lain maknanya dengan istilah belajar.
Daripada segi bahasa mungkin tidak nampak perbezaannya. Proses
orang yang mempelajari sesuatu daripada orang lain maka istilahnya
dia adalah menuntut. Maka orang itu dikenali juga sebagai pelajar
atau penuntut. Pada orang yang dituntut, penuntut itu dianggap
menuntut daripadanya. Namun begitu, dalam konteks adab kita,
menuntut ada kaitan dengan hak dan hak ini lahir daripada satu
ikatan khas hasil perjanjian yang dibuat antara pemberi ilmu dan
penerima ilmu.
Perjanjian tersebut dilahirkan melalui kata-kata yang dilafaz
dalam ijazah silat. Istilah menuntut hanya sesuai dan tepat digunakan
jika ahli silat itu mengambil ilmu tersebut daripada gurunya.
Sebaliknya jika ilmu yang didapati itu adalah daripada Jurulatih, dari
segi adabnya ahli silat tersebut adalah belajar dan bukannya
menuntut. Dalam aspek tanggungjawab, tidak ada kontrak khusus
pada Jurulatih tersebut mempastikan ahli silat itu menguasai
pelajaran Silat Cekak.
Tanggungjawab menyampaikan ilmu adalah terletak pada
guru melalui perjanjian yang dilafazkan. Jurulatih hanya merupakan
wakil guru. Namun begitu Jurulatih masih diamanahkan untuk
bertanggungjawab mempastikan ahli yang belajar itu berjaya
menguasai pelajaran Silat Cekak.
Pada zaman dulu, apabila Jurulatih hendak pergi mengajar ke
satu-satu kelas, mereka akan bersalam dengan Ustaz terlebih dahulu
sebagai tanda meminta izin. Itulah juga menunjukkan pemberian
punca kuasa daripada guru untuk menurunkan ilmu. Pertambahan
kelas mungkin menyusahkan tabiat tersebut.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 10
Sepanjang masa saya bersama dengan Ustaz, saya tidak
pernah melihat atau mendengar suara Ustaz memarahi Jurulatih
yang gagal atau ponteng untuk „mengajar‟ silat pada mana-mana ahli
di pusat latihan atau cawangan pada satu-satu ketika tertentu. Pada
tafsiran saya ketika itu, saya menganggap yang Ustaz faham akan
tanggungjawab hakikinya untuk menyuntik ilmu Silat Cekak dalam
kalangan muridnya.
Jurulatih yang terlantik adalah merupakan wakilnya sahaja.
Tidak ada perjanjian bertulis antara guru dengan wakil guru
melainkan perjanjian yang diasaskan daripada perasaan
tanggungjawab. Mungkin keadaan ini berbeza dengan suasana
sekarang. Apabila ada temu duga, pasti akan ada perjanjian bertulis
atau perjanjian berlisan. Agakan sahaja.
Dari segi bahasa juga, apabila ahli silat itu belajar dengan kita
maka jadilah mereka itu murid dan kita gurunya. Konsep ini juga perlu
berhati-hati penggunaan dan kefahamannya dalam adab persilatan
kita. Dalam Silat Cekak, guru hanya satu. Oleh itu mereka yang
belajar dengan kita tidak boleh dianggap sebagai murid. Murid adalah
hak guru yang satu walaupun daripada makna bahasa, tidak ada
istimewanya konsep guru dan konsep murid dalam situasi yang
pelbagai ketika proses penerimaan ilmu.
Jadi apakah istilah yang patut digunakan dalam adab silat
kita. Tidak ada perbincangan mengenainya. Kerap kali saya gunakan
istilah, Dia pernah belajar dengan saya. Tapi kadang kala terkeluar
cakap, Itu murid saya atau Itu penuntut saya. Risikonya besar. Kalau
timbul tanggapan buruk pada diri saya maka sahlah kita akan dicap
sebagai gila kuasa atau berlagak hendak jadi guru.
Dalam proses kita menyampaikan ilmu Silat Cekak, konsep
mengajar juga perlu difahami penggunaannya. Pernah saya
tegaskan, ikatan mereka yang menimba ilmu Silat Cekak melalui kita
adalah berdasarkan konsep pandu. Konsep belajar adalah pada
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 11
mereka yang tidak tahu. Tapi, konsep Silat Cekak adalah
berdasarkan gerak semula jadi yang sememangnya ada pada setiap
penuntut. Maka menjadi tugas kita memandu mereka memahami dan
menggunakan pergerakan semula jadi yang ada itu secara lebih
terancang melalui sistem-sistem yang ada dalam Silat Cekak.
Konsep „memandu‟ akan menjadikan Jurulatih tersebut
mengamalkan konsep motivasi, komunikasi berkesan dan pelbagai
pendekatan dalam proses penurunan ilmu. Sebaliknya konsep
„mengajar‟ akan menjadikan Jurulatih tersebut lebih mirip ke arah
sifat ego, bengis, merampus dan pelbagai lagi sifat negatif apabila
„murid‟nya itu lambat atau slow menerima ilmu daripadanya.
Dalam proses penurunan ilmu Silat Cekak juga, kita
menggunakan istilah berlatih daripada istilah bermain. Silat kita ada
keistimewaannya. Pengertian Cekak membawa makna kita tidak
boleh main-main. Mungkin hal ini berbeza dengan persilatan Melayu
yang lain. Silat mereka diiringi oleh gendang dan banyak yang
berbentuk tarian. Maka istilah bermain silat amat sepadan dengan
pergerakan mereka. Konsep bermain dan berlatih jauh berbeza
dalam adat dan adab Silat Cekak bersilat. Pengertian Cekak sendiri
melambangkan betapa perlunya kita bertanggungjawab dan
mengambil berat pada pelajarannya. Kesedaran itu hanya boleh
tertunai melalui latihan yang mantap dari masa ke masa. Bukannya
boleh buat main-main ketika bersilat.
Tempat berlatih juga ada istilahnya. Kawasan latihan kita
berkonsepkan kelas dan bukannya gelanggang. Istilah gelanggang
hanya sesuai untuk bertarung atau bergaduh. Kelas adalah tempat
proses ilmu diturunkan antara ahli silat dan Jurulatih yang dilantik
oleh guru. Ikatan dalam kelas menekankan aspek keikhlasan antara
orang yang belajar dengan orang yang menurunkan ilmu. Kedua
pihak mempunyai tanggungjawab dan peranan yang tersendiri.
Masing-masing perlu memainkan peranan yang ada bagi
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 12
mempastikan proses penurunan ilmu akan berjalan dengan penuh
berkesan.
Begitu juga antara istilah ahli silat dengan ahli persatuan. Ahli
silat adalah merujuk pada penguasaan ahli dalam persilatan Silat
Cekak. Kalau tidak menamatkan pelajaran, orang itu tidak boleh
diiktiraf sebagai ahli silat. Kemahiran bersilat memainkan peranan
utama bagi menentukan keahliannya dalam silat. Keadaan ini agak
berbeza dengan ahli persatuan. Dengan cara mengisi borang dan
membayar yuran pendaftaran, orang itu dikira sebagai ahli persatuan.
Ukuran tamat silat tidak menjadi prinsip utama. Daftar dan mengisi
borang maka sahlah sebagai ahli persatuan, walaupun bersilat tidak
tentu hala. Dia mempunyai hak dalam mesyuarat agung sebagai ahli
yang hadir atau mungkin berkeupayaan membuat undian.
Dalam Silat Cekak, bukan setakat istilah yang amat
dititikberatkan tapi juga penggunaan ungkapan dan frasa kata perlu
berhati-hati. Saya terbaca satu artikal yang ditulis oleh ahli tua-tua.
Beliau menekankan betapa penting kita menjiwai ilmu perjuangan
yang ditinggalkan Ustaz.
Pasti ketara perbezaan makna antara frasa kata „menjiwai
ilmu perjuangan‟ dengan „menjiwai perjuangan‟. Perjuangan Ustaz
adalah jelas berdasarkan tanggungjawab menurut hiraki, manakala
ilmu perjuangan Ustaz boleh ditafsir dalam pelbagai segi. Patutlah
banyak yang berlaku, tujuan menghalalkan cara.
Dalam proses menurunkan ilmu, kita perlu berhati-hati
mengeluarkan ayat. Malah menyuruh orang menumbuk kita pun, kita
perlu berwaspada. Konsep menyuruh boleh dianggap bersudi. Kalau
kita menyuruh pasangan atau „murid‟ kita menumbuk diri kita,
maknanya kita merelakan diri ditumbuk dalam konsep sudi ditumbuk.
Itu sebabnya saya selalu mengingatkan Jurulatih saya. Apabila kita
bersudi dan rela ditumbuk melalui arahan mulut menyuruh ahli yang
belajar supaya menumbuk, jika penumbuk itu mengena pada diri kita,
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 13
jangan sesekali memarahi ahli tersebut dengan kata-kata penumbuk
tidak betul atau disuruh tumbuk betul-betul.
Padahal, hakikatnya kita mempersudi diri ditumbuk dengan
arahan suruh tumbuk. Jika terlajak, eloklah dimaafkan saja. Jiwa kita
tenang dan tidak timbul ego berasakan diri tercabar.
Seiring dengan itu juga, lahirlah konsep percaya boleh, yakin
jangan. Kita diseru supaya berhati-hati dalam melakukan sesuatu
perkara dalam konteks Silat Cekak. Konsep berhati-hati itu boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Kita akui bahawa kita
kekurangan istilah untuk melahirkan arahan atau pendapat. Tapi
yang pentingnya ialah kita tahu dan kita faham akan apa yang kita
ucap atau apa yang kita lakukan dengan penuh tanggungjawab dan
penuh ikhlas. Mulut yang hanya satu sahaja anugerah Tuhan, tidak
digunakan dengan sewenang-wenangnya. Setelah dilihat banyak kali
dan mendengar juga banyak kali maka baharulah mulut
mengeluarkan kata.
Tapi penggunaan mulut juga ada adat dan adabnya dalam
konteks bersama dengan silat Melayu. Kita dilarang keras mencaci
silat-silat Melayu asli yang lainnya. Walau pun dikatakan caci tidak
boleh tapi mencuba tidak apa, disiplin mulut tetap ada. Jangan
mengeluarkan kenyataan yang sia-sia. Sekurang-kurangnya dengan
cara tidak mencaci silat Melayu yang lain maka silat-silat lain juga
pada adatnya tidak akan mencaci silat kita.
Berdasarkan prinsip berhati-hati tersebut, kita mempunyai
disiplin tersendiri untuk mengawal tubuh badan kita. Sesuatu yang
Ustaz sangat sarankan ialah jaga perut kita. Dari perut akan
menjadikan punca segalanya. Perut ada kaitan dengan mulut. Perut
yang sangat „berisi‟ membawa banyak maksudnya. Kebanyakan
penyakit juga ada kaitan dengan perut. Penyakit hati juga ada kaitan
dengan perut. Nafsu yang tidak terkawal juga berkait rapat dengan
perut. Stamina kita bersilat pun ada kaitannya dengan perut.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 14
Oleh itu Ustaz selalu menegaskan betapa perut perlu dijaga.
Seboleh-bolehnya buncit perut tidak melebihi paras buah dada kita.
Jangan pulak ditertawakan dengan orang yang mengandung.
Kalaulah perut kita terlebih dari paras dada, jangan sampai
melindungi kita daripada melihat anu kita atau melihat jari kaki kita
tanpa kita menundukkan badan. Jika lebih buncitnya maka eloklah
dibuat sesuatu tindakan serta merta. Jangan menjadi umpama wanita
mengandung sekian bulan. Sentiasa maju ke depan.
Ustaz juga pernah menegaskan tentang cara berjalan
penuntut kita. Ketika berjalan adakah tangan selari dengan badan
atau tangan tersebut masuk ke dalam di bahagian depan atau masuk
ke dalam di bahagian belakang. Maka cara berjalanpun sangat
diambil berat oleh guru kita dalam kalangan ahli silatnya. Semua
pelakuan tangan tersebut membawa banyak makna. Penuntut perlu
berhati-hati dan mengambil kira kerana pelakuan tangan juga akan
melambangkan keperibadian kita. Mungkin ini juga adalah satu
petua.
Mungkin dengan konsep-konsep istilah yang pelbagai
tersebut menyusahkan kita untuk bercakap atau berbicara. Pada
saya, yang penting ialah kita faham apa yang kita ucapkan. Bukan
sengaja kita keluarkan satu-satu perkataan atau ungkapan tetapi
bersandarkan dengan alasan. Dalam istilah dulu-dulu, dikatakan
cakap berlapik. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
binasa.
Kita boleh nampak betapa kayanya pengertian konsep,
ungkapan dan istilah dalam adab persilatan kita. Bukan setakat
pelakuan tapi juga istilah-istilah yang hendak digunakan perlu
mengikuti landasan adat dan adab kita.
Kita kerap disarankan agar menguasai pelbagai sifat dalam
konteks Silat Cekak. Misalnya sifat berani. Istilah berani dalam Silat
Cekak mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Keberanian yang
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 15
kita pupuk dalam Silat Cekak amat berbeza dengan konsep
menceroboh atau ganas. Sifat berani yang dipupuk membolehkan
ahli silat terhindar daripada sifat penakut atau bacul. Secara
langsung, penuntut Silat Cekak sepatutnya sentiasa berupaya
mengawal diri, tidak panas baran dan sentiasa dalam keadaan
tenang terutamanya tatkala menghadapi musuh.
Begitu juga dengan konsep kerana Allah. Kita mempunyai
tanggapan yang tertentu dalam fahaman Silat Cekak seperti yang
dinyatakan oleh Ustaz. Kerana Allah adalah merujuk pada keizinan
yang Allah berikan pada kita. Kita boleh bersilat adalah kerana Allah
izinkan. Kita peroleh ilmu pengetahuan dalam silat juga kerana Allah
izinkan. Semuanya kerana Allah. Secara langsung, ego kita terbela
dan terpupuk daripada perasan tidak tentu hala. Hal yang demikian
akan menjadikan kita seorang yang sentiasa bersyukur atas nikmat
dan rahmat yang Allah berikan. Itulah kefahaman yang saya terima
dan saya sampaikan kepada anak didik saya.
Kita juga selalu disogokkan dengan istilah Keyakinan.
Sebagai ahli Silat Cekak, kita perlu ada sifat keyakinan pada diri.
Dalam konteks ini juga faham keyakinan mempunyai pengertian yang
tersendiri dalam ajaran kita. Keyakinan tersebut perlu disandarkan
pada fahaman positif. Jika lemah bersilat, perlu yakin diri akan dapat
menguasai pelajarannya lambat laun melalui usaha yang berterusan.
Jika tidak berfaham demikian, keyakinan akan memudaratkan diri jika
bersifat pasif.
Misalnya dalam pergerakan silat. Kalau ahli silat itu
berkeyakinan bahawa dirinya tetap lemah dan tidak boleh membuat
buah dengan tepat dan padat secara berterusan maka ahli tersebut
akan terus berada dalam suasana hilang kepercayaan pada diri
sendiri. Sifat keyakinan negatif itu telah membunuh motivasi diri. Hal
ini demikian kerana penuntut itu berfaham pasif dan konsep
keyakinan diguna pakai dalam fahaman pasif tersebut.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 16
Di sinilah peranan Jurulatih sebagai pembimbing akan
memainkan peranan penting. Walau bagaimanapun, terlampau yakin
pada silat tanpa merujuk pada kebolehan diri sebenarnya akan juga
mendatangkan kemudaratan pada pengamal silat tersebut. Begitu
juga dengan penuntut yang terlampau yakin pada kebolehan dirinya.
Sikapnya akan menjadikan dirinya memandang rendah orang lain
dan begitu mudah menolak pendapat yang lain selain daripada apa
yang dia ada.
Itu sebabnya dalam Silat Cekak, konsep berpijak di bumi
nyata adalah merupakan satu ajaran yang dipupuk dalam kalangan
ahli Silat Cekak sama ada secara langsung atau secara tidak
langsung. Malah bidang persilatan kita juga adalah berpijak pada
bumi yang nyata. Pergerakannya tidak dibuat-buat dan bukanlah
berada dalam dunia khayalan. Tidak ada tarian dan gerak langkah
yang boleh direka tatkala membuat persembahan. Ketika memulakan
latihan, tiada konsep dunia khayalan yang cuba disogokkan. Kita
tidak ada upacara membuka atau menutup gelanggang. Tidak perlu
sebarang kebenaran pihak ghaib yang tertentu, melainkan kebenaran
daripada pihak penguasa sebagai syarat membuka kelas atau
cawangan silat.
Oleh itu, berhati-hatilah dengan penggunaan istilah atau
konsep atau ungkapan sesuatu fahaman dalam Silat Cekak. Jangan
mudah berkata-kata atau mengeluarkan pendapat tanpa berfikir
dalam konteks Silat Cekak.
Dalam buku ini saya cuba menyingkap kembali ungkapan-
ungkapan popular yang sering diperkatakan satu masa dahulu.
Setiap ahli akan difahamkan dengan makna ungkapan-ungkapan
tersebut dari masa ke masa. Malah, ketika majlis-majlis penerangan
Silat Cekak, ungkapan-ungkapan tersebut juga turut diguna pakai
dalam ucapan. Hal yang demikian adalah merupakan satu bentuk
penerangan mudah tentang rupa bentuk persilatan Silat Cekak yang
hendak diperkenalkan pada kalangan mereka.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 17
Saya tidak pasti sama ada huraian saya pada ungkapan-
ungkapan tersebut masih berkekalan maknanya hingga sekarang.
Perkara pentingnya ialah penerangan saya berdasarkan kefahaman
yang satu masa dulu merupakan kefahaman jelas dalam kalangan
ahli-ahli Silat Cekak. Tidak ada percanggahan dalam makna dan
huraiannya.
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi ketika membuat persembahan Seni Silat Cekak di Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 18
Menguasai Bidang Persilatan
Silat Cekak.
Dalam persilatan Silat Cekak kita sudah biasa dengan konsep
silat ialah gerak dan yang memberi gerak ialah Yang Empunya
Gerak. Kita merujuk pergerakan gerak itu sebagai pergerakan dua
tangan dan dua kaki. Sesungguhnya, ungkapan itu adalah tersangat
menarik dan senang disebut serta senang kita terangkan kepada
orang lain.
Dalam hal ini, satu perkara yang kita perlu sedar ialah sejauh
mana kita dapat menguasai akan apa yang kita sebut itu. Hanya kita
sendiri yang boleh menjawab persoalan ini. Dalam konteks
persilatan, ramai yang boleh bersilat atau membuat gerak buah-buah
Silat Cekak dengan cantik dan kemas. Akan tetapi mungkin tidak
ramai ahli yang boleh memahami sebab dan akibat satu-satu gerak
yang dilakukan itu. Mereka yang sebegitu hanya boleh ‟membuat‟ tapi
tidak boleh ‟menerang‟. Kefahaman tidak sampai. Tidak faham akan
tujuan gerak tersebut. Itu juga dinamakan sebagai ada kulit tapi tidak
ada isi.
Pada zaman dulu-dulu iaitu ketika awal perkembangan Silat
Cekak, konsep kulit dan isi adalah menjadi satu fahaman yang
sangat menebal dan dituntut fahamnya dalam kalangan penuntut.
Kami sering diuar-uarkan dengan konsep tersebut dan hal yang
demikian menjadi pendorong utama bagi menguasai persilatan Silat
Cekak. Istilah-istilah lain yang sering diucap bersamaan dengan
istilah kulit dan isi ialah sarung dan senjata, zahir dan batin, jasad
dan roh. Malah, dalam tulisan Ustaz ditekankan juga istilah kulit dan
roh silat.
Dalam buku Kebenaran Silat Cekak, saya telah menyentuh
tentang konsep kulit dan isi dalam konteks persilatan Silat Cekak.
Itulah konsep yang sering kita gunakan bagi merujuk makna ilmu
zahir dan ilmu batin dalam persilatan Silat Cekak. Hal yang demikian
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 19
agak berbeza dengan kebiasaan yang ada dalam persilatan Melayu
yang lain. Mereka lebih banyak menggunakan istilah zahir dan batin.
Kita mungkin mudah memahami akan makna penguasaan
ilmu zahir atau penguasaan pelajaran secara kulit. Walau
bagaimanapun, ilmu isi atau ilmu batin bukan mudah untuk
digambarkan. Dalam masyarakat Melayu, istilah ilmu isi atau ilmu
batin turut dikaitkan dengan ilmu megah, ilmu luar biasa atau ilmu
yang mencarik adat. Kemenjadian ilmu tersebut tersangat susah
untuk diukur. Hal yang demikian tentunya berbeza dengan ilmu zahir.
Dalam buku Kebenaran Silat Cekak, bagi memudahkan
kefahaman kita pada konsep kulit dan isi, saya gambarkan secara
kiasan. Memakan makanan yang berkhasiat tentu tidak sama dengan
memakan bahan-bahan berbentuk makanan ringan. Tepung yang
murah adalah ‟kosong‟ sifatnya. Manakala tepung yang mahal
mengandungi pelbagai vitamin sebagai kandungannya. Kita juga
biasa mendengar seseorang itu memberi ucapan yang panjang lebar.
Malangnya ‟tidak ada apa‟ yang kita dapat. Cakap berdegar-degar,
isi langsung tidak ada. Cakap kosong. Jasad akan terbujur kaku jika
tidak ada rohnya lagi.
Seseorang pesilat itu hanya berada pada tahap pemahaman
kulit sahaja jika dia tidak memahami tujuan geraknya itu. Maknanya,
pengetahuannya hanya setakat menguasai gerak dua tangan dan
dua kaki sahaja. Sifatnya adalah tidak sampai ke tahap penguasaan
roh Silat Cekak itu sendiri. Penguasaan pada roh persilatan adalah
merujuk pada kebolehan dan kemampuan pesilat itu untuk
memahami sebab dan akibat dari setiap gerak yang dilakukannya.
Penguasaan pada ilmu-ilmu tersebut perlu bersepadu dan perlu
dititikberatkan.
Itu sebabnya apabila ada pesilat yang mempersoalkan
kemenjadian gerak yang tidak tekal pada dirinya maka jelas
menampakkan tahap pemikiran dan kefahamannya setakat ilmu kulit
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 20
sahaja. Atau, dia berasa ragu-ragu tentang penggunaan gerak silat
dalam konteks dunia moden hari ini. Maka itu juga melambangkan
kefahaman yang tidak memenuhi maksud penguasaan roh silat.
Sebagai pesilat yang sebenarnya, kita perlu menguasai ilmu
kulit dan ilmu isi. Penguasaan ilmu-ilmu yang bersepadu itu adalah
bagi melengkapkan diri sebagai ahli yang bertanggungjawab untuk
menyebarkan ilmu Silat Cekak dalam kalangan masyarakat.
Sesungguhnya konsep ilmu zahir dan ilmu batin yang dibawa
Ustaz dalam persilatan Silat Cekak amat jauh bezanya dengan
konsep ilmu batin persilatan Melayu yang lain. Penguasaan ilmu-ilmu
zahir dan ilmu-ilmu batin atau ilmu yang luar dari kebiasaan dalam
persilatan kita adalah berdasarkan kefahaman; tidak bersandarkan
hanya pada bacaan dan amalan. Konsep kedua-dua ilmu itu adalah
bersepadu dan Ustaz menganjurkan hubungan atau ikatan erat
dengan Tuhan. Hanya Allah yang maha berkuasa. Kita hanya boleh
berusaha. Kemenjadian atas usaha tersebut adalah hak Yang Maha
Berkuasa.
Dalam tulisan buku ini penekanan perbincangan saya ialah
penguasaan ilmu persilatan Silat Cekak itu sendiri. Perlu ditegaskan
bahawa konsep ilmu persilatan itu adalah merujuk pada penguasaan
ilmu zahir dan ilmu roh persilatan. Ilmu zahir dan ilmu batin. Untuk
mencapai hasrat tersebut, terdapat banyak cara dalam pembelajaran
silat kita. Dalam tulisan ini, untuk menguasai dan memahami kedua-
dua ilmu itu boleh juga dilakukan melalui kefahaman pada ungkapan-
ungkapan yang ada.
Banyak ungkapan yang ada dalam persilatan kita bagi
menggambarkan prinsip penguasaan Silat Cekak. Saya hanya
membincangkan sembilan belas (19) ungkapan sahaja. Pemilihan
ungkapan-ungkapan itu adalah berdasarkan kebiasaan
penggunaannya dan sering dijadikan bahan dorongan dalam
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 21
kalangan ahli untuk menguasai pelajaran Silat Cekak. Cuba kita lihat
gambar rajah tulang ikan seperti di bawah.
MENGUASAI PERSILATAN SILAT CEKAK
MEM
AH
AM
I U
NG
KA
PA
N
a)
Sif
at
Silat
b)
Sif
at
pengam
al
Silat
S I LAT
CEKAK
8
2 1
3 4
5 6 7
10
2 1
3 4 5
6 7
11
9 8
a) Sifat Silat
b) Sifat pengamal Silat
PEMIKIRAN TERBUKA Gambarajah Ishikawa
MENGUASAI PERSILATAN SILAT CEKAK
Sifat Silat Cekak
1. Silat Cekak bukanlah sejenis silat
permainan seperti silat pulut atau
silat pengantin, sebab itu tidak
ada gendang dan tari menari dan
melangkah ke kiri dan ke kanan.
2. Pakai Tak Pakai. Tak Pakai
Pakai.
3. Pergerakan Silat Cekak adalah
berdasarkan gerak semula jadi.
4. Silat adalah Gerak. Yang
bergerak adalah dua tangan dan
dua kaki. Yang bagi gerak ialah
Yang Empunya Gerak.
5. Makan Gerak Dalam Gerak.
6. Pelajaran Umum menajamkan
gerak.
7. Silat Cekak Silat Papan
Sekeping.
8. Silat Cekak Silat Akhir Zaman
Sifat Pengamal Silat Cekak.
1. Satu Gerak Dalam Kiraan Saat
dan Ketika.
2. Sentiasa Berada Di belakang.
3. Awasi Tumpuan Mata.
4. Badan Umpama Raja.
5. Tangan Umpama Posmen,
Senjata Umpama Surat. Sekat
Posmen Maka Tersekatlah Surat.
6. Tangan Di Tempat Tangan, Kaki
Di Tempat Kaki.
7. Habuan Sesak.
8. Guru Ibarat Kepala Keretapi
Manakala Muridnya Adalah
Umpama Gerabak Keretapi
9. Ikut Rasmi Padi, Makin berisi
Makin Tunduk.
10. Erti Kemerdekaan.
11. Kenali Kawan dan Lawan.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 22
Salah satu cara untuk menguasai persilatan Silat Cekak ialah
fahami ungkapan-ungkapan tersebut. Saya telah bahagikan
ungkapan-ungkapan itu berdasarkan kepada dua (2) sifat.
Pertamanya ialah mengenali sifat Silat Cekak dan keduanya ialah
mengenali sifat yang sepatutnya ada pada diri kita atau sifat yang
sepatutnya kita kuasai. Kefahaman pada kedua-dua sifat itu adalah
secara bersepadu.
Bagi memudahkan kefahaman tentang penguasaan Silat
Cekak maka saya berpendapat kita perlu ada pemikiran yang
terbuka. Orang yang berfikiran terbuka bermakna mempunyai daya
fikir atau pendapat yang tidak tertutup atau terhad. Fikiran terbuka.
Mereka senang menerima sesuatu pandangan sebab timbulnya sifat
ingin tahu dalam kalangan diri mereka. Hal yang demikian akan
mudah bagi seseorang itu meningkatkan ilmu pengetahuannya. Yang
baik dijadikan teladan, yang tidak baik dijadikan sempadan.
Bagi menjelaskan maksud penguasaan ilmu Silat Cekak itu
cuba kita lihat gambar rajah di bawah. Saya berpendapat ada tiga (3)
faktor utama yang akan membantu seseorang itu menguasai
pelajaran Silat Cekak. Saya namakan faktor-faktor itu sebagai 3K.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 23
A. Konsep.
Sebagai pesilat, seseorang itu perlu menguasai pengertian
atau idea yang mendasari sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, hala
tuju kita ialah penguasaan ilmu persilatan Silat Cekak. Oleh itu kita
perlu faham akan makna segala-gala hal yang berkaitan dengan Silat
Cekak.
Untuk mengenali konsep-konsep yang ada mengenai Silat
Cekak, terdapat lapan (8) ungkapan seperti yang berikut.
Ungkapan Bagi Mengenali Konsep Silat Cekak.
1. Silat Cekak bukanlah sejenis silat permainan seperti
silat pulut atau silat pengantin, sebab itu tidak ada
gendang dan tari menari dan melangkah ke kiri dan ke
kanan.
2. Pakai Tak Pakai. Tak Pakai Pakai.
3. Pergerakan Silat Cekak adalah berdasarkan gerak
semula jadi.
4. Silat adalah Gerak. Yang bergerak adalah dua tangan
dan dua kaki. Yang bagi gerak ialah Yang Empunya
Gerak.
5. Makan Gerak Dalam Gerak.
6. Pelajaran Umum menajamkan gerak.
7. Silat Cekak Silat Papan Sekeping.
8. Silat Cekak Silat Akhir Zaman
Kelapan-lapan ungkapan itu bolehlah digambarkan seperti
gambar rajah berikut.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 24
B. Kompeten
Pengetahuan seseorang tentang sesuatu konsep itu perlu
diterjemahkan dalam diri sendiri. Maka lahirlah istilah kompeten.
Istilah kompeten adalah merujuk pada kecekapan atau keupayaan
seseorang untuk melakukan sesuatu itu dengan tepat, benar dan
sempurna. Orang yang bersifat kompeten adalah layak memberi
pendapat kerana dia bercakap atas kefahaman yang jitu. Cakap
serupa bikin.
Kecekapan dan keterampilan kita menguasai konsep-konsep
tersebut adalah berdasarkan pada beberapa ungkapan yang saya
gambarkan. Terdapat sebelas (11) ungkapan yang boleh
meningkatkan kecekapan kita sebagai pesilat Silat Cekak. Ungkapan-
ungkapan itu adalah seperti berikut.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 25
Sifat Pengamal Silat Cekak.
1. Satu Gerak Dalam Kiraan Saat dan Ketika.
2. Sentiasa Berada Di belakang.
3. Awasi Tumpuan Mata.
4. Badan Umpama Raja.
5. Tangan Umpama Posmen, Senjata Umpama Surat.
Sekat Posmen Maka Tersekatlah Surat.
6. Tangan Di Tempat Tangan, Kaki Di Tempat Kaki.
7. Habuan Sesak.
8. Guru Ibarat Kepala Keretapi Manakala Muridnya
Adalah Umpama Gerabak Keretapi
9. Ikut Rasmi Padi, Makin berisi Makin Tunduk.
10. Erti Kemerdekaan.
11. Kenali Kawan dan Lawan.
Kesemua ungkapan itu bolehlah digambarkan seperti gambar
rajah berikut.
C. Konteks.
Kefahaman pada konsep dan kompetensi atau keupayaan
menguasai konsep-konsep tersebut mestilah ada kebenarannya
dalam konteks yang tertentu. Istilah konteks adalah merujuk pada
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 26
keseluruhan keadaan atau latar belakang tertentu yang menentukan
erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Maknanya, kita faham
tentang konsep Silat Cekak, cekap dan dapat menguasai Silat Cekak
adalah dalam konteks kita sebagai pengamal Silat Cekak iaitu ilmu
warisan daripada Ustaz Hanafi.
Kesimpulan
Saya tersangat yakin, jika kita dapat menguasai ketiga-tiga „K‟
tersebut bermakna kita berjaya menguasai persilatan Silat Cekak.
Menguasai persilatan Silat Cekak adalah bermakna kita menguasai
ilmu kulit dan ilmu isi atau ilmu zahir dan batin atau ilmu gerak fizikal
dan ilmu roh silat.
Kesimpulannya, untuk menguasai persilatan Silat Cekak, kita
perlu memahami konsep, bersifat kompeten dan dapat membuat
pengaplikasian dalam konteks kita sebagai pengamal Silat Cekak.
Dalam bahasa yang mudah, kita perlulah faham, cekap dan boleh
mengguna dan memberi penerangan akan ilmu serta kecekapan
yang kita ada. Maka itulah namanya penguasaan ilmu zahir dan ilmu
batin atau penguasaan gerak dan roh silat. Kalau zaman saya dulu-
dulu ahli yang sebegitulah yang memenuhi sifat memiliki kulit dan isi
atau sarung dan senjata.
Ramai ahli yang kagum dengan Silat Cekak tapi diri sendiri
tidak menguasai ilmu yang ada. Atau ahli itu boleh bercakap tapi
tidak boleh melakukan gerak seperti mana yang dicakapnya. Atau,
ahli itu faham dan cekap tapi gagal menyampaikan kefahaman dan
kecekapannya. Atau ahli itu berasa ragu-ragu apabila geraknya tidak
menjadi. Lebih parah lagi apabila diri ahli tidak yakin dengan
pelajaran yang ada. Semua sifat itu adalah melambangkan
penguasaannya hanya setakat kulit sahaja.
Sebaliknya, jika ahli-ahli itu faham dan berupaya menjadikan
dirinya cekap dan hebat penguasaan geraknya serta boleh membuat
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 27
aplikasi atau menyampaikan ilmu tersebut maka bermakna dia
berjaya menguasai kedua-dua ilmu zahir dan batin, gerak silat dan
roh silat atau isi dan kulit atau sarung dan senjata.
Dalam tulisan ini saya ketengahkan ungkapan-unglapan
tersebut supaya kita faham dan dapat menguasai gerak dalam
konteks kita sebagai pengamal Silat Cekak. Insya-Allah barulah kita
dikatakan berjaya menguasai persilatan Silat Cekak.
Sekian.
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi sedang memberi penerangan terhadap bukunya yang pertama – Sepak Minang, di Majlis Pelancaran Buku Sepak Minang pada 24 Julai 2011, di Ipoh, Perak
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 28
.
(Atas) Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi di Program Kemasyarakatan dan Kerja Amal di Ipoh Parade pada 7hb April 2002. Turut kelihatan ialah Saudara Mohd Zahir dan Saudara Mohd Azminuddin (pegawai Universiti Teknologi PETRONAS). (Bawah) Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi bersama dengan ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak dari ibu pejabat yang membuat kunjungan muhibbah ke Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Perak. Gambar dirakam di kelas latihan Seni Silat Cekak Pasir Puteh, Ipoh - 1988
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 29
MENGENALI
SIFAT SILAT CEKAK
UNGKAPAN PERTAMA
Silat Cekak bukanlah sejenis silat
permainan seperti silat pulut atau
silat pengantin, sebab itu tidak ada
gendang dan tari menari dan
melangkah ke kiri dan ke kanan.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 30
Ungkapan Pertama
Silat Cekak bukanlah sejenis silat permainan seperti silat pulut
atau silat pengantin, sebab itu tidak ada gendang dan tari menari
dan melangkah ke kiri dan ke kanan.
Saya rasa, ungkapan tersebut adalah tidak asing lagi pada
para pembaca. Ungkapan itu sering diperkatakan dalam setiap majlis
penerangan tentang Silat Cekak kerana secara umumnya telah
melahirkan konsep yang jelas tentang rupa bentuk Silat Cekak.
Secara keseluruhan, ungkapan tersebut menggambarkan
beberapa prinsip yang boleh melambangkan rupa bentuk Silat Cekak.
Berpeganglah pada prinsip tersebut bagi mengekalkan kefahaman
kita pada rupa bentuk Silat Cekak. Kalau ada usaha-usaha
menjadikan Silat Cekak sebagai bahan „hiburan‟ maka hilanglah
keaslian rupa bentuk Silat Cekak. Lebih-lebih lagi apabila Silat Cekak
dicorakkan dengan gerak tari dan sifat langkah-melangkah serta
diiringi dengan gendang silat maka akan berubah langsung rupa
bentuk Silat Cekak. Seolah-olah berlaku „pembedahan plastik‟ bagi
mengubah rupa bentuk Silat Cekak.
Ungkapan tersebut juga telah diperkuatkan dengan beberapa
konsep yang amat besar dan jelas setelah kita meneliti isi
pelajarannya yang ada. Pertamanya, ungkapan itu mengesahkan
bahawa Silat Cekak mempunyai kaedah-kaedah tertentu yang tepat
dan lengkap. Kaedah yang empat (4) telah diperkuatkan dengan
kaedah gelek. Kita menaruh keyakinan bahawa kaedah-kaedah yang
ada, sangat mampu untuk menjaga diri kita. Pergerakannya adalah
menurut gerak lawan. Tidak ada istilah membangkang dalam Silat
Cekak. Apatah lagi sifat langkah-melangkah untuk menangkis atau
mengelak serangan lawan.
Keduanya, buah-buah pukulan Silat Cekak adalah mencukupi
dan amat kemas. Hal yang demikian juga melambangkan
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 31
keistimewaan yang ada dalam Silat Cekak. Sesungguhnya, salah
satu kelebihan silat kita adalah kerana Silat Cekak mementingkan
gerak pukulan. Pukulannya boleh membawa kecederaan yang amat,
termasuk boleh membawa kepada kematian.
Para penuntut Silat Cekak ditunjukkan tentang bentuk-bentuk
pukulan yang ada. Istilah tetak, tampar, tumbukan atau „jab‟, cucukan
dan sebagainya, melambangkan bentuk-bentuk pukulan kita.
Kegunaannya adalah tertumpu pada tempat-tempat khas yang
tertentu. Lain tempat maka mungkin lain bentuk pukulannya. Sasaran
pukulan pula amat diberatkan Silat Cekak. Ada tempat-tempat
tertentu yang menjadi sasaran. Istilah „Pukulan Sejengkal‟ tentunya
memberi panduan khusus pada para penuntut Silat Cekak.
Ketiganya, kuncian buah Silat Cekak adalah lengkap. Cukup
untuk menewaskan musuh. Boleh menyebabkan patah atau
pengsan. Malah, boleh menyebabkan kematian. Tidak perlulah kita
mempelajari kuncian-kuncian dari persilatan lain. Pelajaran kuncian
yang ada dalam pelajaran buah umum adalah sebagai maksud
„memusnahkan‟ buah-buah kuncian tersebut. Oleh itu, tidak perlulah
kita menguasai kuncian-kuncian dalam pelajaran umum dengan
bersungguh hati. Cukup sekadar tahu melakonkan buah-buah
kuncian tersebut bagi membolehkan pasangan kita membuat latihan
mematikan gerak kuncian itu.
Walaupun kita tidak mempunyai kaedah khusus bagi
membuka kuncian, prinsip pembelajaran kita adalah jelas. Jangan
benarkan musuh kita membuat kuncian. Prinsip kita tersebut
membawa makna, mencegah lebih baik daripada menyembuh.
Maknanya, sistem pembelajaran yang sedia ada dalam Silat Cekak
telah membolehkan kita tidak membenarkan musuh membuat
kuncian. Itulah pelajaran potong namanya. Malah, kerap kali juga kita
tidak perlu membuat gerak potong pun. Sekali kita lepaskan
tumbukan maka berkali mendatangkan kemudaratan pada lawan.
Tidak sempat membuat kuncian.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 32
Berdarkan sifat-sifat tersebut, mana mungkin Silat Cekak
setaraf dengan jenis silat permainan. Geraknya serius. ‟Jangan main-
main‟ dengan Silat Cekak. Walaupun nampak macam pengamalnya
tidak menunjukkan sifat sebagai ahli silat, tapi ketika bersilat, hebat
jadinya.
Teringat saya pada dua kiasan yang pernah diucap Ustaz
mengenai kehebatan Silat Cekak. Pertamanya, gerak kita umpama
burung merpati. Jinak-jinak merpati, bukan senang ditangkap. Helang
yang mudah menangkap sebarang jenis burung di udara, tidak
mudah menangkap burung merpati. Pasti gagal. Keduanya, gerak
kita umpama anu. Bila nak, pasti menjadi. Kalah tedung selar. Tapi
bila tak nak, pasif sifatnya.
Ungkapan tersebut juga menggambarkan bahawa pelajaran
Silat Cekak adalah mengutamakan segi mempertahankan diri.
Keutamaan itu digambarkan melalui penyampaian isi pelajarannya.
Penuntut diperkenalkan dengan kaedah menepis terlebih dahulu. Kita
hanya belajar menumbuk setelah ada ijazah khas. Setelah tamat silat
baru diajar cara tumbuk Silat Cekak.
Umumnya, sifat yang sedemikian amat berbeza dengan
persilatan Melayu yang lain. Para penuntut yang baru menceburi
persilatan berkenaan, diperkenalkan dengan gerak menumbuk
terlebih dahulu. Tumbukan itu diperkuat dengan kuda-kuda yang
dikatakan sangat hebat. Setelah tumbukan mantap maka baharulah
diperkenalkan buah-buah dalam silat berkenaan untuk menghadapi
musuh.
Persembahan atau pertunjukan Silat Cekak menggambarkan
bahawa geraknya adalah berdasarkan tindak balas lawan. Tindak
balas itu dilakonkan melalui persembahan Kaedah A hingga D. Kalau
tidak ada tindakan lawan, Silat Cekak akan duduk diam. Kalau ada
serangan maka barulah ada tindak balas dari pengamal Silat Cekak
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 33
Hal yang demikianlah dapat disimpulkan bahawa Silat Cekak
bukanlah sejenis silat permainan atau silat pulut.
Tentunya gerak Silat Cekak itu berbeza dengan silat pulut
atau silat permainan. Penulisan saya ini akan mudah difahami oleh
mereka yang ada pengalaman dalam permainan silat tersebut.
Sebelum „bertarung‟, mereka akan menonjolkan sifat „kejantanan‟.
Masing-masing dengan tari silatnya. „Berkepaklah‟ mereka umpama
ayam jantan yang sedang mengorat ayam betina. Setelah
menonjolkan sifat kejantanan maka bertarunglah ayam jantan itu
seolah-olah untuk berebut akan ayam betina. Begitu juga dalam
pertandingan Silat Olahraga. Sebelum bertarung, para pesilat perlu
menonjolkan diri. Persembahan tari silat. Konsepnya ialah “Berkepak
macam ayam jantan.”
Nampaknya, tari silat juga amat bermakna sebagai gerak
untuk menonjolkan diri sebelum bertarung. Hal yang demikian
tentunya berbeza dengan Silat Cekak. Tidak perlu menonjolkan diri.
Apabila ada serangan atau tindakan musuh maka barulah Silat
Cekak bertindak. Silat Cekak bukanlah calang-calang silat. Kita
menyimpulkan bahawa persilatan kita adalah sebagai silat gaduh.
Bukannya silat permainan atau silat untuk olahraga atau silat yang
berkepak seperti ayam. Itu sebabnya kita tidak ada tari bagi maksud
penonjolan diri. Jadi, bagaimana pulak tentang tari yang ada dalam
persembahan silat kita. Saya tidak ada komen sebab saya tidak
pernah terlibat dengan perkara tersebut. Masih dara, tidak ternoda.
Ungkapan di atas juga dapat menggambarkan betapa Silat
Cekak amat memberatkan sifat membela diri supaya anak didiknya
terlatih dengan keberanian, bukan sifat mengganas atau
menceroboh. Sifat yang demikian adalah merupakan satu bentuk
pendidikan yang amat tinggi nilainya.
Dari segi psikologi, kita dapat rasakan kalau anak didik kita
diasuh dengan sifat menyerang, akhirnya akan banyak miripnya pada
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 34
sifat ganas dan suka membuat kacau. Diri mereka akan berasa
hebat. Kira nak tampar orang saja tanpa mengira tamparan orang lain
padanya. Sebaliknya, kalau diasuh dengan sifat menepis dan
menanti serangan, akan mendidik mereka bersifat berhati-hati. Bukan
senang menangkis serangan tanpa ada sifat yakin diri dan sifat
keberanian. Gerak inilah yang ada dalam persilatan Silat Cekak.
Dalam pelajaran Silat Cekak, kita hanya menyerang bila
terpaksa. Demi menjaga keselamatan diri barulah Cekak menyerang.
Begitulah hebatnya bentuk pendidikan yang ada dalam Silat
Cekak. Kalau orang tak kacau kita, apa perlunya kita kacau orang.
Hal yang demikianlah menyebabkan kita tidak perlu menonjolkan diri.
Tidak payah membesarkan dada atau mendepankan dada atau
mendada bagi membuktikan kita hebat bersilat. Saya selalu katakan
bahawa pengamal Silat Cekak macam tidak nampak belajar silat.
Tidak mengepak tidak tentu hala. Bukan macam ayam jantan yang
sentiasa suka mengereng. Dikuasai nafsu.
Dalam hal ini, isi pelajaran Silat Cekak itu sendiri yang
membolehkan diri pengamalnya bertindak ke arah kemenangan
dalam saingan gerak. Pelajarannya amat berguna dan boleh
bertanggungjawab menjaga diri. Para pengamal Silat Cekak
ditanamkan fahaman atas falsafah yang jelas. Maka lahirlah
ungkapan kedua yang ingin saya ulas dalam tulisan ini.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 35
MENGENALI
SIFAT SILAT CEKAK
UNGKAPAN KEDUA
Pakai Tak Pakai. Tak Pakai Pakai.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 36
UNGKAPAN KEDUA:
Pakai Tak Pakai. Tak Pakai Pakai.
Ungkapan tersebut adalah tidak asing pada kita. Istilah pakai
juga boleh disamaertikan dengan istilah guna. Kita lebih kenali
ungkapan itu sebagai falsafah Silat Cekak. Falsafah adalah
bermakna suatu kebenaran pada kita. Oleh itu falsafah tersebut
adalah merupakan suatu kebenaran yang ada pada Silat Cekak dan
falsafah itu adalah merupakan ajaran kepada ahli yang telah tamat.
Sebagai penuntut Silat Cekak, mereka mesti menjiwai falsafah
tersebut. Penguasaan kefahaman itu akan menjadikan mereka lebih
berkeyakinan pada isi pelajaran Silat Cekak untuk membolehkan
mereka menjaga diri.
Pada fahaman biasa atau fahaman selapis, falsafah tersebut
membawa makna pelajaran buah jatuh adalah gerak yang kita pakai.
Penuntut akan diajar tentang cara menewaskan musuh sekiranya
buah-buah tadi dipakai terhadapnya. Maknanya, buah yang dipakai
tadi tidak boleh dipakai. Buah yang tidak dipakai akan dipakai bagi
menidakkan buah-buah yang diguna untuk membela diri.
Dalam kupasan yang lain, buah-buah yang kita guna pakai
akan menjadi tidak terpakai apabila dipotong oleh pasangan kita. Dari
segi yang lain, buah jatuhan yang tidak menjadi ketika kita
menggunakannya telah dipakai semula oleh pasangan kita.
Falsafah ini melambangkan bahawa sesama ahli Silat Cekak
tidak boleh bergaduh kerana buah-buah itu tidak dapat digunakan.
Ketika pasangan mematikan buah jatuh dengan kaedah potong,
pesilat masih boleh pintas semula menjadikan gerak buah
pasangannya tidak terpakai. Begitulah seterusnya menjadikan gerak
yang berulang-ulang, Pakai tak pakai, tak pakai pakai dan berterusan
pakai tak pakai, tak pakai pakai. Gerak berkenaan hanya dapat
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 37
dimuktamadkan melalui kaedah Enam Tolak Enam. Pesilat yang
menyerang dan diserang dalam kedudukan yang sama.
Kefahaman tersebut adalah bersesuaian jika pesilat itu adalah
sesama ahli persilatan Silat Cekak. Namun begitu, fahaman pada
falsafah tersebut boleh diluaskan pada kefahaman yang berlapis.
Dalam tulisan ini saya akan cuba membincangkan hal kefahaman
yang sedemikian berdasarkan fahaman saya atas percakapan dan
penulisan Ustaz dari segi persilatan sahaja.
Silat Cekak adalah sejenis silat yang amat sesuai sebagai
seni bela diri. Kita sering diuar-uarkan bahawa konsep atau pelajaran
Silat Cekak terbahagi kepada dua. Mempertahankan diri dan
menyerang. Walau bagaimanapun, dikatakan bahawa pelajaran Silat
Cekak amat mementingkan aspek mempertahankan diri. Penuntut
yang baru menceburi Silat Cekak akan diperkenalkan aspek
mempertahankan diri terlebih dahulu. Ada pendidikan yang amat
dititikberatkan. Saya telah menyentuh hal yang demikian dalam
tulisan yang terdahulu.
Demi menjaga keselamatan diri apabila terancam maka
barulah Cekak menyerang. Pelajaran satu peratus adalah merupakan
pelajaran tumbuk serang yang banyak membantu Cekak apabila
menyerang. Saya juga telah banyak menyentuh hal yang demikian
dalam tulisan yang terdahulu.
Apabila pengamal Silat Cekak mengguna pakai pelajaran
tumbukan istimewanya ketika menyerang maka semua pelajaran
lawannya akan tidak berguna atau tidak terpakai lagi. Maka lahirlah
konsep, „Pakai Tak Pakai’. Maknanya, kita pakai pelajaran kita, akan
menyebabkan musuh tak terpakai pelajaran yang ada
padanya. Fahaman Pakai Tak Pakai itu memperlihatkan ajaran teknik
menyerang lawan dan membunuh buah-buah seni yang cuba diguna
lawan. Pelajaran itu juga adalah merupakan salah satu keistimewaan
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 38
kita. Peliharalah keistimewaan tumbukan tersebut secara belajar
menguasainya dengan bersungguh-sungguh.
Dalam hal ini, Silat Cekak menyerang sambil menangkap.
Pergerakan lawan kita akan terhenti. Dengan mudah pengamal Silat
Cekak akan menguasai gerak lawan. Sesungguhnya berdasarkan
kajian, pelajaran yang sedemikian hanya dimiliki oleh Silat Cekak.
Kita yakin atas kenyataan tersebut seperti mana yang ditegaskan
Ustaz. Kalau kita saja yang ada dan orang lain tidak ada itulah satu
keistimewaan yang luar biasa. Kuasai pelajaran tersebut dengan
bersungguh hati.
Fahaman pakai tak pakai juga boleh dilihat dalam ajaran
menggunakan parang lading ketika menunggu serangan senjata
pendek dari pihak lawan. Ketika pengamal Silat Cekak menggunakan
lading, serangan pisau atau tongkat pendek, tidak menjadi hal.
Seranglah dari sudut mana sekali pun. Dengan mudah serangan
tersebut dapat ditumpaskan dengan menggunakan lading. Begitulah
hebatnya Silat Cekak seperti yang digambarkan dalam ungkapan
tersebut.
Peranan buah-buah jatuh juga sangat bermakna untuk
mematikan serangan lawan. Gerak yang dipakai mereka menjadi
tidak terpakai. Hal yang demikian adalah kerana gerak buah yang kita
gunakan atau kita pakai telah menyebabkan gerak mereka tidak
berguna atau tidak terpakai.
Walau bagaimanapun, ketika kita melakukan buah-buah
jatuhan ke atas lawan kita, mungkin ada beberapa halangan yang
kita hadapi. Halangan itu adalah atas pelbagai alasan. Dalam kiraan
saat dan ketika, pengamal Silat Cekak boleh menukar buah iaitu
mengguna pakai buah yang lain untuk mengatasi halangan tersebut.
Saya ambil satu contoh yang mudah yang melibatkan buah
Pertama. Ketika pengamal Silat Cekak ingin menjatuhkan pelipat
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 39
lawan, mungkin terdapat halangan. Dengan secepat kilat, pengamal
Silat Cekak boleh menukar buah tersebut dengan Buah Paras.
Perbuatan tersebut adalah merupakan kepelbagaian buah bagi
mengatasi gerak lawan. Buah yang bukan menjadi tujuan utama telah
diguna pakai untuk menggantikan buah yang cuba diguna pakai.
Wujudlah konsep lain yang berkaitan dengan falsafah
tersebut. ‟Tak Pakai, Pakai‟. Maknanya, „Ketika pelajaran kita tak
dapat dipakai menyebabkan kita pakai pelajaran lain yang tak
terpakai pada awalnya‟.
Gerak buah yang baru dipakai atau diguna itu adalah
berdasarkan gerak asal buah yang tidak dapat diteruskan lagi
penggunaannya. Maknanya, gerak buah yang baru itu adalah
menumpang gerak pada buah asal yang tidak boleh diguna pakai.
Dalam tafsiran yang lain, ketika kita mengguna pakai buah
untuk mengatasi gerak lawan dan gerak kita itu cuba dimatikan
lawan, kita berupaya bertindak dengan menggunakan buah yang lain.
Dalam huraian falsafah pakai tak pakai dan tak pakai pakai
berdasarkan situasi tersebut, membawa makna ketika mengatasi
serangan lawan, buah yang kita pakai diatasi lawan maka dengan
sistem pelajaran kita, pengamal Silat Cekak masih berupaya
menggunakan buah lain untuk mengatasi gerak lawan.
Satu lagi bentuk tafsiran yang kita boleh buat adalah
membawa makna bahawa buah-buah yang kita pakai, tidak boleh
dipakai oleh orang lain ke atas diri kita. Buah-buah jatuh dan ajaran
menangkis semua pukulan tongkat dan tikaman dengan tangan
kosong yang kita pakai, tidak boleh digunakan oleh orang lain ke atas
kita. Hal yang demikian kerana kita ada sistem potong yang tidak ada
pada orang lain. Begitulah fahamnya Pakai Tak Pakai, Tak Pakai
Pakai. Ahli-ahli yang telah tamat akan dipupuk dengan falsafah ini
secara praktikalnya.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 40
Berdasarkan perbincangan di atas, secara kesimpulan saya
berpendapat bahawa falsafah tersebut boleh membawa beberapa
makna. Pertamanya sesama ahli tidak boleh bergaduh. Konsep tidak
boleh bergaduh bukanlah merujuk pada prinsip tegahan. Sebaliknya
konsep tidak boleh bergaduh itu adalah merujuk pada sistem
pelajaran Silat Cekak yang menyebabkan sesama ahli tidak boleh
bergaduh. Jika bergaduh maka tidak ada yang menang dan tidak ada
siapa yang kalah. Oleh itu tidak boleh bergaduh membawa makna
perbuatan yang sia-sia.
Keduanya, kita perlu yakin dengan keistimewaan yang ada
dalam Silat Cekak. Tumbuk serangnya amat membantu dalam aspek
serangan. Lebih-lebih lagi dengan adanya sistem potong maka
lengkaplah kaedah serang dalam Silat Cekak. Serangan Silat Cekak
akan mempastikan kemenangan mutlak.
Berilah keyakinan tersebut tanpa ada perasaan syak atau
ragu-ragu. Konsep „calit kapur‟ adalah menandakan ketepatan
serangannya. Segala pelajaran lawan kita akan tidak terpakai apabila
kita memakai kaedah serangan kita. Bila kita pakai maka pelajaran
orang lain akan tidak pakai.
Konsep serangan kita pernah digambarkan dalam sastera
rakyat Hikayat Malim Deman. Serangan kita banyak dibantu oleh
tumbukannya dan sistem potong yang ada. Hal yang demikianlah
menyebabkan musuh akan tertewas dengan mudahnya. Saya petik
semula konsep serangan Silat Cekak dalam cerita rakyat tersebut.
..ingat-ingat, inilah gayung anak piatu, jikalau disambut kena
dua, jikalau tiada disambut kena satu.
Di samping aspek serangan Silat Cekak yang lengkap,
pelajaran kita juga ada keistimewaannya dalam aspek pertahanan
diri. Buah-buah jatuhnya adalah lengkap dan kemas dengan pukulan
dan kuncian. Ketika serangan dilakukan musuh, apabila pengamal
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 41
Silat Cekak mengguna atau memakai buah-buah tersebut, akan
menyebabkan gerak lawan tidak terpakai. Pihak lawan tidak akan
berupaya mematikan gerak yang dilakukan oleh pengamal Silat
Cekak. Begitu juga dengan penggunaan senjata parang lading.
Penggunaannya akan menyebabkan serangan senjata lawan akan
gagal.
Oleh itu, falsafah Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai perlulah
dihayati dengan sepenuh hati oleh penuntut Silat Cekak yang telah
tamat pembelajarannya. Kefahaman padanya akan memupuk sifat
yakin diri yang menjurus kepada sifat keberanian yang berasas.
Bukan khayalan semata-mata.
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi sedang beraksi dalam satu persembahan Seni Silat Cekak di Universiti Malaya, Kuala lumpur - 1976
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 42
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi sedang melakukan kuncian buah Kuntau Jatuh dalam persembahan Seni Silat Cekak di Universiti Malaya, Kuala lumpur - 1976
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 43
MENGENALI
SIFAT SILAT CEKAK
UNGKAPAN KETIGA
Pergerakan Silat Cekak adalah
berdasarkan gerak semula jadi.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 44
UNGKAPAN KETIGA
Pergerakan Silat Cekak adalah berdasarkan gerak semula jadi.
Pendahuluan
Para penuntut Silat Cekak selalu difahamkan bahawa
pergerakan Silat Cekak adalah berdasarkan gerak semula jadi
manusia. Kerap kali istilah gerak semula jadi itu dikatakan sebagai
gerak normal manusia. Gerak yang tidak dibuat-buat. Kalau gerak
yang dibuat-buat maka terpaksalah menggunakan tambahan
kekuatan atau tambahan tenaga. Kita anggap gerak itu juga sebagai
gerak sukan. Fahaman yang sedemikian adalah jelas pada kita.
Berbeza sangat dengan persilatan kita. Silat Cekak adalah kaya
dengan gerak seni yang berasas pada gerak semula jadi.
Namun begitu, dakwaan gerak semula jadi tidak terhad dalam
Silat Cekak sahaja. Nampaknya, ada juga persilatan Melayu lain
yang mendakwa gerak mereka juga adalah berdasarkan gerak
semula jadi. Walau bagaimanapun, fahaman gerak semula jadi kita
tidak sama dengan fahaman gerak semula jadi yang ada pada
fahaman mereka. Berhati-hatilah ketika berbincang tentang konsep
gerak semula jadi dengan pengamal persilatan Melayu yang lain.
Perbincangan tersebut boleh mengundang perbahasan yang akan
banyak membuang masa. Tidak ada penghujungnya.
Ada juga dalam kalangan persilatan gerak tari silat Melayu
yang menganggap bahawa gerak tari silat mereka juga adalah
berdasarkan gerak semula jadi manusia. Gerak itu diilhamkan pada
gerak bayang tubuh badan di air. Apabila air bergerak kerana tiupan
angin atau air bergerak kerana perbuatan manusia, bayang tubuh
badan di air akan bergerak. Maka lahirlah ilham untuk mereka gerak
tari. Dikatakan bahawa gerak tari itu adalah sifat semula jadi hasil
pergerakan badan yang diilhamkan melalui bayang di air. Susah bagi
kita untuk memahami dakwaan mereka tersebut.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 45
Apatah lagi jika ada dalam kalangan mereka yang cuba
membuktikan gerak semula jadi persilatan mereka hasil ilham dalam
mimpi atau diajar oleh makhluk ghaib. Banyak khayalan berbanding
dengan fakta. Pada mereka, tidak perlu pembuktian. Percaya sahaja.
Macam mana kita boleh terima.
Nampaknya, kalau kita berbincang atas fahaman tersebut,
banyak masa akan terbuang. Lebih-lebih lagi pada mereka yang
berfaham tegar. Tidak boleh berbincang secara rasional. Pintu hati
telah tertutup. Perkara pastinya, fahaman gerak semula jadi yang ada
pada kita tentunya tidak sama dengan fahaman mereka tersebut.
Malah, ada persilatan yang bergelar Silat Semula Jadi. Walau
bagaimanapun, dakwaan konsep gerak semula jadi yang diamal
mereka adalah tidak sama dengan rupa bentuk persilatan kita. Saya
pernah melihat persembahan persilatan yang mendakwa sebagai
semula jadi tersebut. Walau bagaimanapun saya tidak
berpengetahuan mendalam tentang gerak yang mereka amalkan.
Kedudukan menunggu masih berdiri lurus. Namun begitu, ketara juga
perbezaan dalam prinsip gerak tindakan seperti yang ada pada
persilatan kita.
Oleh itu, dalam tulisan ini saya ingin menyentuh tentang
ungkapan seterusnya yang ada dalam fahaman kita. Pergerakan Silat
Cekak adalah berdasarkan gerak semula jadi manusia. Dalam tulisan
ini perbincangan saya lebih berfokus tentang gerak semula jadi Silat
Cekak. Isi perbincangan mungkin berulang dengan apa yang pernah
saya sentuh dalam tulisan terdahulu.
Konsep Semulajadi
Pengamal Silat Cekak telah diyakinkan bahawa gerak yang
ada pada sistem pelajaran kita adalah berdasarkan gerak semula jadi
manusia. Ustaz pernah menulis seperti berikut:
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 46
Pergerakan dan sistem silat ini sesuai benar dengan gerak
geri semula jadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa
yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama Islam.
Apabila kita mengunakan istilah semula jadi, tentunya ada
bandingannya dengan gerak yang dibuat-buat. Gerak yang dibuat-
buat mengundang pada penggunaan kekuatan dan tenaga yang
banyak. Ketika melakukan gerak sedemikian akan memaksa fikiran
memberikan tumpuan pada gerak tersebut. Fikiran akan stress.
Ketegangan. Jiwa tidak tenang.
Kefahaman yang diasaskan Ustaz adalah jelas. Gerak semula
jadi yang kita maksudkan dalam persilatan Silat Cekak adalah
bersifat „selamba‟. Geraknya adalah macam biasa sebagai gerak
kebiasaan manusia. Tidak perlu gopoh-gopoh. Tenang sifatnya.
Tidak perlu menjerit-jerit atau melagakkan gerak tangan, kaki atau
gerak badan bagi menakut-nakutkan lawan. Gerak yang sedemikian
pun akan mengundang kepenatan. Banyak kalori yang terpaksa
digunakan.
Rupa-rupanya gerak biasa atas kebiasaan manusia itulah
merupakan keluarbiasaan kita berbanding dengan gerak dalam
persilatan Melayu. Ustaz telah menegaskan dalam ungkapannya
tentang gerak yang dipakai dalam Silat Cekak, seperti berikut.
Seni silat bergerak secara halus sejajar dengan pergerakan
semula jadi dan sememangnya sesuai dipanggil seni. Manakala
pergerakan silat jenis sukan, bergerak bukan cara normal
(pergerakan yang dibuat-buat).
Ustaz telah menghuraikan bahawa sifat yang bukan seni
adalah bergerak secara kasar. Kekuatan menjadi ukuran utama.
Saya telah menyentuh secara panjang lebar ketika menulis tentang
sifat membangkang dalam gerak persilatan. Tidak ada istilah
membangkang dalam prinsip dan konsep persilatan kita.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 47
Sifat membangkang adalah berbeza dengan sifat seni. Gerak
seni adalah gerak menurut. Pergerakan yang membangkang
memerlukan tenaga yang kuat, berbanding dengan pengamal gerak
seni.
Ahli seni silat yang sebenar boleh menewaskan musuh yang
lebih kuat dan bertenaga dengan kaedah yang bijaksana.
Oleh sebab penekanan gerak dalam Silat Cekak adalah
berdasarkan pada gerak semula jadi maka menyebabkan kita mudah
membuat penegasan tentang faedah penggunaannya. Kita boleh
membuktikan bahawa gerak yang ada dalam Silat Cekak adalah
mantap dan berkesan. Sifat gerak semula jadi tentu berbeza dengan
sifat gerak yang dibuat-buat. Sesuatu yang ori tentulah tinggi nilainya
berbanding dengan sesuatu yang bersifat tiruan.
Dalam tulisan Ustaz seterusnya, Ustaz menegaskan:
Silat ini diajar secara ilmiah sesuai dengan gerak geri normal
manusia dengan menggunakan pancaindera yang sempurna
berdasarkan fikiran yang sihat dan jiwa yang tenang.
Hal yang sedemikianlah memudahkan kefahaman Silat Cekak
disampaikan pada mereka yang boleh berfikir dengan menggunakan
pemikiran yang sihat. Kita boleh membuktikan keberkesanan gerak
yang ada dalam Silat Cekak sama ada secara ilmiah atau secara
amali. Gerak kita adalah bersistem berdasarkan kenyataan. Tidak
banyak alasan yang perlu diberi sebagai maksud pembuktian
tersebut. Hal yang demikianlah menyebabkan penegasan saya.
Letakkan kepercayaan mutlak pada Silat Cekak sebagai pusaka
bangsa yang amat berkesan.
Gerak yang semula jadi banyak manfaatnya pada kita sebagai
pengamal Silat Cekak. Kita boleh berbangga kerana berada dalam
persilatan Silat Cekak. Semua pergerakan yang ada dalam Silat
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 48
Cekak adalah berdasarkan gerak semula jadi. Sifat gerak semula jadi
itu boleh dilihat dalam pelajaran gerak Kaedah, gerak Buah Jatuh,
gerak buah Potong dan seterusnya gerak Serangan. Gerak yang
sedemikian telah melahirkan ciri-ciri khas yang merupakan prinsip
utama dalam gerak-gerak persilatan Silat Cekak Gerak itu juga telah
mencorakkan rupa bentuk persilatan Silat Cekak.
Tak kenal maka tak cinta. Melalui ciri-ciri khas tersebut, kita
akan lebih mengenali Silat Cekak. Bila sudah kenal maka sepatutnya,
semakinlah kita sayang akan persilatan Silat Cekak. Terbit bibit-bibit
cinta yang boleh menebalkan komitmen kita pada Silat Cekak.
Perjuangan kita akan lebih terarah dan memberi makna. Kita akan
dapat merasai kemanisan mengamal dan menyebarkan ilmu
persilatan Silat Cekak dalam kalangan masyarakat. Hal yang
demikian akan menguatkan keyakinan dan ketahanan diri dalam
proses penyebaran ilmu Silat Cekak.
Saya galurkan antara ciri-ciri khas berkaitan prinsip gerak
yang boleh melambangkan rupa bentuk Silat Cekak. Ciri-ciri tersebut
juga boleh membawa makna akan prinsip yang ada pada Silat
Cekak.
i. Gerak kita adalah halus dan merupakan gerak seni dalam
persilatan. Hal yang demikian memberi makna bahawa
sistem yang ada dalam Silat Cekak mampu untuk mengatasi
pelbagai bentuk serangan lawan. Ukuran badan tidak menjadi
halangan utama. Seperti yang Ustaz nyatakan bahawa ahli
seni silat yang sebenar boleh menewaskan musuh yang lebih
kuat dan bertenaga dengan kaedah yang bijaksana. Itulah
salah satu kelebihan dan keistimewaan yang menggambarkan
rupa bentuk Silat Cekak.
ii. Sifat gerak sukan tidak ada dalam konsep gerak semula
jadi dalam Silat Cekak. Tidak banyak tenaga dan kekuatan
yang diperlukan dalam gerak Silat Cekak. Ukuran umur tidak
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 49
menjadi halangan untuk melakukan gerak. Selagi bergerak
tangan dan kaki, pengamal Silat Cekak masih berupaya
bersilat. Hal yang demikian tentunya berbeza dengan
persilatan Melayu lain yang bercorak tempur. Banyak
kekuatan dan tenaga yang sangat diperlukan. Ketika usia
semakin lanjut maka semakinlah terbatas geraknya dalam
persilatan. Kurang kemampuan untuk membuat gerak
lompatan dan elakan. Stamina mesti bagus. Kalau tidak ada
kelebihan seperti orang muda, alamat ketinggalan dalam
tandingan gerak.
iii. Gerak Kaedah untuk menepis serangan lawan adalah
berdasarkan gerak menurut. Maknanya, dalam Silat Cekak
tidak ada istilah gerak membangkang. Gerak membangkang
adalah gerak sukan. Gerak menurut adalah merupakan gerak
semula jadi manusia dalam konteks menepis serangan tangan
lawan. Penggunaan Kaedah kita adalah menurut gerak
tangan lawan. Penumbuk yang dilepaskan adalah mempunyai
kecenderongan ke arah „dalam‟ badan. Kaedah kita adalah
menumpang gerak tumbukan lawan tersebut. Tidak banyak
tenaga dan kekuatan yang diperlukan dalam gerak yang
sedemikian berbanding dengan gerak membangkang.
iv. Pergerakan kaki dan tangan ketika membuat buah
adalah berdasarkan gerak bersahaja. Berdirinya juga adalah
bersifat bersahaja. Tidak menampakkan kesediaan yang
bersungguh bagi menghadapi lawan. Kaedah tepisannya juga
adalah bersahaja. Gerak tepisan adalah secara menurut
gerak serangan tangan lawan tanpa banyak menggunakan
tenaga dan kekuatan. Gerak yang bersahaja membawa
makna tidak ada gerak yang dibuat-buat atau gerak yang
dipaksa-paksa atau gerak yang ditokok tambah pada gerak
kebiasaan tangan dan kaki bagi menghasilkan buah-buah.
Masak Gerak
Dato’ Mohd Rauhi 50
v. Pergerakan Silat Cekak yang bersahaja menyebabkan sifat
dan sikap pengamalnya berada dalam keadaan
tenang. Tidak perlu menjerit-jerit bagi „memanggil‟ semangat.
Semangat sentiasa ada ketika menghadapi lawan. Kita juga
tidak perlu melagakkan tangan dan badan ketika melakukan
gerak. Ada yang terketar-ketar tangan bagi menakut-nakutkan
musuh. Macam ular di padang pasir yang menggetarkan
ekornya bagi menakutkan musuh. Orang lain mungkin
menganggap gerak kita bersifat biasa. Tidak ada
„penggerunnya‟. Bersifat selamba kerana seolah-olah
berlagak tidak tahu atau bersifat berpura-pura. Hakikatnya,
gerak kita adalah gerak yang bersahaja-sahaja. Hal yang
demikian adalah merupakan salah satu keistimewaan yang
ada dalam Silat Cekak.
Gerak Semulajadi Dalam Sistem Menunggu Serangan
Sistem mempertahankan diri dalam Silat Cekak adalah
mantap dan amat praktis sekali. Geraknya adalah berdasarkan gerak
yang praktik kerana boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa
mengira tingkat umur. Maknanya, pelajaran Silat Cekak adalah
sentiasa berfaedah sepanjang masa. Boleh diguna sampai ke tua.
Pada pandangan saya, dalam sistem tersebut terdapat tiga
(3) komponen besar yang penting. Saya merujuk istilah komponen
untuk memperlihatkan bahagian dalam satu sistem yang amat
lengkap dan sempurna itu. Komponen-komponen itulah yang
membentuk sistem pertahanan di