Top Banner
MALAYAN UNION SUBJEK : MALAYSIA NEGARA KITA KOD KURSUS: SJH 3163 E
32

Malayan Union

Feb 20, 2017

Download

Education

Nana Arisa
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

MALAYAN UNION

MALAYAN UNIONSUBJEK : MALAYSIA NEGARA KITAKOD KURSUS: SJH 3163 E

GAGASAN MALAYAN UNION

FOKUS PEMBELAJARANSEJARAH PENUBUHANCADANGAN-CADANGAN MALAYAN UNIONSEBAB-SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNIONCIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYAN UNIONSTRUKTUR PENTADBIRAN MALAYAN UNION

Negara dan bangsa yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946 untuk menghapuskan negara dan bangsa dibinasejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Apakah Malayan Union?

Sejarah Penubuhan

1943dirangka oleh kerajaan Parti Buruh oleh Pejabat Perang, Pejabat India dan Pejabat Tanah Jajahan British.(3P)Dipersetujui oleh Kerajaan British di London.

Bristish yakin dapat menawan Tanah Melayu semula kerana kejayaan Tentera Berikat di Eropah.

Bentuk pemerintahan dirangka tanpa perwakilan serta pengetahuan orang Melayu.

Tujuan Penubuhan

Malayan Union(MU) dirangka oleh kerajaan Parti Buruh sejak tahun 1943 oleh Pejabat Perang, Pejabat India dan Pejabat Tanah Jajahan British.Tujuannya untuk mencantumkan pentadbiran negeri-negeri Melayu pada masa itu terbahagi kepada 3 kumpulan besar iaitu:NNMTB-Kedah, Terengganu, JohorNNMB-Perak, Selangor, N9 dan PahangNNS- P.Pinang, Melaka dan Singapura

Cara Malayan Union ditubuhkan

penghantaran Harold MacMicheal ke TM untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. 11 Oktober 1945 MacMicheal mengugut Raja-Raja Melayu akan disingkirkan atas tuduhan bersubahat dengan tentera Jepun sekiranya tidak bersetuju dengan rancangan MU

NegeriTarikh ditandatanganiJohor20 Oktober 1945Selangor24 Oktober 1945Pahang 2 November 1945Negeri Sembilan14 November 1945Perak22 November 1945Kedah 2 Disember 1945Perlis 4 Disember 1945Kelantan17 Disember 1945Terengganu21 Disember 1945

Jadual 1 Tarikh MacMicheal mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu terhadap perjanjian MU

CADANGAN-CADANGAN MU

mengandungi 2 fasal utama iaitu: - pentadbiran - kerakyatan

PENTADBIRAN

Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang diberikan kepada:Mereka yang dilahirkan di negeri-negeri MU atau Singapura, serta bermastautin sebelum perintah itu dikuatkuasakan.Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat setia kepada MU.Mereka yang dilahirkan pada atau selepas perintah itu dikuatkuasakan. Kanak-kanak yang dilahirkan di luar MU atau Singapura selepas perintah itu berkuat kuasa akan diberikan kerakyatan dengan syarat ibu bapanya ialah warga MU.

Kerakyatan secara permohonan diberikan kepada:

Mereka yang bermastautin selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu semasa permohonan dibuat; serta berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di MU atau Singapura.

SEBAB-SEBAB PENUBUHAN MU

mengikut Cheah Boon Kheng(1982) rancangan MU dikemukakan oleh British kerana tiga tujuan:

Merampas kedaulatan sultan-sultan dan menakluki negeri-negeri Melayu dengan memindahkan bidang kuasa Sultan kepada kerajaan Inggeris.Pembentukan MU, sebuah negara tunggal. Dengan perjanjian MacMicheal ,membolehkan kerajaan Inggeris melaksanakannya, sebaik bidang kuasa Raja-Raja Melayu itu diserahkan kepada kerajaan Inggeris. Kesemua negeri Melayu termasuk P.Pinang dan Melaka akan disatukan ke dalam satu entiti politik.Pemupukan kesedaran bersifat TM melalui kerakyatan MU.

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MU

semua negeri Melayu termasuk P. Pinang dan Melaka disatukan di bawah sebuah kerajaan pusat.

Singapura tidak termasuk dalam MU dan kekal sebagai tanah jajahan yang berasingan dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang tersendiri.

MU diketuai oleh seorang Gabenor yang diberikan kuasa penuh ke atas perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja.

Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan NNS serta menjadi pengerusi majlis Mesyuarat Negeri yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat.

Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal tempatan dan diletakkan di bawah kawalan kerajaan pusat serta disertai oleh pegawai British.

Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa meluluskan atau membatalkan mana-mana undang-undang serta tidak memerlukan tandatangan Raja-Raja Melayu untuk dikuatkuasakan.

STRUKTUR PENTADBIRAN PARLIMEN BRITISHGABENOR MALAYAN UNIONMALJIS EKSEKUTIFMALJIS UNDANGANMALJIS RAJA-RAJA MELAYU

Soalan

Apakah Malayan Union?

Mengapakah British memperkenalkan Malayan Union?

Apakah yang dimaksudkan dengan jus soli?

semak semak semak

JAWAPAN SOALAN 1Negara dan bangsa yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946 untuk menghapuskan negara dan bangsa dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

JAWAPAN SOALAN 2Sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke. Arah pembentukan pemerintahan sendiri.Melicinkan pentadbiran dengan menyeragamkan pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu .Menjimatkan kos pentadbiran dan mengimbangi pembangunan ekonomi di setiap negeri.Membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.Menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.

JAWAPAN SOALAN 3Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa saja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.Berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan.Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun anak warganegara Malayan Union diberi kerakyatan.Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluk boleh menjadi rakyat Malayan Union.

SEKIAN, TERIMA KASIH SEMOGA APA YANG DIBENTANGKAN DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.