1.0Penyediaan Tapak
Penyediaan tapak adalah peringkat permulaan dalam peringkat
pembinaan sebelum kerja sebenar sesuatu projek dapat dijalankan.
Penyediaan tapak adalah sangat penting kerana ia memenuhi keperluan
projek dan keadaan sesuatu tapak. Penyediaan tapak bagi pembinaan
yang memerlukan kerja bawah tanah adalah lebih teliti dan penting
kerana ia memerlukan keperluan binaan yang lebih banyak.
Aktiviti-aktiviti penyediaan tapak termasuklah pembersihan tapak,
kerja tanah, penyahairan, pagar, bangunan dan jalan sementara.
1.1Pembersihan Tapak Bina (Site Clearing)
Kerja pembersihan tapak bina perlu dibersihkan secara
keseluruhannya sehingga mencapai struktur asal tanah tersebut dan
seterusnya diratakan mengikut had yang ditetapkan dalam pelan-pelan
yang diusul. Antara kerja pembersihan yang perlu diutamakan ialah
menebang, meroboh dan membuang pokok-pokok, akar, semak-samun,
tumbuhanan, tunggul tanah serta segala jenis struktur binaan lama
yang menghalang proses pembinaan yang terdapat dalam lingkungan
kawasan tapak bina tersebut. Selain itu, sampah-sarap, tanah
buangan dan bahan kimia juga perlu dialih dan dibuang daripada
mengganggu kawasan tersebut. Pembersihan perlukan dilakukan dengan
menggunakan mesin jengkaut dan jentolak. Adalah sangat penting
dalam pembersihan tapak bina, kawasan sempadan projek telah
ditentukan dan ditanda di atas tanah supaya kerja-kerja pembersihan
tersebut tidak melebihi kawasan yang ditetapkan. Selain itu, kerja
ini perlu diberi perhatian dari sudut keselamatan di mana terdapat
beberapa kawasan tapak bina mungkin telah tersedia ada menjadi
laluan penghubung bagi kabel bawah tanah, paip gas dan sebagainya.
Berikut merupakan beberapa tujuan pembersihan tapak:
1.11Tujuan pembersihan tapak meliputi:i. Memberi kemudahan untuk
kerja-kerja penyediaan tapak seperti kerja tanah, pemancangan dan
penyahairan dapat dilaksanakan dengan lebih mudahii. Kerja-kerja
dalam peringkat pembinaan meliputi struktur bawah, strukur atas dan
kerja luar dapat disediakaniii. Mengutamakan keselamatan
pekerja-pekerja binaaniv. Menyediakan laluan keluar masuk
sementarav. Dapat menyediakan kawasan-kawasan penting seperti
bangunan sementara, tempat simpanan bahan binaan, tangki minyak dan
sebagainya
Rajah 1.1.1: Kerja pembersihan tapak
1.2Kerja Tanah (Earthwork)Kerja tanah merupakan kerja
kejuruteraan dalam proses penyediaan tapak dan bermaksud penyediaan
aras pembentukan (formation level) seperti yang dikehendaki dalam
lukisan tapak. Aras pembentukan ialah aras yang dibentuk sama ada
dengan memotong atau menimbun tanah pada tapak bagi menempatkan
struktur bangunan yang dicadangkan. Ia melibatkan kerja pemotongan
(excavation), penambakan (embankment), pemadatan dan pencerunan
tanah di tapak bina. Melalui formasi dan profil tapak asal yang
telah dibersihkan, pelan kerja tanah dirujuk untuk memberi gambaran
aras tanah yang perlu dipotong dan ditimbus. Aras tanah yang tinggi
daripada aras pembentukan, kerja pemotongan tanah perlu dilakukan
manakala jika aras tapak tersebut lebih rendah daripada aras
pembetukan, kerja penimbunan tanah diperlukan. Walaubagaimanapun,
sekiranya tapak yang mempunyai aras yang sama seperti aras
pembutakan, ia perlu dikekalkan dan kerja tanah tidak
diperlukan.
Sesuatu tanah yang dipotong kebiasaannya struktur tanah tersebut
telah sedia ada padat manakala tanah yang ditimbun perlu dimampat
dan dipadatkan terledih dahulu. Proses tersebut merupakan proses
yang paling besar dalam penyediaan tapak kerana ia melibatkan
jentera pengangkutan yang banyak seperti pengorek, jengkaut,
jentolak, lori. mesin kompakter dan sebagainya. Tambahan pula, ia
memakan masa yang lama untuk dikerjakan kerana setiap daripadanya
perlu dilakukan lapis demi lapis lebih-lebih lagi jika melibatkan
topografi yang tidak rata ataupun berbukit dan gaung.
Dalam kes-kes tertentu di tapak binaan yang melibatkan kawasan
yang berbatu, kerja pengalihan batu perlu dilakukan dan dibuang di
tempat yang dibenarkan. Jika batu besar yang tidak boleh diangkut
ke tempat lain, proses letupan batu (rock blasting) perlu dilakukan
sehingga kawasan tersebut benar-benar bebas daripada material keras
yang mengganggu pembinaan terutamanya di dalam tanah.
Pemadatan ialah proses untuk meningkatkan ketumpatan tanah yang
longgar. Tujuannya agar dapat mengelakkan hakisan tanah pada tapak
yang sudah mencapai aras pembentukan. Ia mampu merapatkan butiran
tanah dan membuang air dan udara yang terkandung dalam tanah
tersebut. Namun, proses ini perlukan dilakukan secara berperingkat
di mana lapisan demi lapisan tanah dimampatkan.
Pencerunan adalah proses untuk mendapatkan permukaan mengikut
bentuk dan kecerunan yang dikehendaki dalam pelan. Cerun adalah
penting kepada kerja tanah kerana ia menjadi penampan atau dinding
semula jadi dalam dua aras tanah yang berbeza. Cerun juga perlulah
dilakukan dengan mengikut standard piawai yang diluluskan. Ia
melibatkan proses merata dan melicinkan permukaan tanah dan
seterusnya perlu ditanam rumput sebagai penampan hakisan.
Rajah 1.2.1: Kerja mengaut tanah
Rajah 1.2.2: Proses menggerudi batu untuk aktiviti meletupkan
batu
Rajah 1.2.3: Proses membuat cerun bukit
1.3) Pemancangan (Setting Out)
Pemancangan ialah kerja tanah yang melibatkan proses ukur untuk
menanda bagi menentukan kedudukan titik melibatkan koordinat serta
aras ketinggian di atas tanah berdasarkan penetapan dalam pelan
susun atur (layout plan) dan pre-com plan. Pemancangan ini
merupakan satu bentuk rujukan yang menterjemah lukisan di atas
pelan ke atas tanah. Justeru, bentuk yang terdapat di dalam pelan
akan dilukis semula di atas tanah supaya bentuk asal serta aras
yang dikehendaki itu dapat diberikan maklumat tepat untuk proses
penyediaan tapak.
Sebelum kaedah pemancangan dilakukan, adalah perlu untuk titik
panduan atau titik datum yang mempunyai koordinat lokasi dan aras
ketinggian lokasi tersebut untuk dirujuk. Titik panduan ini adalah
penentu bagi setiap posisi yang akan ditanda dan diaraskan. Titik
datum yang mempunyai aras tanah itu merujuk kepada aras tanah dari
paras laut. Titik datum ini kebiasaannya perlu diletakkan di
kawasan tinggi yang tidak mudah diganggu dan disediakan oleh
jurukur yang bertauliah. Kerja-kerja mengaras dan memancang
dilakukan oleh jurukur tanah dan pemancangan itu kebiasaannya
menggunakan pancang buluh, kayu atau besi.
1.3.1) Antara perkara yang boleh dipancang untuk kawasan
pembinaan termasuklah:
i. Tapak rumahii. Jalaniii. Ceruniv. Struktur binaan (atas &
bawah)v. Sistem pengairan
Rajah 1.3.1: Pemancangan tapak rumah dan jalan selepas
dipotong
Rajah 1.3.2: Pemancangan pada struktur asas binaan
Rajah 1.3.3: Hasil kerja pemancangan selepas kerja tanah untuk
mendapatkan asas tanah binaan rumah dan jalan
1.4) Pagar / Dinding Adang (Hoarding)
Kerja-kerja pembinaan amat memerlukan pagar dan dinding adang
yang sementara. Mengikut garis panduan dalam kerja pembinaan, ia
amat diperlukan dalam satu-satu tapak bina atas tujuan yang
pelbagai. Antara sebab utama diperlukan pagar tersebut adalah
kerana faktor keselamatan dalaman dan luaran pada tapak binaan. Ia
meliputi tujuan keselamatan awam dan keselamatan tapak binaan di
mana ia dapat diasingkan daripada orang ramai yang berada di
sekitar. Dari perspektif keselamatan, secara amnya ia dapat
menghalang orang yang tidak berkenaan daripa memasuki tapak binaan.
Hal yang demikian kerana kawasan pembinaan adalah tempat berisiko
tinggi akibat daripada kerja-kerja berat dalam pembinaan,
termasuklah segala peralatan dan suasananya yang tidak memberi
keselesaan. Justeru, ia adalah berbahaya yang memberi risiko
kecederaan fizikal mahupun kematian kepada manusia jika terjadi
perkara-perkara yang tidak diduga.
Selain itu, ia juga memberi keselamatan kepada kontraktor yang
terlibat daripada kes kecurian dan kehilangan. Apabila pihak yang
tidak berkenaan dapat memasuki tapak binaan dengan mudah, risiko
untuk terjadinya kecurian, rompakan dan sebagainya adalah tinggi.
Ini kerana segala jentera, peralatan, bahan binaan dan para pekerja
yang merupakan aset mudah menerima ancaman tersebut. Justeru,
dengan adanya pagar ini maka keselamatan tapak binaan akan lebih
terjaga kerana dapat menyukarkan kemasukan orang yang tidak
berkenaan.
Secara amnya, pagar yang terdapat di kawasan pembinaan mestilah
cukup tinggi sekurang-kurangnya 2 meter tinggi yang menyukarkan
orang untuk masuk, melompat dan memanjat pagar tersebut. Ia
perlulah cukup jelas memberi gambaran serta penegasan bahawa tempat
itu adalah berisiko tinggi dan sedang dijalankan kerja pembinaan.
Pagar perlu diletakkan pada sempadan projek pembinaan. Akan tetapi,
rupa bentuk pagar, struktur dan ciri-ciri pagar adalah berbeza-beza
mengikut keperluan tapak binaan. Pagar yang menutupi lingkungan
kawasan pembinaan perlulah mempunyai pintu keluar masuk utama yang
sesuai serta perlu dijaga oleh pengawal yang berfungsi untuk
mengawasi dan memantau kawasan itu.
Sebagai nilai tambah pada fungsi pagar tersebut, pihak pemaju
atau kontraktor disarankan menggunakan idea mereka untuk
menghasilkan mesej yang mempunyai pelbagai kreativiti untuk
masyarakat umum. Ini termasuklah membuat iklan promosi berkenaan
projek yang sedang dijalankan, memberi maklumat projek, peta
interaktif, iklan kesedaran dan bermacam-macam lagi bergantung
kepada kesesuaian yang mampu menarik perhatian umum. Malah,
terdapat juga pemaju projek yang membuat keuntungan dengan
menyewakan ruangan pagar untuk iklan kepada syarikat luar,
sekaligus dapat memberi variasi dalam bentuk pengiklanan.
1.4.1) Berikut adalah contoh garis panduan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Rekabentuk Bandar & Bangunan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur berkenaan pagar perlindungan sementara di tapak pembinaan.
Antara syarat-syarat amnya ialah:
i. Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan sehingga
pagar perlindungan sementara didirikan untuk mengasingkan kawasan
tapak binaii. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina
sepenuhnya di sekeliling dan menutupi kawasan tapak binaiii. Bagi
pagar perlindungan yang berhadapan dengan jalan utama, pemaju
diwajibkan untuk menghiasi pagar dan pintu masuk dengan illustrasi
yang menarik yang berkenaan dengan pembangunan tersebut.iv. Warna
pagar perlindungan sementara yang dibenarkan adalah biru atau
kelabuv. Pagar perlindungan sementara hendaklah tidak menghalang
pili bomba dan alat perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada.vi.
Kain kanvas atau plastik hendaklah direntang sekiranya pagar
perlindungan sementara dibuka sementara waktu.vii. Kerja-kerja
seperti membina sheetpile, longkang tepi dan sebagainya yang perlu
dijalankan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah dililitkan
dengan pita amaran dengan jarak 1 meter dari kawasan kerja. Kawasan
tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah diawasi oleh pengawal
untuk menghalang orang-orang awam daripada mencerobohi ke dalam
tapak pembinaan. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina
semula sebaik sahaja kerja-kerja tersebut siap dijalankan.
Rajah 1.4.1: Ilustrasi rupa bentuk pagar perlindungan
sementara
Rajah 1.4.2: Pagar penghandang sementara yang dihias untuk
tujuan pengiklanan
Rajah 1.4.3: Pagar asas yang biasa digunakan (biru)
1.5) Penyahairan (Dewatering)Penyahairan adalah proses
pengepaman untuk pengawalan dan pengeluaran air dari struktur tanah
dan struktur pejal di mana terdapat air berkumpul. Air yang
terkumpul itu akan dialirkan ke satu aras tanah yang lain supaya
tempat yang terkumpul air itu dapat digali atau ditimbus tanah
dalam keadaan lebih kering dan lebih stabil. Ini kerana sumber air
yang terkumpul boleh menyebabkan struktur tanah itu tidak padat dan
pemendapan akan berlaku. Malah, banjir juga boleh berlaku apabila
terlalu banyak air yang terkumpul lebih daripada tahap kuantiti
kawasan itu. Terdapat beberapa sumber air yang menyebabkan berlaku
pengumpulan air, antaranya ialah air hujan yang bertakung, sumber
air bawah tanah, sistem pengairan tidak cekap dalam pembinaan,
resapan air ke dalam tanah dan sebagainya. Sebelum sesuatu projek
pembinaan dijalankan, kerja mengesan punca air telah dikaji dan
perlulah proses penyahairan ini dilakukan dengan menyediakan laluan
air yang baru seperti lurang atau pembentung air, laluan air
sementara dan kolam tahanan air yang menghubungkan dengan sungai
dan sistem perparitan yang terancang. Kapasiti dan kuantiti air
tersebut perlu dikawal pada satu tempat dalam projek pembinaan
supaya ia tidak melimpah keluar ke tempat awam dan juga tapak
pembinaan tersebut.
1.5.1) Antara kaedah penyahairan yang digunakan di tapak binaan
ialah:i. Sump pumpingTerdapat banyak proses dalam penyahairan,
kebiasaannya menggunakan sump pumping. Air dikumpul pada bahagian
paling dalam penggalian dan dipam keluar. Ia adalah sistem
penyahairan yang mudah dan murah. Namun kaedah ini terhad untuk
digunakan dalam tanah yang agak kasar. Jika digunakan dalam tanah
berbutir halus boleh membawa kepada hakisan dan juga menyebabkan
masalah pencemaran disebabkan air yang berkelodak.ii. Culvert
Selepas air dipam dan disalurkan, struktur pembentung (culvert)
yang membolehkan air mengalir melaluinya yang tertanam dan
dikelilingi oleh tanah. Culvert dibuat daripada paip yang mempunyai
bahan yang berlainan, bahan konkrit bertetulang dan lain-lain.
Fungsi ini amat penting untuk menyalurkan larian air ke sistem
perparitan, kolam tahanan dan sungai.
Rajah 1.5.1: Air yang terkumpul selepas penggalian tanah dan
perlu dialir keluar
Rajah 1.5.2: Contoh pam asas yang digunakan untuk menyedut
air
Rajah 1.5.3: Sistem perparitan utama untuk memudahkan pengaliran
air semasa air dipam
Rajah 1.5.4: Culvert yang berfungsi membantu pengaliran air
1.6) Bangunan dan Jalan Sementara
Di satu kawasan tapak pembinaan, tapak perlu disusun atur
sebelum sesuatu projek pembinaan dijalankan. Pelan susun atur tapak
perlu disediakan melibatkan bangunan dan jalan sementara. Susun
atur tapak merupakan faktor kecekapan kerja binaan bagi mencapai
sasaran kerja binaan di mana ia perlu mengikut spek masa, kos dan
kualiti.
1.6.1)Antara kepentingan susun atur tapak bagi menempatkan
bangunan dan jalan sementara ialah:
i. Menyediakan tempap penyimpanan segala jentera dan peralatan
dengan baikii. Menjamin keselamata pekerjaiii. Penggunaan ruang
secara optimum bagi menjalan kerja pembinaaniv. Penggunaan tenaga
kerja, bahan dan komponen pembinaan yang minimum
1.6.2)Antara susun atur tapak yang terdapat dalam tapak
pembinaan meliputi:
i. Pejabat tapakii. Rumah pekerja (kongsi)iii. Kantin iv. Tempat
mengumpul bahan binaan / storv. Kawasan tangki minyak dan bahan
mudah terbakar vi. Jalan keluar masuk jentera pengangkutanvii.
Jalan sementara yang menghubungkan kawasan pembinaan
1.6.3)Laluan Keluar Masuk dan Jalan Sementara
Laluan keluar masuk perlu diutamakan di peringkat awal pembinaan
bagi mengelakkan berlakunya kelewatan projek disebabkan tiada
laluan. Laluan keluar masuk perlu mencukupi dari segi kelebaran dan
keupayaan galas tanah supaya dapat menanggung beban jentera berat.
Fungsi jalan sementara adalah untuk membawa masuk dan keluar
bahan-bahan dan komponen. Jalan sementara mestilah saling berhubung
antara laluan masuk, kawasan simpanan dan kerja-kerja pembinaan.
Seperti mana laluan keluar masuk, ia juga perlu mempunyai keupayaan
galas yang tinggi untuk menampung beban agar tidak rosak.
Rajah 1.6.1: Jalan sementara yang menghubungkan tapak
pembinaan
Rajah 1.6.2: Pejabat tapak di kawasan pembinaan
Rajah 1.6.3: Rumah pekerja di tapak binaan (rumah kongsi)