MANUAL LATIHAN MODUL HCM-PAYROLL HCM-3201 Jana Laporan EC dan Penyediaan Data Tahunan Cukai Versi 1.1 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA Manual Latihan ini adalah dokumen rujukan untuk latihan 1GFMAS. Tiada bahagian daripada dokumen ini boleh diterbitkan semula, dicetak semula, disimpan di dalam bentuk yang boleh diguna semula dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara tanpa kebenaran daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
13
Embed
MANUAL LATIHAN - rurallink.gov.my · HCM-3201 Jana Laporan EC dan Penyediaan Data Tahunan Cukai Manual Latihan 1GFMAS Muka Surat 4/13 1.0 PENGENALAN 1.1 Jana Laporan EC dan Penyediaan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MANUAL LATIHAN
MODUL HCM-PAYROLL
HCM-3201 Jana Laporan EC dan Penyediaan Data Tahunan Cukai
Versi 1.1
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Manual Latihan ini adalah dokumen rujukan untuk latihan 1GFMAS. Tiada bahagian daripada dokumen ini boleh diterbitkan semula, dicetak semula, disimpan di dalam bentuk yang boleh diguna semula dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara tanpa kebenaran daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
HCM-3201 Jana Laporan EC dan Penyediaan Data Tahunan Cukai
Manual Latihan 1GFMAS Muka Surat 2/13
PINDAAN DOKUMEN
Dokumen ini telah dipinda dengan keterangan berikut:-
NO VERSI TARIKH DIKEMASKINI OLEH CATATAN
1 1.0 22 Ogos 2014 Nasyitah Mohd Zubir Pertama kali diterbitkan
2 1.1 30 Nov 2015 Nasyitah Mohd Zubir
1- Penambahbaikan pada kandungan Pengenalan. 2- Perubahan paparan antaramuka pada skrin EC Summary.
HCM-3201 Jana Laporan EC dan Penyediaan Data Tahunan Cukai
1.1 Jana Laporan EC dan Penyediaan Data Tahunan Cukai ......................................... 4 1.2 Objektif .................................................................................................................... 5
HCM-3201 Jana Laporan EC dan Penyediaan Data Tahunan Cukai
Manual Latihan 1GFMAS Muka Surat 4/13
1.0 PENGENALAN
1.1 Jana Laporan EC dan Penyediaan Data Tahunan Cukai
Proses jana laporan EC dan penyediaan data cukai tahunan akan dilaksanakan setelah selesai proses gaji untuk bulan Disember. Proses ini memerlukan langkah-langkah berikut:
1. Jana Penyata Pendapatan (EC) secara individu dan secara pusat pembayar. Laporan ini akan dihantar ke eGaji untuk semakan pegawai dan PTJ. Manual ini akan menerangkan cara untuk menjana EC secara individu yang akan dimuat turun ke folder eGaji di server AL11. Laporan ini kemudiannya perlu dizip dan dimuat naik ke eGaji melalui transaksi ZRPY125. Bagi menjana EC dengan pilihan secara pusat pembayar, ulangi langkah-langkah yang sama dengan memilih 'By Pay Center'.
2. Muat turun fail CP8D ke folder 1GFMAS di server AL11. Langkah ini akan menghasilkan 2 fail iaitu maklumat majikan (CP8D-M) dan maklumat pekerja (CP8D-P). Setelah fail CP8D berada di server AL11, CP8D-M dan CP8D-P boleh dipindahkan ke folder WebMethods melalui transaksi ZFILEMGR. Fail ini kemudiannya akan dipindahkan ke Comm. Server untuk diambil oleh LHDN.
Proses ini hanya boleh dilaksanakan di Pejabat Perakaunan. Untuk menunjukkan proses yang lengkap, manual ini akan menerangkan larian program berkaitan proses secara foregound. Walaubagaimanapun, larian secara foreground ini adalah untuk nombor gaji yang terhad sahaja. Bagi tidak membebani sistem di 1GFMAS, proses ini perlu dilaksanakan secara background dengan mengulangi langkah-langkah yang sama dengan memilih di menu Program > Execute in Background sebagai gantian kepada langkah Execute.
Status bagi larian program secara background boleh disemak di Display Own Jobs (transaksi SMX) manakala laporan hasil dari larian secara background pula boleh diperoleh di spool (transaksi SP02).
HCM-3201 Jana Laporan EC dan Penyediaan Data Tahunan Cukai
Manual Latihan 1GFMAS Muka Surat 5/13
Capaian ke transaksi boleh dilakukan dengan menaip kod transaksi pada kotak arahan atau melalui menu berikut: